Friday, April 30, 2004

Baru berkesempatan nak duduk lama depan pc ni smbl menaip blog. Lega rasanya. Bayangkanlah betapa banyak yg aku dah miss beberapa hari ni… Dan berapa banyak dah ayue nak taip dlm ni.

1sst of all, I would like to say that I’m getting sick with this layout. Bosan plak rasanya. Tetiba terpk nak tuko kpd layout yg lebih terang dan ceria macam layout windows xp tu, biru dan ceria. Sumernya aku nak tuko, termasuk banner kat atas ni. Tapi biler pk itu adalah hadiah dr seorang kawan, rasa sayang plak. Nak suh dia buat yg lain, rasanya dia takkan sempat punyalah pasal dia sdiri dah berbulan tak balik umah psl urusan kerja. Tak pernah aku nengok orang yg gileeeeeeeeerrrrr punya bz cam tuuh. Mengerikan betul. Kalau cam tu punya bz selalu, alahai kesian orang yang kawin ngan dia nnt, merana beb…

Err.. Aku dah confirm akan pindah umah. Semuanya berlaku dlm masa beberapa hari jer. Ari tu, aku pergi bank, bank in duit loan ASB. Tapi biler aku balik, sorang akak kepoh ni sibuk Tanya itu ini. Dia Tanya aku bayar berapa, ikat berapa tahun, berapa ribu punya loan. Then dia dgn muka tak tau malu penyibuknya siap kirakan itu ini. Dan barulah aku perasan yg kalau cukup abis tempoh bayaran, aku sbnrnya telah bayar hampir dua kali ganda drpd nilai pokok yg aku pinjam tu. Terperanjat aku!! Balik aku citer dgn mak, bual pjg, mak pun rasa terperanjat dan salahkan aku psl buat loan tu. Tapi biler Tanya orang2 yg pandai, derang kata mmg cam tu caranya bank buat untung. Lagi pulak loan aku tu ikatnya punyalah lama. So, mak cadangkan lepas ni, aku mohon pendekkan tempoh baya balik tu. Mana aci interest punya banyak.

So, start tu, aku mula bincang dgn mak psl nak sewa blk kat PG. Aku kata aku nak sewa bilik jer. Kalau dulu aku mmg cerewet psl umah, sumernya nak sendiri2, skrg aku dh tak kisah. Asalkan duit aku jimat. Tak kisahlah klu aku kena duduk serumah ngan org yg aku tak kenal pun. Duit jimat, aku pun tak penat. So, esoknya terus aku pergi merayau ke pusat bandar pg. Dan mmg ditakdirkan kan papan iklan Cuma ada satu jer iklan psl sewakan bilik. Yg lain sumer sewa satu umah. So, aku tepon akak tuan rumah dan dia kata dia ada dua rumah. Satu kt Tmn Mawar, satu kat Tmn Bt Dahlia. Setiap umah tu ada 2 bilik kosong tp yg kat tmn mawar tu dah sold out lah cam tu. So, aku setuju amik yg kat Bukit Dahlia. Aku lg suka yg ni psl yg ni perumahan yg lagi baru. Rumah pun msh cantik, dekat dgn masjid lagi. Aku pergi tengok dgn mak dan mak aku nmpknya setuju dgn bilik tu. Mmg lawa, lampu lawa, lantai lawa, licin berkilat, bilik air plak dlm bilik. Tp share dgn bilik sebelah yg jugak utk disewa.

Emm.. lupa nak cakap, rumah ni, floor bawah tuan umah buat nursery kecik dr pagi smpi kul 7.00ptg. So, waktu siang mmg banyak budaklah kat situ. Rumah corner lot, kat luarnya ada buai, gelungsur, kolam.. hehe.. syok betul aku nengok. Kat dapur plak dah siap ada dapur, peti sejuk sumer. Ishkk.. tk sabar aku nak pindah. Lagilah biler teringat nnt akan ada byk budak2 kecik dan baby kat situ, meriahnyeeerr!! Boleh aku tumpang sekaki dgn babysitter tu melayan budak2. Lagi satu dlm otak aku ni dh terpk nak cadangkan pada kak mai (tuan umah) utk izinkan aku buat tuisyen kat situ waktu malam. Ok aper kan? Rumah besar, dah tu mlm kat kosong jer floor bawah tu. Seronok tul biler pk nak pindah ni. Mak aku pun sporting giler sekarang. Asalnya dia nak aku duduk menumpang rumah sedara yg jugak duduk kat bukit Dahlia, ada dua orang lagi tu, pilih jer nak yg mana. Tp kawan2 ofis nasihatkan jangan, psl duduk umah sedara ni tak bebas, kalau ada problem ker haper ker, nnti diungkit smpi biler2. So, aku cakap dgn mak, terus mak setuju dgn pendirian aku.

Salah satu bilik tu skrg dah sah jadi milik aku psl aku dah taruk duit deposit. Cuma tunggu sorang lagi masuk bilik sebelah baru aku pindah masuk jugak. Kalau tak nnti malam2 aku duduk sorang2. macma seramlah umah besau tp sensorang jer. Aku tgh tunggu kak mai confirmkan ni. Tapi pagi tadi kak mai tepon aku, katanya kalau lama sgt tak der org masuk bilik sebelah tu, dia nak pindahkan aku ke master bedroom umah kat Tmn Mawar tu. Asalnya mmg dia tak sewakan bilik tu tp katanya kesian plak nnt aku kena tunggu lama. Katanya umah yg tu umah semi detached so lebih besar. Tapi yg tak sedapnya klu aku nak bilik master bedroom tu, aku kena duduk share 2 orang. Alahai.. tu yg aku tanak tu. So, skrg aku tgh sibuk cari sesapa kengkawan yg nak sewa bilik kat Bukit Dahlia tu. Klu seminggu pun tak der jugak, tak kisahlah aku duduk sorang2 dulu. Lgpun masa kat Tmn Rinting dulu lagi hebat satu rumah aku duduk sorang jer dgn tak kenal lgsung orang sekeliling.

Dah bermacam2 dlm otak aku ni plan biler dah pindah. Nnti leh lah aku gi masjid selalu especially bulan posa nnt. Petang2 lehlah aku pi jogging kat tasik dahlia yg dekat jer tu. Setiap ari isnin ngan jumaat plak lehlah aku gi kelas aerobik kat stadium atau pergi gym. Dan lagi satu, waktu mlm jugak, kalau tak dpt wat tusiyen kat umah, lehlah aku gi ajar tuisyen kat umah kebajikan Darul Hanan yg dekat jer tu. Waaahh !!! byk tul plan aku. Cam yoyo’o jer.. tp aku mmg tgh bsemangat ni.

Tadi tghari masa sembahyang berbual dgn sorang akak pelawat yg dtg kilang ni nak wat research utk projek bachelor dia. Dia duduk Masai, kerja kat Kota Tinggi tp study kat UPM, betapa punya jauh daaa. Biler tgk dia begitulah bsemangat, aku jadi takut psl lagi tak smpi 2 bulan, sem baru akan bermula dan aku kena start balik buat research. Ahhhh !!! biler ingat psl research, aku rasa bosaaaaann sangaaaat. Semenjak aku drop proposal sem lepas, aku terus tak sentuh menda tu padahal supervisor dah ingatkan supaya teruskan research wlupun dah drop. Rasa benci sgt wat research ni, memeningkan aku jer lagilah bidang sains social ni punyalah leceh. Aku rasa cam tak bersedia sangat ni. Aku tanak wat kerja dlm keadaan tak bersedia cam ni, tamoh nnt dpt result teruk. So, aku kena cari balik semangat tu. Dan aku mula terpk nak bercuti dulu sem depan. Tak kisahlah abis lmbt pun, aku pun Cuma tggl 1 subjek ngan projek jer. Lagi pulak aku pk, financial aku tgh tak stabil. Nak bayar yuran lagi. Adoii.. bengkrap.

Oklah that’s all 4 now. Selamat bercuti semua. Kepada Kak Ngah, selamat berangkat ke negara orang. Doa restu kami mengiringi Kak Ngah.

Wednesday, April 28, 2004

Bosan+Dilema*Runsing=Mengarut !!


Assalamualaikumwarahamtullahiwabarakatuhu..
Hah.. apa lagi.. jawab jawab.. jgn tak jawab.. ponek den boghie salam panjang lebar tu (hehe.. cam tak ikhlas jer bagi salam, yue. Ada yg nk kena debik ni kang, terpelanting masuk longkang lalu melantun tinggiii dan tingggiii dan tingggiii.. lalu menerjah masuk ke gawang, terkena tiang dan ooopppsss..berenti di atas garisan.. smua orang minum coke dan AAAAAHHH !!! secara berjemaah dan GGOOLLLL !!!!). Uuuiiitt.. hehe.. palo den dh weng skit.. hari ni pc den terus tak leh masuk windows... huarghh !!! Sampainya hatimu wahai pc, melukakan hati ku hingga luka parah, parah umpama tertusuk sembilu yg pedih sepedih hati Zeti dan Fendi akibat angkara Diana dan Shamsul.. Adusss... nengok, berdarah !!! toingkkk.. (pengsan)

Runsingnya hati, gelisahnyer pankreas, gundahnya limpa, sedihnya ginjal.. Adoiii... camna nak ubat tu.. PC dah tak der.. pergi jauih dan jauh mmbawa diri, mengubat luka. Alahai.. sah lps ni pc aku kena lock dgn bos dr masuk internet psl dah teruk sgt kena virus. pasti lps ini, tempanglah aku, lumpuhlah jiwa, cacatlah minda.

Udahler.. sbnrnya terasa nak mengarut dgn lebih panjang tp dah nak balik dah ni. Ada appointment dgn kak mai, akak tuan punya umah yg aku nak sewa salah satu biliknyer kat Tmn Bukit Dahlia.. babai..

Tuesday, April 27, 2004



Antara Geram, Sayang Dan Kasihan


Hemm.. konon2nya gambo kat atas tu ayue lah tu, tgh termenung berfikir. Sebab tulah pusing belakang, tamoh nampak muka.

Semalam ayue kena interview dgn sorang bos bpangkat haji di ofis ni. Bos melayu yg plg ayue hormat di sini. Pada mulanya ayue dtg ke biliknya atas urusan kerja, tak sangka pulak haji tetiba menyerang dgn pelbagai soalan. Pasal apa? Pasal ustad (nama yg diberi oleh haji sdiri, nama dia lain sbnrnya), rakan sekerja satu kilang yg seusia dengan ayue. Klu yg dah ikut blog ni dr awal, di awal tahun, ada beberapa entri pjg berjela yg ayue citer ttg ustad yg ayue gelarkan A dlm tu.

Untuk elakkan kalian tertanya2, baik ayue citer dulu scr ringkas. Ayue berkawan dgn ustad sejak thn lepas. Ustad ni dah bertunang, tapi dia layan ayue baik sgt sewaktu awal2 kawan dulu. Sangaaaat baiiikk. Nama pun org gelar ustad, dia pun orangnya mmg alim, tapi alim yg kepalanya ngam dgn ayue. Orangnya tinggi, hensem, cerah, suara pun sedap. Masa tu mmg tengok dia ni perfect betullah. Kitorang selalu bbual pjg dlm telefon, dia tmpt ayue ngadu masalah dan ayue tempat dia mengadu mslh. Langit tak selalu cerah, atas satu masalah kecil, kami perang dingin. perang yg ayue anggap berpunca dr dia sendiri. Tapi baru2 ni, kami dah berdamai. Ustad dah mintak maaf pada ayue melalui emel. Satu kilang pun nk pakai emel, macam jauh sgt. Tapi itu pun kejap jer, atas satu masalah lain pulak, kami dah renggang balik.

Ayue tau ustad dah ada tunang, tapi ayue anggap dia mcm kawan baik, tak lebih dari tu. Tp ayue rasa ustad dah taruh hati pada ayue. Ustad penah secara simbolik ajak ayue btunang dgn dia. Walupun bukan dpn ayue, tp dgn orang lain spt haji dan kak nor (receptionist kami), dia selalu luahkan rasa menyesal kerana bertunang awal. Dia tak sangka yg dia akan jumpa ayue kelak.

Semalam biler bersama haji, banyaklah kisah yg kami bincangkan. Kami sepakat bahawa ustad sbnrnya terlalu mudah jatuh cinta, tak berfikir panjang dan manja kadang2. Ayue tak nafikan itu, kerana spjg ayue berkawan dgnnya, sifat tu mmg dpt ayue rasakan. Ustad macam lalang yg mudah terliuk lintuk ke sana ke mari. Ayue ada juga luahkan rasa tak puas hati dgn haji. Ayue geram psl ustad selalu suka buat keputusan terburu2. Haji pun penah kata yg dulu dia penah nasihatkan ustad spy jgn btunang awal. Tapi yerlah, anak manja, semua katanya nak diikut. Dengar kata sampai merajuk2 biler maknya tanak pergi masuk meminang. Alahai..

Ayue geram psl ustad buat ayue ni macam haper jer. Biler dia ada problem ngan tunang dia, dia cari ayue. Biler dia dah ok, dia senyap jer, contact ayue pun tidak. Geram sgt biler ingatkan dia penah cakap yg ayue lah sahabat dia yg paling baik yg takkan dilupa smpi akhir hayat. Katanya, kalau ayue ada bebanan masalah, dia sanggup klu ayue pindahkan sumer beban tu pada dia.

Baru2 ni ayue tanpa sengaja telah mendapat tahu ttg masalah yg ustad hadapi, yg tak penah diceriterkan pada ayue (masalah ni rahsia ). Biler ayue tanya, dia mula rasa malu. Dia malu psl katanya ayue tau mslh tu dr orang lain, bukan dia ceriter sendiri. Dia jugak rasa sgt malu kononnya dia rasa dia dah banyak menyusahkan ayue. Aduh makk.. geram ayue mendengarnya. Kata kita kawan, takkan macam tu pun nak malu. Lagi satu katanya, dia tgh ada masalah dgn tunang. Alahai.. ustad ni dr dulu smpi skrg ada jer masalah dgn tunang. Ayue ckp ngan dia, sbg kawan, ayue tak kisah disusahkan atau dibebankan, tapi tolong jgn disakitkan psl ayue ni sensitif skit.

Semalam, haji nasihatkan ayue supaya bersabar dgn karenah ustad. Ustad tu masih lum matang pemikirannya. Dia masih perlu dibimbing. Hemmm.. haji suruh ayue jgn kecik hati dgn tindak tanduk ustad. Hemm.. ayue akur jer dgn kata2 haji dan mmglah manusia ni tak der yg sempurna, pasti ada cacat di mana-mana. So ayue kena terima keadaan ni. Dulu, masa perang dingin tu, ayue yg amik 1st step anto emel pada dia psl dia nmpknya tak paham dan tak sedar yg dia dah buat silap. Ada ker pi tanya orang lain, kenapa ayue dingin jer kat dia. Dia mmg tak sedar!! Cuma lepas tu baru dia sedar dan mintak maaf. ...Mmg ustad perlu dibimbing.. kata haji, mgkin situasi kat rumah mmepengaruhi dia. Dia tak berapa dpt perhatian dari bapak dia psl bapak dia kawin 2. Tapi.. takkanlah ayue nak kena bimbing dia.. nak cakap ngan ayue pun dia dah punya malu dah skrg.

So, sekarang ayue pun macam dalam dilemma. Ayue mmg sayangkan dia sbg seorang sahabat walau seteruk mana pun dia. (dia tak teruk, cuma cam blum mtg skit) Tapi at the same time, ayue geram sangaaat dengan dia. Dan biler fikir2 balik, ayue patut kesiankan dia. Mungkin dia sendiri tak sedar ttg kelemahan tu. Ahh.. kalaulah rina dgn jaja tau psl ni, tentu derang marah. Psl derang dah sound ayue supaya jgn layan lg ustad ni setelah apa yg dia buat pada ayue sblm ni. Jaja mesti hot dan kata ayue ni baik sgt. Tapi.. entahlah, ayue pun tak tau nk wat camna lagi skrg.. cuma berserah dan berdoa semoga Allah tunjukkan jalan yg terbaik. Amiin.

Monday, April 26, 2004


Camne nak cakap ek, Emm.. I'm getting married!!!
Cuti sekolah ni. Wat kecik2 jer & u r invited.
Dun bring any gift!!
Wat sesusah je..
Just bring..
Someone to MARRY me !!! hehehe..


Hehehe.. an sms sent to me by Kak Ayaka last Saturday.. Funny huh?? I like it very much. Memang macam mengenakan orang. But gez what.. the sms really brought me smile after the whole day emotional semacam. So, malam tu, i sent it to quite a number of people, whose name recorded in my phone book. And gez what were their respond. Adoii.. tergelak aku sakit perut, check these out..


'Ceh.. hampeh achik.. wat along kejut jer.. From : Arelong'
(my beloved sister masa kat UTM)

'Hahaha.. lawaknyer dia.. Ishk buat gempaklah achik ni.. From : Arengah'
(also my beloved sister masa kat UTM)

'Ceh!! Aku baru nak bengang, kureng !! From : Jarjar'
(my bestest fren)

'Achik ni wat suspen jer.. From : Abg Hilmy
(my best brother masa kat UTM jugak)

'Wah!! I'm so happy 4 u, Please let me know the date. Senang nk rancang. Anyway if there;s anything i can help, just tell!! From : Arelang'
(lagi sorang my beloved sister masa kat UTM. Aduhai.. kompius aku cik kak sorang ni. Dia ingat aku serius agaknyer. I told her, that was a joke lah, xbaca smpi abis ker? She replied that she did read till the end but she just couldn't get it.. Aiyo alang, what's wrong with u.. ur pregnancy dah affect tahap mencerap maklumat ker)


Semalam, pergi umah mak teh tolong berkemas pasal dia pindah ikut suami ke Segamat. Tak der apa2 yg menarik, cuma penat mengangkut barang yg besau psl kekurangan tenaga lelaki. Then ada plak aksi2 lanun berlaku. Kunci yg diberi tak dpt nak bukak pintu dpan umah, so i haf to kopakkan tingkap dapur dan seluk tangan untuk bukak selak. Ada talent jd penyamun.. hehe. Then ada jugak talent jadi monyet sarkes psl terpaksa memanjat sana sini utk tanggalkan langsir. Langsir pasang setinggi2 tidak. Sumernya menjejak ke siling. Kalau nasib tak baik, mmg bedebuk patah riuk aku. Alhamdulillah semuanya ok..

Friday, April 23, 2004

Menjauhi Syaitan Laknatullah







Pernah dengar satu kuliah agama masa duduk kat Tmn Rinting dulu, katanya kalau nak sebut nama syaitan, kene letak Laknatullah selepasnya. Kerana kalau kita sebut macam tu ajer, tak elok, seolah2 kita mengingati dia macam kita ingat kawan kita.

Masa kuliah tu jugak, ada satu pengajaran yang Ayue sgt ingat, iaitu tentang berdoa. Asalnya ustaz tu berceriter ttg mangsa kekejaman seluruh dunia terutama umat Islam. Apa yg kita dapat buat utntuk tolong mereka? Setakat berdoa? Memanglah doa tu senjata umat Islam yg paling tajam. Tetapi tak malukah kita meminta begitu sahaja pada Allah? Kata ustaz tu, biler kita ada hajat, dan berdoa pada Allah, untuk lebih berkat, kita harus sertai dengan amalan, contohnya bersedekah ker, sembahyang sunat atau puasa sunat. Pahala ibadah tersebut akan jadi seolah2 penyokong dan kekuatan kepada kita kelak. Macam jugak berdoa untuk kesejahteraan umat Islam yg sengsara di Palestin atau Iraq, kita tau kita tak dpt tolong secara fizikal. Jadi, selain berdoa, kita kena lakukan amal ibadah sunat dan pahalanya kita niatkan untuk beri kekuatan kepada umat Islam di sana. Senang ceriter, ibarat kita jumpa orang, nak mintak sesuatu. Bukan senang orang nak kasi macam tu jer lebih2 lagi kalau kita tak rapat dengannya. (adakah kita rapat dengan Allah?) Cuba kita tukarkan dengan barang lain, atau kita letak barang sbg cagaran atau kita buat baik dgn orang tu, makin senanglah kita nk dpt apa yg kita hajatkan tu, tul tak?

Ingatkan, lepas ni, setiap Jumaat nak letak entri yg bbentuk lebih kepada keagamaan.

Thursday, April 22, 2004

My Friend's Wedding

Salina is my friend in MRSM Taiping. We used to live in the same Wing (Kenanga) and study in the same class for two years. Important fact to be reavealed here, once, she bet that among our classmate (girl), i'll be the one who will setlle down first. But now, look.. hehe. Patah balik kena kat dia. Pengajarannya jgn suka tuding kat orang eh.. kang kena balik diri sendiri, dah malu.. hehe.

Salina orangnya tinggi, putih dan cantik. Macam Jepun pun ada. Dan sekarang ni pun dia dgn hubby dia, Zulham tgh struggle tamatkan pengajian kat Nagoya. Hehe.. bila ingat balik, my brother pun dulu suka sgt tengok gambo salina yg aku ada simpan. Fotogenik pun yer minah ni.

Kalau sesapa yg ingat, ada entry dulu yg aku tulis pasal tensen tak dpt gi KL. Hah, masa kenduri kawin salina lah tu. Sedih, dah siap baju, kasut sedondon khas untuk wedding dia tp last minute kensel psl abah tak kasi pergi sorang. And i end up pergi kenduri kawin sedara kat PG dan petangnya jumpa Rina kat Stulang. Ingat sangat tarikh kawin dia, a day after my birthday.

Lepas ni, kalau buleh tanak lagi miss kenduri kawin kawan. Err.. soklan mautnyer, biler plak turn aku nak kawin eh?

My Friend's Wedding

Wednesday, April 21, 2004



Lagi-lagi Pasal Software Piracy !!


Cuba tengok betul2 gambo di atas. Ada nampak bayang2 seekor makhluk ensem tak? Sajer tempek gambo tu, tak tau dah nak letak gambo haper. Taruk gambo cam dulu2 kang cam jiwang sgt pdhal, tajuk cam ganas. Tak relevan..

Currently tgh ngadap PC yg mungkin dah clean dr trojan. Tapi bukan dicuci dengan serbuk pencuci trojan yer. Mengadap satu checklist untuk software audit. Baru2 ni baru lepas audit hardware. La ni software plak. Adoii malas betul nak pi masuk setiap pc kat kilang ni. Nak check satu2. Mana larat sensorang. Teruklah bos ni, asyik2 aku jugak yg kena. Sumernya pasal satu surat ni

---------------------------------------
Bahgn Penguatkuasa KPDNHEP.
5 April 2004

KEMPEN MEMBANTERAS PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER CETAK ROMPAK ATAU TIDAK BERLESEN.

Sukacita saya mrujuk kpd pkara di atas dan maklumkan bhawa kementerian ini sdg mjalankn kempen Ops Tulen yg btujuan utk mbanteras pggunaan perisian komputer c/rompak. (sukacita lah ko, nk menyaman org jer kerjanya)

Ingin saya maklumkan bhw ia mrupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987. Jika disabit kesalahan, boleh didenda sekurang2 nya RM2,000 sehingga RM20,000 utk setiap salinan langgaaran dan/atau penjara sehingga 5 thn. (alahai.. bengkrap, masuk penjara? tamoh !!!)

Kementerian ini mnggesa sykt Tuan spy mjalankan satu odit (eja pun salah) perisian bg menentukan penggunaan perisian komputer sykt tuan adalah mematuhi undang2..

bla bla bla..

"Berkhidmat Untuk Negara"

---------------------------------------

Boss : Ayue, ni surat dah datang. Nanti pergi buat audit sumer software.

Aku : Yer lah.. tapi kan, pc2 kita mmglah pakai s/w ada license, tp kita main copy jer kat mana2 pc. Ada tu, cd nyer satu tp dah berapa byk pc yg ada s/w tu.

Boss : Itu lah pasal. U rekodkan jer sumer s/w tu ikut pc. Then, kita kasi report kat boss (MD). Suh boss beli license utk mana2 s/w yg tak der license. Kita dah buat kerja kita. Nnti, biler ada orang serbu, kita cakaplah tu salah boss. Boss yang lokek tanak beli license.

Aku : Hehe.. ha'ah kan. Ok gak tu.

Boss : Terpaksalah. U nak masuk penjara? I tak nak. Ada anak bini lagi kat umah tu, sapa nak jaga. Kita buat jer kerja kita. Kalau ada apa2 biar boss yg tanggung..

Aku : (hehe.. ada ker patut. Ok gak tu.. tp masalahnya aku tgh malas ni nk meronda)

Hehehe.. dialog beberapa hari lepas. Tp smpi ari ni, checklist ni masih ada depan mata. Kaki dan tangan tak jugak bergerak lagi. Alahaii.. malas ler plak. So, kengkawan sumer, klu ditakdirkan satu hari nnti tetiba anda mendapati blog ni lama tak berupdate dan aku pun lama tak menjengah blog korang.. Hah, maksudnya mungkin aku tgh terkulai, melingkup dlm penjara psl company ada s/w tak der lesen dan company pulak lokek tamoh bayar denda. Apa boleh buat. Sedih ler plak. Mmg patut pun aku masuk lokap. Tu derang tak check kat umah aku tu setimbun cd2 pirate sumer. Hehe.. ari tu baru jer beli satu cd MP3 lagu2 nasyid, pun pirate hehe.. apa leh buat, dah menda tu murah. Itu jer lah yg aku mampu. Tapi kan.. huarghh!!! tamohlah masuk lokap. Orang dah ler lum kawin lagi ni. Kang kna 5 thn, kuar dah 29.. dah tua :( adoi.. Korang2 sumer klu aku masuk lokap, bebila tu rajin2 lah jenguk aku yer. (takut biler teringat citer In hell, psl hidup dlm penjara yg kejam).

err.. rasanya aku lum bagitau korang yang HP AKU DAH DAPAT BALIK DAH. Minggu lepas aku amik. Icah siap SMS aku. Tahniah kerana bersabar penantian yg cukup lama itu.. hehe.

Monday, April 19, 2004

Rintihan PC Untuk Trojan Durjana


Wahailah Encik Trojan sekalian. Bukanlah niat saya untuk menghalau atau bersikap kurang ajar tidak menghormati kehadiran anda sekalian di PC yg hina ini. Namun tidakkah saudara2 sedar bahawa kehadiran tersebut telah menyebabkan rumah tangga saya ini menjadi kacau bilau. Bak kata pepatah, sudah retak menanti belah? Sanggup saudara dituduh sebagai perosak rumahtangga orang? Ahh.. mungkin saudara semua tidak sedar kerana saudara semua hanyalah program2 yang dibuat oleh manusia durjana, tidak berperi kemanusiaan.

Saudara trojan yang dihormati,
Sebenarnya, saya amat kasihan pd saudara semua, ibarat menjadi kuli batak kepada manusia tidak bertanggungjawab itu. Merantau ke sana ke mari, ke pc sana dan ke pc sini untuk menjalankan tugas yang haram itu. Tidakkah saudara takut akan dosa. Kalau dosa, masuk neraka tau!! Itu pun tak tau ker ?? Ahh, saudara pasti tak sedar kerana mungkin saudara bukan beragama Islam atau mungkin juga beragama Islam tetapi tak pass sekolah agama dulu kerana kerap ponteng, atau mungkin juga ilmu yg berkaitan tu saudara belum khatam akibat cikgu yg mati awal. Sungguh kejam saudara semua!! Kejam!! Datang ke rumah orang dengan wajah yang baik tanpa kami ketahui niat buruk yg terpendam di dalam hati saudara semua. Kami jemput dengan baik, sebaliknya saudara mula membuat kacau, memporak perandakan rumahtangga kami, malah saudara mula buat rumah kami seperti rumah sendiri dengan beranak pinak di sini. Apa, saudara fikir ini hospital? Rumah Kebajikan? Sanggup saudara semua mengkhianati kepercayaan kami? Sedih tauu !! Kenapalah saudara tidak mengikut jejak langkah kembar saudara, Trojan serbuk pencuci, dia baik.

Saudara trojan yg diingati,
Tahukan saudara betapa buruknya kesan daripada pencerobohan saudara itu, betapa hancurnya hati kami? Kami tidak lagi bebas bergerak ke sana ke mari di dalam rumah sendiri. Kadangkala kami terhalang daripada mencapai apa yg kami mahukan. Kadangkala keadaan terdesak menyebabkan kami terpaksa keluar rumah dan masuk semula akibat tersesat dan hang di dlm rumah kami sendiri. Akibatnya, banyak kerja yang tidak dapat kami lakukan, semuanya tertangguh akibat musibah yang saudara bawa itu. Aduuh.. pedih sungguh kesengsaraan ini andainya saudara dapt merasainya. Tahukah saudara hari ini sahaja, berapa kali sudah tuan saya terpaksa bertawaf keluar masuk rumah hanya kerana terpaksa bekerja keras untuk menghalau saudara semua? Maafkanlah dia. Dia tidak bermaksud bersikap biadap tapi dia terpaksa, terpaksa! Tahukah juga, sudah berapa banyak kredit henponnya habis kerana terpaksa menghubungi sahabat2nya mencari jalan untuk menghalau saudara semua. Kenapa saudara semua liat sangat nak keluar? Ini bukan rumah saudara, sedarlah diri tu sikit.

Kesian Tuan saya, terpaksa tadah telinga, kena berleter dengan Encik Riz. Sob sob.. Nasib baik dia ada, boleh menolong. Sebenarnya Stinger yang En Riz syorkan tu tak dpt menghalau apalagi membunuh anda semua. Amboii !!! Saudara semua ada mengamalkan ilmu kebal? Aduhaiii.. berdosa tu!! Konfirm masuk neraka. Tapi idea safe mode tu telah byk membantu. Tuan saya terpaksa scan saya secara online di RAVANTIVIRUS.COM untuk mengesan di mana saudara semua bersembunyi. Selepas itu, dia perlu keluar rumah dan masuk balik dengan keadaan safe mode bg memburu anda semua dan membunuh secara manual dgn menggunakan senjata kekunci delete. Anda telah menyusahkan dia tau!! Tak kesian ker? Kalau saudara semua tak kesiankan saya pun tak per. Tp kesiankanlah tuan saya tu. Dia hanya seorang wanita yg lemah. Dayus saudara semua kerana dia seorang terpaksa berlawan dgn saudara semua yg beramai2 bawak geng. Pertarungan ini tidak adil !! Nak kena report dgn Suhakam ni !! Atau mungkin kita perlu telefon talian hotline utk mangsa buli. Masa tu baru saudara tahu langit itu tinggi atau rendah.

Saudara yg dihormati,
Nampaknya Tuan saya masih bermasalah hingga tidak dapat melakukan aktiviti biasanya iaitu bloghopping dan chatting YM. Mungkin ada hikmahnya, sekurang2nya dapat mengurangkan tuan saya mengular waktu kerja.. hehe (psst..jgn kasi tau Tuan saya) Kini tuan saya dlm proses pembersihan serata rumah, mungkin esok pun operasi tersebut masih berjalan. Semoga kali ini, beliau berjaya.. Esok, harap saudara semua dapat kemas pakaian dan berambus dari sini. Kalau tak der tempat nak berteduh, pergilah rumah orang lain, ya. Pergilah Israel ker, Pentagon ker, Hollywood ker (kat situ byk artis seksi, kat sini apa lah yg ada. Tuan saya tu, dah ler hudus, tak seksi pun). Izinkan kami hidup aman. Amiiinn.

(Rintihan sebuah PC yang kena serang dengan berpuluh2 trojan)

Saturday, April 17, 2004



All About Friends

Thoughts about you daily
Fills the heart with cheer
Knowing that tomorrow
Perhaps will find you near

Friendship's greatest reason
To show how much we care
Always there's a season
Each one of us can share

Feel the warmth within you
With love that now extends
Knowing that you'll always be
The one that I call "friend"

Fill your heart with laughter
Share a heart that's blessed
Make each day a special one
Love will do the rest

Capture every moment
That makes your life complete
This a special wish for you
That constantly repeats.



to be continued..


All About Friends

Thoughts about you daily
Fills the heart with cheer
Knowing that tomorrow
Perhaps will find you near

Friendship's greatest reason
To show how much we care
Always there's a season
Each one of us can share

Feel the warmth within you
With love that now extends
Knowing that you'll always be
The one that I call "friend"

Fill your heart with laughter
Share a heart that's blessed
Make each day a special one
Love will do the rest

Capture every moment
That makes your life complete
This a special wish for you
That constantly repeats.


Bagi ayue (1st time nak taip blog bahasakan diri dengan nama), selain daripada nikmat iman, sahabat adalah antara anugerah Allah yang terindah dalam hidup ini. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga. Tak dapat dibayangkan hidup ini tanpa sahabat2 yang baik di samping.

Ayue tak nak berceriter tentang riwayat persahabatan Ayue dari kecil hingga dewasa. Kalau nak diceriterkan, mahu makan 7 hati 7 malam baru khatam, kalah kenduri kawin Erra + Yusry. Terlalu banyak yang hendak diceritakan. Kawan kecil, kawan Tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan U.. huh.. banyak tu. Tak larat nak menaip. Tapi di sini, Ayue cuma nak berceriter tentang satu lagi jenis kawan yang sejak kebelakangan ini menjelma dan meninggalkan kesan dalam diri. Kawan-kawan yang cukup istimewa, iaitu Kawan2 Blog.

Dulu, kawan2 blog ayue cuma kawan2 yang sudah lama Ayue kenal semasa di universiti. Hanya 2-3 bulan ni, Ayue mula mengeluarkan diri dari kepompong itu, kenapa? Juga kerana kawan. Setelah bekerja, hidup ni terasa semakin jauh dari kawan2. Semua jauh membawa haluan masing2. Yang sudah berkeluarga, lagilah... Dan Ayue mula sepi tanpa kawan2 semua. Kesepian itu semakin terasa sejak kebelakangan ini apabila besfren2 Ayue sendiri terasa semakin menjauh akibat kesibukan masing2. Hemm.. Ayue tak salahkan mereka. Mereka semua ada hidup masing2. Mungkin Ayue yang terlalu taksub dengan kawan2, tanpa menyedari apa yang Ayue fikir tak sama dengan apa yang mereka fikirkan. Mungkin mereka tidak menganggap persahabatan yg dihulur itu sangat penting seperti yg Ayue yg sering menganggap persahabatan itu kadangkala lebih dari segala2 nya. Lagi pula baru2 ini, Ayue telah dikhianati oleh seorang kawan yang sangat Ayue percayai. Haii.. pedih hati tak terkira, namun dia telah pun meminta maaf dan Ayue rela memaafkannya. Ayue tak mau menjadi musuh dengan sesiapa. Tapi pagi tadi sewaktu kami berbual di telefon, hati Ayue dapat merasakan yang kami tak boleh lagi baik seperti dulu.. Kalau dulu Ayue rasa dia adalah anatara kawan yang plg mengambil berat, skrg tidak lagi,. Mungkin dia yang berubah atau mungkin Ayue rasa Ayue sudah mempunyai kawan yg lebih baik. Haii.. macam tamak lah pulak.

Sejak Ayue mula rajin melawat blog2 lain, Ayue mula membina persahabatan dengan lebih ramai orang. Dan Alhamdulillah, kerana diketemukan dengan ramai rakan2 yang cukup baik dan cukup mengambil berat. Membina persahabatan di blog lain rasanya. Setiap hari kita menjengah ke blog rakan2, membaca entri hari tersebut untuk mengetahui apa yg sedang berlaku kepada dirinya. Kemudian memberikan nasihat dan ulasan di tag board atau sekadar mengucapkan selamat. Dari hari ke hari, kita sentiasa memantau sahabat tersebut. Dari tagboard ke YM, dan persahabatan semakin erat hingga membawa kepada perbualan telefon dan berjumpa. Indah kan? Setakat ini, itulah yang Ayue rasakan. Perjumpaan beramai2 di Danga Bay lepas cukup mengesankan. Kemesraan di alam cyber ternyata bukan setakat manis ayat ditaip, tetapi realitinya kemesraan itu lebih erat lagi. Berjumpa di luar dan mesra seolah2 sudah kenal lama, itu yang menakjubkan!!

Itulah yang ikhlas dari hati. Kak Ngah, Kak Ayaka, Kak Nina, Riz, Liza, Mely dan Deqnoor, Ayue sayangkan korang semua. Ayue anggap korang semua macam keluarga sendiri. Kepada rakan2 lain yang belum Ayue jumpa, semoga kan bertemu juga satu hari nanti. (Kak Ayaka Ayue belum jumpa tp dah borak dlm tepon, best) Semoga ukhuwwah Fillah ini akan lebih diberkati, Amiinn.

Thursday, April 15, 2004

How to Install LOVE on computer


Customer Service Representative: Can you install LOVE?

Customer: I can do that. I'm not very technical, but I think I am ready to install now. What do I do first?

CS Rep: The first step is to open your HEART. Have you located your HEART ma'am?

Customer: Yes I have, but there are several programs running right now. Is it okay to install while they are running?

CS Rep: What programs are running ma'am?

Customer: Let me see . . . I have PASTHURT.EXE, LOWESTEEM.EXE,GRUDGE.EXE, and RESENTMENT.COM running right now.

CS Rep: No problem. LOVE will automatically erase PASTHURT.EXE from your current operating system. It may remain in your permanent memory, but it will no longer disrupt other programs. LOVE will eventually overwrite LOWESTEEM.EXE with a module of its own called HIGH SELFESTEEM.EXE. However, you have to completely turn off GRUDGE.EXE and RESENTMENT.COM. Those programs prevent LOVE from being properly installed. Can you turn those off ma'am?

Customer: I don't know how to turn them off. Can you tell me how?

CS Rep: My pleasure. Go to your Start menu and invokeFORGIVENESS.EXE. Do this as many times as necessary until GRUDGE.EXE and RESENTMENT.COM have been completely erased.

Customer: Okay, I'm done. LOVE has started installing itselfautomatically. Is that normal?

CS Rep: Yes it is. You should receive a message that says it willreinstall for the life of your HEART. Do you see that message?

Customer: Yes I do. Is it completely installed?

CS Rep: Yes, but remember that you have only the base program. Youneed to begin connecting to other HEARTS in order to get the upgrades.

Customer: Oops . . . I have an error message already. What should I do?

CS Rep: What does the message say?

Customer: It says "ERROR 412 - PROGRAM NOT RUN ON INTERNALCOMPONENTS." What does that mean?

CS Rep: Don't worry ma'am, that's a common problem. It means that theLOVE program is set up to run on external HEARTS but has not yet beenrun on your HEART. It is one of those complicated programming things,but in non-technical terms it means you have to "LOVE" your ownmachine before it can "LOVE" others.

Customer: So what should I do?

CS Rep: Can you find the directory called "SELF-ACCEPTANCE?"

Customer: Yes, I have it.

CS Rep: Excellent, you are getting good at this.

Customer: Thank you.

CS Rep: You're welcome. Click on the following files and then copy themto the "MYHEART" directory: FORGIVESELF.DOC, SELFESTEEM.TXT,REALIZEWORTH.TXT, and GOODNESS.DOC. The system will overwrite any conflicting files and begin patching any faulty programming. Also, you need to delete SELFCRITICISM.EXE from all directories, and then empty your recycle bin afterwards to make sure it is completely gone and nevercomes back.

Customer: Got it. Hey! My HEART is filling up with really neat smiles.SMILE.MPG is playing on my monitor right now and it shows that WARMTH.COM, PEACE.EXE, and CONTENTMENT.COM are copying themselves all over my HEART!

CS Rep: Then LOVE is installed and running. You should be able to handle it from here. One more thing before I go . . .

Customer: Yes?

CS Rep: LOVE is freeware. Be sure to give it and its various modules toeverybody you meet. They will in turn share it with other people and theywill return some really neat modules back to you.

Customer: I will. Thank you for your help.

"There are three things that remain-faith, hope, and love-and the greatest
of these is love."

Tuesday, April 13, 2004

Rentetan Peristiwa Dan Pahit Maung Gathering Di Danga Bay


Sabtu Punyer Ceriter
Bangun pagi dgn begitu seronok psl ari ni nak jumpa Mely ngan Deqnoor for the 1st time. Tetiba mak kasi beriter mendukacitakan, mlm ni tak leh tidur umah kawan, kena balik umah jugak. Tengah sarapan, terus terbantut selera, tanpa sedar, air mata dah mula menitis, CEDIHNYEERR !!! tak dpt pi meronggeng dgn Mely & Deqnoor smpi malam. Kat ofis pun dpt beriter menyedihkan, ari ni tpaksa balik lmbt dan esok kena OT.. adoiii, rosak program aku sumer. Bos zalim !!! Aku dah plan lama dah menda ni, tup tup jadi lain..

Kat ofis, smbl bersms ngan ly, spotcek dia dah smpi mana. Kul 1.40 ptg, tuko baju, terus kuar ofis, pi Larkin. Parking jer, kunci keta, Ly dah tepon, dia dah sampai rupanya. Terus gi Dunkin Donut..(janji ngan Ly kat situ) dr jauh dah nmpk budak pakai baju putih (Ly kata dia pakai baju putih). Nak terus pergi tp segan, so tepon dia, nmpk budak baju putih tu angkat tepon dan gelak2 .. sah dia. Tapi yg sorang lagi tu sapa ? Deqnoor ker ? kata dia ada game ari ni. Maka bermulalah segmen salam2 peluk2. Yang sorang lagi tu rupanyer deqnoor, ada ker patut dia main teka2. ponin palo den.. sumer benda nak suh teka, pastu tak puas hati plak biler org teka umur dia betul.. hehe

Pas tu gi surau, tetiba terperanjat ada sorang lelaki masuk surau, dukung sorang perempuan yg pengsan. Entah makwe dia ker, bini dia ker. Tapi muda. Pak guard yg ada sama pun membebel2.. konon, dah tau sakit, tamoh duduk umah. Psst.. ada orang tu, nak masuk keta pun kena berjemput, alahai.. Silakan Naik.. hehe. Pas tu, kitorang gi Larkin Perdana pasal Ly kata nak ‘say hii’ dgn sorang sedara yg duduk situ. Hehe… problemnyer aku tau Larkin Perdana tu, tp tak tau jln, so gamble punya gamble smpi jugak. Dgn bangganya parking depan KFC, pasal awalnyer Fiza (sedara ly) nk jumpa kat situ. Rupanya pi tempat lain jugak akhirnya.. alahai. Kitorang pi makan kat satu restoran yg kecik tp klass lah dia punya hiasan. Klas2 pun cam tak bermotif, macam rojak gitu. Ly makan kuetiaw goring (toge dia buang, hehe) ngan jus epal, Fiza makan mi rebus ngan limau suam, aku makan mi rebus ngan ais limau (asalnyer nk mkn mi goring, tp psl mi rebus lagi murah, aku tibai mi rebuslah.. hehe siap kena sindir ngan mamat meja sebelah). Deqnoor plak diet agaknyer minum jus oren ajer. Alerr malu plak, kan Mely banjer, rugi klu tak makan..hehe. Then, pas makan, kami menziarahi Beesmart, tempat kerja Fiza. Then say bye to her..

Masa nak kuar dr Larkin Perdana, lagi satu hal. Kat traffic light naik bukit ni. Tetiba keta wira depan kitorang tamoh gerak, tapi makin mengundur ke belakang. Cuak beb.. baper kali aku hon, tp dia ngundur jugak.. hampehs. Smpi 2-3 kali traffic light tuko lampu. Keta blkg aku pun mula cuak biler aku asyik ngundur nk elak keta depan tu. (perempuan yg bawak). Last2 biler ada space, aku terus undur, amik lane sebelah dan cabut. Aku rasa driver tu dulu tak pass part bukit masa belajar memandu. Ishk.. klulah dia langgo aku, aku saman dia cukup2. dah tak reti bawak keta tu, duduk umahlah, nyusahkan orang jer. Ada lesen ker tak der ni? Ker lesen terbang? Then, nak kuar dr Lrkin ke Jalan Tebrau pun satu hal lagi smpi sesat2 aku. Apa citer org Johor leh sesat2 ni. Memula aku ingat nak gi Carrefour tp biler tengok jln jam dan hari makin petang, kami setuju utk terus balik umah Deqnoor kat Senai. On the way, Ly telah menanggalkan mata palsunyer dan diganti dengan spek alternatif hehe.. lawalah spek.. Dan aku pun balik umah. Tinggallah Ly kat umah Deqnoor dgn penuh keseganan. Ada ker on the way balik umah, dia leh sms aku, suh amik dia balik..ishk2 tak patut betul.. Smpi umah, lepak, main sms ngan Jaja, dan tidur.

Ahad Punyer Ceriter
Pagi, bangun.. kemas umah dulu. Hehe.. nak amik hati mak. Tamohlah kuar jalan tinggalkan umah tunggang langgang. kul 11 cam tu baru sampai umah Deqnoor. Tunggu Deqnoor bersiap dulu, smbl aku ngadap tv tengok kartun hehe.. dan tengok vidz Seksis kat TV S'pore (mesia dah haram dah) dan minum air Pepsi yg dihidangkan oleh Deqnoor. Pss tu, terus kuar gi Angsinun. Hampehs.. org lain parking singgit jer, aku kena 2 inggit. 1st time masuk ingatkan nak cari tmpt plg best, tup tup terkuar dr kawasan parking, tpaksa masuk balik. hehe.. ada sorang mamat jaga pondok parking tu kim salam kat Deqnoor hehe.

Masuk Angsinun, kami naik ke tingkat plg atas dan meronda. Pergi Badan Cemerlang dan ada satu kedai cenderahati ni yg punya lama kitorang bertapa dlm tu. Banyak brang cantik2 dan tak mahal pun. Hehe.. yg plg best kami bertiga telah sama2 membeli sofa POOH yg comel !!! Then, kitorang melepak kat satu side berfcermin smbl relax2 dan bergambo. Ingatkan nak suh ada mamat ni amikkan gambo.. cheh, datang ingatkan betul2lah nk tolong.. hangat2 tahi ayam jer.. rasa nak cepuk jer kan muka dia?

Kuar dr Badan Cemerlang, dpt tau Kak Ngah dan Liza dah smpi Angsinun gak. Kami nnmpk sorang perempuan ni kat bawah. Hati masing2 ingatkan tu Kak Ngah. Dia pandang kita, kita pandang dia. Last2 kitorang turun dan YA BETULL!!! mmg kak Ngah pun. Dan kami salam2 dan peluk2 tapi Liza mana? Biler Liza smpi, kami dera dia, suh teka mana satu Ayue, Mely dan Deqnoor. Dia teka Deqnoor betul. Tapi Ayue ngan Mely tertukau.. hehe. Kak Ngah bawak adik ipar dia, Yati dan 5A. Aiseymen.. Akmal mmg kuat melalak rupanyeer. Then kitorang jenjalan lagi dan stop kat depan Dunkin Donut. Eh.. baru perasan apsal Dunkin Donut sering mjadi tmpt lepak kita ek..? Kak Ngah banjer Dunkin Donut, dan aku dgn ditemani Deqnoor smpt pi beli casing henpon.

Pi semayang. Aku ngan Liza duduk luar, tolong jagakan anak kak ngah. Sempat gak aku berbual lama dgn Liza.. Liza kenal ramai kawan2 aku rupanyer. Yang Kak Ngah pulak katanya kenal Riz. Alahaii.. kecitnyer dunia.. Then kami berpecah semula dan jumpa di Danga Bay. Kami jumpa Riz dgn Azhar (kawan Riz) kat main entrance Danga Bay. Hehe.. Riz mmg tinggi melangit.. sib baik aku ni tak ketot sangat. takyah nak mendongak sgt tengok dia.. hehe. Then kami amik gambo ramai2 dan sikit2.. hehe. Lalu masuk pi cari spot tmpt makan. Aku sms Ben, kata aku smpi ofis lambt skit. Aku tau Ben tak kisah. Kami cari Kak Nina ngan Kak Ayaka. Rupa2 nyer Kak Nina pun ada dekat2 situ. Terer tul Kak Ngah leh cam Kak Nina. Then kami berbual2 lagi. Sian plak Riz ngan Azhar senyap jer.. maklumlah kami sumer perempuan, tentu derang malu. Aku ngan Liza ler.. yg mulut byk menyakat jejaka dua orang ni. Ly plak lambat plak warming up nyer. Sian aku tengok Azhar, merah2 smpi muka dia biler kena sakat ngan kitorang. Si Riz siap buat lawak kata aku over biler aku kata aku kena balik ofis sat lagi.. Cheh, aku ingat over apa, overtime laaahh.. Tak per tak per..

Aku berbual smpi lupa dunia, sib baik derang ingatkan yg aku kena balik ofis, then salam2 terus blaahh. Sedihnyer nak tinggalkan group. Baru nk blah.. tetiba ada org tegur plak. Leerrr rupanya Nazrah, Nora ngan Fuzah pun ada kat Food Court tuhs.. tersangkut lagi aku kat situ kejap. (derang ni Junior aku dlm JKM dan Leadeck KTC)

Then terus bergegas ke ofis.. Kul 6.00 ptg aku kuar menuju ke City Square, jumpa Mely ngan Deqnoor. Jalan jamm cam haper.. penin aku.. dah tu kat depan CS tu keta aku leh kena senggol ngan satu teksi tu, hampehss.. geram aku. Dah tu tak bertanggungjwab plak tu. Aku sabarkan diri jer, walaupun tepi kiri keta ada scratch skit dan lampu signal retak. Masuk CS pusing2 lg cari parking, alahai.. payahnyer. Then baru naik foodcourt jumpa Mely ngan Deqnoor. Sian derang, tak dpt tengok 50 1st Date pasal tunggu aku. Aku makan nasi lauk ayam msk sambal ngan pucuk paku. Mak oiii.. pedasnyeeerr. Ly smpi seram2 tgk aku kepedasan. Afther that, kami pi tengok wayang, citer The Eye 2, Deqnoor yg banjer. Hehe.. bahawa sesungguhnya inilah kali pertama aku masuk wayang. Kuat betul pengaruh si Mely ni, smpi pecah rekod aku. Aku rasa cam org bodoh, yer lah 1st time tengok wayang. Seram gak tengok The Eye 2. Pas tu, kami pun balik.. terpusing2 cari jalan kuar. Ada sesi tipu menipu mlm tu, tp tamohlah citer.. kang bocor rahsia kitorang, kan mely? kan deqnoor? Malam tu aku tidur umah deqnoor. Seekor POOH selamat dipam.. comelnyeerr.hehe.. Tak larat nak bual pjg sgt, then tidur.. esoknyer bangun dan aku pun pi kerja.. hehe.. abis citer ari Ahad..

Acknowledgement
Nak ucapkan terima kasih pada sumer yg terlibat. Kak Ngah, 5A, Yati, Kak Nina, Liza, Deqnoor, Mely, Azhar dan tak lupa pada Riz (hehe.. Riz, aku balas budi penekanan ko tu). You guyz really make my day.. Sorrylah tak der souvenir utk korang. Hajat mmg nak wat cam tu, tp poket tak izinkan. Thanks to Mely atas ole2 tu. Thanks sumer.. i'll miss that day very much. Sejenak tp berkesan. To Deqnoor, nmpknya jodoh kita masih pjg. Punya aku berhati2 pun ada jugak barang tertinggal kat umah dia. Nnti weekn akak dtg amik, ok. To Kak Ayaka, jgn cedih2 tau. Kita dekat jer ngan akak, bebila leh dtg jenguk.

Friday, April 09, 2004

MAJLIS TOGETHER-GETHER DI DANGA BAY


Lokasi Dan Pemandangan Danga Bay Suatu ketika Dulu




Danga Bay Sekarang








Danga Bay Akan Datang




Hahaha.. Sengaja membukak topik ni psl dah tak der idea lagi. So, 5 jari ku susun memohon maaf zahir dan batin (lagi 5 jari tadah tgn mintak duit raya..hehe) kepada Mely kerana terpaksa dengan sengaja menciplak idea dikau. Jgn marah haa.. nnti kena jual 5 pound sterling kang.. hehe.

Danga Bay adalah lokasi Majlis Together-gether kami. Itu ajer nak citer. Kekeringan idea akibat kehilangan darah.. hehe. Saya sudahi ucapan ini dengan dua rangkap pantun.

Kak Ngah, Kak Nina, Kak Ayaka pun ada,
Deqnoor, Mely, Ayue dan Liza sama.
Ahad, 11 April, 2 Petang, jgn lupa!!
Nanti sama2 kita jumpa di sana..di sana !!

Mengeratkan ukhuwwah itulah niat,
Dulu kita chat, kita berjumpa sekarang,
Kepada sesiapa lagi yang berminat,
Apa lagi, jomlah join kitorang !!

Wednesday, April 07, 2004



Pantun Cari Jodoh

Kucing berlari tiga empat,
Seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh empat,
Mak dah bising tanya bila nak kawin.

Ikan haruan masak lemak,
Tersekat tulang di anak tekak,
Tak cukup dengan mak,
Makcik-makcik, nenek-nenek pun tanya jugak.

Kain batik kain basahan,
Terkoyak tersangkut di mata joran,
Dulu masa sekolah, mak pesan,
Jangan bercinta nanti ganggu pelajaran.

Panau banyak macam peta,
Belakang berbelang kena rotan.
Jadi budak baik mendengar kata,
24 tahun tak keluar ngan jantan.

Petang-petang mandi kolah,
Rambut mengerbang banyak kutu,
Bila dah habis sekolah,
Mak kelam-kabut carikan menantu.

Anak kerbau mati tersepit,
Anak ikan mati di jala,
Pantang tengok lelaki baik sikit,
Asyik cakap 'terima je ler'.

Beras ditumbuk dibuat bedak,
Lesung terjatuh jari terluka,
Bukannya tak ada orang yang hendak,
Masalahnyer hati belum terbuka.

Kaki tempang jalannya senget,
Buku lali terasa keras,
Masih teringatkan cinta monyet,
Masa umur baru lima belas.

Jolok kedondong pakai galah,
Jolokkan sekali buah kuini,
Hmm..apa nak jadi pun jadilah.
Malas nak pening lalat pikir pasal ni.

Tengah hari tertidur lena,
Jam didinding berdenting dua,
Kalau ada jodoh nanti,tak kemana.
Cari tak cari..ke temu jua



selalu yg terjadi....

CINTA : sebelum kahwin
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

CINTA : selepas kahwin
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : sebelum kahwin
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

KASIH : selepas kahwin
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : sebelum kahwin
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

SAYANG : selepas kahwin
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : sebelum kahwin
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

HATI : selepas kahwin
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...

C = Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I = Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N = Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T = Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A = Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K = Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A = Akad dilafaz cinta berbunga
S = Suami disanjung-tinggi
I = Isteri disayangi
H = Harumlah kasih sepanjang zaman

S = Sayangkan Isteri kasihkan suami
A = Ada masalah, dibincangkan bersama
Y = Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A = Amalkan hidup bertoleransi
N = Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G = Gaduh sesekali tu perkara biasa

H = Hati suami mesti dijaga
A = Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T = Tanggung-jawab dipikul bersama
I = Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti


p/s: sumber dari emel yg di forward oleh kawan2. selamat membaca. huyaii.. esok khamis, kitorang kat johor ni cuti.. babai

Tuesday, April 06, 2004



Setengah Hari Medical Check Up


Prolog
Bangun pagi punya awal, set jam kul 5.30 pagi. Bangun capai tuala, kuar bilik, berenti depan TV, baring lagi. Woit, mandilah, kata nak pi klinik ari ni. Aduhai.. kejap lagilah. Kul 5.40 baru masuk bilik air. Eee.. sejuknyer, ikut hati nak ajer mandi stail Bujang Lapuk. Cuit2 air sikit, basahkan mata, then buat sound effect cam betul2 punya kesejukan.. hehe. Siap sumer, kuar umah kul 6.37, lewat 7 minit dr yang dirancang.

1jam 30 minit di jalan raya
Kuar awal, target nak sampai Poliklinik Kesihatan Pasir Gudang sblm kul 8.00. Tapi apa punya malang. Sumer traffic light nak jam, sumer traffic light aku kena merah, byk pulak tu kenderaan2 besar dan berat kat jalan. Sakit jiwa menunda depa. Woit tepilah mangkuk!! Smpi klinik kul 8.15, berapa kali tawaf nak cari parking. Last2 main sodok jer tepi bangunan. Lantaklah wlu bukan tmpt parking pun.

15 minit di kaunter entah apa2.
kebetulan Encik Azmi pun baru sampai nak wat blood screening, so pergi kaunter pendaftaran sekali dgn dia. Oh ya, sebelum terlupa, nak kasi tau. Semua staff dah di sediakan jadual untuk pergi medical checkup (bagi yg umur 35 thn ke bawah), Blood Screening (35 thn ke atas) dan audiometric test (yg kerja di plant). Aku patut pergi minggu lepas tp ada hal masa tu. Sampai di kaunter pesakit luar, aku bagi tau yg kitorang nk wat medical check up. Nurse tu suh pergi kaunter sebelah. Aku pun pergi. En. Azmi ikut jer blkg aku. Pastu aku mula kompius psl kaunter tu tulis Untuk Ibu2 Mengandung. Emm.. ni kaunter multi purpose agaknyer kot. Aku nak tanya nurse kat situ, tapi nurse tu buat muka garang tgh layan orang. Biler aku nak bukak mulut, nurse tu mula tinggi suara, katanya, nak buat check-up tu tunggu dulu, sabar sikit, So, aku senyap jer dulu, tunggu dia abis berbual. En. Azmi mula berkerut, betul ker kaunter ni. Abis tu nurse sblh cakap yer. Then, En. Azmi tanya lagi kat nurse tu. Hampehs.. dia kata kitorang dah silap tempat, kat bangunan lagi satu ler. Rupa2 nyer dia ingat akunk wat check up ibu mengandung!! Derang ingat En. Azmi tu laki aku. Hampehs. Eeee.. kitorang terus blah, dgn muka tebal dan En Azmi gelak cam nak mampus.

45 minit mengambil berat, ketinggian dan blood pressure
Sampai kat bangunan sebelah, tunggu di bilik rawatan 2. Isi kad dan tunggu. Cuma ada dua orang jer yg umur kurang 35 thn, aku ngan sorang budak silo, norman. hemm.. ramai lg yg tak dtg rupanyer. Termasuk xbesfren aku (ceriter lama). Menunggu punya menunggu, tetiba dtg plak beberapa org manager (chinese woman) kitorang yg jugak nak wat blood screening. Mentang2 derang org besar, potong queue lagi. Aduhaii.. sakit hati, then, dtg plak sorang admin manager, pun potong queue jugak. Eee.. sakitnyer jiwa, mentang2 derang bos, main redah jer. Kitorang dah tunggu lama ni dr pagi ni, boleh terkebil2 jer. Turn aku, aku masuk, ukur tinggi (158 cm? Biar benar? Dah berapa kali penah ukur sblm ni, lebih dr 160cm), ukur berat (alamak, nak kena diet lepas ni), then amik blood pressure. Nurse kasi borang, suh aku pi lagi bangunan sebelah untuk wat x-ray plak.
+Masa kat tmpt ni, ada sekumpulan india perempuan buat kecoh, dok menukar2 siaran tv. Dia ingat, ni rumah dia gaknyer.

30 minit buat x-ray
tunggu lagi, sempat berbual dgn sorang budak kecik darjah dua yg tengah menunggu mak dia buat x-ray. Comel budaknyer, pakai baju kurung sekolah, rambut panjang diikat. Then, dtg pulak sekumpulan pekerja Nepal nk wat x-ray jugak. Derang kerja kilang makanan Super. Tak kuasa aku nak berbual, bukan derang paham pun. Penatnye rmenunggu, tak der kerusi, kena berdiri lagi. Then dtg plak sorang lg budak lelaki dgn jln berdengkut2. Nak x-ray kaki gaknyer. Dtg dgn mak dan adik2. Tp naper pakai suar pendek jer? pelik aku. Mcm org nk pi main bola, ni kan klinik. Aku masuk buat x-ray. Juru x-ray nyer perempuan, muda dan manis orangnya. Muka dia macam Aslilin, junior aku dlm JKM dulu. Abis x-ray, kuar dan tunggu lagi. Aduhai sabolah kaki. Perjuangan masih belum selesai.

20 minit di Unit Patologi
Dengan mengendong sampul besar berisi x-ray, pergi ke unit patologi untuk wat urine test, anto kad, duduk dan tunggu lagi sambil mata melelong menengok orang. Ada sorang perempuan ni pakai baju merah ngan suar jean dtg duduk depan aku. Muka pucat cam orang sakit, tangan plak sibuk menekap bekas kena amik darah kat lengan. Prempuan ni Melayu, yg temankan dia plak lelaki India, laki dia ke? Macam laki dia, punyalah caring, tolong belikan air, suapkan air kat mulut pompuan tu, then siap lap2 kan muka prempuan tu dgn tuala, maybe perempuan tu demam. Alahai, sikit punya romantik dah..

15 minit Vision Test
Tempat menunggu paling kejap. Itu pun nasib baik aku sorang jer, nurse tu sanggup berenti kejap periksa patient lain semata2 nak settlekan vision test aku.. Test urup2 jer, warna dia tak test pun. Biler dia tau aku dah ada lesen, katanya oklah tu, takyah check lebih2..

Jumaat Kena Datang Lagi
Abis sumer pemeriksaan. Tinggal nak amik report dan jumpa doktor. tetiba nurse kasi tau, aku kena datang Jumaat untuk amik result pasal ari ni doktor tak der.. Huwaaarghh!!! Tensionnyer camni.. Then , balik ofis, bos tak er, sumer orang gelakkan aku, kecoh satu ofis psl kes silap kaunter ibu mengandung. Hampehs..

Monday, April 05, 2004



Two Days Trip To KL


Sabtu, off day. Tak kerja tapi kerja lain melambak tunggu kat rumah. Abah kerja, mak pergi rewang, adik ada sekolah khas, Abang plak terpaksa tolong jaga kedai sementara mak tak der. Hemm.. patah2 pinggang jugak nak kemas + polish satu rumah. Aduhaii, ini lah klu semua orang sibuk, tunggu weekn baru leh berkemas. Sumer kerja terpaksa disiapkan sebelum tghari pasal lepas zohor kami dah bertolak ke KL, nak nganto hero kami yang ada kem PALAPES. Nampaknya hero yg satu ni pun nk mengikut jejak langkah aku yg jarang melekat kat umah masa semester break 3 bulan. Kalau aku dulu sibuk dgn kem kepimpinan JKM, mamat ni plak sibuk dgn camping dan PALAPES. Emm.. tetiba rasa rindu plak, teringin nak join kem-kem JKM kolej, tp apa nak buat, dah byk komitmen lain.

Sebelum bergerak ke KL, kami singgah di bandar, abang singgah potong rambut (pelik, rambut dah potong hmpr botak pun, dia masih tak pusah hati, katanya still tak ikut peraturan. Ketat betul PALAPES ni ek) sementara aku pi kuar duit dan beli top up card rm30 maxis untuk aku sendiri dan abang. Abang top up, dia masuk rm 40.30. Aku punya sendiri plak lagi pelik. Dah 2 kali berturut2 jadi perkara yg sama cam ni. Dulu topup 50, masuk 169.00, kali ni punya lagi power, topup 30, masuk 154.14 !! hehe giler best. Tapi tak bestnyer plak pasal expiry datenya lagi sebulan jer, manalah terdaya aku nk habiskan kredit tu dlm masa sebulan. Dulu punya pun aku dah rugi pasal aku byk tak guna.

Kami berenti sembahyang asar dan maghrib di Yong Peng (keluar dari highway) dan makan malam di satu warung dekat dgn masjid. Hampehs.. kena 30 ringgit lebih. Ingatkan biler makan kedai biasa, bukan di kawasan rehat PLUS ni, kira murahlah sikit. Rupanya tak. Abang punya jahat, sebelum balik, dia pi tunggang langgangkan pinggan, mangkuk, gelas sumer atas meja. Hehe.. padan muka tuan kedai. Sedap tu sedaplah tapi dah ler sikit, Aku order nasi goreng paprik, elemek, makan 4-5 suap dah abis. Selepas tu, aku smbg drive, jln hujan so tak dpt nk laju, ada satu tmpt dimana aku nyaris2 terbabas, masa tu ada lori kat depan, aku bagi signal nak potong, tetiba lori tu melencong masuk lane aku lak on the spot masa aku potong dia. Rupa2 nya lori tu potong motor kat depan dia tanpa beri signal. Pergh.. kelamkabut aku himpit ke kanan jalan, nk elakkan lori tu, mak dah menjerit. Aku plak buat muka selamba. Smpi kwsn rehat Seremban dlm kul 10.00, berenti minum, after that, abah plak take over drive smpi UPM. Hem.. masa kat Seremban tu, perasan ada sorang mamat ni duduk sebelah meja aku, dia dgn family dia, hensem tu, pakai telefon Nokia yg mahal, yg Mely suka tu.. Hehe, tp cam berlagak ler pulak. Tak jauh dr meja kami plak, ada sekumpulan manusia, yg aku sendiri tak pasti jantina bebrapa orang drpd mereka, lelaki ker, perempuan ker. Rambut perang mengerbang. Aku siap berlawak dgn abang, derang tu nak kena toreh ker muka. Kan beberapa hari lepas ada kuar berita pasal suami yg toreh muka isteri psl isterinya tu tanak pakai tudung dan warnakan rambut. Hehe..

Lepas anto abang, kami bergerak ke Kajang pasal kami akan stay overnight kat umah Achik (mak sedara aku). Achik dan anak2 sumer ada kat umah dan belum tidur Pak Chik tak der pasal balik kampung kat Gemencheh. Esok paginyer, lps semayang subuh, tolong achik masak utk sarapan. Smbl sarapan, sibuk plak menengok2 album. Anak2 achiklah yg kemain kecoh, sumer menda nak tunjuk kat kitorang. Fikir2 kesian plak tengok achik, yer lah, sambil study habiskan degree kat UPM sambil uruskan anak2 yg 4 orang dan masih2 kecik2 plak tu. Rafisah Shahirah 7thn, Rafisah Shafiqah, 6thn, Rafisah Saiha, 5thn dan Rafiq Shahmi 4thn. Pergh berderet2. Kesian plak tengok Achik hari tu, si Fiqah kena cengkering, asyik merengek, yg lain2 plak macam2 pe’el. Sabar betul Achik.

Dlm kul 11.15, kami berangkat balik. Abah drive smpi Pagoh. Kami berenti makan. Punyalah sedap wlupun nasi lauk biasa jer. Lps tu, aku smbg drive smpi Ayer Hitam. Singgah Ayer Hitam pasal mak nak cari bunga utk hiasan rumah. Then, balik singgah rumah Pak Long kat Sg Sayong (tmpt lahir aku) menjenguk mak teh yg baru selamat bersalin. Anak yg ke-empatnya ni perempuan, namanya Nur Hidayah. Aduhaii.. lama gak aku pangkukan si kecik, kemain lena lagi tidur. Suka betul belai2 kulit baby ni, lembut dan wangi. Mungkin psl hari hujan, sejuk, si kecik lgsung tak menguit2. Si Izah (sepupu aku) dah sibuk2, Kak Long biler lagi? Hehe.. I’ve no answer for that question. Tapi serius, biler tengok anak2 achik, anak mak teh, tetiba rasa teringin nak ada anak sendiri. Hai.. kalaulah anak tu boleh kita dpt tanpa perlukan lelaki, kan senang. Tak yah aku susah2 fikir pasal jodoh. Hemm.. kat umah pak long, ramai jugak sepupu2 yg kena cengkering, nasib baik aku dah pernah kena, tak yah risau.

Balik dr umah Pak Long, singgah kota, semayang dan singah Air Tawar 5 makan malam. Lagi satu pemandangan yg tak ingin aku tengok. Sekumpulan budak2 perempuan dtg makan. Budak kampung aku. Yg aku geram tu, dtg jauh2 naik motor, dgn takder lesennya, dengan tak pakai helmetnya, then dressing macam minah2 bohsia, ishkk.. sib baik bukan adik aku. Klu tak mmg siap nk kena cili. Smpi umah kul 10.00, gosok baju sikit, tengok movie kat channel 5 kejap (ada Brad Pit), ceriter membosankan, so terus tidur.

Sebulan ni, aku pakai henfon Samsung Abang, psl mak tak benarkan dia bawak hp tu pergi Kem. Dulu punya kem, dia dah jahanamkan kamera, camping lepas, spek plak masuk sungai. So, buat sementara izinkan aku berlagak ngan hp samsung ni,.

Thursday, April 01, 2004



I want my handphone back !!!

I dun know whether i should cry, screaming out loud or just sit down and pretend that nuthing happen.. tada tada.. i'm veerry 'happy'!!! Geraaaam tersangat-sangat dah ni !! Aduhaii. tenanglah hati. Baru2 ni, aku pergi kedai hp tempat aku beli hp dulu tu dan seperti yang aku jangka, handphone aku belum siap lagi. Aku terkedu tak tau nak cakap apa dah. Sakit jiwa ni tak tertahan2, mujurlah aku jenis yg jarang naik angin apatah lagi depan orang ramai, kalau tak mau aku jadi gorila ganas kat kedai tu.

Lebih menyedihkan hati smlm mak, abah dan abang baru balik dr bandar dan rupa2 nya mak aku dah belikan abang handphone baru. SAMSUNG lagi tu. Aku rasa tersiat2 hati ni. Bukanlah pasal aku jeles, tapi biler mengenangkan aku sendiri tak berhandphone sekarang, aku rasa sedih sangat.

Dulu, aku memang beriya2 sangat nak beli hp brand SAMSUNG. Tapi memandangkan harganya yang terlalu mahal bagi aku, aku tangguhkan dulu hasrat tu. Aku beli Motorola baru yg tak mahal sangat buat sementara. Rancangnya tahun depan aku nak tolak motorola tu dan tambah duit utk beli SAMSUNG. Sayang seribu kali sayang, henfon motorola tu buat hal setelah sebulan aku guna. Aku hantar kedai, derang kata derang tak boleh buat, so derang hantar ke pusat servis motorola kat Plaza Pelangi. Then, aku dapat tau henfon tu terpaksa di hantar ke KL pasal orang sini tak mampu nak settlekan problem dengan software henfon tu. Aku setuju ajer, apa lagi aku nak buat.

Setiap minggu aku buat follow up ke kedai dan stiap minggu jugak aku dapat jawapan yang menghampakan. Aduuuii, masuk lagi 5 hari genaplah 2 bulan telefon tu aku hantar tapi masih cam tu jugak. Bayangkanlah baru sebulan guna tapi servisnya bukan main lama lagi. Rasa nak menangis pun ada dah ni. Biler pergi kedai, tu aku pulak yang dibahasa2 kan, kononnya aku godeh dan explore handphone tu sampai jadi ntah apa2. Salah ker aku kalau aku cuba explore sumer function dlm henfon tu, manalah aku tau yang henfon tu fragile sangat. Pasal tu pun leh rosak ker? Biler aku luahkan rasa tak puas hati dengan servis yang lambat tu, derang bagi alasan yang henpon aku tu bukan AP tapi original, sebab tu lambat. Aku tak tau nak cakap apa dah. baru2 ni, derang kata aku kena tunggu lagi dlm bulan ni.

Penat betul aku menunggu cam ni. Geram tul hati ini. Timbul rasa menyesal beli henfon tu. Kalaulah dulu aku ikut cakap Jaja, tentu tak jadi macam ni. Nak buat apa lagi, menda dah berlaku. Sakit hati lebih2 pun dah tak guna. Aku nekad dah, dapat jer henfon tu balik, aku nak terus tolak kat kedai, baik aku beli jer Nokia yang cikai2 asalkan function bagus. Biarlah hp tu tak der skrin kaler, biarlah hp tu tak der bunyi folifonik pun, biarlah hp tu tak leh lipat pun. Asalkan aku leh guna. Drpd hp motorola tu canggih jer bleh harap tp kejap dah rosak, tension aku.

So, bayangkanlah perasaan aku biler tengok adik aku ada henfon SAMSUNG baru. Hati sapa yang tak tercuit. Henfon aku yang pertama, nokia 5130 aku pakai lebih 5 thn tau, itu pun pakai duit sendiri. Adik aku plak, henfon lama dia, Nokia 3315 tu aku yang belikan, sedangkan masa tu aku sendiri pakai henfon cabuk. La ni, tup tup, tak rosak tak apa, tetiba mak aku belikan henfon SAMSUNG untuk dia. Aduhaiii jiwa sabarlah..

Rasa tak selesa biler takder henfon ni. Betapa susahnya aku nak bercontact2 dengan kawan2. Nak pakai phone rumah, mahal. SMS lagi murah tapi henfon tak der.. sob sob..sedih. Ni pun aku pergi balik kerja, kalau tengah jalan ada apa2 terjadi macammana? camna aku nak call sesiapa. Klu kat bandar tak per, klu jalan yg kiri kanannya hutan? Rumah aku dahler tersangat jauh dari tempat kerja. Buatnya kereta rosak tengah jalan, alahaii.. parah.

Sekarang ni aku cuma mampu bersabar dan bersabar. Aku masih setia menunggu apa hikmahnya di sebalik ini semua. Pagi tadi, aku dah hantar aduan pada website motorola dan katanya aku akan dpt feedback dlm 24 jam. Semoga kali ni, berjaya. Kalau tak jalan jugak, aku akan telefon pulak HQ motorola kat KL tu.