Kali ni atas permintaan chech plak, supaya aku mengapdet blog. So, here we go, the next update on the Jalan-jalan Langkawi Perlis - Hari 2. Pagi tu lepas bersarapan, kami bertolak ke Underwater World. Huhu, terima kasih kepada kami suami isteri kerana bertaraf kakitangan kerajaan. Kami telah berjaya menjimatkan lebih sertaus ringgi untuk tiket masuk dengan hanya menunjukkan pas kerja huhu. Macih lah banyak2, wat susah2 jer.

Balik dari Underwater World, jalan2 gi Kompleks Kraf. Kebetulan hari tu adalah hari pelancaran. So gak happening jugak. Tapi mcm biasalah, tengok2 sajer, beli2 tidak ada dalam agenda.

Lepas tu, kami singgah makan tghari di satu warung yang betul2 tepi pantai on the way nak gi naik cable car kat Gunung Mat Cincang. Perghhh beshnyaa duduk2 open air menghirup udara nyaman, pemandangan pantai smbil makan2.


Sekali lagi terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan keistimewaan diberi kepada kami apabila mengunjungi tmpt2 pelancongan. Sekali lagi, hampir 50% diskaun untuk tiket kereta kabel... syukurnya. First time naik, waaahh tingginya especially biler nak smpi kat peak, stesen pertama tu. Jalan2 amik angin, amik gambar, minum2 sikit.. then mereka2 yg larat telah pergi ke jambatan yg hubungkan dua peak tu. Aku tak pergi, mak tak kasi. Aku tengok ada gak pompuan ngandung pergi, biler smpi balik, dia termengah2 smpi kena papah pasal on the way balik tu banyak tangga kena daki. So, aku, piah, mak dan abah just tunggu2 jer. Yg aku ingat sgt masa nak menunggu tu, punyalah lama, kerusi pun sikit. Last2 nak tau tak sapa yg murah hati kasi aku duduk, seorang pelancong asing. Baiknya dia, orang local lain semua tak kisah pun tgk pompuan ngandung berdiri lama. Orang asing plak yg lebih prihatin.. malu aku dibuatnya.
Balik, mcm biasa, dah penat2, kuar makan, balik tido.. Esok nak kemas2 ke Perlis plak.
No comments:
Post a Comment