Saturday, April 04, 2009

Rafisah Rafhanah

Haii.. Lama giler tak update blog. Beginilah kalau cuti bersalin di kampung, dengan tak ada akses ke internet mahu pun komputer. Ini pun dapat update sebab adik balik bercuti, leh pinjam notebook dia, lepas tu ajak dia gi CC untuk surf apa yg patut, antaranya mengecheck emel opis dan yahoo, mengecheck dan mengupdate facebook, mengupdate blog dan tidak ketinggalan yang paling penting ialah membuat semua bayaran-bayaran hutang secara online. Kalau tidak, maunya bertimbun surat mintak utang datang kat umah nanti dan silap2 ada plak yang kena blacklist. Tolong, loan umah aku lum settle ni.

Oh ya, untuk makluman semua aku dah selamat melahirkan seorang puteri pada 16 Mac 2009 yang lepas pada jam 7.56 pagi dengan berat baby 2.95kg. Sebenarnya banyak sgt kisah yang nak diceritakan tentang proses aku melahirkan yang bagi aku macam ala2 ‘tragis’ sikit. Macam mana aku trpaksa mlalui 2 kaedah bsalin sblm baby slamat dlahirkan. Macam mana aku terpaksa keluar masuk spital kerana komplikasi, macam mana sindrom kemurungan melanda sepanjang minggu2 awal berpantang, dan macam mana aku jadi benci sangat dengan hospital tempat aku warded selama 3 hari kerana komplikasi tersebut.

Tapi kalau nak diceritakan semua di sini, tak sempat lah. Namun aku akan blog juga mengenainya satu hari nanti. Biar smpi muntah aku menaipnya, sampai berpinar dan terteran mata org nk membacanya hehe.

Apa2 pun tengok gambo dulu yer. Dari awal-awal kelahiran hingga hari ni dah masuk hari ke 20 puteri kecilku, Rafisah Rafhanah.



3 comments:

Chech

Indahnya nama!

Hope to hear more from you. Baru ingatkan mau snap foto your princess. Bila balik dari kampung nanti, sms ye.

ziggurats

Sedap nama tu Ayue, tapi hari tu lupa nak tanya maknanya. Tergeliat jugak lidah aku nak menyebutnya. Ni ala-ala Rifqi lah ni. Hehehe..take care dear.

Fizee

aiyark.. pantang2 pun sempat g CC buat kerja & paling x tahan tu update blog.. hehehe..
sorry to hear abt all the complications.. walaupun x tahu details, tp still rase scary nye! selamat berpantang! get well soon!
oh ya la.. share sket ape makne name ek?

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008