Tuesday, September 25, 2007

Sweetest Memory Ever

Actually gambar dari professional photographer masih lum dpt.. almaklum kat Johor, entah biler kami nk mengambiknya. Dengar kata kat E3 dah leh masuk Blogger so aku upload gambo di Blogger sahaja, fique n chech tentu tak ada masalah. Entah naper fotopages mogok sikit hari ni, baru upload 18 keping, dah meragam. Nanti aku akan upload lagi banyak di sana, tp utk blog, aku cuma amik sekeping from each event. Kira alrighlah dari tak der lgsung. Berseri sikit blog aku ni hehe.


Menyerahkan maskahwin selepas akad nikah


Malam berinai
Khatam Al-Quran sama-sama

Dengan anak2 kecuali Safiah (kena kuarantin hehe)

Makan Berdamai

Majlis Di Negeri Sembilan

Abang dah balik semalam, Alhamdulillah. Pagi ni rasa mcm tak nak gi kerja pun ada, rasa nak ikut abang pergi kerja pun ada. I love u abang.

Monday, September 24, 2007

Rindu suami

I miss abang very much :'( walaupun baru berpisah tak sampai satu hari pun. We went back to gemencheh on friday after buka. And yesterday afternoon, aku pulang semula ke Bangi bersama anak2 yang akan bersekolah hari ni. Pulang tanpa abang dan safiah sebaliknya ajoy yg hantar. Abang akan ke melaka hari ni kerana menghantar acu ke hospital untuk follow up rawatan2 akibat kemalangan tempohari.

Semalam, sewaktu berangkat pulang, sebak di dada waktu mencium tangan dan pipinya hanya Allah yang tahu. Rasa mcm nak menangis di situ jugak tapi kutahankan. Abg seolah2 mengetahui melalui katanya ' ok tak ni?' Nak ajer aku jawab 'Tak Ok'. bergerak sahaja kereta, aku dah tak menoleh lagi.. kalau tak, mau berhambur air mata biler melihat abang.

Di rumah, kami berbuka seadanya berlima. Amat terasa sunyinyer tanpa abang dan safiah walaupun abang ada menelefon semasa waktu berbuka. Malam tadi, kami anak beranak tido di ruang tamu sahaja. Aku rasa tak betah tido di bilik, confirm menangis sahaja sepanjang malam. Namun, sepanjang malam di ruang tamu, tak juga aku dpt tido lena, entah kenapa rasa bimbang dan takut pulak biler bersendirian dengan anak-anak sahaja. Sempat kulayangkan satu sms pada abang menyatakan betapa rindu dan sunyinyer aku tanpa nya. Hemm tapi abang kata 'sayang anak dirotan2kan, sayang isteri ditinggal2kan'.. how dare you.. :P

Bersahur pun sama.. ceah nampaknya turut merasakan kesunyiannya tanpa ayah dan adik. Kak long apatah lagi. Walaupun abang ada menelefon waktu bersahur tp hati masih sedih, aku cakap pun slow jer.. tak tau nak cakap apa.

Insya Allah ptg nanti abg akan pulang wlupun pagi tadi katanya mungkin malam baru pulang. Namun agaknya berubah fikiran biler sekali lagi aku melayangkan sms menyatakan secara terus terang yang aku asik nak menangis dr semalam. Hemm abg memang akan kalah kalau aku menangis. Yer lah, semenjak kawin, tak pernah aku kena tinggal mcm ni. Sekejap pun kadang2 terusik, inikan pula lama.

Oklah, tak sabar nak tunggu petang. Sekarang aku nak bersiap gi meeting. bye

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Al Mubarak



Ramadhan muncul kembali. Kali ini Ramadhan ku berbeza. Kali ini aku menyambut Ramadhan buat pertama kalinya sebagai seorang isteri dan ibu. Pada Ramadhan lepas, aku tak pernah menjangka bahawa Ramadhan berikutnya akan begitu berbeza.
Alhamdulillah, pagi ini pertama kalinya aku bersahur dengan suami dan anak2, dalam suasana harmoni dan tenang. Semoga hari-hari mendatang akan lebih membahagiakan, Insya Allah.
Di sini aku ingin merakamkan ucapan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Menikmati Keajaiban & Keberkatan Ramadhan buat suami tersayang, anak-anak yang dikasihi, mak abah, adik-adik, saudara mara, sahabat handai serta semua muslimin dan muslimat di dunia ini.

Friday, September 07, 2007

Rezeki Dari Libriary

... intro panggilan telefon mcm biasa..
-Baru-baru ni Rahayu ada kena mengena tak dgn pusat sumber
-Err... ooo saya tak pulang lagi 2 buku libriary (dah gabra... alamak nak kena denda ke)
-Bukan, lain daripada tu?
-Tak tau.. (blurr)
-Ada hantar kuiz kemerdekaan tak?
-Ada.. (aikk..)
-Nak jemput datang amik hadiah pagi ni
-Saya menang ker? (excited sikit)
-Nama u dah naik dah ni, betul kan ada hantar?
-Ada ada.. dapat nombor berapa kak?
-Datang dulu, nanti baru tau...
... penutup macam biasa...

Sungguh tak sangka.. Kuiz tu aku hantar memang last minute punya pasal aku kan cuti lama, tak tau perkembangan langsung. Naik2 kerja dua hari, tengok kat website, ada kuiz.. arrhh malas lah nak layan, patriotik lak tu. Tapi esoknya, tergerak plak nak mengisi, mungkin pasal tengah free masa tu. So, bersungguh2 jugak menjawabnya, cari kat internet, tanya orang (jaja n azam jadi mangsa hehe), siap tepon hubby kat umah (cuti), suruh carikan jawapan dalam buku Malaysia Kita.. hehehe. Dan hantar pun by emel jer pada kak yati libriary. Siap cakap dlm emel 'harap2 boleh menang' hehe. Sebenarnya dlm hati mmg ada terdetik nak menang pun hehe.

So, pagi smlm, aku dgn jahatnya meninggalkan sesi audit ISO, semata2 nak pergi amik hadiah. Hemm berbaloi gak, aku dapat NAIB JOHAN. Alhamdulillah syukur. Dapat trofi besar (mcm hadiah main tenis jer, siap kaca tu) dan barang elektrik (table fan). Rezeki pengantin baru hehe. Hahaha yg jahatnya psl aku tinggalkan sesi ISO tu lah.. jahat betul rasanya padahal aku kan ketua unit. Hemm entahlah, sebenarnya aku nak orang recognize apa kejayaan aku. Mcm tahun lepas, aku menang peminjam buku terbanyak di libriary tapi masa dpt hadiah cuma hantar wakil jer.. sapa pun tak tau yg menang tu aku. Dah ler tahun lepas dpt markah prestasi rendah, tu antaranya psl orang tak kenal lah tu. So, tahun ni, aku malas nak jadi baik sangat. Dah aku menang, biar orang tau aku yg menang. Biar orang tau aku ni bukanlah pegawai cikai2 jer... hehehe (dh bunyi mcm riak takbur ler plak hehe)

Malam ni, insya Allah kami akan celebrate birthday suami di rumah. Belated lah, nak tunggu anak habis UPSR dulu. Esok pagi2 plak aku akan bertugas satu hari di KLCC untuk program kementerian. Hemm.. abang sakit gigi, jahat tak kalau balik ni nak beli set penjagaan gigi utk dia sebagai salah satu hadiah birthday hehehe..

Wednesday, September 05, 2007

Dunia Baru

Hampir 3 minggu menjadi Mrs. Ridzuan, apa yang berubah. Hemm, basically tak banyak perubahan, maybe pasal sebelum ni pun aku memang dah tinggal dengan my new family ni. Yang berbeza mungkin hanyalah dari segi hubungan dan tanggungjawab seorang isteri.

Anak-anak tak banyak berbeza, semuanya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa perubahan besar berlaku. Dan panggilan pun masih sama, nampaknya Kak Long dah sebati dengan lidah masing-masing.

Si kecik tu mungkin ada perubahan sedikit. Hemm manjanya bukan main lagi sekarang. Seolah-olah dah tau yang perhatian ayah sekarang sudah melencong separuh kepada isteri baru hehehe. Tapi mungkin itu hanya pada peringkat awal sahaja. Masa akan berlalu, semuanya akan berubah, yang kecil akan meningkat besar dan lebih berdikari. Hanya sahaja aku yang perlu bersabar dan bertahan dengan satu harapan di akhir segala kesulitan dan cabaran ini, ada cahaya kebahagiaan yang lebih indah menanti di penghujung.

Setepatnya aku masih lagi mencari2 rentak yang sesuai untuk status yang ada sekarang. Aku masih dalam proses transformasi mental dan emosi dengan perubahan baru dalam hidup ini. Masih ada konflik, masih tercari-cari identiti. Namun, kesibukan seharian menyebabkan aku tiada masa untuk duduk merenung, berfikir dan merancang hidup baru. Semoga Diberi kelapangan untuk tujuan itu dalam waktu terdekat ini, Insya Allah.

Tuesday, September 04, 2007

May Allah Bless U




Happy 39th Birthday, Ayah. We love u very much. Love from 6S (Sayang, Sahira, Syafiqah, Saiha, Syahmi dan Safiah)