Thursday, November 29, 2007

Tercipta Untukku


menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata yang tak mampu kuungkapkan kepada dirimu
aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau ku slalu milikmu
yang mencintaimu sepanjang hidupku

melankolik.......


Wednesday, November 28, 2007

You're My Everything

You're my everything
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky
tell me I'm in love
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within I'm in love
You're my everything
And nothing really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those small brown eyes
You're my everything
Forever everyday I need you close to me
You're my everything
I'll never have to worry
Never fear for you are near
Oh, my everything
I live upon the land and see the sky above
I swim within her oceans sweet and warm
There's no storm, my love
When you hold me tight
there's nothing that can harm me in the lonely night
You'll come to me
And keep me safe and warm
It's so strong, my love..

A special song i would like to dedicate to a very special person. (i altered the lyrics a little) The song that being played on our cruise along Sungai Sarawak during the honeymoon trip to Kuching last Sunday. I love u very much abang. Being away from the children made us closer, made me feel very2 special. And i hate to remind myself that these very special moments will come to the end in two days. Yes, i cried since yesterday, being at home remind me to the normal life i have to go through again. I cried at the office, i cried when we were having our tea yesterday. I confessed in front of him, i feel like i am going to lost him shortly, or maybe i should rephrase it as i am going to lost half of him when the childrens are around. Yes, i am very selfish. I dun want anybody to come between us becoz i love him very much. I am such a bad mother even though i know, they deserve their ayah more than i. They have been with ayah since a long time and i just came into the family for few months only. So, what is my right?

I knew, abang is very understanding, he really understand how i feel deep inside. He thanked me for being very patient, for patiently accept his children and treat them like my own. He promised to try his very best to spend his quality time with me. Then, i felt guilty for throwing him into such situation. Now i had become a bad wife. Seorang isteri yang baik tidak akan meminta-minta, isteri yang baik tidak akan menyusahkan hati suami, isteri yang baik akan setia bersama suami dalam apa jua keadaan, isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Tapi aku?? A young wife full with emotions.

Tuesday, November 20, 2007

Bila Kesabaran Diuji

Bukan senang menjadi seorang ibu. Dan semalam, terasa aku begitu diuji.

Menghadiri mesyuarat saban hari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Semalam, balik sahaja dari meeting pada pukul 5.00 petang, kepala dah mula berdenyut (baca: migraine dah datang). Panadol tak ada, Cafegot yang abang beli di farmasi pun dah habis. Alhamdulillah masih sempat drive pulang. Sampai umah, telan ubat dan fensan. Abang balik lewat malam hari ni.

Maghrib bangun. Safiah yang beberapa hari ni batuk2 dan selesema masih belum ada tanda akan pulih. Badannya pulak makin panas. Kalau tak pantang, makanlah ubat berkilo2 pun mana nak baik, itulah yg aku selalu leterkan. Sempat ku tanyakan kalau ada abang kakaknya yang beri dia minum air sejuk atau ais. Seperti biasa, dia tuduh dia, dia tuduh dia... masing2 tak mengaku. Yang buat aku geram, akak yang baru jer cedera sana sini kerana jatuh basikal (keluar rumah tak bagi tau) boleh buat hal lagi. Tanpa izin, keluar dengan basikal, semata2 nak ke kedai beli air 100 plus. Huh.. klu dah bawak balik dan adik nampak, tak dernya adik nak ternganga jer tengok. Akak akak.. kenapalah akak ni degil sangat tak serik2 dengan balasan Tuhan.

Balik cerita semalam, sesudah solat maghrib, terus aku bawa Safiah ke Klinik Lita Alis. Mujurlah Fiqah tau di mana ayahnya simpan semua surat beranak. Aku pergi berdua jer dengan Safiah kerana hati aku yang tengah panas melarang semua anak dari ikut. Di klinik, Alhamdulillah kami tak menunggu lama dan Safiah pun baik ajer. Menurut doktor, Safiah tekaknya dah mula merah. Doktor mengesan lelah kerana nafasnya yang laju dan tidak normal. Untuk beberapa minit, Safiah perlu diberikan gas (aku tak tau nama dia tp aku pernah kena juga) untuk meredakan paru-parunya. Safiah menangis sepanjang proses tersebut hinggakan aku terpaksa memeluknya dari meronta2. Menggigil juga aku dibuatnya.

Safiah diberi 5 jenis ubat, demam, batuk, selesema, lelah dan antibiotik. Safiah perlu kami bawa semula ke klinik pada hari ini untuk follow up bagi melihat respond tubuhnya kepada antibiotik yang diberikan. Jika keadaan tidak memuaskan, mungkin dia perlu dimasukkan ke hospital. Berdebar aku dibuatnya. Sebelum pulang, terperanjat aku biler diberitahu harga ubat semuanya RM70 sedangkan biasanya klu pekej demam ni, dalam 40-5o sahaja. Aku mmg tak der cash banyak (esp waktu2 paras hidung ni) Aku terpaksa minta tangguh pada staf nurse di situ untuk aku pergi keluarkan duit di ATM yg skrg tinggal hanya 2 digit sahaja. Kesian Safiah, sudahlah sakit, terpaksa pula aku heret ke sana ke mari. Tapi melihat pada Safiah yang sentiasa tenang dan tak merengek langsung menyebabkan hampir menitis air mata dibuatnya. Hasrat nak minta ubat migraine sekali nampaknya kena tangguh dulu.

Di rumah, Safiah begitu mudah diberikan ubat, semua yang diberi, diminum tanpa banyak soal. Sedap piah? Sedaaapp. Comel sangat anak ini.

Tapi ketenangan hanya sementara. Dalam pukul 10.30, dia dah mula mengantuk tetapi apabila nak ditidurkan tiba2 meragam. Kali ini meragamnya lain.. aku mmg maklum, piah klu nk tidur, mcm2 ragam, mcm2 dimintaknya. Tapi malam tadi, aku betul2 tak dapat mengerti apa kemahuannya. Menjerit2 dia mcm histeria, menarik2 rambut sendiri, menghempas2 badan menjeritkan sesuatu yg aku sendiri tak paham, malah akak2nya pun tak dapat mengagak apa yang diinginkannya. Puas aku memujuk dan memikir apa yang cuba disampaikannya tp gagal. Dengan bibik pun dia tak mau. Geram ada, kesian ada, bimbang pun ada. Geram kerana kesabaran aku yg mula goyah. Kesian kerana aku tk dpt mengerti apa yg dia inginkan. Bimbang kesihatannya akan makin terjejas, lelahnya akan berpanjangan, batuknya akan berterusan. Aku tak nak piah admitted ke hospital... tak nak. Dalam menghadapi kerenah Safiah, Ceah (9thun) pun buat hal jugak, merengek2 tak mau tidur dengan kakak2nya, katanya tak boleh tidur. Nak jugak tidur di bilik ayah tapi tak nak tidur sorang sedangkan aku terpaksa ke hulu hilir memujuk dan melayan kerenah Safiah. Dekat 11 lebih, ayah masih belum pulang. Piah nampaknya dah kepenatan, aku berikan piah pada bibik kerana aku sendiri dah keletihan. Sekejap jer, dia merengek nak dengan aku semula. Aku peluk dan dodoi dia sambil mundar mandir kerana dia tak mau duduk. 11.30 ayah pulang, safiah pun dah terlelap.

Kesabaran ku teruji lagi. esok lusa entah apa lagi dugaan bakal hadir.

Monday, November 19, 2007

HAPPY ANNIVERSARY

Satu saat pada 3 bulan lepas

I Love U Very Much


Kenapa saya suka suami saya?
Sebab Suami Saya BEST!!
(versi aku)


Kenapa saya suka rumah saya?
Sebab Rumah Saya BEST!!
(versi Safiah)

Thursday, November 15, 2007

Tahniah !!

TAHNIAH CHECH & CAMUS ATAS KEHADIRAN CAHAYA MATA YANG BAKAL LAHIR 8 BULAN LAGI
Chech, jaga kesihatan baik-baik, fizikal, emosi dan rohani. Syukur Alhamdulillah, semoga baby yang bakal lahir nanti akan memberi kebahagiaan yang tidak terhingga kepada korang berdua. Amin.


TAHNIAH MY PRINCESS SAHIRA ATAS KEPUTUSAN UPSR AKAK
2A 3B, walau bukan 5A seperti yang kita impikan, ia tetap satu permulaan yang amat baik. Perjalanan akak masih panjang. Berusahalah tanpa jemu. Semoga kejayaan demi kejayaan yang bakal akak kecapi akan menjadi dorongan buat adik-adik kelak. Amin.

Friday, November 09, 2007

Sensitif

Semenjak 2 menjak ni, emosi aku terlalu mudah terganggu. Asyik nak meradang. Sampai satu tahap, kelmarin aku boleh menangis teresak2 biler abang menolak untuk dibuatkan air ketika dia baru pulang ke rumah dari N9. Asalnya aku plan nak buat air panas, kemudian nak minum sama2 sambil makan puding, sambil tengok tv dan sambil bercerita, almaklum satu hari tak jumpa. Entahlah, walaupun abang berterus terang kata dia dah kenyang kerana sempat singgah minum masa pulang, aku seolah2 terasa begitu terpukul, merajuk dan akhirnya menangis. Dah lama aku tak menangis macam tu depan abang. Biler ditanya, mulut terasa berat.


Semalam, lebih teruk lagi. Aku tiba2 jadi macam orang tak betul, siap lempar2 bantal. Bila abang memeluk aku, dan bertanya kenapa, aku masih tak dapat menjawab tapi menangis. Entahlah.. sesungguhnya aku mmg tak tau nak jawab apa. Kerana aku sendiri tak tau sebab apa jiwa aku jadi kacau begitu sekali. Terlalu banyak perkara yang mengganggu fikiran hingga kan aku tak tau yang mana satu penyebab aku menjadi emosional begitu. Masalah di tempat kerja dan keluarga semuanya bercampur aduk. Apa2 yang aku pendam, yang aku simpan, yang aku tahan dan aku sabar kan seolah-olah menjadi satu adunan yang memeritkan. Jadi aku cuba muhasabah sendiri


1. Masalah kewangan? Tak berapa rasanya, walaupun aku tak dapat berikan mak abah duit bulan ini. Biler mak selalu tanya biler aku nak balik, aku makin pressure.

2. Masalah dengan staf? Aku geram kerana beberapa orang staf aku yg selalu melanggar etika kerja dan mendatangkan masalah/beban pada aku. Tapi aku tak mampu nak buat2 apa melainkan berdiam.

3. Masalah dengan pegawai lain? Mungkin, ada pegawai yang sentiasa memberi tekanan pada aku seolah2 aku tak reti atau malas atau lengah2 kerja? Aku benci orang push aku. Aku masih boleh tahan kalau dia senior atau direct bos aku. Ni orang lain, junior plak tu? Aku tak pernah push orang sebab aku sendiri tak suka orang push aku.

4. Bos? Aku dah biasa dengan kerenahnya.

5. Kerja? Aku penat buat kerja tanpa ganjaran setimpal. Tak boleh OT, tak boleh terima elaun menanggung kerja, tak boleh memangku? So?? Ini pun kalau batch aku naik pangkat, ada harapan aku tercicir. Pasal markah LNPT aku yg teruk giler tahun lepas. Aku jadi fobia menunggu akhir2 tahun mcm ni. PTK bulan 12 tapi aku belum study2 lagi.

6. Parking? Isu remeh kan? Tapi kerana parking lah aku rasa berat hati nak pergi kerja hari2 kerana kalau tak kena berjalan kaki 15 minit meredah hujan atau panas kerana terpaksa parking jauh atau aku terpaksa bayar dekat 20 ringgit sehari untuk parking yang dekat. Dan di saat kewangan yg genting mcm skrg?

7. Masalah dengan anak2? Antara penyumbang terbesar pressure. Aku masih belum kuat untuk jadi seorang ibu yang sabar, aku masih belum mampu bersabar dengan cara keluarga mereka yg tak sama dengan prinsip aku. Aku naik darah biler anak tidak menghormati masa, ruang dan harta peribadi aku, padahal aku sgt mementingkan privacy, sebab tu aku orang yg tak punya ramai kawan dan tak bersosial. Arwah mak mereka lain, dan aku lain. Aku jadi lebih sensitif kerana mereka bukan anak kandung aku. Aku naik angin biler anak tak mendengar kata, biler anak sering mendatangkan masalah ketika aku sendiri bergelut dengan masalah sendiri.

8. Dan yang paling aku rasa tak masuk akal adalah aku JELES dengan Safiah. Safiah bak kata jaja seolah2 ada gam UHU melekatkannya dengan ayah. Manjanya pulak bukan main lagi sampai kadang2 aku naik geram. Nak dilayan sentiasa, nak didukung sentiasa, kerenahnya pula bermacam2. Dia sudah masuk 3 tahun tapi... Aku memang kurang sabar, kurang memahami anak kecil. Lupakan nak bermanja bersama suami dengan tenang walaupun semasa tidur. Aku cuba mendekatkan diri dengan safiah, cuba mengalihkan sedikit bergantungannya daripada ayah semata2 kepada aku juga supaya kurang rasa cemburu itu. Waktu tiada maid, aku mmg tak mampu beri perhatian penuh padanya kerana kesibukan dengan kerja2 rumah. Bila dah ada bibik, hasrat itu tiba2 terkubur, kerana Safiah lebih perlukan bibik daripada aku dan JELES itu makin tebal. Safiah perlukan Ayah dan Bibik tapi bukan aku.

Ya Allah, tolonglah aku. Aku merasakan prestasi rohani aku sekarang begitu merudum. Kalau lah ada graf prestasi seorang muslim, ada kecerunan negatif di situ. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk.

Tuesday, November 06, 2007

Settle ini hal, datang hal baru

Settle dah jamuan hari raya bahagian kami. Alhamdulillah kami tak over budget malah berlebih makanan hingga membolehkan ramai yang dapat tapau. In fact, memang kami order lebih pun untuk ditapau hehehe. Tapi mcm biasa, biler buat event tu, takkan dapat puaskan hati semua orang termasuk penganjur sekali. Itu lah yang aku rasa bila ada pihak2 yang seolah2 melarikan diri ketika orang lain bertungkus lumus. Ini kan bahagian kita, kita sama2 lah buat kerja. Bukan kita sorang je yang sibuk, orang lain pun ada komitmen lain juga kan? Aku memang perasan sgt sorang staf aku ni (under my supervision), biler time2 genting selalu sangat hilang, nanti biler ujung tahun aku kasi markah sikit, tau plak bising. (padahal dia tak tau yg markah aku yg bos kasi lagi rendah pun dari dia) Tak bersyukur langsung manusia ni.

Petang ni aku nak rilek2 jer dulu. Esok baru bukak balik buku tengok balik kerja2. Minggu ni aku leh tarik nafas lega kerana banyak perkara dah settle. Terima kasihlah atas kehadiran pegawai2 baru di bawah unit aku, sekurang2nya apa yang aku tak sempat nak uruskan, dapat derang uruskan dengan lebih berfokus. Terima kasih.

Malam ni abang akan balik ke N9 kerana esok nak menghantar acu untuk sesi terapi di hospital melaka. Malam ni tidur sorang huk huk.. sedih, chewwaaahh. Hujung minggu ni pun katanya nak balik kampung jugak. Pergghhh.. mentang2 kampung dia dekat, asyik nk balik jer. Bukannya aku tak suka balik kampung dia, tapi rasa tak adil plak asyik balik sana jer. Yer lah aku tau balik johor tu makan kos besar. Tapi aku selalu pk, biarlah adil. Kalau tak balik kampung aku selalu, kampung dia pun tak yah lah selalu balik. Hemmm itu kata emosi aku ajer kot, agaknya kalau kampung aku yang dekat, aku pun akan buat macam tu jugak, nak buat macam mana.

Tension jugak macam ni. Tadi tengahari waktu busy2, mak plak tepon menambah tension aku. Mak tak salah, tapi masa yang tak berapa betul. Apa yang dikatakannya buat aku serba salah, tension dan macam2. Apa lagi kalau bukan suruh balik. Mak suruh balik 1hb 12 kerana ada kenduri sdara mara di 4, 5 tempat di johor. Haaaiii payah nak jawab, pada tarikh tu jugak ada staf aku yang kawin kat perak. Ni tak tanya lagi abang, entah2 sdara mara dia pun ada gak yg wat kenduri minta kita datang.

Terus terang, untuk gaji bulan 10, aku tak ada bagi duit pada mak macam kebiasaannya. Yer lah gaji bulan 10 kan lain sikit, dia masuk awal bulan, sebelum raya. Persiapan aku bukan sikit lagi macam dulu, bulan 10 jugak aku kena settle kan duit fotografer masa kawin hari tu, selain itu, dua kali kami balik kampung, masa raya dengan masa ambok meninggal. Abang plak semenjak kami tak ada bibik, dia tak dapat nak OT selalu so income pun ada sikit kurang. Jadi kami ni memang paras2 hidung jer ni nak tunggu gaji november. Pas ni, nak gi sarawak, tentu duit lagi. Kalau balik johor 1/12, 20/12 nak kena balik jugak lagi pasal raya haji. Buntu aku dibuatnya. Tapi sapa nak faham.. takkan aku nak bagi alasan macam tu pada mak, seolah2 aku ni terlalu berkira plak dengan mak bapak. Mungkin mak dah terlalu sunyi duduk berdua jer kat umah. Mungkin juga mak dah lupa yang aku ni bukan lagi bebas macam dulu boleh ke sana ke mari sewenang-wenangnya, boleh balik kg selalu walaupun naik bas. Sekarang takkan aku masih nak balik kampung sorang2 naik bas? aku dah ada keluarga sendiri, mestilah ke mana2 bersama mereka dan kos pun lebih besar. entahlah.. buntu buntu buntu...

Ok, nak balik rilek2.

Monday, November 05, 2007

Raya Sana Sini

Masih busy beraya sana sini. Weekend yang baru lepas ni pun tak jadi balik kg kerana sibuk ke open house dan menerima kunjungan orang.

Jumaat lepas aku ke Jamuan Raya Unit Penganjuran Pendidikan Petronas. Dari Putrajaya naik Erl ke KL Sentral. Kat sana abang amik dengan motor gi KLCC plak. Abang beli helmet baru untuk aku hehehe, thanks. First time dlm hidup naik motor di tengah2 bandaraya, mcm tak caya, duk tercuak2 jugak biler abang menyelit2 di celah2 kereta, ishk3. Sampai di KLCC, minta abang temankan sampai ke MPC di Tingkat 42 Menara 2 (level yang sama dengan bridge). Ini lah 1st time aku naik ke Menara KLCC, jakun sikit biler nak masuk pun kena scan macam kat airport dan biler naik lift, telinga buleh sempat tersumbat akibat tekanan hehehe. Asalnya abang cuma temankan ajer, tapi last2 abang pun masuk sekali join majlis, kira ok lah tu... tak lah nanti aku terpinga2 sorang. Asalnya aku takut jugak kalau2 orang2 kat situ semua jenis yang stylo2, tapi rupanya mereka pun sama jer lebih kurang dengan aku, kiranya tak kekok langsung dan mereka pun semua friendly sangat. Aku dan abang sampai agak awal dan pilih untuk duduk di meja sebelah cermin tingkap, dapat tengok pemandangan KL.. best.

Makanan dan service kat situ memang best gilerrr, macam hotel five star, semua makanan sedap2. Dengar kata MPC tu khas untuk ahli2 dan caterer tu memang khas untuk event kat situ. Paling tak leh lupa masa ke toilet dia.. memang gilerrrr, cantik sangat. Siap ada sofa yang grand, carpet, ruang bersolek yang asing dari toilet.. memang selesa giler. Tak ler mcm suria KLCC tu dah ler kena bayar 2 hinggit, eeeee entahapa2.

Sabtu pagi macam biasa, mengemas dan masak. Sekarang kurang sikit kerja pasal dah ada bibik. Nama dia Dewi. Rajin dan senyap. Alhamdulillah Safiah ok dengan dia walaupun masa hari pertama kena tinggal dengan bibik, dia sempat demam sekejap, terkejut agaknya. Tengahari, Jaja n Family datang beraya. First time jaja datang umah aku dan betul2 masuk n first time jumpa abang dan anak2. Hari tu aku tak masak banyak, cuma mihun sup dan nasi bersama lauk2 jer. Adik aku pulak kebetulan ada datang, so tak kisahlah masak banyak pun.

Malamnya kami ada jamuan raya untuk penduduk2 seksyen 8. Meriah jugak, siap ada karaoke dan cabutan bertuah. Makanan pun bermacam2. Tapi tak bestnya no 56 8/5 naik untuk cabutan bertuah, 66 8/5 pun dapat, tapi naper 76 8/5 tak naik2 ishk3. Yang paling tak lupa, 74 8/5 naik jugak (en omar jiran kami) tapi tgh dia nak pergi amik hadiah tiba2 ada orang lain pulak amik. Eeeeehhh, orang tu silap dengar agaknya tapi kami ni tak der lah kemaruk hadiah sgt, biarlah (kami? hehehe kira sekali lah tu pasal kami dh mcm satu family). Balik jamuan, kami singgah beraya rumah kak niza 72 8/5. Dia baru balik umrah, so dtg bertanya khabar, tengok2 gambar, makan coklat dan kurma dari tanah arab. dll.

Ahad, raya bersambung, kali ni ke Seremban pulak. Rumah kawan abang dan rumah alang. Kebetulan kawan abang tu kawin dengan adik ipar mak teh aku di johor, so makanan2 johor lah yang dihidangnya, laksa johor, soto.. perghh giler aku makan. Umah alang makan mi kari plak, balik perut dah penuh giler. Hujan plak tu, so lepas isyak memang mata merayu2 nak ditutup dan aku pun tertido awal semalam hehehe