Monday, August 23, 2010

Puasa 1431H

Hari ni dah masuk hari ke 13 Ramadhan. Dah masuk 13 hari berpuasa dan Alhamdulillah belum tinggal sehari pun. Selepas 12 hari, setakat ni, 10 hari kami berbuka di rumah, satu hari di rumah PIL di N9 dan 1 kali di tgh jalan (otw balik ke N9).

Setakat ni aku bangga dengan diri sendiri kerana hampir keseluruhan juadah berbuka dan sahur aku sediakan sendiri untuk keluarga, termasuk dessert. Hatta masa kami buka puasa di jalan tu pun aku sempat masak dan pack siap2 sebab memang confirm tak sempat sampai kmpung untuk buka puasa. Oh ya, minggu lepas iaitu hari yang dapat surat memangku 48 tu, aku beli jugak sikit di bazar Ramadhan, sebagai nak menghargai dan meraikan diri sendiri. Sapa lagi nak raikan, ye tak.

Tapi dalam pada bangga dan puas tu, badan aku memang flat giler lah. Yer lah, kuar opis kul 5.30 dgn jalan jam tak hingat.. sampai rumah kul 6.30, dalam masa kurang satu jam nak kena masak semua, perghhh.. tapi biasanya separuh drpd yg aku nk masak, dah prepare bhn dari malam dan husband dan anak2 pun ada jugaklah membantu sikit2. So, malam aku mmg sangat2 penat. Layan Hanah lg, mengemas rumah lg.. so far memang aku tak ke Masjid.. solat di rumah sahaja.

Sebenarnya tujuan aku masak sendiri adalah lebih kepada nak berjimat. Bulan puasa ni, harga makanan kat bazar Ramadhan Bangi ni mmg tak terkata mahalnya. Bila dah 8 orang isi rumah, nak beli sahaja tu memang amat2 sakitlah poket. Duit kena save nak buat persediaan raya lagi.. byknyaaaa duit nk pakai.

Tapi bagusnya, sekarang aku makin rajin bereksperimen. Macam2 resepi yg aku try. Feveret aku tentulah myresipi.com sebab situ ada laporan laporan dan komen2, so aku leh tau yg mana resipi confirm sedap punya.

Apa2 pun, Ramadhan ni aku nak sekali sekala ajak sedara mara buka puasa di rumah kami. Then, nak berbuka puasa di rumah Kajang yang mak abah aku menetap sekarang. Buka puasa di luar tu, ada jugak aku plan, harap2 dimurahkan rezeki dapat aku bawak anak2 semua makan sedap sikit di luar. Oh ya. Rabu ni aku buka puasa di Hotel Istana, buka puasa Menteri bersama media, aku pergi atas tiket JK ICMHESR sebab akan ada pra pelancaran program tu sekali. Khamis plak buka puasa kementerian di Puspanitapuri.

Harapnya Ramadhan kali ini berlangsung dgn sempurna. Harapnya aku dpt khatam AlQuran. Harap jugak aku dpt sediakan beberapa jenis kuih untuk raya. Dan persediaan raya dpt dilakukan dgn sempurna.

Amin.

Outing 3+2

Aku tau, aku dah lama tak update blog. Walaupun blogger dah diisytiharkan sebagai HALAL di pejabat namun aku masih jugak malas. Sebab apa, sebab dah ada Facebook, dan aku malas nak maintain dua benda.

So, post pertama setelah sekian lama ini aku mulakan dengan post berkaitan outing bersama Fique dan Chech. Seh pulak khabonya ada kelas so tak dapatlah join.

Untuk outing ni sebenarnya aku yg byk masalah, dari plan nak iftar dah jadi makan malam sebab aku yg susah nak tinggalkan rumah time buka. Dan asalnya dari ladies outing, dah jadi ladies n kids outing, dan kids tu aku yang bawak. Aku bawak Hanah dan Ceah. Hanah tak der sapa jaga di rumah sebab ayahnya Terawikh, dan aku bawak Ceah sebagai peneman untuk tolong pegang Hanah dalam kereta.

Thanks to Chech atas gambar2 Hanah yang mengasyikkan. Enjoy the pics.