Monday, July 27, 2009

Mommy yang merindu

Last week, untuk kali pertama aku berpisah dengan Rafhanah untuk satu jangkamasa yang agak lama, 4 hari. Sebelum ni paling lama pun masa aku ke Langkawi , itu pun 2 hari sahaja, sebab ke Langkawi naik flight, so tak dapat lah aku bawa si kecil tu bersama. Untuk kali ni, bukan tak nak bawa, memang dapat bilik single pun tapi disebabkan mak aku nak balik kg, so kalau bawa Rafhanah pun nanti tak ada orang nak jaga dia di hotel. Maka Rafhanah ikut lah pulang ke kampung bersama datuk, nenek, uncle dan auntie dia.

Hari bertolak, mereka bertolak dulu sebelum aku yg akan dihantar oleh suami ketika itu. Melihat si kecil berlalu membuatkan hati aku terasa sangat sayu tapi aku tahankan sedaya upaya agar air mata tidak gugur. Untuk menghibur hati, sepanjang perjalanan ke Melaka aku isi masa dengan berbual tentang bermacam2 perkara dengan suami. Tiba di kawasan R&R Seremban, tergerak hati nak singgah sebab dari tengahari aku belum makan, ingat nak tapau jer sebab husband puasa. Sempat cakap dengan suami entah2 Rafhanah pun ada situ sebab seingat aku parent aku pun lum makan tengahari lagi. Memang naluri keibuan itu sangat tepat, melangkah sahaja ke dalam kawasan gerai, aku terus menangkap tangisan Rafhanah. Terus aku dukung dia berjalan2 sekitar itu dan melihat air pancut di situ. Alhamdulillah, dia tenang sahaja sehinggalah kami berpisah sekali lagi dengan haluan masing2.

Di Melaka, malam ku tak lena. Nak tengok tv tak selera. Fikiran ku hanya pada si kecil. Setiap malam aku menangis mengenangkan dia. Sihat kah dia? masih batuk lagi kah? Menangis tak? Ingat tak pada mommy? Aku rindu sangat memeluknya, memegang jari kecilnya yg kuat menggenggam, mencium rambutnya dan rengekannya. Di kelas pula, aku dah bawa siap2 gambar2 Rafhanah dalam laptop, so sambil2 kuliah, mata ku tak jemu2 menatap wajah kesayangan ku itu. Menambah buruk keadaan, ramai pula orang yang bawa keluarga dan anak. Jeles sungguh rasanya, tengok anak orang terus teringat anak sendiri. Kadang2 aku telefon adik aku, dan minta dia snap gambar Rafhanah terbaru dan emelkan pada aku. Aku nak tengok Rafhanah terbaru, bukan Rafhanah berhari yg lalu yg aku simpan gambarnya. Itu pun uncle dia bising, katanya aku ni cuma tau buat anak, jaga anak tak tau. Perghhh tersiat hati aku.. dia ingat aku nak sangat ke tinggalkan si kecil tu dengan orang lain. Dia tak tau aku ni kalau boleh tak mau kerja langsung, ingin ku jaga, aku asuh Rafhanah sepenuh masa di depan mata ku.

Tamat kursus, abah ambil aku di hotel. Hati ini seolah2 kembali hidup apabila melihat Rafhanah dan mendakapnya sepuas hati. Si kecil itu masih kenal ibunya. Sepanjang perjalanan ke rumah, aku pangku Rafhanah di ribaan sehingga tertidur dia sepanjang jalan. Aku puas walaupun lenguh lengan sepanjang perjalanan itu.

Semenjak pulang dari kampung, Rafhanah ku lihat semakin sihat, ceria dan rajin berbual. Ada sahaja nak dibualkannya hingga kadang2 tengah malam waktu aku menukar lampinnya pun dia boleh berceloteh sendiri. Dia pun dah kurang menangis. Tiada lagi tangisan2 kuat seperti dulu yg sering membuatkan aku takut. Dia juga sudah sangat mengenali ibunya. Dia sudah pandai mengangkat tangan minta diambil sebaik sahaja melihat ibunya.

Aku harap tiada lagi pemergian lama selepas ini. Jika ada, Rafhanah perlu bersama ku sepanjang masa.

Tuesday, July 21, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Rafhanah meniti 4 bulan


Rafhanah esok genap usianya 4 bulan. (biler tido, mommy belek2 dia, terasa cepat betul si kecik ni membesar, how time flies)

Checkup terakhir masa 3 bulan, Rafhanah dah 6.1 kg, dan tinggi 61 cm. Doktor kata ok.

Susu formula rumusan bayi Rafhanah yang pertama adalah Nan 1. Sekarang Rafhanah minum Mamex Gold.

Botol susu Rafhanah ada 5. Satu untuk 2 oz (dah tak pakai), satu untuk 7oz (belum pakai) dan 3 untuk 5oz (satu yg biasa, satu Medela, satu Fiffy-anti kolik)

Toiletries Rafhanah brand Pureen (body shampoo, shampoo, bedak ruam, losyen badan, minyak bayi), johnson (bedak muka), dan minyak YuYee Cap Limau untuk perut

Diapers, Rafhanah pernah pakai Drypers, Pampers Comfort, Dryfist, Drypex. Sekarang Rafhanah pakai Petpet saiz M dan Cloth Diapers Coolababy warna merah dan pink. Mommy spend berjam2 klu memilih diapers, ambil kira keselesaan dan kos. Siap bawak kalkulator kira harga sekeping dan compare semua brand.

Klinik checkup Rafhanah adalah Klinik Pakar Kanak-kanak AnNur dan doktor Rafhanah adalah Doktor Arbaiyah.

Rafhanah dilindungi insuran kesihatan di bawah polisi mommy punya Prulady smpi dia 2 tahun.

Rafhanah ada buai warna chrome, stroller warna pink tapi belum ada cot. Mommy plan nak siapkan satu bilik untuk Rafhanah di rumah baru kita yg atuk n nenek duduk skrg.

80 peratus baju Rafhanah adalah kaler pink.

Hiburan utk Rafhanah. Satu set 5 patung kecil lembik berbunyi. Satu teether bentuk bunga dgn gambo smiley kuning di tengah, pacifier kaler ijau (dulu ada yg pink tp xbest) dan perhiasan gantung macam angklung yg berbunyi ditiup angin (idea dari klinik, Rafhanah suka sbb tu kami beli)

Rafhanah dah tak pakai mittens, pakai socks ajer skrg.

Malam Rafhanah biasanya tidur kul 8, di ruang tamu. Kul 9.30 mommy bawa naik ke bilik, peluk dia sambil tgk tv. Biler mommy nk tdo, baru letak dia baring di katil. Rafhanah betul2 bangun tidur apabila mommy nak gi kerja.

Tuesday, July 07, 2009

Sedar Tak Sedar

Sedar tak sedar... Sayangku Rafhanah dah besar pun..

Dulu mommy rasa Rafhanah ni alahai keciknya nak angkat pun susah, fragile nya dak kecik ni. Tapi sekarang Rafhanah dah besar, dah tegap badannya, leher dah kuat, kaki dah pandai menendang2.

Dulu Rafhanah cuma pandai menangis jer, sekarang Rafhanah dah pandai ketawa, berborak dan mengajuk cakap orang. I like !!

Dulu Rafhanah sikit2 menangis, silap sikit nangis. Tapi sekarang sayang mommy ni dah jadi seorang yang penyabar.. Alhamdulillah.

Dulu Rafhanah tak kenal orang. Dengan sapa2 pun tak kisah. Tapi sekarang Rafhanah dah kenal sapa mommy dia, ayah, atuk, nenek, akak, abang so Rafhanah tak mudah nak kat orang tak dikenali.

Dulu Rafhanah tak banyak baju sebab baju2 kat pasaran semua beso2.. tapi sekarang Rafhanah dah boleh pakai banyak baju, geram mommy nak belikan macam2 utk Rafhanah. It's all about accessorizing.. woww! Almaklum anak pompuan.

Dulu Rafhanah cuma pandai terbaring jer. Tapi sekarang Rafhanah dah pandai mengiring dan sedikit hari lagi pasti meniarap. Setiap hari dia akan cuba memusingkan badannya untuk meniarap tapi gagal kerana ketika kaki dan badan sudah berpusing, Rafhanah masih bermasalah dengan tangan dan kepalanya. Kadang2 sampai menangis2 dia apabila mencuba2 tapi gagal. Namun dalam menangis2 pun dia tetap berusaha. Mommy kagum dan terharu dengan semangatmu sayang.

Dulu Rafhanah selalu terjaga malam, tapi sekarang tidak lagi kerana jadual tidurnya susah tetap. Hanya terjaga 2,3 kali sahaja untuk menyusu. Dulu mommy risau bolehkah mommy hadapi rutin berjaga malam. Tapi kini mommy tau mommy boleh. Untuk Rafhanah, apa sahaja sanggup mommy lakukan.

Dulu Rafhanah tak ada apa2. Sekarang Rafhanah dah ada banyak barang, dah ada stroller dan paling best, Rafhanah dah ada rumah. Rumah baru itu untukmu sayang. Masih banyak yang mommy akan sediakan untuk Rafhanah.

Dulu Mommy sayang Rafhanah. Sekarang, mommy terlalu sayang dan tak mungkin dapat jalani hidup tanpa mu sayang.

Mommy Loves Rafhanah Very Much.