Wednesday, March 30, 2005

my housemate

Pagi ni, bangun pergi keja cam biasa. Tapi yg luar biasa sikit adalah housemate aku yg pergi kerja ngan mata bengkak. Malam tadi dia nangis, right after aku matikan lampu. Balik dari kelas tuisyen semalam, aku dah start bukak tv, tengok drama feveret kat RCTI, Dara Manisku. Heronya Betrand, heroinnya Revalina si bawang putih tu.. hehe. Tapi tgh syok menonton, housemate aku mula dah bukak citer, problem ngan pak we dia. Mak aii, ikut hati mmg aku rasa geram. Ye lah, org nk mneghayati drama, dia sibuk nk bcerita plak. Kalau ye pun, tungguglah drama tu abis dulu. Tapi nk wat camna, tpaksalah devide telinga aku ni pada 2 bhgn.
Late night, dia dpt incoming call, lama jugak. Siap naik bilik, padahal selama ni tak kisah plak engage depan aku. Then, aku naik tidur dan aku dengar dia menangis. Sah ler pak we dia tepon, nak ajer aku pi jengok dia, tp rasanya bukan waktu yg tepat. Mata aku pun dah penat dan ngantuk sgt, esok nak kerja. Aku tak taulah anak dara tu tidur kul baper. Tapi yang pasti, dia punya sedih tu smpi dah tak lalu nak makan. Sandwich telur feveret dia yg aku belikan semalam pun dia tak sentuh, tapi dia bawak ke ofis pagi ni.

Saturday, March 26, 2005

URL pakai ilmu kebal, dah kena bunuh tak mati2

Akhirnya dapat duduk sekejap (sekejap ajer lah tapi). Dah nak balik dah pun tp psl rasa kecintaan yg amat dan tak berbelah bagi pada blog ni, aku duduk jugaklah kejap, menaip sepatah dua kata.
Kengkadang pelik plak tengok ada orang komen kat chat box konon derang ada tengok gambo aku. Sebenarnya aku rasa cam bersalah plak membiarkan blog Achik-Ayue.blogspot.com tu idup lagi. In fact aku rasa cam ada technical error pada blogger.com. Nak tau pasal apa? Pasal url tu aku dah buang pun sebenarnya, dan aku dah gantikan dengan ainulmardhiyah.blogspot.com yang background itam siap feeling cam dejavu tu. Itu ajer lah layoutnya yg ada dalam akaun blogger aku. Pelik anak lelaki ajaib betul lah. Walaupun aku dah buang layout lama dari akaun blogger, dan aku dah tuko url, tp website lama tu masih bleh diaccess. Apa citer ni. Aku dah tak moh dah website lama tu psl ada tempek gambo aku kat situ. Eee.. bosan lah cam ni. Kenapa blogger tu bengong aaaa !!!! Dah ler, kat situ ada chatbox yg sama ngan chatbox dalam diaryland aku ni (dua chat box di dua tempat tapi akaun yg sama).
Itu jer aku nk cakap kat sini. Aku nak balik walaupun sebenarnya kerja kat opis ni berlambak. Lantak pi lah, aku bukan dibayar overtime pun.. hehe.. Sambung ari isnin jer lah. tata

Wednesday, March 16, 2005

Special Gratitude & Appreciation

First of all, i would like to say thanks kpd sesapa yg kasi birthday wish pada aku, 6 March yg lepas. Thanks to my most beloved fren, Jaja 4 the very early sms (kul 12 lebih tgh mlm) and the bodyshop set you sent to my workplace. Thanks jugak untuk adik2 tution 4 the very nice pen holder yg siap ada perhiasan ayat Al-Quran yg boleh tunggang terbalik, pilih mana2 muka. Thanks jugak utk t psl sudi pi cc semata2 nk wish birthday akak psl tak de kredit nk sms, tak cukup tu, anto sms lagi plak biler dh top up. Terima kasih utk ajai, mummy jam, usu, zurie.. dll (aku tk ingat).
Teristimewa thanks untuk mak dan abah dan adik2. Mak yg bertarung nyawa melahirkan aku pada tarikh yg sama 25 tahun yg lepas. Thanks untuk abang yg sanggup balik cuti dr KL utk sambut Jubli Perak along. Thanks utk abah psl sudi banjer makan. Sedih sgt psl malam before birthday tu, abah beli sate banyak sgt tp aku kepenatan smpi tertidur dan tak sedo smpi pagi, tak dpt nk jamah.
Thanks jugak untuk my collegues, thanks utk En. Nasir psl sudi banjer makan wlupun dah terlambat. En Nasir ni dari awal beberapa hari sebelum birthday aku, dia dah sibuk sindir2 yg buat aku confuse camna dia leh tau birthday aku. Aku agak akhi yg kasi tau, saper lagi kan. Tapi klu dia yg kasi tau, sedihnyeeerr psl dia sdiri tak der pun nk wish kat aku pun. Eeee.. sakitnya jiwa. Birthday dia hari Isnin ni, dan aku plan nak anto kad, pos ke rumah dia. Sajer jer nk wat dia rasa bsalah. Emm.. tp dia akan rasa bersalah ker?

Friday, March 11, 2005

Penat badan, otak dan hati

At last... leh duduk bsenang2 dlm opis, baik gunakan sepenuhnya sblm 1.30 hehe.
Semua orang dah keluar nampaknya. Yg lelaki dah kuar pi solat Jumaat. Aku cam biasa tghari mmg tak makan, takut ngantuk petang, abis sumer produktiviti down beb. Keje masih banyak. Arghhh.. penat sangat2. Multitasking punya worker lah katakan kui kui kui.. ini sumer save budget punya pasal lah ni. Tapi klu tawun depan derang tak naikkan gaji aku kaw kaw punya.. almaklum sdiri mau ingatlah beb.
Hari2 nak kena pi monitor attendance system, amik report dan check. Actually kerja2 check attendance ni kerani aku yg buat. Tapi for the start, bos nak aku sdiri monitor dan deal dgn section head regarding sebarang hal2 kedatangan mcm cuti, mc, lewat, dll. Dan aku mmg cerewet, dan mmg check betul2. Yg datang lewat lebih 5 minit, yg absent without prior approval, yg kuar waktu keje lebih waktu yg dibenarkan dll. Mmg teballah skit muka nk menenyeh kat orang2 ni dan bersoal jawab mcm polis. Hehe.. aku buat mcmlah company ni aku yg punya. Sah2 lepas ni aku kena cop polis pencen tak bertauliah. And recently, aku find out that OT claim form, tak diperiksa dan bandingkan dgn attendance record. So, anytime org bleh tipu. So, aku pun bukannya nk bebankan kerani2 ni. Jadi, utk attendance aku mmg check sdiri dan OT aku wajibkan kerani utk buat checking one by one. Saper nak rugi maa...
Lagi satu, apa kejadah haji kasi satu report dlm bahasa indon dan suruh aku translate ke BI, tak ke haru. Dah ler bahasa indon tu aku banyak tak paham, lg nak translate, 20 muka surat plak tu. Tak macam pening nak muntahlah pulak membuatnya.
Dan sekarang jugak aku tgh dlm proses menginterview jawatan utk clerk baru, mggantikan kak yurena yg nak berhenti psl ikut laki dia kerja kat PTP. Semalam dah interviu sorang, ari ni sorang lagi. Aku rasa compare to yesterday i am much better today. Tak pernah2 interview orang kerja tetiba kena wat cam tu plak. Dan aku tak tengok sgt kelulusan, alerr clerk grade 3 jer maa.. Yg penting atitud budak tu. Adakah dia bleh easily adapt to new situation and must be willing to learn, humble is a bonus keh keh keh. Dan computer literacy is a must. Mcm semalam, ada ke patut, nak save file pun tak reti, per citer. Yg ari ni punya quite ok tapi sumer kena KIV dulu, we are looking for the best candidate.
Lets stop talking about works. My personal life is.. what should i say. Entahlah. Macam dah tak der life ler plak kan. Bangun pagi, mandi, solat, kejut Ajai, bersiap, hantar Ajai pergi kerja dan perhentian terakhir adalah ofis aku lah beb. Sebelum masuk ofis, pi kantin, tapau breakfast, then terus wat kerja cam biasa, smpi tghari, rehat baca paper dan pi surau. Masuk, kerja lagi smpi 5.30. Balik, amik Ajai, balik umah. Melepak kat ruang tamu smbl dengar radio atau tengok TV atau just termenung merenung kosong sekadar nak merehatkan otak. Pastu semayang asar, mandi, semayang maghrib. Malam plak, either pi tuition, pi umah cik ar atau sekadar duduk umah tengok VCD. Then, mata selalunya cepat ngantuk dan terus tidur dgn radio yg tpasang smpi pagi. Semalam tidur lmbt ler plak psl ulangkaji tengok Kal Ho Na Ho. Citer sedih tp lagi sedih biler teringat VCD KHNH aku punya, dibeli masa kuar dgn akhi for the 1st time. Cedih sgt.
Aku ngan akhi mcm dah habis cam tu jer. Apa kes? Entahlah, tp pagi ni aku dtg ofis tengok keta dia ada. Biler masa plak dia amik keta tu. Ari tu tersadai punya lama kat workshop, takder duit nk bayar. Aku terus jadi sebak. Sah lah dia dah tak memerlukan aku dlm hidup dia. 2-3 minggu lepas, dia buat hal yg mmg buat aku sakit jiwa yg sangat2 lah. Dan aku mmg 150% yakin orang lain klu di tempat aku pun akan marah. Tp aku sabarkan ajer. Dan sampai skrg dia sikit pun tak mintak maaf, sikit pun tak nak contact apa lagi nak tegur. Aku mmg sedih sangat2. Lagilah 2-3 hari ni biler aku tak sihat, hati aku ni cepat sungguh tersentuh. Smlm petang aku balik umah, smbl baring mdengar radio aku bleh menitis air mata. Malam smlm, bleh plak aku mimpi kan dia. Dlm mimpi tu dia bersungguh2 nk mintak maaf kat aku tp aku buat donno dan melarikan diri. Apa maksudnya ek. Mungkin kalau terbalik, maksudnya smpi ke kiamat haram dia takkan mintak maaf kot. Bangun subuh aku terus rasa sebak. Dan rasa sebak tu masih ada smpi skrg. Tp biarlah apa orang nak kata atau apa dia nak anggap. Tp hati aku ni Allah jer yg tahu, biarlah dia tak tau yg aku tak pernah lupakan nama dia dlm doa2 lepas solat aku. Aku tak berdendam. Apa yg blaku hanya satu kesilapan.
Aku masih dlm proses membina jati diri. Aku ingin jadi muslimah yg teguh hati, berprinsip dan dihormati tanpa mengenepikan fitrah kewanitaan dlm apa jua yg aku lakukan di mana jua.

Wednesday, March 09, 2005

Idup lagi aku ni.. hehe

Banyak nak dicerita tapi tak der masa nak duduk tenang dan menaip. So? Ingat lah salah satu daripada 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu hargailah waktu lapang sebelum masa sempit spt yg aku sedang hadapi sekarang. Bz otak, bz badan, tidur malam mmg takder problem lgsung, letak kepala terus tido, punya penat. Nak buat camno laie.. redha jer lah. Entri ni sekadar nk tunjukkan yg aku ni masih idup dan masih ada jiwa nak berblog.. hehe..

Tuesday, March 01, 2005

Restu mak abah

Count down, 5 days to my birthday (sajer nak mention sini, nak suruh orang lain ingat sendiri, jgn harap ler..)
Errr.. pagi tadi, aku sarapan berharga 14 inggit wa cakap lu. Mana taknyer, makan kat coffee house hotel tuh. Along, kak yus ngan kak ima turun sini psl kak yus nak pi tengok budak prektikal dia. So, alang2 depa dah turun leh pi jenguk depa sekali. Dah tu, depa breakfast kat hotel, aku pun tpaksalah ikut kan, dan terbanglah 14 inggit yg sangat berharga itu..
Semalam, mmg penat betullah.. Bos2 sumer ada management review meeting. Tu yg ada problem skit pada komputer ker haper ker, aku kena panggil. telefon tak berenti2 berdering. Ingatkan biler bos tak der, leh lah aku duduk rilek tulis emel utk my dearest fren. Tapi skerat2 jalan, dah kena tinggal pc. Mood emel yg asalnya syahdu syahdan pun dah jadi kacau bilau. Petang plak, pi amik Ajai (my future housemate) dan pergi tengok umah. Perghh.. ada satu umah tu yg murah skit tp condition dia mak aii.. nak kata teruk tak der lah sgt, tp Ajai sikit punya cerewet. Spjg masa deal ngan uncle tu, aku byk senyap jer. Semua ajai yg cakap, baguslah psl ajai pun jenis yg berani. Kalau aku, enggeh ajer lah.
So, last2 kitorang decide utk amik smula rumah yg sblm ni wlupun mhl skit, wlupun tpaksa pindah lmbt skit. Insya Allah hujung minggu ni kami pindah masuk. Harap2 tak der aral lagi. Aku pun dah makin selesa ngan ajai. Wlupun baru sgt kenal, tp rasa cam dah kenal lama. Ajai ni bagi aku mmg ala2 Jaja waktu aku mula2 kenal jaja dulu. Ajai yg pemberani, yg hunky funky, dan tengok VCD dgn penuh perasaan. Ajai wlupun huha huha pun matang dan nmpknya kaya ngan pengalaman. Yer lah, dr lepas sekolah kat Melaka terus dtg keje kat johor smpi skrg. Aku harap aku dpt terima dia mcm aku terima Jaja.
Balik dari Taman Mawar, dkt kul 7, terus ke masjid, sembahyang asar, dan maghrib terus. balik amik buku pergi tution pulak. Balik umah, tak tunggu lama terus tidur. Bz nya smpi tak dapat nk jumpa along mlm tadi, so itu yg pergi pagi tadi.
Tadi aku telefon mak nak inform psl aku nk pindah. Takut2 mula2, bimbang mak tak kasi. Tp last2 mak kasi jugak psl aku kata aku janji nak bayarkan monthly installment keta abah lepas ni.. Pokok kelapa sawit tmpt aku akan ditebang bulan 4 ni, so abah dah tak der income. Sementara abah dpt keje lain, aku kenalah bantu family. Alerr... aku tak kisah punya. Tp yg plg menyampah td telefon, mak ungkit lagi biler aku nak kawin !!!! Arghhh.. bencinya. Dan aku jadi anak derhaka kejap biler aku selamba kata mak ni cam org zaman dulu2 berfikir lah. Hehe.. mak aku gelak jer. Mak tanya psl budak yg dtg umah dah 2 kali tu. Cheh!! aku kata itu kan cuma kawan je. Hehehe mak tak tau apa dah jadi ngan aku dan budak tu. Kalau dia tau, mampus aku kena sembelih.
So, biler dh dapat restu mak abah untuk pindah umah ni, barulah aku confident skit nak start kasi tau auntie wan psl aku nak kuar dari umah dia. Dia nak kasi ke tidak ker, itu hak aku psl mak pak aku pun dah izinkan. Hehe.. baru semangat.
banyak kerja dah menunggu.. tata