Friday, February 27, 2009

Jalan-jalan Langkawi dan Perlis - Hari 1

Oleh kerana Fique telah mengupdate gambar percutiannya di Langkawi, ku turuti jejak langkahmu itu. Percutian ke Langkawi dan Perlis sempena cuti sekolah yang disertai oleh kami sekeluarga, mak, abah dan adik aku. Semuanya 10 orang. Kalau nak diikutkan Langkawi ni dah masuk kali ke4 dah aku pergi.. tapi pasal orang lain tak pergi lagi, aku pun pergi lah lagi, memeriahkan majlis konon2nya.. (hajat di hati nak gi Cameron sbnrnya huhu)

Kami bertolak hari sabtu malam.. drive dari Bangi sampai lah ke Kuala Perlis. Solat subuh di sana, breakfast nasi lauk telur je sbb byk kedai tak bukak (tak best lgsung, mahal plak tu). Kami naik feri jam 8.30 pagi.

Bial travel ramai2 ni, beg pun byk. Sib baik kami dpt seat depan sekali dlm feri, senang nk letak barang. Ni baru pergi, balik nnt mau berkali ganda barangnya.


Sampai di kuah, org yg jnji nk sediakn pengangkutan buat hal plak. Kami tempah Estima.. tp kononnya penyewa yg patutnya pulangkan hari tu, belum pulangkan lg. Sian abg, kena melilau cari kenderaan lain. Akhirnya kami dpt jugak sebuah van. Pastu, kami jalan2 amik gambar di sekitar Kuah termasuklah Dataran Lang. Panasnya cuaca.. Aku ni wlupun baru 6 bulan ++ jer dan perut nmpk kecik, tp penatnya tu, tak laratnya tu, aduhaiii..
Dari situ kami ke Bird Paradise. Adoii nak masuk pun kena ada MyKad ke.. Namanya je Bird, tp byk jer binatang2 lain kat situ. Sempat menjalin silaturrahim dgn akak kedai dekat ladang ostrich hehe.


Dasi situ, kami bergerak check in ke apartment. Apartment 3 bilik ni cuma 40 ringgit je kami bayar tau untuk 3 hari 2 malam. Hehe, sebenarnya ini rumah tumpangan DBKL. Memandangkan husband kerja DBKL maka dptlah kami menumpang tinggal murah di situ. Not bad, semuanya lengkap. First time aku masuk umah tumpangan yg sgt lengkap mcm tu, dari sebesar2 benda smpi sekecik2 benda, semua ada.

Petang plak lepas rilek2, kami pergi ke Makam Mahsuri. Pia tidur sepanjang di sana. Letih abah dan abang mendukungnya gilir2. Kat sini kami buat cenderahati piring bergambar.



Malam, seingat aku tak ada apa sgt.. Rilek, kuar makan dan tidur.. Esok nk berjalan lagi ni.

Thursday, February 26, 2009

Minggu Ke 36

Semalam checkup lagi. Pergi dgn mak, tapi masuk jumpa doktor sendiri. Husband ada urusan. Untuk checkup semalam, nothing much, cuma doktor kata dijangka bersalin minggu ke 38, which is 2 weeks from now. Visit kali ni jugak, doktor sediakan borang pendaftaran pengesahan untuk masuk ward biler sampai masa nak bersalin nanti. Aku mcm excitedlah plak. nak tau, ini lah first time aku masuk ward.. sebelum ni tak pernah sakit smpi duduk ward... tu yg lain mcm jer feel tu hehe

Kata doktor lagi, sekarang travel2 ni dah tak advisable. Tapi hujung minggu ni aku kena ikut husband balik kg n9. Nak buat macam mana. Aku tak nak terbersalin kat N9.. aku nak bersalin kat An Nur jugak dgn Dr Fatimah. Hospital Tampin tak best, hari tu pak mertua masuk spital pasal kes kecik luka di jari pun fail, ini kan plak aku nak serah diri beranak kat situ. Tapi husband kata apa salahnya bersalin kat N9... argghhhhhhhhh...... tulun, aku dh invest banyak ni semata2 nk dpt servis yg terbaik dari pakar. Kalau last2 gi bersalin tmpt biasa2 jer, tidak berbaloi lah investment ku itu.. huwaaa!!

Minggu depan plak aku kena ikut pergi kenduri adik ipar kat Shah Alam, dari pagi smpi petang. Masalahnya pagi tu aku ada appointment dgn doktor fatimah kul 9 pagi. Tapi husband mcm nk suh aku pergi hadap balik spital, mintak tukar tarikh psl nnt tak smpat gi kenduri. Argghhh tension lagi...

Minggu lagi satu plak, kena balik kg N9 lagi, kali ni mungkin lebih lama, sebabnya ini kenduri sebelah mertua aku plak. Adoiii, aku ni dah macam orang tak menunggu hari bersalin.. cian anak aku, mak dia nak bersalin kan dia pun macam tak kisah, tak peruntukkan waktu yg special utk dia, seolah2 org tak ternanti2 kan kehadiran dia pun, nak keluar keluar, tak nak keluar sudah.. arhhh siannya anak aku. Apa boleh buat sayang, mommy ni ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak. Kalau menderhaka nanti lagi payah, takut balasan Tuhan datang, haaa susah plak nk bersalin pasal berdosa dgn orang.

Kan best kalau aku bersalin 6 Mac ni.. birthday aku tuh.. hehe aku pun tak pening nak ke sana ke mari sebabnya aku confirm lah tak leh nk bergerak.

Monday, February 23, 2009

Mari Menonton GENG

Ini mungkin movie terakhir aku tengok kat wayang sebelum jadi mak orang. Sebelum ini aku fikir Ong Bak 2 yang terakhir, rupanya ada lagi yang terakhir hehe. Nak layankan permintaan budak2 punya pasal, bulan tua pun jadi, walaupun terpaksa korek2 duitnya huhu.

Yang pasti, memang fenomena betul lah Geng ni. Masa aku pergi GSC Alamanda sabtu petang dgn husband (konon nk beli tiket tengok malam) orang punya ramai dan tiket untuk hari tu semuanya sold out. Kami beratur lah jugak untuk beli tiket hari Ahad, dan itu pun cuma dapat tiket 9.30 malam, show waktu lain dah habissss. Perghh.. Betullah apa yang aku baca kat internet, GSC Alamanda adalah panggung kedua tertinggi di Malaysia dari segi kutipan GENG setelah Tebrau.

Bagi aku ceritanya ringan, fantasi yang biasa2. Tapi cara derang buat tu aku rasa memang tabik spring berkali2 lah. Rasa bangga sangat biler menontong GENG, rasa macam tak caya anak Malaysia boleh buat filem yang sgt hebat macam tu dari segi teknikalnya.

a) Filem Animasi 3D pertama keluaran Malaysia sepenuhnya.

b) Hanya menelan belanja RM4 juta (USD 1.5M). (kalau omputihnya lagi mahal smpi puluh2 juta). Bantuan Kewangan kebanyakkannya dari MOSTI (belum termasuk kos server bernilai RM 2 juta yang dipinjamkan oleh MIMOS untuk run keseluruhan production)

c) Very Malaysian (dari segi watak, dari segi background, dari segi dialog)

d) Grafik dia sangat cantik (aku tengok The Making, mereka memang amik gambar yang ori dlm hutan, kemudian baru lukis semula, so memang nampak real)

e) Animasi yang cun dan hidup (From The Making, krew memang akan berlakon betul2 secara fizikal sebelum diterapkan dalam grafik). Cuba tengok bahagian yang banyak aksi, korang mesti takkan percaya orang Malaysia boleh buat macam tu, sangat hebat, macam tengok citer aksi hollywood.

f) Semua krew adalah budak2 muda baru grad, diterajui oleh 3 orang graduan MMU yang mula2 set up syarikat tu. Mereka pernah ditolak kerana kononnya tidak percaya dengan kebolehan derang, tak der yang nak sponsor, masa mula nak start projek, pengarah baru berusia 23 tahun. Les Copaque telah dianugerahkan the Best Start-up Company in the Asia Pacific ICT Awards 2007.

g) GENG tidak menggunakan tenaga2 profesional termasuk suara. Pemilik2 suara semuanya di kalangan krew produksi atau kawan-kawan dan sdara mara sahaja. Jimat kos tapi hasilnya tetap best.

h) GENG kelakar. Adoiii, aku paling suka tengok 2 part. 1) Part Monyet pakai topi keledar minum air kelapa 2) Part 'Upin, Ipin, Ingat Masa Depan!'.. lawak lawak.. - Tengok sendiri baru tau kelakarnya.

Kalau nak diikutkan, part penuh aksi yg dalam hutan dan gua tu aku tak berapa suka. Aku tak suka sebab ia agak menakutkan (tak ganas) dan tak berapa sesuai untuk budak2 kecik tengok. Tapi sebenarnya di situ lah kalau kita nak tengok kehebatan teknikal grafik dan animasi filem tu.

So, sapa yang tak tengok lagi, pergilah tengok. Sokonglah produk Malaysia. Korang akan terasa sangat bangga setelah menontonnya. Jangan beli CD yang pirate. Kita sokong GENG supaya dapat cecah kutipan RM 10 juta seperti yang disasarkan.

Wednesday, February 18, 2009

Tidak berdaya

Seminggu dua ni, mungkin disebabkan kandungan yang dah makin sarat, aku dah rasa lesu jer sepanjang hari. Penat sentiasa. Semalam, buat pertama kalinya aku sampai umah dari kerja, terus baring, tidur sepanjang malam. Dalam kul satu bangun makan burger kemudian tidor balik. Selain daripada tu, perut pun dah mula asyik sakit2. Baby pun kuat sangat bergerak2nya.

Biler dah macam ni, aku dah mula fikir rasa nak jer cuti terus smpi bersalin. Tapi due date aku lambat lagi, ada sebulan lebih lagi, lama sgt nanti cutinya tu. Takut2 aku plak yang bosan duduk umah lama2. Selain itu, kerja pun masih banyak ni. Takkan nak tinggal macam tu jer kan. Sekarang ni aku fikir, sementara lum smpi waktu yg dikatakan 'menunggu hari' ni, aku plan nak amik cuti setiap rabu, tengah2 minggu. Sebabnya hari rabu jugaklah hari checkup aku. So, lehlah rilek2 sikit. 2 hari kerja, rilek, 2 hari kerja, rilek. Lagipun, selain tubuh badan, otak aku ni pun rasa dah lesu semacam jer semenjak dua menjak ni. Mungkin sebab dah aktif sangat masa trimester pertama dan kedua.

Barang2 untuk bersalin dan berpantang nanti secara basicnya dah ok kot. Cumanya, aku nak beli laptop n broadband sebelum bersalin ni. nak buat apa? Untuk menghilangkan kebosanan semasa berpantang nanti. Memang lama dah plan nak beli tapi rasanya macam belum terdesak, la ni rasanya perlu jugak benda alah tu.

Nak lelap mata jap.

Friday, February 13, 2009

Latest checkup

Bosan plak asyik post tak der gambo. Godek punya godek, ini jer lah gambar terbaru yang ada. walaupun tahun lepas, tapi ok lah. Masa ni actually perut dah nampak dah. Gambar ala-ala gathering di Shah Alam semasa meraikan kenduri kahwin Yayan, my exroommate masa kat S14 UTM dulu. Hemm, tengok lah Safiah langsung tak nak pandang camera tapi sibuk intai anak bujang orang, Hani Muhammad, anak Nisah yang memang betul cute macam anak patung, macam anak patung barbie dicuku rambut hehehe.

Kelmarin aku ke klinik lagi, checkup. Perghhh giler lama menunggu (but menunggu di Klinik Kerajaan still berada di kedudukan carta teratas). Biler masuk, doktor kata semua mommy kata dah jam kena tunggu lama. Aku tak jam, cuma sejuk macam nak demam duk dalam aircond lama sgt.

So far, aku ok. Doktor scan, uri ok, plasenta ok, cuma kepala baby dah berada sedikit ke bawah. Husband minta tengokkan jantina tapi malang sungguh nasib kami kerana baby kami ni nampaknya nak buat surprise, dia sorok. Kata doktor dia lipatkan kaki menyebabkan amat sukar lah nak tau gender nya. Hemm.. itulah aku, awal2 dulu masa kaki boleh berlunjur lagi aku tak nak scan, biler dah besar, dah leh lipat2 sorok2 baru nak tengok.

Berat aku kali ini dalam 63kg. Bagi aku dah agak berat lah berbanding masa awal2 pregnant iaitu 51.. hemm dah naik 12 kg, banyak tu. Doktor kata perut aku kecik, tapi biler scan, size baby dan beratnya normal, dalam 2.3kg. So, what's the problem. Doktor kata dia cuma bimbang smpi satu stage anak aku takkan membesar lagi disebabkan perut yg kecik, dan tak der ruang utk anak membesar nanti. Hemmm, aku pun tak tau lah, tak paham biology2 ni. Bagi aku selagi anak aku progress well, no problem lah. Kecik besarnya perut tu belakang kire, kalau kecik baguslah, senang aku nak back to normal shape lepas deliver nnt.

Oh ya, Ina staf aku dah bersalin kelmarin. Nampaknya dia juga mengikut jejak langkah Ha, terjangkit mengandung, terjangkit juga bersalin awal 2 minggu dan kes derang pun sama, pagi pergi kerja, tengah2 kerja dah datang petunjuk nk bersalin, pergi spital, petang tu jugak bersalin. Wahhh, aku mula seriau, adakah aku juga bakal menghadapi situasi yang sama. Kalau yer, susahlah, laki aku kerja jauh. Sapa nk temankan aku huwaaaa....

Friday, February 06, 2009

Tak der Mood

Entah naper lah petang ni aku lgsung tak der mood nak buat kerja. Tarik satu demi satu dokumen tapi setengah jalan buat, otak aku terus jam... terasa bosan yang amat. So akhirnya semuanya KIV jugak, tak der yang out.

Tadi tengahari gi tengok wayang, Ong Bak 2. Not bad lah citernya, orang belanja mestilah best ajer. Cumanya penat sikit lah tengok banyak sangat aksi pergaduhan dan akhirnya ending nye aku tak paham hehehe.

Lagi satu tak der mood ni mungkin sebab pagi tadi nyer meeting pegawai. Aku dah mula bosan lah. Apa2 hal mesti unit aku jugak yang salah, unit aku lah kena buat itu ini. Derang tau tak aku ni dah ler tengah sarat, otak dan badan aku bukan larat sangat. Dah lah aku takde pegawai lain nak tolong. Cuba lah meh sini duduk tempat aku, baru derang tau pening tak peningnya nak jaga 3 bidang berbeza, ICT, kewangan dan admin. Cakap jer memang senang, mintak itu, mintak ini, komen itu, komen ini.

Tak tau lah nak pergi mana. Duk opis tak tenteram, balik rumah pun serupa jugak. Eeeee tak tau lah nak pergi mana.. tension !!!!