Wednesday, June 23, 2004

BERANI UNTUK KECEWA

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Aku persembahkan hidupku untukmu
Telah kurelakan hatiku padamu
Namun kau masih bisu
Diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara

Baru ku sadari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku

Semoga waktu akan mengilhami
sisi hatimu yang beku
Semoga akan datang keajaiban
Hingga akhirnya kau pun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau tak'kan pernah tahu

Lirik lagu Dewa yang bertajuk PUPUS. Huwaaaa.. sedih sgt biler baca lirik dia. Menci tul lah. Camna aku leh mengaratkan diri smpi cam ni. Aku tak karat. Kalau aku karat, takut Presiden Kelab Karat Sedunia, Mizie tak leh cari makan plak. Silap2 aribulan aku akan digantung keahlian, lagi nayer.. Rasa nk nangis terguling2 dah ni. Tp relax relax.. tarik nafas.. cool eh... Haha, dah sedih2 meh baca ni, kasi motivasi skit diri tu woii. Apa ke citer ko ni Yue.. Dah tensen2 tau plak dia nk nasihatkan diri sdiri

Kenyataan 1
Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak tahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan
Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Kenyataan 2
Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda.

Kenyataan 3
Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba memenangi) anda selamanya..."
Ulasan
Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya. Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan...

Kenyataan 4
Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Ulasan
kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Kenyataan 5
Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.
Ulasan
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Kenyataan 6
Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan
kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Kenyataan 7
Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih .terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.
Ulasan
Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

p/s: rasa pelik, tuan punya diri masih setia bertahan, tapi kenapa orang lain yg menjadi tempat mengadu plak yang rasa fed up dan give up. Apa citer ni.. Adakah orang lain tak betul2 paham, atau tuan punya diri tu yg dah tak normal

Sunday, June 20, 2004

ANTU PUNYA CITER

Kalau jumpa hantu, janganlah lari. Cuba petua dibawah ini. Pun ciplak dr majalah Ujang. Hehe.. ingat tmpt mely jer ada citer antu, kat sini pun ada tau..

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.? Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.? Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang.? Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni.. nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya.. lepas tu sah-sah lah
dapat penampau selipar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Ponteng (MC)
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr.. takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu nengok artikel ..... macam sekarang nih.. sah-sah tengah baca artikel nie.......macamana nak jawab.....korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja...

PEPATAH KELAKO

Orang dah tak der kerja.. menda ni dah ada publish kat majlah Ujang, tp sajer jer nk publish kat sini, in case ada org tak penah baca Ujang.

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur jugak aper..

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna syampoo.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... pulut pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok jangan tak gosok)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin lagi...)

12. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

13. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

14. Biar korek hidung jangan korek tabung.

15. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

16. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

17. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi..... boleh blah.... lah....

18. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

19. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

20. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

21. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak payah hujan.

22. Biar lambat asalkan perlahan.

23. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

24. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-rata.

25. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.

26. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

27. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tanganlah....

28. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

29. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah....

30. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

31. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

32. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.

33. Susu punya lembu, Ducth-Lady dapat nama.

34. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.

35. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

36. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpak jugak.

37. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

38. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

39. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum....

40. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best......

41. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

42. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh
sikit dari pantai.

43. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak buang.....

Tuesday, June 15, 2004

KISAH HUJUNG MINGGU

Tetiba ari ni aku terpk nak kasi nama kat blog ni. I mean, nama panggilan. Aku nk panggil Ainil (shortform utk ainulmardhiyah). Dan aku sdiri nk bahasakan diri sbg umi. Ishk cam besh2 jer kan? Cian sangat kat Ainil, dah baper ari umi tak jenguk cayang umi ni. Ari tu mmg umi ingat nk update ari jumaat tp umi terlupa plak yg umi ada kelas aerobik waktu tu.

Ainil nk tau, skrg ni umi rasa cam terharu plak psl ramai kawan2 umi yg tanya biler umi nk update blog. Terasa cam dihargai sgt, serupa macam umi menghargai sangat kehadiran ainil dlm hidup umi.

Meh sini duduk kat umi, umi nk citer apa yg umi buat weekn lepas. Umi balik kampung kat kota tinggi. Smpi umah dlm kul 11 pagi ari sabtu. Panas betul ari tu, umi ni sayang taulah, migrain skit. Biler drive waktu panas terik ni, balik jer mesti umi rasa cam nk pengsan. Tp lepas makan ubat dan tidur kejap, umi dah ok. Petang tu umi dah mcm budak2, menghadap playstation dgn adik umi. Ishk ishk ishk. Mlm umi tengok tv lah cam biasa, takkan ainil tak tau plak kan. Tengok Audition..hehe

Ahad umi pergi Tg Sedili, pergi rumah kawan baik umi yg cantik lawa, Julie tu. Then kami dengan Muryati sekeluarga pergi picnic kat Teluk Mahkota. Hai.. rindu betul umi kat Julie. Biler dah jumpa tu, kami berbual betul2 mcm dh tak ingat dunia tau. Kalau boleh, mmg umi nk sangat kenalkan ainil dgn julie. Dia baik tau, mesti ainil suka dia. Lepas picnic, kami pergi makan tghari kat umah Mur. Makan sedap kami psl malam sebelumnya tu kat situ ada kenduri. Kami melantak belen2 lauk semlm lah tu.. hehe. Puas kami kena sakat ngan mak mur. Dia kata mur dah ada anak sorang. Kak Long Ayue ngan Kak Long Julie ni biler lagi. Alahai.. terkemut2 kami nk menjawab. Klu lah ainil ada, msti ainil leh tulung backing umi yer tak? Sweetheart umi ni mmg baik dan sayangkan umi, umi tauu..

Lepas lunch umah mur, umi ngan Julie pergi bandar jalan2. Sbnrnya kami bukan nk jalan sgt. Tp kami cuma nk sama2 secara private dan berbual panjang. Mmg betul giler berbual, umi tk penah berbual smpi cam tu skali. Mcm2 kami kongsi tau. Sama jugak camna umi selalu berkongsi citer ngan ainil umi yg manis ni. Smpi kan pukul 5 pun kami tk abis berbual. Dah nak kuar pi naik bas pun Julie masih mcm tak puas berbual ngan umi. Kesian plak umi kat dia. Dia mcm betul2 seronok berbual ngan umi, menceritakan segala masalah pd umi. Sbb tu kensel plan umi nk pergi kenduri rumah sorang staf kilang tmpt umi keje. Umi tk smpi ati nk suruh Julie blk awal. Biarlah, sbg kawan umi sgt2 gembira klu Julie bahgia bila dgn umi.

Smpi umah, umi sorang2 kat umah smpi kul 10 cam tu. Mak, abah, adik ngan abang dah kuar pi JB. Syian umi, ainil syian tak kat umi? Dah le penat, lapo, takut. Nk ilangkan bosan, umi buat kerja mana yg patut, cuci keta, buat laundry, kemas umah sumer. Lps tu melingko depan tv tengok citer Panca Delima. Ainil mesti ingat yg umi mmg minat tgk citer2 melayu lama ni. Biler sorang2 ni umi rasa rindu sgt kat ainil. Malang betul nasib kita kan sayang? kenapa lah derang sanggup pisahkan kita. Tp tak per, wlu apa pun, ainil tetap buah hati umi yg plg manis dlm dunia. Oklah sayang, umi nk balik dulu ni. Dah petang sgt dah ni. Luv u.

(amacam percubaan pertama? ada macam mak mak tak?)

Monday, June 14, 2004

Andainya Dia Tahu

Perbualan dgn sorang rakan.

aku: siannyer ko, aku dah ler jauh, tk dpt temankan ko.
aku: takleh nie.. ko kene kawin nie
kawanaku: aku tunggu orang tuee... ahhh mencinyer!!!
kawanaku: rasa cam nak undurkan masa..
aku: laaaaa.. ko masih tunggu org **** tu kerrrr?
aku: takyahlaa sue (bukan nama sebenar)
kawanaku: naper? dia dah nak kawin ek ?
kawanaku: atau perangai dia dah tak baik skrg?
aku: bukan macam tu maksud aku
aku: cite ko ni pon dah lama, dah bertahun2 lamanya.
aku: ko pon tak cite2 ngan dia
aku: smpi bebila perkara ni tak selesai
aku: cube ko cite ngan dia terus terang
aku: kan senang
kawanaku: ko tak paham,
kawanaku: risikonyer terlalu tinggi... dan aku tak berani...
aku: abis.. per ko nak buat skrg. Macam tak caya, takkan tk berani?
kawanaku: .. tp bab cam ni aku surrender
aku: takkan nak tunggu buah tak jatuhhh??
aku: cemana.. ko nak harapkan dia tau.. sdgkan.. dia pon tak tauu..
kawanaku: entahler.. aku cuma berharap pada miracle..
kawanaku: dat's some day we will meet or maybe accidentally meet.. and start all over again..
aku: mmmmmmmmmm
aku: take time tu sue
aku: kalau ko segan.. mehlaa aku bagtau dia ok
kawanaku: eh.. ko, jgn cari nahas...
kawanaku: terperanjat beruk plak dia kang
aku: ABISSS...
aku: cemanaaaa dia nak tau
aku: cube habaq kat aku
kawanaku: kan aku dah kata td...
aku: ok..ok
aku: skrg nie kan.. dia tak tau ape2 pon psl perasaan ko
aku: nanti dia carik ygh lain
aku: baru ko putih mata
kawanaku: aler klu dah jodoh tak kemana..
kawanaku: klu tak der jodoh tu, dr dulu kitorang baik pun, tak jadi jugak..
kawanaku: discussion ni buat aku rasa nak menangis..

Rsanya korang dah leh agak apa yg berlaku. So, what do you think?

Thursday, June 10, 2004

FROM CC WITH LOVE

Assalamualaikum..
Sekarang pukul 7.24 pm kat cc ni entah apa ker nama dia aku main redah jer. Pc nomor 34 hehe. Balik ofis terus dtg sini. Mentang2 tengah cuti ehem ehem selamba badak jer aku pi cc smpi malam2.. hehe. Aku baru jer abis pergi blog2 kawan2 sumer yg dh lama aku tk singgah. Rindu benar rasanya.. So sblm balik ni, aku nk taip skit lah kat blog ni. Tp rasanya esok aku masuk lg kot blog ni hehehe..

Bahu n lengan atas aku mula lenguh2 dah ni. Semalam balik dr gym. Sedihlah cikgu yg ajo tu last day dia. pas ni org lain plak jaga gym tu. Harap2 cikgu baru nnt lg best. (smlm masa riz call tu, aku baru balik gym lah tu). Ramai gak org yg dtg semalam. Tp yg bestnya ehek ehek.. ada ramai mamat ensem hehehe..Jahat aku. Alerr bukan aku campur ngan derang pun hehe.

Oklah nak balik dah.. entah baper ringgit aku kena ni. Jgnlah dia charge memahal. Ishk lupa plak malam ni mlm jumaat, tak baik tul aku melanguk kat sini. Balik dulu eh..babai.. A.kumm

Wednesday, June 09, 2004

My potpetpotpet after a while

I wrote this blog in Microsoft Words. Huwaaaa!!! Geramnyaaa.. how could they do this to me. The very the kiijaaam one. But in this few days, I felt like I dun even care about blogging or not. I know I will get used to this. I could spend my office hour by doing 100% all my job without doing all the ‘ular’ stuff, in fact no lahhh, I spend some time to have a chat with my YM fren. That’s better than being a very nerd girl, all work no play make me a dull girl.. hehe.

This morning, I had 2 roti canai for my breakfast which cost only singgit wooo, ahaks… hei Yue, how to get slim with your eating habit continuously like this? Haha.. relaxlah, heavy breakfast coz I’m planning to skip my lunch. What to say, in the 1st first place I was starving to death, a normal symptom when I had my menses.. And this evening, I already planned to haf a burger from my feveret stall in Taman Mawar. A very special stall but actually just an ordinary small stall tepi jalan tu, but they haf nearly hundred types of burger selling there. Huhuu.. gerai kecik tp giler ramai org pegi. In addition, the burgermen memang very2 friendly.. and they wear uniform too hehe.. and yg lg best, ada delivery lagi tuh!!! Charge singgit per delivery but only applicable for more than rm10 purchase

Last night, when I was watching Sembilu at TV2, sambil2 tengok Anugerah kat TV Suria, I received an unknown call. I got two missed call and able to pickup during the 3rd time. She introduce herself as Ida. I wonder which Ida? She told me ‘Ida Roshan”. Wohooo.. Ida, my old fren in UTM.. Unexpected sungguh.. and she called from Milan, Itali !! Ada kerja kat situ katanya for 3 month. Actually the name Roshan has nothing to do with her real name. Lawak, instead of introduce herself as Ida Nur Najihah, dia pakai jugak nama Roshan tu.. Both of us very crazy about Bollywood star especially Hrithik Roshan, that’s how she got that name. And she called me Ayue Rampal..hehe… damn handsome Arjun Rampal hehe. Baru last week teringat kat Ida masa tengok Puntianak Harum Sundal Malam, especially biler muka her older sister kuar (I gez from the name, u know which actress). Muka derang mmg ada persamaan but I think my Ida is prettier lah kan. Hemm.. good news, she is still with his boyfren, that ATMA guy..”awak!! saya ngan dia mmg setia giler2 ala hidustan betul, dah 3 thn tuhh” Hehe.. ida ida.. awak tak tahu saya punya setia lagi pada ehem ehem, lebih 5 tahun tau.. sampai sekarang, wlupun without meeting and he dun even know how I feel.. kalah Hindustan..opppss.. I’m bluffing, jgn percaya..hehehe..

Untuk sajian mata, yg mungkin akan menyakitkan mata, here are some invitation cards that I designed yesterday for a friend. Majlis tunang pun nk main pakai card, lantak ko lah labu..









Lastly I would like to say sorry to all my blog fren as I wont be able to bloghop again to ur site becoz of this blocking2 stuff.

p/s: yg menurut perintah, Ly.

Friday, June 04, 2004

THIS URL HAS BEEN BLOCKED

Tolong saya.. bantu saya.. belog saya dah kena belok (pliz nyanyi ikut stail lagu P. Ramlee). Huwaaa!!!

Begini ceriternya, sedang saya menaip entri blog untuk hari ni, tiba2 ketika saya cuba untuk mempublish blog berkenaan, muncul satu page yg cukup menakutkan. Tapi tidaklah setakut dalam filem Puntianak Harum Sundal Malam tu. Di sini tiada mata berwarna merah atau hantu yg bertenggek di atas siling rumah. Tetapi.. sob sob.. page putih melepak dengan perkataan menyeramkan di sudut kiri sebalah atas. Rupanya url blog dan blogger saya dah kena blocked. Binawe.. menyumpah2 saya dalam hati. Ni mesti boss dan block url aku.. Dan setelah mengecheck beberapa kali, bukan
setakat url saya, malah semua url yg ada .blogspot, .blog drive dan semua blog2 turut kena block.

Sedihnya hati tidak terkira. Sakitnya otak tak tau nak kata. Geramnya jiwa membara2 (chewaah, bermadah2 beb). Bayangkan lah suatu aktiviti yg menjadi seperti darah daging saya selama ini terpaksa dihentikan begitu sahaja. Ahh, bukan setakat di pc saya tapi block tu apply utk satu ofis. Kecewanya..:(. Check punya check, nasib baiklah Dooneh tak kena block jugak, mungkin psl tak der dlm history pc saya, my boss dah overlook agaknyer. Kenapa url lain dia tak block? Saya tau, dia sengaja block blog2 sumer psl itu akan cuma affect saya seorang sahaja. Dia tak block YM
psl dia pun guna. Dia tak block msn, yahoo dll psl ramai org lain yg guna. So, saya sorang jadi mangsa. Alahai kejamnya..

Pedih dan geram sungguh saya rasa. Rasa macam dianiaya. Smpi kengkadang rasa cam nk berenti keje jer. Tp saya takkan wat cam tu. Alah, derang ni cuba slow2 nk hukum saya. Nak sound direct2, rasa cam tak selesa psl my boss pun selalu gak surf n chatting. Nak marah, saya tak derlah plak abaikan kerja ofis. Tu yg derang cucuk slow2 tu, macam saya tak tau. Tak per, saya takkan mengaku kalah. Saya kan buat biasa jer. Supaya derang tau, menda tu takkan buat saya down pun, wlupun mereka berjaya buat
saya macam dah nak menangis dah ni.

So, lepas ni, saya tak taulah camna saya nak keep writing and checking my blog. Dooneh takde masalah, so comment dan tagboard masih leh saya baca. Untuk posting, mungkin saya akan minta belas ikhsan sesiapa untuk jadi posmen saya. Untuk entri ni, posmen yg bertuah adalah Cik Mely!!! Berikan tepukan.. hehe

Last but not least. Selamat bercuti dua hari yer.. bye, uhuk uhuk,,

p/s yg menurul perintah, mely :)

Thursday, June 03, 2004

MISS UNIVERSE 2004


Semalam tidur lmbt pasal menonton siaran Miss Universe kat channel 5 Singapore. Actually tak der lah extreme sangat minat tengok menda tu, just suka2. Sambil sibuk meneka2 siapa agaknyer yang akan menang.

. .

Pemenang, Miss Australia, Jennifer Hawkins. Umur 20 thn, model, choreographer dan presenter. Dlm banyak2 finalist, aku dpt tengok dia ni lah yg paling gedik sekali terutama masa pakai swimsuit. Aku lgsung tk expect dia menang. Apalah yg bagus sgt, aku pun tak tau.. Kawan aku kata, dia serabai, rambut pun tak sikat.


So, klu keseluruhan sebenarnya aku prefer Miss USA yg dpt 1st runner up, Shandy wlupun dia blonde, tp nampak lembut dan sopan. Kecewa betul aku biler dia kalah. Dia betul2 nmpk penyayang dan bijak plak tu. Umur 25 dan tengah amik PhD dalam bidang counseling. Aku baca, dia abiskan degree dlm masa 3thn 1/2 jer. Mmg pandai.

>

2nd runner up adalah Alba dari Puerto Rico. Umur 22 dan jugak mahasiswa dalam bidang Natural Science major in chemistry. Dia jugak Miss Photogenik 2004. Buleh tahan orangnya.


Dari segi rupa, aku prefer yg dpt 3rd runner up Miss Paraguay, Yanina memang lawa malam tu. Tp dia tak reti speaking. Biler tang jwb soklan mmg hancus. Umur 24 tgh study kat universiti dlm Marketing & Publicity.


Miss Trinidad n Tobago, 4th runner up. Satu2 nye yg berkulit hitam dlm finalist tu. Dia ok cuma kengkadang nmpk kurang matured. Rasanya dia dah agak yg dia cuma dpt 4th runner up.


Dalam final 5 contestants, tak der sorang pun dari Asia. Dalam final 10 ada, siapa lagi kalau bukan Miss India, Tanushree Dutta (agaknyer kaum kerabat Lara Dutta). Orangnya lawa tapi tak dpt melangkah ke peringkat seterusnya pasal dia agak rendah berbanding yang lain. Tambahan pulak, dia asyik menyanggulkan rambut, so judges tk nampak rambut dia betul lawa ker tidak.

Apapun, aku cuma mengkagumi kecantikan kurniaan Allah. Cantik tu sbnrnya ujian dari Allah nak tengok kiter ni lalai tak, riak tak, bersyukur tak.

Wednesday, June 02, 2004

TERAPI WARNA

Jangan tanya kenapa entri kali ini begitu berwarna warni. Ini bukan kelas tadika apatah lagi peraduan mari mewarna kanak2, jg kompius! Hanya nak berkongsi pengetahuan. Warna dikatakan mampu mempengaruhi kesihatan fizikal, mental dan emosi. Petikan di bawah saya ciplak atau dengan bahasa yg lebih sopan santun iaitu copy dari majalah remaja. Urup condong adalah dtg dari idea otak saya sdiri yg kengkadang sedikit condong macam urupnya jugak.

OREN
Dapat mengatasi masalah seperti asma, kesejukan, gangguan sistem penghadaman dan gangguan tiroid. Warna oren juga baik untuk ibu yang menyusu kerana meningkatkan produksi air susu.
Jadi selepas ini, jgn pulak anda merasa tensen apabila berhadapan dgn lampu oren di traffic light. Kalau sbelum ini anda akan memecut sekuat hati biler berdepan lampu oren, tukar habit tersebut. Fikir positif, warna oren itu mampu membantu anda!! Jika berjaya mungkin slps ini buleh disyorkan kepada JPJ untuk memanjangkan lagi masa lampu oren dari 2-3 saat kepada 1 minit supaya anda dpt meikmati warna oren sepusnya agar lebih mujarab terapi warna anda. Ahakss.. (iklan :terbersin 3 kali)


COKLAT
Memberikan efek tenang dan kuat. Warna coklat mampu menenangkan perasaan hati.
Woho.. tenangkan hati!! Mungkin itu sebabnya orang kampung dpt hidup tenang kerana rumah mereka semua dibuat dari kayu dan papan, tidak dicat sebaliknyer di'varnis' sahaja untuk mengekalkan warna coklat tersebut. Harus diingat jugak, kadang2 coklat akan membuat anda susah hati apabila anda membeli dan memakan coklat dgn jumlah banyak yg akan akibatkan tubuh anda dah tak slim dan duit anda kopak!!>


UNGU
Biasanya digunakan untuk mengurangi rasa lapar, kerana itu apabila kamu sedang dalam program diet, gunakan pinggan dan gelas dalam warna ini. Selain itu, warna ini bermanfaat untuk mengawal perasaan mudah marah serta melegakan keresahan hati.
Woho.. my feveret color. Buleh dipraktikkan ni. Tapi, bagaimana kalau saya ke restoran dan berkata kepada pelayan 'Bagi saya nasi goreng paprik satu dengan ais limau. Pinggan dgn gelas nak yg warna purple jer tau. Warna lain tanak!!' Kalau anda adalah tuan punya restoran, apa tindakan anda kepada saya? Adakah anda akan merembat saya keluar dgn tanpa belas ehsan?


BIRU
Selain untuk menghapuskan stress dan menenangkan perasaan hati, warna biru juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesakitan.
Pun my feveret kaler. Sebab itu kita digalakkan melihat ke laut dan langit. Menenangkan bukan? Nampaknya kilang panadol perlu mengkaji balik strategi pemasaran mereka. Buat apa beli pandaol kalau dgn memandang warna biru boleh mengurangkan kesakitan?


Malangnya dlm artikel yg saya baca, tidak ada menyebutkan tentang terapi warna pink. Saya suka pink kerana pink juga adalah warna kegemaran Rasulullah. Ada sesiapa yg tahu? Dan ada tak seisap yg tahu terapi warna apa yg dapat mengurangkan selsema? Sesungguhnya hari ini terlalu byk tenaga dihabiskan untuk terbersin akibat flu yg melanda. Ini semua semata2 kerana kicap yg berwarna hitam!! Saya berhujan semalam semata2 kerana nak ke kedai membeli kicap. Saya tak boleh nk makan klu tak der kicap.. uhuk uhuk.