Thursday, December 22, 2005

Sampai biler nak main tarik tali ni !?

Back to office. Lama giler dah tak update blog. Bukannya apa, bz tu pun satu, tak der mood pun satu. Bz berulang alik ke JPA kerana ada kursus sangkutan kat sana, belajar selok belok proses menguruskan tajaan pelajar ni. Tak der mood plak bukan pasal apa, pasal yang sama iaitu masih dalam proses tarik tali ngan bos, aku ni dapat pergi DPA ke tidak !??
Pergi JPA 3 hari dgn tujuan nak belajar, so tak der menda sangat nak dicerita kat sini. JPA tu dah lama, so derang kira dah establish, dah lengkap serba serbi, memang tak samalah ngan apa yang kitorang ada kat kementerian ni. So, dari segi yang tu, mmg tak leh nak cakap apa lah melainkan jadi orang yang jakun kejap. Oh ya, lagi satu yang best best iaitu pegawai2 lelaki kat JPA ramai yang hensem-hensem! Hahaha, dahsyat gak aku ni. Hehehe tak kisahlah.. buat cuci-cuci mata jer apa salahnya. Setakat rupa ajer, pedulik haper kan? Hati budi dia, pe'el dia, kita tak tau.
Tentang DPA aku masih tak leh nak cakap apa2 lagi, tak berani nak komen apa2 lagi. Pening paler aku main tarik tali macam ni. Kejap macam leh pegi, kejap kang macam tak leh pegi, so aku tak berani dah nak komen apa2. Dan aku jugak tak berani lagi nak merancang apa2 maupun nak beli apa2 barang keperluan kursus pasal semuanya masih nampak samar2. Keputusan muktamad cuma 30hb jer lah ni, haa.. masa tu lah baru tau dan hujung minggu depan jer lah baru aku leh kelam kelibut nak berkemas apa2. Itu pun kalau jadi lah pergi.
Yang penting, minggu ni aku nak balik kampung!! Tiket dah beli, kul 10 pagi dari Kajang. Balik sini 27hb malam. Pergh.. lama dah tak balik ni. Seronok gak rasanya ni. Macam2 menda aku nak buat balik nanti. Dan menurut mak, macam2 menda dia nak citer kat aku. Apa menda yang dia nak citer tu aku tak tau lah plak kan. Tak kisahlah, yg penting sekarang, pergi DPA ke tak pergi DPA ker, aku stil kena balik gak amik t-shirt, track dan topi DPA.. manalah tau kan.
Kerja tetap kerja.. kena selesaikan kerja walau camna pun. Alahaii.. kalau betullah aku dpt g DPA, haru lah.. banyak dokumen perjanjian, staf dah cop nama aku, behtu tentulah aku yang kena sain. Takkan lah cop nama aku tapi yang sainnya orang lain plak. Jangan main2, ni dokumen kerajaan ni.
Oklah.. sampai 30hb ni, Insya Allah aku masih leh update blog. Lepas dari tu, kalaulah aku jadi g DPA.. entah biler lagi aku nak menyentuh blog ni.

Friday, December 16, 2005

5 PERHENTIAN

Ini bukan 7 perhentian di mana kita mungkin terjumpa hantu Erra Fazira di sepanjang perjalanan. Tapi inilah hakikat perhentian yang kita lalui dalam titian kronologi hidup kita sebagai insan. Inilah jugak tajuk perbincangan Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi yang diadakan di Parit Sulong (kampung aku tuh). Ada Ustzah Siti Nurbahyah, Dato' Noh Gadut dan lagi sorang tak ingat plak nama dia.
Jadi, kat sini nak share sikit lah kandungan forum tersebut.
Perhentian yang dimaksudkan adalahALAM ROH > ALAM RAHIM > ALAM DUNIA > ALAM BARZAKH > ALAM AKHIRATDan peringkat alam yang sedang kita tempuhi sekarang adalah alam ketiga iaitu Alam Dunia dan masih ada 2 alam yang menanti.
Selain itu, Ustazah Siti juga mengkategorkan 5 perhentian tersebut sebagai berikut :
ALAM BAYI > ALAM KANAK2 > ALAM REMAJA > ALAM DEWASA > ALAM TUA.
Dan aku pulak sekarang berada di alam keempat iaitu DEWASA.

Akan sampai satu zaman dimana manusia mencintai dan melupakan perkara2 berikut :-
Cinta dunia, lupa akhirat-Cinta harta, lupa harta akan dihituang kelak di hadapan Allah akhirat nanti. -Cinta makhluk, lupa pencipta-Cinta dosa, lupa taubat-Cinta rumah, lupa kubur

Ciri-ciri orang yang mendapat Khusnulkhatimah dan Radhiyatammardhiyah.
(kesudahan yang baik, penuh ketenangan, bertemu Allah dengan diri redha dan Allah juga redha ke atasnya)-Mati dengan sempat mengucap dua kalimah syahadah.-Mati dengan mengamalkan amalan2 soleh.

Cara mendapatkan Khusnulkhatimah-Beramal dengan amalan baik-Menjauhi maksiat / kemungkaran-Mengerjakan amal ma'ruf dan mencegah Nahi Mungkar-Sentiasa bertaqwa di mana2 jua.-Berakhlak mulia-Mengucap dua kalimah syahadah -Banyakkan bertaubat-Khusnuzzon (bersangka baik dengan Allah)-Berazam dan berdoa pada Allah untuk mendapatkan Khusnulkhatimah

Semoga menjadi panduan dan amalan hidup kita. Sesungguhnya hidup ini ibarat bermusafir mencari bekalan bagi menuju akhirat yang kekal abadi.

Thursday, December 15, 2005

Mengekalkan Taubat

"Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi perbuatannya lagi, maka dosa yang pertama yang telah ditaubatinya terhapus walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa hingga seolah-olah dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan yang pertama, kerana taubat terdahulu adalah sah, sedang mengulangi perbuatan dosa akan mendapat seksa"

Petikan dari ruangan soal jawab agama dalam website Darul Nu'Man. Satu bukti yang mengukuhkan sifat Allah Yang Maha Adil, Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Sesungguhnya itulah senario yang sering berlaku, itulah masalah yang sering menghantu keimanan manusia masa kini yang sering terumbang ambing dan ada pasang surut umpama air di lautan.

Wednesday, December 14, 2005

Adakah doaku telah dimakbulkan?

Masih tentang DPA. Entah apa ke hal pagi ni aku leh cam orang yang betul2 nak pergi DPA plak. Aku pergi berborak ngan sorang PTD yang baru jer balik dari DPA. Apalagi, macam2lah yg aku tanya, mintak tips, nak bawak apa, camna situasi sumer, apa nak buat dll. Entahapa2 padahal aku belum tentu dapat pergi DPA.

Tapi itu kes pagi tadi. Petang tadi, kesnya dah jadi lain. Petang tadi dapat tengok jadual sidang utk DPA nanti. Yang pasti, jadual tu mmg scattered, modul dalaman dan modul luaran tak dikumpul sekaligus. Masa check jadual tu, KPSU ngan PPT aku pun tgk sama2. Tetiba jer bos muncul, katanya aku dah check jadual DPA ni macam petanda yang aku ni dah tak suka kat Bhgn Biasiswa. Aiseymenn.. aku tak der cakap pun camtu. In fact aku suka sgt kat Bhgn ni wlupun situasi cam kacau bilau dan tak der tempat yg tetap lagi. Bos ni suka sgt buat tanggapan bukan2 pdhal sikit pun aku takder terlintas camtu. Dah dekat 4 bulan kerja ni, mmg aku suka ngan kerja aku walaupun serba kekurangan, penuh ngan masalah. Tapi aku banyak belajar dan aku dapat banyak contact! Aku boleh bina network dengan pelbagai orang, pelbagai peringkat, student, lecturer, penaja2 dan banyak lagi. Walaupun kengkadang cam pening paler bila terpaksa menjawab ngan banyak orang, aku rasa puas biler berjaya sedaya upaya untuk membantu sekadar yang termampu. Sekurang2nya itu lebih baik dari memberikan jawapan negatif yang pastinya client kita tak dapat ke mana. Sekurang2nya masalah derang tu, one step closer to the solution eventhough aku tak berjaya bawa derang direct ke arah itu. Alhamdulillah, satu kepuasan yang ternilai biler derang begitu menghargai. Yang tak hargai langsung dan marah2 tu, aku wat dunno jer. Tapi rasa cam bodoh betullah orang yang nak menengking2 tu, padahal aku cakap punya lembut punya slow. Sajer nak tunjuk lagak ke apa?

Dan petang tadi jugak, peluang aku utk gi DPA makin cerah. Bos baru balik meeting dan mengkhabarkan satu berita yg aku tak tau nak kategorikan sebagai gembira atau duka. Gembira kerana banyak tugas yg aku tgh buat skrg akan diuruskan oleh Bahagian lain, so aku rilek sikit. Itu bermakna, ketiadaan aku 6 bulan nanti, tak derlah mengundang masalah besar tambahan plak aku pun dah ada pengganti. Dukanya plak, tugas2 aku yang nak diambilalih tu aku dah buat hampir sebahagian besar, bermakna sia-sia jer lah apa yang aku buat selama ni, sia2 jerlah aku terkejar sana-sini, tanya sana-sini, last2 tak berguna pun. Tapi tak kisahlah, yg penting aku dapat jugak belajar menda baru. Alahai.. tension lah, coz nanti aku tak dapatlah tour satu Mesia coz kerja tu memerlukan aku meronda2 ke banyak negeri. Bos pun sbnrnya cam tak puas hati ngan keputusan mesyuarat tu coz mcm kitorang dah hilang kuasa.

So, sekarang ni aku cuma perlu sudahkan beberapa perkara yang tak continuous jer, tentang Kajian Penajaan dan Business Plan Bahagian. Pas ni, blehlah aku sambung plan nak shopping2.. (walaupun aku tak suka shopping sbnrnya)

Tuesday, December 13, 2005

DPA oh DPA

Tajuk yang semakin menghantui aku dari beberapa bulan dulu smpi skrg. Semuanya pasal nak pergi DPA. Tarikh DPA dah tinggal kurang dari sebulan jer ni, tp status aku masih blurr.
Dulu, konon tak leh pergi DPA psl banyak kerja kritikal nak disettle, tp after that, bos kata ok pasal katanya kalau pergi bulan 7 punya DPA.. lg keadaan opis tgh kritikal. Yer lah, masa tulah intake terbesar student ke universiti.

Bulan lepas, timbul balik issue yang sama. Mungkin tak boleh pergi DPA pasal banyak program baru nak start awal tahun depan. Semuanya secara tetiba. Program yang awalnya dimaklumkan akan dilaksanakan 2007 pun dah diawalkan atas arahan menteri. Perghh... Tapi bos dah bagi alternatif utk aku terus pergi DPA januari ni, iaitu kena dapatkan staf PKS untuk buat segala kerja aku sepanjang 6 bulan nanti. So aku telah usahakan dan dah dapat seorang PKS yang bukan sahaja boleh dilantik segera, tapi yang lagi bestnya adalah dia memang expert dalam bidang yang aku tgh buat ni. In fact, dia lg senior dari aku dlm bidang ni. Ibarat, pucuk dicita ulam mendatang.

Tapi langit tak selalu cerah. Pagi ni, dapat lagi berita yang memang tak menarik bunyinyer. SUB dan KPSU dah bincang mungkin akan tahan jugak aku dari pergi DPA Januari ni. Walaupun ada PKS tu, aku tetap jugak kena ada pasal banyak tugas rasmi perlu dibuat oleh pegawai tetap, bukan PKS. Adoiii... rasa nak luruh jantung ni.

Dulu aku rasa macam tak kisah sgt klu tak pergi DPA januari ni. Tapi entah naper, skrg ni aku rasa cam sedih sgt kalau tak dpt pergi DPA nanti. Rasanya kalau confirmlah aku tak leh pergi DPA, harus aku menangis depan bos karang (rupa-rupanya aku memang gembeng.. huhuh). Aku dah plan nak shopping barang2 utk DPA, dah mula buat checklist, dah beberapa tempat aku survey harga barang, tinggal nak serang jer. Tp biler dah jadi camni, semangat aku down terus, tak leh nak cakap apa.

Biler pk2 balik, mmg banyak pro n con nya. Kalau aku tak gi DPA januari ni, mungkin bagus utk Bahagian aku, tp aku lah yang sengsara, aku akan lambat gi kursus induksi, maka aku akan lambat confirm, dah tak der kawan masa kursus, tak dapat cuti raya lama coz kena gi DPA dari julai smpi disember, dan punah lah harapan aku nak cari umah sewa saing2 ngan Wardah. Yang bestnya satu jer, iaitu aku dpt habiskan every step perlaksanaan program yang aku tgh handle skrg, aku dpt merayau satu Mesia pi buat interview, termasuk Sabah dan Sarawak. (alerr.. mcmlah tahun depan2 aku tak akan merasa buat tu semua). Selain tu, dapatlah aku merasa susah senang berpindah ke PJH nanti. Dapat opis baru dgn lokasi yang cantik.

Kalau aku pergi jugak DPA ni, bos dan Bahagian plak akan sengsara. Banyak sangat menda nak dibuat tapi staf cuma beberapa kerat jer. Kalau ikut fikiran logik siapa2 pun, mmg mustahil menda ni sumer dpt settle. Tapi bos dah kata, dia tak risaukan kekurangan staf coz bila2 leh amik PKS. Problem dia paling kritikal sekarang ialah apabila kurang Pegawai.

Jumaat lepas masa meeting dgn BTM, aku dah mula terasa bahang ketensionan. Dah ler kitorang ni tgh problem dgn ruang pejabat tak cukup, staf tak cukup, BTM plak melambat2kan perlaksanaan sistem baru utk kitorang. Aku bukan tak nak paham orang BTM, malah aku pun pernah jadi orang IT. Tapi aku rasa derang perlu paham kitorang ni yang kena mengadap public, direct dgn rakyat, bukan cam derang. Bos aku plak asyik nk kena mjawab dgn menteri. Siap ada sesi meluah perasaan dari bos aku. Sedih jugak aku dengar luahan bos. Yer lah, pasal orang BTM yg tak dpt penuhi banyak keperluan kitorang, bos byk harapkan aku usahakan sendiri. So, biler bos nak tahan aku dari g DPA januari ni, aku perlu beri pertimbangan.

Tadi, aku pergi training utk satu sistem baru. Aku rasa cam penting plak aku ada kat sini smpi sistem tu betul2 establish, rasa cam btanggungjawab plak. Entahlah, kadang2 biler pk psl sistem2 komputer ni, aku rasa cam give up terutama biler ada staf BTM yg suka menyindir2, mempertikaikan keupayaan aku. Aku tau aku tk sehebat derang psl aku pun masih baru dlm government. Tp derang tak perlu nk marah2 nak naik angin biler kena push dgn user. Aku dah 4 tahun pengalaman dlm IT, develop system, maintain system, training sumer. Aku dah lalu sumer tu, malah aku kerja bukan dgn satu bangsa jer, tp berbilang kaum. So, aku pelik naper derang yg cuma berurusan dgn bangsa sendiri bleh tak tahan pressure. Aku pernah dalam masa 6 bulan kena belajar 3 programming language utk buat sistem dan 2 sistem tu dah live pun. Dan aku belajar sendiri tanpa pergi apa2 course pun, dah tu 6 bulan tu tak bergaji plak tu. Dan aku masih leh survive. Tp derang kat sini, ada jer alasannya, konon nk kena gi course lama2, take time nk pahamkan sistem lah, padahal sistem dah ada, tinggal nk maintain, bukan develop from scratch pun, apa kes?

Argh, aku dh mula meluahkan rasa bengang dgn orang BTM. So, back to DPA case, aku pun dah tak tau nak cakap apa skrg. Berdebar-debar plak nak tunggu surat dan apa agaknya reaksi bos aku. Sekarang ni aku cuma mampu redha jer. Kalau ada rezeki, pergilah aku DPA januari ni. Kalau tak, nak buat camna. Pasrah jer lah.. Huhuu.. sedihnya..

Friday, December 09, 2005

Al-Quran, Ilmu & Pegangan Sepanjang Hayat

Baru-baru ini aku telah didatangi oleh beberapa orang anak muda yang menjual Al-Quran dan beberapa buku agama direct di ofis-ofis. Mereka tang bercakap memang pandai, tang nak promote tu memang terer.

Al Quran yang derang promote tu mmg bagus untuk membantu kita membetulkan tajwid. Setiap tanda dan huruf di dalamnya ditandakan dengan warna yang berlainan di mana warna tersebut mewakili hukum-hukum tertentu. Dan disediakan plak panduan warna tersebut pada satu bookmark khas. Memang menarik dan bagus lah bagi aku. Tapi terus terang aku kata kat derang, aku tak mau.

Pasal apa? Aku dah ada Al Quran dan rasanya aku dah tak perlu AlQuran tu lagi pasal Alhamdulillah aku masih ingat hukum2 tajwidnya walaupun tak semua, Alhamdulillah yang basic2 tu aku ingat. Sekurang2nya bacaan aku tidak hingga berubah maksud. Dan yang paling pentingnya adalah aku ni tengah mencari Al Quran yang siap dengan tafsir dan PENERANGAN. Setakat tafsir tu aku ada. Tapi aku membaca tanpa guru dan penerangan yang jelas, rasanya macam tak lengkap. Rasa macam tak der effect apa2 pun baca macam tu jer.

Aku suka nak refer pada hadith kedua dalam kitab Imam Nawawi. Ada disentuh tentang Al Quran dulu dan sekarang dari segi orang yang membacanya. Kalau orang zaman Rasulullah dan sahabat, mereka mendahulukan amalan-amalan dan hukum di dalam Al-Quran berbanding memperbaiki bacaan dan menghafaznya. Dinyatakan akan berlaku satu zaman di mana manusia lebih kepada memperbaiki bacaan dan menghafaznya tetapi segala amalan dan hukum yang dituntut di dalam Al-Quran itu diketepikan pula. Dan melihat pada situasi zaman sekarang, begitulah senarionya. Tengok pada contoh Al Quran yang dijual tadi tu lah. Jenuh jugak aku mencari naper aku tak jumpa satu buku yang menerangkan kandungan Al-Quran secara komprehensif supaya senang aku baca dan faham.

Bukan nak kata Al Quran macam tu tak bagus tapi memang sangat bagus. Tetapi kita kenalah selaraskan bacaan dan penghayatan amalan suruhan di dalamnya. So, masa budak-budak penjual tu promote, instead of derang membebel.. derang pun kena bebel dgn aku. Yang lagi kelakarnya, budak-budak tu langsung tak bleh nak baca jawi biler aku suh derang tengok satu perenggan dlm kitab Imam Nawawi tu. Then, apa citer?

Dua buah buku yang derang promote pun aku suka, tentang kisah para nabi yang pada aku cukup comprehensive dan buku tentang malapetaka menjelang akhirat. Untuk permulaan, aku rasa nak beli jer buku para nabi tu, baca yang indah-indah dulu tentang Islam. Then barulah baca tentang malapetaka tu untuk menginsafkan kita, bagi aku itulah cara tarbiah yang terbaik. Tapi agaknya memang tak der rezeki budak2 tu, tiba-tiba datang guard halau derang. Dan aku insaf kejap, sedangkan buku yg aku tengah ngadap ni pun suku pun tak sampai lagi lepas beberapa minggu, inikan plak nak beli buku baru.. perghh..

Sebenarnya ari ni aku plan nk citer pasal artikel yg aku petik dari majalah Anis bulan ni. Tapi tup2 dah ilang kena pinjam ngan Ida.. so tu yg kuar topik ni plak.

p/s: teringat topik ehwal Islam malam tadi.. hehe lawak rasanya biler cam terkena2 kat batang idung.

Tuesday, December 06, 2005

Apa itu bengang??

Mood aku memang tengah tak baik. Entahlah, berpinar paler, dan rasa nak naik angin jer. Adakah blood pressure aku dah naik lagi? entahlah.. tp masa gi derma darah ari tu, ok dah bp aku.

Things To Do list aku ada berbelas2 perkara nak disettlekan. Tapi memandangkan otak dan emosi yang tak berapa stabil, aku buat yang paling senang jer dulu, iaitu menyain borang-borang perjanjian pinjaman students. itu jer lah yg paling rilek dan tak memeningkan paler buat masa ni. Baru sat tadi bos datang cubicle, tanya projek-projek aku camna. Dan turut tanya khabar kerana katanya aku mcm tengah bengang. Huhu.. thats why i like my boss very much. Katanya nanti nak kasi penilaian prestasi aku 10 per 10 hehehe.. cayalah.

Sebenarnya aku mmg tengah bengang ni pun. Bengang giler ngan satu bank ni. Semuanya psl kad kredit. Ishkk tak maulah cakap bank mana tapi mmg bank yang antara paling glamour tang kad kredit ni lah. Geram ni mmg tahap yg sgt geram psl dah kali kedua dah ni aku terkena. Kalau dah kali kedua ni, aku akan mula bengang dengan diri sendiri psl terlalu baik hati membiarkan diri teraniaya sekali lagi. Tapi nak wat camna, sabar jer lah. Sabar-sabar pun, masa aku call service centre dia, naik jugak suara. Tak cukup tu, complain form kat website dia pun aku isi dengan penuh kata-kata tajam, nasib dia lah. Rasanya nak ajer aku terminate terus kad tu, dan kalau lah executive tu ada depan mata aku ni, rasa nak ajer aku lempar kad tu kat muka dia. Hahaha, betapa geramnya aku.

Sementara aku masih ingat ni, aku nak menaip Things To Do list aku.

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN-Draf borang penilaian temuduga-Draf memo perlantikan panel temuduga untuk KSU-Draf memo perlantikan untuk panel temuduga-Senarai nama calon panel dr BSM - Lia-Senarai nama calon panel dr JPPKK - Maha

MAKLUMAT PENAJAAN-Semak semua feedback form.-Followup feedback form dari agensi kerajaan yg belum dihantar.-Draf database untuk maklumat penajaan.

PERMOHONAN PKS-Senarai tugas unit maklumat - Azizah BB KPM-Edit senarai tugas PSU Unit Dlm Perkhidmatan-Memo permohonan PKS ke BSM

TABUNG PINJAMAN PELAJARAN-Sain dokumen2 perjanjian-Update database fasa 1 utk pembayaran

LAIN-LAIN-Call Iszal BB KPM tentang skim pengajar teknikal kuittho-Call Sharp untuk perbincangan lanjut penubuhan foundation.-Baca & Semak dokumen ISP (dekat 200ms) utk meeting di Equatorial Bangi 8hb ni

Adeii.. banyaknyeeerrr. Banyak tak banyaklah.. aku nak jugak balik sekarang. Tu semua esok2 bleh buat. Paler dah ting tong. Babai..

Monday, December 05, 2005

Tak terlintas pun nak melanggar fitrah & sunnah

“ Sekiranya tiada cinta insani untukmu.. cukuplah cinta ALLAH pesuluh hidupmu.. kelak akan ada cinta dari insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintamu terhadap ALLAH.. Kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kau miliki. Bertemu dan berpisah kerana Allah. “

Agak melankolik bunyinyer.. tapi terkandung dalamnya pelbagai pengertian yang harus diambil iktibar dan buat renungan. Tiba-tiba hati aku tergerak nak membincangkan topik seperti ini. Hemm.. bukannya nak berbahas atau nak berdebat tapi sekadar menyuarakan pendapat sedaya upaya dengan kaedah yang telus.

Terus terang, aku tidak berapa suka membicarakan topik-topik seperti ini. Bagi aku, soal kasih sayang dan jodoh (dalam konteks hidup berpasangan) adalah sesuatu yang sangat eksklusif untuk aku suarakan secara terbuka. Bohong lah aku kalau aku katakan dalam usia 25 tahun ini, aku tidak berkeinginan untuk mempunyai keluarga sendiri, tipulah aku kalau aku katakan aku tidak pernah ada naluri untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah kepada bakal-bakal insan-insan istimewa itu. So, kenapa tiba-tiba aku solah-olah melanggar prinsip dengan menulis tentangnya dalam entri ini?

Sebenarnya ini adalah sekadar reaksi dari satu perbincangan dengan seorang sahabat. Aku tidak mau disalahanggap sebagai seorang yang melanggar fitrah atau menafikan sunnah. Aku maklum tentang betapa bergandanya pahala amal ibadah insan yang telah berkahwin berbanding yang bujang. Harapan tetap ada tetapi sejauh mana ia akan tercapai itu hanya Allah yang tahu. Aku tidak mau mengharap pada sesuatu yang tidak pasti kerana jika hampa, hanya Allah yang tau betapa remuknya hati ini nanti.

Bukan tidak pernah berusaha, pernah mencuba dengan sedaya upaya mengikut landasan yang Allah gariskan, meniatkan hati hanya kerana Allah, memilih seseorang yang diharapkan dapat membawa aku ke jalan Allah. Perjalanan itu memang hampir sempurna, tetapi qada’ dan qadar Allah menentukan itu semua tidak ke mana. Kelmarin, dia telah selamat dinikahkan dengan seorang insan lain yang Insya Allah pastinya jauh lebih baik dari aku. Aku tidak terperanjat dengan berita itu walaupun perkhabaran tidak datang dari mulutnya sendiri. Pada mulanya aku mmg mampu bertenang tapi seketika kemudian aku tewas. Alhamdulillah akal yang waras berjaya membawa aku kembali tenang. Mungkin itu lah yang terbaik untuk dia yang telah Allah takdirkan. Aku cuma mampu mendoakan dari jauh agar mereka berbahagia.

Kerana itu juga, aku cuba menggagahkan hati agar redha sahaja pada ketentuan Allah. Usaha aku kini hanyalah sekadar menyiapkan diri menjadi insan yang terbaik supaya Insya Allah janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga. Kalau tak ada jodoh pun tak apa, kerana jodoh itu pun bukan sesuatu yang pasti, ajal itu lagi pasti. Biarlah itu yang menjadi pedoman hidup aku hingga ke akhirnya. Sebab itu, aku sentiasa merawat hati dengan membaca kisah2 alim ulamak yang mengabdikan diri ke jalan Allah dan tidak berkahwin hingga akhir hayat. Aku tau aku bukan setaraf mereka, tetapi setidak-tidaknya aku ada hasrat yang murni. Jika Allah takdirkan aku tak der jodoh ke akhir hayat, aku masih boleh bertenang dan terus menggandakan amalan supaya apa yang aku tak dapat dari hikmah perkahwinan tu dapat aku cover balik. Ok aper?

Mungkin ada unsur-unsur peribadi di sini (mungkin akibat pengalaman lepas), tapi percayalah aku tidak pernah berniat untuk melanggar sunnah Rasulullah. Tapi biarlah semuanya ikhlas kerana Allah dan sesungguhnya mendapatkan keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah, aku sedar itu. Buat masa ini, biarlah mutiara kata di awal entri ini menjadi pegangan hidup aku. Biarlah cinta manusia sekadar peneman untuk sama-sama menggapai kasih Allah. Jika tiada pun, Insya Allah tiada masalah untuk aku melangkah sendirian ke arah itu, Insya Allah. So, orang nak kata apa pun, katalah. Nak kata aku cerewet ker, demand ker, tak kisah. Ini hidup aku, dan aku hidup bukan untuk dunia sahaja. Begitu jugak kalau aku kawin pun bukan untuk sekadar peneman di dunia jer. Biarlah kami saling menyokong dan berteman menuju ke syurga Allah walaupun confirm kat syurga nanti, suami aku tu akan dapat jugak bidadari lain.. :) hehe.

Kesimpulannya, jelas dah? Lenlaki jangan asyik risau kan naper aku tak kawin-kawin sampai sekarang. Aku rilek jer apa. Satu lagi yang aku pegang, orang yang sabar akan dapat yang terbaik. Sedangkan berlian yang paling indah itu pun terbentuk setelah beratus tahun lamanya.. so? Kalau korang paham, dats good enuf. Kalau tak paham jugak, den nak buek camno laie? hehe

Saturday, December 03, 2005

Menyelami Hakikat Hidup BerTuhan

Ketahuilah Oleh Mu ..

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon... Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

I like this one. Forwarded by Ida. I did print one copy dan dah selamat pun lekat kat partition, betul2 sebelah my pc supaya senang dilihat setiap masa melakukan kerja.

Sesungguhnya biler kita hayati, biler kita renungi, akan terusiklah hati, terharu dengan suatu hakikat yang mungkin selama ini kita sering terlepas pandang. Malahan, bile kita berada dalam gundah gulana atau kesusahan, kata-kata renungan ini bisa membuatkan kita mengalirkan air mata keinsafan... mennyelam kembali hakikat hidup berTuhan, Insya Allah.

Hanya kerana Allah itu tidak dapat dilihat, didengar atau disentuh secara fizikal.. manusia mudah lupa dengan konsep Ketuhanan pada Allah Yang Satu. Mungkin dengan alasan yang sama maka orang kafir cenderung membina Tuhan dalam bentuk patung untuk disembah, sesuatu yang mereka boleh lihat dan sedar kewujudannya. Namun pada pendapat aku sendiri sebagai seorang Muslim, penyembahan seperti itu sebenarnya seolah2 membataskan kuasa Tuhan, seolah2 kuasa Tuhan hanya berlingkar pada tempat penyembahan sahaja sedangkan dalam agama Islam, iktikad yang sebenar adalah kuasa Allah itu terlalu luas, di mana-masa sahaja kita boleh menyembah Allah kerana kita sedar Allah itu sentiasa bersama-sama memerhati dan memelihara kita.

Aku bukanlah muslim yang betul2 arif tentang agama. Jadi, aku lebih suka memperbincangkan isu-isu agama dalam skop yang lebih kecil seperti diri sendiri dan keluarga. Buat apalah aku memikirkan dan memperbincangkan isu Islam secara global, tentang bangsa lain, negara lain.. sedangkan dalaman ku sendiri masih rapuh? Memang jahat aku biler rasa nak tergelak dalam hati biler melihat orang yang gedebak gedebuk membahaskan tentang isu islam sejagat sedangkan diri sendiri pun masih terkapai2 mencari arah dalam hidup, diri sendiri pun tak dapat menyelami dan mengamalkan Islam secara menyeluruh. Kalau umat zaman silam, mereka mampu berjihad ke jalan Allah, berperang menumpaskan kafir2 musyrik, tapi lihatlah setinggi mana iman mereka. Kita tak setanding mereka.

Jadi, menyelami hakikat ketauhidan, hakikat ketuhanan.. merupakan asas dalam menjadi seorang muslim yang sempurna. Dengan adanya keimanan yang kukuh itu sahajalah dapat memandu menunjuk arah tuju perbuatan kita dan amalan kita hingga ke akhir hayat. Jika tidak, amalan kita seolah-olah amal yang terumbang-ambing seolah2 kapal yang bergerak di lautan luas, kapal yang canggih, selesa, bergerak dengan begitu lancar tetapi TIADA ARAH TUJUAN.

Friday, December 02, 2005

Baik di balas baik, jahat dibalas ... ?

Aku masih nak refer pada mutiara hikmah semalam. Tapi kali ni aku nak refer pada diri sendiri lah pulak. Aku tengah berusaha keras ni nak cuba menjadi seorang yang tidak berdendam dan redha dengan apa yang orang lakukan pada aku. Yang baik, aku bersyukur tapi kalau aku disakiti, dianiayai, betapa payahnya nak memujuk hati agar tetap tenang dan berfikiran positif seolah-olah tak der apa yang berlaku.

Dah banyak kali lalui, sepatutnya aku jadi betah, jadi immune dengan itu semua tapi mungkin jiwa yang agak sensitif atau hati aku sendiri yang memang semulajadi mudah terasa yang menyebabkan aku mudah terusik. Tentang apa? Aku benci bila dibanding-bandingkan dengan orang lain. Aku rasa seolah-olah aku tidak dihargai kerana diri aku yang satu ini. Kenapa manusia sukar nak terima yang setiap orang itu berbeza, ada cara dan pendirian sendiri serta ada keistimewaan masing-masing.

Di tempat kerja lama, aku pernah dibanding-bandingkan dengan pegawai lama yang berkhidmat di jawatan aku. Bengang memang bengang tapi hari demi hari aku berusaha keras dan berjaya buktikan yang aku dengan diri aku yang satu ini mampu berjaya dengan cara sendiri. Sekarang plak ? Agaknya mmg lumrah berpindah di tempat baru. Bos tetap bos, itu hak dia nak menilai aku, dan aku dapat rasa bila hari demi hari bos dah dapat terima aku dengan diri dan cara aku sendiri dan dia tak complain malah tak der masalah dgn cara aku (walaupun sblm ni dia ada jugak dok compare aku ngan pegawai lama dia).

Tapi biler orang dari bhgn lain, yg punya gred lg rendah dari aku pun berani nak komen, nak banding-bandingkan aku, bengang tak benganglah. Kononnya yang lama tu lagi bagus. Kononnya kalau ada yang lama tu lagi senanglah, konon kalau yang lama tu takkan ada masalah, yang lama tu boleh buat macam-macam. Dan aku? Tak reti buat apa2? Ya Allah Ya TuhanKu, tabahkanlah hatiku, jauhkanlah dari sifat yang tidak kau redhai iaitu berdendam!

Pegawai lama tu dengan aku memang tak sama. Memang jauh berbeza macam langit dengan bumi, sesiapa yang kenal kami berdua tentu bersetuju. Aku pelik. Mentang2 aku jenis tak melayan (org yang komen tu) baik2, tak der gurau2, tak selalu ajak kuar makan.. so aku terus dilabel tak sebaik yang lama? Bukan takat yang dia kata depan2 aku, yang belakang2 pun ada lagi rupanya yang lebih menyakitkan hati dan mencabar maruah serta kewibawaan aku. Alhamdulillah aku masih punya kesabaran. Alhamdulillah aku masih boleh berlagak selamba seolah2 tiada apa yang berlaku. Kalau dia rasa komen2 tu akan buat aku berubah, Insya Allah tidak, maaflah.

So, aku rasa ini adalah langkah awal yang terbaik untuk aku memupuk keteguhan hati. Cabaran yang Allah turunkan untuk aku bagi menguji sejauh mana aku boleh menjaga hati dari terus terjerumus ke arah perkara2 yang akan merosakkan jiwa. Aku harus mendidik hati untuk terus berfikiran positif, terus sabar, terus tenang dan redha dengan apa yang berlaku di sekeliling. Selagi aku boleh bersabar, aku bersabar. Dan selain bersabar, jika betullah aku di pihak yang benar, aku bertanggungjawab untuk menyuarakannya supaya dia insaf dan tiada lagi orang lain yang akan menerima nasib yang sama dengan aku.

Insya Allah, kalau aku mampu melakukannya, satu kejayaan besar bagi aku. Kejayaan menumpaskan hasutan syaitan dan nafsu, musuh paling hampir dengan aku sekarang.

Wednesday, November 30, 2005

Mendidik Hati Menjadi Redha

MUTIARA HIKMAH HARI INI

“Ingatlah.. kebaikan orang kepada kita & kejahatan kita kepada orang.. dan lupakanlah..kebaikan kita kepada orang & kejahatan orang kepada kita “

Mudah disebut, tetapi sejauh manakah kita mampu mengamalkannya. Semuanya bergantung kepada keikhlasan dan kesucian hati. Tanpa hati yang bersih, hati cenderung dipengaruhi nafsu amarah dan hasutan syaitan. Saja nak berkongsi di sini, petikan dari ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah yang mengatakan umat Islam hari ini sering meninggalkan elemen penyucian hati dalam doa masing-masing. Kita sendiri menyedari bahawa hati sebagai tempat bermula segala-galanya namun tonggak yang satu itu jarang disucikan seumpama kita menyuci anggota wuduk setiap hari. Bukan taraf kita untuk disucikan hati dengan air zam-zam seperti yang dilakukan Jibril kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Sucikanlah hati dengan amalan-amalan zikir, membaca Al-Quran, solat malam dan lain-lain lagi.

Kebaikan orang pada kita perlu dikenang dan usah dipersoalkan keihklasan mereka. Itu urusan mereka dengan Allah. Jadikan kebaikan tersebut sebagai contoh untuk kita berbuat kebaikan di lain masa. Kejahatan kita mesti diingat selalu supaya jangan diulangi di lain kali. Jahat tetap jahat dan kejahatan itu dosa balasannya. Taubat kita belum tentu diterima Allah. Kebaikan kita pada orang usah dikenang-kenang kerana kebaikan itu pun belum tentu diterima Allah dan belum tentu ada pahalanya, andai tidak.. . kita boleh dikirakan sebagai seorang yang riak dan riak itu adalah sehalu-halus syirik dalam Islam. Kejahatan orang pada kita dilupakanlah.. berbaik sangkalah dan positif bahawa mereka mempunyai sebab musabab tertentu yang menyebabkan mereka tergelincir. Kasihanilah mereka ini atas kejahilan mereka dan doakanlah agar mereka insaf. Bukan hak kita untuk membalas, sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah membalas kejahatan orang. Yakinlah pada keadilan dan janji Allah. Mungkin bukan di dunia tapi di syurga tempat di mana setiap insan menanti pembalasan.

Dalam usia yang semakin meningkat tua ini, masihkah mampu membentuk hati yang telah terbiasa dengan kemungkaran? Sukar diperjelaskan secara logik, hanya taufik dan hidayah Allah mampu mengubah segalanya berbekalkan sedikit usaha. Berdoalah dan teruslah berdoa agar hidup ini terus terpimpin ke jalan yang diredhai. Berdoalah agar hati kita tidak putus asa untuk terus berharap dan berusaha menuju Mardhatillah. Berdoalah agar kita dijauhkan dari perkara-perkara yang bakal melalaikan kita dari mengingatiNya. Percayalah, adakalanya kita akan kalah, kita akan rebah akibat iman yang senipis kulit bawang, kita tergelincir dan terpseong. Bukan sekali, bukan 2 kali tapi pastinya beratus-ratus kali. Segeralah bertaubat dan jangan putus asa dan terus menyalahkan diri sendiri. Usaha tetap usaha dan Allah tidak menilai hambaNya hanya pada hasil tetapi pada usaha yang dicurahkan. Allah Maha Pengasih, kasih yang agung, terlalu agung untuk jangkauan akal fikiran kita yang sekadar insan kerdil yang menumpang di bumi Allah.

“Jangan pasrah dengan setiap doa yang tidak dimakbulkan, mungkn ALLAH ingin menguji setakat mana insan mampu bertahan denganNYA “

Memelihara hati bukannya mudah. Doa sahaja tidak mencukupi melihatkan pada tahap kita sebagai insan biasa yang bukan maksum. Bagaimana cara berdoa & bertawassul yang sebaiknya? Pernah terdengar cerita tentang 3 orang lelaki yang terperangkap dalam sebuah gua? Mereka berdoa kepada Allah dengan menyuarakan keinsafan dan mengenangi amal kebaikan yang telah lepas. Andainya amalan tersebut diberkati, jadikannya sebagai penolong atau pemangkin untuk membuka pintu gua tersebut. Maka seorang demi seorang menyuarakan doa mereka dan pintu gua akhirnya terbuka cukup untuk mereka melepaskan diri. Bertawassul seperti ini bukanlah bermaksud untuk mengungkit2 dan bukan terhad setakat mengenangi amalan lepas. Mungkin kita boleh lakukan amalan lain pada masa akan datang contohnya memperbanyakkan amalan sedekah atau solat sunat dengan harapan kalau ada pahala pada amalan tersebut, semoga Allah menjadikkannya sebagai kekuatan untuk kita mencapai apa yang kita doakan atau impikan tersebut. Amalan-amalan tersebut mungkin pada satu sudut seperti amalan bersebab, kalau tak bersebab.. kita tak buat. Nampak tak elok. Tapi itu lah yang dinamakan usaha, setidak-tidaknya ada kita buat dari kita tak buat apa-apa langsung. Insya Allah bila sering dilakukan, akan berjaya menjadi amalan rutin dan mendidik jiwa kita kelak tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Semoga kita semua mendapat petunjuk Allah menjadi insan yang punya hati mulia dan redha.

Monday, November 28, 2005

Hakikat hidup seorang Hamba Allah

MUTIARA HIKMAH HARI INI

‘ NAFSU mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya, AKAL mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu & kepandaiannya, HATI mengatakan perempuan itu cantik atas dasar iman dan akhlaknya. ‘ sumber – myikim.net

Penilaian seorang perempuan dari kacamata kaum Adam mungkin. Tetapi berapa ramai yang mengikut kata NAFSU, berapa ramai yang menurut kata AKAL dan berapa ramai pula yang bersetuju dengan kata2 HATI. Yang pasti, kebenaran kata2 ini mungkin tidak hanya sehala tetapi senario yang sama terlibat apabila berbicara tentang penilaian perempuan kepada lelaki pula.

NAFSU, sering tersilap haluan akibat dorongan syaitan yang tidak berhenti menyesatkan. Yang pasti nafsu mengarah kepada sesuatu yang bersifat sementara. AKAL pula mungkin sedikit bijak dari nafsu. Ilmu dan kepandaian yang Insya Allah membawa kesenangan untuk tempoh masa yang lama. Persoalannya, ilmu dan kepandaian yang bagaimana? Adakah ilmu dan kepandaian yang dimanfaatkan untuk tujuan amal kebajikan atau ilmu yang setakat indah terukir di kertas dan manis di mulut semata-mata? HATI melihat iman dan akhlak, tetapi hati yang bagaimana? Masihkah mampu menyelami iman dan akhlak jika jiwa penuh dengan noda hitam? Masihkah iman dan akhlak menjadi keutamaan sekiranya nafsu mendominasi diri dan menenggelamkan hati yang lumrahnya inginkan kemurnian iman dan pekerti?

Terlalu abstrak untuk difikirkan, tepuk dada tanya iman. Bagi aku, aku ingin menjadi perempuan yang cantik dipandang oleh AKAL dan HATI. AKAL dan HATI yang murni berlandaskan satu jalan untuk mencari keredhaan Allah. Aku memerlukan AKAL untuk membentuk keteguhan hati, AKAL yang mampu berfikir, menyelami ilmu ALLAH untuk bekalan HATI sepanjang perjalanan sisa hidup aku di dunia ini.

Memuhasabah diri, aku dapat merasakan diri ini yang terlalu lemah dalam meniti hidup. Hidup aku hanya menurut sahaja jalan yang terbentang di hadapan mata dengan anggapan semua yang dihadapkan dihadapanku itu telah ditakdirkan dan aku hanya perlu melakukan yang terbaik tanpa terpesong dari batas syariat. Kelulusan pengajian, pekerjaanku, semuanya lebih kepada keduniaan. Aku sedar aku mampu mengaplikasikannya ke jalan yang lebih diredhai dengan sedikit manipulasi. Tetapi aku juga sedar aku tidak sekuat mana untuk menyeimbangkannya. Sebagai seorang perempuan, aku menyedari kelemahan diri yang rasanya tidak mampu untuk menyeimbangkan pelbagai perkara dalam masa serentak. Sedangkan ilmu akhirat di dada pun masih terlalu sedikit, masih terlalu jahil rasanya diri ini. Kadang-kadang aku merasakan yang aku tidak cukup kenal dengan agama yang aku anuti ini. Memalukan bukan?

Membaca kisah para wali, alim ulamak.. betapa kerdilnya rasa diri ini. Mereka menempuh pelbagai dugaan, merentasi benua, merempuh masa berpuluh-puluh tahun lamanya semata-mata memenuhkan dada dengan ilmu Allah. Sedangkan aku? 7 tahun di sekolah agama dengan tujuan lulus mendapat sijil semata2, tanpa mengetahui hakikat sebenar dalam ilmu-ilmu yang dipelajari itu. Lebih memalukan, Al Quran yang aku baca sedari kecil itu pun aku tidak tahu maknanya! Apalagi hadis-hadis dan sunnah. Sebagai seorang muslim, itu lah sepatutnya pegangan aku sepanjang hayat. Jangan kata menjadi pegangan, memahaminya pun aku tidak! Umat Islam seperti apalah aku ni.

Terasa 25 tahun telah berlalu dengan penuh sia-sia. Masihkah mampu aku menebusnya kembali? Itulah yang aku inginkan. Dan untuk memenuhinya banyak perkara yang perlu aku fikirkan, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Bersediakah aku untuk itu? Aku kena paksa diri. Paksa diri ini sepaksa-paksanya kerana diri ini sendiri bukan milik mutlak aku. Aku tak mau terus menganiayai diri. Aku tidak mau amalku hanya AMAL HAMBA yang takut kepada blasan Allah atau AMAL SAUDAGAR semata-mata untuk mengejar syurga Allah. Aku mahukan AMAL SEORANG YANG MERDEHEKA, amal kerana malu pada Allah, kerana melaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran. Dalam usaha tersebut, satu perkara yang perlu aku tangani yg menjadi masalah besar aku dari dulu sampai sekarang iaitu istiqamah.

Semoga kali ini jalanku benar2 diredhai Allah.

Friday, November 25, 2005

TGIF

Apa ke benda yg aku nak taip ni. Tak der apa sangat. Minggu ni mmg aku rasa macam agak free, sebabnya adalah bos tak der, g NZ. Aku pelik gak, pasal dia pergi tanpa meninggalkan wasiat dan senarai tugas yang berjela-jela. Maybe mmg skrg tengah tak der kerja, sedang menunggu segala kerja yg dah settle mendapat feedback, after that baru pulun lagi sepulun-pulunnya. Secondly, mungkin bos tak nak peningkan aku dgn pelbagai kerja, dah ler dia tak der sebagai tempat aku merefer itu ini. Dia takut tekanan darah aku makin teruk agaknya. Sayang gak bos kat aku ahakss..

Tapi tekanan darah aku dah ok dah sekarang. Minggu ni 3 kali aku pergi gym konon nk naikkan stamina almaklum dah nak pergi DPA bulan januari ni. Semalam plak mencatat sejarah for the 1st time dalam hidup, aku pergi menderma darah. Cheh, pergi cam berani sungguh, cam dah biasa jer derma darah padahal kecut perut ni Allah jer yang tau. Pas tu balik opis aku dah mula tingtong, pening paler. Semalam balik umah, lepas maghrib terus tumbang. Hari ni plak alahai.. period ler plak. Kesiannya badan, dah ler semalam dah kehilangan darah, hari ni start hilang darah lagi. Silap2 aribulan tumbang jugak aku ni kat mana2. Tapi so far Alhamdulillah sihat walafiat, ok jer.

Cakap pasal pergi gym.. Last aku pergi gym adalah masa kat pasir gudang, tahun lepas agaknya. So tak der lah rasa kekok sangat walaupun tak der instructor kat sini. Teringat yang dulu aku stop pergi gym biler instructor pindah tmpt lain.. tutup buku kejap. So biler dah start balik ni mulalah badan sumer sakit2.. Sampaikan hari tu balik terpaksa mintak tolong bibi' urutkan. Kata bibi' otot2 dan uratnya kencang. Entah kencang camna rupa tu aku pun tak tau.

Hari ni aku banyak buat kerja sia2 (agaknya kot). Tetiba gatal nk explore website MyIkim.net. Kat situ leh dengo radio IKIM sekali sambil baca forum, baca mutiara kata dia, besh jugak. Ari ni jugak setelah sekian lama aku jumpa MP3 lagu Permata Ayah Bonda. Suka sangaaaat lagu tu. So rasa best sungguh dah ni. Tp lagu Tommy Page 'A Shoulder To Cry On' tu aku lum jumpa lagi. So, sesapa yg ada simpan lagu tu, atau tau kat mana leh donlod, kasi tau lah kat aku ek.

Oklah.. rasa cam nak balik. Tapi cam nak g Alamanda kejap kot.

Tuesday, November 22, 2005

Balik2 nak naikkan darh aku.. geram nyaaa

Adeiiii..
Tgh meminjam pc PSUK aku, pc aku staf tgh guna utk key in database penjamin pinjaman. Tu yg merempat sekejap. Beberapa orang pegawai tgh meeting. Aku pun patutnya boleh kalau nk masuk meeting tu tp rasanya cam tak penting utk aku, menyemak bilik jer. Ingatkan nak menyain dokumen2 perjanjian tp dokumen tu sumer dlm bilik meeting plak. Nyesal tak amik kuar awal2, tak ler aku duk melahu camni.

Badan dah meragam. Petanda2 nak demam selsema. Ni sumer psl kehujanan semalam masa g PD, dan mungkin jugak sebenarnya balasan Allah kerana pergi PD sensorang tanpa restu mak bapak.

Kisahnya aku plan nk g ngan abang semalam. Tp dia buat hal plak. Panjang kesnya tp aku jadi menyampah nk citer kat sini, so pendek citer, dia telah menyebabkan aku cam orang bodoh menunggu dari kul 11 smpi kul 12.30 tp dia tak nmpk batang idung, dianya entah ke mana, henponnya entah ke mana. Smpi kan beberapa orang kwn dia yg aku call, tanya klu dia ada sana. So, dah kul 12.30, smpi biler aku nk tunggu cam tunggul kat kolej tu? Plan tetap plan, dan menda yg aku plan, mesti aku buat wlu apa pun halangannya.

Maka aku gamble pergi PD sorang2. Sib baik peta yang Ida kasi tu kira friendly, agak senang nak cari. Dh nk smpi PD baru abang call, dia kata dia tertidur bilik lain dan henpon dia plak bilik lain. Dia mintak maap, tp aku nk wat camna, takkan nk patah balik, giler ke haper. Tp aku dah terpk dalam hati, kalau lah mak aku tau yg aku pi PD sensorang, mampus aku.

Rupanya pikiran buruk aku tu dah jadi kenyataan. Abang pergi telefon mak, kata yg aku g PD sensorang. Perghh.. geramnya aku ni Allah jer lah yg tau. Dah ler pagi tadi dia buat hal. Pastu bukannya dia buat kasi makin baik, makin teruk lagi ada. Sakitnya hatiii. Dia yang salah tp last2 aku yg teruk kena marah. Aku ni dh ler blood presssure tgh tak normal, dia lagi buat aku naik darah, geram sungguh.

Aku ni klu nak selamatkan diri, dah lama dah aku menipu kononnya aku pergi PD tu ngan member, lagi pun aku dah selamat pergi dan balik aper. Tapi aku tak nak. Aku pun ada prinsip sendiri. Aku buat apa2 mesti ada plan, kalau tak plan.. hasut camna sekali pun mmg aku tak buat pun. Dan biler aku dah plan, aku mesti buat wlu thalang camna pun. Kalau tidak, aku akan sakit hati sangat2. Cam masa cuti raya ari tu, aku dh plan cantik2 nk pegi Pasir Gudang masa 31hb tp last2 minit mak aku meradang tak kasi aku pegi mana2. IShk.. pedih sungguh jiwa duk pk. So, semalam aku taknak rosakkan jiwa sendiri, aku pegi jugak PD tu.

Masa kat PD henpon aku ada 4 miss call dr mak, aku dah agak mesti abang dh kasi bocor rahsia. Hampeh betul. Aku ni punya baik hati, hati tgh sakit tp masih leh amik abang, bawak gi makan kat kedai, sebaik shj aku balik dr PD. Malam mak tepon acik, apa lagi klu bukan pasal kerenah aku yang tu.. Geramnyaaaaa.

Arghh.. lupakan yang tu. Yang bestnya adalah pergi kenduri kawin Ida dan Kapten Erre. Ida masih cam dulu. Aku buat bodoh jer wlupun datang sorang2, makan sorang2. Tapi aku puas hati dapat tengok Ida bersanding. Masa aku lambai dia ms bsanding, bulat mata dia tengok aku, cam tak caya yang aku akan datang agaknya. Tp aku tengok2 dari jauh jer lah. Taknak lah kacau dia, lagipun ramai orang nk bgambo ngan dia, ramai orang dia nak kena layan. So sebelum balik, aku jumpa dia sat, salam, cium2 sikit dan terus balik. Aku tau dia serba salah psl kehadiran aku cam terbiar gitu jer, dan tak dpt nk berbual lama. Aku tak kisah pun, wlupun balik ngan tangan kosong (aik cam ngungkit nampak?). Lagipun aku tau itu kenduri rumah Erre, bukan tmpt Ida. Family Erre pun bukan kenal aku, so tak salahkan sesapa pun biler aku dtg ke tak ker cam serupa jer.

Lambatnya masa berlalu, baru kul 11.. badan tak sedap ni. takd er mood nk wat keje.. gtg

Friday, November 18, 2005

Menaikkan Tekanan Darah Tanpa Sengaja

Berhari-hari tak update? Apa sudah jadi? Inilah yang dinamakan bz tahap lebah. Lebah pun tak bz camni, kononnyaa lah hehehe.

Bila bz, tak der masa nak rilek, biler tak der masa nak rilek, mulalah badan rasa semacam, biler badan rasa semacam, rasa nak naik angin jer dan biler asyik nak naik angin jer, stress pun datang. Last2nya biler stress tekanan darah pun naik !!! Sesungguhnya itulah yang berlaku sekarang, pemeriksaan tekananan darah baru-baru ni memang agak memeranjatkan. Bos aku pun terperanjat, katanya aku dh macam orang tua.. adoiii apa sudah jadi ni? Tp bos aku kata mungkin ni temporary jer psl this few weeks mmg byk sgt menda aku kena ngadap.

Rupa-rupanya bukan aku jer. Pegawai sebelum ni yg kerja di bhgn ni pun ada hadapi masalah yang sama. Biler dah kuar g tempat lain, BP dia dah normal. Dan bukan aku sahaja, bos aku pun dah alami perkara yang sama bila baru-baru ni dia pergi medical checkup utk ke oversea, sah BP naik.

Parah betul biler sampai camni. Dulu aku tak pernah camni sekali. Tekanan datang bertubi-tubi, memang nak pengsan dah rasanya. Besar sungguh tanggungjawab biler terpaksa berurusan dan nak menjaga pelbagai stakeholders.

Dah baper hari tidur tak teratur, makan tak teratur. Bebarapa hari pulun untuk hari kualiti semalam. Habis jer majlis ingatkan nak rilek tp bos paksa attend meeting untuk satu lagi award baru smpi kul 5 lebih. Adeiii, dengan penatnya, pi meeting sampai tersengguk2. Malu tak malu lah padahal meeting cuma 8 orang, obvious giler biler ngantuk. Nasiblah ko.

Hari ni baru lega sikit, tu yang ada masa nak lepak2 menaip blog. Aku dah pulun plan dan sediakan apa yang nk dibuat, pas ni staf tinggal buat jer, aku tengok2kan gitu jer. Petang ni rasa nak duduk bilik meeting smbl tengok TV dan sain borang perjanjian yang beribu2 tu. Sain lah sampai abis dakwat pen, sampai bosan nak termuntah2.. yang penting otak aku rilek.

Sekarang ni aku tengah berusaha untuk menjaga hati dan emosi. Tekanan yg pelbagai membuatkan aku cepat naik angin lebih-lebih lagi biler staf buat hal samada meleceh2 kan kerja atau tak buat apa yang disuruh. Aku rasa kena brush up balik ilmu stress management dan leadership kalau nak survive otherwise samada aku yg collapse atau habis sumer orang collapse kena kerjakan ngan aku hehe..

Di sini aku nak ambil peluang mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ida dan Erre atas perkahwinan kalian. Insya Allah hari Ahad ni kalau ada geng aku akan gi kenduri kat PD tu. Juga ucapan Selamat Pengantin Baru untuk Nani, classmate masa kat Tun habab dulu. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rumahtangga mereka. Amin

Wednesday, November 09, 2005

Berzakat Menyucikan Harta

Assalamualaikum..

Amacam hebat tak hebat tajuk entri aku kali ni. Entahlah semalam punya kes lah ni. Seriously aku pun tak tau camna pagi2 buta semalam aku leh pi masuk website Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Betul2 aku tak ingat, ishk.. strange betul rasanya. Tetiba jer hati aku menggerakkan tangan aku untuk membrowse website tu. Semacam ada kuasa plak. Adakah kerana semalam aku dah mula berimej baru? Imej baru? Imej lama sebenarnya, cuma beberapa tahun ini diketepikan atas lemahnya hati dan iman yg aku dukung selama ni yg tunduk dengan tuntutan keadaan.

Di sini hati aku mula berkata, otak aku mula berfikir. Betapalah pemakaian kita ni ada meninggalkan kesan pada tingkah laku dan pemikiran. Adakah tingkahlaku dan pemikiran tu disebabkan tak mau malu, bimbang dikatakan tak sepadan dengan pemakaian? Entahlah aku pun tak tau. Tp pemakaian seperti ini buat aku rasa secure dan bebas bergerak.. tak der lah nak terkepot2 nk cover sama sini. Dan biler dah macam ni, naluri semulajadi menyentak hati untuk lebih berhati2 dalam menuturkan kata2, baik dari segi isi kata mau pun intonasi suara.

Aku tau aku tak perlu tunggu lebih lama. Usia hidup ni pun masih belum tentu lagi. So, back to this zakat topic. Ekceli aku dah register untuk potongan gaji untuk zakat pendapatan masa kat company lama lagi. Tapi biasalah company cina, tak amik kisah sangat. So, belum sempat diproses aku pun dah blah. Jadi ada baiknya niat murni itu diteruskan di sini plak. Lagipun baru aku perasan yg kat blkg cermin keta aku ni ada sticker MAINJ berbunyi Zakat Menyucikan Harta, tak ingat plak dari mana aku dpt. Sticker dh terpampang tp aku sendiri tak berzakat lagi apa kes?

So, semalam petang aku meronda mencari PPZ cawangan Putrajaya dan dah selamat pun aku pergi mentaksir tghari tadi. Malangnya Kak Su Bhgn Kewangan kata dia dah siapkan sumer proses gaji smpi tahun depan. So, klu aku nk wat potongan dia suh tunggu bulan Mac, alahai lamanya.. kesian aku. Tak perlah, aku dah daftar, so untuk smntara aku akan bayar manually guna channel-e dulu. Kira punya kira zakat pendapatan yg aku kena bayar dari thun 2002 smpi 2005, aku kena lebih kurang RM1050.00.

Aku dapat perhatikan yg orang Islam skrg tak berapa mengambil berat tentang zakat pendapatan ni. Kebanyakan mereka rasa yg mereka tak perlu berzakat kononnya tak der kelebihan harta. Itu yg salah. Aku dulu perit jugak kena basuh ngan ustaz dari MAINJ masa kat Johor dulu. Kebanyakan orang rasa yang kita dah tlalu banyak tanggungan, contoh nk bayar umah, keta, saham dll. Tapi kita tak tau apa yg kita hutangkan itu adalah semata2 untuk bersenang2. Kereta, saham dll tu bukannya perbelanjaan asas hidup kita. Aku ingat sgt ustaz tu cakap, perbelanjaan asas yg dikira itu adalah perbelanjaan yang tanpanya kita tak leh hidup. Tanpa keta dan umah pun kita leh hidup kan? So itu semua perlu ada bahagian untuk dizakatkan.

Pembayaran zakat ni mudah, tak cerewet macam LHDN. Aku ingat dulu masa nak settlekan income tax jer, aku kena mengadap pegawai tu dekat 2 jam, abis dikoreknya segala menda. Tp zakat tak, itu urusan kita dengan Allah. Sebaiknya biarlah apa yg kita zakatkan tu lebih dr yg sepatutnya, psl kita sendiri tak tau setakat mana benarnya taksiran kita tu. Lagi satu yg penting adalah, zakat tu membolehkan kita terlepas dari potongan PCB. Tu yg aku kalau leh mmg nk pastikan bayaran zakat aku tu melebihi pembayaran utk PCB, biar tak kena PCB langsung. PCB, kita tak pasti tentang ke mana pelaburannya sedangkan zakat itu jelas, digunakan untuk ke jalan Allah, kita tak perlu risau kat situ.

Sesapa yang masuk blog ni aku seru lah. Marilah kita berzakat, bukan takat zakat fitrah tu jer. Ini yg akan menyucikan harta kita. Biar berkat, biar tiada syak. Biar apa yg kita spend, yg kita makan itu suci. Bukan untuk kita jer tp untuk keluarga kita jugak kelak. Sebarang maklumat, pergilah ke website http://www.zakat.com.my. Dah comprehensive segala maklumat tu, siap ada kemudahan pengiraan. Mmg senang jer, tp aku was-was dengan pengiraan aku sndiri dats why aku pergi sendiri suh pegawai zakat tu kirakan.

hemm.. semalam kengkawan PTD aku pelik tengok aku. Klu aku jadi derang pun aku heran. Tetiba aku berubah penampilan dan bercakap plak pasal zakat, pasal haji.. (stabil jer urusan bayar zakat ni, aku nk pindah ke urusan tabung haji plak. Semoga Allah permudahkan usaha ini, Insya Allah)

Oklah, kepala aku pun dah berpinar2 plak ni. Nak balik. Wassalam.

Monday, November 07, 2005

Selamat Bekerja Selepas Beraya

Kalau nak diikutkan hati, aku nk menaip panjang, yer lah satu minggu punya tragedi, mesti berkilometer-kilometer panjangnya. Tapi setelah sidang antara hati dan otak aku menggulung perbahasan, dewan menetapkan yg tak perlu lah aku nk leret2 balik2 dok cerita yg sama. Lebih kurang sama jer pun dgn tahun lepas2 punya cerita. So, toksah nak mengarut2 lah ek. Bukan sapa pun yang membacanya. Kalau nk menulis gak, yg berfaedah ler sikit.. chewwah.

Huhu, apa sudah jadi dgn aku? Entahler, maybe pasal kebosanan melampau yg melanda hidup aku hari ni. Start dr kuar rumah smpi ofis dah terasa kesunyiannya. Masuk opis apatah lagi. Even masa masuk lif, aku dh terasa pelik, mcm janggal gitu hehehe, apa kes? Masuk ofis, kat bhgn aku cuma tercatuk dua manusia iaitu aku ngan kak nor. Amir pun patutnya masuk ari ni tp dia pi MC plak, tak agak2 mamat sorang ni. Entah naper, kesunyian tu mmbuatkan aku rasa syahdu yg aku sendiri pun tak tau apa pasal. Nak kata hormon tak stabil, ishk baru jer selesai, takkan dh nk datang balik. So, otak aku pun jam nak berfikir.

Yg tak leh tahan, entah camna pagi tadi on the way nak pegi cafe kat bangunan sebelah ni, aku leh tergelincir jatuh dengan bangganya. Perghh.. bukan setakat sipi2, tapi mmg jatuh betul2. Sib baik tak terentak kuat, kalau tak.. haru beb. Tak leh beranak kang.. uuuit mulut cabul. Astarghfirullah. Bak kata Fiq, weii nak pakai lama tuuhh.. jaga baik2. Hehehe..

So, pagi smpi tghari aku angkut kerja masuk dlm bilik meeting dan membuat kerja2 bodoh, stapler2 surat, asing2 surat sambil menonton televisyen bersama kak nor dan 2 orang PKS, Lin n Yan. Cayalah.. walaupun drama dh tengok 2-3 kali pun layan jugak. Petang plak apa ek aku buat? Oh ya, membuat 18 ketupat kecik dengan riben2 yg aku belah dua menjadikan kelebarannya 1 cm sahaja. Sib baik expert.. (perghh.. bunyi macam orang perasan tak?) Siap ketupat, aku mendesign book mark plak. Ishk, apa yg aku nk buat ni? Aku nk wat souvenir utk colleague satu bhgn. Segugus souvenir yg terkandung satu bookmark kaler purple (of coz!!), ketupat riben yg comel dan kuih raya!! Hemm.. syok sungguh rasanya, membuat apa yang aku suka.. tapi di waktu yg salah. Hemm.. camna nak cakap tu?

Oh ya, just now aku dpt sms dari Ms Neo. Ishk terharunya biler staf2 cina kat tmpt lama sudi mghantar sms raya. Baru2 ni plak, Operations Manager aku dulu Mr Thing hantar sms raya jugak. Mmg terharu giler. Org giler pun tak terharu camni.

Ok.. nak balik, sian adik aku ngan bibi' duduk umah. Dah makan ke belum derang? Syian ler plak. Babai..

Friday, October 28, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Hari terakhir bekerja sebelum bercuti untuk HARI RAYA. Yahooooo!!! Kali pertama balik ke Johor semenjak bekerja kat Putrajaya. Perghh syahdu betul anak di perantauan ni kehkehkeh. Kali pertama beraya sebagai seorang PTD tuhh.

Menghitung jam untuk balik ke Johor. Esok bas kul 9.00 pagi bertolak dari Pudu ke Larkin. JB, tunggguuu!!! ececeh dah macam filem KL menjerit lah plak. Dah lama beb tak naik bas express ni, last naik bas ari tu masa gi Melaka, trip company lama. Ishk teringat plak masa zaman sekolah2 dulu kat Taiping, naik bas smpi sengal2 badan biler smpi JB. Ni nk bersendirian ni pun aku cam antara confident ngan tak jer. Korang doakanlah aku selamat kembali ke pangkuan keluarga tercinta di Johor.

Kerja2 aku kat sini, yang major2 kira dah settle lah.. tinggal sikit2 jer. Yg pasti, naik raya nak pulun kerja lain plak, itu sudah pasti. Arghh pedulik haper aku, yg penting satu minggu ni kena enjoy puas2, lepas tu naik kerja nak lentok2 tu karang2 leh pk.

Oklah, sempena bulan baik ni. Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang mengunjungi blog ni walau siapa pun anda, yg rajin masuk ke yg malas masuk ker, yg tersesat ker.. tak kisah. Maafkan salah silap, terkasar bahasa atau apa2 jua yang telah menyinggung hati kalian. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga bergembira dan bahagia di hari raya nanti. Jaga diri baik2 dan kirim salam kepada keluarga kalian. Kalau seronok2 beraya tu, jgn lupa kat aku, kuih2 muih yg sedap2 tu simpan2 lah untuk kawan hehehe..

Pesan aku, kalau balik beraya tu berhati2 (aku nasihat diri sendiri jugak ni). Cuba kita renungkan, Ramadhan dh nak berlalu, adakah kita manfaatkan segala kelebihan ramadhan yg datang itu. Kena muhasabah balik. Aku pun kena muhasabah jugak ni. Aku rasa cam teruk jer prestasi amal ibadah aku bulan Ramadhan ni.

Oklah, dh nk kul 5. Nak tutup pc, nak balik!!!

Tuesday, October 25, 2005

My Blog's New Look

How about the new look? Refreshing, sweet and calm I can say. Dari mata aku, memang cantik, of coz lah the design was inspired by me .. but done by T. Thanks T for successfully translated my wish into such a marvelous job, breathtakingly beautiful, girl. Nanti bebila akak balik Johor, kita kuar makan eh hehehe.

I like purple very much and daisy as well. Start to love daisy since tengok U’ve Got Mail and start suka purple entah bila.. tak ingat. So, I told T, I need this two elements in my blog. Make it simple and u dun haf to stress ur eyes when browsing this page. Just look at the water drops on the daisy’s petals and got the feeling…

Suddenly this purple remind me to my room at Johor. Masa duduk rumah sewa dulu, aku ada beli cat warna purple ngan turquoise lembut if I am not misataken. Konon nk wat dua kaler dalam satu bilik. But it happened that I didn’t use them at all. Tak der mood langsung nak mengecat bilik, nak menghias. Heheh rupanya mmg tak lama pun duduk situ, dah dapat kerja PTD ni. So, I wonder what had happened to the two tins. Maybe abah dah guna wat cat bilik aku, or maybe dah selamat ditempel kat dinding dapur. Whatever it is, aku tak kisah pun even dua2 cat tu dah cost dekat 200 ringgit, fooohh…

My 1st salary as a PTD dah selamat di bank in semalam. How stupid I was last week. Naperlah aku tak bank in kat deposit machine kat BCB tu. To add more regret, aku tak perasan pun yg sampul deposit mmg ada kat luar, dekat ngan machine tu, cheh padahal aku dh masuk pun tempat tu. Eeee.. geram pun tak guna. Probably lusa kot baru merasa duitnya. It’s ok as a long as I can withdraw the money before going back to Johor this Saturday. Kalau tak, rasa nak meraung seraung-raungnya biar dapat didengari satu parcel E dan parcel-parcel yang berjiran.
Huhu, I just realized one thing. It has been a week since I wrote my last entry. Hahaha.. busy punya pasal lah ni. Semakin terserlah ciri-ciri seorang PTD yang unggul, cheh hampeh. Today, most of my urgent tasks have been completed. The remaining stuffs are not urgent so lambat2 pun tak per. Alhamdulillah, selamat sikit. Kalau tak tu, all the time I have to answer so many calls, so many questions regarding the new scholarship. Nak menjawab dgn bos, dgn orang IT dan yg paling tak tahan dengan lecturer2 ni semua.

Fo the time being, I need to prepare some info about our division and our service to BTM for the purpose of website and kiosk contents. Then, kena draf surat untuk semua agensi penaja biasiswa seluruh Malaysia. This one is urgent also coz it had been minuted dalam agenda menteri. Kami nak buat direktori untuk hebahan umum, so that public will have no problem in finding the right source of info regarding student sponsorship. Sebenarnya banyak pihak yang menaja biasiswa dan pinjaman kat Malaysia ni tapi derang tak tau. At the end, yang kena menjawab adalah kami kat scholarship division ni lah. Dengan adanya direktori baru ni, hopefully will fulfill public’s needs. Insya Allah.

U know what, the work load sometimes blowed out my temper. Dengan kerenah staf, dengan kerenah bos. Well, it's not that i am not used to stress at my former workplace but this two organizations have totally different conflicts. Sekarang ni cuma mampu bersabar dan think positively.. what else? (heii.. entah naper tetiba ari ni byk pulak aku merapu dlm BI ek, haha dah lama rupanya tk blogging in BI.. belasah jerlah broken pun)

Till then, wassalam. Coming up next, one last entry before hari raya.. stay tune bebeh.

Tuesday, October 18, 2005

Hati nk balik raya, badan nak kena kerja..

Assalamualaikum..Entah naper sehari dua ni badan dah mula mcm nk sakit balik. Maybe pasal berhujan sikit kot weekn ari tu. Hai.. apa kes lomah sangat badan den ni haa. Nampaknya pas dpt gaji ni nk kena cari supplement utk badan.
Last weekn, acik n family balik Gemencheh. Aku tinggal umah dgn bibi'. So biler nk buka puasa, bawak bibi' pi PKNS dan param kat belakang tu. Ishk.. bibi' cam orang jakun lah. i guess sblm ni acik tak penah bawak dia jenjalan agaknya. Pas tu nak suruh pilih makanan punyalah susah, yerlah first time tengok gerai makanan punya banyak. So aku guna kuasa veto beli nasi dagang. Malam pulak, aku heret dia pi terawikhnya yang pertama di Malaysia hehehe.
oh ya, masa aku pergi PKNS, ada kumpulan Brothers buat persembahan. Memula aku cam tak caya itu Brothers. Yer lah, derang pakai punya sempoi cam nak gi jenjalan pi pasar. Pastu ada 3 orang yg rambut rebonding! Elemek, cam ni ke penyanyi nasyid, tak der rupa langsung beb. Tapi bila dengar suara yg power baru aku caya tu Brothers. Ni apa kes ni?
Ahad, aku ngan abang pergi beli tiket bas balik. Eeee.. penat rasa nak tercabut kaki ni. Yer lah, pergi Mines parking keta kat situ dan jalan kaki ke stesen komuter Serdang. Nak parking tmpt lagi dekat, abang tak kasi, katanya tak selamat. Ikutkan jer lah. Dari situ, naik komuter RM1 ke Bdr Tasik Selatan. Dari situ plak beli tiket LRT RM1.70 ke Plaza Rakyat. Tengok2 kat Pudu rupanya cuma tinggal 1 sykt jer yg ada pkhidmatan direct to Kota Tinggi iaitu Transnasional. Biler tanya2 huwaaa!!! Hari jumaat 28 cuma ada kul 3.30 petang. Hari sabtu plak cuma ada kul 11 malam. Giler ahh. So last2 aku cuma belikan utk abang jer, 21hb kul 1.30 petang. Biar dia dpt buka puasa kat umah. Aku plak mencari alternatif lain dgn membeli tiket direct to JB pada sabtu pagi. Kalau nk beli hari jumaat malam pun leh tp dok pk nnt smpi JB dh tgh malam, sapa nk amik? Berkorban lah sikit, dr JB nnt nk kena naik bas plak ke Kota. Hemm.. nk tau kenapa aku tak pi pudu naik keta jer? Kononnya nk belajar coz nnt kang aku balik jb tak bawak keta kan? kenalah naikpengangkutan awam nk ke pudu nnt.
Lepas beli tiket, aku pk nk balik jer. Abang memaksa plak gi Mydin. Aku ni bukan suka sgt tmpt sesak2 ni. Tp ikutkan jer lah. Tp not bad lah. Aku suka psl harga barang2 dia sumer ok2. Banyak pilihan dan banyak barang leh kita beli bwh satu bumbung. Kira ok lah tu, cuma jauhlah dr Bangi. Pakkal jer masa tu aku tgh tak der duit, kalau tak, harus aku mmbeli.
Then, baliklah ke Serdang. Eee penatnya kaki ni tak tau nk cakap dah. Sepanjang2 tak der duduk lgsung. Abang selamba badak jer jalan bawak payung tp ala2 askar berkawad dengan tongkat.. lantak pi lah. Amik keta dan balik ke Bangi, gi param. Biler smpi part nk mmbeli yg haru skit. Abang dh mula amik alih tugas membebel. Katanya aku cerewet sgt, nk makan yg murah tp sedap dan tmpt yg ramai orang datang. Klu tengok tak ramai orang kat gerai tu, aku kata haa mesti tak sedap.
Malam kami berbuka bertiga. Bibi' kata biler duduk ngan aku, dia dpt makan sedap2 walaupun aku beli je sbnrnya hehe. Tp mlm tu, aku tk bawak bibi' pi terawikh, suh dia tunggu acik balik. Aku pi terawikh ngan abang jer, naik motor. Hahaha.. giler ahh baru aku perasan yg aku ni dh berkurun2 tak naik motor.
Semalam pagi2 sumer pegawai dipanggil meeting dgn bos. Bukan apa pun, cuma memastikan agihan kerja dan make sure everything tu ikut timeframe. Adoii.. check2 punya byk task ada kat aku. Tension siuut. Smlm petang, bos siap warning. Amacam? Saya kasi banyak task kat awak ni, jgn awak lari sudah. Huhuhu.. dah ler gaji tak dpt2 lagi, kerja dh berlambak, camna nk bina moral ni? Dah ler aku ni kursus pun lum pergi. Alahai.. ciannya diri sendiri. Minggu ni dgn byknya menda nk settle, dgn byknya meeting nk kena attend.. tak tau lah apa nak jadi. Pagi ni aku ada appointment kat KPM, kul 11 nnt, ada demo sistem ISP plak. Entah smpt entah tidak.. belasah jer lah.
Oklah.. mulakan kerja2 cepat!!! Go go go!!

Thursday, October 13, 2005

Larat tak larat laa..

Assalamualaikum..
Ari ni aku dah kekeringan idea nk menulis apa. Balik2 kang aku citer pasal apa yg aku buat hari2 yg lebih kurang sepesen jer. Cam tak der perkembangan langsung kan? Nak wat camna, mmg itu pun namanya diari. Kang kalau tak sama jer, dah mcm novel plak. Hahaha.. rupanya dah berkurun pun aku tak baca novel. Rasanya novel terakhir yang aku baca dengan penuh komitmen adalah Seharum Kasih by Aina Emir yg aku pinjam biler kena promote konon best giler dgn si Anis. Aku pun pelik camna orang lain bleh spend bpuluh2 ringgit dan spend masa berjam2 mengadap novel yg tebalnya 4-5 ratus muka surat. Lagilah kalau novel tu ayat2 dia punya puitis yg naik tergeliat urat mata aku nk mmbaca. Kalau aku, sorilah, byk menda lain aku leh buat, aku leh beli. Kalau aku nk kisah kemasyarakatan, aku leh baca paper. Kalau aku nk feeling2, aku leh tengok tv atau dengar lagu jer smbl wat kerja lain. Lagi jimat kot hahahaha.. kedekut nak mampus. Bukanlah.. bukan kedekut, tp bg aku menda tu sumer mmbazir. Dan aku sendiri sedar kemampuan aku takat mana.. ahaks.. cam syahdu ler plak bunyinyer.
Sedang aku menaip ni, computer aku tak berenti2 memainkan lagu raya muahaha!! Besh giler walaupun puasa baru sembilan hari jer. Pas ni aku nak buat kerja lama kat sini iaitu menganyam ketupat reben untuk digantung kat ofis. Mana aci beb, Bhgn Sumber Manusia punya advance dah gantung itu ini, siap dgn lampu kelap kelip tu yg tak tahan. Then, aku nk wat kerja baru masa raya yg baru jer dimasukkan dlm job spec iaitu mendesign kad raya plak. Tahun ni pakai kad hand made jer lah. Nak wat camna.. duit tak der..
So, ndak tak ndak dlm entri ni aku bceriter lah lagi kisah hidup aku. Kelmarin aku gi meeting kat KPM. Meeting yg langsung tak de kena mengena ngan aku. Boleh bayangkanlah ngantuknya meeting kul 2 petang, dah ler tak der makan hehehe. Yg dtg sumernya DG yg veteran2, terasa cam alien kejap dlm meeting room tu, patutnya KPSU yg pegi tp dia tak der, aku g ngan bos. Dah tu bos masuk kejap jer lalu meninggalkan aku terkontang kanting bsendirian dlm tu, kijaam! Melongo lah mdengar kisah guru2 yg ingin melanjutkan pelajaran.
Petang semalam aku pi majlis berbuka puasa dan terawikh bsama menteri. Kul 6.30 ada tazkirah, tak ramai orang pun. Pastu masa berbuka kat café eh banyak plak orang. Then turun terawikh, sikit plak orang. Tak patut sungguh datang makan jer. Abis dlm kul 9.30 dan berlaku sesuatu yg tak dijangka., waktu aku turun ke basement nk amik keta, tak nampak haper.. rupanya orang buat fogging. Bayangkanlah dgn tak leh bnafasnya tp redah jugak. Pastu tak nampak jalan plak tu, berjerebu habis. Sib baik balik ngan staf2, ada jugak teman. Tp akibat terhidu asap fogging tu, tekak aku dh semacam.
Semalam sekali lagi aku kena panggil masuk bilik bos. Seperti biasa, keluar dgn muka yang pelik. Staf aku dah leh agak dah. Ni mesti tambah kerja.. huhuhu.. memang betul. Bos nk start setup unit biasiswa secepat mungkin psl menda ni dah ada dalam agenda menteri. Adeh deh.. urusan pinjaman ni pun baru jer nk bnafas. Dan bos suruh aku lead dan catch up secepat mungkin hal2 berkaitan biasiswa ni. Oooii biar benar. Main percaya cam tu jer ke? Aku kan budak baru masuk sebulan lebih, dh diberi tanggungjawab sebesar ni? Poning palo den ni haa. Aku dah agak dah.. masa pi meeting kat KPM bos ada tanya aku, awak boleh handle tak menda2 biasiswa ni? Aku kata, klu nk jawapan ikhlas sekarang tentulah TAK BOLEH pasal saya tak tau apa2 dan belum belajar. Kalau saya dah belajar dan dah tau, Insya Allah ler. Huhuhu.. aku pelik sungguh. Dalam carta organisasi, aku ni Unit Pra Perkhidmatan iaitu hal2 berkaitan bayaran untuk student2 fresh. Ni apa ke hal plak aku kena handle Unit Dlm Perkhidmatan plak (untuk pensyarah2). Cabaran betul ni. Aku lg prefer deal ngan student, wlupun masih mentah tp derang ni menurut kata sikit. Kalau dgn pensyarah2 ni ada kureng lah sikit, masing2 konon dh terer. Tp ada jugak bestnya, nnt banyaklah aku belajar berurusan ttg cara2 nk uruskan kemasukan univerisit luar eegara, bleh pergi oversea sekali sekala, cheh berangan. Nak start ni jer yg problem sikit. Aku tau bos nk settle menda ni cepat sebelum aku pergi DPA 6 bulan nnt.. perghh. Larat ke tak? Ni pun aku dh terkial2 bila lecturer2 call btanya itu ini.
Oklah, panjang dah ni. Oh ya, ingat tak entri aku sblm ni psl bos sindir aku masa aku demam? Haha sekarang bos aku plak dah demam. Dia kata aku sebarkan virus kat dia psl aku tak puas hati kena sindir ngan dia hari tu. Heheh dolat dolat.. Hari ni aku dh plan nk pergi majlis berbuka puasa PPTD kat INTAN, tp nmpknya kensel psl aku tpaksa gi sorang2 then balik pun sorang2. Huhu berani ker aku, 1st time nk terlajak ke KL ni, mlm plak tu. Kalau mak aku tau.. mampus kena leter.

Tuesday, October 11, 2005

Nak balik raya !!!

Lama gak aku tak menaip entri. Akhir minggu lepas bz skit.. dan semalam aku MC. Dah pergi kerja dah pun, tp kul 11 aku kuar biler badan dah tak tahan. Bos aku siap sindir2 kata, kalau larat pergi klinik maksudnya larat lah untuk pergi keja. Cheh hampeh, dia ingat aku main2 ker. Dia kata muka aku tak macam orang sakit. Eeee.. geram aku, aku mmglah camni, tak ada expresi. Aku kalau tak iye2 takkan MC lah. Kalau nak, bleh check dgn majikan aku yg dulu, dlm 3 thn setengah aku keja, rasanya tak sampai 10 hari pun aku MC. Kat klinik, dr kata aku mmg dah demam and suruh aku buka puasa, jgn minum susu dan jangan drive (beh tu, aku nk balik menapak dr presint 8 ni ke bangi?). Balik umah, buka puasa ngan sebiji pisang, makan ubat bummm tak sedar smpi petang.
Sat tadi, xhousemet aku tepon dari Pasir Gudang. Hemm.. rasanya nak singgah PG nnt masa cuti raya. Huwaaaa!! Aku cuma dpt cuti smpi 6hb jer. 7hb bos aku dh block psl pegawai2 lain yg dah kawin summer extend cuti smpi 2-3 hari. Tak puasnyer raya !!!
Besok aku akan pergi majlis buka puasa bersama menteri. Free, tu yg aku tak pk panjang tu. 13hb ni plak buka puasa yg free jugak kat INTAN Bt Kiara, makan jer free, transport kena sendiri2. 22hb ada majlis reunion buka puasa PTD batch 1/2005. Yang tu confirm aku tak pegi lah. Yer lah satu kepala RM30 mana nak cekau duit, transport lagi.. pergh.. Tak kisahlah kalau depa nak kata aku ni tak mingle2 ker haper ker. Aku dari dulu mmg cam tu pun. Ada pun sama, tak der pun orang tak heran.. hehehe.
Setakat nk mingle2 yg takder pekdah ni mmg aku malas. In fact aku rasa I dun belong to this group. I mean PTD nilah. Tengok masa PTD Unggul jer aku dh dapat rasakan. Tak der aura islamiah dalam kursus ni. Sosial lebih2 dan asyik kepada unsur2 hiburan. Apa ni sumer? Bosannya aku! Pengisian rohani langsung tak der. Ini ker pemimpin Islam Hadhari? Kalau tak pk yg aku dah perabis tenaga nk join PTD ni, rasanya dah lama dah aku quit. Manalah aku tau PTD macam ni. Sebab tu, aku rasa lebih bersyukur andainya aku diletakkan di peringkat2 negeri yg mana aku lebih dekat dgn rakyat. Duk peringkat pusat ni membosankan, deal dgn orang2 tinggi yg protokol sajer lebih. Aku bukan tak der pendirian, tp aku pun bukannya kuat sgt. Buatnya kebiasaan yg berlaku di sekeliling menjadikan aku terpengaruh, terikut2, camna? Entahlah.. Kalau inilah yang akan terus berlaku, aku tak janji yg aku akan stay dlm government ni sampai berpuluh tahun. Entah2 tak sampai 10 tahun, silap2 ari bulan abis kontrak 3 thn aku dah cabut hahaha. Aku bosan dgn terlalu banyak kerenah birokrasi.
Balik raya ni aku tak tau nak naik apa lagi. Memula nk naik bas, pastu tetiba mencuba nasib untuk bertanya dgn member2 ptd ttg sesapa yg nk balik JB untuk car pool. Last2 hampeh betul, dah kumpul2 orang, aku plak yg nk ditinggalkan. Kureng betul rasanya padahal aku yg start dulu topik car pool ke JB ni. Ni lah kalau jadi orang low profile. Dan aku bukak lagi tawaran car pool ke JB.
In fact, aku mmg dah niat nak me 'low profile' kan diri sepanjang DPA dan among PTDs. First mungkin pasal aku tak sealiran dgn kebanyakan mereka. 2nd, aku cuba nk mengurangkan dosa dgn mengurangkan bercakap. Itu jer. hahaha.. aku nk kasi tau lah sesapa yg nk jadi PTD, kalau anda bertudung labuh, hapuskanlah niat tu. Aku ni pun mmg agaknya rezeki, masa interviu aku pakai tudung biasa2 jer. Walaupun masa PAC ada beberapa orang yg btudung labuh, tp tak der sorang pun yg pass smpi DPA. Benci2 pun, aku tetap bersyukur dgn apa yg aku dpt skrg. Memula aku rasa sedih gak psl ditempatkan kat Bhgn Biasiswa sedangkan member2 lain dpt kat bhgn yg nama punya grand cam Bhgn Perancangan & Penyelidikan, Pengurusan & KHidmat Korporat, Kewangan dll. Aku sorang jer kat Biasiswa. Tp last2 aku bersyukur teramat2 bersyukur pada Allah. Aku dpt collegues yg betul2 baik dan saling menghormati, begitu juga dgn bos yg bagi aku cukup penyabar, bleh mingle2 ngan staf dan yg paling penting, dia islamic skit. Tu yg tiap2 Jumaat kami ada sesi tazkirah kat bhgn. Berbeza dgn apa yg selalu dirungut oleh member2 kat bhgn lain. Dan lagi satu, aku rasa honoured, rasa mulia kerana bekerja dgn sesuatu yg merupakan kebajikan, membantu anak bangsa melanjutkan pelajaran. Aku bangga dgn bhgn aku. Cuba bayangkan, pelajar masuk mendaftar sesi Julai 2005, bulan Oktober 2005 derang dah dapat duit, tak cepat ke tu? Aku klu diberi pilihan, malas dah nak pindah2 bhgn, cukuplah kat sini jer
Ni aku baru balik dari meeting di Kementerian Pelajaran. NI lah padahnya kalau 'ada pegawai serupa macam tak ada pegawai' hehe itu ayat bos aku yg refer pada KPSU. Pasal KPSU selalu tak ada, asyik aku yg kena wakil pergi meeting itu ini. Meeting kat KPM dah dua kali aku wakilkan. Bos pun pergi jugak tp dia masuk kejap jer then tinggalkan aku kat situ, sian aku. Ngantuknya mata Allah jer lah yg tau. Ni yg tak bestnya pi meeting waktu puasa, tak der makan2.
Oklah, aku pun dah nak balik ni. Badan dah tak larat, lesu semacam jer.

Thursday, October 06, 2005

Tak tau nak taruk tajuk apa

Rehat lagi.. signal pun baru bunyi,
Hari ni, bertambah lagi kerja. Tu yang fobia tul biler kena panggil ngan bos. Kerja yg sedia ada pun lum settle. Haha tau byk kerja, nk jugak menaip entry yer? Yer lah, skg kan waktu rehat, takkan nk wat kerja kot. So, mehlah membazirkan harta rakyat muahahaha.. (Setan sesat tak kena rantai lah ni)
Semalam aku berbuka ngan abang. Kami makan di restoran jer selepas mengeluarkan duit yg mak bank in utk kitorang. Memula plan nak pergi param kat bangi tp traffic mmg tak mengizinkan, dah tu ujan ler plak. Sampai2 kat bangi dah lebih dari 6.30 petang. Aku bersyukur betul pasal abang pun jenis yg punyalah berjimat cermat. Selagi ada duit belen2 yg boleh dikorek, kitorang korek. Selagi ada makanan yg paling murah tp mengenyangkan, yang itu lah kami makan. Mencompare harga macam nk beli baju. Pk punya pk sbnrnya makan kat Serdang lagi murah kot. Tp aku tak leh lah nk ke sana selalu psl kang banyak plak petrolnya.
Malam tadi, aku tak terawikh, in fact aku uzur sebenarnya. Tapi hari ni aku dah puasa dah. Semalam tak puasa tapi aku tak makan apa2 pun, so penat ler jugak. So, semalam sempat bibi' mengurut kaki aku yg pernah terseliuh masa sek men dulu. Aku pun tak tau mana silapnya kaki yg satu ni smpi skrg masih tak baik2, dah 7 tahun tuh. Bibi' kata susah nak baik dah psl tak diurut dari awal. Masa memula jatuh dulu, doktor kata tak boleh diurut, cuma balut jer. Aku pun ikut jer lah. Last2 kena urut jugak, dah banyak kali dah aku urut dan banyak tmpt plak tu, tp masih cam ni. Tapi aku pun salah jugak, dah tau kaki macam tu, aku masih jugak lasak2, sendiri cari padah. Tu yang pakai kasut bertumit serendah tidak pun aku masih leh terpelecok. Sekarang plak aku tgh amalkan naik ke ofis di tgkt 5 guna tangga. Bukan dari tgkt 1 tau, dari Basement 2, So ala2 naik ke tgkt 7 lah. Konon nk exercise, tp kaki sdiri yg merana. Skrg ni, klu setakat dalam2 ofis ni jer, aku mmg tanggal kasut, kasi relax kaki.. pedulik haper kan.
Baru dpt info yg adik aku akan balik raya seminggu lagi awal dari aku. Jelesnya aku ni toksah cakap lah. So, nnt aku akan balik sorang2 naik bas. Huhu, apa kes ni, nmpknya tpaksa blaja cara termurah dan tercepat nak ke Pudu nanti.
Oklah, nak klik button DONE, nk tido kejap, then pi solat. Azam Ramadhan aku nak jadi perempuan yg lebih soft dan sopan santun hehehe. Tapi nampaknya nk mendadak tu mmg payah. Aku terpk, selama ni aku tak sopan santun ker ek? hehehe.. entahlah

Wednesday, October 05, 2005

Hari Pertama Ramadhan

Bos tak der, g meeting jabatan. Kerja pun tak banyak sgt, so ari ni sekerat hari aku mengerjakan segala menda yg nak di claim. Claim yg entah kurun ke berapa baru aku nmpk duitnya. Klu dptlah duitnya tu, aku akan dapat RM570.70. Termasuklah claim gi DPA, lapor diri,tol, yuran kursus, sewa hotel kat Melaka dan elaun makan kat melaka. Bolehlah tu.. walaupun confirm rasanya biler aku dh blah ke DPA thun depan, baru dapat duitnya.
Apa2 pun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ni. Harap2 confirmlah gaji masuk akhir bulan ni. Kalau tak, masaaak. PSU M44 yg masuk sebulan lg awal dari aku ni pun tak dapat lagi duit gaji start dia masuk. Banyak sgt kerenah birokrasi kerajaan ni. Pening paler, aku buat claim ni pun smpi tebal. Kalau dulu, ari ni claim, satu borang jer ngan resit. Then esok2 lusa dh dapat duitnya. Kat sini, punyalah leceh. Kalau gi melaka, nk kena ada proof yg mengarahkan kita ke Melaka, untuk lapor diri plak, kena ada surat yg menunjukkan alamat rumah dan destinasi sumer. Dah tu menda2 tu sumer bukan leh hantar gitu2 jer, kena plak cop pengesahan, macam org nk apply loan plak.. duitnya?? Bercinta beb.
Meh sini aku nk tunjuk kira2 gaji aku tahun ni yg aku sendiri lum rasa.
Tahun 2005
Gaji pokok + RM 1733.59Imbuhan Tetap Khidmat Awam + RM 170.00Imbuhan Perumahan + RM 210.00KWSP - RM 255.00--------------------------------------Gaji Bersih Masuk Bank = RM 1858.59--------------------------------------
Tahun 2006 plak
Gaji pokok + RM 1733.59Imbuhan Tetap Khidmat Awam + RM 300.00Imbuhan Perumahan + RM 210.00COLA + 150KWSP - RM 288.00--------------------------------------Gaji Bersih Masuk Bank = RM 2105.59--------------------------------------
Blehlah ni. Aku rasa klu kat JBFM tahun depan pun lum tentu aku akan dapat segitu banyak. Tp JBFM cover kat bonus yg kaw2 punya.
Sekali lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog ni. Tak lupa kepada semua yg mengucapkan selamat berpuasa pada aku. I would like to dedicate special appreciation to these special people Thanks 2 jaja 4 the tagboard msg, thanks 2 Atie, En Mohd, Kak Siti, Adnan, Kak Mar, Usu dan Ajai for the very nice SMS. Lastly to Hisham, thanks for calling.. really appreciate that coz u were calling from KL line.. mahal dan kita pun sama2 lum dpt gaji lagi kan? Pas ni gaji, nk beli simcard spare no KL, susah lah ramai sangat orang no KL ni.
Tghari tsempat turun ke lobi, ada bazar menjual kain baju, kuih muih dan macam2. Tergoda sekejap, tp aku pun mmg turun tak bawak wallet, duit bukan ada pun. Kiranya ok gak harga2 dia. Ada satu baju kebaya dari thai silk mmg cantik, akak yg jual siap pakaikan kat aku lagi.. ishk segan sungguh. Tp one fine day, Insya Allah aku akan smpi jugak ke Jalan TAR atau Masjid India. Mungkin kat sana lebih murah dari kat Johor, sapa tau kan?
Ari ni aku pun tak tau apa kerja yg aku buat sbnrnya. Petang, aku menggodeh YM sampai dah ok dah skrg. Dah tu, ada plak orang datang pasang printer baru kat sini. Kaler plak tu, so tak nak menyemak, aku merempat tmpt budak2 PKS wat kerja. Berborak smbl berkenal-kenalan hehehe.
Petang ni nak pergi amik Abang, kuar duit dan membeli belah di mana2 pasar ramadhan, hehe duit dah masuk beb. Oklah nak bekemas, nak balik dah.

Tuesday, October 04, 2005

Di Ambang Ramadhan

Rehat lagii..
Pagi tadi ada meeting dgn penaja2 luar, private dan GLC. Aku tak campur kat main table pun. Duk tepi jer smbl mengambil minit, menyambut tetamu2 yg baru datang, menyediakan handout dan menjadi perantara klu ada sesapa nk berurusan dgn org dlm meeting. Haha.. tulah nasib kuli 41. Tapi oklah, aku dpt byk jugak info ttg biasiswa2 ni. Sempat berkenalan dgn ramai orang. Paling byk borak dgn wakil dari MARA dan PETRONAS. Sajer je join menyibuk2 orang berborak. Pas tu show off skit yg aku ni former MARA student dan DAH BAYAR PINJAMAN.. hehe.. Yg tak berapa nk join adalah orang dari PROTON. Mak oii very the vogue the vast. Nama pun gempak semacam.. gerun nk dekat.. hehe
Hari ni aku pegi keja masih ikut jalan yg sama yg aku sesat semalam (Punyalah degilnyeee) tp kali ni lebih bhati2 so tak sesat dah. Tp esok2 aku dh tak ikut dah rasanya coz jln yg ni byk sgt traffic light.
Haha.. sajer nk show off, baru bukak channel-e dan mendapati duit tinggal RM23.75. Hehehe.. bangga giler beb. Dalam wallet ada lah duit sen2 jer. Cheh giler miskin aku. Sib baik ari ni abah janji nk bank in duit. Itupun kena share antara aku ngan Abang. Tak kisahlah. Cukupler smpi gaji. Yg mustahak bukan apa pun, petrol jer. Makan tak kisah, henpon tak kisah. Keta tu dh cam laki nombor satu aku buat masa ni. Serius rupanya baru aku perasan yg semenjak duk sini aku lum penah basuh keta tu muahahaha. Yerlah duduk kawasan camni mana nak kotornya. Lainlah dulu, aku cuci ari ni, esok dh jadi mcm keta rupa dah 14 tahun tk basuh.. tensennya masa tu, Allah jer lah yg tau. Nak basuh ari2 mana larat. Seumur hidup baru sekali jer aku anto keta tu basuh kat kedai. Yg lain2 sendiri sental.
Iklan : tgh dengar midi lagu citer autumn in my heart, best. Best tul kerja, smbl kerja dgr lagu. Time tgh baik, pasang nasyid. Time nk menyetankan diri kejap, pasang lagu2 pop. Time tgh blurr alias neutral, aku psg lah midi yg aku cilok dr website t.. layan blues ahakss.
To Jaja, aku tak derlah homesick sgt. Biasa2 jer.. lgpun tak der masa nk layan feeling2 ni. Mmglah aku rindu nk balik Johor tp kat sini dlm keta aku pasang radio Best 104.. hehe radio yg aku selalu pasang kat rumah time nk buka puasa. Haha.. mulalah ni nk teringat zaman dulu2 kat Johor esp masa kat PG.
Biler masuk bulan pose ni, teringat bulan posa lepas aku selalu spend masa kat umah Mak Usu Ar. Petang, aku ngan Ain kat menjelajah dr satu bazar ke satu bazar, dari air biru ke taman mawar, ke kampung pasir putih. Ada satu cendol durian sedap sangat kat air biru. Pastu balik tolong2 hidang. Malam plak kitorang akan ronda masjid plak. Sumer nk di try. Dan last2 kebanyakan malam kitorang terawikh kat Masjid Jamek jer. Subuh sahur dan kemudian tengok tv, drama kat tv indon. Kalau dulu tgk drama Doa dan Anugerah, best sangaat.. Eee rindu nk tengok TV indon, selalunya bulan2 posa ni, banyak rancangan2 keagamaan yg ditayang, lg bagus dr tv2 kat mesia ni.
Ni aku tgh fikir, balik raya nak naik apa? Nak bawak keta, dia punya kos tu adoiii.. Nak naik bas, nnt leceh plak klu nk ke mana2. Tengoklah kalau sebelum cuti ni gaji dah masuk, aku naik ketalah kot. Tp untuk mengurangkan kos, nak tau sgt klu ada sesapa yg nak tumpang dan share kos balik ke Johor. Lagi best kalau boleh ganti2 drive. Yerlah adik aku bukannya tau bawak keta..
So, sempena hari baik bulan baik ni. Aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Bulan yang sering mengundang kesyahduan untuk aku. Selamat Berpuasa kepada sekalian muslimin muslimat yang beragama Islam di mana jua anda berada. Jom sama2 hayati dan kejar keberkatan yg melimpah untuk kita pada bulan ni.
Bagi aku, Ramadhan datang dgn satu emosi yg terlalu abstrak untuk aku tafsirkan. Secara luaran kita lihat Ramadhan sama saja seperti bulan2 yg lain. Ramadhan dijanjikan dgn limpahan rahmat, syaitan dan iblis dibelenggu, pahala amalan dilipatganda. Aku selalu menanam pelbagai azam dan keinsafan. Tp entah di mana silapnya, aku sering merasa yg aku dh mensia2kan Ramadhan itu. Semacam tak smpi barakah itu, hampir.. tapi ada dinding yang memisahkan aku utk mengecapi nikmat keberkatan Ramadhan tu sendiri. Adakah kerana niat? adakah kerana aku tak istiqamah? Dalam keghairahan nak menyambut Ramadhan, aku jadi takut pulak sekarang. Selalu blaku, di akhir2 Ramadhan, aku akan rasa bersalah sgt2, rasa mcm menyesal kerana Ramadhan akan pergi sedangkan aku masih aku yg sama. Adakah dpt aku jumpa Ramadhan yg akan datang? Kalaulah masa boleh dihentikan.
Aku dah sedih sangat2 sekarang.. Dengan situasi sekarang, environment sekarang, boleh ke Ramadhan aku jadi lebih baik. Akan tercapai ke iltizam Ramadhan aku? Apa2 pun, Insya Allah aku takkan terus berfikir negatif camni dan takkan berhenti berusaha. Doakan aku.

Monday, October 03, 2005

Melaka punya pasal.. kereta punya pasal

..Rehat...
Dua hari sebelum berpuasa. Hari ni entah apa kejadahnya yg aku leh tak perasan pagi td aku kuar main sarung sandal. Hampeh, padahal kasut btutup ada 2 kat rak tu. Adoii.. dan lagi harunya hari ni ada perhimpunan bulanan bsama timbalan menteri plak tuh cheh. Lagi hampeh tahap mencabar maruah adalah, ada sesi memperkenalkan pegawai2 baru. Ishk2 malunya.. harap2 derang tak perasan yg aku ari ni pakai sandal cabuk jer.
Ari ni sekali lagi aku tersesat kat putrajaya. Bayangkanlah jalan sehala ni, klu dah tbabas tu, nk pusing balik tu bukannya senang. Apa kes aku leh tbabas smpi ke Pusat Konvensyen, adoii haii. Ni lah padah konon nk test jalan lain, rasakan ko.. sedap tak?
Nak cerita pasal outstation ke Melaka. Kami btolak dari Putrajaya kul 12 lebih dan tiba saja di MITC, check in Ancasa Hotel. Eee.. tak bestlah bilik dia, dah ler kecik, soket pun ada satu jer. Mana nk charge hp, mana nak masak air, mana nak charge labtop lagi. Tp pasal dia lah yg plg dekat ngan PKNM tu, belasah jer lah. Petang kami ada raptai.. dan malam plak kami bjalan2 ke Umbai makan seafood. Ada makanan baru yg 1st time aku makan iaitu sepahat. Duduk dlm macam batang buluh, kaler putih. Rasa dia cam kerang. Memula rasa cam ok jer, tp sampai satu part, aku mmbelek dgn teliti tubuh badan menatang tu, terus aku tak selera nk menelan. Macam ulat! yek!!
Malam tido lambat, menyiapkan data2 dan powerpoint utk esok. Just imagine yg kami kena bukak kaunter kat luar dewan dan kami tak tau pun yg kami kena prepare sungguh2. Biler tgk orang lain buat bsungguh2, tercabar plak rasanya. Malam tu jugak pi cari bunga, mlm tu jugak buat label itu ini, malam tu jugak buat slide. Meronda mencari cybercafe utk memprint, dah tu dpt cyber cafe plak, mamat kaunter entah mat salleh ker, entah cina ker, spikong le plak. Pastu nak rembat thumb drive aku, sekeh kang.
Hehe.. mlm tu pertama kali dlm hidup aku yg aku bersungguh2 waktu mendengar pembentangan belanjawan kat TV. Bestnyaaa, ITKA utk gred 41 naik ke 300, pastu dpt COLA 150 lagi. Bulan ni plak dpt separuh bonus (yer ker dapat?). Hemm.. jauh beza compare ngan JBFM dulu. Dulu aku senang2 leh dapat 3-4 bulan bonus. Skrg, gigit jari jer lah.
Majlis pelancaran berlangsung lancar, ok lah tu. Part2 berucap2 mmg aku tak layan. Part psembahan yg best skit. Psembahan dr budak2 Kolej Komuniti. Ada tarian tradisional, ada koir dan yg plg mencabar keimanan lelaki2 yg hadir adalah ada peragaan fesyen. Giler daring budak2 ni, pakai tudung, tp baju ketat nak mampus, jarang, singkat. Geleng paler jer lah aku.. Tp yg aku bengang sikit adalah perangai budak2 yg datang, tak hormat majlis lgsung. Bising dan merapu2 buat cam tempat dia. Tak tau ker, yg majlis tu ramai VIP, menteri pun ada.
Abis majlis, meronda tgk pameran. Ada yg buat kek, ukiran buah2an, melukis dan lain2. Mmg kagum sungguh tgk bakat budak2 ni. Kek coklat derang, Masya Allah sedap sangaaaat. Melukis plak, memaaaaang cantik. Ukiran buah2an adoii haii.. kagum sungguh lah. Abis mengemas, kami pergi makan. Sib baik makan sesama sendiri, klu tak maunye malu aku. Aku makan mmg tak der protokol lgsung, selamba bdiri amik lauk, pastu potong kek smpt terpelanting keluar pinggan. PSU senior aku cuma geleng paler jer dan kata 'tak per nnt pergi DPA belajar betul2 tau' hahaha.
Sebelum balik Putrajaya kami ronda2 bandar melaka mencari souvenir. Pastu balik. Dah sampai ofis, kejadian tak diingini berlaku pada kereta aku. Ishk bengang betul rasanya. Dah ler penat, dah ler tgh period, kena plak cam tu, bergelodak hati tu mmg tak tau nk cakap. Tapi tak nangis pun. Maghrib2 tercongok2 sorang2 depan opis tunggu acik amik.
Keta dh jadi camtu, aku mmg mati kutu dibuatnya. Dah ler pakcik balik gemencheh. Dah ler duit pun tak der ni, mana nk cekau klu nk panggil mekanik settlekan. Dah ler tk ramai kawan, mmglah problem. Tp Alhamdulillah, 2 orang kawan yg aku mintak tolong mmg berusaha nk tolong. Tapi last2 yg settlekan problem aku bukan orang lain tapi adik aku sendiri. Aku tak bagitau pun Abang tapi Abang tau sendiri dari abah kat Johor. Terharu sangat2 biler pk.
Ni lah aku, dari dulu asyik bgantung dgn mak abah. Biler dh jauh, aku mcm mati akal kejap. Tapi bersyukur sangat2 psl Abang ada dekat2 sini je. Aku rasa secure (mmg secure pun, pelapes tuh, tough). Wlupun aku duduk ngan mak sedara sdiri, tp tak sama ngan adik beradik sdiri. Mungkin pasal aku pun cuma 3 beradik jer, rapat sikit.
And i haf a PTD fren yg mmpunyai character sama ngan Abang, lebih kuranglah. In fact, they share the same birthday, tahun jer lain. Malah colleague lama aku pernah kata, this fren muka cam Abang. Is it so? Aku tgk tak sama pun, of coz lah psl aku dr kecik ngadap muka Abang. And Jumaat lepas lagi kelako. I met this fren, kejap jer.. and colleague aku kata muka kitorang cam adik beradik. Tak ker haru? Hahaha.. ni nk kena check salasilah ni, entah2 kita mmg sedara kot..
Gtg.. bye

Tuesday, September 27, 2005

Melankolik, melankolik dan melankolik terus

..Rehat...
Sekarang ni, aku cuba memjimatkan perbelanjaan dgn langsung tidak membeli apa2 makanan di Putrajaya. Pagi, kuar beli kuih singgit dan nasi lemak singgit kat satu gerai kat seksyen 8 ni jugak. Sedap dan mmg bbaloi mmbelinya. Air sedap2 plak bawak dari umah. Malam plak, makan kat umah jer.
Busy nya hari2 aku ni susah nk cakap. Hari ni nk print tawaran pinjaman utk fasa 2, hari ni jugak nk mengecheck data pinjaman yg akan dikeluarkan arahan pembayarannya esok. Esok plak kul 9 ada taklimat orientasi kat Bhgn Sumber Manusia, esok jugak kul 10 aku kena wakil bos untuk Mesyuarat Penyelarasan Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar kat Kementerian Pelajaran. Adeiii.. poning palo. Kenalah bagi2 tugas. Bos kena g meeting jabatan, PSU lg sorang nk kena g meeting Parlimen.. so aku kena g meeting biasiswa tu.
Before Jumaat plak aku nk kena updatekan sumer data untuk dibawa ke Melaka. Alahai.. sempat ker ni. Hari Jumaat pagi ada jamuan. Petang lps Zohor dh kena btolak ke Melaka. Nasib baik PPT aku book bilik harga murah2 jer, klu dia book ikut rate M41, mampus nk mmbayar lebih plak. Untuk jimatkan budget lagi, aku tk bawak keta. Naik kenderaan kementerian jer. Ingat nk pergi sdiri, bawak abang temankan sekali coz bilik hotel tu cukup utk 3 orang, tp kenangkan duit minyak ngan tol, kenselll..
Dh smpi Melaka tu, aku terpk gak nk terus balik Johor, tp rasa tak bebaloi plak coz nnt ari ahad dh kena balik sini semula. Beh tu? Takkan raya jer nnt baru nk balik??? Alahaii.. tensennya.. Nak balik Johor!! Banyak sgt menda kat sini yg mengingatkan aku kat Johor. Yer lah, signboard PLUS sumer ada tulis Johor Bahru, mentang2 lah JB plg ujung. Melaka, Seremban tak der plak dia tulis. Pastu ada plak warung beriani gam, warung otak2 kempas.. eeeee.. nak balik!!!
Lagi berapa hari jer nk puasa. Rasa sebak plak pk yg aku akan bpuasa di rantau orang. Uisshh.. melankoliknya rasa. Padahal dulu2 pun aku bukannya duduk rumah mak abah, duk menyewa jugak. Itu lain, dulu bebila jer aku leh cabut balik umah dr Pasir Gudang. Kat Pasir Gudang pun ada keluarga nombor dua aku. Kat sini aku ada abang. Tak peduli, lepas ni hari2 aku nk g buka puasa ngan abang.. baru ada feel biler ngadap muka adik beradik sdiri.
Hahaha.. inilah akibatnya klu jadi orang introvert. Hidup senyap sunyi. Kalau bkawan, dgn orang itu jerlah. Tak bkembang2. Perangai pun cam tu jer lah, tak berubah2 ikut keadaan. Aku bukan taksub dgn test MBTI tu, tapi aku mmg strongly feel yg aku mmg mcm tu. Ramai org tak caya aku Introvert, tp itulah hakikatnya yg lahir dari hati yg aku tak tipu masa jwb test ari tu. Aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. That's why, klu bkawan dgn orang.. biler kena tinggal atau kena ignore, dia punya tensen tu perghh... tp aku tk tunjuklah kat orang. Nak buek camno, aku mmg lagu tu.. tp stil berusaha utk tabah dan kuat. Aku rasa klu aku jadi orang lain pun, aku takkan mudah percaya yg Rahayu Ab Rashid ni Introvert. Itulah kelebihan aku hehe, susah org nk paham kecuali org yg mmg dh lama jadi kawan aku. Dan aku bangga dgn diri aku yg ni. Aku bangga biler kawan2 kata yg aku ni dr sekolah smpi skrg tak berubah2, msh cam dulu, hebat tak? Org pandang kat luar mmg sama, tp dlm otak aku, hati aku dh kaya ngan pengalaman. Yg tu biarlah org tak tau.
Agaknya sebab tulah aku pilih layout baru ni.. dgn tema Alone. Ikut hati, aku nk warna purple tp tak der, amik jerlah mana yg ada. Lagipun ada bunga daisy, bunga feveret aku tuh, so kira ok lah. Lgpun aku rasa syahdu sgt tengok bunga dasiy setangkai dlm pasu tu.. mcm kesian sgt.
Oklah, dah kul 2 lebih, nk smbung buat kerja plak..

Monday, September 26, 2005

Kerja : Swasta vs Krjn, Wang vs Barakah

Hari ni, pagi meeting. Biler kuar meeting cam biasa mesti beserta dengan timbunan tugas yg perlu diselesaikan. Bos hangin skit pasal ada PT yg cuti emergency atas sebab yg kurang munasabah. Yer lah, 2-3 minggu ni kritikal yg sangat2. Dgn staf yg tak cukup, dengan kerja yg dah nak smpi due date.
Hemm.. aku dapat tengok betapa lemahnya disiplin kat sini. Kalau kat JBFM, hampeh arr nak rilek2 cam ni. Kat sini, waktu makan 1-2. Tapi masing2 ada yang kul 2.30 baru balik. Kuar rehat plak, baru kul 12.45 pun dah kuar plak tu. Kuar masuk tak yah punch card lagi. Pergi solat entah biler2 waktu jer sesuka hati. Buat Ot plak, banyak masanya wat menda lain. Ishk2 klu aku ni bos, dah lama kena sound budak2 ni. Tengoklah sikit hari lagi. Aku tak heran lah klu macam2 orang cakap tntang staf kerajaan ni banyak mengular dan produktif. Patutlah kerja rilek.Haiii geram aku.
Tentang kerja, nak mengecheck tu jangan harap lah. Baru2 ni, mmg aku sengaja tak lepaskan satu report setebal lebih 60 m/s yg melibatkan figure. Pasal apa, aku mmg tak percaya pada kesahihannya. Memanglah nk cepat, tapi klu ada silap sana sini yg akan malukan nama bhgn dan kementerian, itu tak bleh lah nk kompromi. So, berpinar jugak mata aku nk mengecheck satu demi satu. Sib baik lah ada background IT, so blehlah format sana sini, dan kerja mengecheck jadi mudah skit. Teringat aku klu kat JBFM tu, apa2 menda tu, nak mengecheck smpi 2-3 kali. Smpi Irene sdiri pun check. Dia mmg bkira bab accuracy ni.
Aku bleh kata, staf kerajaan ni mmg manja. Kerja lbh kurang, rilek lebih. Asyik claim itu ini. Bukan aku nk mburukkan tmpt sdiri, tp itulah hakikatnya. Pastu banyak plak meetingnya. Masa meeting plak mesti ada makan2. Giler betul membazir. Bayangkanlah, satu kerja nk buat, kena form committee. Baper byk committee ada, banyaklah jugak meetingnya, banyaklah jugak makannya. Tak kelakao ke?
Lagi satu yg buat aku menyampah adalah dia punya protokol dan prosedur yang cerewet nk mampus. Klu kat swasta, satu urusan kita leh wat direct with the person involve. On time. Kat sini, kena lalu situ, lalu sini, isi borang tu, borang ni, refer akta tu, akta ni. Tu yg menda kecik tapi proses leh jadi kemain panjang. Biler lama dan panjang sgt proses, mulalah cicir sana sini, cuai sana sini. Setakat ni jer dah 2 kali aku dgr staf aku komplen pasal gaji tak masuk2. Apa kes ni? Aku cuak jadinya. Staf yg dh lama pun masih problem tang gaji, inikan plak aku yg baru ni. Hai, baper bulan lah nak tunggu baru gaji masuk? Haru-haru. Dah ler claim pun kena tunggu berbulan2 baru dapat. Pengsan lah aku, keta nk bayar, keta nak petrol, aku pun nk makan jugak, hp aku lagi. kelmarin mak tepon tanyakan biler aku nk dpt gaji, nak bayar keta, suh aku bayar acik coz aku tumpang umah dia.. iskh bengang beb aku. org tgh tensen, lg bangkitkan pasal duit2 ni, pakkal jer lah itu mak aku. Ni kang nk pergi Melaka ujung minggu ni kena dulukan duit sdiri dulu plak tu.. heeeee.. bengaaanggnyaaaa.
Klu camni camnalah aku nk menyimpan duit. Untuk sem depan punya yuran lagi. Setau aku lah, setakat aku dah kerja dekat 4 tahun ni, tak pernah lagi aku guna duit gaji untuk keseronokan diri sdiri. Ada jer menda nk dibayar. Sebab tu lah aku jadi cam ni. Introvert yang simple nak mampus. Memang kekampungan sungguhlah. Aku tau kalau aku jadi extrovert, aku takut terikut2 dgn gaya hidup orang lain sedangkan aku tau aku tk mampu. Aku ni, kalau orang tak belanja, jgn harap nk makan yg sedap2. Kalau orang tak hadiahkan, jgn harap aku nk pakai barang2 branded.
Sebab tulah, aku rasa betul2 cam tak betah duduk area KL ni. Nak balik johor !!! Entahlah.. kadang2 menitis jugak air mata biler pk. Tapi pk2 balik, aku rasa berdosa kerana menangisi kesempitan harta dunia. Adakah rezeki tu tak berkat atau aku yg mmg bodoh mengurus diri? Aku teringat mcmmana sem ni aku dah bazirkan seribu ringgi macam tu jer utk yuran UTM tapi akhirnya aku kena jugak extend pasal aku tk dpt siapkan proposal kerana kena attend PTD Unggul hari tu.
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tunjukkanlah jalan untuk aku keluar dari masalah2 ini. Amin.
(p/s: Aku tgh bengang dgn sorang member.. tapi aku diamkan jer)

Friday, September 23, 2005

busy dan busy selalu

8.40 pm, stil in the office. Hari ni aku kena stay back pasal hari ni a few staff kena OT untuk settlekan check segala agreement paper student2 yg dpt pinjaman. Ni pun baru tadi kuar belikan makanan untuk derang. Ececeh, bos yg baik ke aku ni? perasaan maut ni.
Banyak yg aku nk cerita tp rasanya tak leh lah nk detail cam yg aku selalu buat coz skrg aku dh jadi civil servant, byk internal matters aku tk leh disclose pada orang luar. Yg aku leh cakap, kesibukan mmg kronik. Banyak urusan kritikal yg nak di settlekan. Banyak plak tu masalah2 dan rintangan yg timbul. Tapi ada hikmahnya, bos makin caya kat aku, malah lebih daripada dia percaya assistant dia sdiri.
Oklah.. nak logout.

Wednesday, September 21, 2005

Lagi cerita di putrajaya

Lapaarrnya perut!!!
Perut aku dah bukan lagi mengalunkan irama keroncong, rap, nasyid sumer ada dah skrg. Asalnya nak puasa, siap dah sahur pun ngan abang pagi tadi. Tapi entah apsal, kelaparan pagi ni melebihi tahap kebiasaan. Dah siap janji nk kuar makan ngan PT sumer tghari ni. Maybe pasal malam tadi aku buka ala kadar jer.. emmm.. tak jugak coz siap kuar ke serdang, buka ngan abang. Tak sedap plak tu, tak abis dan abang yg tukang abiskan. Pagi tadi plak, berjam2 jugak duk dlm toilet, habis sumer isi perut. Agaknya that's why lah pedih semacam jer ni. (aikk.. itu pun nk citer dlm blog ker?)
Hari ni, pepagi dah masuk meeting lagi. Kali ni meeting tabung pinjaman. Tentang data, tentang sistem, tentang pembayaran dan tentang majlis pelancaran kat Melaka minggu depan. Parah betullah rasanya 2-3 minggu ni. Minggu depan ada mieeting ngan penaja2 plak tu.. eee berpinar kejap paler otak. Dah tu plak dalam waktu terdekat ni kitorang satu bahagian akan berpindah dari level 5 ke level 1 plak. Satu kerja lagi nk memunggah, nak mengemas balik. Tp level bawah sekali yg bestnya dekat ngan surau, dekat nak gi makan, nak balik muahahahah..
Assignment kertas renungan dah siap. Poyo jer aku membuatnya dlm masa tak sampai satu hari. Kertas renungan ttg perkhidmatan awam terbilang yang disediakan oleh penggoreng dan peng'auta terbilang wakakakakk!! Best giler rasanya. Buat sampai 14 mukasurat, siap sekapur sirih, siap senarai kandungan, siap rujukan dan siap cover design yg giler monyet (ganti ba alif ba ya), monyet pun tak giler cam ni. Taktik jer tu, dah tau isinya hampeh, yg lain2 kena pandai tokok tambah kasi umphh. Aku rasa kertas renungan tu, orang yg baca pun tak larat merenung, berdenyut paler otak nk memaham ayat2 merapu aku. So, pagi ni singgah cubicle Thiru kat Bhgn Kewangan, mintak tlg dia pass pada Fendi yg nak pi anto ke Bt Kiara.. rasa lepas satu beban.
Weekn ni aku dah tak der idea nk wat apa dah. Maybe nk gi jenjalan kat Pesta Konvo UPM kot. Tp abang tak der plak, sabtu dia ada kawad hormat, ahad plak ada PAPALES (adik aku punya ejaan)punya training. Silap aribulan gi sensorang. Errr.. eret jaja pergi, ok tak? Tk pun, yezzza ada member nk turun Kl dis weekn, boleh diheret sama, haha kejam. Teringat yesterday Adnan hantar SMS ajak gi tengok wayang kat TGV Mines jumaat malam sabtu ni, pergi ramai2. Malam?? Hahaha.. sori mori lah jawabnya. Lantaklah dia nk kata aku ni tak pandai bersosial ker, kuno ker, tak pandai mingle2 cam derang kat wisma putra tu, tak kisah.. tak heran pun aku. Bukan nak kata aku camtu pasal aku ni Introvert, tp rasanya prinsip tetap prinsip, adat tetap adat, agama tetap agama.
Malam tadi, aku pergi buka ngan abang kat tepi tasik kat serdang. Macam2 borak hehe cam tak jumpa lama padahal adik beradik jer. Silap2 aribulan orang ingat abang ni pakwe aku agaknya. Lps mkn, malas nk balik cepat coz kat umah acik ada sedara mara belah pakcik datang. Aku drive ke putrajaya dan meronda2 menikmati suasana dan udara malam putrajaya. Sempat park atas jambatan, melepak then abang siap bleh abring2 atas tembok. Ronda punya ronda punya ronda sampai tersesat entah mana2 entah. Aku mmg gamble abis. Tup2 smpi umah dekat 10.30 coz kitorang sesat dlm putrajaya tak tau nk jalan balik.Yg pasti, jln balik yg aku lalu semalam mmg bukan yg aku biasa lalu ari2, sumer main redah ikut signboard jer, rasakan ko.. Klu mak tau, mampus 7 ari 7 malam tak abis bebel.
Oklah cukuplah untuk ari ni, esok2 sambung lagik hehehe..