Friday, April 25, 2008

Happy Birthday Jaja

25 April 2008. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 buat sahabatku Puan Iza Zuhana Binti Zulkifle. Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan yang sejahtera, dipermudahkan segala urusan, disuburkan keimanan, dilimpahkan kebahagiaan, keluarga yang soleh dan solehah. Semoga terus berjaya sebagai pejuang DCL dan LUCT yang gemilang. Amin

2 comments:

-zaza:o:binxz- said...

Sekiranya ada di antara anda yang mempunyai seorang sahabat seperti achik, sesungguhnya anda antara orang yang wajib bersyukur kepada-Nya.

Sahabat seperti achik sentiasa mengingatkan anda tentang Iman walaupun anda agak jauh tersasar. Sahabat seperti achik berterus terang tentang apa sahaja, termasuk yang negatif tentang diri anda, dan inilah peluang dan ruang yang baik untuk anda memperbaiki diri...

Sahabat seperti achik sentiasa ada bersama anda, walaupun tidak kelihatan dengan mata tapi sentiasa kelihatan di dalam hati.

Sejak kenal achik semasa muda-muda, masih kurus dan bergetah [ecewahhhh haha] about ten years ago, achik tetap dengan pendirian dia. dan achik juga sentiasa menerima komen komen saya terhadap dia, walaupun ada yang pahit untuk ditelan.

Maka beruntunglah mereka yang didampingi oleh achik...

Ayue said...

aiyooo.. ishk3 mcm petikan buku plak yer.. macih lah atas puji-pujian itu, ini nak 'jek' biar aku bekerja bersungguh2 untuk capai ruby ker hehehe gurau jer..

Hahaha.. ko pun apa kurangnya, tabah melayan aku yg entah apa2 dan kadang2 blur ni. Paling kagum, walaupun dah beberapa kali aku buat dunno ngan kerja2 bisnes ko, tp tak serik2 jugak mengajak aku ek.. hehe