Thursday, August 14, 2008

Bedah yang kami rindui

(Bedah, si kecil berbaju kuning bersama Nana anak Mak Usu)

Pagi 12 Ogos 2008, jam 2.30 pagi lebih kurang. Suami telah menerima panggilan telefon dari Mak Uda di Johor. Mak Uda telah menyampaikan satu berita yang memeranjatkan, anak Mak Teh, Nur Ubaidah telah meninggal dunia lebih kurang 1 pagi tadi. Innalillahiwa'inna'ilaihirajiun.

Nur Ubaidah baru berusia 4 tahun, merupakan sepupuku yang hampir sebaya dengan Safiah. Dia yang kami panggil Bedah di kalangan keluarga kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan pada paru-parunya. Baru 3,4 tahun lepas ayahnya meninggal dunia kerana penyakit yang hampir sama. Kesian Mak Teh.

Aku terus mengejutkan mak dan abah di bilik bawah. Kami terus berkemas subuh itu juga, semua anak dikejutkan dan kami bertolak lebih kurang pukul 4.00 pagi. Kami tiba di Johor pada pukul 8.00 pagi semasa tahlil diadakan. Jenazah belum dikebumikan lagi. Suasana sangat tenang, jenazah telah disiapkan dari hospital lagi. Cuaca redup memudahkan urusan pengebumian, dalam pukul 10, jenazah selamat dikebumikan.

Bagi aku Bedah adalah seorang kanak2 yang cukup baik, walaupun sering meragam (kerana penyakitnya) tapi aku masih ingat bagaimana dia begitu tekun mengerjakan solat. Bermula dari berwuduk, pakai tudung (diumpamakan telekung) dan solat bersendirian (lengkap dengan rukuk dan sujudnya) tanpa disuruh dan seusainya terus mencium tangan ibunya. Argh... aku pula nak menitis air mata. Tentu Mak Teh apatah lagi. Tapi Mak Teh beruntung kerana Bedah sudah dijanjikan syurag dan sedang menanti ibunya di syurga kelak.

Al-Fatihah.

Tuesday, April 29, 2008

Takziah To FBI & Lina


Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, aku terkejut dengan berita yang disampaikan oleh AG di HOTFM. Cahaya mata kedua Faizal, Adam Haikal Iman telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi. Sebakkk.. Kerana aku sendiri yang memang pendengar setia radio HOTFM dan pengunjung blog penyampai HOTFM telah lama mengikuti perkembangan saat2 mereka menunggu kelahiran cahaya mata yang satu ini.

Aku masih ingat betapa FBI dan Lina telah lama menanti kelahiran ini setelah anak mereka yang pertama Nur Khairina Iman (Kayna) telah pun menjejak umur 6 tahun. Aku masih ingat kerap juga FBI tiada di Hot Am Crew, cuti semata-mata kerana menjaga isteri yang kerap keluar masuk hospital akibat komplikasi dan alahan teruk semasa mengandung. Aku masih ingat bagaimana nama Iman dijadikan seloka dan kerap diulangmainkan di HOTFM untuk mengusik Faizal 'Kalau bapaknya kuat Iman'.

Tak sangka, selama ni tak pernah pulak aku mendengar khabar anaknya bermasalah. Tapi itulah ketentuanNya. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini, semoga mereka dikuatkan semangat, redha dan bersyukur bahawa Allah lebih menyayangi anak mereka dan ada anak yang telah menanti mereka di pintu syurga akhirat nanti. Al-Fatihah.

Friday, April 25, 2008

Happy Birthday Jaja

25 April 2008. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 buat sahabatku Puan Iza Zuhana Binti Zulkifle. Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan yang sejahtera, dipermudahkan segala urusan, disuburkan keimanan, dilimpahkan kebahagiaan, keluarga yang soleh dan solehah. Semoga terus berjaya sebagai pejuang DCL dan LUCT yang gemilang. Amin

Thursday, April 03, 2008

Om Shanti Om

Lagi satu filem. Yang ni tengok free sempena pembukaan GSC di Alamanda. Tempoh free dari 29 sampai 2hb.. tapi aku ni lambat sikit, dah masuk 1hb baru tau, baru terhegeh2 nak pergi dptkan tiket free. Cadangnya nak tengok national treasure atau cj7, tapi duk beria2 beratur panjang, ngam2 smpi turn, both movie dah sold out tiketnya. Alang2 dah beratur, amik jer lah apa yang ada, dan aku pilih Om Shanti Om pasal dia ada SRK. Nak tengok yang lain tak minat, ada plak yang dah tengok. Asalnya nak amik jer, mungkin tak tengok lah kot. Gi hari lain jer lah tengok citer lain.

Tapi abg nak jugak ajak tengok. Aku pun ikut jerlah. Aku sedapkan hati, ini cerita SRK. So far filem SRK tak pernah menghampakan. Tak pernah SRK amik filem2 yg stereotype kan. Alhamdulillah, mmg tak menghampakan. Ada lah kurang sana-sini tp tetap menghiburkan.

Wednesday, January 09, 2008

Grand Livina


Nissan Grand Livina. Setakat ini, ia adalah kereta idaman kami sekelurga. Ahad lepas, balik dari jogging dan pasar, kami singgah di Tan Chong Motors Bangi dan sempatlah kami sekeluarga memandu uji kereta baru ni. Dengar kata, laris sungguh tempahan untuk Livina ni. Satu penyebabnya yang turut menyebabkan abang teruja adalah CC yang rendah, 1.6 sahaja walaupun saiznya macam MPV. Kalau MPV lain, kebanyakannya CC 2.0 ke atas. So, dengan keadaan harga minyak yang tinggi ni, memiliki Livina tentu lebih menjimatkan.

Sila lawati laman web http://www.grandlivina.com.my website dia cantik tau, unik. Konsep yang sama dengan website Dunia Baru The Movie, konsep perjalanan bak kata Jaja (dulu aku tafsir konsep tu sebagai konsep jalanraya heheh) Promosi bukan main hebat lagi di radio, di website2, di TV.. hemm IKLAN TV dia besstt and cute gilerrr.