Friday, December 22, 2006

Birthday

Hari ni aku nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 28 kepada 'tooooot'.. hehehe (biarlah rahsia untuk orang lain tapi mak baby Precint 16 tentu sudah buhsan dan meluat lagi menyampah dengan kerahsiaannya hehehe).
Mak baby, ko mesti akan kata aku ni degil, macam dah tak ada kaum adam lain yang nak diingat, orang tu entah2 sebesar kuman pun tak ingat langsung kat aku. Hehehe.. tunggu lah aku kena amnesia ker, kasi gegar sikit saraf otak aku, hantuk kat dinding dgn kelajuan serta daya hentakan yang tinggi, haaa masa tu memang sah ler aku lupa. Tapi ayat jiwangnya adalah, untuk melupakan terus tu memang aku tak sanggup walaupun aku tau yang aku memang dah tak der harapan. Tapi kuasa Allah tu saper yang tau kan?
Selain tu, aku amik peluang ni untuk ucapkan Happy Birthday pada Irine, Penolong Akauntan aku yang banyak sangat tolong aku yang kayu dalam hal2 kewangan ni. Birthday Irine pada 24/12 ni. So, sekaligus ucapan selamat hari lahir ini jugak aku tujukan untuk Awin di ANU, Australia. Untuk Irine semoga cepat2 dikurniakan cahaya mata. Dan untuk Awin semoga dapatlah Awin tamatkan PhD dengan jayanya.
Akhir sekali, Selamat Hari Lahir jugak untuk siapa2 yang menyambutnya dalam bulan ini.

Wednesday, December 20, 2006

Sesat

Malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau dah tengah2 highway yang sibuk, dengan sapa kita nak bertanya? Nak berenti tepi jalan, bahu jalan pun tak der, lagi jam, lagi kena hon dgn orang. So, mau tak mau, 'bertanya'lah pada signboard2 yang kesahihannya kira boleh tahanlah, bolehlah pakai.
Semalam, turn bertugas di parlimen. Pergi dgn keta sdiri kononnya nk memahirkan diri dgn jalan2 kat KL ni. Alhamdulillah tak sesat. Tapi sapa sangka, dalam Dewan Negara aku bleh 'sesat'. Hehe sesat dalam mimpi yang entahapa2. Amalan rutin berada dalam dewan smjk di DPA, apa lagi, sangap. Amendalah senator ni mmbebel, berjela2. Memang nasib malang kena dewan negara dan perbhasan plak tentang rang undang2. arghhhh!!!!
Kul 4.30 aku kuar dari dewan (tak kuasa nk duduk situ lama2) dan men'sesat'kan diri ke bilik pegawai2 bertugas huhu.. kena tunggu sampai kul 8 mlm, smpi dewan habis baru bleh balik. Lum kul 8, aku dah cabut (hehe jgn kasi tau Dato' SUPAR tau, nnt aku dpt STS). Pas tu, memang dah nama entri ni pun sesat, dlm pejalanan pulang dari parlimen, aku SESAT! ni betul2 punya sesat. Sebabnya masa turun dari parlimen tu aku terlepas simpang. Sudah!!! Aku kan mmg kayu sikit tang jalan2 KL ni, so aku pun cam biasa melilau nengok signboard tp satu pun tk der yg mengarah ke Putrajaya atau Seremban. Hahaha.. tak yah lah aku citer daerah2 mana yang aku sampai, kang orang mesti gelak punya. Lebih kurang hampir satu KL lah aku ronda, sesat nyer pasal. Aku ingat aku leh caya signboard rupanya signboard pun x leh pakai sgt. So, baik2 aku leh sampai awal, dekat kul 9 baru smpi umah. Baik2 tol cuma 1.80, tup2 4 hinggit aku habis.
Sebenarnya sesat di KL ni memang aku dah biasa sangat. Dah berkali2, tu yang aku tak cuak pun. Tapi dah berkali2 sesat pun tak expert2 jugak jalan, entahapa2 minah ni. Dulu aku penah sesat balik dari INTAN, tup2 aku balik ikut Cheras. Balik dari UIA pun penah sesat, tup2 sampai jalan tun razak. Yang smlm punya aku rate sebagai kesesatan terunggul yang aku pernah lalui, orang mesti tak caya yang aku leh sampai damansara, kelana jaya, sunway, puchong, cyberjaya, putrajaya.. hehehe, smpi kan satu tahap tu aku pk, alang2 dah sesat, ronda jerlah satu KL, apa susah. Minyak banyak lagi (baru gaji beb).
Kadang2 terpk betapa beraninya aku menyesatkan diri smpi cam tu sekali. Haha malam pulak tu. Entahlah, hati aku ni mmg keras agaknya, tak rasa cuak langsung. Konfiden jer memanjang (kononnya). Aku tau kerajaan tak ler kejam sgt smpi taruk signboard2 yg salah kat jalan, kena lah bsangka baik kan? heheheh.. Mak aku biler tau aku stay kat parlimen smpi 8 malam pun dia dah bising, kalau dia tau aku sesat, maunyer bising dia tu bleh naik beribu2 desibel smpi pecah gegendang tinger aku hahaha. Tp tak per, yg penting aku dah selamat. Alhamdulillah hehe.

Friday, December 15, 2006

Puji

Alhamdulillah pujian bagi Allah. Subhanallah Maha Suci Allah. Nasyid pulak hari ni, terserlah aura-aura keinsafan. Ishk.. bukan niat nak mempermainkan, cuma kasi jadi intro sikit.
Kalau cakap pasal pujian, perghh.. saper lah tak kembang biler kena puji, seronok kemain. Perasaan melayang2 tembus ke siling, bumbung dan terus ke langit biru. Tapi penting ke pujian tu. Ada orang kata, pujian tu sebagai satu ransangan semangat supaya kita berusaha lebih bersungguh2 dan tanda penghargaan, tp tak kurang jugak yang beranggapan, pujian itu hanya akan menjadi tembok menyebabkan manusia akan cepat lupa diri atau mudah berpuas hati, akibatnya rasa diri sudah sempurna dan tidak perlu improvement apa2 lagi.
Aku dalam keluarga memang payah dipuji, apatah lagi oleh mak sendiri. Mak kata, aku ni mengada2 kalau dipuji, jadi manja. tapi kalau komen dan kritikan tu mmg berbakul lah. Kat pejabat pun sama, bos aku mmg paling susah nak memuji. Sedangkan nak cakap terima kasih pun punya berat, ini kan pulak nak puji.. berjanggut lah tunggu. So, biler dikelilingi oleh orang2 macam ni, aku pun mula terpk, teruk sangat ke aku ni. Aku rasa seolah2 dinilai pada aspek negatifnya sahaja, yang positifnya aku pun tak tau.
Kadang-kadang kita ni bukan nak sangat dipuji, tapi pujian tu sebenarnya mungkin adalah salah satu sumber keyakinan diri, tak ler rasa inferior memanjang kan? Pujian tu (kalau ikhlas lah) sebenarnya menjadi petunjuk untuk kita mengenalpasti di mana kekuatan dan kelebihan kita. Itu namanya pengiktirafan. Bayangkan kalau kita bagus tapi orang tak iktiraf, kita mungkin akan rasa apa yang kita buat tu tak bagus dan kita pun berubah kepada sesuatu yang tak tentu lagi lebih bagus atau lebih teruk. Kan bahaya tu.
Entahlah ek.. mungkin kita kena muhasabah diri sendiri, tp susah jugak pasal pandangan orang2 lain semua tak sama. Kadang2 pujian jugak membuatkan kita seram dan tak sedap hati, tak selesa. Kalau aku lah, aku lebih suka orang puji di belakang.. tak payah puji2 depan aku. Aku ada tendency utk pk negatif yg org tu cuma nak ambil hati atau buat aku tenang, itu jer. Sebab tu, biarlah berpuluh orang hantar emel kata aku ni pegawai berdedikasi dan profesional.. tp aku rasa nothing. Apa kata derang hantar puji2 an tu pada bos aku, tu lagi bagus. Biar bos aku dpt kasi markah lebih utk penilaian hujung tahun hehe...
OKlah, petang ni nk balik kampung tp pagi isnin dan kena balik sini semula.. tata..

Tugas

Senarai tugas aku di opis, seperti di dalam fail meja aku.. (rasanya tak confidential benda ni kot)
1. Menguruskan dan memantau pembayaran kepada pemegang-pemegang pinjaman dan biasiswa yang diuruskan oleh bahagian. (tugas yang ni boleh buat aku nak muntah biler kena meluluskan beribu-ribu lemon baucar bayaran)
2. Menyelaraskan dan menyediakan anggaran belanja mengurus tahunan bahagian. (setahun sekali, tp kena selalu monitor. Biler tak cukup duit atau terlebih duit.. aku pun pening)
3. Menyelia dan memantau prestasi perbelanjaan Bahagian dan memastikan akaun sentiasa dikemaskini serta diselenggara dengan baik. (yang ni banyak Penolong Akauntan yang buat, aku cuma tengok2kan dan semak jer, aku bukannya reti sgt menda2 cam ni)
4. Memastikan urusan surat menyurat, hebahan, rekod dan sistem maklumat di bahagian sentiasa teratur dan sistematik. (yang ni kena ditengok hari2, biasalah ni.. kerja orang perempuan)
5. Menyelaras dan memastikan keperluan ict serta sistem maklumat bahagian berada dalam keadaan sempurna dan diselenggara dengan baik. (yang ni pun banyak buat aku pening. Aku dengan Bahagian IT Kementerian mmg dah tak ngam, ada jer yang tak kena. Fed up makcik)
6. Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan logistik serta inventori bahagian. (yang ni delegate pada orang lain, tp kena monitor jugak)
7. Mengurus dan menyelaras penyediaan kertas dan jawapan Parlimen. (aku lum lagi wat kerja ni pasal officer yg lebih senior yang take over).
8. Mengurus dan menyelaras penyediaan maklumbalas-maklumbalas mesyuarat dan jawatankuasa dalam kementerian. (kerja bermusim, tp simple jer kalau tak banyak isu. Kalau mesyuarat kabinet, itu ada sikit payah)
9. Mengurus dan menyelaras pengumpulan data dan analisis tajaan oleh agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. (2 kali setahun, tp berjaya membina networking bagus)
10. Bertindak sebagai urusetia bagi mesyuarat penaja-penaja biasiswa bersama YB Menteri (2 kali setahun) dan mesyuarat bulanan bahagian (macam biasa jer tp tang nk wat minit mesyuarat tu mmg ada sikit liat dan payah especially kalau dengan Menteri).
11. Merancang dan menyelaras keperluan kursus dan latihan pegawai dan kakitangan bahagian. (pastikan setiap orang pergi kursus sekurang2nya 7 hari setahun, kalau tak cukup, kita cari mana2 kursus pun)
12. Menyelaras laporan kemajuan perlaksanaan program-program biasiswa dan pinjaman di Bahagian (termasuklah laporan bulanan, SKT dll, kumpul jer dr unit2 pastu edit dan jadilah satu report)
13. Menyelaras segala pertanyaan dan aduan pelanggan (hari2 kena ngadap, yang ikut emel, ikut surat, yang telefon, yang lalu sistem aduan.. migraine aku tang ni. Macam2 pe'el. Bertambah payah biler aku dinamakan sbg pegawai phubungan kementerian untuk urusan pelajar di luar negara bagi hal2 biasiswa, fensan)
14. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan urusan pentadbiran dan kewangan Bahagian (gi meeting ada makan free, best!)
15. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. (ishk yang ni tak terkira banyaknyer.. pening)
(off record: cover kerja orang lain yang tak ada kat opis)
Tak masuk lagi arahan terbaru bos iaitu planning untuk dapatkan ISO tahun depan. Hemm.. kadang2 rasa underpaid. Tapi dah nama pun 41, memang itulah lumrahnya. Yang bestnya dpt belajar banyak perkara. Betullah sapa entah kata, kerja kerajaan ni dia tak fair sikit. Ada tmpt tu mmg rilek jer kerjanya, tp kalau bhgn yg bz, mmg nak mampus lah kerja. Tapi apa kan daya, bonus tetap sama, increament pun tak ada beza wlu di mana pun kita. Tak per lah, mmg itu rezeki kita kot.. redha jer lah. Ada ganjaran yg tersembunyi mungkin atau yg hanya akan hadir kemudian.

Wednesday, December 13, 2006

Keras

Apa yang keras? Intan? (ishk fobia aku nyebut nama Intan ni). Suatu masa dulu aku rasa aku bukan seorang yang keras, mungkin dari segi penampilan luaran kot. Tapi aku tau dan mungkin ada kawan2 tau yang ada sesuatu yang keras dalam diri aku ni. Keras hati? Kadang2. Keras kepala? Pun kadang2. Orang kata, perempuan ni kerasnya macam kerak nasi, kena rendam lembut jugak jadinya.
Mak aku, makcik2 pun ada komen yg aku ni nmpk lembut tp keras. Ishk.. agaknya ada ker smpi orang gerun ek. Hehe, tak tau. Tapi aku berani kata yang semenjak dh bertukar profesion, aku mula menyerlahkan ke'keras'an tu. Keras dalam banyak aspek yang kadang2 aku pun tak suka sbnrnya. Pertama, kalau dulu aku kerja sorang2, skrg aku ada ramai anak buah di pejabat. Kerja plak berkhidmat untuk rakyat, banyak stakeholders nk kena jaga, kesilapan kecil akan mmbawa implikasi besar pada banyak pihak. So, aku mula jadi perfectionist sekaligus nampak 'keras'.
Tapi yang paling aku tak suka adalah hati aku pun mula 'keras'. 'Keras' yang aku maksudkan di sini adalah aku seolah2 dah hilang emosi. Lebih2 lagi bila saban hari sibuk dengan kerja, fikiran hanya pada kerja, jadinya otak dan jiwa tu tak berapa aktif, statik jer dalam keadaan apa pun. Aku rasa sangat perubahan tu, pasal apa? Kalau dulu aku bleh bersedih dan menangis terharu apabila mendengar nasyid2 sedih, sekarang tak lagi! Bengangnya.
Tapi, semalam.. aku rasa sedikit demi sedikit 'keras' itu mula pergi. Haha.. hanya kerana menonton movie Message In The Bottle. Sedihnya ending dia. Sedih kerana menyaksikan kasih sayang Garret pada Catherine yang tak pernah surut. Sedih kerana Garret pergi sebelum sempat meluahkan perasaannya pada Theresa. Sedih kerana mengenangkan nasib Theresa yang merasa seolah2 tidak dihargai kerana Garret terlalu mencintai Catherine. Akhirnya dia hanya tau yang dirinya dihargai apabila Garret telah pergi. Aku suka dialog2 dalam filem tu, simple tapi best.
Serius, habis ajer filem tu.. aku menangis. Terharu sgt dengan kata2 Theresa, lebih kurang maksudnya dia berterima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk merasai cinta itu walau pun sekejap. Tiba2 aku rasa ada kebenaran bahawa cinta itu bukan bererti kita akan hidup bersama, cinta itu hanya anugerah yang mungkin hadirnya sementara untuk kita rasai. Kalau dulu aku pernah bpendapat, Tuhan takkan hadirkan rasa cinta dalam diri kita kalau tidak ditakdirkan utk bersama, sekarang tanggapan tu dah berubah.
Aku bertambah sedih bila mmbayangkan aku di tempat Theresa. Bayangkan kita menderita kerana orang yang disayangi tak menghargai kita. Kemudian kita hanya tau bahawa orang tu sbnrnya sgt mghargai kita, hanya apabila orang tu dah tiada.. apabila semuanya sudah terlambat. Aku tau perkara camtu takkan berlaku pada aku, tp sesekali berimaginasi tersentuh jugak hati.
Yang Keras sudah jadi Karat nampaknya.

Tuesday, December 12, 2006

Bunga

Cuba cakap perempuan mana yang tak suka dengan bunga. Bunga tu kan cantik (kalau yang cantiklah) dan wangi (tu pun kalau wangi).
Aku pun suka bunga. Tapi bunga yang hidup lah. Bunga plastik, walaupun dia kekal cantik lama tp tak best. Semalam aku ngan Zana dah cilok beberapa kuntum bunga dari meja hidangan masa jamuan Hari Q. Hehe.. ikut hati nak sambar satu jambak, tp budak2 catering tu cam terkulat2 cam serbasalah jer, ala cian. Hehe.. selamat lah beberapa kuntum bunga daisy. Aku dapat satu pink satu merah, cantik. Tapi bukan feveret aku sbnrnya daisy merah ni. Aku suka yang putih sbnrnya macam dalam cerita U've Got Mail tu :)
Lagi satu bunga kegemaran aku atau setepatnya mungkin kegemaran semua orang dlm dunia ialah bunga mawar. Memang cantik dan eksklusif sebab tu kot mawar ni tak semudah2nya dibuat perhiasan (setau aku lah). Katanya mawar tu lambang cinta. Cheh, kenapa nak dilambangkan dengan bunga yang akan layu? Cantiknya cuma sekejap. Naper tak samakan dengan benda-benda yang kekal, yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek ujan. (ini sudah masuk peribahasa pulak ishk ishk ishk).
Akhir sekali, sesungguhnya bunga lah yang menjadi faktor kenapa aku nak sangat pergi bercuti di Cameron Highland. Aku nak tengok bunga yang banyak, yang segar.. walaupun kesegarannya cuma seketika, walaupun keindahannya sekejap cuma. Tapi itu semua seolah-olah memberi gambaran dan perumpamaan jelas tentang pentingnya kita menikmati hidup kita, indah dan seketika. (indah itu abstrak)

Besi

Kerana besi, aku kempunan hari ni. Kerana besi, aku tak dapat nak buat amal bakti hari ni. Kerana besi, aku rasa bosan satu hari. Apalah nak jadi. Tak pernah2 tak cukup besi, tetiba tak cukup plak hari ni. Dulu2 tu cukup jer. (eee.. aku ni cam kontraktor nk buat bangunan ler plak ek)
Frust, tadi dengan berkobar2 aku nak pergi derma darah tapi kena reject. Cheh, berani dia reject aku. Check punya check depa kata aku tak leh derma kali ni coz darah aku kekurangan zat BESI. Apahal lak ni, aku tak cukup makan ker, atau makanan aku tak bergizi selama ni. Ishk.. ciannyer. Pas ni entah biler lagi ada orang nak datang buat program derma darah ni, tunggu ler lagi yer.
Pengabisnya, entah naper satu hari ni rasa cam tak der mood jer. Rancangan bila dah rosak, mmg hangin aku satu badan. Apa ke hal.

Sunday, December 10, 2006

Permata

Baby Mohd Rifqi Naufal, permata hati Fique dan Zam. check gambo cute dia kat sini.
Berikut adalah petikan dari Buku Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, dari bab Permata. (buku ni dia bagi2 bab ikut nama perhiasan mcm kalung, permata, emas dll.)
---------------
Wanita, dengan kecantikan yang dimiliki, lebih indah dari matahari. Dengan akhlak, lebih harum dari minyak wangi. Dengan sikap tawadhu', lebih tinggi dari purnama. Dengan cinta, lebih segar dari rintik gerimis. Oleh itu, peliharalah kecantikan itu dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahwa perhiasanmu bukan emas atau perak tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahaga di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di hamparan sejadah dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah menarik pelajaran dan diammu adalah berfikir.
---------------
Susah kah menjadi wanita yang solehah? Banyak pengorbanan dituntut, jiwa perlu sentiasa disuburkan. Seperti epal, wanita solehah adalah permata di celahan kaca yang pesona kerdipannya sukar dibezakan. Teringat drama Pesona Bintang di TV2 malam tadi. Aku rasa kagum dengan penampilan Murni, cara dia bercakap dan membawa diri cukup menggambarkan ciri seorang wanita yang sederhana, tegas dalam diam tapi anggun dan terpelihara.

Friday, December 08, 2006

Epal

Bukannya nak cerita pasal kaitan antara epal dan penjagaan gigi, tp nak cerita tentang "Wanita & Epal" artikel yang aku baca dari Anis Disember 2006. Begini petikannya,
-----------------
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yg tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenanrnya Allah telah jadikan begitu tinggi martabatnya.
Hakikatnya, epal itu tlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakn tiada siapa yang berani memetiknya. Begitu jualah wanita-wanita yang solehah. Hanya pemuda2 sejati yang benar2 hebat sahaja yang boleh memperolehinya. Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yang kekal abadi. Biarlah jodohnya bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringinya. Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia tetapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayanginya untuk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi,s edarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam 1001 keindahan. Renungkanlah wahai adikku sayang..."
------------------
Indah dan menusuk ke kalbu. Mungkin aku patut bagi mak kat kampung untuk baca artikel ni biar dia tak risau lagi. Tapi nanti mesti mak kata yang tu cuma terpakai utk wanita yang solehah. Aku ni pulak alahai.. jauhnyerr. Emm, kalau jauh, aku kenalah usaha untuk dekatkan, yer tak?
Nak update sikit. Alhamdulillah, setelah beberapa kali try, akhirnya aku dpt gak bcakap ngan Fiq. Fiq bersalin normal, tak perlu induce pun. Baby boy seperti yang dijangkakan, berat 3.19kg. Insya Allah hari ni Fiq akan balik umah tapi baby kena tinggal hospital dulu under observation pasal dia lahir lebih daripada 24 jam selepas water broke. Tapi tak per, mak fiq kan nurse, dia akan tengok2 kan baby sementara Fiq kat umah. Tadi tak sempat nak cakap banyak ngan Fiq pasal coverage tak clear kat hospital tu. Nanti dia dh balik, aku kol lg. hehe.

Workaholic

Workaholic kah saya biler skrg masih berada di opis seolah-olah hari esok dah tak ada, seolah-olah saya dah tak der rumah.
Workaholic kah saya biler esok, sabtu saya tetap akan datang ke opis kerana ada banyak kerja.
Workaholic kah saya biler saya buat ini semua kerana balas dendam pasal masa bulan puasa saya balik awal, lepas raya plak saya asyik tak lekat kat ofis kerana urusan luar. (akibatnya kerja saya di opis jadi bertimbun!)
Workaholic kah saya biler saya buat ini semua kerana bos dah tak ada orang lain nak disuruh. Pegawai2 lain ramai yang kata saya ni dah ibarat SUSK bos saya.
Workaholic kah saya kerana saya banyak kena buat kerja orang lain kerana orang yang bertanggungjawab asyik tak ada di ofis dan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.
Workaholic kah saya kerana saya buat ini semua kerana malas nak dengar terlalu banyak komplen dari orang awam dan m******. Saya adalah salah seorang pegawai perhubungan K**, apa2 hal saya yang kena tibai dulu.. sian saya.
Workaholic kah saya kerana kalau saya balik awal pun saya bukannya ada benda lain nak dibuat. Saya tak ada suami dan anak yang nak kena dilayan. Dan saya jugak adalah orang yang tidak suka berjalan-jalan window shopping, melepak dengan kawan atau tengok wayang. Saya kan kedekut orangnya. (jimat lah beb hehe). Sbnrnya dari kecik mmg saya dh diasuh mcm tu.
Workaholic kah saya biler masa DPA pun sebenarnya saya banyak kali balik ke pejabat di hujung minggu kerana nak settlekan kerja.
Workaholic kah saya kerana saya rasa saya banyak jugak tidak menyempurnakan hak-hak sebagai seorang pegawai, contohnya buat kerja lain yang tak berfaedah atau ada kepentingan peribadi, guna harta opis utk hal peribadi dan macam2 lagi. Dosanya camna? Berkat ker gaji saya? So, baik saya kerja lebih masa, harap2 dpt tampung kekurangan tu semua. Tak kisahlah tak dapat gaji pun. (tp saya selalu gak komplen, penat kerja tp tak dapat OT, orang lain yg kerja rilek plak dpt gaji, bonus n increament serupa cam saya yg kerja separuh nyawa)
So, berapa bintangkah tahap workaholic saya? anda yang menentukan. nyeh nyeh nyeh :)

Baby

Pertama sekali, nak ucapkan tahniah pada Fiq kerana selamat dah melahirkan cahaya mata yang pertama pagi tadi. Aku rasa putera (pasal scanning dan firasat aku kata macam tu jugak). Tak sempat nak tanya lebih lanjut, bsalin normal ker tidak? Sms pun dh tak berjawab. Yg hantar sms kat aku pun entah siapa, maybe Zam kot. Yerlah dah berapa malam x dpt tidur, Fiq tengah balas dendam kot.. sian dia. Tak sabar sangat nak jumpa dia lagi dua bulan. Tp harap2nya tk smpi dua bulan dia dah balik sini.
Yang geram tu, biler aku sibuk menghebahkan berita gembira ni, aku yang kena balik. Hemm.. paham-paham jer lah ayat yang biasa tu. Rasa cam dah immune jer hehe. Now, Baby Rifki (agaknyer lah) dah selamat, pas ni nak tunggu Baby Khayra pulak. Huhu, ramainyer anak sedara, syok nyeerr.

Wednesday, December 06, 2006

Gift

Sapa lah tak seronok biler dapat hadiah. Kecik atau besar bukan ukurannya tapi nilai ingatan tu yg lebih penting dari segalanya. Lagi syok biler hadiah datang tanpa disangka, tp hadiah yang datangnya disangka pun ok jugak. Ada hadiah yang datang atas usaha, dan ada yg datangnya kerana tuah. Paling penting, hadiah tu kan FREE!!
Tapi seumur hidup aku, belum pernah lah aku dapat hadiah yang disebabkan tuah. Mana-mana cabutan bertuah tak pernahnya sangkut. Semuanya adalah atas dasar usaha dan aku bersyukur atas itu. Sekurang-kurangnya aku tak rasa takbur atau lalai. Semuanya ada balasan. Apa nak hairan?
Cakap pasal hadiah, semalam aku dapat hadiah. Hadiah PERTAMA peminjam buku paling banyak dari Pusat Sumber kementerian huhu.. Tak sangka sangat. Tapi tak bestnya pasal masa penyampaian hadiah tu aku kena berada di UIA untuk satu seminar pengiktirafan pendidikan negara2 asing. Tapi tak per.. pasal aku enjoy kursus tu walaupun kena paksa datang. Pergi kursus memang enjoy (kalau tak kena kacau dgn orang di opis lah)..
Antara bestnya gi kursus adalah, dapat melancong free (nyambil-nyambil.. selalunya mesti ada slot jalan-jalan), dapat pergi jauh dari gangguan dan tekanan kerja di ofis, dapat kawan-kawan baru dan merapatkan persahabatan dengan kawan yang tak berapa baru hehe, dapat souvenirs (UIA nyer souvernirs hari tu mmg best gilerz), dapat makan free yang best dan yang terakhir yang penting tp entah naper aku letak paling last adalah DAPAT ILMU.. (Anak sapa lah ni, tak senonoh betul :P).
Apa2 pun, hadiah iman lah yg tiada ternilai, tak dapt diukur dengan apa jua.

Friday, December 01, 2006

Time flies

Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun 2007, umur pun dah nak masuk 27 tahun, tua rupanya dah aku. Rasa macam baru jer main baling selipar depan rumah masa kecik2. Rasa macam baru jer main zero pain kat sekolah dulu-dulu.
Sedar tak sedar, dah lebih setahun aku jadi PTD, dah lebih setahun berhijrah ke sini. Rasa macam baru jer aku ternganga-nganga sambil buat muka poyo ketika menghadiri ujian bertulis PTD di Sek Voka Azizah JB.
Sedar tak sedar, Fiq dah nak bersalin dah pun. Macam tak caya, rasa macam terngiang-ngiang di telinga ketika masih di INTAN dia mengatakan "wei, aku pregnant lah". Semoga ko selamat fiq, doa aku sentiasa bersama ko. Luv u so much, sis.
Sedar tak sedar, Jaja dah nak masuk dua dah anak dia. Rasa macam baru jer semalam kami meronda-ronda ke taman u dengan motor JEV 6428 dia. Rasa macam baru jer semalam pergi kursus sama2 kat Teluk Kalong. (Oh no, remind me to somebody.. Jaja mesti marah biler aku tulis cam ni)
Sedar tak sedar, in fact aku sebenarnya sedar.. bukan hanya masa yang flies, aku punya jam pun asyik 'fly' sama. Mana taknya, seumur hidup sampai sekarang, ada jam tak pernahnya kekal. Asyik hilang dan jahanam memanjang. Padahal dalam family, semua orang tau yg aku ni paling susah hilangkan atau jahanamkan barang. Barang yang satu ni memang lain sikti penangannya. Ada jam Avon mak hadiahkan, hilang. Ada jam BONIA staf ofis lama hadiahkan, pun hilang! (ralat giler beb), ada jam beli sendiri, baru beli kejap tali putuslah.. dan paling baru, jam yang aku baru beli 3-4 hari lepas, aku jumpa dalam washing machine selepas membasuh!!! Tensionnya. Nampanya istilah jam tangan hanya wujud takat ini jerlah. Lepas ni semua jam adalah yang embedded pada henpon dan pc ajer lah.

Wednesday, November 29, 2006

Target

Haha, ingat kat opis jer ada target, sesekali apa salahnya ada target untuk diri sendiri yer tak? Best jugak kalau try sekali sekala..
SKT 2007 (tahun depan punya)
- Nak pergi bercuti di kawasan pergunungan. Saya sangat suka dengan kawasan pergunungan, segar dan tenang dan cantik! Kalau boleh nak gi Cameron Highland, kalau dpt gi Puncak kat Indon pun best gak.
- Nak beli atau sewa rumah sendiri. Preferable area Bangi coz saya memang suka duduk sini. Tak sibuk, tak mahal, tak sesak dan macam-macam ada! Ok lah, ikut citarasa saya yang kekampungan ni.
-Nak pergi kursus induksi khusus dan CONFIRM JAWATAN!
-Nak jaga kesihatan ( berat 50kg, fat20% ) bleh capai ke ni?
RANCANGAN RAHAYU PERTAMA - RRK1 (ala-ala RMK9 - 5 tahun punya)
-Nak kahwinkan diri sendiri dan ada anak (maksimum 4 hehe).
-Nak ada rumah sendiri (yang sendiri punya, bukan family/suami punya).
-Nak hantar mak dan abah pergi haji.

Tuesday, November 21, 2006

Kerja Kerja Malaysia

Orang lain cuti-cuti Malaysia, kita kerja-kerja Malaysia. Orang lain
berjalan makan angin, aku berjalan kerana urusan kerja.

Biler check2 balik kalendar, sejak balik dari cuti raya, belum ada satu
hari pun yang aku betul2 rest kat rumah. Weekend selepas pulang raya,
sabtu masih ke ofis, ahad dah ada open house rumah acik. Minggu berikutnya
lagi hectic, bos tak der tapi busynyer tak ubah macam bos ada. Rabu khamis
dan jumaat, selain busy dgn kerja, kena uruskan hal jamuan raya hari
jumaat. Hari jumaat tu lagi lah busy, habis jamuan, ke rumah bos hantar
juadah, petang plak bergegas ke JPJ dengan muka terkulat2 blur kerana
mewakili bos ke perbincangan PTK nyer. Sabtu ke Hari Keluarga Kementerian,
malamnya bertolak pulak ke Langkawi berkursus (naik bas), kursus lasak
plak tu. Tiba rumah pada 4.15 pagi subuh khamis, tidur kejap, bangun dan
pergi kerja lagi. Jumaat paginya subuh2 dah bertolak ke KUTKM, Kuittho dan
UTM (drive sdiri). Tiba kota jam 6 petang, sabtu tengahari bertolak ke
Pasir Gudang dan beraya hampir 10 buah rumah dalam masa beberapa jam. Pagi
Ahad balik kota dan petang drive balik ke Bangi. Esoknya (semalam) pergi
kerja lagi.

Itu yang dah lepas. Khamis ni akan ke Melaka untuk Kursus Pengurusan
Sistem Fail sampai petang sabtu. Pagi ahad pulak bertolak ke Kuantan untuk
kursus lain pulak sampai selasa petang. Kalau ikutkan Puan, 4 & 5 kena
ikut dia untuk seminar NARIC di UIA. Walaupun dia mengajak tapi aku tau
ada orang yang lagi sesuai untuk ke seminar tu. Tak mau lah karang member
bermasam2 muka. Start 6/12 smpi 15/12, dua orang kpsu tak der kat opis.
Bulan depan, semua urusan bayaran kena settle sebelum 15/12. Bulan depan
jugak Insya Allah pindah. Start 22 sampi 2 disember ni, par ngan cc tak
der kat opis mjadi sukarelawan fespic. Hai terasa2 bahang kesibukan yang
bakal mencairkan segala urat saraf dan otak.

So, please tell me biler agaknya masa untuk aku berehat ni? Pening dan
penat..

Wednesday, November 08, 2006

Senandung Hari Raya

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mataDaku kirimkan kasih di angin laluSemoga kan hilang rasa rinduHilang pilu resah di kalbuMaafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayangDi hari raya hari yang bahagiaKerana tugas pada negaraDan semoga kekal sejahteraKu harap dikau gembiraOh di samping ayah serta bondaUntuk keluarga tercintaKu ucapkan Selamat Hari RayaDengarlah sayang aku hulur pengganti dirikuSemoga kau akan terhibur selaluDi dalam suasana hari rayaTerimalah dengan rasa bangga

(Dayangku Intan)


Dulu2 zaman kanak2, saya suka pada Dayangku Intan. Tapi ingat2 lupa lah kenapa saya suka suaranya. Tapi biler dah makin dewasa, saya mula membandingkan dengan penyanyi2 lain yang saya suka. Then baru lah perasan yang saya suka orang yang suaranya tak merdu tp ada sikit2 sengau, macam Saloma, Ezat Exist, Liza Hanim, Suhaimi Inteam. Dan saya masih ingat ada seorang abang ni yang saya admire masa di universiti dulu pun suaranya mcm tu lah jugak, tp dia bukan lah penyanyi.

Tahun ni, lagu raya di atas adalah kegemaran saya. Setiap tahun pasti ada ada lagu yang akan jadi tema walaupun lirik lagu nya tu tak der lah relevan sangat dengan diri sendiri pun. Tapi lirik lagu ni, ada sikit2 relavan kot, sikit jer lah tang tugas pada Negara, tp tak der tuju kat saper2 pun. Tahun2 lepas antara lagu2 yang pernah jadi lagu tema raya saya adalah lagu Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), Raya (Aziz M Osman dan isteri), Aidilfitri (Sanisah Huri) dll.

Biler agaknya saya nak balik ke Pasir Gudang yer.. entah dah berapa entri asyik mention menda yang sama. Bz bz dan bz sentiasa. Hari Keluarga, Kursus di Langkawi, kursus di Melaka, dengar kata mungkin minggu depan akan ada kerahan untuk ke universiti2 pulak. Biler nak rilek? Arghhhh !!! Ada plan ngan Wardah, lepas dpt gaji bulan 12 kami nak pergi bercuti, ke Cameron mungkin. Harapnya masa tu semua kerja2 besar dah settle. Nak enjoy plak.. Yahuu!!

Saturday, November 04, 2006

Semuanya buat aku sakit hati

Sepatutnya sekarang aku mungkin tengah sedap meronda beraya di sekitar
Johor Bahru dan Pasir Gudang. Tapi nampaknya hari ni aku berada di opis.

Memang asalnya plan nak balik ke Pasir Gudang weekend ni coz aku lum lagi
beraya di sana. Cadangnya nak tidur rumah sewa lama, meronda ngan Anis.
Anis pun siap dah canang satu JBFM yang aku akan beraya ngan derang hari
ni. Apa leh buat. Satunyer, minggu depan start selasa bos dah tak der kat
opis.. so apa2 perkara yg nk decision dia, nak tandatangan dia, semua kena
settle latest isnin ni. Keduanya, esok Acik nak buat makan2 kat umah, so
better aku ajak kawan2 dtg sekali, dan aku leh lah tolong2 apa yang patut
kat umah.

So, sekarang aku tengah berkira2 bila lagi nak balik. Minggu depan sabtu
dah ada hari keluarga kementerian. Ahad nak pergi kursus kat langkawi
plak. Harapnya lepas tu bolehlah aku balik, walaupun possibility semua
kuih raya umah depa dh abis.. tak kisah lah. Yg penting balik. Aku dh
rindu sangat nk balik sana.

Mood aku sempena hari kedua period ni agak kureng. Lagi lah biler smlm fiq
cakap pasal pergerakan gaji. Biler dengar jer alasan si T**** tu, mungkin
kat luar nmpk ok jer, tp dlm hati ni Tuhan jer lah yg tahu. Sapa lah tak
marah kalau hak kita diperleceh2kan. Nak kata tak ikut prosedur, dah ikut
punya terang dah.. wlupun bengang gak ngan kerenah birokrasi ni. Geram psl
dah dua kali terkena. Yang pertama tu aku kira tutup mata jer coz masa tu
aku dah kat INTAN, tak der masa nak followup duit claim yg derang tak
masukkan, mcm banyak plak masa nk ulang alik ke dr Kiara ke Putrajaya
semata2 utk duit claim 2,3 ratus tu. Tp biler dah kali kedua pun dia wat
hal, memang nak kenalah tu. First step, aku dh hantar emel ke K*** unit
tu. Kalau dlm seminggu tak der respon, ke SUB dia plak. Pastu, T***, K**,
M******??? Bengang sangat biler mengenangkan sekarang dah nak akhir tahun.
Kalau smpi habis tahun 2006 pun tak settle mmg ada harapan lah lagi
berkurun tuk nenek baru nak dapat. Silap2 haribulan dia buat bodoh dan
tercicirkan terus urusan tu. Bukan sekali dua hati ni dah terlintas nak
berhenti jer kerja kalau menda2 cam ni berterusan. Ingat aku giler sgt nk
kerja kat sini. Sib baik, unit aku tak deal ngan pelajar2 tajaan. Kalau
tak, maunya ada yg kena ngan aku. "Awak ni sibuk tanya pasal duit duit
duit, saya ni yg teruk kerja nk bayar korang ni pun orang bayar gaji
hendak tak hendak jer tau tak" Bulan 12 ni biler kami pindah ke PJH,
maunyer lagi teruk derang perleceh2kan, mentang2 lah kami dah jauh.

Tak cukup ker itu untuk menunjukkan betapa marahnya aku?

Thursday, November 02, 2006

Apa ke hal..


Entah apa masa depannya dunia blog aku ni...

Saturday, October 14, 2006

Biler cuti makin hampir

What a hectic weeks.. *sigh* Agaknya perkara yang sama jugak berlaku kepada mana-mana organisasi. Bila dah nak dekat cuti perayaan, baru semua benda nak dipulun dan nak disettlekan secepat mungkin.

Tahun ni, tahun kedua aku beraya sebagai seorang pegawai kerajaan. Tidak adil rasanya untuk aku buat perbandingan. Tapi raya aku semenjak itu dah makin hilang semangatnya, pudar keseronokannya. Ramadhan semakin kurang dihayati, setiap hari terlalu banyak perkara yang nak dibereskan di pejabat. Balik dah penat.. terawikh cuma di rumah, kadang ada kadang tak.

Entahlah.. di pejabat ini, kesibukan dan kepenatannya bukan aku sorang yang terasa. Bos apa lagi, kadang tu satu hari sampai kena attend 3 meeting. Kesian dia.. smpi kan katanya kalau saya tak bersahur pagi tadi mesti dah tumbang. Dan yang pasti, sebelum meeting, report yang nk dibentangkan, aku kena prepare. Balik meeting, maklumbalasnya jugak aku nak kena hadap. Banyak sangat hal-hal addhoc yang menangguhkan banyak kerja-kerja lain. Aku dah tak tau nak buat apa.

Semalam mungkin the worst.. i had a meeting with YB Minister dan syarikat2 penaja dari seluruh Malaysia. Aku rasa aku dah prepare dan pulun punya bagus tp it turned out semuanya jadi caca merba. Last minutes, a lot of things yang tak der dalam agenda, kami kena buat dalam masa tak smpi stgh jam.. so what do you expect from the output. Aku rasa malu pun ada, bersalah pun ada. Kesian kat bos lah, dia yg nk kena menjawab. Tp aku tau dia faham situasi coz aku dh cukup perah tenaga utk itu semua. So, for the 1st time aku marah PPSM aku hanya kerana dia tak bawak projector dan laptop ke meeting room pada masa yg aku tetapkan. Smpi sekarang aku terpk adakah aku yg salah, tak cukup jelas ke arahan aku?

Dalam satu hari, 3-4 kali mesti aku kena menghadap di bilik bos.. smpi kan satu tahap tu biler aku lalu jer dpn bilik dia, tup tup dia keluar dan kata ”aikk lalu jer ker, kenapa tak singgah?” kelakar ada, geram pun ada. Biler dh mengadap tu ada jer lah keluhan2 yg aku kena dengar dan tugas2 yg aku terima. Aku tau dia risau, byk perkara yg KIV. Pegawai dia hampir semuanya baru, so apa2 kerja mesti nk consult dia.. termasuklah aku. Entahlah, aku dah tak tau camna lagi nak tolong bos aku. Aku rasa dah cuba sedaya upaya, adakah usaha aku masih tak cukup? Sampaikan satu tahap aku berdoa dlm sembahyang supaya diberi kekuatan pada bos aku dan semoga dipermudahkan segala urusan bahagian kami.

Yang pasti, smpi bila aku nk mcm ni? Hidup ni untuk kerja sahaja ker? Aku pun nk ada life cam orang lain. Biler EO aku sms bagi nasihat dan mintak aku bersabar.. aku terkedu dan rasa nak menangis. Dugaan di bulan Ramadhan.

Wednesday, October 04, 2006

What's wrong with my day?

The clock at the right bottom of my screen showing that now it is 6.48pm. Wow, I am not suppose to be here at this time. Well, it is normal if this is not a fasting month. SO???

Well, 1st, I haf a lot of things to be done. My IN tray is full with a lot of documents to be taking care of. Emm.. probably this is my own mistake for taking advantage of the absence of my boss this morning. I went to almost every department in this ministry to promote our Kelab Sukan & Kebajikan Raya Cards. The idea was from Kak Aieda, my friend in BTM, my boss in Unit Perhubungan & Penerbitan and she was also my senior in the Faculty Of Science Computer back in UTM a few years ago. Back to my stay back, yes I was wrong but actually I am proud to do that hehehe… I was never been good in marketing but this time, I put an effort to overcome the weakness and I proud to do so.

Actually I spent only about 2 hours for that, and after that, I really concentrated on my works. But I dun know why, maybe today is the problem day of all foreigner students in Malaysia. I received a lot of phone calls asking a lot of things even though I am not the one who is in charge. Some of them did not understand my words walaupun I was using simple2 punya words (of coz lah I dun know the bombastic2 ones hehe). Some of them called without saying anything.. eee geramnya. Some called but with not enough credit (if they were using hp) or not enuff coins (if they were using public phone), terbehenti2.

My staff keep coming in asking me to sign so many documents, adoiii.. To make it worse, I am in my second day of my menses, so dgn sakit perutnya… dgn sakit kepala.. oh my god. During my lunch hour, one of the senior officers asked me to to some urgent report presentation which is need to be presented to YB Minister at 4 o’clock. So, I rushed to do it immediately, and u know what.. I had to go to print the presentation handout in other department as my department’s colour printer is running out of toner. But…. When everything was done.. I was told that the presentation is cancelled. Can u imagine how would I feel? I had to took panadols (I am not fasting) lagi.

Around 4 o’clockl, I  managed to control myself and made everythings in order. I checked my official email after not checking it since this early morning. Unfortunately, my boss came in and asking “ Apa u tgh buat tu? “ I replied back “ tgh check email “ Katanya lagi, “ u patutnya banyak kerja lain boleh buat “ I fought back “Dari pagi tadi saya tak check email”. Eeeee.. Ya Allah Ya Rabbi, frust nyerrr. He didn’t know how what I had gone through since this morning, tetiba komplen cam tu.. sakit tak sakit hati ni.

So, i called Acik to inform her that I will be back a bit late. I want to settle all my works and send them to my boss early next morning to show him that I am committed to my works. Gerammm.. biar banyak, sampai dia tak ter semak.. Muahahaha

Sunday, October 01, 2006

Checklist di situ Checklist di sini

Alhamdulillah, sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Pagi ni terasa redup jer. Di ofis ni yang ada cuma aku, anis, yus dan nina.. hehe muka2 rajin di pagi Ahad. Ekceli kalau tak disebabkan charger hp yang ttinggal kat opis dan henpon yg dah kiok habis ni, maunyer aku masih lagi bermalas-malasan di rumah. Lagi lah pulak acik sekeluarga balik kampung di Gemencheh, syoknyer tidur smpi tghari.

So, alang2 dah sampai ni, buat lah kerja sikit2 mana yang patut. Checklist Senarai Induk Tugas dah nak kena buat baru, almaklum dah bulan baru. Ishk banyak juga kerja rupanya. Hari tu, 2 minggu rilek bos tak der, haa la ni hamik ko, pulun beb pulun. Jgn smpi bos remind 2-3 kali. Adoii, sedangkan masa tak salah apa2 pun, nak jumpa bos pun siap tawaf dua tiga kali depan depan bilik dia (mengumpul semangat), baru nak masuk.. ini kan pulak nak kena marah psl tak siap kerja.

Tu checklist tugas, checklist diri sendiri pun sbnrnya tak settle jugak. Dah berpuluh2 kali mengupdate checklist barang nak dibeli, tp smpi ke skrg, satu menda pun tak beli lagi. Ishk ok gak ni, tak luak duit camni. Tapi satu menda pun tak beli, nak raya haper camni? Nak tunggu balik Johor atau nak belasah dulu kat sini? Biler plak ek.. Alamatnya raya ni sumer menda adalah brand ’pasang siap’ dan cap ’tunjuk2’ ajer lah gamaknya.

Borang cuti dah isi, tiket bas pun dah beli. Eee.. tak sabo nyer nak balik kampung !!

Thursday, September 28, 2006

Lagi Cabaran Memupuk KeSABARan

Hari Kelima Ramadhan. Banyak kerja nak dibuat hari ni. Hopefully hari ni badan tak lembik lagi mcm semalam. Lagipun tghari ni nak pergi I**** untuk menguruskan satu urusan yg tak perlu dinyatakan kerana kelak aku akan terdorong untuk mengata dan mengutuk dengan lebih hebat lagi.

Semalam, aku rasa mcm kalah dengan budak2 kecik. Sampai rumah agak awal, sebelum pukul 6 dah sampai. Syahirah (11), Syafiqah (9), Saiha (8), Syahmi (7) were already at home. Acik was busy in the kitchen preparing Nasi Lemak for our break fast. She told me that Pak Cik went back to Gemencheh. So since it was still early, I decided to go to Pasar Ramadhan in front of Sek Sg Ramal to buy some kuih plus Acik suruh beli halia. So far, there was nothing wrong with the idea until she suggested me to take along all the kids. Oh no.. tapi sendiri paham lah, Acik tgh bz dan malas nak kena kacau dan bising2 dgn budak2. So, ok lah I agreed. Simpan barang, mandikan Safiah (1) dan rombongan Cik Kiah pun berangkat. Awal2 Acik dh remind jgn ikut sgt selera budak2 tu, nanti semua derang hendak.

Then kami pun sampai. Instead of ikut cakap acik, i ended up dengan mengikut semua selera budak2. Sambil mengelek Safiah kami meronda dari gerai ke gerai. Tak cukup tangan so aku turunkan kuasa pada Syahirah utk mengendalikan segala urusniaga. Syafiqah nak air cincau.. aku kata lah kat umah ada air kaler hitam, takkan nk beli lagi, tp degilnyer, katanya ’Kalau Kak Long tak kasi, Fiqah pakai duit sendiri’ so mengalah ler.. tp dia setuju uk beli air kaler lain, kaler oren pulak hehe. Syahirah nak air tembikai. Aku kata kan dah banyak sgt air, dia melawan katanya nanti tak cukup. Adoiii. Safiah pulak, habis semuanya ditunjuk, habis semua yg depan mata dia hendak.. yg ni aku tk kisah, sib baik dia cuma setakat tunjuk. Saiha pulak agak menakjubkan kerana dia boleh diam dan ikut jer. Nasib baik Syahmi tak ikut (dia lebih rela duduk rumah ngadap tv) Akhirnya kami balik dengan budak2 memilih 2 jenis kuih yg masing2 kaler ijau (eee.. naper derang ni tak bervariasi)

Balik, kami singgah di Psr Segar Cempaka. Memandangkan tempoh penurunan kuasa telah tamat, aku mintak balik duit baki yg sepatutnya RM5,. Tp dipulangkan cuma RM3, kata Syahirah dia nak beli barang sikit. So, aku pun tak pk apa2.. tak kisah pun, mungkin dia nak beli alatulis. Tup tup apa yang dibeli? Dia beli air Mirinda botol perisa strawberi. Eeee.. hangin aku dibuatnya. Apsal tamak sangat ni, berapa banyak air dah ada, semuanya nak dibeli. Dah tu beli satu jer, nanti adik2 lain kata apa pulak, pastu berebut, bergaduh. Malas aku karang biler bising2 kata itu tak adil ini tak adil. Biler dia kata ’nanti bayar balik lah duit Kak Long tu’, aku terkedu diam. Smpi rumah aku terus report pada Acik yang misi aku telah gagal nampaknya.
Hai biler pk2, rasa camna lah kalau aku ada anak sendiri nanti. Sabar ker aku? Sedangkan Acik yang penyabar tu pun kengkadang terbabas jugak, ini kan pulak aku. Tak per, ini cuba dugaan. Mcm entry sblm ni, nmpknya aku kena gandakan usaha menjadi seorang yang lebih sabar, Insya Allah.

Wednesday, September 27, 2006

Menyelami Hakikat SABAR

Alhamdulillah, hari ini masuklah hari keempat kita menempuh bulan mulia Ramadhan. Semuanya berjalan seperti biasa, hanya mungkin semangat dan tenaga untuk bekerja agak kurang berbanding hari-hari biasa. Biasalah tu. Yang pasti, puasa benar2 mendidik kita untuk bersabar. Sebenarnya kita sebagai manusia jika dipandukan akal yang rasional pasti dapat membendung sifat2 amarah, geram, benci dll. Siapa lah dalam dunia ni yang suka dirinya menjadi seorang manusia yang pemarah, tidak sabar, pendendam dll tu. Cumanya kuat atau tidak nyer smgt kita utk menangkis rasa tersebut atau setepatnya penyebab untuk mendorong kita tidak bersifat demikian.

Contoh paling mudah, biler berpuasa. Bila kita rasa nak marah, kita akan cepat2 ingat.. oh aku berpuasa, tak baik marah2 bulan Ramadhan. Tahniah!! Sedikit sebanyak ada jugaklah rasa nak jadi baik tu. Cuma silapnya adalah kenapa dihadkan dalam bulan Ramadhan. Rupa2nya penangan bulan yang bernama Ramadhan  dan puasa tu sendiri cukup hebat utk dijadikan penyebab untuk berbuat baik walaupun pada lahiriahnya bulan itu sama jer dengan bulan-bulan lain. Kita menghormati bulan ini, ya betul. Tapi kenapa untuk hari2 lain tidak kita cari alasan untuk bersikap sabar dan berlapang dada seperti bulan Ramadhan. Dosa pahala tetap ada walau dalam bulan apa sekali pun. Kalau kita dpt bersabar kerana menghormati Ramadhan, kenapa kita tak jadikan alasan untuk menghormati sesama insan sebagai alasan untuk bersabar pada bulan-bulan lain. Itu juga dituntut bukan?

Sekadar menasihati diri sendiri sebenarnya. Nak banyak bercakap, kering pulak tekak. So kita banyakkan berfikir. Insya Allah ada pahalanya. Kelmarin, aku mmg memendam kemarahan, rasa tidak puas hati. Tak ada lain yang mampu dilakukan selain sabar dan meluahkan rasa yang terbungkam dengan kawan2, sekurang2nya lega sikit. Dan semalam, sesuatu yang sukar dipercayai telah berlaku. Sblmnya aku marah kerana aku tidak dapat apa yang aku patut dapat. Tapi Alhamdulillah, semalam aku dapat sesuatu yang tidak aku pinta, malah lebih banyak dan berlaku pantas di luar jangkaan. Syukur sangat. Kemudian biler fikir2 balik, Allah tu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Adakah ini sebagai ganjaran pada kesabaran atau ganjaran untuk menyedarkan tentang kesilapan aku sblm ini? Ini membuatkan aku rasa malu.

Monday, September 25, 2006

Meniti Ramadhan

First day berpuasa di pejabat. Badan rasa tak selesa, mood pun mcm kurang ok jer. Mungkin pasal tak cukup tidur. Mungkin pasal puasa? Puasa tak perlu dipersalahkan. Itu ibadah. Mungkin satu lg penyebab adalah rasa kurang puas hati apabila yang tertera di skrin laman web CIMB tidak seperti yang diharapkan. Rasa dizalimi, rasa dianiaya. Tapi aku cuma mampu buat tak tau dan memendam perasaan (seperti yang diajar di I****). Kemurungan seperti ini kalau berterusan hingga ke petang pasti akan mengurangkan penghayatan puasa aku hari ini. Kecewa rasanya biler perkara2 keduniaan masih berjaya menundukkan keimanan, wlupun dlm bulan barakah ini.

Mungkin aku patut kenang puasa semalam. Bagi aku puasa semalam berjaya ditempuh dengan baik. Alhamdulillah, apa xtvt yang begitu memberikan kepuasan tu, biarlah aku sorang jer yg tau.  Permulaan yang cukup baik. Semoga ia berterusan, Insya Allah. Tp hari ini, dugaannya agak berlainan. Ini satu cabaran.

Malam satu Ramadhan mungkin meningalkan satu kenangan yg tidak aku lupakan. Bukan sesuatu yang istimewa tapi bagi aku menghairankan. Bukan berlaku tanpa sengaja, tp .. tiba2 aku pelik dgn diri sendiri. Awal maghrib aku dah menuju ke Masjid Bangi, hajatnya nak bersolat maghrib hingga ke terawikh. Tetapi entah kenapa, selesai sahaja solat Maghrib aku terus bergegas pulang dan termenung. Kebetulan Acik dan keluarga ke Seremban. Ada sesuatu yang mengganggu benak dan jiwa, sesuatu yang sukar dimengertikan. Dan akhirnya aku membuat keputusan tidak lagi ke masjid dan malam2 berikutnya terawikh ku hanya di rumah.

Bukan niat untuk menidakkan pahala berganda yang dijanjikan dengan berjemaah dan mengimarahkan masjid, rumah Allah tapi... aku masih bingung, seolah-olah aku tidak layak berada di situ. Kenapa?

Saturday, September 23, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum..
Thie entry is a special dedication to Chech n Fique yg dah demand on a new entry. So, this is for you my dear sistas. Tak yah mention lah, kenapa aku tak update.. ini semua pasal blogger dah kena blog. Ada cara alternatif pun cm tak jalan jer.

Malam ni akan masuklah bulan Ramadhan, malam ni akan bermulalah saat iblis dan syaitan mengucapkan selamat tinggal buat seketika kepada semua anak Adam, malam ini juga maka terlepaslah roh2 yang kini berada di alam barzakh dari seksaaan. Malam ni jugak, kita pergi terawikh!! Esok kita puasa pulak.

Pada aku, setiap Ramadhan setiasa tidak lepas menyimpan pelbagai kenangan yang cukup istimewa. Ramadhan di setiap tahun pasti berbeza dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Yang pasti, setiap tahun sebagai seorang manusia biasa, aku pasti akan menyemat pelbagai azam. Dan selalunya aduhaiii.. inilah manusia, tak pernahnya nak istiqamah. Rasa nak tampar2 diri sendiri kerana seolah2 mempermainkan keberkatan bulan yg penuh suci ini.

So, sebagai permulaan.. aku ingin menyusun jari memohon kemaafan dari sahabat2 semua andai ada salah silap ku pada kalian semua sepanjang kita bersahabat. Aku mahu lalui Ramadhan ini dengan hati dan jiwa yang suci bersih yg akan cuba ku pertahankan sampai bila2. Insya Allah. SELAMAT BERPUASA...

Saturday, September 02, 2006

Harta dunia yang tak ke mana

Budget dah diumumkan. Bagi aku sendiri, secara khususnya yang terkena dengan diri sendiri cuma bonus satu bulan tu jer lah. Tiada kenaikan gaji 20% seperti yang diperjuangkan sebelum ini. Kalau nak banding2 kan dengan situasinya masa kerja swasta dulu memang jauh bezanya. Itu lah yang dinamakan rezeki yang perlu kita terima dengan penuh keredhaan.Yer lah, dulu boleh dapat sampai 3-4 bulan bonus, naik gaji boleh sampai 200 setahun.

Kalau iku kata hati yang dikuasai oleh emosi, mmg rasa cam tak adil jer. Walaupun kita dah ada pengalaman 3-4 tahun kerja, tp tetap masuk kerja dengan gaji permulaan. Nampaknya kelulusan tu lebih penting dari pengalaman. Orang yang tak pernah kerja tapi pasal dia ada master so dia dapat gaji lebih, adil ke tu dalam hakikat sebenar dunia pekerjaan sekarang? Kelulusan tu siapa2 pun boleh dapat, sama jer menda yang dibelajarnya.. tapi pengalaman bukan perkara yang sama yang boleh kita dapat dalam kelas atau pada buku, setiap orang takkan dapat rasai pengalaman yang sama kerana situasi dunia pekerjaan tu sendiri berubah mengikut aliran.. pengalaman ketika situasi2 berlainan, bukan boleh diulang2.

Kata emosi aku lagi, dulu tak payah kerja sampai mati, tak yah kerja lebih masa, tak yah datang kerja hari cuti.. tp still leh dapat reward yang memberansangkan. Sekarang, kerja macam nak mati, hampir setiap hari balik lambat, cuti pun kadang2 kena kerja tapi... apa dapat? Gaji tetap sama, kenaikan ngan bonus pun sama jer dengan orang lain yang tak kerja bermati2an, adil ker tu? Aku pelik kenapa pegawai P&P tak diberi kadar bonus yang sama mcm kakitangan sokongan lain. Memanglah gaji kami dah tinggi, tapi yang tinggi tu adalah yang berbaloi dengan kami kerana bersusah payah belajar korbankan masa remaja untuk dapatkan ijazah. Dari segi kerja, rasanya pegawai lagi banyak pening kepala banyak tanggungjawab yang perlu digalas (kalau pegawai lain jenis lebih suka mengarah tu aku tak tau lah) sedangkan staf sokongan hanya kerja ikut arahan. Oklah, semua orang banyak kerja, semua orang kena kerja bermati-matian untuk rakyat. Tapi kerja bermati-matian lebih masa tu cuma ada ganjaran pada staf sokongan coz derang leh claim OT. Beh tu, pegawai melopong jer lah.. redha jer lah tak dapat apa2. Pastu, biler dapat bonus, staf sokongan jugak yang dapat lebih, pegawai sekali lagi melopong seperti biasa.

Emosi aku berkata lagi, kalau aku ni duduk kampung atau ceruk rantau yang kos hidup rendah tak per, ni duduk bandar besar. Kalau mak bapak dekat tak per, ni jauh nun di selatan. Nak balik kampung pun susah biler asyik pk budget tak cukup. Kerja plak ke sana ke mari kena dahulukan duit sendiri. Biler claim, 3-4 bulan baru dapat, silap2 haribulan tak dapat langsung mcm apa yang aku lalui tahun lepas... 2 bulan punya claim aku tak dapat. Biler nak claim semula, kena tunggu tahun depan plak tu, giler betul.

Aku kesal kerana duit seolah2 dah jadi faktor utama pencorak hidup. Betullah, kita takkan dapat semua benda dalam hidup ni. Biler aku betul2 nak berkhidmat untuk negara, aku kena korbankan hidup sendiri dan keluarga. Aku tak boleh buat semua. Biler aku renung balik, aku muhasabah semula, ini ker yang aku nak dalam hidup yang singkat ni? Sepatutnya ketika mak abah meniti usia tua ni, aku lebihkan masa utk mereka. Aku kerja patutnya utk senangkan mereka...... tp tak ke mana. Duit gaji banyaknyer habis utk survive hidup kat bandar besar ni, sedangkan aku berada di bandar besar ni adalah utk bekerja. Kalau pusing2 balik cam tu baik aku duduk kampung jer.

Adakah aku dah silap buat keputusan? Entahlah, bagi aku ini semua ada hikmahnya.. Mungkin aku tak mampu nak ubah nasib aku di dunia ni. Tapi aku akan usaha untuk redha dgn semua ni dan menganggap semua yang aku lakukan adalah untuk balasan yang lebih baik di akhirat kelak. Insya Allah. Memang dunia ini kadangkala tidak adil, tapi kita lupa kerana kadang2 manusia sendiri menjadikannya kelihatan begitu. Keyakinan aku yang tidak berbelah bagi, Allah itu Maha Adil. Semoga Allah masih sayangkan aku untuk tunjukkan jalan kebahagiaan yang hakiki buat aku selepas ini.

Ya Allah, terasa semakin jauh aku dari Mu. Aku rindukan ketenangan dulu...
(Lagu Layar Keinsafan nyanyian Mestica betul2 buat aku sebak)


Tuesday, August 29, 2006

Testing wat kerja ja

Testing wat kerja jahat

Thursday, August 24, 2006

I miss my family in Bukit Dahlia

Fique dah selamat pergi Pasir Gudang. Dunno why , rasa cam sebak dan sedih biler she said goodbye.. Sedih psl she is going to a place yg aku nak sangat pergi.. This afternoon, Nor ( dua pupu dari Psr Gudang) hantar sms.. mengkhabarkan berita gembira. Semalam genap umur Danish setahun. Nor pulak tengah mengandung lagi, due bulan februari tahun depan Insya Allah. Aku rasa happy sangat dan sekali lagi rasa sebak bila memikirkan aku tak ada kat sana untuk kongsi kegembiraan tu :(

So hasrat aku nak meneritakan kerinduan pada JBFM aku tangguhkan dulu. Hari ni aku nak cerita tentang Cik Ar dan family... Cik Ar sebenarnya sepupu dengan atuk aku. Dan mereka memang kenal baik. Sebab tu mak tak risau lepaskan aku duduk di Pasir Gudang biler kenangkan ada Cik Ar utk tengok2 kan aku.. walaupun aku duduk rumah lain. Yang menariknya adik beradik aku ngan anak2 Cik Ar sama jer turutan seusia. Aku ngan Nor, Abang ngan Eri, Adik ngan Ain.

Cik Ar aku anggap dah macam mak aku. Dia baik sangat, sporting plak tu, tak pandai marah. Yang paling best dia pandai masak dan lauk yg paling aku suka yg dia selalu masak ialah masak asam pedas taruh daun kesum. Masya Allah sedapnyeeerr... Dia dah lali dah ngan perangai aku, petang 2 blk kerja tu ada jer lah muka aku terjenguk kat umah tu. Masih teringat dulu aku selalu tolong dia buat karipap untuk dijual, sedap sangat karipap dia. Yg paling aku suka ialah biler tang nak kelim karipap tu mmg aku expert hehe.. dpt plak dia puji, makin semangat aku. Kengkadang aku bawak karipap tu utk dijual kat ofis, adalah sikit2 untung.

Masa kenduri kawin Nor, aku pun dah jadi mcm tuan umah. Siap tolong wat hantaran tu yg tak tahan hehe.. buat bodoh2 jer yer lah dah org lain sumer tak tau langsung. Masa kenduri siap jadi penaggah lagi dgn Sarah (mak we along yg baru masuk Islam) Sekarang Nor pun dah nak masuk dua anak. Teringat dulu masa aku lum jadi PTD, masa Nor mengandung, dia bleh mimpi aku jadi PTD.. cayalah.. berkesan betul mimpi. Cik Ar dah janji kalau aku kenduri btunang ke kahwin ker dia akan tolong mcm2.. terima kasih.

Aku rasa selesa biler di rumah Cik Ar, aku tak rasa sepi dan sunyi walaupun jauh dari keluarga sendiri. Banyak perkara yang kami buat sama2, pergi aerobik, pergi terawikh, pergi kelas agama dll. Mana2 Cik Ar nak pergi aku sedia bawak, tak kisah.. nak pergi shopping ker, kenduri kawin ker. Kengkadang tu aku, Nor, Ain ngan Cik Ar pergi tengok wayang sama2 kat GSC Taman Pelangi. Taste kitorang banyak yg sama, tengok TV pun kami suka tengok rancangan yang sama.

Cik Ar buat aku betul2 mcm anak sendiri. Ada masalah, aku akan cerita dgn dia. Smpi kan ada kes tu aku cerita dulu kat dia sblm aku cerita ngan mak aku sendiri. Dia tak lokek nak nasihatkan itu ini. Masa aku tgh ada kes ngan sorang mamat kat JBFM tu pun dialah yg byk bagi sokongan kat aku padahal dgn mak sdiri aku mmg separuh mati takut nk bcerita. Dia pernah nak padankan aku ngan anak kawan dia tp agaknya mmg tak der jodoh.. everytime dia nak mengajak aku pergi umah orang tu, time tu jugaklah aku bz kat opis.. hehe

Sekarang ni aku betul2 rindu kat keluarga Cik Ar.. tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula...

Wednesday, August 23, 2006

My Blogging Personality

Your Blogging Type is Kind and Harmonious
You're an approachable blogger who tends to have many online friends.People new to your blogging circle know they can count on you for support.You tend to mediate fighting and drama. You set a cooperative tone.You have a great eye for design - and your blog tends to be the best looking on the block!

Going back to Pasir Gudang on behalf

Who is going to Pasir Gudang on my behalf? Hahaha.. sorry Fique, definitely she is not going to Pasir Gudang on my behalf. She is going there for 3 days course on Code Of Conducts. But it is just that since a few months ago, i miss my old life in Pasir Gudang very much.

Rindu sangat... sehingga kan i confess to Fique that going back to Pasir Gudang is one of my dreams right now. Something that i really want to do. Let me list down all the things about Pasir Gudang that i miss (exclude my life in JBFM.. i need separate longer list on that).

Rindu kat keluarga Cik Ar kat Bukit Dahlia
Rindu kat keluarga Cik Jam kat Tmn Bukit Dahlia
Rindu nak pergi open house rumah kawan2 waktu raya
Rindu nak melepak rumah Muryati
Rindu kat adik2 tusyen, anak Cikgu Laila
Rindu pada xhousemate, Ajai.. Rindunya nak lepak2 tengok VCD hindustan
Rindu nak pergi aerobik kat Stadium Pasir Gudang (pada instructor, Kak Shida)
Rindu nak pergi Masjid, tempat feveret terawikh dan tmpt membawa diri biler bersedih
Rindu nak makan burger best kat Tmn Mawar
Rindu nak makan roti canai best kat Tmn Mawar (apa ntah nama restoran tu, lupa)
Rindu nak makan kat restoran terapung kat Kg pasir Putih
Rindu nak gi makan kat Kebayan
Rindu nak gi jogging dan lepak-lepak tepi tasik Bukit Layang-layang
Rindu rumah lama kat Tanjung Puteri, Taman Rinting, Bukit Dahlia ngan Taman Mawar
Rindu nak meronda2 kat Pusat Bandar

Arghh.. rindu segala2nya. Ni tak termasuk life kat JBFM, yang menyimpan begitu banyak suka dan duka, penuh warna.. chewwah.. Longer list tomorrow..

Monday, August 21, 2006

Siti and i share the excitement of having a new partner hehe

A PTD officers, with sleepy eyes are writing a blog entry for today. Oh My God, i just cant force myself to stay awake after a long journey yesterday. My brother and i left our parent's house at 4pm and only reach bangi at 10.30pm. As usual, the traffic at PLUS highway was heavily congested and i am an ordinary person with a limited level of patient, felt like cursing the road very much.. u know better how does it feel to drive very slowly, move a few feet, stop, a few feet more and stop. Gosh, when are we going to arrive our destination?!! As a result, my eyes now are very tired.

But, my eyes were so fresh when we were watching the live telecast of Siti Nurhaliza's wedding ceremony on TV just now. Whoaa, Siti was breathtakingly georgeous and what a grand ceremony!! I still wonder why Siti didn't held the ceremony in her hometown in Kuala Lipis, why must KL. I thought people always want this big day back to their hometown, where they were grown up, surround with the people from their old days, family, relatives, school friends etc. Now i knew that not everbody has the same way of thinking. If i was Siti, i want this precious moment to take place peacefully in a place far from public attention. This is a very special event , i'm gonna walk into another new dimension of my life. Kenalah feel lebih sikit, yer tak? hehe.. Btw, Selamat Pengantin Baru to Siti Nurhaliza and Datuk K. May Allah bless them with prosperous and happy marriage life ahead.

If Siti has new 'boyfren', i have a new boyfren too. But my new boyfren is only a brand new ATOS PRIMA car. I love this car very much. It is black in colour, the same colour with Abah's Honda. Plus, it is a world cup limited edition. Driving a Malaysian car and driving a Korean car, you can feel the difference. Obviously this car is smaller than my 0ld Wira Aeroback, smaller in CC (this ATOS only 1.1 compare to my old Wira 1.5). Both of them are using automatic gear. My new ATOS has a very simple interior. I dun haf a lot of things or indicators on the front dashboard and i am very comfortable with that. The engine pick-up is obviously much much better compare to my old Wira. And what i love most is this new ATOS consume less petrol than my old one. If not bicoz of the traffic jam yesterday, i spent only RM35 for the journey from Kota Tinggi to Bangi.

Lastly, biler agaknya nak bawak kawan2 jenjalan ngan keta baru agaknya? hehe

Wednesday, August 16, 2006

Everything Is New

This is the second time in a week, i changed my blog's layout. Probably i had plenty plenty plenty of free time which previously fully occupied with bunch of works to be done. The hectic days are over and now waiting patiently for another hectic moment..

Hahaha, what the hell had came into my mind.. blogging in english? Hehehe actually i was just finished writing an email to british council regarding an official matter (tu yang tersampuk) and now, i dun give a damn if my writing look stupid (Ahaaa... another Sharifah Amani?) with lots of grammatical error. Who care anyway?

Back to this blog thingy. Finally i found a layout with the concept that i want. Bright backround, soft tone of colours, very femine.. more or less it portray my emotions. Not bad. Thank for the designer (of coz i didn't design it myself, it will take me years to do that).

As for today, my mood is ok eventhough my car hire-purchase loan still stuck with a problem. The bank still do not received my Borang Perakuan Potongan Gaji, i had posted it twice, you know :( This weekend i am going back to Johor. Yeaaaaa... i want to meet my new 'boyfren' and bring him back to KL for the 1st time.

Now, i am waiting for a mommy driver (or should i change 'driver' to 'rider'?) some where out there who is enthusiastically altering and decorating her blog. Hahaha.. that's what we call 'blog punya penangan'. I dun know what she is doing right now, but from our not-so-long- distance conversation, i guess she is working on linking other site in her blog. Good Luck sis. But plizz.. dun ever repeat the phrase 'pandailah ko'. I am a former system analyst and application developer, so computer or web programming is on my fingertip.. cheh konon. So, what a shame if coudn't answer any question regarding it... Oh no, the mommy is pushing her skill further by trying to add photo to her baby blog right now. Congratulations!

Friday, August 11, 2006

Reviewing My Blogging History

Hari ni secara rasminya aku merasmikan kembali pembukaan blog lama ni. Blog yang telah terbiar selama lebih setahun. Bila dikenang-kenangkan balik, aku terpaksa stop menggunakan blogspot adalah disebabkan masalah di tempat kerja lama.. bila kenang-kenang balik, rasa kelako pun ada.

Aku mula ada blog pada Ogos 2003 tak silap aku. Masa tu lah aku tau apa itu blog... dalam hal ni, Jaja dan Rina adalah orang2 yang memainkan peranan hingga muncullah blog tu. Masa tu Rina ada blog sendiri dan aku adalah antara pengunjung setia blog dia. Lepas tu, mulalah tergerak nak ada blog sendiri so aku dan Jaja mula start blog kami sendiri.

Blog pertama aku menggunakan blogspot, guna nama Achik_Ayue. Masa tu aku memang buta sikit tang nak cantik2 kan blog ni. So blog aku masa tu mmg cam rojak. Apa menda jer yg cantik yang aku jumpa kat Internet, akan aku tempek dalam blog tu. Sempat jugak Rina buatkan banner untuk blog aku guna Flash.

Aku mula gila berblog. Hampir setiap hari aku menulis. Semua menda aku nak tulis dalam blog.. hinggalah satu saat tu, entri aku telah menerima kecaman yang maha hebat. Sebenarnya aku akui aku yang silap, mungkin disebabkan emosi yang tidak stabil. Tapi itu tak pernah mematahkan semangat aku untuk berblog.

Aku berblog bukan lagi untuk diri sendiri tapi untuk mengumpul kawan. Bloghopping dah jadi kerja rutin aku setiap hari. Network aku makin besar, kawan makin ramai, in fact aku sempat pergi gathering Geng Jurnal sebanyak dua kali. Seronok biler dapat bergather2 dgn cyber friends ni. Aku mula set benchmark untuk blog aku, aku letak statistic untuk kesan capaian ke blog aku setiap hari. Aku seronok kalau setiap hari, bilanganm kunjungan semakin bertambah.

Tapi lama-kelamaan blog aku mula dikunjungi pengunjung2 liar hingga aku terpaksa tukar URL dari Achik_Ayue ke Ainulmardhiyah. Aku makin aktif, hingga satu tahap, aku rasa waktu ofis aku, separuh hanya untuk aktiviti blogging dan bloghopping. Bos aku dapat detect dan terus dia banned any URL yg punyai perkataan blog dalam capaian Internet kami.

Aku mmg sedih giler, aku bukan sahaja tak dapat berblog, malah tak dapat bloghop lagi. Tapi aku bukan bodoh, tak leh guna word blog, aku bukak satu lagi blog baru, kali ni di diaryland menggunakan nama cik-ayue. Kali ni aku kurang aktif, bloghopping pun dah kurang. Entri aku hanya pada ketika yang benar2 aku lapang dan perlu. Kebetulan pula beban tugas pun makin tinggi.

Dah jadi PTD, aku semakin sukar nak berblog. Kerja melambak di ofis smpi aku betul2 tak der masa untuk diri sendiri. Alhamdulillah, 2-3 hari ni aku betul2 free, so dapatlah aku set up balik blog ni. Aku rasa kesibukan aku bukan pasal kerja, tapi aku tak pandai bahagi masa. Aku masih punya masa untuk blogging cuma pandai2 lah kan.

Akhir sekali, aku ingin ucapkan salam ukhuwwah paling manis buat sahabat2 blog lama aku seperti Jaja, Rina, Mely, Kak Ngah, Liza, Riz, Atie (thanks 4 the beautiful diaryland layout), Tuk Rimau, Kak Nina, Kak Ayaka, Mummy Jam dll.. tak teringat dah. Miss them so much. Welcome to Chech and Fiq.

Saturday, May 20, 2006

Multi Emotions

Pening kepala, penat, geram dan bermacam2 lagi lah.. Penat mengenangkan sebulan aku nak memaksa badan pergi modul luar. 1 modul dah lepas, tinggal lagi 2.
Modul BTN yg baru aku hadiri lepas bagi aku best.. kecuali dia punya LDK ngan ceramah.. Fasi best, jurulatih best, suasana kem plak memang tenang giler.. best. Tmpt pun mmg lah ulu.. nama pun Ulu Sepri. Kawasan yg cantik, nyaman sampaikan kita bleh nampak banyak rama2 liar berkeliaran dalam kawasan kem. Dalam kem ada sungai plak tu.. geram betul tengok air. Rasa mcm malas dah nak balik INTAN. Inilah kali pertama aku bersama2 ngan sidang baru. Kononnya nak bermingle2 tapi last2 kata tinggal kata. Duduk dorm 10 orang yang mana 9 orang adalah sidang A lama jugak. Group LDK aku plak, lebih drpd separuh adalah sidang A lama. So adalah 2-3 orang kawan baru dan derang plak memang bagus2 dan baik2 belaka. Seronok.
Tapi tak seronok sewaktu majlis penangguhan semalam. Aku rasa bengang, terharu dan rasa nak menangis mengenangkan perangai PTD2 ni semua. Adakah PTD ni cukup elit sampai semua menda nak sempurna? Aku geram biler ada PTD yang bagi feedback kononnya penginapan BTN tak selesa, tak bersih, makan tak sedap dll. Apa ni semua??? Kalau nak bersenang2, tak payah pergi kursus. Macam ni ke pemimpin? Tak bleh nak bersusah2? Aku jadi kesian sangat tengok jurulatih2 yg semuanya kira2 baya abah aku. Aku tau derang dah cuba berikan yang terbaik, layanan yang paling bagus.. dah itu jer yg termampu derang buat, naper kita nak komplen lagi? Dah lah tu, masa ucapan penutup, wakil peserta sikit pun tak der nak mintak maaf apa2, tapi jurulatih2 plak yg beria2 mintak maaf itu ini. Malunya muka aku...
Mungkin pasal tengah period ni, mood aku jadi kacau bilau skit. Aku rasa geram biler each time aku telefon rumah, perkara yg tak lepas dari mulut mak adalah soal jodoh. Adoiii.. sekali sekala aku leh terima tapi biler dah setiap kali telefon itu dah jadi agenda utama, aku jadi fed up sangat!!! Bengangnya hati ni rasa nak menjerit biar satu dunia tau. Berdosa ke kalau aku masih belum kawin walaupun umur dah 26? Apa yg mak nak suruh aku buat sebenarnya ni? Aku bukannya orang yang nak menolak sunnah apalagi nak menangkis fitrah tapi aku percaya pada iradah dan takdir Allah. Insya Allah ada seseorang yang Allah ciptakan untuk aku. Kalau tak ada pun, kenapa nak risau jika memang itu takdirnya? Insya Allah sabar itu ada balasan baiknya. Aku tak perlu risau dan aku tak akan risau. Tapi biler orang lain terlebih2 risaunya, aku mula hilang sabar. Bukan hilang sabar pasal apa, tapi hilang sabar rasa nak marah... adoiii, aku tak nak jadi anak yang derhaka kerana marah pada mak bapak sendiri :(
Ya Allah, tolonglah berikan aku sedikit lagi kekuatan untuk terus tabah menghadapi segala dugaan yang kau hadirkan ini.

Tuesday, May 09, 2006

Biler nak habis dpa??!!

Assalamualaikum..Ari ni rasa tak sihat tul. Hidung mcm makin teruk, terbersin ajer.. adushh penatnya bersin. Sekarang kat libriary, melahu kejap coz tak der kelas, naperlah dia tak kasi jer kitorang balik bilik ker, kan best.
Badan nk demam ni dah mula sejak balik dari kedah ari tu lagi. Buat apa gi kedah? Ekspidisi ke Gua Itik. Huhu, 1st time beb masuk gua.. sejuknya gua2 ni, mana taknya.. gua sumer berair. Air bukan cetek2 punya paras tapi mmg nk kasi tenggelam betul. Ada satu part tu mmg kena berenang psl dalam giler tmpt tu. Dengan gelapnya tak nampak satu menda, dgn sejuknya.. manalah tak demam. Pas tu malamnya plak disogokkan dengan menda2 lagha.. mmg lah nak kena balasan Tuhan. Semalam plak, tak penah2 nk masuk swimming, aku masuk jugak.. haha apa lagi dari malam tadi smpi skrg, rasa dah kronik jer sinus aku ni. Tak sedar diri tu resdung, nk jugak melayan menda2 sejum mejuk ni.
Hujung minggu ni cuti agak lama, nak balik ke tak ek? Klu nak balik, best gak psl cuti lama. Minggu depan nk pergi BTN tapi cuma bertolak hari isnin.. ishk rasa cam tak berbaloi plak kalau tak balik. Tapi budgetnya camna ek? Adoiii.. Nak tepon abang punt ak dapat2, entah mana ke pegi tepon dia aku pun tak tau. Kalau tak, blehlah aku kasi heret dia balik kg sekali.
Tak der nya mood. Mood aku skrg ni adalah nak balik tido.. tp naper derang tak nak kasi aku balik tido??? Nak gi beli ubat tp depa tak benarkan gi KESKI, beh tu camna?
Dahla.. rasa cam bosan plak..

Friday, April 21, 2006

Dah separuh jalan

Kat E-Biz, ngan Chech ngan Fique. Petang ni kitorang tak der kelas. Maybe sumer PP ngan PPK sibuk kot. Sibuk ngan seminar RMK9 dan PAC. Kat sini tak ramai orang pun, adalah 3-4 kerat jer. Hemm.. padahal petang ni kalau diikutkan ada kelas LAYANAN MESRA.. which kitorang punyalah tunggu.. mcm best jer bunyinyer hehehe.. tup tup kensel plak. Esok punya sukan pun kensel jugak.
Memula rasa nak balik johor, tapi memandangkan belum gaji dan esok pun ada janji ngan staf nak balik opis.. nak menyain2 agreement kononnya.. berkomitmen sungguh!! (berlagak nak mampus) So tak jadi lah. Nak balik minggu depan coz ari isnin minggu depan2nya 1 mei cuti.. hopefully sabtu tak der xtvt, so bleh lah balik ari Jumaat. Best giler... rindu giler nk balik Johor.
DPA masih cam biasa, pergi kelas balik kelas, naik bukit turun bukit. Bosan betul rasanya. Bebudak sidang C & D dah selamat ke modul luar. Sidang D ke Bomba (dengarnya tough gileerrr) dan akan balik esok. C plak ke BTN dan katanya dipenuhi dengan pelbagai peraturan yg remeh temeh. Rasa rindu plak kat member2 sidang A yg lama. Kengkadang rasa awkward biler dah pecah sidang ni, di kelilingi banyak muka tak familiar. Sib baik lah minggu ni n minggu depan gabung 2 sidang, masih leh jumpa ramai xsidang mate. Sib baik gak fique, chech ngan wardah sidang B, so still leh jumpa2. Kalau tak, huwaaaa.. musti bosan.
Oh ya, aku masih maintain setia, kononnya di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Masih tersadai dalam Sidang A. Dan biro plak aku masih berminat nak join Biro Agama, malas rasa nak tuko2 dah. Dan exco biro Agama, Amir pilih aku jadi Setiausaha Biro. Adushhh.. badi apa lagi lah dah melekat kat aku ni. Bukan tak suka, tp biler memikirkan yg penasihat biro kami ni mmg ditakuti satu DPA, seram beb nak kena ngadap selalu.
Sekarang aku tgh berkira2 nak beli Digital Camera, sebagai persediaan nak ke modul penempatan kampung nanti. Payahlah biler tak der digicam. SLR yg umur dah lebih 10 tahun tu aku tak tau lah masih leh pakai ke tidak. Silap2 aribulan, aku beli pakai installment kot, yer lah kalau one shot nk kuar duit, rasanya cam tak mampu jer. Sekarang masih tgh survey kat mana nak beli.. brand apa nak belasah ek?

Thursday, April 13, 2006

Biler hati dah bengang

Rasa bosan giler.. menyampah giler dan bermacam2 lagik. Ari ni masa morning assembly, aku kena dengan UDPA pasal parking kereta dekat ngan audi. Bukan aku sorang tapi ramai lagi sbnrnya. Dan lebih menyakitkan hati lebih ramai dari itu tapi depa tak mengaku pun, sakit tak jiwa?
Aku parking pun bukannya betul2 area audi tu, jauh lah jugak. Bukannya reserved parking utk sesapa. Lagipun hari ni 4 sidang ada kat Kiara, crowded dah kawasan parking biasa. Dah ler jauh nak mampus.. dah ler ari ni berangkut lagi pindah dari Intengah ke Kiara. Ishkk.. geram tullah hati ni, cam tak peka langsung dengan masalah orang, asyik nak cari silap orang jer.
So last2, sticker keta aku dah kena rampas, dah tak leh parking dlm INTAN tp kena parking luar. Nasib baik sikit pasal tak kena STS. Kalau tak, eeee tak tau lah aku nak cakap apa. Tup tup tetiba kata petang ni ada aktiviti swimming plak. Kan petang ni ada pergerakan pindah randah? Eeee bengong, sewel ke haper derang ni? Membara hati aku ni Tuhan jer lah yang tau. Rasa nak quit DPA ari ni jugak.
Bosan aku ngan situasi cam ni. Rasa cam tak der perubahan positif pun kat aku smjk DPA, makin byk yg negatif ada. Urusetia asyik nak cari salah peserta, tapi silap derang tu tak pernah nak nampak, kebajikan kitorang, masalah kitorang ni pernah nak ambil kira? Kerat jari lah. Semalam, dah ler balik petang, bas cuma ada lepas makan malam kononnya, tp biler g dewan makan, rupanya takder peruntukan utk kitorang yg duduk kat Intengah ni? What? Nak tunggu bas kul 8..trafik jam lagi, sampai Intengah kul baper? Dewan makan pun dah tutup laaah!!! Dah tu, dimaklumkan kena tunggu bas kat Kiara Point, penat tunggu rupanya bas tunggu kat Pentadbiran, menapak lagi. Dah naik bas.. tup tup pastu kena turun naik bas lain plak!! Apa sumer ni!!! Eee bengang sungguh lah aku.
Alhamdulillah sabtu ni takder xtvt sukan so bleh lah balik. Tapi minggu depan ada assignment plak nak kena hantar. Nak balik johor, kat umah tak der komputer, tak der internet, cc pun jauh.. camna ni??? Eeeee palah nak jadi ni.
Tak sabar sangat tunggu masuk bulan 7. Aku dah bengang tahap melampau dengan DPA, dan sekaligus tanggapan buruk aku bertambah pada sektor kerajaan. Rasa cam sejuta kali lagi bagus lah aku kerja kat swasta dulu. Kerenah yg entah apa2, tak profesional langsung!!!

Monday, March 13, 2006

Happy Belated 26th Birthday

Back to Intan Kiara after 2 weeks staying in Intengah. Belajar bahasa Inggeris kat situ. Aku walaupun duduk dalam kelas yang paling last, tapi group tu memang enjoy gilezzz. Classmate sumer lebih kureng sama pe'el jer ngan aku. Cikgu dia lagilah.. best giler especially Puan Jamaliah. Aku tak pernah jumpa cikgu perempuan yang fun sungguh2 dan baik gilersss.. pemurah plak tu. Mana ada dalam dunia ni cikgu cam tu yang hampir setiap hari akan bawak macam2 makanan diberi secara free kat student. Kalau murah2 tak per gak, ni mahal beb!! Kengkadang fererro roche, kengkadang potato chips, kengkadang jeruk buah campur.. best nyerrrrr!!!
This week mungkian agak hectic. Subjek yang agak tough iaitu research method, yang aku dapat teruk masa belajar master dulu. Teringat muka PM Amran kat UTM. Esok ada final teater plak tu which is aku jadi part of the dancers. Tapi aku takler yg rancak, yang slow jer.. sogan den ni. Then lusa plak ada kursus table etiket.. arghh bosan lagiii..
Yang tak bosannya minggu ni adalah mak abah nak datang KL, mungkin dengan mak teh sefamily dan atuk sekali. Gosh, aku dah rindu giler kat mak, abah ngan adik. Teringat ari tu 2 days before birthday aku, mak tepon aku dan kami berbual lebih sejam dan sepanjang sejam itu aku tak berenti2 menangis. Macam2 mak suarakan kerisauannya pada aku, nasihat dan macam2 yang rasanya tak tertulis aku kat sini pasal HARUS kang aku menangis buat kali yang entah ke berapa. Rindu sangat kat mak abah.
Hai biler lah nak abis DPA ni.. pening paler aku. Rasanya terlalu banyak dugaan2 yang datang yang adakalanya aku tewas mempertahankan hati dan prinsip aku sendiri. Entahlah. Tapi dalam pada malas nak continue DPA ni, aku malas jugak nak balik opis lama, confirm banyak kerja. Adoiii... yang kelakonya skrg ni aku cam terpk nak kerja balik kat JBFM, ada ke patut.. Aku rasa life aku kat sana lebih tenang walaupun kerja aku mungkin agak susah. Arghh.. nak nyesal apa dah tak guna dah..
Di kesempatan ini aku nak ucapakan seribu penghargaan kepada semua orang yang wish birthday utk aku 6 Mac lepas. Aku terharu sangat especially bila datang dari kawan2 utm dulu, kawan2 kat pasir gudang jugak. Ingat jugak derang kat aku. Moga Allah membalas budi baik kalian dengan sebaiknya.
Oklah.. aku nak cari buku pasal statistik, nak belajo hehehe. (aku kat library ni, malas nak balik bilik sblm kelas kul 2.45.. pasal apa? nak naik bilik, aku kena meniti dekat 200 anak tangga, penat sehh)

Sunday, February 26, 2006

MInggu Bosan

Masih di CC yang sama tetapi seminggu kemudian.. hehe
Masih dalam DPA, dan nampaknya DPA dah semakin membosankan. Minggu lepas kami ada Modul Perlembagaan Undang2, which was boring. Aku pun pelik camna budak2 law bleh spend few years belajar menda2 camni. Aku masuk kuliah punyalah bosan nak mampus. Habis kuliah tak pernahnya masuk satu haram pun dalam paler otak aku ni.
Last week jugak, aku for the 1st time jadi MC untuk sesi kuliah. Cheh, punyalah lama punya tunda punya tunda.. last2 sampai gak giliran aku. Yang tak bestnya kena jadi MC depan 2 sidang, ramai, kat auditorium plak tu.. aku punya neves ni Allah jer lah yang tau. Tapi member2 kata aku ni cam rilek jer, cam tak neves langsung.. iye ker? Haha.. tapi respon menunjukkan banyak yang positif, ada yang kata aku jadi MC ni smart.. smart? Ada yg kata ni nk gantikan MC KPT ker? Ada jugak yg kata aku comel jadi MC. Ada plak yg kata aku cam pembaca berita buletin utama, esok jadi MC lagilah yue.. hehe.. ada plak yg kata aku patut jadi debater.. ishk ishk..
Tu satu, lagi satu tak leh lupa adalah masa kuliah Tengku Naufal on Contract Law. Syok giler... pasal apa? Lecturer tu jambu beb.. hensem wa cakap lu.. tak leh tido aku. Dah ler comel... style lecture dia mmg mantap habis.. tak ssdar masa bgerak cam tu jer. Yang lagi menyemat dalam hati adalah.. aku jadi orang pertama yg kena soal dalam kuliah tu. Elemek.. gabra nak mampus, gugur jantung aku tetiba dia point aku dan tanya apa yg aku faham tentang istilah contract.. Pergh.. sblm tu, aku dh bkira2, kalau dia tanya ni mampus aku tak tau menda nk jawab. Tapi entah kuasa Allah tu punyalah hebatnya tetiba jer lancar jer mulut aku menjawab dan betul plak tu.. siap tanya yg aku ni ada background law ker? hehe tak der pun...
Next week, start esok aku ada kelas Bahasa Inggeris dan aku diletakkan dalam kelas yg terbawah.. hehehe.. seronok rasanya. padan muka aku, masa ujian ari tu tak nak wat betul2.. tp oklah tu.. tak ler pressure kelas bawah2 ni. Aku pun dah start pindah duduk kat Intengah, hemmm.. rasa rindu plak kat bilik lama kat kiara.
Oklah.. aku rasa nak blah dulu lah. Aku dtg CC ni asalnya nak wat kerja biro skit, dan cari bahan untuk risalah biro. Taqwim solat aku dah siapkan, tapi risalah untuk bulan ni lum siap lagi.. masih menapis bahan..
Oh ya, nk citer pasal kawan aku yg ari tu.. Minggu lepas dia jumpa aku, dan nampaknya cam nak bcerita atau mungkin dan mengadu sesuatu. Tapi mungkin masa dan tempat tak sesuai, apa yg dirancang tak kesampaian. Dan sampai sekarang aku masih tak jelas tentang apa masalah yg dirunsingkan tu. Yg aku tau dia mention yg masalah dlm mengekalkan hubungan lelaki dan perempuan. What?? aku dah rasa pelik.. Tapi dia masih senyap smpi skrg. Aku masih cuba blagak cam biasa, cam tak der apa2 blaku.. walaupun sesekali syahid jugak hati aku yg lemah ni..
Nak blah.. chow... wassalam

Sunday, February 19, 2006

Balik dari OBS Lumut

Kali ini, bukan login dari opis tapi dari CC kat Bangi. Sajer kuar ngan adik, tak tau nak wat aper kat Intan.
Semalam petang selamat dah aku balik dari modul OBS kat Lumut. So far aku rasa inilah modul yang paling melampau best dalam DPA ni. Walaupun balik ngan fizikal yang teruk, tapi tetap fun.. masih terbayang2 tuh. Muka aku dah macam beruang panda.. berbelang semacam jer. Tangan plak dah macam pakai glove hitam.. cam tak caya tengok tangan sendiri. Ekceli bukan aku sajer tak mau amik apa2 langkah protection, tapi memang aku sengaja. Aku nak tengok kelainannya, nak rasa kepayahannya dan kesannya. Bila lagi kan?
OBS ni dah mengajar aku macam2 dan aku telah buat macam2 yang aku tak pernah buat selama ni. Contohnya, berlayar ke Pulau Rumbia yang sejauh 40 KM dari lumut.. bukan pakai enjin tapi berdayung. oars dia nak mampus punya berat. Pas tu camping satu malam kat sana. Then, ada ekspedisi berkayak mengelilingi pangkor plak tu dan camping jugak satu malam kat sana. Cam tak caya sungguh yg aku dah wat tu semua padahal ari tu masa latihan, separuh mati aku dibuatnya biler coach sengaja capsize kan kayak aku.. perghh..
Kali ini, lebih terasa ukhuwwah yang terjalin erat dalam kumpulan aku. Guyz semuanya adalah yang satu platun ngan aku masa kat modul tentera, so dah tak der masalah. Girls plak 3 orang adalah bekas platun satu jugak. Kumpulan aku masa OBS ni namanya Gading.. seronok sangat dalam group ni, tak pressure langsung. Motto group kami adalah TOGETHER-GETHER.. dan memang tercapai sungguh motto tu sampai group kami dah dicop sebagai group asabiyah.. naik panas telinga.
Yang pasti, modul OBS ni membuatkan semua orang menunjukkan sifat sebenar masing2. Kiranya cam tak der jurang, tak der lapik2, sumer main lepas jer. Kecuali aku lah kot yg masih control2 cam biasa. Kengkadang sampai aku naik segan biler kengkawan lain open jer bcakap itu ini. Rasa tak sanggup nak dengar pun ada. Tapi aku bersyukur kerana aku masih mampu mempertahankan pendirian sendiri dan menjaga fizikal, hati dan iman ini sebaiknya. Alhamdulillah.
Oh ya, Insya Allah kawan aku akan bertunang 5/3 ni. Kawan se PTD yang aku kenal hampir setahun. Tahniah untuk dia dan terima kasih kerana masih sudi nak berkongsi dan berterus terang ngan aku. Rasanya aku dah bleh bebas bcerita kat sini coz dia pun dah tak ingat URL blog ni. Dulu dia ingat sangat, tp semenjak dah ada orang lain ni, dah tak der nya lah.
Kawan yang satu ni memang baik, sederhana dll. Terus terang aku kata, mmg awalnya aku ada niat nak kenal dia ni lebih mendalam, mengenali hati budinya. Entah naper, hati aku rasa dia suka gak kat aku (eee.. open nya). Dari cara dia layan dan cakap kat aku, macam tu lah. (mak yg cakap cam tu, biler aku citer kat mak) Tapi aku tak mau layan perasaan cam tu. Aku ingat Dr Fadzilah Kamsah kata minimum manusia memerlukan 6 bulan utk betul2 mengenali seseorang itu. Aku rasa aku dah berusaha nak memelihara persahabatan tu sebaik mungkin walaupun kami jauh. Aku sabar jer coz aku tau kami ada DPA 6 bulan utk selalu bjumpa.
Heemm... tapi rupanya dalam tempoh bsabar itulah, sesuatu yang tidak aku jangka telah blaku. Dia dah jumpa orang lain, satu opis plak tu. Dan aku akur jer lah, mmg cam ni lah nasib long distance relationship. Yang dekat depan mata itu lah yang akan lekat. Lagipun kitorang pun mmg dah berbulan2 tak jumpa. Sebenarnya aku dah mula rasakan perubahan itu dari awal, mungkin itulah naluri seorang wanita. Tapi aku tak pasti. Biler kami jumpa balik masa DPA, hati aku smakin kuat mengiyakannya.. hinggalah sampai tahap dia sendiri bterus terang. Dia punya cara bterus terang pun cam orang serba salah. Frust ker aku? Tak boleh tipu, sedikit ada. Tapi nak wat camna kan.. Sabar jer lah lagipun aku akan terus menghadap muka yg sama 6 bulan ni. Dan entah malang apa, kami dipertemukan terus dalam satu sidang, satu platun, satu watch... ishkk.. kalau tak sabar, mmg syahid dibuatnya. Dah ler nak btunang betul2 sehari sebelum birthday aku.
Aku tak tau apa yang sedang dia rasai skrg, serba salah? Tak kot.. pasal kami pun bukannya pernah declare ada special bond pun. Sendiri simpan lah. Tapi aku cuma harap, dia teguh dgn keputusan yg dia dah buat. Kalau betul lah dia pernah suka kat aku, harap janganlah dengan berjumpa selalu dgn aku di DPA ni akan mengubah hatinya sekali lagi. Janganlah kecewakan akak tu. Aku tak apa2 dan akan terus tabah macam selalu.. ishk syahdu plak ayat aku ni.. entahapa2 entah. Yg penting, aku akan tetap doakan kebahagiaannya dan tetap akan jadi kawan yg baik, Insya Allah.
Dahlah.. entah baper ringgi aku nak kena bayar cc ni.. chow dulu..
p/s : entah naper, tetiba hati aku ni rindu benar dan disiat2.. nak sangat balik Johor jumpa mak abah..

Saturday, January 14, 2006

Masih dalm DPA

Again, back to my office.
Hari ni balik opis untuk cari maklumat sikit untuk wat assignment bagi modul yang baru lepas. Petang ni nak kena rush balik ke intan untuk prepare itu ini. Esok, my sidang will be going to PULADA Ulu Tiram for our Tentera Module.
Assigment untuk modul minggu lepas kena submit lagi sebulan, but i want to make it quick, takut banyak lagi assigment akan datang. Besides, aku nak wat assigment ni sebaik mungkin. Ye lah kan, dah ler tak menonjol dalam kursus, tang assignment tu kenalah wat power2 sikit.
Aku masih lagi macam dulu, masih tcari2 diri diri sendiri dalam DPA ni. Aku rasa jauh sangat dari orang lain, especially tang pendirian dan pemikiran. Dan aku rasa bsendirian dalam nak membentuk jati diri yang aku cari selama ni. Someone yang aku harap dapat jadi pendorong dan penyokong aku selama, nampaknya semakin jauh. Sedih sangaaaattt. Sebab itu aku kena kuatkan semangat.
Aku tau aura islamiah dalam DPA ni tsangat kurang. Aku masuk Biro Agama kononnya aku nak kan environment yang baik untuk jiwa aku sdiri. Tapi malangnya aku lupa yang itu semua hadir dgn tanggungjawab dan aku tak terdaya menanggungnya. Baru2 ni semasa majlis ceramah sempena Aidiladha, aku tewas. Aku kesal kerana berdiam diri seumpama orang yang dayus penakut walaupun kemungkaran blaku depan mata. Aku cuma mampu menangis.
Aku masih berusaha dan akan terus berusaha. Biarlah apa jua yang mendatang. Aku tak mau lagi memanjakan diri. Biarlah susah, biarlah lara dan duka yang menunggu.

Saturday, January 07, 2006

Dah selamat masuk DPA

You're blue — the most soothing shade of the spectrum. The color of a clear summer sky or a deep, reflective ocean, blue has traditionally symbolized trust, solitude, and loyalty. Most likely a thoughtful person who values spending some time on your own, you'd rather connect deeply with a few people than have a bunch of slight acquaintances. Luckily, making close friends isn't that hard, since people are naturally attracted to you — they're soothed by your calming presence. Cool and collected, you rarely overreact. Instead, you think things through before coming to a decision. That level-headed, thoughtful approach to life is patently blue — and patently you!
Nyeh nyeh.. apo2 lah tak kisah menda pun, biru ke pepel ke..
Well, back to ofis after a week. Sajer balik opis nak cek emel, surf, blogging dll secara free!! This week, DPA mmg free skit.. Free2 dulu, pas ni jgn haraplah..
Hari pertama DPA, daftar dan mmbayar. Jumpa ramai kawan2 lama tapi still nak berkepit gak ngan member se KPT, tak leh nak wat apa dah. In fact, 4 of us, aku, wardah, chech dan fiq are in the same Sidang, which is Sidang A. Bilik pun dekat2 jer. Hahaha.. we are meant to be with each other. Hari pertama gak dah kena ke Bukit Cerakah, camping dan bermalam di sana. Masak2 stail camping, buat mini concert (cam takder idea lain), dan night walk! Dlm byk2 tu aku plg suka night walk ajer. Berjalan dalam hutan memberikan aku peluang untuk muhasabah dan merenung alam ciptaan Allah, walaupun dalam kegelapan, walaupun aku mengantuk giler masa tu.
Tido mmg tak cukup.. tp sib baik pas tu, balik je ke Intan, xtvt kami cuma ceramah jer, tak der lagi xtvt lasak. Next week pun xtvt aku akn full dgn ceramah dan ceramah lagi, bosannya!!! Tapi pastu, haaa.. next next week aku ada Modul Tentera!! Pergh.. parah parah.. Tapi modul tu wat kat Johor, so kalau ada peluang rasa cam nak balik umah sat boleh?? Hehehe..
Aku masih lagi mencari2 arah dalam DPA ni. Rasa mcm malas nak xtif2 sgt, just layan jer lah apa2 yg patut. Tapi bila pk2, performance masa dpa akan mmpengaruhi merit utk kenaikan pangkat nanti, alahaii camna ni. Aku baru jer nak jadi orang yg senyap, lebih banyak memerhati dan mendengar dari bcakap. Niat di hati nak jadi zuhud jer.. hehe. Tapi pastu aku pk balik, kenaikan pangkat ke yg aku nak sangat dalm kerja ni? Bukan ker aku keja cuma nak dpt rezeki halal bg menampung hayat selagi aku hidup? Aku ada matlamat lain dalam hidup ni. Ishk insaf2..
Raya haji ni aku tak balik Johor, mungkin mak ngan abah jer yg akan datang ke KL. Aku masih ada kuliah hari Isnin ni, Abang pun ada kelas lagi Isnin ni. Rabu dah kena naik, so cam tak berbaloi nk balik Johor. Maka akan berayalah kami di KL huhuhu. Acik n family sumer dah balik Johor. Sib baik acik bmurah hati nak tinggalkan bibi' wat temankan aku 2-3 hari ni.

Monday, January 02, 2006

Last Entry Before DPA

Yup.. i am going to DPA tomorrow!! Haha.. tak taulah apa yang excited sgt nak g DPA ni. In fact, aku rasa cam biasa jer.. dan rasa tak bersedia pun. Barang2 pun tak abis cari lagi walaupun esok subuh2 nak kena kuar dah (nak elak jam punya pasal lah ni). Hehe pe'el lama masa nak pergi PTD Unggul dulu.. buat bodoh jer.
Aku menaip entry ni di ofis. Saja datang utk settlekan apa2 yang patut, pasni dah payah dah nak balik semula ke opis ni dan mungkin jugak takkan balik langsung ke sini kalau ada rezeki Bahagian ni berpindah ke PJH. Dokumen ada berkotak lagi yang kena sain dan rasanya mmg tak sempat dah, kira halal jer lah tpaksa tunggu aku balik bulan 7 nanti.
Hemm camna aku leh pergi DPA? Camna leh lepas? Aku pun tak tau.. tapi rasanya bos mmg tak der pilihan melainkan melepaskan aku pergi.. chewwaah.. Sebenarnya mungkin aku pergi ni tak derlah terasa sgt kot pasal ada 2 orang pegawai baru nak masuk pasni. 2-3 hari sebelum cuti ari tu, mmg terasa lah betapa beratnya bos nak lepaskan aku pergi. Hari2 terakhir pun aku masih pulun wat kerja pasal taknak nyusahkan sesapa plak nanti. Kalau Bhgn lain tu siap ada majlis farewell utk pegawai yang nak ke DPA, aku plak lain. Bos tak abis2 meluahkan rasa berat hatinya tu, aku leh wat apa, senyum jer lah. Dalam hati aku kesian kat bos. Aku pun terpk gak, ada 2 orang baru nak masuk, kenapa nak risaukan pemergian aku, aku ni pun bukan power sgt, kerja baru masuk 4 bulan. Aler.. pas ni entah2 pegawai2 baru tu lagi bagus dan nama aku pun bos dah tak ingat. Silap2 aribulan, bulan 7 nanti, aku kena pi Bhgn lain coz Bhgn ni dah tak perlukan aku lagi.. pergh.. haru beb kalau jadi camtu.
Bermula DPA, bermula lah suasana baru. Suasana berkursus, dan aku tak tau style mana yang aku nak pakai masa kursus. Adakah nak maintain jadi introvert cam dulu atau nak tuko kulit sikit. Hehehe.. ekceli mmg stail aku untuk introvert di awal2. Bukan lambat panas, tapi i took some time to study people around dan environment camna. So, biler sumer tu dah dalam tangan, time for action!!! Hehehe.. tetiba rasa nak jadi lain sikit masa kursus nanti. Adakah aku nak jadi kepoh? Nak jadi orang yang lantang bersuara? (sekaligus menjadikan aku digelar siti soalan?)Tak pasti lagi coz aku bukan orang yang suka bersuara tak tentu pasal. Mendengar dan berfikir itu yang lebih barik. Tapi aku akan pastikan aku bukan takat peserta2 biasa. Mungkin orang2 lain akan rasa perbezaannya. Dan imej luaran aku skrg pun tak sama dengan masa PTD Unggul dulu, itulah permulaannya. Yang pasti, aku bukan nak kejar anugerah semata2. Nawaitu nak kena betulkan ni.
Harap2 semuanya berlagsung lancar. Semoga DPA ini menjadi medan terbaik untuk aku membina diri, membentuk diri menjadi lebih baik, Insya Allah. Semoga aku tidak goyah hati dan iman dalam menghadapi segala cubaan dan godaan yang bakal datang nanti. DPA is nothing pada aku. Kerja aku di Kementerian itu lagi penting, khidmat aku utk masyarakat, yang menentukan berkat tidaknya rezeki dan gaji aku.