Thursday, September 28, 2006

Lagi Cabaran Memupuk KeSABARan

Hari Kelima Ramadhan. Banyak kerja nak dibuat hari ni. Hopefully hari ni badan tak lembik lagi mcm semalam. Lagipun tghari ni nak pergi I**** untuk menguruskan satu urusan yg tak perlu dinyatakan kerana kelak aku akan terdorong untuk mengata dan mengutuk dengan lebih hebat lagi.

Semalam, aku rasa mcm kalah dengan budak2 kecik. Sampai rumah agak awal, sebelum pukul 6 dah sampai. Syahirah (11), Syafiqah (9), Saiha (8), Syahmi (7) were already at home. Acik was busy in the kitchen preparing Nasi Lemak for our break fast. She told me that Pak Cik went back to Gemencheh. So since it was still early, I decided to go to Pasar Ramadhan in front of Sek Sg Ramal to buy some kuih plus Acik suruh beli halia. So far, there was nothing wrong with the idea until she suggested me to take along all the kids. Oh no.. tapi sendiri paham lah, Acik tgh bz dan malas nak kena kacau dan bising2 dgn budak2. So, ok lah I agreed. Simpan barang, mandikan Safiah (1) dan rombongan Cik Kiah pun berangkat. Awal2 Acik dh remind jgn ikut sgt selera budak2 tu, nanti semua derang hendak.

Then kami pun sampai. Instead of ikut cakap acik, i ended up dengan mengikut semua selera budak2. Sambil mengelek Safiah kami meronda dari gerai ke gerai. Tak cukup tangan so aku turunkan kuasa pada Syahirah utk mengendalikan segala urusniaga. Syafiqah nak air cincau.. aku kata lah kat umah ada air kaler hitam, takkan nk beli lagi, tp degilnyer, katanya ’Kalau Kak Long tak kasi, Fiqah pakai duit sendiri’ so mengalah ler.. tp dia setuju uk beli air kaler lain, kaler oren pulak hehe. Syahirah nak air tembikai. Aku kata kan dah banyak sgt air, dia melawan katanya nanti tak cukup. Adoiii. Safiah pulak, habis semuanya ditunjuk, habis semua yg depan mata dia hendak.. yg ni aku tk kisah, sib baik dia cuma setakat tunjuk. Saiha pulak agak menakjubkan kerana dia boleh diam dan ikut jer. Nasib baik Syahmi tak ikut (dia lebih rela duduk rumah ngadap tv) Akhirnya kami balik dengan budak2 memilih 2 jenis kuih yg masing2 kaler ijau (eee.. naper derang ni tak bervariasi)

Balik, kami singgah di Psr Segar Cempaka. Memandangkan tempoh penurunan kuasa telah tamat, aku mintak balik duit baki yg sepatutnya RM5,. Tp dipulangkan cuma RM3, kata Syahirah dia nak beli barang sikit. So, aku pun tak pk apa2.. tak kisah pun, mungkin dia nak beli alatulis. Tup tup apa yang dibeli? Dia beli air Mirinda botol perisa strawberi. Eeee.. hangin aku dibuatnya. Apsal tamak sangat ni, berapa banyak air dah ada, semuanya nak dibeli. Dah tu beli satu jer, nanti adik2 lain kata apa pulak, pastu berebut, bergaduh. Malas aku karang biler bising2 kata itu tak adil ini tak adil. Biler dia kata ’nanti bayar balik lah duit Kak Long tu’, aku terkedu diam. Smpi rumah aku terus report pada Acik yang misi aku telah gagal nampaknya.
Hai biler pk2, rasa camna lah kalau aku ada anak sendiri nanti. Sabar ker aku? Sedangkan Acik yang penyabar tu pun kengkadang terbabas jugak, ini kan pulak aku. Tak per, ini cuba dugaan. Mcm entry sblm ni, nmpknya aku kena gandakan usaha menjadi seorang yang lebih sabar, Insya Allah.

Wednesday, September 27, 2006

Menyelami Hakikat SABAR

Alhamdulillah, hari ini masuklah hari keempat kita menempuh bulan mulia Ramadhan. Semuanya berjalan seperti biasa, hanya mungkin semangat dan tenaga untuk bekerja agak kurang berbanding hari-hari biasa. Biasalah tu. Yang pasti, puasa benar2 mendidik kita untuk bersabar. Sebenarnya kita sebagai manusia jika dipandukan akal yang rasional pasti dapat membendung sifat2 amarah, geram, benci dll. Siapa lah dalam dunia ni yang suka dirinya menjadi seorang manusia yang pemarah, tidak sabar, pendendam dll tu. Cumanya kuat atau tidak nyer smgt kita utk menangkis rasa tersebut atau setepatnya penyebab untuk mendorong kita tidak bersifat demikian.

Contoh paling mudah, biler berpuasa. Bila kita rasa nak marah, kita akan cepat2 ingat.. oh aku berpuasa, tak baik marah2 bulan Ramadhan. Tahniah!! Sedikit sebanyak ada jugaklah rasa nak jadi baik tu. Cuma silapnya adalah kenapa dihadkan dalam bulan Ramadhan. Rupa2nya penangan bulan yang bernama Ramadhan  dan puasa tu sendiri cukup hebat utk dijadikan penyebab untuk berbuat baik walaupun pada lahiriahnya bulan itu sama jer dengan bulan-bulan lain. Kita menghormati bulan ini, ya betul. Tapi kenapa untuk hari2 lain tidak kita cari alasan untuk bersikap sabar dan berlapang dada seperti bulan Ramadhan. Dosa pahala tetap ada walau dalam bulan apa sekali pun. Kalau kita dpt bersabar kerana menghormati Ramadhan, kenapa kita tak jadikan alasan untuk menghormati sesama insan sebagai alasan untuk bersabar pada bulan-bulan lain. Itu juga dituntut bukan?

Sekadar menasihati diri sendiri sebenarnya. Nak banyak bercakap, kering pulak tekak. So kita banyakkan berfikir. Insya Allah ada pahalanya. Kelmarin, aku mmg memendam kemarahan, rasa tidak puas hati. Tak ada lain yang mampu dilakukan selain sabar dan meluahkan rasa yang terbungkam dengan kawan2, sekurang2nya lega sikit. Dan semalam, sesuatu yang sukar dipercayai telah berlaku. Sblmnya aku marah kerana aku tidak dapat apa yang aku patut dapat. Tapi Alhamdulillah, semalam aku dapat sesuatu yang tidak aku pinta, malah lebih banyak dan berlaku pantas di luar jangkaan. Syukur sangat. Kemudian biler fikir2 balik, Allah tu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Adakah ini sebagai ganjaran pada kesabaran atau ganjaran untuk menyedarkan tentang kesilapan aku sblm ini? Ini membuatkan aku rasa malu.

Monday, September 25, 2006

Meniti Ramadhan

First day berpuasa di pejabat. Badan rasa tak selesa, mood pun mcm kurang ok jer. Mungkin pasal tak cukup tidur. Mungkin pasal puasa? Puasa tak perlu dipersalahkan. Itu ibadah. Mungkin satu lg penyebab adalah rasa kurang puas hati apabila yang tertera di skrin laman web CIMB tidak seperti yang diharapkan. Rasa dizalimi, rasa dianiaya. Tapi aku cuma mampu buat tak tau dan memendam perasaan (seperti yang diajar di I****). Kemurungan seperti ini kalau berterusan hingga ke petang pasti akan mengurangkan penghayatan puasa aku hari ini. Kecewa rasanya biler perkara2 keduniaan masih berjaya menundukkan keimanan, wlupun dlm bulan barakah ini.

Mungkin aku patut kenang puasa semalam. Bagi aku puasa semalam berjaya ditempuh dengan baik. Alhamdulillah, apa xtvt yang begitu memberikan kepuasan tu, biarlah aku sorang jer yg tau.  Permulaan yang cukup baik. Semoga ia berterusan, Insya Allah. Tp hari ini, dugaannya agak berlainan. Ini satu cabaran.

Malam satu Ramadhan mungkin meningalkan satu kenangan yg tidak aku lupakan. Bukan sesuatu yang istimewa tapi bagi aku menghairankan. Bukan berlaku tanpa sengaja, tp .. tiba2 aku pelik dgn diri sendiri. Awal maghrib aku dah menuju ke Masjid Bangi, hajatnya nak bersolat maghrib hingga ke terawikh. Tetapi entah kenapa, selesai sahaja solat Maghrib aku terus bergegas pulang dan termenung. Kebetulan Acik dan keluarga ke Seremban. Ada sesuatu yang mengganggu benak dan jiwa, sesuatu yang sukar dimengertikan. Dan akhirnya aku membuat keputusan tidak lagi ke masjid dan malam2 berikutnya terawikh ku hanya di rumah.

Bukan niat untuk menidakkan pahala berganda yang dijanjikan dengan berjemaah dan mengimarahkan masjid, rumah Allah tapi... aku masih bingung, seolah-olah aku tidak layak berada di situ. Kenapa?

Saturday, September 23, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum..
Thie entry is a special dedication to Chech n Fique yg dah demand on a new entry. So, this is for you my dear sistas. Tak yah mention lah, kenapa aku tak update.. ini semua pasal blogger dah kena blog. Ada cara alternatif pun cm tak jalan jer.

Malam ni akan masuklah bulan Ramadhan, malam ni akan bermulalah saat iblis dan syaitan mengucapkan selamat tinggal buat seketika kepada semua anak Adam, malam ini juga maka terlepaslah roh2 yang kini berada di alam barzakh dari seksaaan. Malam ni jugak, kita pergi terawikh!! Esok kita puasa pulak.

Pada aku, setiap Ramadhan setiasa tidak lepas menyimpan pelbagai kenangan yang cukup istimewa. Ramadhan di setiap tahun pasti berbeza dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Yang pasti, setiap tahun sebagai seorang manusia biasa, aku pasti akan menyemat pelbagai azam. Dan selalunya aduhaiii.. inilah manusia, tak pernahnya nak istiqamah. Rasa nak tampar2 diri sendiri kerana seolah2 mempermainkan keberkatan bulan yg penuh suci ini.

So, sebagai permulaan.. aku ingin menyusun jari memohon kemaafan dari sahabat2 semua andai ada salah silap ku pada kalian semua sepanjang kita bersahabat. Aku mahu lalui Ramadhan ini dengan hati dan jiwa yang suci bersih yg akan cuba ku pertahankan sampai bila2. Insya Allah. SELAMAT BERPUASA...

Saturday, September 02, 2006

Harta dunia yang tak ke mana

Budget dah diumumkan. Bagi aku sendiri, secara khususnya yang terkena dengan diri sendiri cuma bonus satu bulan tu jer lah. Tiada kenaikan gaji 20% seperti yang diperjuangkan sebelum ini. Kalau nak banding2 kan dengan situasinya masa kerja swasta dulu memang jauh bezanya. Itu lah yang dinamakan rezeki yang perlu kita terima dengan penuh keredhaan.Yer lah, dulu boleh dapat sampai 3-4 bulan bonus, naik gaji boleh sampai 200 setahun.

Kalau iku kata hati yang dikuasai oleh emosi, mmg rasa cam tak adil jer. Walaupun kita dah ada pengalaman 3-4 tahun kerja, tp tetap masuk kerja dengan gaji permulaan. Nampaknya kelulusan tu lebih penting dari pengalaman. Orang yang tak pernah kerja tapi pasal dia ada master so dia dapat gaji lebih, adil ke tu dalam hakikat sebenar dunia pekerjaan sekarang? Kelulusan tu siapa2 pun boleh dapat, sama jer menda yang dibelajarnya.. tapi pengalaman bukan perkara yang sama yang boleh kita dapat dalam kelas atau pada buku, setiap orang takkan dapat rasai pengalaman yang sama kerana situasi dunia pekerjaan tu sendiri berubah mengikut aliran.. pengalaman ketika situasi2 berlainan, bukan boleh diulang2.

Kata emosi aku lagi, dulu tak payah kerja sampai mati, tak yah kerja lebih masa, tak yah datang kerja hari cuti.. tp still leh dapat reward yang memberansangkan. Sekarang, kerja macam nak mati, hampir setiap hari balik lambat, cuti pun kadang2 kena kerja tapi... apa dapat? Gaji tetap sama, kenaikan ngan bonus pun sama jer dengan orang lain yang tak kerja bermati2an, adil ker tu? Aku pelik kenapa pegawai P&P tak diberi kadar bonus yang sama mcm kakitangan sokongan lain. Memanglah gaji kami dah tinggi, tapi yang tinggi tu adalah yang berbaloi dengan kami kerana bersusah payah belajar korbankan masa remaja untuk dapatkan ijazah. Dari segi kerja, rasanya pegawai lagi banyak pening kepala banyak tanggungjawab yang perlu digalas (kalau pegawai lain jenis lebih suka mengarah tu aku tak tau lah) sedangkan staf sokongan hanya kerja ikut arahan. Oklah, semua orang banyak kerja, semua orang kena kerja bermati-matian untuk rakyat. Tapi kerja bermati-matian lebih masa tu cuma ada ganjaran pada staf sokongan coz derang leh claim OT. Beh tu, pegawai melopong jer lah.. redha jer lah tak dapat apa2. Pastu, biler dapat bonus, staf sokongan jugak yang dapat lebih, pegawai sekali lagi melopong seperti biasa.

Emosi aku berkata lagi, kalau aku ni duduk kampung atau ceruk rantau yang kos hidup rendah tak per, ni duduk bandar besar. Kalau mak bapak dekat tak per, ni jauh nun di selatan. Nak balik kampung pun susah biler asyik pk budget tak cukup. Kerja plak ke sana ke mari kena dahulukan duit sendiri. Biler claim, 3-4 bulan baru dapat, silap2 haribulan tak dapat langsung mcm apa yang aku lalui tahun lepas... 2 bulan punya claim aku tak dapat. Biler nak claim semula, kena tunggu tahun depan plak tu, giler betul.

Aku kesal kerana duit seolah2 dah jadi faktor utama pencorak hidup. Betullah, kita takkan dapat semua benda dalam hidup ni. Biler aku betul2 nak berkhidmat untuk negara, aku kena korbankan hidup sendiri dan keluarga. Aku tak boleh buat semua. Biler aku renung balik, aku muhasabah semula, ini ker yang aku nak dalam hidup yang singkat ni? Sepatutnya ketika mak abah meniti usia tua ni, aku lebihkan masa utk mereka. Aku kerja patutnya utk senangkan mereka...... tp tak ke mana. Duit gaji banyaknyer habis utk survive hidup kat bandar besar ni, sedangkan aku berada di bandar besar ni adalah utk bekerja. Kalau pusing2 balik cam tu baik aku duduk kampung jer.

Adakah aku dah silap buat keputusan? Entahlah, bagi aku ini semua ada hikmahnya.. Mungkin aku tak mampu nak ubah nasib aku di dunia ni. Tapi aku akan usaha untuk redha dgn semua ni dan menganggap semua yang aku lakukan adalah untuk balasan yang lebih baik di akhirat kelak. Insya Allah. Memang dunia ini kadangkala tidak adil, tapi kita lupa kerana kadang2 manusia sendiri menjadikannya kelihatan begitu. Keyakinan aku yang tidak berbelah bagi, Allah itu Maha Adil. Semoga Allah masih sayangkan aku untuk tunjukkan jalan kebahagiaan yang hakiki buat aku selepas ini.

Ya Allah, terasa semakin jauh aku dari Mu. Aku rindukan ketenangan dulu...
(Lagu Layar Keinsafan nyanyian Mestica betul2 buat aku sebak)