Antara destinasi kasmi untuk shopping adalah perusahaan gamat. Kami ke Nusantara. Banyak gak diborong. Anak2 dara ni beli bedak sejuk gamat. Selain itu, kami sempat gak ke Idaman Suri, Haji Ismail Group. Kami beli 3 beg besar tau huhu, murah jer. Satu untuk umah, 2 lagi emak dan abah beli untuk kegunaan ke Tanah Suci hujung tahun ni, Insya Allah. Selain tu, t-shirt2 biasa.
Sampai di Kuala Perlis, dah agak petang. Kami check in plak hotel di Putrabrasmana (3 bilik), hotel ni betul2 tepi laut dekat dgn jeti. Petang tu kami makan seafood di tepi laut smbil menikmati pemandangan matahari terbenam. Ala2 romantiklah konon, tapi laut tengah surut so, pemandangan tepi tu tak berapa cun lah.
Esok paginya lepas breakfast kami ke Perlis, destinasi kami Gua Kelam dan Padang Besar. Fuiyyyoo Padang Besar memang best untuk membeli aksesori, beli toto dll. Mak abah beli bermacam2 kerepek yang kami tak pernah jumpa, aku borong brooch dan gelang, selain tu ada gak beli toto 2 beg. Penuh ketaaa..

Petang tu, kami berangkat balik ke Bangi.. Tapi mereka2 sahaja. Dalam perjalanan, kami singgah di Bukit Merah, mereka tinggalkan aku dan pulang. Huwaaaa!!! Tinggallah aku sendirian di situ, Aku ada bengkel 4 hari sebenarnya kat Bukit Merah. Non-stop. Penatnyaaa...