Friday, December 22, 2006

Birthday

Hari ni aku nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke 28 kepada 'tooooot'.. hehehe (biarlah rahsia untuk orang lain tapi mak baby Precint 16 tentu sudah buhsan dan meluat lagi menyampah dengan kerahsiaannya hehehe).
Mak baby, ko mesti akan kata aku ni degil, macam dah tak ada kaum adam lain yang nak diingat, orang tu entah2 sebesar kuman pun tak ingat langsung kat aku. Hehehe.. tunggu lah aku kena amnesia ker, kasi gegar sikit saraf otak aku, hantuk kat dinding dgn kelajuan serta daya hentakan yang tinggi, haaa masa tu memang sah ler aku lupa. Tapi ayat jiwangnya adalah, untuk melupakan terus tu memang aku tak sanggup walaupun aku tau yang aku memang dah tak der harapan. Tapi kuasa Allah tu saper yang tau kan?
Selain tu, aku amik peluang ni untuk ucapkan Happy Birthday pada Irine, Penolong Akauntan aku yang banyak sangat tolong aku yang kayu dalam hal2 kewangan ni. Birthday Irine pada 24/12 ni. So, sekaligus ucapan selamat hari lahir ini jugak aku tujukan untuk Awin di ANU, Australia. Untuk Irine semoga cepat2 dikurniakan cahaya mata. Dan untuk Awin semoga dapatlah Awin tamatkan PhD dengan jayanya.
Akhir sekali, Selamat Hari Lahir jugak untuk siapa2 yang menyambutnya dalam bulan ini.

Wednesday, December 20, 2006

Sesat

Malu bertanya sesat jalan. Tapi kalau dah tengah2 highway yang sibuk, dengan sapa kita nak bertanya? Nak berenti tepi jalan, bahu jalan pun tak der, lagi jam, lagi kena hon dgn orang. So, mau tak mau, 'bertanya'lah pada signboard2 yang kesahihannya kira boleh tahanlah, bolehlah pakai.
Semalam, turn bertugas di parlimen. Pergi dgn keta sdiri kononnya nk memahirkan diri dgn jalan2 kat KL ni. Alhamdulillah tak sesat. Tapi sapa sangka, dalam Dewan Negara aku bleh 'sesat'. Hehe sesat dalam mimpi yang entahapa2. Amalan rutin berada dalam dewan smjk di DPA, apa lagi, sangap. Amendalah senator ni mmbebel, berjela2. Memang nasib malang kena dewan negara dan perbhasan plak tentang rang undang2. arghhhh!!!!
Kul 4.30 aku kuar dari dewan (tak kuasa nk duduk situ lama2) dan men'sesat'kan diri ke bilik pegawai2 bertugas huhu.. kena tunggu sampai kul 8 mlm, smpi dewan habis baru bleh balik. Lum kul 8, aku dah cabut (hehe jgn kasi tau Dato' SUPAR tau, nnt aku dpt STS). Pas tu, memang dah nama entri ni pun sesat, dlm pejalanan pulang dari parlimen, aku SESAT! ni betul2 punya sesat. Sebabnya masa turun dari parlimen tu aku terlepas simpang. Sudah!!! Aku kan mmg kayu sikit tang jalan2 KL ni, so aku pun cam biasa melilau nengok signboard tp satu pun tk der yg mengarah ke Putrajaya atau Seremban. Hahaha.. tak yah lah aku citer daerah2 mana yang aku sampai, kang orang mesti gelak punya. Lebih kurang hampir satu KL lah aku ronda, sesat nyer pasal. Aku ingat aku leh caya signboard rupanya signboard pun x leh pakai sgt. So, baik2 aku leh sampai awal, dekat kul 9 baru smpi umah. Baik2 tol cuma 1.80, tup2 4 hinggit aku habis.
Sebenarnya sesat di KL ni memang aku dah biasa sangat. Dah berkali2, tu yang aku tak cuak pun. Tapi dah berkali2 sesat pun tak expert2 jugak jalan, entahapa2 minah ni. Dulu aku penah sesat balik dari INTAN, tup2 aku balik ikut Cheras. Balik dari UIA pun penah sesat, tup2 sampai jalan tun razak. Yang smlm punya aku rate sebagai kesesatan terunggul yang aku pernah lalui, orang mesti tak caya yang aku leh sampai damansara, kelana jaya, sunway, puchong, cyberjaya, putrajaya.. hehehe, smpi kan satu tahap tu aku pk, alang2 dah sesat, ronda jerlah satu KL, apa susah. Minyak banyak lagi (baru gaji beb).
Kadang2 terpk betapa beraninya aku menyesatkan diri smpi cam tu sekali. Haha malam pulak tu. Entahlah, hati aku ni mmg keras agaknya, tak rasa cuak langsung. Konfiden jer memanjang (kononnya). Aku tau kerajaan tak ler kejam sgt smpi taruk signboard2 yg salah kat jalan, kena lah bsangka baik kan? heheheh.. Mak aku biler tau aku stay kat parlimen smpi 8 malam pun dia dah bising, kalau dia tau aku sesat, maunyer bising dia tu bleh naik beribu2 desibel smpi pecah gegendang tinger aku hahaha. Tp tak per, yg penting aku dah selamat. Alhamdulillah hehe.

Friday, December 15, 2006

Puji

Alhamdulillah pujian bagi Allah. Subhanallah Maha Suci Allah. Nasyid pulak hari ni, terserlah aura-aura keinsafan. Ishk.. bukan niat nak mempermainkan, cuma kasi jadi intro sikit.
Kalau cakap pasal pujian, perghh.. saper lah tak kembang biler kena puji, seronok kemain. Perasaan melayang2 tembus ke siling, bumbung dan terus ke langit biru. Tapi penting ke pujian tu. Ada orang kata, pujian tu sebagai satu ransangan semangat supaya kita berusaha lebih bersungguh2 dan tanda penghargaan, tp tak kurang jugak yang beranggapan, pujian itu hanya akan menjadi tembok menyebabkan manusia akan cepat lupa diri atau mudah berpuas hati, akibatnya rasa diri sudah sempurna dan tidak perlu improvement apa2 lagi.
Aku dalam keluarga memang payah dipuji, apatah lagi oleh mak sendiri. Mak kata, aku ni mengada2 kalau dipuji, jadi manja. tapi kalau komen dan kritikan tu mmg berbakul lah. Kat pejabat pun sama, bos aku mmg paling susah nak memuji. Sedangkan nak cakap terima kasih pun punya berat, ini kan pulak nak puji.. berjanggut lah tunggu. So, biler dikelilingi oleh orang2 macam ni, aku pun mula terpk, teruk sangat ke aku ni. Aku rasa seolah2 dinilai pada aspek negatifnya sahaja, yang positifnya aku pun tak tau.
Kadang-kadang kita ni bukan nak sangat dipuji, tapi pujian tu sebenarnya mungkin adalah salah satu sumber keyakinan diri, tak ler rasa inferior memanjang kan? Pujian tu (kalau ikhlas lah) sebenarnya menjadi petunjuk untuk kita mengenalpasti di mana kekuatan dan kelebihan kita. Itu namanya pengiktirafan. Bayangkan kalau kita bagus tapi orang tak iktiraf, kita mungkin akan rasa apa yang kita buat tu tak bagus dan kita pun berubah kepada sesuatu yang tak tentu lagi lebih bagus atau lebih teruk. Kan bahaya tu.
Entahlah ek.. mungkin kita kena muhasabah diri sendiri, tp susah jugak pasal pandangan orang2 lain semua tak sama. Kadang2 pujian jugak membuatkan kita seram dan tak sedap hati, tak selesa. Kalau aku lah, aku lebih suka orang puji di belakang.. tak payah puji2 depan aku. Aku ada tendency utk pk negatif yg org tu cuma nak ambil hati atau buat aku tenang, itu jer. Sebab tu, biarlah berpuluh orang hantar emel kata aku ni pegawai berdedikasi dan profesional.. tp aku rasa nothing. Apa kata derang hantar puji2 an tu pada bos aku, tu lagi bagus. Biar bos aku dpt kasi markah lebih utk penilaian hujung tahun hehe...
OKlah, petang ni nk balik kampung tp pagi isnin dan kena balik sini semula.. tata..

Tugas

Senarai tugas aku di opis, seperti di dalam fail meja aku.. (rasanya tak confidential benda ni kot)
1. Menguruskan dan memantau pembayaran kepada pemegang-pemegang pinjaman dan biasiswa yang diuruskan oleh bahagian. (tugas yang ni boleh buat aku nak muntah biler kena meluluskan beribu-ribu lemon baucar bayaran)
2. Menyelaraskan dan menyediakan anggaran belanja mengurus tahunan bahagian. (setahun sekali, tp kena selalu monitor. Biler tak cukup duit atau terlebih duit.. aku pun pening)
3. Menyelia dan memantau prestasi perbelanjaan Bahagian dan memastikan akaun sentiasa dikemaskini serta diselenggara dengan baik. (yang ni banyak Penolong Akauntan yang buat, aku cuma tengok2kan dan semak jer, aku bukannya reti sgt menda2 cam ni)
4. Memastikan urusan surat menyurat, hebahan, rekod dan sistem maklumat di bahagian sentiasa teratur dan sistematik. (yang ni kena ditengok hari2, biasalah ni.. kerja orang perempuan)
5. Menyelaras dan memastikan keperluan ict serta sistem maklumat bahagian berada dalam keadaan sempurna dan diselenggara dengan baik. (yang ni pun banyak buat aku pening. Aku dengan Bahagian IT Kementerian mmg dah tak ngam, ada jer yang tak kena. Fed up makcik)
6. Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan perkhidmatan logistik serta inventori bahagian. (yang ni delegate pada orang lain, tp kena monitor jugak)
7. Mengurus dan menyelaras penyediaan kertas dan jawapan Parlimen. (aku lum lagi wat kerja ni pasal officer yg lebih senior yang take over).
8. Mengurus dan menyelaras penyediaan maklumbalas-maklumbalas mesyuarat dan jawatankuasa dalam kementerian. (kerja bermusim, tp simple jer kalau tak banyak isu. Kalau mesyuarat kabinet, itu ada sikit payah)
9. Mengurus dan menyelaras pengumpulan data dan analisis tajaan oleh agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. (2 kali setahun, tp berjaya membina networking bagus)
10. Bertindak sebagai urusetia bagi mesyuarat penaja-penaja biasiswa bersama YB Menteri (2 kali setahun) dan mesyuarat bulanan bahagian (macam biasa jer tp tang nk wat minit mesyuarat tu mmg ada sikit liat dan payah especially kalau dengan Menteri).
11. Merancang dan menyelaras keperluan kursus dan latihan pegawai dan kakitangan bahagian. (pastikan setiap orang pergi kursus sekurang2nya 7 hari setahun, kalau tak cukup, kita cari mana2 kursus pun)
12. Menyelaras laporan kemajuan perlaksanaan program-program biasiswa dan pinjaman di Bahagian (termasuklah laporan bulanan, SKT dll, kumpul jer dr unit2 pastu edit dan jadilah satu report)
13. Menyelaras segala pertanyaan dan aduan pelanggan (hari2 kena ngadap, yang ikut emel, ikut surat, yang telefon, yang lalu sistem aduan.. migraine aku tang ni. Macam2 pe'el. Bertambah payah biler aku dinamakan sbg pegawai phubungan kementerian untuk urusan pelajar di luar negara bagi hal2 biasiswa, fensan)
14. Menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan urusan pentadbiran dan kewangan Bahagian (gi meeting ada makan free, best!)
15. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. (ishk yang ni tak terkira banyaknyer.. pening)
(off record: cover kerja orang lain yang tak ada kat opis)
Tak masuk lagi arahan terbaru bos iaitu planning untuk dapatkan ISO tahun depan. Hemm.. kadang2 rasa underpaid. Tapi dah nama pun 41, memang itulah lumrahnya. Yang bestnya dpt belajar banyak perkara. Betullah sapa entah kata, kerja kerajaan ni dia tak fair sikit. Ada tmpt tu mmg rilek jer kerjanya, tp kalau bhgn yg bz, mmg nak mampus lah kerja. Tapi apa kan daya, bonus tetap sama, increament pun tak ada beza wlu di mana pun kita. Tak per lah, mmg itu rezeki kita kot.. redha jer lah. Ada ganjaran yg tersembunyi mungkin atau yg hanya akan hadir kemudian.

Wednesday, December 13, 2006

Keras

Apa yang keras? Intan? (ishk fobia aku nyebut nama Intan ni). Suatu masa dulu aku rasa aku bukan seorang yang keras, mungkin dari segi penampilan luaran kot. Tapi aku tau dan mungkin ada kawan2 tau yang ada sesuatu yang keras dalam diri aku ni. Keras hati? Kadang2. Keras kepala? Pun kadang2. Orang kata, perempuan ni kerasnya macam kerak nasi, kena rendam lembut jugak jadinya.
Mak aku, makcik2 pun ada komen yg aku ni nmpk lembut tp keras. Ishk.. agaknya ada ker smpi orang gerun ek. Hehe, tak tau. Tapi aku berani kata yang semenjak dh bertukar profesion, aku mula menyerlahkan ke'keras'an tu. Keras dalam banyak aspek yang kadang2 aku pun tak suka sbnrnya. Pertama, kalau dulu aku kerja sorang2, skrg aku ada ramai anak buah di pejabat. Kerja plak berkhidmat untuk rakyat, banyak stakeholders nk kena jaga, kesilapan kecil akan mmbawa implikasi besar pada banyak pihak. So, aku mula jadi perfectionist sekaligus nampak 'keras'.
Tapi yang paling aku tak suka adalah hati aku pun mula 'keras'. 'Keras' yang aku maksudkan di sini adalah aku seolah2 dah hilang emosi. Lebih2 lagi bila saban hari sibuk dengan kerja, fikiran hanya pada kerja, jadinya otak dan jiwa tu tak berapa aktif, statik jer dalam keadaan apa pun. Aku rasa sangat perubahan tu, pasal apa? Kalau dulu aku bleh bersedih dan menangis terharu apabila mendengar nasyid2 sedih, sekarang tak lagi! Bengangnya.
Tapi, semalam.. aku rasa sedikit demi sedikit 'keras' itu mula pergi. Haha.. hanya kerana menonton movie Message In The Bottle. Sedihnya ending dia. Sedih kerana menyaksikan kasih sayang Garret pada Catherine yang tak pernah surut. Sedih kerana Garret pergi sebelum sempat meluahkan perasaannya pada Theresa. Sedih kerana mengenangkan nasib Theresa yang merasa seolah2 tidak dihargai kerana Garret terlalu mencintai Catherine. Akhirnya dia hanya tau yang dirinya dihargai apabila Garret telah pergi. Aku suka dialog2 dalam filem tu, simple tapi best.
Serius, habis ajer filem tu.. aku menangis. Terharu sgt dengan kata2 Theresa, lebih kurang maksudnya dia berterima kasih kerana memberi peluang kepadanya untuk merasai cinta itu walau pun sekejap. Tiba2 aku rasa ada kebenaran bahawa cinta itu bukan bererti kita akan hidup bersama, cinta itu hanya anugerah yang mungkin hadirnya sementara untuk kita rasai. Kalau dulu aku pernah bpendapat, Tuhan takkan hadirkan rasa cinta dalam diri kita kalau tidak ditakdirkan utk bersama, sekarang tanggapan tu dah berubah.
Aku bertambah sedih bila mmbayangkan aku di tempat Theresa. Bayangkan kita menderita kerana orang yang disayangi tak menghargai kita. Kemudian kita hanya tau bahawa orang tu sbnrnya sgt mghargai kita, hanya apabila orang tu dah tiada.. apabila semuanya sudah terlambat. Aku tau perkara camtu takkan berlaku pada aku, tp sesekali berimaginasi tersentuh jugak hati.
Yang Keras sudah jadi Karat nampaknya.

Tuesday, December 12, 2006

Bunga

Cuba cakap perempuan mana yang tak suka dengan bunga. Bunga tu kan cantik (kalau yang cantiklah) dan wangi (tu pun kalau wangi).
Aku pun suka bunga. Tapi bunga yang hidup lah. Bunga plastik, walaupun dia kekal cantik lama tp tak best. Semalam aku ngan Zana dah cilok beberapa kuntum bunga dari meja hidangan masa jamuan Hari Q. Hehe.. ikut hati nak sambar satu jambak, tp budak2 catering tu cam terkulat2 cam serbasalah jer, ala cian. Hehe.. selamat lah beberapa kuntum bunga daisy. Aku dapat satu pink satu merah, cantik. Tapi bukan feveret aku sbnrnya daisy merah ni. Aku suka yang putih sbnrnya macam dalam cerita U've Got Mail tu :)
Lagi satu bunga kegemaran aku atau setepatnya mungkin kegemaran semua orang dlm dunia ialah bunga mawar. Memang cantik dan eksklusif sebab tu kot mawar ni tak semudah2nya dibuat perhiasan (setau aku lah). Katanya mawar tu lambang cinta. Cheh, kenapa nak dilambangkan dengan bunga yang akan layu? Cantiknya cuma sekejap. Naper tak samakan dengan benda-benda yang kekal, yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek ujan. (ini sudah masuk peribahasa pulak ishk ishk ishk).
Akhir sekali, sesungguhnya bunga lah yang menjadi faktor kenapa aku nak sangat pergi bercuti di Cameron Highland. Aku nak tengok bunga yang banyak, yang segar.. walaupun kesegarannya cuma seketika, walaupun keindahannya sekejap cuma. Tapi itu semua seolah-olah memberi gambaran dan perumpamaan jelas tentang pentingnya kita menikmati hidup kita, indah dan seketika. (indah itu abstrak)

Besi

Kerana besi, aku kempunan hari ni. Kerana besi, aku tak dapat nak buat amal bakti hari ni. Kerana besi, aku rasa bosan satu hari. Apalah nak jadi. Tak pernah2 tak cukup besi, tetiba tak cukup plak hari ni. Dulu2 tu cukup jer. (eee.. aku ni cam kontraktor nk buat bangunan ler plak ek)
Frust, tadi dengan berkobar2 aku nak pergi derma darah tapi kena reject. Cheh, berani dia reject aku. Check punya check depa kata aku tak leh derma kali ni coz darah aku kekurangan zat BESI. Apahal lak ni, aku tak cukup makan ker, atau makanan aku tak bergizi selama ni. Ishk.. ciannyer. Pas ni entah biler lagi ada orang nak datang buat program derma darah ni, tunggu ler lagi yer.
Pengabisnya, entah naper satu hari ni rasa cam tak der mood jer. Rancangan bila dah rosak, mmg hangin aku satu badan. Apa ke hal.

Sunday, December 10, 2006

Permata

Baby Mohd Rifqi Naufal, permata hati Fique dan Zam. check gambo cute dia kat sini.
Berikut adalah petikan dari Buku Jangan Bersedih. Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, dari bab Permata. (buku ni dia bagi2 bab ikut nama perhiasan mcm kalung, permata, emas dll.)
---------------
Wanita, dengan kecantikan yang dimiliki, lebih indah dari matahari. Dengan akhlak, lebih harum dari minyak wangi. Dengan sikap tawadhu', lebih tinggi dari purnama. Dengan cinta, lebih segar dari rintik gerimis. Oleh itu, peliharalah kecantikan itu dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.
Ketahuilah bahwa perhiasanmu bukan emas atau perak tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahaga di tengahari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di hamparan sejadah dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah menarik pelajaran dan diammu adalah berfikir.
---------------
Susah kah menjadi wanita yang solehah? Banyak pengorbanan dituntut, jiwa perlu sentiasa disuburkan. Seperti epal, wanita solehah adalah permata di celahan kaca yang pesona kerdipannya sukar dibezakan. Teringat drama Pesona Bintang di TV2 malam tadi. Aku rasa kagum dengan penampilan Murni, cara dia bercakap dan membawa diri cukup menggambarkan ciri seorang wanita yang sederhana, tegas dalam diam tapi anggun dan terpelihara.

Friday, December 08, 2006

Epal

Bukannya nak cerita pasal kaitan antara epal dan penjagaan gigi, tp nak cerita tentang "Wanita & Epal" artikel yang aku baca dari Anis Disember 2006. Begini petikannya,
-----------------
Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tapi epal yg tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenanrnya Allah telah jadikan begitu tinggi martabatnya.
Hakikatnya, epal itu tlalu tinggi kerana terlalu elok sifatnya sehinggakn tiada siapa yang berani memetiknya. Begitu jualah wanita-wanita yang solehah. Hanya pemuda2 sejati yang benar2 hebat sahaja yang boleh memperolehinya. Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yang kekal abadi. Biarlah jodohnya bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringinya. Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia tetapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayanginya untuk menyunting di taman akhirat kelak. Jadi,s edarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam 1001 keindahan. Renungkanlah wahai adikku sayang..."
------------------
Indah dan menusuk ke kalbu. Mungkin aku patut bagi mak kat kampung untuk baca artikel ni biar dia tak risau lagi. Tapi nanti mesti mak kata yang tu cuma terpakai utk wanita yang solehah. Aku ni pulak alahai.. jauhnyerr. Emm, kalau jauh, aku kenalah usaha untuk dekatkan, yer tak?
Nak update sikit. Alhamdulillah, setelah beberapa kali try, akhirnya aku dpt gak bcakap ngan Fiq. Fiq bersalin normal, tak perlu induce pun. Baby boy seperti yang dijangkakan, berat 3.19kg. Insya Allah hari ni Fiq akan balik umah tapi baby kena tinggal hospital dulu under observation pasal dia lahir lebih daripada 24 jam selepas water broke. Tapi tak per, mak fiq kan nurse, dia akan tengok2 kan baby sementara Fiq kat umah. Tadi tak sempat nak cakap banyak ngan Fiq pasal coverage tak clear kat hospital tu. Nanti dia dh balik, aku kol lg. hehe.

Workaholic

Workaholic kah saya biler skrg masih berada di opis seolah-olah hari esok dah tak ada, seolah-olah saya dah tak der rumah.
Workaholic kah saya biler esok, sabtu saya tetap akan datang ke opis kerana ada banyak kerja.
Workaholic kah saya biler saya buat ini semua kerana balas dendam pasal masa bulan puasa saya balik awal, lepas raya plak saya asyik tak lekat kat ofis kerana urusan luar. (akibatnya kerja saya di opis jadi bertimbun!)
Workaholic kah saya biler saya buat ini semua kerana bos dah tak ada orang lain nak disuruh. Pegawai2 lain ramai yang kata saya ni dah ibarat SUSK bos saya.
Workaholic kah saya kerana saya banyak kena buat kerja orang lain kerana orang yang bertanggungjawab asyik tak ada di ofis dan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.
Workaholic kah saya kerana saya buat ini semua kerana malas nak dengar terlalu banyak komplen dari orang awam dan m******. Saya adalah salah seorang pegawai perhubungan K**, apa2 hal saya yang kena tibai dulu.. sian saya.
Workaholic kah saya kerana kalau saya balik awal pun saya bukannya ada benda lain nak dibuat. Saya tak ada suami dan anak yang nak kena dilayan. Dan saya jugak adalah orang yang tidak suka berjalan-jalan window shopping, melepak dengan kawan atau tengok wayang. Saya kan kedekut orangnya. (jimat lah beb hehe). Sbnrnya dari kecik mmg saya dh diasuh mcm tu.
Workaholic kah saya biler masa DPA pun sebenarnya saya banyak kali balik ke pejabat di hujung minggu kerana nak settlekan kerja.
Workaholic kah saya kerana saya rasa saya banyak jugak tidak menyempurnakan hak-hak sebagai seorang pegawai, contohnya buat kerja lain yang tak berfaedah atau ada kepentingan peribadi, guna harta opis utk hal peribadi dan macam2 lagi. Dosanya camna? Berkat ker gaji saya? So, baik saya kerja lebih masa, harap2 dpt tampung kekurangan tu semua. Tak kisahlah tak dapat gaji pun. (tp saya selalu gak komplen, penat kerja tp tak dapat OT, orang lain yg kerja rilek plak dpt gaji, bonus n increament serupa cam saya yg kerja separuh nyawa)
So, berapa bintangkah tahap workaholic saya? anda yang menentukan. nyeh nyeh nyeh :)

Baby

Pertama sekali, nak ucapkan tahniah pada Fiq kerana selamat dah melahirkan cahaya mata yang pertama pagi tadi. Aku rasa putera (pasal scanning dan firasat aku kata macam tu jugak). Tak sempat nak tanya lebih lanjut, bsalin normal ker tidak? Sms pun dh tak berjawab. Yg hantar sms kat aku pun entah siapa, maybe Zam kot. Yerlah dah berapa malam x dpt tidur, Fiq tengah balas dendam kot.. sian dia. Tak sabar sangat nak jumpa dia lagi dua bulan. Tp harap2nya tk smpi dua bulan dia dah balik sini.
Yang geram tu, biler aku sibuk menghebahkan berita gembira ni, aku yang kena balik. Hemm.. paham-paham jer lah ayat yang biasa tu. Rasa cam dah immune jer hehe. Now, Baby Rifki (agaknyer lah) dah selamat, pas ni nak tunggu Baby Khayra pulak. Huhu, ramainyer anak sedara, syok nyeerr.

Wednesday, December 06, 2006

Gift

Sapa lah tak seronok biler dapat hadiah. Kecik atau besar bukan ukurannya tapi nilai ingatan tu yg lebih penting dari segalanya. Lagi syok biler hadiah datang tanpa disangka, tp hadiah yang datangnya disangka pun ok jugak. Ada hadiah yang datang atas usaha, dan ada yg datangnya kerana tuah. Paling penting, hadiah tu kan FREE!!
Tapi seumur hidup aku, belum pernah lah aku dapat hadiah yang disebabkan tuah. Mana-mana cabutan bertuah tak pernahnya sangkut. Semuanya adalah atas dasar usaha dan aku bersyukur atas itu. Sekurang-kurangnya aku tak rasa takbur atau lalai. Semuanya ada balasan. Apa nak hairan?
Cakap pasal hadiah, semalam aku dapat hadiah. Hadiah PERTAMA peminjam buku paling banyak dari Pusat Sumber kementerian huhu.. Tak sangka sangat. Tapi tak bestnya pasal masa penyampaian hadiah tu aku kena berada di UIA untuk satu seminar pengiktirafan pendidikan negara2 asing. Tapi tak per.. pasal aku enjoy kursus tu walaupun kena paksa datang. Pergi kursus memang enjoy (kalau tak kena kacau dgn orang di opis lah)..
Antara bestnya gi kursus adalah, dapat melancong free (nyambil-nyambil.. selalunya mesti ada slot jalan-jalan), dapat pergi jauh dari gangguan dan tekanan kerja di ofis, dapat kawan-kawan baru dan merapatkan persahabatan dengan kawan yang tak berapa baru hehe, dapat souvenirs (UIA nyer souvernirs hari tu mmg best gilerz), dapat makan free yang best dan yang terakhir yang penting tp entah naper aku letak paling last adalah DAPAT ILMU.. (Anak sapa lah ni, tak senonoh betul :P).
Apa2 pun, hadiah iman lah yg tiada ternilai, tak dapt diukur dengan apa jua.

Friday, December 01, 2006

Time flies

Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun 2007, umur pun dah nak masuk 27 tahun, tua rupanya dah aku. Rasa macam baru jer main baling selipar depan rumah masa kecik2. Rasa macam baru jer main zero pain kat sekolah dulu-dulu.
Sedar tak sedar, dah lebih setahun aku jadi PTD, dah lebih setahun berhijrah ke sini. Rasa macam baru jer aku ternganga-nganga sambil buat muka poyo ketika menghadiri ujian bertulis PTD di Sek Voka Azizah JB.
Sedar tak sedar, Fiq dah nak bersalin dah pun. Macam tak caya, rasa macam terngiang-ngiang di telinga ketika masih di INTAN dia mengatakan "wei, aku pregnant lah". Semoga ko selamat fiq, doa aku sentiasa bersama ko. Luv u so much, sis.
Sedar tak sedar, Jaja dah nak masuk dua dah anak dia. Rasa macam baru jer semalam kami meronda-ronda ke taman u dengan motor JEV 6428 dia. Rasa macam baru jer semalam pergi kursus sama2 kat Teluk Kalong. (Oh no, remind me to somebody.. Jaja mesti marah biler aku tulis cam ni)
Sedar tak sedar, in fact aku sebenarnya sedar.. bukan hanya masa yang flies, aku punya jam pun asyik 'fly' sama. Mana taknya, seumur hidup sampai sekarang, ada jam tak pernahnya kekal. Asyik hilang dan jahanam memanjang. Padahal dalam family, semua orang tau yg aku ni paling susah hilangkan atau jahanamkan barang. Barang yang satu ni memang lain sikti penangannya. Ada jam Avon mak hadiahkan, hilang. Ada jam BONIA staf ofis lama hadiahkan, pun hilang! (ralat giler beb), ada jam beli sendiri, baru beli kejap tali putuslah.. dan paling baru, jam yang aku baru beli 3-4 hari lepas, aku jumpa dalam washing machine selepas membasuh!!! Tensionnya. Nampanya istilah jam tangan hanya wujud takat ini jerlah. Lepas ni semua jam adalah yang embedded pada henpon dan pc ajer lah.