Minggu 38
Jumaat lepas, genaplah usiaku menjejak 29 tahun. Waahh tahun depan, angka dua itu akan lenyap berganti dengan 3. Tua rasanya. Tapi Pia tak pernah kata mommy tua, dia kata mommy muda hehehe.
Sambutan biasa2 ajer, seperti biasa selepas makan malam, potong2 kek dan bagi2 hadiah. Dan seperti biasa juga, birthday aku akan disambut serentak dengan birthday fiqah pada 4/3. Birthday kali ni aku dpt mug, MP4 player, keronsang, wallet, CD Qasidah Mawi dan aksesori kereta yg terdiri drpd tmpt tisu, neck pillow 2, dan bantal love 2. Semuanya kaler meraaahh. Apa lagi ek, mcm ada yg tetinggal.. hemm lupa. Lepas smbut birthday, abg dan 4 anak balik kg N9 sebab besoknya mereka akan bawa rombongan dr N9 ke Shah Alam, majlis perkahwinan adik ipar aku. Birthday girls tak ikut sebab aku ada checkup esok paginya dan fiqah plak ada tuisyen di sekolah. Kalau smpat, tghari abg akan fetch kami utk ke mjlis reception kat hotel sblh petang. Tapi malangnya tak pergi pun kami, sebabnya checkup aku hnya berakhir kul 2 petang dan mjlis pernikahan pun katanya lewat habis, so abg tk smpat nk balik amik aku dan fiqah.
Checkup kali ni mmg menyiksa jiwa dan raga. Sumpah lepas ni tak mau dah aku gi checkup hari sabtu. Appointment kul 9. Aku smpi kul 9, org dah ramai. Aku hanya dipanggil utk amik ujian BP, berat dan urine test hanya pada pukul 10.30 pagi.. Giler lama mengalahkan spital kerajaan. Pastu, aku dimaklumkan bahawa Dr Fatimah tak ada, yg ada pulak Dr Rahah yg gantikan. Aku tak kisah. Yg aku kisahnya, pada pukul 10.30 tu, baru tiba giliran no 5 dan aku plak giliran no 14. Nurse suh aku jalan2 atau balik dulu. So aku decide balik umah, sebab risau plak klu abah kat umah nk guna kereta pergi mana2.
Kul 11.15 aku dgt balik. Arghhh lum luak jugak nombornya.. Aku cuma dpt jumpa dr pukul 12 lebih. Biler dah jumpa dr tu, maka barulah aku tahu kenapa no giliran bergerak lmbt. Dr ganti ni lain dari Dr Fatimah. Dr Fatimah klu scan sekejap jer. Tp Dr Rahah check punya lama, semua benda dia check, lama betul dia menggolekkan scanning device tu kat perut aku. Then, dia kata uri aku dh matang. So, dia mintak aku pergi buat ujian CTG kat spital sebelah untuk check jantung n pergerakan baby. Kalau lemah, maybe this week aku kena paksa gak bersalin wlupun lum engaged lagi.
Kat spital, aku kena menunggu lagi sebab alat CTG sedang digunakan. Biler smpi giliran, aku diminta baring dan alat CTG tu dipasang di perut. Dua kali nurse kena check sebab kali pertama pasang alat, dia tak jumpa jantung baby sebab baby mengeras dan bergerak2. 2nd time baru ok. Baru lah aku tau rupanya jantung baby punya beat ni sgt pantas, kadang2 mencapai 170, aku tengok jer kat skrin tu. Kat skrin jugak ada tunjukkan tahap contraction. Klu nk bersalin contraction akan capai 90 tp skrg cuma dalam belas2 jer.
Lepas setengah jam terbaring, result pun dicetak. Aku kena bawak result tu ke klinik semua utk jumpa doktor. Dan biler doktor check, dia kata Alhamdulillah semuanya masih ok, dan tak perlu risau apa2. Cumanya aku diberi borang kick chart utk monitor pergerakan baby. Aku mintak appointment jumaat pulak. Dlm lama punya lama tu, aku kena charge 95 ringgit jer. Lepas tu aku pun balik, dah laparr..



3 comments:
happy belated birthday ayue! moga dipermudahkan dan selamat semuanya! bykkan berjalan laju2..
thanks fatin..
ayue!!! congratulations on the new born baby girl!! nama baby ape?
upload pics pleaseee!!! ;)
Post a Comment