Friday, January 22, 2010

Thing To *dot dot dot*

Hari ini saya rasa sedikit lega kerana hasrat saya untuk berjumpa dengan semua pegawai dan staf saya telah terlaksana. Kami telah berjaya membincangkan semua projek-projek 2010 bersama timeline nya sekali dan saya telah berjaya mengagihkannya kepada pegawai-pegawai agar semua tugas dan bebanan dikongsi sama rata. Sesuatu yang sungguh berbeza berbanding tugas saya di Bahagian lama sebab di sana kerja saya tidak berfokus dan pegawai2 saya boleh dikatakan sangat berdikari, mereka tahu tugas mereka sendiri dan saya hanya sebagai pemantau penasihat, pengantara dan tempat rujuk sekiranya mereka mempunyai masalah.

Di sini, walaupun projek kami tak der lah banyak sangat tetapi ia sangat besar impaknya kepada organisasi secara keseluruhannya termasuk stakeholder dan pelanggan. Sebab itu walaupun ia sikit, tetapi satu-satu projek itu memerlukan proses yang lama dan remeh bagi memastikan bahawa apa yang terhasil itu selaras dengan tuntutan semasa, undang-undang yang terpakai, disaring dan disemak dengan teliti serta mendapat feedback daripada pelbagai pihak.

So, dalam kerja saya dah tau apa yang saya nak capai 2010 ni. Macam mana pulak dengan kehidupan peribadi saya. Saya naaaakkk..

a) Bercuti!! Lama sgt tak bercuti yg betul2 rehat. Tahun ni saya pikir nak gi Sabah atau paling koman pun Cameron Highland. Kalau tiba2 saya dpt durian runtuh puluh2 ribu, saya nak gii Europe!! Hahaha.. Entah sapa nk bagi agaknya huhuhu. (Mampu ke, jadual kerja saya sangat penuh hingga Jun ini)

b) Saya nak beli blackberry. nak ler henpon canggih sikit. Kawan2 saya sumer dah pakai blackberry.

c) Menyettlekan hutang kad kredit saya. Sudah dua bulan saya tak guna kad kredit sebab saya betul2 nak zerokan hutang kad saya itu.

d) Saya nak beli perabut sedikit untuk bilik saya dan Hanah di rumah Kajang. Bilik kami berdua.. huhu syoknyaaaa.

Aikk kenapa apa yang saya nak buat tu semuanya memerlukan duit eh.. Hehe ye lah, kalau tak memerlukan duit tentu dah lama saya buat hahaha. Sebab saya miskin, sebab tu saya tak buat lagi. Oklah itu jangka masa panjang lah. Jangkamasa pendek plak....

a) Saya nak buat photobook untuk Rafhanah darling kesayangan saya tu sempena birthday pertamanya lagi 2 bulan.

b) Saya nak beli broadband maxis.

c) Saya nak beli lebih banyak baju2 baru untuk kerja, outstation, kasut, handbag. Semuanya perlu sebab saya kan dah naik pangkat, takkan nak bawak gaya pegawai cabuk jer, cian saya.

d) Saya nak service keta. Rasanya macam banyak nak kena repair. Keta yg banyak berjasa pada saya. Walaupun saya ada juga hasrat nk tukar keta tapi rasa sayang lah nk jual keta lama tu.

Again... semua nak pakai duit huhuhu.

Thursday, January 21, 2010

February ku yang penuh



Di atas adalah saya punya jadual untuk bulan February ini. Kaler biru gelap adalah meeting di dalam jabatan, kaler putih bermaksud saya tiada meeting dan ada di pejabat mungkin tgh wat kerja atau mengecheck emel atau surf hahaha, kaler hijau pulak yang best iaitu hari cuti dan boleh berilek2 duduk rumah atau meronggeng ke mana-mana. Daaann kaler biru muda itu, yang begitu banyak memenuhi kalendar saya adalah mesyuarat di luar di mana saya perlu meninggalkan si kecil kesayangan saya di rumah huhu sedihnyaaaa.

Kalau nak diikutkan saya ada lagi satu kena outstation bulan ini sebagai jurulapor untuk seminar oleh pegawai2 atasan, tapi setiap kali urusetia call, saya tak der kat bilik. Makanya mereka lantik orang lain gantikan saya hehe. Bulan ini juga walaupun tak berapa sibuk tp aya tak boleh jangka ia akan berterusan kerana pasti akan ada sahaja arahan2 addhoc ke mesyuarat, ye lah takkan bos nak pergi semua meeting mana larat dan apa guna ada pegawai hehehe. (Kalau saya jadi bos pun tentu saya akan delegate jugak). Dan kalau lah bulan depan addhoc2 itu masih dtg, mungkin tiada lagi ruang2 kaler putih dlm kalendar saya itu.

I begin to love my job wlupun bidangnya amat jauh mcm langit dgn bumi dari bidang saya di uni dulu mahupun bidang saya di pejabat lama dulu. Semoga saya akan berjaya di sini, lebih cemerlang daripada semasa saya di pejabat lama. Amin.

Tuesday, January 19, 2010

Kenapa bila membaca mesti ngantuk

Dah nama orang baru, pertama sekali masuk kerja mestilah membaca dokumen2 ataupun saya akan menjadi sorang yang sungguh poyo kerana tiba2 busy buat kerja entahapa2 padahal bos belum memberikan apa2 kerja pun? Misterinya kerja apa plak yang saya buat itu?? Mungkin saya tidak serik2 digelar poyo sedangkan baru 2 hari lepas itu saya menyandang gelaran breprestij berkenaan kerana sangat eksen dengan lappy baru.

Pagi ini saya akan berusaha dengan gigih untuk menghabiskan bacaan Akta A*** saya. En Mi kata (En Mi adalah panggilan pegawai2 saya kepadanya sedangkan saya memanggilnya dengan nama penuh Mykad beliau tanpa sebarang gelaran hormat di pangkal nama) saya perlu membaca buku panduan terlebih dahulu, kemudian baru baca Akta berkenaan seimbas lalu selama dua jam dan kemudiannya sila berpatah balik dengan membacanya secara terperinci sampai terjegil biji mata akibat ayat2 perundangan yg sangat skema dan dry.. *sigh* Sesungghnya ketika entry ini ditulis, saya baru tiba di mukasurat pertama buku panduan, belum buku akta lagi tu.

Mungkin saya perlukan kopi untuk tujuan murni ini. Hemm, mungkin kopi yang sehebat kopi stesen kereapi Kluang atau Old Town White Coffee. Ampun, saya tidak akan lagi minum kopi di Old Town White Coffee sebab saya terus sakit perut lepas makan di situ, tak tau lah pasal roti kah, pasal kaya atau mentega kah atau sebab kopinya kah? Entahlah.. mungkin perut saya tidak berapa ngam dgn kedai2 mahal huhu.



Mommy Hanah, go and read ur buku!! NOW!!

Monday, January 18, 2010

Pindah Sudah...

Jeng jeng jeng.. Hari ini akhirnya aku pun selamat dah berpindah ke tempat baru. Bilik ini walaupun tidak seselesa di tempat lama, tapi aku tetap suka. Walaupun bilik ini macam kecik sikit daripada bilik KPP yang lain, aku rasa bilik aku ni comel. Kalau ikutkan katanya perabut dlm ni bukan sepatutnya untuk aku. Patut ada perabut baru. Tapi aku leh imagine kalau perabut baru mesti agak crowded. Apa2 pun nanti aku akan tetap pastikan bilik aku ni akan tetap chumel seperti yang aku idamkan. Lagipun bukan lama sgt pun, smpi ujung tahun ni jer pun, kami akan pindah bangunan baru di Presint 5.

Aku tak ada masalah dengan orang di sini, semuanya baik2. Pegawai dan kerani2 aku pun baik2. Cumanya kerja yg bakal aku buat ni lah. Hari pertama kerja aku rasa dah pening sgt. Mungkin sebab lighting bilik ni dan keduanya sebab aku pening tengok pelbagai draf akta2, rang undang2 dan perlembagaan. Perghhh tersangat lah dry perkara2 ini. Belum baca dah rasa mcm nk muak2 dah ni.

Sabtu lepas secara rasminya dan buat kali terakhirnya aku menduduki bilik lama. Terima kasih kepada kak nor sebab sudi tolong aku sisih2 kertas2 lama aku yg aku dah arkibkan selama 4 tahun ini huhu. Sedih jugak rasanya meninggalkan tempat lama. Tapi itu lumrah.


Inilah rupa bilik aku sebelum ini. View yang cantik.. (bilik skrg hanya ada view dinding, takder tingkap huhu, agaknya sbb tu aku pening). Deretan cenderamata dari pelbagai negeri dan negara pemberian rakan2 kerja, komputer ku yg penug gambo darling Rafhanah.


Ini plak waktu dah kemas.. sedihnyaa.

Oh ya, nak kasi tau jugak, sempena perpindahan ke opis baru ini, aku turut ditemani dua harta yang baru. Iaitu handbag baru hadiah dari staf unit lama aku. TQ guyz. Dan jugak sebuah netbook Lenovo hadiah dari diri aku sendiri atas pencapaian ini. Puas hati huhu. Dah berapa minggu aku menyervey seluas mata memandang, sejauh kaki melangkah di sekitar bangi, kajang dan seri kembangan. Last2 semalam aku gamble dari asalnya nak ke mines, tiba2 terlajak dgn sengaja, parking di stesen lrt sungai besi dan terus beli tiket ke Hang Tuah, turun dan amik monorel ke Imbi dan tup2 tadaaa.. Low Yatt. Sampai2 terus nmpk kedai besar jual Lenovo. Terus lah rembat satu bersama hadiah2 yang banyak.

Thursday, January 14, 2010

Long time no see...

Sedang mencuri sedikit masa terluang sementara nak menghadiri meeting di HQ kul 2.30 nanti. Yang mana merupakan meeting terakhir saya sebagai wakil Bahagian Biasiswa KPT. Mungkin saya kena ambil gambar kenangan.. tak pernah2 meeting amik gambo.

Malam tadi, saya telah mengunjungi Fique and Family. Saje jer, bukannya lama pun tak jumpa, in fact dah jumpa2 an hari selasa lalu dan mula minggu depan akan berjumpa2an sampai jemu sebab akan duduk di floor yang sama. Yang lebih pentingnya nk jumpa2 an dengan Chech. Nothing much, just duduk2 borak2 makan kuih pau, sebab mereka berdua diet, saya sorang tak diet so saya pun kena makan kuih pau jugak hahaha.

Agenda sebenarnya adalah untuk memantau prestasi hehehe. Chech datang memantau prestasi kecemerlangan fique dalam misi mendapatkan berat badan yang ideal. Sambil2 tu saya pun turut melompat ke atas penimbang minta dipantau pengukuran ke'ideal'an berat dan lemak2 saya di sana sini. Memang tepat, saya banyak lemak walaupun hanya seberat 54kg (hanyaa??? I need to lose more). Kesemua kriteria menunjukkan hasil yg agak membanggakan kecuali tang lemak tulah. Maka chech telah secra percuma memberikan khidmat nasihat mengurangkan pengambilan red meat, minyak dan garam. Bestnya dpt nasihat free..

Kesian anak saya si Rafhanah Baby Doll (sebab chech kata dia comel mcm anak patung, rasa nak picit2). Sampai ngantuk2 dia saya bawak berjalan rumah orang. Udahla kena lempar dgn patung barney dgn Rifqi... kena plak tunggu mommy dia yg tak reti2 tengok langit dah gelap, jam dah kul 10. Rifqi tu saya tau malu2 kucing lah tu.. nak berkawan dgn Rafhanah tapi tak tau cara yang paling efisen lagi efektif. Mungkin ibu dan babahnya kena buat tutition di rumah tentang komunikasi berkesan.

Oklah, saya nak gi meeting. Tata

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008