Friday, February 27, 2009

Jalan-jalan Langkawi dan Perlis - Hari 1

Oleh kerana Fique telah mengupdate gambar percutiannya di Langkawi, ku turuti jejak langkahmu itu. Percutian ke Langkawi dan Perlis sempena cuti sekolah yang disertai oleh kami sekeluarga, mak, abah dan adik aku. Semuanya 10 orang. Kalau nak diikutkan Langkawi ni dah masuk kali ke4 dah aku pergi.. tapi pasal orang lain tak pergi lagi, aku pun pergi lah lagi, memeriahkan majlis konon2nya.. (hajat di hati nak gi Cameron sbnrnya huhu)

Kami bertolak hari sabtu malam.. drive dari Bangi sampai lah ke Kuala Perlis. Solat subuh di sana, breakfast nasi lauk telur je sbb byk kedai tak bukak (tak best lgsung, mahal plak tu). Kami naik feri jam 8.30 pagi.

Bial travel ramai2 ni, beg pun byk. Sib baik kami dpt seat depan sekali dlm feri, senang nk letak barang. Ni baru pergi, balik nnt mau berkali ganda barangnya.


Sampai di kuah, org yg jnji nk sediakn pengangkutan buat hal plak. Kami tempah Estima.. tp kononnya penyewa yg patutnya pulangkan hari tu, belum pulangkan lg. Sian abg, kena melilau cari kenderaan lain. Akhirnya kami dpt jugak sebuah van. Pastu, kami jalan2 amik gambar di sekitar Kuah termasuklah Dataran Lang. Panasnya cuaca.. Aku ni wlupun baru 6 bulan ++ jer dan perut nmpk kecik, tp penatnya tu, tak laratnya tu, aduhaiii..
Dari situ kami ke Bird Paradise. Adoii nak masuk pun kena ada MyKad ke.. Namanya je Bird, tp byk jer binatang2 lain kat situ. Sempat menjalin silaturrahim dgn akak kedai dekat ladang ostrich hehe.


Dasi situ, kami bergerak check in ke apartment. Apartment 3 bilik ni cuma 40 ringgit je kami bayar tau untuk 3 hari 2 malam. Hehe, sebenarnya ini rumah tumpangan DBKL. Memandangkan husband kerja DBKL maka dptlah kami menumpang tinggal murah di situ. Not bad, semuanya lengkap. First time aku masuk umah tumpangan yg sgt lengkap mcm tu, dari sebesar2 benda smpi sekecik2 benda, semua ada.

Petang plak lepas rilek2, kami pergi ke Makam Mahsuri. Pia tidur sepanjang di sana. Letih abah dan abang mendukungnya gilir2. Kat sini kami buat cenderahati piring bergambar.



Malam, seingat aku tak ada apa sgt.. Rilek, kuar makan dan tidur.. Esok nk berjalan lagi ni.

Thursday, August 14, 2008

Bedah yang kami rindui

(Bedah, si kecil berbaju kuning bersama Nana anak Mak Usu)

Pagi 12 Ogos 2008, jam 2.30 pagi lebih kurang. Suami telah menerima panggilan telefon dari Mak Uda di Johor. Mak Uda telah menyampaikan satu berita yang memeranjatkan, anak Mak Teh, Nur Ubaidah telah meninggal dunia lebih kurang 1 pagi tadi. Innalillahiwa'inna'ilaihirajiun.

Nur Ubaidah baru berusia 4 tahun, merupakan sepupuku yang hampir sebaya dengan Safiah. Dia yang kami panggil Bedah di kalangan keluarga kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan pada paru-parunya. Baru 3,4 tahun lepas ayahnya meninggal dunia kerana penyakit yang hampir sama. Kesian Mak Teh.

Aku terus mengejutkan mak dan abah di bilik bawah. Kami terus berkemas subuh itu juga, semua anak dikejutkan dan kami bertolak lebih kurang pukul 4.00 pagi. Kami tiba di Johor pada pukul 8.00 pagi semasa tahlil diadakan. Jenazah belum dikebumikan lagi. Suasana sangat tenang, jenazah telah disiapkan dari hospital lagi. Cuaca redup memudahkan urusan pengebumian, dalam pukul 10, jenazah selamat dikebumikan.

Bagi aku Bedah adalah seorang kanak2 yang cukup baik, walaupun sering meragam (kerana penyakitnya) tapi aku masih ingat bagaimana dia begitu tekun mengerjakan solat. Bermula dari berwuduk, pakai tudung (diumpamakan telekung) dan solat bersendirian (lengkap dengan rukuk dan sujudnya) tanpa disuruh dan seusainya terus mencium tangan ibunya. Argh... aku pula nak menitis air mata. Tentu Mak Teh apatah lagi. Tapi Mak Teh beruntung kerana Bedah sudah dijanjikan syurag dan sedang menanti ibunya di syurga kelak.

Al-Fatihah.

Tuesday, April 29, 2008

Takziah To FBI & Lina


Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, aku terkejut dengan berita yang disampaikan oleh AG di HOTFM. Cahaya mata kedua Faizal, Adam Haikal Iman telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi. Sebakkk.. Kerana aku sendiri yang memang pendengar setia radio HOTFM dan pengunjung blog penyampai HOTFM telah lama mengikuti perkembangan saat2 mereka menunggu kelahiran cahaya mata yang satu ini.

Aku masih ingat betapa FBI dan Lina telah lama menanti kelahiran ini setelah anak mereka yang pertama Nur Khairina Iman (Kayna) telah pun menjejak umur 6 tahun. Aku masih ingat kerap juga FBI tiada di Hot Am Crew, cuti semata-mata kerana menjaga isteri yang kerap keluar masuk hospital akibat komplikasi dan alahan teruk semasa mengandung. Aku masih ingat bagaimana nama Iman dijadikan seloka dan kerap diulangmainkan di HOTFM untuk mengusik Faizal 'Kalau bapaknya kuat Iman'.

Tak sangka, selama ni tak pernah pulak aku mendengar khabar anaknya bermasalah. Tapi itulah ketentuanNya. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini, semoga mereka dikuatkan semangat, redha dan bersyukur bahawa Allah lebih menyayangi anak mereka dan ada anak yang telah menanti mereka di pintu syurga akhirat nanti. Al-Fatihah.