Tuesday, September 30, 2003

Helo.. Assalamualaikum...
I'm back.. i reached my office pretty early this morning, rememer i had an an exam last night? Haha.. will i pass with flying colors, with good grade ? I don think so, coz i left a few questions blank coz i don even understand what the questions is all about. But still, i'm a positive thinker, very confident, i know i will not fail, but pass with some not-bad grade, oklah tu, effort dah ada, apa lagi nak pk, satu masaelah sudah langsai.

But.. kunun dah malas nak pk apa2, pagi tadi saya dah kena tulun pk utk my fren sorang ni yg sdg di dlm dilemma. He got an offer to be a hotel manager and at the same time he wants to run the best design company on earth !!! well, yg teruknya, i suggest him to take dua2 sekali, cam saya lah jugakkan, tamak, nak kerja dan nak wat master sekaligus. I do believe that he has the capabilites to handle both, lg pun dia kreatif. Well, people trust us to work in a field yg kita langsung tak pernah ada experience, that's really great, bukan senang nak dpt peluang cari pengalaman macam tu, mmg rugi kalau dilepaskan. Dipkkan balik, bakper saya nak susah2 tulun pk, saya xrugi apa2. U know why, 1st, kalaulah ditakdirkan pak cik ni jadi hotel manager, takker bagus, saya nak dtg holiday, senang2 jer ada contact, silap2 aribulan, leh dpt diskaun 97%. 2nd, kalau dia stick pada projek utk run design co. tu pun, saya dpt untung jugak, coz dia janji nak hire saya kerja part time n biler dah establish bulehlah naik terus full time..perghh, syok tuh!! Gaji paling minimum 3K buleh???

Rsanya tak perlu bimbang yg dikejar tak dapt, yg dikendong keciciran. Haha.. pasal saya sndiri dah banyak buat pe'el macam tu. Semua menda nak dikejar, takut rugi kononnya, especially jika melibatkan new experience & knowledge. Sayang woo kalau dilepaskan. Dulu masa study, saya byk sangat join xtvt kat kolej, ada ajer menda nak dibuat, asyik2 gi kursus, kem itu ini. Member lain semua duk bilik terperap study, saya sibuk ke hulu-ke hilir. Well, walaupun saya grad bukan first class macam xroomate saya dulu tu, saya tak pernah menyesal pasal saya dah dapat banyak ilmu & pengalaman lain yg tak der ditawarkan pengajian di mana2 institut. kira dah jadi all-rounder lah ni.

Dan jangan ingat, biler saya dah abis belajar, itu semua dah abis..hehe, pe'el tetap pe'el. Saya masih cam dulu, Ayu yang gila kuasa HAHAHA..(Gelak lanun..). Memula masuk kerja dulu kan, I was very humble, ikut jer rentak orang, maklumlah chinese co, manaleh terus tunjuk besar, tunjuk pandai terus, walaupun saya mmg pandai dan hebat masa kat U dulu (riak sehhh..). Taktik tu ternyata berjaya, ramai orang tmasuk boss especially yg chinese2 ni mula percaya pada saya. (saya dah confirm dlm masa 4 bulan sahaja, rekod tu, ada member ni sampai setahun tak confirm2 pasal dia jenis suka tunjuk pandai) Diorang mula percaya untuk bagi macam2 tugas kat saya wlupun tu semua tak ada dalam skop kerja saya sebenarnya. Tapi saya ikut ajer, ilmu tu weii.. Dan dalam tahun ni ajer, saya dah jadi orang penting kat kilang ni, ada 6 committee yg saya jadi member. Tengok oranglah, tu semua bukan saya mintak, diorang yg nak kasi. Kiranya mana2 commitee kat sini yg tak amik Ayu jadi ahli, mmg rugi giler lah (lagi sekali riak). Biler offer datang bertimpa2 (cam artis ler plak), saya jadi pening sat, tapi saya amik jugak semua pasal tamoh rugi. Berikut di senaraikan tugas2 saya kat kilang ni
-Assistant Programmer Analyst (main job yg berkaitan IT)
-Tukang jaga Stock Data
-Tukang kira rebate customer
-Internal Quality Auditor untuk ISO
-Fasilitator untuk Training Team (plg best pasal saya dapat practice public speaking dpn ramai org)
-Secretary untuk Quality Control Circle (energy wastage)
-Secretary dan auditor untuk 5S (kena turun naik mill dan silo)
-Secretary untuk annual dinner commitee (thn ni jadi MC jugak)
-Dokumentasi untuk Enterprise Risk Management)
-Tukang buat kad, poster dan lain-lain
-Tukang backup kerja orang biler ada yg cuti beranak atau gi haji
See, byk tak kerja saya ? Kiranya kalau nak bukak company sendiri memang dah lepas sgt, banyak pengalaman sehh wlupun baru 1 1/2 thn kerja. Peduliklah org nak kata saya gila kuasa ker haper ker, yg penting sy dpt pengalaman n bonus n increment akan naik ujung tahun ni..tu yg best tu..

Haha.. kadang2 memang stress biler banyak sgt kerja, study lagi, tapi lama2 dah biasa. Status sbg Anak DaRa Tunggal di kilang ni pun m'undang masalah jugak tp steady jer lah beb. Jaga pendirian, tu yg penting. Stress Mgt saya dah makin ok sekarang. Seronok betul rasanya, rasa dah macam superwomanlah plak.. Tapi tak taulah saya akan mcm ni smpi biler..

So, kalau saya buleh, apsal plak orang lain tak buleh. Yg penting kita pandai segregate semua urusan kita. Kita perlu ada komitmen, rasa tanggungjawab dan sense of belonging pada kerja kita tu.. betul tak..? Sekian sahaja ceramah motivasi dari Prof. Dr. Rahayu..tata..

Monday, September 29, 2003

Dear My Blog,
Perlawanan antara Encik Kee dan Encik Kunta telah berakhir dengan kemenangan kpd Encik Kee dgn satu tumbukan dan satu flying kick shj (2 kali tengok menyampah pulak saya tengok si gemuk ni :Encik Kee). Encik Majumiya pula telah menarik diri dr perlawanan, mengapa ? Kini tiba masanya untuk Encik Viday, adakah dia juga menang spt kejohanan remaja seblm ini ? Kita tunggu minggu depan, pukul 9.30 pg TV2, dibaw kan oleh Apollo.

Hi.. ari ni saya ada final exam, alah that one yg saya bebelkan ari tu. Nak exam pun masih ada masa tengok Dragonball heheh..So oleh krn anda dah masuk webblog ni, saya wajibkan anda semua mendoakan saya dapat A untuk dis subject, ok. Kalau rasa nak idup lama, sila lakukan, kalau tidak, kau akan menyesal..:)

Ok.. ari ni nak citer pasal family. Who should go 1st ? Mestilah my abah kan. My abah keturunan bugis. My great grandfather mmg pure dari Indonesia, im not sure which part. So what so special about my abah. He?s veeeerrrryyyy understanding, veeeerrrryyyy caring and veeeerrrryyyy protective. Selalu kalau saya ada konflik ngan mak, abah will come to the rescue..neno..neno. Sy dgn abah mmg tak der konflik pasal kitorang punya pemikiran & citarasa byk yg sama. Sometimes walaupun saya mmg salah pun, abah ttp akan backing, cayalah abah. I luv u. Biler saya ada masalah, abah lg senang dpt detect, dia paham apa yg saya rasa. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan saya xbersedih, tu yg buat saya selalu terharu. Dia jugak akan buat apa shj utk pastikan saya sentiasa selamat, sampaikan abah sanggup dtg jauh2 semata nak escort saya pergi balik kuliah malam. Best tak abah saya ? Tapi orang yg tak kenal akan kata abah saya nampak garang, orang takut nak dkt, tapi dia sgt baik sebenarnya.

We move to my emak.
My emak, hemm.. dia pun baik, tapi saya ngan mak jarang sependapat. Still saya sgt hormatkan emak. Emak saya ni kira mcm superwoman, dia tough tau. Dia blh run business sendiri & buat macam2 perkara dlm satu masa. Dulu business mak pernah down sekali tp dia tak give up, dia cuba lagi. Smpi saya pun jd pening, mak ni tak penat ker. Mak saya mmg sgt rajin tang menda yg mendatangkan duit & saya pun apa lagi turutlah rajin memintak duit kat emak bila saya pokai. Walaupun mak saya tak sekolah tinggi, tapi dia pandai, agaknya kalau dulu mak saya tak susah, dia dah jadi peguam agaknya. Part bercakap, cukuplah pandai, sampaikan saya yg sekolah tinggi ni pun tak terlawan (hormat sbnrnya hehe). Nak tau kenapa saya selalu ada konflik ngan mak, salah satu sbbnya pasal mak selalu nak saya jadi perempuan yg sempurna, cakap lemah lembut, jalan slow2 dan macam-macamlah lagi yg saya rasa macam eee.. tak kuasanya nk jadi mcm tu. Saya rasa saya dah ok dah ni, tapi tak taulah dia nak saya jadi macammana lagi. Tapi, mak saya sgt caring. Pantang anak2 sakit, mulalah dia tak tentu arah, kalu duk jauh, dan-dan tu jugak dia datang pi jenguk wlupun jauh.. terharu jugak tu.

Sapa lagi ? ha, my brother,
My brother yg nampak jer macam senyap tapi bleh tahan jugak kepohnya dan suka menyakat masa kat umah. My lil sis lah selalu jadi mangsa, dgn saya berani dia buat, mau kena flying kick maut hehe. Tapi dia ni jarang ada kat umah pasal dari form 1 sampai sekarang dia duk hostel, form1 kat JB, form4 kat Muar, matriks kat Melaka n sekarang kat UPM tengah buat Bio Tech. Kengkadang tu rindu jugak kat dia lebih2 lg biler ingat zaman kecik2, selalu dia menangis biler kena marah ngan saya pasal saya ajar dia tak paham2 atau biler time dia mintak tulun ajar, saya malas. Sedih plak rasa, cam nak rewind plak masa. Tapi skrg adik saya ni tough, tinggi dekat 6 kaki, lagilah smnjk masuk UPM ni dia join PALAPES, makin tough dan makin gelap itu sudah pasti. Lagi satu dia sangat pandai melayan budak2, sepupu2 semua ramai yg senang dgn dia.

Last, my lil sis,
Inilah satu2 nya buah hati mak abah kat umah pasal yg lain sumer duk jauh. My sis ni lebih kurang ikut style yg mak nak, cakap slow, jalan slow, semuanya slow, smpi saya yg menengok pun jd rimas. Bab akademik dia mcm kureng sikit dr abang n kakaknya , dia lbh minat ko-Q, selagi ada menda semua nak di ikutnya kat sekolah tu. Tapi baguslah psl dia jenis yg selalu ikut cakap mak. Dia jenis yg tak banyak cakap, main ikut jer. Lagi satu, kuat berangan.hehe..

My family belah emak plg saya rpt sekali. Saya cucu sulung dlm family. Dibesarkan sikit skop, saya cicit pertama dlm family. Moyang prempuan saya ada lagi. Masih tough, jalan tak bongkok pun, cuma ingatan jer dah kurang skit. Saya tak taupun baper umur dia.. maybe dah nak cecah 100 agaknya. Family belah mak saya sgt aktif, tiap2 tahun keluarga besar ada hari keluarga. Susur galur bermula dr bapa kepada moyang saya. Keluarga besar kami namanya Keluarga Ahad. Di bawah Ahad ada 4 buah keluarga besar. Dan salah satunya bermula dari moyang saya tu. Stp thn 4 kuarga besar tu akan rotate utk anjur hari keluarga. Masa tu selalunya seronok sgt. Mcm baru2 ni buat kat tmpt keluarga saya, kami sewa dewan orang ramai. Sy ngan sepupu lain jd receptionist pendaftaran, kutip yuran dan jual sticker keluarga. Seronok biler jumpa ramai2 pastu buat persmbahan lah, sukaneka lah, bergambar..best.

Ishk.byk sungguh dah.. ok.. dat's all untuk pengetahuan anda semua..siaran akan disambung esok..bye..

Saturday, September 27, 2003

Assalamualaikum.. selamat pagi.
A bit sleepy dis morning coz last night, balik dr discussion sampai umah dah kul satu pagi. Wah, ini kalau org tak tau apa2 akan kata. anak dara ligat ni. Well, peduliklah apa org nk kata. Elo mak cik, dah tak der keja lain ngumpat anak dara orang, pi baliklah kemas umah ker, masak ker, cuci akuarium ker, cat bumbung ker, lg bfaedah.

Chop.. wei apsal sumer org bizi bodi sgt pasal aku xpakai baju ISO ari ni ? Ni yg berangin satu badan ni, sukati akulah nk pakai ker tak, sibuk jer. Bos tu kalau xpakai baju ISO, tak de plak yg bising. mentang2 aku cuma kuli kat sini. GERAMM... yg tepon nya lagi, yg cakap sendiri lagi, sumer nk bising pasal aku tak pakai baju ISO, tengah sedap tulis blog, ada ajer yg ngacau, terbantut idea.

"Hei Yu, tak kerja ker arini, apsal tak pakai baju ISO?"
"Baju I tertinggal kat umah lah, dua2 pasang plak tu"
"Nanti Tracy nampak dia bising tau"
"I dah kasi tau QMR dah, dia ok jer, I bukan sengaja"
(masa ni saya masih ok & cuba berlembut lagi)

Kring..Kring..
-Helo
-Helo, Yu, apsal awak tak pakai baju ISO ari ni?
-Saya tertinggalkan baju tu kat umah mak, semalam saya tak balik umah, ada hal kat Skudai
-Takkan dua2 pasang sekali ?
-Betullah kak, dua2 pasang, tak tipu.
-Yer ker ? boleh caya ker awak ni ?
(sampai sini saya dah mula hot)
-Betul, tak caya sudah !! (suara dah mula naik)
-Ker awak memang sengaja, cakap jer lah awak memang sengaja tanak pakai.
-Tak caya sudah !! (Suara naik lagi satu level)
-Tak perlah klu cam tu.
-Ok bye..

Menda lah diorang ni. A'enna menda kecik pun nak kecoh, mcmlah aku dh bunuh org. Ni silap ari bulan sah ada yg betul2 kena bunuh ngan aku pasal suka sgt menyibuk tak tentu pasal. Kpd yg baca blog ni, cubalah u all bayangkan, u all tau saya nak pindah umah this week, semua baju saya dah anto balik umah mak, unfortunately semalam ada discussion so saya tak dapat balik umah mak & terpaksa tidur umah lama. I realized that yersterday, abis tu takkan saya nak pi balik drive 80 KM tgh malam buta semata2 nak amik baju selai. So pagi ni pakai jerlah apa yang ada, kira nasib baiklah ada baju yg dekat2 sama warna ngan baju ISO tu. I 'd told a fren yesterday about dis, n kata dia tak perlah sekali-sekala, bukan sengaja. N this morning i met our QMR (ISO punya rep) n saya dah mintak maaf n bagi alasan kenapa tak pakai baju ISO ari ni. dia nampaknya tak kisah. So yg orang lain ni jadi tukang kecoh per sal ? Kalau depa tu boss tak per, ni baru jadi kerani, dah menyibuk. Ni memang aku geram tul, sesama member tu backing2 lah sikit, ni sibuk nak cari silap dan jatuhkan org lain.. huh, fed up , rasa nak berenti kerja jer ari ni. So if u're in my place, apa u all rasa ?

Malam tadi punya discussion pun buat saya pening, depa ni semua taulah full time punya student, banyak masa nak study, aku yg tak der masa ni tulunlah consider sikit. Discussion apa namanya, masing2 berceriter syok sendiri, aku yg terpinga2 cam haper, TOLONG !!! TAK PAHAM LAH !!! Tapi masing2 cam tak dengar jer.. Apa aku nak jawab exam isnin depan, Ya, Allah tolonglah. Dahlah saya penat drive jauh2 dr PAsir Gudang, biler sampai, apa yg saya dapat ? Lagi kompius ada. This is d'conflict yg berlaku biler belajar par time. U don have sufficient time to do any revision and only depends on the note taken in class. But when u come to such a discussion where people in the group nampak sangat pandai dan dah paham sesungguhnya sampai leh bangkitkan itu ini..itu ini. you'll feel stress. And you feel like u're the most stupid in there. It's not that you're lazy or what, but u really couldn't spare time to revise. Balik kerja penat, drive pergi kelas, dlm kelas, your focus dah separuh2 pasal ngantuk dan penat, balik kelas dah tgh malam and by that time u dah penat gileerr sampai dah tak leh nak bukak mata. U sleep & esoknya bangun balik gi kerja. Actually i like discussion, mcm last sem, ada satu subjek yg agak teknikal & perlukan pemahaman yg tinggi serta pengiraan. Fortunately for that subject mmg ada satu buku teks lengkap so even if i couldn't concentrate in class i still can look through all the material & belajar sendiri kat umah masa weekend. Alhamdulillah otak kira ok, saya paham apa yg saya baca sampai buleh buat discussion utk ajar kawan2 part time lain yg tak paham. I tried my best to make sure everybody understand, the same understand as i have. Alhamdulillah jugak utk subjek tu saya score A-, not bad sedangkan ada 11 orang yg fail masa tu. So for this sem, i hope to have someone yg buleh ajar macam tu pulak pada saya, but nobody come into the picture, kalau ada pun, serupa cam tak der. Tu yg sedih tu. Lagipun this sem punya subjek, tak der buku yg betul2 lengkap, lecturer kata "apa yg saya ajar dalam kelas tu dah lengkap, tak payah buku" Betul, tp mcmmana dengan org cam saya yg kurang concentrate dlm kelas ? nak refer mana ooii..?

Tengok, hajat di hati nak tulis lain, lainlah yg kuar. Relax Ayu, tarik nafas panjang2. Kebetulan angin memang tak baik ditambah dengan hormon tak stabil (kes biasa org pompuan stp bulan). Ingat nak tulih pasal family ari ni, tak jadilah nampaknya, minggu depan jerlah. Rasa cam tak best plak kalau nak tulis pasal family masa mood tgh cam ni. Orang kalau nak citer pasal family mesti dgn happy.. so i need to calm down myself first. Bos2 semua ada course, so saya buleh ngular sikit ari ni..hehe.. tata..

Friday, September 26, 2003

Hai.hai.hai Assalamualaikum 2 everybody. How r u ? Sihat sumer ? Bagus.. Now 9.04 AM in d’morning. Ive a lot of things 2 write, but i just can’t decide which one should go 1st & how about the sequence? I dont want my blog look stupid only becoz the writings sgtlah berterabur, huru hara & bersimpang-siur.

Ok, 1st lemme tell you, i’ll be moving out from my rumah sewa by d’end of dis week. Good Bye Taman Rinting.. Saya akan berulang-alik dr umah mak saya ke tmpt kerja slps ini. Oklah tu, after this i don haf 2 fenin paler pk nak bayo duit sewa umah, bil air, api & all those stuf yg merabakkan akaun bank saya selama ni. Umah mak agak jauh sebenarnya dr tmpt kerja lbh kurang 80 km. I dont care a bit wlupun saya tau penat drive jauh2 cam tu as long as im hepi with dat. Saya sndiri dptlah train my driving skill di jalan yg mmg terkenal dgn kesesakannya. You know Highway Pasir Gudang ? Hari2 masuk dlm info trafik ERA pasal asyik jam, tp saya dah get used dgn tu semua. My besfren already tau yg saya mmg pemandu wanita yg merbahaya. I care about my car more than myself, teruk betul kan? Alhamdulillah so far, semuanya ok, see the leg lah.. Masa bebaru beli keta tu, Ambok saya dah baca-baca dan mandikan keta tu ngn air limau. Bukan stkt keta, dgn tuan keta sekali kena mandi air limau jugak hehe. Bukannya khurafat cuma sekadar usaha dgn tidak menyalahi syariat. (Ambok tu datuk saya, Ambok adalah panggilan untuk bapa atau datuk bagi orang Bugis). Hai.. kesian betul keta aku tu, masuk ari ni dah baper ari tak basuh, apa punya keta anak dara, comot betul. Sorilah my sweetheart i couldnt find a right time to wash you.. wait until i finish my exam first, ok ?

Now i got an idea.. memandangkan dis blog consider as new, i need 2 include elemen2 pengenalan about my self, my family, my friends and my work first. Later, baru saya tulis pasal life sehari2. ok tak gitu ? brilliant kan idea tu? Wah tak sangka aku sebegitu bijak shingga mampu mlahirkn idea segempak itu, kagum sungguh..hehe. Well, ari ni saya nk tulis psl diri sendiri. Hemm.. apa nk diceritakan ek? Yg baca blog ni sumer nya kawan2 yg mmg dah kenal saya pun, kalau citer pun rasa cam dah basi jer. Ok tak per, saya akan citer pasal apa yg kawan2 pernah komen ttg saya. Jaja kata i’m such a patient person, buleh sabar ngan perangai org n cool jer dlm apa2 situasi. That’s why ada org pernah kata saya ni jenis tak menunjukkan emosi. muka tak der perasaan. tapi depa tak tau, saya ni kengkadang meletup jugak, dgn adik-adik terbabas jugaklah suara2 laserku ini. Apa lagi, Alang (adik beradik dlm JKM+Leadeck+Blok+SCK) plak kata saya sgt independent, buleh buat apa2 pun wlupun sorang2, pun betul pasal my fren masa sek men pun kata saya ni Ayu yg sorang2 pun buleh idup n dat’s why saya tak kisah pun xde boyfren wlupun kengkawan semua dah ada steady gf/bf masing2 skrg. Creative, hemm.. saya kreatif? Bulehlah.. kreatif sikit2 plus berseni sikit2, haa..yang tu baru tepat. Tangan seni inherit dr emak yg pun berseni, byk ilmu mak yg dah diwarisi. Ilmu apa tu takyah citerlah karang cam riak n macam nak promote dirilah plak hehe. Cakap pasal mak, nak tau apa yg mak saya akan cakap pasal saya? AYU ANAK YANG DEGIL. Degil tahap maksima. Lepas UPSR, dah masuk Sekolah Sains, cabut.. lepas SPM, masuk USM pun cabut lagik. Hehe.. saya cabut dari sekolah, cabut terus.. tak mainlah setakat tuang ker haper ker spt yg selalu dilakukan oleh sahabatku Rina semasa zaman mudanya. Haaa.. Rina plak pernah komen saya ni baik ati, ramah dan lucu..hehe.yer ker? Jaja, what do u think?

Dat’s all for 2day. Hope nama2 yg ad adisebutkan di atas tak kisah namanya di’mention’kan di blog ini. Ni blog umum, tak dernyer aku kena bayar royalty kat indiviu2 terbabit hanya kerana masukkan nama diorang, kan ? lainlah cam Rina, takut sgt org mintak royalty, betul tak Jaja? hehe..

Thursday, September 25, 2003

Assalamualaikum..
this is my first time having my own blog.baru sat tadi tengah syok surf, tetiba tersesat masuk kat blog orang. i don't remember the name but something to do with amoi. anyway.thanks to her for giving me the inspiration to create one exactly (not really) like hers. I've a friend who also have this kind of blog but not published with the blogspot. Dia letak dalam website dia sendiri. I wish to do the same, but i dont have my own homepage yet. Bukan tak reti, tapi malasss (alasan paling kukuh dalam dunia). So, nampaknya i came to the right place. Sib baiklah blogspot ni punya murah hati nak kasi orang pemalas (macam saya) yang ada impian tapi malas untuk ada blog sendiri. One thing that i want to reveal here, memalukan sebenarnya, tapi nak kasi tau jugak, selama ni saya tak pernah tau pun pasal blog2 ni. Nama ajer orang IT, menda simple nyimple cam tu pun tak tau, ada ker patut ? Tak patut..tak patut.. So thanks to my friend yang ada jauh nun di pantai timur tu kerana berjaya mencelikkan mata saya tentang blog ni. If he read this message, good "Amacam? besar tak font aku?" I dont know why this guy inclusive my besfren suka sgt font yang kecik cenonet. Kata depa cantik, hemm.. lantak koranglah. Sumer orang ada pendapat sendiri. For me, sederhana is better. Ada sesaper yg setuju? Ok.. gtg.. nak pi solat..tata..salamz.