Wednesday, February 17, 2010

Seronok dalam kacau



Huh.. apa yang seronok, apa yang kacau. Yang seronok tentu sahaja yang berkaitan dengan laling kenit ku Rafhanah.

Semalam genap usianya 11 bulan. Dan ini bermaksud lagi 1 bulan lagi kami akan meraikan hari ulang tahun si kecil itu yang PERTAMA. Terasa begitu pantas masa berlalu. Bergenang air mata mengenangkan tempoh satu tahun yang dilalui bersama dengan pelbagai pahit manis.

Bila aku review balik pencapaiannya dalam bulan ke 10 yang lalu. Terlalu banyak kemajuan rasanya dan yang paling penting, sayang ku itu kini sudah boleh berjalan... satu kegembiraan yang terlalu amat bagi diriku sebagai seorang ibu melihat dia mengatur langkah terhuyung hayang tak stabil dan kadang2 terjatuh. Aku sangat2 terharu dan rasa nak menitis air mata melihat kecekalannya mengatur langkah satu demi satu. Apabila sahaja dia terjatuh, rasa gugur jantung ku. Lantas aku peluk tubuh si kecil tu memastikan dia rasa selamat, hilang rasa terkejutnya dan tiada sakit di mana2. Apabila melihat dia berjalan terlanggar objek sana sini, berpaut yang tidak sampai, berjalan yang tidak sampai ke tujuan dan rebah di tengah jalan tp tak menangis dan masih bersemangat untuk berjalan.. perasaan yang sukar aku gambarkan.

Yang lain-lain yang boleh dibanggakan, dia sudah pandai makan suap sendiri. Aku hanya perlu koyakkan makanannya kepada cebisan kecil dan membiarkan dia mengambil satu persatu untuk dimakan, ini tidak termasuk lagi babybites yang hanya aku perlu berikan sekeping padanya.. dan sedar2 je tengok dah habis pun.

Hanah juga dah pandai mengendalikan barang2. Beri henpon, dia tau letak di telinga. beri sikat, tahu disuakan ke kepalanya, beri pensil atau pen dan kertas, dia tahu memegang pensil berkenaan dan diconteng2nya di kertas wlupun mmg konfirm tak der apa2 rupa pun contengan tu. Botol susu dan pacifier tak perlu disuakan, letak sahaja di sebelah, tahulah dia mengambil sendiri dan dihisapnya. Yang paling best aku ingat adalah semasa aku berikan sudu, kepala di atas pemegang di bawah, pandai pula di pusingkan dulu, kemudian sudu tu muka ke belakang, dia terbalikkan pula.. kagum aku sekejap. Henpon pun dia dah pandai tekan2 buttonnya. Kadang2 tu memang lesaplah beberapa kredit henpon aku sebab bila aku kasi dia tgk gambar, tiba2 jer karang ter send kat siapa2 dan yg palig kerap ke henpon ayah dia lah sebab nama ayah dia yang 1st dlm contact aku. Klu aku kasi tgk video2 pendek upin ipin, dia tau nak tekan tengah2 untuk replay video tu biler habis dan kadang2 tak habis lagi pun asyik direplaynya..

Dia juga sekarang dah pandai mengajuk perlakuan orang, apa orang buat, semua nak diikutnya. Dan perkataan plak ada lah beberapa yang dia paham contoh kalau kita sebut puk amai2, dia pun tepuk tangan. Bila kita kasi tengok gambar dan kata ciummm.. dia akan cium gambar tersebut.

Kerana keseronokan itu lah makanya aku tak sampai hati nak layan kekacauan yang berkocak dalam hati dan minda aku sekarang. Kekacauan yang ada kaitan dengan entry aku sebelum2 ini tentang kesabaran. Entry itu yang mengundang salah sangka bos lama aku yang menyangka aku dh tak sabar nak keluar dari opis lama. Padahal entry tu sebab lain, bukan sebab itu.

Aku betul2 dalam dilema, runsing, sedih, kacau dan macam2 lagi. Semuanya berkumpul menjadi satu dan kalau bukan kerana Rafhanah, mungkin aku dah masuk Hospital Mental sekarang. Kalau bukan kerana kehendak tugas yang banyak dan banyak outstation, aku rasa akan lebih cepat lagi aku meroyan. Ya Allah, tolonglah aku.