Thursday, March 15, 2007

Busy itu sibuk, Tired itu penat

Hehe macam sesuai jer tajuk. Kepenatan, kesibukan yang dah mencapai tahap puncak sampai rasa nak terguling2, rasa nak baling pinggan macam dalam bilik lepas tension AF, rasa mcm nak berenti kerja pun ada.

Satu kerja tak sette, dah datang yang baru. Biler dah settle, nak kena amend lah, tambah lah itu lah ini lah. Boleh jadi sewel. Dah tu, dapat plak bos yang jenis pagi bagi kerja, tengahari dah tanya, tak ker mmg sah2 buat aku rasa nak hempas kerusi meja dalam bilik ni.

Nasib lah jadi kuli. Otak ni penat tak tau nak cerita. Minggu lepas, balik kerja, tengok2 tv, tengah duduk kat sofa smbl tgk budak2 belajar pun dah leh terlelap. Yg kelakar tu, maintain dlm posisi yang sama sampai pagi hehe. Kemuncak minggu lepas adalah tengahari jumaat apabila tengahari tiba2 datang migraine teruk sampai muntah2. Mmg aku ada migraine tp tak pernah smpi seteruk ni, jalan pun terhuyung hayang, minyak angin tak jalan, picit2 pun tak jalan. Rasa mcm nak mati pun ada hari tu. Sib baik aku ada adik yg kerja satu tmpt, dia lah yg bawak gi klinik dan balik rumah.

Minggu ni pun pulun macam nak mampus jugak. Tapi tak dtg migraine, demam pulak. Hari ni suara pun dah tak ada. Yang buat aku menyampah ialah bila bos berlagak, dia kata " saya ni malam tido satu jam jer, tak ler sampai ilang suara" bengang tak? Dia dah kerah tenaga aku, leh plak dia nak tunjuk kerek lagi.

23 hb bos dah nak fly ke UK. aku punya seronok. Dah nak isi borang amik cuti seminggu masa dia tak ada. Dah lebih 2 bulan makcik tak balik kampung tau. Ni nak lepas geram lah kononnya. Tapiiii... aku pun tak tau nak kata ni berita gembira ke berita sedih. Bos akan bawak dengan aku sekali ke UK minggu depan. Happy? Penat?

Arghh.. aku pun tak tau nak kata apa perasaan. Happy tu happy lah. Mak aku kata ni rezeki. Hemm mmg rezeki pun, Sabah Sarawak pun tak penah pegi, tup2 nak pergi UK. Tapi tak expect langsung lah. Dengan passport tak ada, kad kredit pun tak ada.. mmg nak kena pulun lah beberapa hari ni. Yg pasti, banyak leceh plak biler nak pergi oversea ni, isi borang itu ini, mohon itu ini. Lecehnyaaaa.. Tapi tu semua lepas tghari esok baru nak pk psl esok pagi makcik kena urusetiakan meeting dgn menteri, parah2.

Sebelum fly, banyaaaak sangat menda nak kena settle. Re-org Bahagian dan bajet 2008-2009. Pening lah sikit. Tadi dah gi meeting bajet, banyak pulak kena kaji balik, banyak pulak nak kena tambah. Eeee.. sakitnya jiwa, sakitnya otak.

So, asalnya plan mmg nak rehat giler biler habis bajet dan meeting menteri. Tapi datang plak trip ke UK ni. Tak tau lah plak kat sana nanti aku rilek ke aku makin sibuk, bukan leh caya sangat ni. Ishk3 macam yer tak yer jer aku nak gi UK ni. Kata bos, dia nak aku konon2nya bercuti jalan2 setelah setiap hari kena kerahan tenaga.. itu cakap dia jer lah. Masalahnya aku ni gi oversea pun tak penah, camna ni? Naik flight pun dah lebih 10 tahun tak penah. Adoii gerenti macam rusa masuk kampung start dari kat KLIA lagi huhu. Dan lebih mengharukan, dalam trip tu aku sorang jer perempuan. Ya Allah selamat kanlah aku. Kalau mak tau, apa lah agaknya rekasi dia.

Ada 3 lokasi trip tu nanti, London, Dublin, Manchester. Huhu sib baik aku kena kat London jer. Dan kebetulan kawan ku Shafie pun group yg sama, lega. Nasib ko lah Shafie, apa2 hal mmg aku mengekor kau jer lah. Kalau tak der duit pun, ko jugaklah jadi mangsa hehe..

Ok, dah kul 2.00 nak buat kerja plak. Bye

Wednesday, March 07, 2007

Happy 27th Birthday!!

Hehe, wish birthday untuk diri sendiri. 6 Mac sudah berlalu, sudah 27 tahun aku rupanya, sudah tua.

Terutama rasa ucapan syukur dan terima kasih tak terhingga kepada mak dan abah yang telah berkorban segalanya demi mmbesarkan Along hingga berjaya ke tahap ini. Selama 27 tahun, segala perit jerih mak abah tak mampu Along membalasnya, hanya Allah yang Maha Berkuasa membalasnya. Terima kasih mak, atas bimbingan dan didikan mak, Along menjadi Along yang sekarang walaupun tidak sesempurna mana seperti yang mak mahukan. Abah, terima kasih abah kerana abahlah yang paling memahami dan sabar dengan Along. Along tak dapat nak bayangkan hidup tanpa mak dan abah. Biarlah kalau Allah nak panggil, biarlah Along yang pergi dulu. Tak sanggup nak hadapi kehilangan abah dan mak.

Nak ucapkan terima kasih atas ingatan pihak-pihak berikut:

-Pakcik
The 1st person yang wish guna sms pada pukul 12.02 pagi hehe. Thanks pak cik for the party kecil2an, for the presents, for the cake, for the doa. Tak tau camna nak balas segala budi baik itu.

-Abang
The 1st person yang wish secara verbal waktu aku tengah mamai nak tertido kul 12.00 lebih.

-Adik
The 2nd person yang wish guna sms pada pukul 1.oo pagi. Thanks sis, tak sabar nak tunggu 12/3 ni. Hopefully dpt result yang best dan dpt belajar kat area sini, leh kita bkampung adik beradik.

-Mak
The 1st person yang wish guna henpon. Rasa nak nangis. Mak tepon guna henpon jiran sebelah pasal ring ring card kat umah dah expired, tak sempat topup.

-Jaja
The 1st person yang wish kat blog aku, dah kat blog, kat friendster, kut sms pun ada. Thanks dear.

-Fique
The 1st person yang wish guna phone opis, thanks to friendster kerana reminder itu hehehe. Thanks fique for the lovely bear bouquet, luv it very much.

-Chech
The 1st person yang wish kat blog dia sdiri. Unfortunately tk dpt ckp lama smlm and tak dpt join u all ke pasar malam.


-Wardah
The 1st person yang wish kut YM dan e-greetings (wlupun tlambat). Hehe e-greetings yang sangat funny.

-Adik2 sepupu
Sahira, Syafiqah, Saihah, Syahmi, Safiah. Kak Long sayang korang semua.

-Ajai (housemate pasir gudang), Czar (rumet masa kat taiping)

Fique ada tanya tentang azam baru. Hemm.. aku masih samar2 dgn hala tuju hidup aku skrg. Nanti lah bila dah clear, aku siap buat pelan transformasi lagi nnt hehe.


Monday, March 05, 2007

Penatnyaa.. dapat bantal dan orang urut ni sedapnyaaa

Ngantuknya mata, lesunya badan ni Allah jer lah yang tau. Weekend patutnya waktu untuk berehat2. Tapi aku nyer weekend jadi hectic ala2 hari bekerja. Yer lah, bibik dah off, aku kena lah on. Ishk ishk ishk.. Lagilah 2 minggu ni budak2 sibuk nak exam. Pening paler. Sib baik abang ada, leh take over kerja2 mengajar budak2 waktu aku bz nak masak atau wat kerja umah.

Bawak balik kerja ofis konon nak buat tp habuk pun tarak. Last2 tekad yang kuat menyebabkan aku stay up jugak malam tadi semata2 nak prepare laporan tahun 2006 untuk bahagian. Sampai pukul 4.00 pagi, siap buat 2 version in case bos nak style lain. Tapi apa yang jadi pagi ni, biler hantar kat bos, dia buat donno dan kata nanti dia akan semak. Dan aku rasa smpi skrg pun dia tak semak2 jugak. Bengangnyaaa... tau lah aku dah terlewat buat menda tu, sabau jer lah hati.

Hari ni, terasa betapa penatnya kerja makan gaji. Minggu lepas genaplah 5 tahun aku bekerja makan gaji. 3 setengah kat swasta dan 1 setengah kat gomen. Entahlah tak tau naper aku rasa lebih pressure kerja government berbanding kerja swasta dulu. Dulu, bangun nak pergi kerja tak pernah rasa malas. Sentiasa rasa happy. Balik kerja plak still masih bleh pergi masjid, pergi jalan2 umah mak sedara, teman mak sedara gi aerobik lah, jogging. Tapi biler dah tukar environment ni, terasa sungguh perbezaanya. Agaknya memang inilah price that i haf to pay dengan mjadi seorang pegawai kerajaan yang punya banyak kuasa dan keistimewaan (kononnya).

Pk2 nak balik kampung minggu depan, almaklum dari raya haji tak balik2. Tapi minggu depan kena mengurusetiakan satu mesyuarat bersama M****** bersama top2 gun dari pelbagai agensi. Banyak kerja menanti di situ. Maybe lepas meeting, lepas minit siap.. baru leh cuti.. Harapnya lah.. Insya Allah

Friday, March 02, 2007

Serba Baru

Cam tu lah nasib blog ni, dari tahun 2003. Kiranya dah lebih 3 tahun pun aku simpan blog ni. So, memang sayang giler lah. Biar bertukar2 blog berjuta2 kali, tapi yang ni kena maintain bernyawa. So, memandangkan blogspot tidak di'gam' oleh server KPT sperti mana di E3, makanya aku berhasrat nak berblog guna blogger jer sekarang. So, toksah ler lagi g friendster tu. Sebenarnya ada gak hasrat nak copy semua entry2 dari diaryland dan friendster ke blog ni. Pergh, bleh jadi ratus-ratusan tu.

Aku dengan rasminya telah berpindah ke ofis baru, efektif 13 Februari lepas. Banyaklah perubahannya. Antaranya

  • Pertamanya pagi pergi dan petang balik kerja dah tak perlu menempuh jam di Alamanda pasal aku ikut Presint 8. Tak der problem jam lagi.
  • Dapat bilik sendiri. Sebenarnya tak layak pun dpt bilik ni, tapi dah bos offer, amik jer lah. Tapi rasanya bos lg suka coz aku duduk betul2 depan bilik dia. Senang lah hati dia, sentiasa leh nampak. Especially biler time dia baca paper kat sofa, memang direct cermin bilik dia ngadap aku. Masa tu aku pun gerenti tertunduk2 mcm org bsalah.
  • Makan. Haha ni antara yang paling best. Di sini ada cafe yang best. Ada 8 gerai semuanya dan memang banyak sangat pilihan. Tu yang orang AG dgn Kastam banyak dtg makan kat sini. Harga plak standard. Cafe view tasik, memang syok gilerz. Lagi senang, tak perlu keluar bangunan, berpanas atau berhujan spt di E3 dulu. (huhu berlagak2)
  • Terpencil. Itu pun mungkin satu istilah tepat utk keadaan di sini. Kat sini, kami seolah2 terpisah dari dunia luar. Sebabnya dah satu floor tu kitorang sahaja, balik2 tengok muka yang sama. Yang datang pun cuma student2 je. Staf2 KPT yang lain mmg jarang2 lah yang singgah sini. Pergi cafe plak tak kenal orang. Tu yang memang buat puak sendiri sahaja lah. Bonding.
  • Walaupun ofis kami tak secantik ofis di aras 5 yang diakui memang class giler, tapi tetap selesa kat sini. Kawasan memang sangat luas. Ada banyak sofa hehe. Ada permandangan yang cantik.
  • Infrastruktur umum. Hehe.. baru2 ni ada staf kata, payah betul nak jumpa orang biler pergi toilet. Pasal apa? Ada 7 toilet, so mmg tak perlu lah nak queue.. lagipun cuma kita2 jer pun yang guna. Selain tu, ada 7 lif. Satu lif barang, 6 lif utama. Keenam2 lif boleh sampai ke basement, tk seperti di E3. Untung banyak lif, kalau tunggu tu selalunya tak sampai seminit dah ada lif.

Haha, sekadar membuat sedikit perbandingan. So kawan2 yang payah sgt nak datang sini at least adalah gambaran camna rupa kat sini.. tak yah datang pun tak per. Kang aku amik2 gambo jer, tempek dalam fotopages huhu. (macam sindir jer hehe).

Ok, nak bersiap, nak pergi KWSP Kajang wat KWSP adik. Oh ya, untuk makluman, adik aku yang lelaki sekarang kerja sbg PKS di ofis kakaknya sendiri hehe.. Kroni sokmo..