Assalamualaikum.. Entri kali ini khusus untuk semua orang2 yang tersayang. Ikhlas dari hati aku.
Selamat Aidilfitri Abah. Along mintak maaf kalau selama ni along banyak menyusahkan abah. Hal kecik sampai ke besar2 pun along masih mengharapkan abah. Dan abah tak pernah berkompromi bila hal berkenaan anak2. Along tau abah banyak bersabar dengan kami adik beradik. Abah sentiasa berusaha untuk memahami hati dan kehendak kami semua dan jarang sekali abah nak meninggi suara dgn kami. Yg penting, abah sentiasa melindungi kami dan memastikan kami sentiasa selamat. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu di dalam lindungan rahmat Allah. Along sayangkan abah.
Selamat Aidilfitri Mak. Along tau, along banyak buat salah dgn mak. Dari kecik sampai besar, along jarang nak ikut cakap mak. Mak suruh along sekolah kat Sains Kluang, along tak nak. Mak suruh along amik medic kat USM pun along cabut. Along mintak maaf atas segala dosa along pada mak. Along memang kadang2 hilang sabar bila kena leter dan melawan cakap mak. Tp along janji lepas ni, along takkan susahkan mak lagi. Mak terlalu baik utk along. Tak pernah berkira dgn kami semua. Dan sentiasa mahukan yg terbaik buat kami adik beradik. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu di dalam lindungan rahmat Allah. Along sayangkan mak.
Selamat Aidilfitri Abang. Along mintak maaf kalau selama ni, along tak dpt jadi seorang kakak yang baik. Biler abang dah start duduk asrama dari form 1, along rindukan abang. Rindu nak gaduh2, rindu nak dengar abang buat lawak bodoh. Sekarang abang dah besar, dah 20 tahun. Adik along yang sorang ni memang kuat semangat. Sebab tu mampu bertahan jadi PALAPES smpi sekarang. Dan memang kuat pasal masih gagah walaupun 2 hari lepas baru eksiden on the way ke masjid utk terawikh. Masih bleh buat lawak, makan banyak wlupun muka penuh berjahit, dan kaki tangan dah koyak rabak luka. Semoga abang cepat sembuh. Nanti biler dah baik, baru kita pergi jalan raya sama2 tau. Semoga abang berjaya dalam pengajian di universiti tu. Along tak sabar nak tunggu abang konvo. Along sayangkan abang.
Selamat Aidilfitri Adik. Adik along yang paling lemah lembut dan sopan santun. Paling susah nak meninggikan suara. Maaf lah along tak dpt beri perhatian pada pelajaran adik. Mintak maaf kalau along asyik berleter suruh adik belajar. Tapi along pun tak tau nak wat camna lagi pasal mak pun tak berleter. Lagipun adik satu2nya anak yg tinggal kat umah, tentu lebih akrab dgn mak berbanding along dan abang. Dah 15 tahun adik along ni, dah jadi anak dara pun. Sempena raya ni, Along doakan semoga adik bahagia selalu. Tawakkallah semoga keputusan PMR nanti yg bakal keluar, menjanjikan sesuatu yg baik dan menggembirakan mak dan abah. Along sayangkan adik.
Selamat Aidilfitri Ukhti Jaja. Aku rindukan ko. Aku sebenarnya sedih biler kenangkan musibah yg melanda ko baru2 ni. Dan aku sedih jugak psl tahun ni, ko tak kirim kad raya untuk aku. Tahun ni, aku sengaja tak hanto kad raya kad semua orang seperti mana yg aku buat thun2 sblm ni. Dan semuanya jelas tahun ni, biler aku tak hanto kad raya, kawan2 pun tak hantar kad raya kat aku. Hemm, betapa lah selama ni aku ajer yg sibuk2 ingatkan orang. Aku harap ko tak mcm tu, tp biler ko pun senyap jugak, aku jd sedih sgt. Tp aku pujuk hati terima hakikat dn positif yg ko masih tak sihat dan sibuk dgn byk komitmen. Aku mintak maaf klu selama ni aku ada dosa pada ko dan ada hak2 sbg sahabat yg tidak aku sempurnakan. Aku sayangkan ko.
Selamat Aidilfitri Akhi Izal. Kad raya ko aku dah dpt. Tp sedih biler kenangkan sama ada ko ikhlas atau sekadar nak balas kad aku tahun lepas. Ko dtg ofis nak kasi kad raya pun ko pass pada orang padahal aku bukan tak der. Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku betul2 bersabar dan makan hati. Sahabat sejati aku takkan buat aku sedih. Sahabat aku dunia akhirat takkan buat aku kecewa. Sempena bulan yg mulia ni, aku nk mintak maaf zahir dan batin sekiranya ada dosa aku pada ko, kiranya ada aku menyinggung hati ko, kiranya ada hak2 sbg seorang sahabat yg tidak aku tunaikan. Aku masih mengharap kehadiran Syawal ini membawa sedikit cahaya dlm ukhuwwah ini.
Kepada Epu, Ina, Lim, Kak Leen, Allergyc dan Mummy Jam. Thanks 4 the raya greeting cards. Ucapan selamat hari raya ini ditujukan untuk :
-Sedara belah makatok komeng, atok milah ,maklong, paklong, alongain, angahshuhadah, izah, izati, ida, mutalib, azim, mok. mak da, cik lan, erul, nazri, nazmi, intan. Mak andak, pak andak, mizi, bani, ikah, shahir, intan, Zul. Mak teh, pak teh, ib, miah, baidah, abil. Achik, Pak Chik, Irah, Ikah, Chi'ah, Shahmi. Usu, pak usu, hafiz, anis, nani, amim. (byk lg dah, keluarga Tok Long Di Tenang, keluarga Tok Uda di Bt Besar, Keluarga Tok Chik di Layang2, Keluarga Tok Andak di Bdr Tenggara, Keluarga Tok Anjang di Tenggaroh 1, keluarga Tok Su di tenggaroh 5). Yg byk2 ni keluarga Jabar, juga utk keluarga Komeng, keluarga Yunus dan keluarga Yahya.
-Sedara belah abahMaklong, paklong, kak ros, kak shidah, abg din, erul. Pak ngah, mak ngah, kak nani, seri, kak mai, sahril, yan, as. Mak Beng, cik wahab, razak, yati, izah, irah, noi. Mak kuntum, fozi, didit, emi. Mak Ina, Cik Salleh, sikin, arif, kinah. Mak Ha, firdaus. Poksu, moksu siti. Anak sepupu lg ramai tak tersenarai.-Cik Ar, Cik Jasin, Nor, Ain, Along Din, Sukri, Hearry, Makcik, Cik Jam, Angah, Anja, kak yah, nani, izan.-Auntie Wan, Mimi, Angah, Achik, Miza dan Mat.-Warga Bukit Dahlia spt Cik Yah, Auntie Maria, Cik Milah, Cik Midah, Auntie Noni, Auntie Liza, Auntie Ema, Auntie Sara, Mak Yah.-Keluarga Cikgu Khaidir dan Cikgu Lela, Nurul, Hazim, Zakwan, Ika, Irfan, Akmal dan Hakimi. Tak lupa Bibi.
-Kawan2 jbfm. kak wan, kak yurena, kak nor, kak naz, kak maz, kak normah, hj borhan, en azmi, pak turot, razak, hj shah, hj bada, hj maseri, en zaid, en iskandar, en muhamad salleh, en nasir, en sakrani, en zulhakim dll.
-Kawan2 sck di UTM, adi, aida, adik, zurie, yayan, awin, norzie, sawit, allergyc, kak yan, kak shu, kak azwa, kak zai, kak rafi, kak lin. -Kawan Leadeck+JKM, Abg Hilmy, Abg Oll, Abg Suhaizal, Abg Suhaimi, Abg Nyot, Che Mat, Aie, Farid, Ebnu, Ikhsan, Mazlan, Deksu, Along, Angah, Alang, Anja, Kak Baiti, Ida.-Kawan2 MRSM, Iqbal, Di, Edi, Harizz, Izi, Epu, Ina, Iffa, Fizi, As, Nada, Ima, Nora, Nida, Rumet, Tim, Sue, Izzaty.-Kawan2 di STH, Julie, Saliza, Mur, Gayah, Nina, Angah, Julia, Tipah, Zaliza, Nora, Zarina, Nani, I'in, Azwan, Baluk, Amai, Komeng. -Kawan2 SKFS, Hasni, Robiah, Elly, Mas, Fatimah, Yati, Oyin, Najib, Haizam, Razak, Zaimi, Dibah.-Jiran2, keluarga cik nor, keluarga cik joyah, keluarga cik gayah, keluarga cik milah, keluarga cik timah, keluarga cik saemah, keluarga cik temi, keluarga cik melah, kelaurga cik kalimah, keluarga cik siah dll.
Saturday, November 13, 2004
Sunday, June 20, 2004
PEPATAH KELAKO
Orang dah tak der kerja.. menda ni dah ada publish kat majlah Ujang, tp sajer jer nk publish kat sini, in case ada org tak penah baca Ujang.
1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur jugak aper..
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)
12. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.
13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
14. Biar korek hidung jangan korek tabung.
15. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
16. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
17. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi..... boleh blah.... lah....
18. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
19. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)
20. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
21. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.
22. Biar lambat asalkan perlahan.
23. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
24. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.
25. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
26. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.
27. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah....
28. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
29. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah....
30. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
31. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)
32. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
33. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.
34. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.
35. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
36. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.
37. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.
38. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
39. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum....
40. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best......
41. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
42. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh
sikit dari pantai.
43. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak buang.....

Subscribe to:
Posts (Atom)