Wednesday, October 24, 2007

Al-Fatihah

Dia adalah seorang yang pendiam. Masih aku ingat sewaktu kecil dulu, dia lah yang membantu kerja2 membesarkan rumah kami. Dia lah yang sering membawa kami ke dusun bersama-sama memetik buah-buahan semasa musim berbuah, terutamanya musim duku. Kadang-kadang kami bermalam di pondok kecil di dusunnya dan dia akan masak untuk kami. Dialah yang sering mengutarakan hasrat ingin sangat melihat aku berumah-tangga sebelum menutup mata.

Dialah yang memberikan aku nama Rahayu.... kerana aku adalah cucunya. Al-Fatihah untuk Ambok (panggilan orang bugis untuk bapa dan datuk).

Ambok pergi meninggalkan kami pada pagi Ahad lepas selepas dimasukkan ke hospital kulai kerana sesak nafas. Pukul 12.00 tengahari aku dan abang bergegas pulang ke johor dan kami sempat menatap wajah ambok buat kali terakhir sebelum dikafankan. Aku turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Semua anak, cucu, cicit ada hadir. Pukul 7, aku dan abang berangkat pulang ke Bangi, mujur ateh ada menemankan anak di rumah yg akan exam isnin. Kami singgah ke PD menghantar adik di poli dan tiba di bangi pukul 1 pagi. Terima kasih abang kerana bersusah payah menemankan sayang balik kampung.

Malam itu apabila pulang dari kampunbg, tiba2 aku rasa sangat sebak. Walaupun aku tidak begitu rapat dengan ambok tapi darahnya lah yang mengalir di tubuh ku sekarang. Menatap album kahwin, terselit foto aku mencium tangan ambok sebaik sahaja sah menjadi isteri abang, air mata gugur tanpa dipinta. Bermacam-macam yang bermain di fikiran. Semua manusia akan tiba saat akan pergi jua.

Biler teringatkan abah, aku rasa tak sanggup untuk menerima hakikat jika satu hari nanti abah juga akan pergi dulu dari aku. Aku teringat semasa raya ketiga sebelum aku berangkat beraya ke N9, semasa mencium tangan memohon ampun dari abah, aku terasa sangat sebak. Sebelum2 ini tak pernah macam ni. Entahlah.. mungkin feel selepas bergelar isteri orang. Dulu abah lah segalanya, dialah pelindung, dialah yang paling memahami. Tapi tanggungjawab itu sekarang sudah berpindah kepada abang. Namun.... pasti takkan sama. Malam itu, aku menangis di bahu abang, tapi abang sudah terlalu letih untuk menyedarinyaa..

Friday, October 19, 2007

Masih Mood Raya

Walaupun kerja dah jalan, tapi penuh dengan unsur-unsur kelemauan yang amat. Mood raya masih lekat. Sebabnya biler dah balik umah sendiri ni, barulah sibuk nak mengemas, menghias itu ini, semangat sikit psl umah sendiri. Buktinya, tengahari tadi aku masih sempat ke Bintang mancari bunga n table runner utk umah walaupun smpi ke sudah aku tak jumpa jugak apa yg dihajati tu. Nampaknya table runner yg pertama aku nmpk kat Billion tu jugaklah yg paling sesuai buat masa ini.

So far, dah berubah sikit lah ruang tamu tu. Sekurang2nya nanti orang tau yang rumah ni dah ada suri rumah yang baru. Kuih dah siap susun atas meja kopi.. dah ada alas baru pun. Atas TV pun dah ada bunga. Meja makan dah tukar alas, ada table runner lagi dan ada bunga jugak. Depan pintu dah ada alas kaki baru menyambut orang masuk ke rumah. Sekarang tengh menunggu langsir baru yg mak janji nak tolong buat kan. Bolehlah sikit2 buat permulaan. Lepas ni nanti biler perabot baru bilik tido dah pindah masuk, aku nak wat utk bilik tido plak. Ishk3 bersemangatnya, mcm banyak duit hehehe.

Semalam, balik je umah, terus mengemas sebab atuk dan usu & family nak datang. Kemas bilik utk derang, cuci bilik air (dah seminggu tinggal, kering dah). Ingatkan sempat nak masak sebelum derang sampai tapi last2 kena jugak usu tolong aku masak hehehe. Malam melanguk tengok Senario kat TV3, sambil abang n pak usu tolong 'jump' bateri keta aku yg dah kong tu. Pagi tadi ingatkan dah ok, rupanya kong jugak. Pagi tadi abg bawak gi check rupanya air dah kering ishk3 betapa tak sensitifnya aku ni bab menjaga keta.

Petang ni usu n family akan bermalam umah akak pak usu kat KL, tapi atuk akan tinggal ngan aku kat bangi. Malam ni abang nak balik Gemencheh amik anak. Asalnya nak amik lewat lagi tapi tak jadi pasal budak2 nak exam isnin ni. Yang aku rasa nak meletup tu adalah budak2 ni tak tunjuk pun surat makluman ibu bapa tentang exam isnin ni. Nasib baik abang mengemas buku2 derang semalam dan terjumpa surat tu. Eeeeeee sakitnya jiwa aku. Budak2 ni nak exam tapi buat bodoh jer, tak der langsung rasa nak pandai ker, nak dapat keputusan cemerlang, nak dapat nombor satu ker. Geramnya aku ni rasa nak sekeh kepala masing2. Kalau lah otak budak2 ni mcm komputer, nak ajer aku reformat balik, kasi masuk software bagus2 jer. Sanggup aku belajar balik menda2 IT yg aku dh karat ni. Usu siap sindir, apa ni mak bapak tak tau anak nak periksa. Cheh, usu bolehlah cakap macam tu pasal dia cikgu, dia tau pasal menda2 kat sekolah ni. Kitorang ni kerja opis, mana tau kalau anak tak cakap.

Plannya esok nak beraya ke rumah Busu Zainal kat Subang. Hemm.. insya Allah jugak esok mak abah nak dtg bangi. Dan kemungkinan jugak sdara mara belah abang akan singgah umah alang2 dah sampai selangor ni. Aku plak ada banyak kerja kat opis. Banyak sangat bayaran perlu dibereskan. Asalnya nak OT esok.. tapi rasa mcm tak der harapan jer. Nak OT Ahad pun susah pasal nak kena dera n paksa anak2 study pulak.

So??

Thursday, October 18, 2007

Seorang Isteri Beraya

Dah masuk opis.. hemm bosannyaaa. Ikut hati malas sgt nak dtg kerja. Baik duduk umah mengemas pasal petang ni atuk, usu n family nak datang umah. Dan lagi tak bestnya nk dtg kerja adalah pasal bos ada argghhh.. Dah ler hari ni encik atoz buat hal. Hemm dari masa kat kg mmg dah terbayang2 akan demam jugak encik atoz ni dh lama ditinggal. Tup2 pagi tadi tak leh start lak :( tensennya. Abang kata pasal bateri lah tu.. hemm padan muka dah lama tak servis, dah meragam encik atoz tu. So. pagi ni gi kerja bawak encik waja.

Semalam kul 7mlm kami sampai dari Gemencheh. Balik berdua jer coz anak2 tinggal kat kg sementara kat sini nursery tutup, tak der sapa lak nak jaga biler kami berdua kerja. So, macam pengantin baru lak rasanya. Memang pengantin baru pun, cuma kali ni dia punya feel lain sikit pasal tak ada anak di sekeliling.

Kami balik Johor pada khamis malam jumaat setelah mengemas rumah dan basuh baju. Hemm nak mempacking baju anak pun satu hal, payah gak nak estimate. Klu nak dilepas jer kat anak mengemas sendiri mmg harus masing2 sorang satu beg. 7 beg ke nak bawak balik? ishk3 so dengan menggunakan kuasa veto aku me'reorg' baju masing2 jadilah 4 beg lebih kurang, Sahira+Syafiqah+Saiha, Safiah+Syahmi, aku+abang, dan satu beg berisi kasut2 raya. Kami bertolak dari bangi lebih kurang pukul 10 dan sampai di rumah mak lebih kurang 2 pagi, perghhh pantas abang drive, kejap jer. Kalau aku yg drive, mau kul 4 pagi baru smpi.. lembab dan lemau jer.

So, tercapai lah hajat nak bersahur dan berbuka di rumah. Malam raya aku mendapat tender masak lodeh dan sambal kacang. Asalnya ayam masak kurma pun aku kena tapi pasal mata asyik sangat tengok rosham nor ngan umie aida kat tv3, mak terus amik alih tugas tu hehehe. rendang dgn ayam masak merah pun ada, tapi tu outsource jer hehe. Meriah gak lauk tahun ni, almaklum first time rumah beraya dgn menantu dan cucu.

Pagi raya, abah, abang (adik aku), abang (suami aku) dan syahmi ke masjid bersolat sunat aidilfitri sementara aku, mak dan adik tinggal di rumah mengurus apa yg patut. Hemm pagi2 tu mak kena tolong alter kain sahira dan syafiqah pasal besar.. Hehehe aku tak perasan pun. Yer lah masa beli try baju jer, kain tak tengok. Rasanya ni lah 1st time budak2 ni beraya dgn baju kurung beli psl sebelum ni arwah mak derang akan sediakan sendiri. Tapi ok lah tu, aku belikan pun bukannya cikai2nyer, berlabuci2, bermanik2 lagi, kemain bergaya budak2 ni. Balik jer kaum lelaki dari masjid, kami makan sekeluarga kemudian abah pergi program marhaban ke rumah2 jiran, abang pergi beraya umah kawan, adik pulak bawak anak2 sdara dia pergi beraya umah jiran, manakala aku ngan mak duduk umah jer. Petang baru kami bertolak balik ke Bukit Ramun dan lepas isyak ke sungai sayong plak.

Raya kedua kami beraya ke rumah maklong di benut, umah mak beng di Simpang Waha dan umah Pak Ngah di Sungai Mas. Beraya umah sdara mara abah pasal nak kenalkan menantu baru. Sdara-mara belah mak dah lama kenal abang, tak per. Perghhh.. jalanraya jem tahap maut betul, sakit hati sakit jiwa dibuatnya. Abang maintain jer, aku plak bantai tido jer spnjg jln pasal bosan hehehe. Raya ketiga, pagi aku operasi laundry pasal petang dh nak bertolak ke Gemencheh pulak manakala anak2 sambung beraya dgn mak sdara n pak sdara baru derang ni. Petang bertolak, singgah sayong jumpa usu n family yg akan ke Mekah bulan 11 ni dan umah pak long. Kami sampai Gemencheh lebih kurang kul 1 pagi.. kesiannya abang memandu sorang2. Yang aku plak entah apa masalahnya asyik nak terlelap manjang.

Raya keempat, boleh dikatakan satu negeri sembilan kami pusing beraya. Penat jugak, makan macam2, minum macam2, anak2 sibuk collect duit raya. Safiah yg tak tau apa tu pun dah bukan main sibuk buat collection. Alhamdulillah maintain jer dia wlupun satu hari suntuk kena pakai baju kurung dan bertudung, tak merengek pun. Dia memang sweet sgt pakai tudung renda2, ada bunga, sejak awal lagi gi beraya mana2 semua orang akan puji dia comel. Bertambah comel dgn perangainya yg mmg selamba giler tak der rasa segan pun. Gi rumah orang, bukannya malu2, dia wat mcm umah dia jer, dengan mulut kecohnya, dengan nyanyian-nyanyiannya yg kadang2 habis ditibai lirik cipta sendiri entahapa2 hehehe.

Semalam pagi sambung beraya sekejap dan petang lepas asar, aku dan abang bertolak balik ke Bangi. Biler berdua jer dgn abang, aku rasa free sangat, sepanjang jalan berbual dgn abang, macam2 yang diceritakan, seronok. Selalunya klu ada anak2 aku kurang sikit bercakap pasal anak2 sendiri dah terlalu kecoh, agaknya tu yg aku lg cenderung tertido jer. Malam tadi, kami dinner dgn sate di Restoran Sate Haji Samuri kat Stadium Kajang, hehe semenjak kawin, rasanya ni lah 1st time dating macam ni. Di sana, aku terserempak dengan Khai.. perghh lama giler tak jumpa sejak konvo dpa tahun lepas, dia pun baru balik dari kampung esok kerja. Asalnya Khai tak perasan aku lgsung pasal katanya aku dh sangat kurus, kalau aku tak tegur, mmg dia tak cam katanya. Emm.. kurus ker, hehe boleh lah.. sekarang aku dah 51 kg jer. Baju2 pun dah longgar2 belaka hehehe.

Oklah, nak jenguk2 kerja plak. Duk melahu dari pagi tadi. Selamat Hari Raya!.

Thursday, October 11, 2007

MInal Aidil Wal Faizin

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
.........................................
Ikhlas dari
RAHAYU & RIDZUAN
Sahira, Syafiqah, Saihah, Syahmi & Safiah

Monday, October 08, 2007

Nak raya dah rupanya

Layan lagu raya Sanisah Huri.... Hemm first time menghayati rangkap yang satu ni.

Kepada suaminya yang dikasihi,
Maaf zahir dan batin mohon si isteri,
Kalau salah terkasar bahasaku,
Ampun dan maaf kanda yang dinda harapkan.

Lagi beberapa hari jer nak raya.. Inilah puasa terpantas yang pernah aku lalui, semuanya terlalu cepat. Tak sempat pun aku benar-benar mengecap kemeriahan Ramadhan, tiba-tiba ia dah sampai ke penghujungnya.. sedih jugak rasanya. Kesibukan di ofis dan di tempat kerja menjadikan masa yang berlalu hampir tidak dirasai.

Hari minggu lepas, Alhamdulillah tunggang terbalik jugaklah kami shopping mencari keperluan hari raya untuk anak-anak. Setiap orang 2 pasang, satu baju kurung utk pagi raya dan sepasang lagi baju moden untuk berjalan. Baju kurung tahun ni motif kuning keperangan, jenuh beb mencari dari nilai ke bangi ke kajang mencari baju. Hehe naper kaler tu, pasal nak matching kan dgn baju mak bapak. Mak bapak raya tak ada baju baru, pagi raya recycle baju nikah hehehe. Walau macam mana pun mungkin kami suami isteri akan cari lagi sepasang, kemeja utk abang dan baju kurung utk aku. Abg kata ada bajet utk aku jugak sbnrnya, hehe thank you abang.

Dlm things to buy list aku masih ada beberapa lagi yg tak settle..

- Alas meja
- Table runner
- Bunga
- Alas kaki

Itu khas utk raya. Tapi utk diri sendiri ada lagi keperluan, mungkin KIV ke gaji akan datang kerana bajet dah lari separuh utk settlekan balance duit fotografer. Hemm tak sabar nak tengok gambar kawin dari sentuhan kreativiti Im. Petang ni kami buka di Vistana Hotel.. kontraktor kawan abang nak belanja buka puasa, so kena balik awal!!


Thursday, October 04, 2007

Ramadhan Seorang Isteri cum Ibu

Ngantuk giler sekarang, dah tido td masa rehat tapi biler bangun, still rasa kepala mcm tingtong sikit. Tiba2 jugak tekak rasa nak makan kuih2 yang manis plak hehehe, petang ni nak ajak abang pergi cari lah. Itupun kalau sambal kacang dpt aku siapkan cepat. Hari ni, Insya Allah kami akan berbuka lontong. Nasi impit dah rebus mlm tadi, sayur lodeh pun dah aku masak pagi tadi masa sahur. Hajatnya tghari td nak gi cari serunding, tp mata yg keletihan mendominasi rasa hati yg nak membeli.

Alhamdulillah sepanjang puasa tahun ini, setiap hari aku masak hidangan berbuka dan sahur, cuma ada 2,3 hari yg kami beli jer kerana tak sempat atau kerana abang mmg nak belanja mkn sedap sikit (aku masak tak sedap ker? hehehe). Kebiasaannya lauk yang kami makan pada waktu berbuka, yang itu jugalah menjadi santapan pada waktu sahur. Semalam aku masak ikan pari masak asam pedas dan sup sayur petola. Anak2 pun biasanya sahur tak berapa makan kecuali Sahira. Bangun 4.45 pagi, panaskan lauk, hidangkan makanan, bancuh air, kejutkan anak pada pukul 5. Sahur bersama-sama kemudian mengemas. Kalau safiah tak meragam, abang ke masjid solat subuh manakala aku amik kesempatan baring2 dulu atau gosok baju utk kerja. Pukul 7.10 hantar anak ke taska dan terus ke pejabat. Tengahari selalunya mmg tak ke mana2, tutup pintu, tutup lampu dan zzzzzzz... hehehe

Petang sharp kul 5, punch card, balik terus amik anak di taska. Kadang2 beli kuih dan air utk buka puasa di gerai2 kat sg ramal dlm tu. Kalau tak, balik rumah terus, masak nasi dan lauk sikit then kuar balik dgn abang, atau pun abang keluar sorang jer. 6.30 anak dah mengadap Diari Ramadhan Rafique, berbuka then rilek2 sikit, solat mahgrib jemaah dgn abang then abang pergi solat terawikh dgn syahmi. Sambil abang pergi terawikh, aku akan amik pelung rilek2 kejap kemudian menggosok baju sekolah anak. Abg balik, rutin biasa.. tolong basuh dan sidai baju. Pukul 10 anak pun tido, kecuali Safiah selalunya. Mengemas rumah dan masak sekiranya lauk dah tak ada untuk sahur. Kemudian baru tidur.

Tapi dah bebebapa kali juga berlaku lepas solat maghrib aku akan tumbang smpi ke tengah malam tak sedar diri akibat kepenatan. Dan yg bestnya masa aku tersedar tu, baju anak dah siap gosok, nasi dah siap masak, lauk pun kadang2 dah ditambah. Hemmm, abang memang suami yang terbaik dalam dunia untuk aku. Terima kasih abang... I love u.

Raya ni nampaknya usaha melobi untuk balik ke Johor dulu telah berjaya. Jadi, raya pertama kami akan berada di Johor. Isnin baru ke negeri sembilan dan rabu akan pulang ke bangi kerana aku dah mula kerja hari khamis tu. Cuti dh tinggal skit, bos plak dah sindir2 katanya aku mana leh cuti lama pasal dah cuti kawin lama hari tu. Ishk3 kawin kawinlah, ni raya, cerita lain plak. Yg lagi tak best, laporan prestasi bil seperti yg KSN perlukan tu tetap due date nya macam biasa, tak cuti raya ke tan sri kSN ni? Tensionnyaaa..

Persediaan raya belum lagi dibuat kecuali kuih dah tempah, duit raya dah ready. Baju raya dan kasut raya belum lagi. Langsir mak dah nak tolong jahitkan, so aku pas ni nak cari alas meja baru dan bunga sikit. Sikit2 jer lah dulu, bajet tak banyak ni, silap2 haribulan kena pakai kad plastik yg aku simpan hanya utk emergency tu... adoii harap semuanya within control, Insya Allah.

Monday, October 01, 2007

Happy Birthday Fique





Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 27 Fique (29 September). Semoga dimurahkan rezeki, dilimpahi dengan kesihatan yang baik dan berbahagia sentiasa di samping suami dan anak tersayang.