Wednesday, March 31, 2004



Beberapa hari kebelakangan ini, beberapa blog yang kerap saya kunjugi kini hangat memperkatakan tentang kes kematain seorang pelajar sekolah agama di seremban akibat dibuli oleh pelajar-pelajar senior sekolah berkenaan. Ada yang menyalahkan pihaks ekolah, guru-guru, pengetua dan tidak kurang juga menuding kepada institusi keluarga yang gagal menjalankan fungsi sebagai medan awal didikan remaja2 tersebut. (pergghhh.. power ayat sehh).

Mengapa kes seperti ini masih berlaku? Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa itu sudah menjadi tradisi di sekolah berasrama penuh. Walau sekuat mana larangan yang dikenakan oleh pihat pengurusan sekolah, secara senyap2 tradisi yang sama masih berlaku. Bukan kerana seronok atau menunjuk bagus, tetapi seolah2oleh sudah adat turun temurun yang dipindahkan dari satu generasi ke satu geneasi sekolah berkenaan. Remaja yang sedang melalui tempoh di mana jiwa muda yang begitu menggelodak, kadang2 tidak dapat mengawal diri dari melakukan perkara yang dilarang.

Kes ragging di asrama berbeza antara lelaki dan perempuan. Juga berbeza mengikut jenis sekolah. Menurut pengalaman saya sendiri, situasi antara sekolah asrama penuh milik kementerian pendidikan tidak sama dengan yang berlaku di MRSM. Saya pernah melalui kehidupan sebagai junior di kedua2 jenis sekolah berkenaan.

Kenangan 6 Bulan Di Asrama Penuh

Semasa di tingkatan satu, saya telah diterima masuk di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang agak terkemuka di negeri Johor. Tidak perlulah disebutkan daerahnya kerana kelak dgn mudah akan dikenalpasti. Dorm yang saya diami turut dihuni oleh pelajar2 senior dari pelbagai tingkatan dan Alhamdulillah, semua kakak2 di dorm saya memang baik hati dan peramah. Satu perkara yang paling tidak saya sukai ialah apabila terpaksa mengenal dan mengambil tandatangan semua pelajar senior dari setiap tingkatan tidak kira lelaki atau perempuan. Untuk mendapatkannya pula, saya terpaksa melakukan pelbagai perkara, contohnya meniup lampu smpai padam, menjerit seolah2 orang gila dll. Pelajar2 senior seolah2 sengaja mahu mempermainkan kami. Saya paling takut untuk bertembung dengan senior kerana bimbang mereka bertanya adakah saya kenal nama mereka. Manalah mampu untuk saya mengingat semuanya. Saya sendiri pernah dipanggil di tengah2 malam ke dorm pelajar senior di mana saya telah dimarahi kerana kononnya tidak menghormati senior. Puas dimarahi, saya disuruh pula terjerit2 menyanyi beberapa buah lagu. Kecut perut saya sewaktu itu, sudahlah dipanggil bersendirian, banyak pula kerenahnya. Banyak juga kerenah2 senior yg sering menekan saya. Kawan2 sebatch ramai juga yang telah berpindah sekolah, terutama pelajar lelaki. Saya tahu mereka lebih teruk dibuli oleh pelajar senior. Kalau pelajar lelaki sering dibuli secara fizikal, pelajar perempuan kerap didera secara mental dengan kata2 kesat yang menyakitkan hati. Setiap minggu ibu dan bapa saya akan datang menjenguk. Dan setiap minggu jugak saya akan menangis di hadapan mak, mintak dipindahkan. Berbagai usaha yang telah mak lakukan untuk memujuk saya agar terus tinggal di situ, berkali2 juga saya cuba positifkan diri, memujuk hati untuk terus bersabar. Waktu persekolahan amat menenangkan bagi saya dan saya dpt belajar dengan baik. Tapi apabila perlu pulang ke asarama, saya mula resah, takut dan tak sedap hati. Bermacam2 kata motivasi yg saya tampal di meja sekolah dan di locker asrama, namun sikap senior yang suka menekan menyebabkan saya tidak tenang. Akhirnya setelah tamat satu semester pembelajaran (6 bulan), saya berkeras tidak mahu lagi meneruskan pengajian di situ manakala mak dan abah sudah kehabisan idea untuk memujuk saya. Saya pun pindah ke sekolah harian, walaupun sekolah biasa, tidak seglamour dan secantik sekolah lama, namun saya lebih tenang. Dah tak lagi terbayang wajah2 bengis senior yg asyik nak marah tu. Rasa lega gileerr..

Hidup Untuk Belajar Di MRSM

Di MRSM, situasinya agak berbeza. Pihak sekolah seboleh2nya memang berusaha untuk mengelakkan budaya buli ini. Jadi, pelajar senior dan junior diasingkan blok kediaman. Hanya ada lebih kurang 12 orang senior sebagai penasihat di blok junior. Dgn cara ini, kami lebih rasa selamat dan seronok kerana dikelilingi rakan seangkatan. Walaupun ia seolah2 membuka gap yg luas antara senior dan junior tetapi itu tidak berlaku kerana, di MRSM, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama lebih2 lagi dengan adanya sistem homeroom (keluarga pelajar). Selain itu, mungkin disebabkan perbezaan umur yg rendah (1 thn sahaja), menyebabkan tidak terasa jurangnya berbanding di sekolah asrama penuh (pelajar tgktn 1 hingga tgktn 5). Sewaktu orientasi di MRSM zaman saya, kami tetap perlu mengambil tandatangan senior, tapi tidaklah seteruk sewaktu di asrama penuh. Para senior lebih bertoleransi dan tidak pula menyuruh kami melakukan perkara yang bukan-bukan. Saya sndiri pelik biler membezakan pelajar tgktn 5 MRSM dgn asrama penuh. Kenapa pelajar tgktn 5 asrama penuh seolah2 terlalu banyak masa untuk membuli orang, tak belajarkah mereka? Sebaliknya di MRSM kebanyakan pelajar sentiasa sibuk dengan pelajaran hingga tiada masa untuk perkara2 remeh spt membuli orang itu. Kami masih perlu menghormati mereka contohnya memberi salam dan tidak sewenang2 nya lalu di hadapan kelas pelajar senior. Itu tidak menjadi masalah bagi kami. Malah sewaktu zaman junior saya, situasi mereka malah jauh lebih baik, mereka tidak lagi perlu mengambil tandatangan semua pelajar senior tetapi memadai pelajar senior yg menjadi pemimpin pelajar, senangkan begitu?

Namun di zaman saya, berlaku satu sejarah hitam, di mana seorang rakan sekelas saya sndiri telah dibelasah di asrama hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Dia bukan dipukul senior tetapi oleh rakan se angkatan sendiri. Kononnya berpunca dari tindakan pelajar itu sndiri yang dikatakan seolah2 menjadi polis tak bertauliah yang mengadukan segala kesilapan rakan2 kepada guru warden. Rakan saya ini memang jenis pelajar yang baik, senyap, atau senang kata, skema lah. Hemm.. agaknya pelajar2 baik2 memang mcm tu ker? Akibat dari kes itu, 4 orang pelajar telah dibuang ke MRSM lain, dan beberapa orang lagi digantung beberapa minggu. 2 orang pelajar yang dibuang itu, adalah rakan sekelas saya sendiri!!. haii.. apalah nak jadi. Sudahlah kelas saya bilangan pelajarnya kecil, bila ada yang kena buang, makin sikit, tinggal 17 orang sahaja. kes itu hanya satu dalam seribu.

Saya tidaklah mengatakan semua pelajar asrama penuh itu tidak baik dan semua pelajar MRSM itu baik. Masih ramai yang sebenarnya lebih bertimbangrasa. Hanya seolah2 tradisi turun termurun itu yang mengikat mereka. Terdapat unsur balas dendam di situ. Setelah dibuli oleh pelajar senior, mereka mengambil jalan membuli pelajar junior sebagai menebus rasa marah. Masalahnya, tiada sesiapa yang mahu berkorban memutuskan tradisi itu. Selagi rasa ego dan sakit hati itu masih menebal, selagi itulah ragging akan terus berleluasa di asrama penuh.

Bukanlah mahu membanggakan MRSM, tetapi pada pengamatan dan pengalaman saya kehidupan di MRSM jauh lebih baik berbanding asrama penuh kementerian pendidikan. Mungkin kita perlu kaji mengapa fenomena sedemikian boleh berlaku. Pelajar mrsm sentiasa sibuk, tiada masa untuk perkara2 remeh yang lain dan tidak berfaedah. Masa yang terluang pula selalunya memang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak maktab. Mungkin atas dasar itulah sebenarnya keputusan SPM MRSM jauh lebih baik berbanding asrama penuh kementerian. Namun, kami sedar wlu secemerlang mana kami pelajar MRSM, skolah kementerian juga lah yang diberi publisiti meluas walaupun kami sebenarnya jauh lebih baik. (ini dah promote MRSM pulak)

Mungkin sistem di sekolah berasrama penuh perlu dikaji semula. Terpulang kepada kebijaksanaan menteri pelajaran kita yang baru. Harapnya jgn plak ada x asrama penuh yg ngamuk baca entri ni, itu cuma pendapat saya jer. Kalu tersinggung tu, mintak maaplah.

Tuesday, March 30, 2004



Eloooo.. wah udah lama banget blog ni nggak di update. Yaa gue tu lagi bz ngurusin hal-hal tugasan di kantor. Ini pun gue lagi baru usai QCC presentation, sejak awal pagi tadik. Beberapa hari kebelakangan ini, gue lagi sibuk menyediakan bahan untuk presentation itu loh. Kalo ngurusin untuk projek sendiri itu, nggak apa2 sih, tapi kalo sudah lagi bantu’in group2 yg lain, waduuh.. capeek. Gue tu kalo bisa digelar Penasihat IT Bergerak. Tapi yaa, lumayan sih, ada satu group itu,., lagi mention nama gue di akhir presentation ‘special thanks to Rahayu, out technical advisor’. Waduh waduh.. keyak steven spieldberg aja. Tapi, gara-gara presentation ini, gue lagi miss, terpaksa kabur dari medical checkup yg semstinya gue pergi hari ini. Kesian banget sama miss woo, gue lagi sudah janjian sama dia mau ke rumah sakit sama2 tapi gue langsung nggak bisa nepati janji.

Ngomong ngomong, gue ini lagi ketandusan idea loh. Mau cerita tentang hidup gue, ya biasa2 aja deh. Tanggal sabtu yg baru lepas, mobil gue tu, gue hantarin sevice. Waduuh, kok ongkosnya mahal banget sih. Hampir mencecah rm150!! Lagi pusing gini, uwangnya aja lagi dihabisin ke mobil itu, bikin repot sama gue aja. Hemm.. sekembali dari servis mobil, gue langsung ke Plaza Arisun, lagi temanin adik gue yg mau beli hadiah buat ulang tahun sahabatnya. Gawat, album setem yg gue cari, nggak ada yg benar2 menepati citarasa. Perkhabaran buruk, henpon gue masih belum usai servisnya, aduh maaakk, sampai kapan sih gue harus tunggu lagi. Gue lagi enggak beteh berterusan tanpa henpon. Udah hampir 2 bulan loh. Rusaknya lagi dikit, servisnya sampe lama banget, tolol apa. Aduhh.. Sudahnya gue udah spend 6.90 untuk perhiasan mobil gue aja. Alerrr.. yg perhiasan cam tanglung, besi2 yg berbunyi biler ditiup angin tu. Wahh, puas loh, gue entah sejak kapan lagi kepingin banget sama perhiasan itu. Seronok dan tenang sekali mendengar bunyinya. Kadang2 gue lagi sengaja langgar lubang, lagi sengaja lalu jalan yg nggak rata, semata2 mau dengar tanglung itu berbunyi.. huhu.. kalo abah gue tau, gawat. Roda mobil itu pasti alignmentnya udah nggak bagus.

Haha.. pasti kalian lagi fikirin, lagi tertanya2 , kenapa sih, ayue hari ni. Apa udah jadi minah indon, ngobrolnya dalam bahsa Indonesia lagi. Hehe.. anggak apa2 kok. Sengaja, berubah ngin loh, nggak apa2 kan. Lagi pula gue bukan ngobrol yang nggak2 kan. Kalo ada tersilap, dimaafin donk, gue lagi nyoba. Hehe.. sebenarnya semalam gue nonton sinetron Di Sini Ada Setan. Bagus sinetron nya, ada lucu, ada seram. Dan setiap malam minggu, gue nonton sinetron Sephia, pun bagus juga. Tapi baru2 ini, gue udah baca sinopsisnya di Internet, makanya udah nggak surprise. Tapi gue tetap seneng menontonnya. Sama seperti gue nonton Pernikahan Dini dulu.


Friday, March 26, 2004



Lost Touch In Drawing


Assalamualaikum.. i really have no idea what to write today. So i paste these pictures untuk tatapan u all. These was drawed a few months ago, but obviously reflect how my hand sudah kehilangan sentuhan. Semakin buruk.. Ahh.. i really miss those old days when i was very crazy melukis itu ini.

Ahah.. yesterday, my car buat problem lagi. When i was driving home after work, somewhere near Plentong, i heard a strange sound from the down right side of my car. At that time, i thought ada menda yg tersangkut kat tayar keta.. may be kertas ker haper ker.. pasal tak lama lepas tu, bunyi tu hilang. Hati dah mula selesa. Suddenly when we reached Ulu Tiram (Miss Woo, my collegue tumpang), ada kereta lalu sebelah dan tunjuk2 kat bawah. Masa tu we thought, tayar pancit ker, tp tak de plak rasa cam berat keta, biasa jer. So, when i stop at one Esso, we go out and checked. Haha.. rupa2nya lampu signal sebelah kanan tercabut. Aiseymen.. camna leh tercabut ni, padahal, aku tak der langgar apa2 pun. Ada besi yang patah dlm tu dan pagi tadi abah dah betulkan pun. Lega, ingatkan klu tak settle gak, pagi ni gi kerja bawak keta abah. Yg kelako plak Ms Woo tu, ari tu masa dia tumpang 1st time, keta mati enjin, 2nd time ni plak, lampu tanggal. Dia dah gabra, alamak, kereta ni tak suka sama I ker? Psl mati enjin tu, aku dah jumpa penyebabnya, psl kunci keta berat sangat, aku ada bermacam2 keychain kat situ termasuk bermacam2 kunci, so biler pasang, dia berat dan mungkin tak berapa mencengkam. So, biler dah buang, ok dah skrg. Kesimpulannya untuk pengajaran, jgn taruk byk sgt key chain kat kunci keta anda.

Lukisan Saya

Gambo1 - Kat mana ek, lupalah.. tapi ayam tu sbnrnya tak der pun, saja tambah, nak penuhkan ruang kosong.. hehe

Gambo2 - Melukis masa tengah blurr, duk tepi Tasik Dahlia kat Pasir Gudang sambil menyonteng

Gambo3 - Pasu bunga kecik yg ada atas meja kat ofis. Bunga daisy warna putih. Dari dulu smpi sekarang tak tuko2 pun bunga

Gambo4 - Lukis masa kuliah, corak tu kat tudung sorang akak yg duduk depan aku. Pen tu, pen akulah, hadiah dari RHB

Ok, selamat mengutuk lukisan ku yg hudus ini.. wakakakakk..

Thursday, March 25, 2004



Lets Talk About Hobbies



When mention about hobbies, I know a lot of people out there have their own hobby or hobbies. Hobby is something that we love to do during our leisure time. But some how, people tend to treat it seriously. We can see how some people may become fanatic and addicted to the hobbies. They don’t even care about spending a lot of money and time for that particular hobby that actually some of them do not bring any benefit to them at all. This is what we call satisfaction or kepuasan diri. Just look how people especially man that are willing to travel far away from home, leave their wife and children for a few days just to pamper their selves with fishing activity. Then, look at people who crazy about collecting old coins. Some of them willing to pay thousands buck to buy that stupid old small coin only. So, what is the purpose of hobbies actually? The old definition is not relevant anymore. World change, people change, and as for me, my hobby also change in line with my environment.

I have so many hobbies. One of them is reading. Yes, but that’s back to a few years ago. I still do lot of reading but only for my study. If not because of that master course, I dun think that I will bury my head into books anymore. Coz, when you go into career’s life, things change. Your daily works at office already bring u headache and at home, you’ll found that your brain and your eyes are tired enough to concentrate even on a single line of words. That happened to me, I dun know about other people. But in the old days, I was a bookworm and all my relatives knew that. Some sort of a nerd girl who will read anything in front of her that can be read. Haha.. start from Bujal, Bambino, Nancy Drew, Hardy Boys, Zuraidah Othman, Anis, Ujang, Mingguan Wanita bla bla bla.. And I am not into show biz material, URTV, Festa, Manja (Singapore), Hai, Mangga etc. That kinda materials in my opinion, only will waste my time and money. Why should I read about artist’ life. Who are they? What can we learn from them? Elemek, malaslah nak nyibuk2 pasal kisah orang. Dengar lagu, tengok show, tengok filem dah ler. I dun care about what happen behind the scene.

Once, I am also into collecting stamps. The hobby started when I read a schoolbook about collecting stamps, how to keep ur stamps, how to manage them well. Yeah.. I was influenced by that book. And for your information I am easily influenced by what I’ve read. Then, I start to collect stamps. I made my own album, u know ! And I am also using a proper method to remove the stamps from envelope to ensure the stamps are stay in shape, like new. But later, my parents bought me the proper one. And till now, I have 3 full albums and is planning to buy the new one. I’ve a lot of stamps that are not yet kept properly. (korek dr tong sampah kat ofis. hehe). I got all the stamps from my relatives, letters to our home, and some of them, I bought the pack that sold special for stamps lover. Masa kecik2 , I dun care about collecting the same stamps, as long as it is called stamps, sama pun tak per asalkan nmpk banyak. But as I am getting older, I become very choosy as the space for the stamps is quite limited. U know, most of my foreign stamps are from Finland becoz I have a supplier there, my penpal, Martina Gussander. It has been a long time since I heard news from her. Oh yeah, start from stamps, I start to collect 1st day cover, and not into it anymore, but I have 3 full albums. Maybe some of u do not really know what is 1st day covers. It is a special printed envelope with stamps on it. And it has themes. Inside the envelope, u’ll find brochure or pamphlet describing the events of the theme. Very beautiful and informative also. Besides, I used to collect coins also, I have a collection of unique coins, given by my father and I kept them in my treasure box, mainan punya. But now, I wonder mana pergi dia..ilang dah..

The next hobbly is tanam pokok sayur. Also influenced by a book. I love to read how people plant their vegetables, so I asked my mum to buy the seeds for me.. And gez what, my mum also provide my with a convenient space for my plant, in our garage. Pasu2 pun mak sediakan lagi. So, how enthusiastic I was that time. Bendi, kacang panjang, cili dll. Huhu.. syok betul masa tu especially biler dah mengeluarkan hasil. But that was more than 10 years ago. I am not into it anymore. But I think I’m gonna start again as one of my colleague, Mr Soh recently, gave me biji2 jagung dr benih yg baik. Dia kebas dari kilang sebelah rupanya. He told me that 90% guarantee they will grow. Yes, I trust him coz by looking at the maize, u can tell, they are very good. Warnanya oren jernih dan cantik macam gem. If only I can show or give some to u all. Now, I just wait for weekn to start my mission.. hehe.. Kena hati2 takut kena makan ayam plak. Rumah aku ni byk ayam tau, termasuk ayam serama yg ada 3 ekor. Hehe.. seekor ayam jantan serama berbini dua..nyeh nyeh nyeh.

Anything to do with art, or to be specific, handy art like sewing, knitting, drawing. Yes, I like them very much, only now I have no time for that activities. Actually I dun see myself as an artistic person. But a fast learner maybe. And the very the teliti one. Tangan lembutlah cam tu. Nak buat menda tu semua mana leh tangan keras. I luv to draw (try to show them here), and my best fren used to told me that my stroke was very good. But I am not into drawing with colour. Lebih suka pakai pensel semata2, senang dan tak leceh, u just play with the stroke and tone. Masa primary school, once I drew the face of our headmaster when he was giving a speech, and the drawing unexpectedly almost reflect him!!! Hehe.. mcm show off lah plak. Oklah, enough about drawing. How about sewing? I luv to make my own baju kurung, u know, a few years back, my baju raya sumer buat sendiri, wa cakap lu (pun cam show off lagi hehe). Not very expert but bolehlah tahan, setakat potong kain, tekan mesin, cantum kain, sembat2, tulang belut kat leher tu anytime. Baju lain tak tau.. hehe. My mum only teach me how to make baju kurung. Then, mengait. Huhu.. mengait, cam kelakoler plak, cam ibu2 mengandung yg mengait baju pns utk baby..hehe. But I like it also. And the sifu is my mum lah, sapa lagi. But so far, I am only finished with one alas meja kecik. To aida, ingat tak yg aku penah ajar ko tu, yg warna ijau tulah. Payah beb, benang kecik plak tu.

Writing is my hobby also. Probably generated from the reading hobby. I am quite a daydreamer. Suka berangan. I alwiz dream to write my own book, my own novel. Believe it or not, I used to transfer my berangan2 thing to a frame work for a novel. Dah banyak kali, tapi semuanya stay sebagai frame work sahaja. Ada tu, siap dah ada sub plot.. tp hampehs sumernyer. Tak pernah menjadi pun. Alahaii.. And now, I have this blog, so I am into new kind of writing pulak. (just look at this entry, punyalah panjang). I just pour out what came across my head, and i dun care a bit about my spelling or my grammar. Nobody would ban this blog like what RTM do to SEKSIS, so why bother?

Watching TV and VCD is a normal hobby, most popular hobby nowadays. But I am not choosy when watching but very the cerewet one when buying. I’ll only buy VCD of Hindi Movie and Walt Disney Cartoons. Other than that, pinjam orang atau tunggu dia kuar kat TV atau my brother will buy.

They are my hobbies. How about u. I’m sure u got more interesting ones.

Wednesday, March 24, 2004



What's The Big Deal Of Having A Car ?

Huhu.. i forgot already about the countdown of my birthday (bulan islam punya) and very lazy to trace it back. It have been a few days i didn't write anything in this blog. It happened that in this few days, i've become some sort of blurr person. In additional, i have no idea at all, no special occasion to be described here except one that happened yesterday. Not interesting at all, just my car mati enjin 4 times at one busy traffic light in Plentong. Luckily, i was with my collegue that time that tumpang me to our workplace, less gabra. Mati enjin tengah jalan maybe normal for ur car, but abnormal for me as my car is the automatic one!! What the hell it can be happened that way?? So, at home, i told abah and he suggest me to take this car for service tomorrow right after my salary for this month is banked in. Yeah, i'll do that, i must do that even this morning, everything seems quite ok. But i dare not to take any risk in the future. haiii.. kopak lagi duit bulan ni.

Talking about monthly expenses, i wonder what is the purpose of working? As for me i work to get money to pay my car loan, my asb, meal, road tax, insurance, petrol dll. More than that, i can't afford. Luckily i am staying with my parents other wise, i need to puasa satu bulan, to cover the pay for house rent. Aku tak der duit bolehlah puasa, kereta takder petrol, boleh puasa? So, overall, i can say, most of my income was spent to pay debt and believe it or not, i spent more than 3/4 of my income just for my car !! s***. Beli kereta untuk kegunaan utama travel pergi kerja, then gaji bulan2 abis kat kereta tu jugak. Then, apa yg aku dapat? Kerja utk bayar keta yg digunakan atas tujuan kerja jugak. Mcm tu baik duduk rumah jer, tak luak apa2 pun. Ahh.. bosannyerr.. Kerja penat2 tp cam tak dapt haper, habis bayar utang jer. Geraaaaammmnnnyyyyeeerrr !!!! Ishk.. fortunately, i am not the shopaholic type or i have to apply for bank loan, special for monthly shopping purpose (giler klu ada loan cam tu). Or now i must get myself a rich boyfren or sugar daddy pun bolehlah, to sponsor me.. (*evil smile*)

Baru2 ni, masa baca blog Viva, i found sumthing that used to really haunted me (back to a few years ago), about the signs. Sign yg mungkin betul, mungkin kebetulan. Never ever thought that that kind of matter actually happened to everyone. I thought aku sorang jer yg selalu perasan2 cam tu. Yer lah, biler kita minat kat seseorang tu, lain jantina maksud aku. Biler kita selalu terserempak ngan menda2 yg mengingatkan kiter pada dia, kiter akan mula perasan, kononnya kiter ni ada chemistry ngan dia, mcm ditakdirkan lah gitu. Then, kengkadang sign tu dtg dari si dia tu sendiri, contohnya satu hari tu kita pakai baju yg sama. Konon ada instinct kuatlah.. Kiter jadi keliru, adakah sign tu adalah petunjuk Allah yg ditakdirkan untuk kiter atau kita perasan sendiri.. menda tu mmg kebetulan. Ahhh.. sign2 cam tu mmg selalu blaku. Kengkadang menda tu mmg kita yg perasan sendiri, maklumlah dah suka, sumer menda rasa ada chemistry. Perkara cam ni mmg lumrah.. tapi as for me, aku rasa aku dh makin matang untuk tidak terpedaya ngan semua tu. kegkadang gak ada berlaku apabila sign tu mengingatkan kiter pada orang yg kiter tak suka plak. Yg tu mmg hampehs.. apa pun, kita redha jerlah.. jgn dipengaruhi emosi, kan?

Sunday, March 21, 2004



Umahku Dikopak Orang Di Malam Pilihanraya

Assalamualaikum to all my blog friends
‘Error 680 : There was no dial tone’
Huh.. what happened to this laptop? Why can’t I connect to the Internet? Something wrong with the modem or my line? My line is ok what, I can make call. And the modem is ok I guess as the owner told me so. Actually, the owner told me that something not right with this laptop and that coz a lot of problem when he access Internet (can access but always happen the laptop suddenly shut down after sometimes). Yeah.. I found the coz already, there is an invalid hibernation file and alsohave something to do with the BIOS, and need to be updated. So, I tried to connect to the Internet to get the update version from the relevant site. Unfortunately that stupid error appears and I cannot do my work now. I cannot get myself connect to the net at all. *sigh* so here I am in this MS Words windows, scribbling for my tomorrow blog entry, berlagak dgn laptop orang hehe..

I have a story to tell u all, but rather to write in bahasa so that I can express the mood better. Sabtu, masa baru balik dari kerja, tengah melepak depan tv, tetiba si abang (adik aku) panggil keluar, katanya ada orang lelaki tanya saper pemilik JHC 1696 kat garaj tu. Haha, masa tu aku dah tak pk lain, ni mesti salesman dtg nak jual barang keselamatan utk kereta. Aku dah paham sgt pe’el derang ni. Masa aku duk tmn rinting dulu pun ada 2-3 kali orang dtg ketuk pintu umah, nk promote menatang tu. Dah tu dtg tak kira masa, maghrib2 org nk semayang pun dia pi ketuk. Tak putus asa plak tu, lama dia tunggu dpn pintu, tp aku bolayan jer smbl berdoa dia cepat2 blah. Lgpun aku duk sorang jer kat umah masa tu. Barang yg derang promote tu klu murah tak per, ni harga melampau2 saper nk bayar? Memanglah barang tu untuk keselamatan keta, tp saper gerenti yg keta aku takkan kena curi klu guna menda alah tu. Entah2 orang yg tukang jual tu nnti yang dtg curi keta., lgpun derang dah tau umah kita kat mana dan tau selok belok menda keselamatan tu. Kawan2 termasuk bos aku pun tak galakkan beli menda2 tu, memadai pakai yg biasa2 cam gear lock, stering lock., dengan besi yg pasang kat bawah kaki tu. Aler, klu pasang canggih2 pun klu ada org curi keta kiter, dan alarm bunyi mengaum2 pun bukannya orang sekeliling kisah pun, derang buat dunno jer, termasuklah aku pun. Mak aku lg best, dia kata, klu ada rezeki, selamatlah keta tu, lgpun apa nak risau, klu keta ilang, insuran kan ada. hehe.. mak aku..

Back to citer budak salesman tu. Aku malas dah nak layan, so aku suh abang panggil abah jer suh ngadap budak tu. Dulu2 pun abah jugak yg tolong jawabkan biler byk sgt org dtg promote ni. So, tak lama lepas tu, aku dengar alarm keta aku berbunyi dan dengar bunyi enjin keta. Heheh.. ni mesti derang ngah demo camna kecurian keta leh berlaku, keta tu bkunci dan kunci ada kat dlm umah ni. Ah tak eranlah. Pas tu tetiba abah masuk dan kata yg aku patut beli menda tu. Harganya 600 dan bayar deposit 50, dia pasang dan aku kena bayar bulan2 150. E’eh abah ni, tetiba bersemangat persal. Dulu pun ada org promote lg best, tak der deposit, bulan2 bayar 80 jer, yg tu tak berminat plak. Mak tetiba masuk campur, kata tak payah. Tapi abah sibuk jugak nak pasang menda tu. mak tau aku mesti sakit terjerut punya nak bayar menda tu karang. Memang betul kata mak, aku mmg tak mampu. Duit gaji bulan2 abis wat bayar duit keta, asb, petrol dll. Nak kena simpan plak untuk yuran study sem depan dan road tax / insuran yg mati bulan 8 ni. Perghh..klu tak betul2 mmg parah. Lps kerja ni bukannya makin nyimpan duit, makin byk utang plak. Tetiba abah kata abah dah suruh budak tu pasang menda tu, Pergh... mak aku naik hot. Aku plak buat badak jer.. entah apa2 entah. Mak aku kata abah dah terpedaya ngan budak tu. Aku setuju ngan mak., orang salesman bukan leh caya sgt. Auta jer lebih.. hehe maklumlah aku pun berpengalaman kejap jadi orang buat sale rumah ke rumah ni, aku taulah camna salesman selalu auta orang. Lg buat aku setuju dgn mak adalah biler mak kata budak tu cam tak puas hati biler kitorang tanak beli. Katanya ‘apalah cik ni, tak sayang harta, menda cam ni pun tanak beli ker’ dengan nada macam marah. Huh, klu aku pun, mmg aku dah alau budak tu (derang bertiga). Cam tu ker nk jual barang, aku seligi jugak sekor2 ni kang. Aku anti betul ngan penjual yg macam tu. Tak hormat pelanggan langsung. Aku rasa budak tu tengah geram mungkin dah satu hari suntuk ni, satu unit pun derang lum jual lagi., badan dah penat, petrol dah byk abis berjalan. So, mak aku kuar suh budak tu berenti pasang menda tu. Tak pasal2 budak tu tpaksa bukak balik menda yg dah separuh jln dipasang tu. Abah cuma diam jer, dan aku rasa budak bertiga tu mesti tak puas hati punya. Itulah abah, saper suh pandai2 terima jer. Aku cakap kat abah, keta tu klu ada rezeki kita, adalah selamatnya, as long kita yakin kita beli ngan duit halal. Macam budak bertiga tu, dah bukan rezeki derang nak dpt komisen dr barang yg derang nk pasang tu. Lg sikit jer, tp tak jadi orang beli psl mmg dah bukan rezeki derang.

Pagi tadi, sesuatu yg tak dijangka berlaku. Dlm kul 4.45 pagi yg sunyi tu tetiba aku terdengar telefon berbunyi dan abah angkat, pas tu mula terdengar bunyi kecoh abah dan mak bukak pintu blkg. Pas tu telefon bunyi lagi dan aku terdengar mak kata ‘tingkap dapur !! tingkap dapur!!’ Aku dah tak sedap hati, apa yg berlaku ni? Perlahan2 aku pandang keliling bilik dgn perasaan cemas. Hati aku tak berenti2 berdoa semoga Allah selamatkan kami sekeluarga. Lepas tu baru aku beranikan diri kuar dr bilik dan tanya mak. Masa tu abang pun dah bangun. mak dgn cemas kata yang ada orang cuba ceroboh masuk rumah kita!! Tapi orangnya dah lari. hati aku berdebar2 masa tu. Aku tengok tingkap dapur, terperanjat aku tengok gril besi tingkap 3 daun tu dah kopak !!! Bidai tingkap slidingnya pun dah ada tanda kemik2 menunjukkan kena cungkil. Rupa2 nya Cik Nor jiran sebelah yg sedar. Dia dengar bunyi ketukan kat umah aku dan biler dia bangun tengok kat tingkap, dia nampak 4 orang lelaki tengah kopakkan gril besi umah aku. Cik Nor terus menjerit pencuri !! pencuri !! Habis 4 orang tu lari biler dengar cik nor menjerit. Abang Sam, menantu cik nor sempat kejar budak2 tu tp terlepas. Cik Nor terus telefon umah aku, tu yg abah ngan mak kecoh tu. Abah terus kuar bawak btg besi tp lelaki2 tu dah lari. mak marah pasal abah main redah jer kuar mcm tu sedangkan penceroboh2 tu kan ramai, bahaya tuh.

Aku rasa bersyukur sungguh psl pencuri tu tak sempat masuk lagi. Rasa nak menangis biler bayangkan andainya pencuri2 tu dpt masuk dan takder orang yg sedar. Mesti macam2 menda leh berlaku pada kami sekeluarga. Klu derang curi barang jer tak per, tapi klu kami sedar, tentu macam2 derang sanggup buat pada kitorang. Mungkin derang sanggup cederakan dan mungkin jugak sanggup membunuh. Lagi menakutkan yg buat aku betul2 nak menangis ialah andainyer lelaki tu buat sesuatu yg tak baik pada diri aku. Lagi plak derang tu ramai, 4 orang lelaki sedangkan kat umah aku cuma ada 2 lelaki jer, yg lain sumer perempuan. Ishkkk... Na’uzubillah, mintak dijauhkan. Pas tu aku teringat jugak pada laptop ni, klulah kena curi, mampus aku nak menjawab dengan tuan punyanyer.

Lepas tu, kami terus tak leh tidur. Adik aku yg perempuan rupanya masih tidur, dia tak sedar lagsung orang2 kecoh kat luar. Abang membebel2 konon klu pencuri tu masuk, abislah barang2 dia henpon dia sumer. Geram tul aku dengo dia bising2, dia lebih risaukan barang2 dari keselamatan nyawa kami sekeluarga. Dah tu sibuk bising suh aku pi check tingkap2 lain kat umah. Amboi.. dia main cakap jer, bukan nak pi buat sendiri. Cakap tak serupa bikin, aku cepuk jugak budak ni. Dia tu nama jer lelaki, dah 20 thn, PALAPES lagi, tapi takkan penakut?? Geram tul aku ngan dia ni. Hanya selepas semayang subuh dlm kul 6.30 gitu, baru aku terlelap dan tak sedar smpi kul 10. ngantuk woi, dahler semalamnya tengok citer Ju-On smpi kul 2. Siang tadi biler check2 balik rupanya ada jugak tingap 4 daun kat ruang tamu rumah kami yang dah terbukak, tayar motor plak sengaja dipancitkan. Ishkk.. apa citer ni. Apa sbnrnya strategi pencuri2 tu. mak aku plak mula bising katanya dia syak budak salesman 3 orang yg dtg siang tadi tu entah2 turut terlibat. Mungkin derang sengaja dtg nak survey umah kitorang petang tu, dan mungkin jugak derang balas dendam sakit hati kena marah ngan mak aku petang tu. Wallahua’lam, aku tak berani nak tuduh sembarangan.

Mlm tadi, abah ngan abang terpaksa stay up jaga umah pasal gril tu tak dpt nak dibetulkan sepenuhnya. Psl semalam kan hari mengundi, kedai2 besi tu sumer tutup. Bila pk balik, pencuri2 tu mmg nekad nak masuk umah aku, by hook or by crook. Yerlah, penghuni ada kat umah lagi. Pas tu sanggup kopakkan gril besi yg dipaku ngan paku batu panjang sejengkal tu. Dtg ramai2 plak tu smpi 4 orang..

Dah kul 10.38 malam, aku baru teringat yg aku tak gosok lagi baju kerja untuk dipakai esok. Klu esok diisytihar cuti pun aku tetap kena kerja pasal polisi company yg mcm tu, No public holiday tp akan ada tambahan 1 hari dlm annual leave kitorang. So, GTG.. babai..

p/s: BN menang besar, Terengganu dah jatuh ke BN, Kelantan camna plak? To Rina, aku rasa ko dah kena tuko kaler ijau kat portfolio ko tu kepada kaler biru..hehe.

Saturday, March 20, 2004



79 days to My Birthday
Pagi yg mmbosankan. Boss aku off dgn meninggalkan perkara yg aku tak tau apa2. Adakah aku yg sengaja tanak amik tau atau bos aku sengaja tamoh aku amik tau. Perubahan yg dibuat pada main computer system buat aku jadi blurr.. Biler ada problem, orang serbu aku sedangkan i've no idea ttg tu semua. Boss dah ler tak der, aku plak blurr mmg hampehs tul aku ari ni. Ape hal ngan sumer komputer ari ni??!! Penat aku terkejar2 sana sini, ada yg pc langsung tak leh start, ada yg error itu ini, boss besar aku punya payroll system pun error tak leh nak access database. Ahhh.. fed-up nyerr..

Bebaru ni aku ada dengar lagu Subuh Yang Terakhir, nyanyian kumpulan Rabbani. Aku suka betul liriknyer. Mengingatkan kiter ttg tanggungjawab kiter pada orang2 yg kita sayang sblm terlambat. Mungkinkan subuh tadi adalah subuh yang terakhir untuk kita? Aku cari melilau kat Internet nk cari dia punya lirik, tp tak der, kat website KRU pun tak der. Ishkk... sesapa yg tau lirik tu, tolonglah kasi tau kat aku eh..

Nmpknyer kerja menciplak2 layout akan berterusan kerana aku dah jumpa satu website yg mmg penuh ngan layout2 yang cun, siap lah ko. Cun ikut mata aku lah. Ikut mata orang lain, aku pedulik haper..hehe. Weeekn ni tak taulah nak buat aper. Maybe belasah tengok vcd atau kuar jenjalan bli barang. Nak beli sejadah ngan tikar baru utk surau.

Perghhh.. surau ofis aku dah cantik skrg, surau perempuan jer lah. bebaru ni, masa orang cat ofis, aku melawak request kat ketua projek tu mintak cat dlm surau pempuan sekali. Perghh.. aku melawak jer dia buat betul2, dah tu siap tuko kan pintu baru lagi. Cayalah, tak sia2 aku ringan mulut. Yang tak bestnyer aku ngan Kak Naz jer yg beria2, siap ganti langsir, tampal poster2 dan perhiasan dinding sumer. Tp orang lain? Apsal derang cam buat tak endah jer? Tak eran pun sbnrnya psl yg selalu gunakan surau tu pun cuma aku ngan Kak Naz jer. Hopefully lps surau dah berwajah baru ni, makin ramai orang rajin masuk. Aku geram ngan orang lelaki yg jd ajk badan kebajikan surau, dah bertahun aku mintak peruntukan, tak penah dpt. Aku mintak penyapu sbtg ngan pencuci lantai pun tak nmpk btg idung smpi sekrg. Baru2 ni aku bising lagi mintak duit nk ganti lgsir, sejadah, tikar sumer, diorang kasi RM50 jer, apa citer. Aku mmg malas dah nak bising lagi, penat. So, Kak Naz murah hati sedekah langsir lama umah dia dan aku tak kisah kuar duit sendiri utk yg lain2. Lantaklah.. Tp baru2 ni tdengar jugak suara2 tak puas hati apsal surau pompuan jer cat ngan tuko pintu baru, apsal surau lelaki pun tak dicat jugak? Aku tak tau nk cakap apa, lgpun takkan aku nk memandai2 plak utk tempat lelaki. Lgpun masa aku request cat ngan pintu baru tu pun, ada org kuat surau lelaki kat situ. Dia diam jer, tak cakap haper, so aku assume dia tak berminat. So, jgn lagi salahkan aku lps ni. (perghh... membebel mengalahkan wakil rakyat).

Oklah, selamat berhujung minggu dan selamat mengundi..Babai..

Friday, March 19, 2004

80 days to my birthday
Yeahhh... jangan gosokkan mata anda, dan jangan juga me'refresh' browser anda berkali.. kerana apa yang anda lihat sekarang adalah kenyataan. Tiada yang tidak nyata melainkan nyata2 belaka. Seterang jelas dan nyata hukum Tajwid Idzhar Halki yg and belajo kat sekolah agama dolu2. Bahawasanya aku dah tuko layout blog ni. Ni pun ciplak website entah omputih mana entah. Kat situ tak silap aku siap ada tulis copyright.. hehe, lantak dialah. Saper suruh tak protect hang punya website tu.

Pagi ni, rasa pedih dan perit satu perut. Dan aku mula dpt rasakan ada tanda2 nak kena gastrik. Lps makan jer rasa sakit. Rasa nak muntah pun ada. Rasa cam nak terkeluar semua isi perut. Perit smpi ke tekak. Sib baik ari ni tak byk kerja, klu tak maunyer rasa nak pengsan dah. (sebab tu ada byk masa duk melahu dpn PC mengupdate blog). Ingat nak gi klinik tp rasa cam malas. Atau alasan yang tipu punya adalah AKU BENCI JUMPA DOKTOR. Tak lama lagi ada kena wat Medical Check-Up utk sumer staff , adoii.. malasnya aku. Kang sumer menda dia nak check, matalah, telingalah, itu lah inilah.. bosannyeeer...

Mlm tadi aku nengok VCD Kuliah Cinta. Elemek.. aku kasi 2.5 bintang jer. Pasal citer dia langsung tak der originality, cam citer Kuch Kuch Hota Hai jer... babak2 dia pun lbh kurang sama.. Eeee.. amenda citer Melayu ni?? Pengarahnya siap ada tittle Prof. Madya tapi dia punya filem, alemak, demam aku nengok. Setakat nak nengok gitu2 jer bolehlah.

Tadi ada Admin Officer tmpt aku sibuk citer pasal promosi Percutian dan Feri ke Pulau Tioman dari Stulang. Aku pelik gak, aku tanya derang, ada ker feri gi Tioman dari Stulang? Derang kata mmg ada, ada dpt risalah promosi yang difax ke ofis. Aku tengoklah, dan rasa nak tergelak tp tersengeh jer lah, control konon.. hehe. Sah, Masseroja Holidays. Hehe.. sbnrnya aku mmg tau psl tu, tp tak sangka plak promosinya sampi ke pasir gudang ni. Company baru yg mana besfren aku sbg salah seorang orang kuatnyer. Heheee... kemain cepat lagi ko promote eh.. emm.. esok aku taip balik risalah tu kat blog ni. Kasi publisiti murahan skit.. smbl tolong member.. hehe

Ok nak balik dah.. babai.

Wednesday, March 17, 2004

82 days to my birthday
Pergh.. lambat sungguh aku mengupdate blog ari ni. Quite bz lah this morning, perut pun tak sedap jer ni. Kembung agaknyer, td tghari pun mkan megi jer, tu pun ciput..

Eee... ari ni aku rasa makin syok dengar Ria Jam. Pas ni mmg tak tune tmpt lain lah pagi2. Rasa cam dah addict plak. Ni aku tengah tunggu biler lah agaknyer orang Mesia pun leh anto sms kat radio s'pore tu.. Klu dah boleh nnti, sah sah aku anto sms setiap hari dan jadi antara Ria Jammer yg fanatik sekali...

Huhu.. takder idea betul ari ni. Adakah keadaan perut mempengaruhi otak? Adakah biler perut sakit, otak kiter pun akan affected? Entahler.. so aku nak paste jer lah gambo ni yg aku dpt dari Kak Nana. Malangnya apsal entah, tak leh kuar plak. Cuba korang klik sini. Joys Of Marriage

Haha... nak tergelak tengok kartun2 tu sumer. Kadang2 mmg itu hakikatnyer. Lepas kawin ngan sblm kawin mmg tak sama langsung. Cakap psl kawin, sajer jerlah nak bukak citer ni. Klu kita tengoklah, mungkin tak semua, tapi kebanyakan lelaki mmg suka perempuan yg jambu2, seksi dll. Value yg lain derang tak kisah sgt. Tapi itu klu nak berseronok2 jer. Biler time nak kawin plak, tau plak tu masing2 nak cari yg baik2 jer, yg seksi2 tu depa tak mau plak. Apa citer derang ni. Yg perempuan, lain plak kisahnyer. Mula2 tu kemain lagi, ciri2 lelaki idaman kemain berjela2, kalah bil kad kredit. Nak yg caring lah, lovinglah, beriman lah, itu lah inilah. Tp biler dah ada orang yg nak, dah ada pak we, tak kisah pulak pak we tu jenis play boy ker, buaya darat ker. kemain setia lagi. Hehe.. aku bukan cakap sajer2 dr satu pihak, tp baru2 ni adalah termasuk topik ni masa berbual ngan sorang member lelaki ni. Dia mengiyakan lelaki mmg cam tu selalu. Dan biler dia komen psl pe'el pompuan plak, aku rasa cam tak dapat nak menyangkal menda tu. So, kalu kita tengoklah kan dari topik ni, jelas yang perempuan ni wlupun cam tak berpendirian tp Love For No Reason, tak kisahlah lelaki tu camna pun. Yang lelaki plak. Love For Thousand Reason. Logik tak? Apa2 pun, yg terbaik utk masing2 tu Allah jer yang Maha Mengetahui.

Tuesday, March 16, 2004

83 days to my birthday
Haha.. when i look at my keyboard, rasa cam nak tergelak pun ada, tp nak control punya psl, sengeh sikit2 jer dah ler. U know, atas key2 ni bercapuk ngan warna merah2 pink. Nak tau apsal? One of my bad habit, suka kopek2 bibir yg kering atau mengelupas, wlupun dia tak kering pun, tp tangan tu cam gatal sgt. dah tu, tangan pun merahlah kena lipstic, then when i start typing, red spot all over my key board. Tak senonoh betul eh.

Emm.. this morning, when i was listening to Ria Jam, the topic was about Roti Boyan. All Ria Jammers yg anto sms and called keep telling us how delicious that roti especially biler makan dgn sambal tumis yg power. Emmm.. But as 4 me, i wonder how is the roti boyan look like hah? camna rasanya? Rasa cam teringin ler plak nak makan. Anybody knows? Hehe.. pagi td cam seronok plak dengar lagu lama Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega. I know this song very well & once this song won Juara Lagu tak ingat tahun biler. Then, ada plak lagu lain yg pelik sikit. Lagu She Bang yg asalnye Ricky Martin nyanyi tu. But this one yg aku dengar is the William Hung version. Aler.. William Hung budak student engineering yg masuk American Idol tu. Lagu yg ni di remix dengan lagu Pretty Woman. Not the omputih one, lagu Pretty Woman hindustan dalam Kal Ho Naa Ho tu ler.. Hehhe. bunyinyer cam pelik tp sedap jugak, not bad.. Emm, aku tengok Tv Indon pun dah mula buat Indonesian Idol, Mesia tanak tiru gak ker?

Today, my perut si getting ok. Alhamdulillah, u know, actually i hate my own self when it comes the time that i have my menses. Not becoz of i have to spend more money on extra stuff, not becoz i haf to limit my activities to be less proactive, not becoz of the uncomfortable feel. But my EMOTION!!! I will feel grumpy, over sensitive, uncontrol especially my words. I tend to get hurt easily and to make it worse high probability of hurting somebody else. Yeah, i have a few experiences with such situation. Once i had a serious fight (perang digin to be exact) with my best fren a few years ago, with no strong reason. Then i keep asking and thinking, kenapa sbnrnya aku leh gaduh cam ni, whats the point. That's the worst perselisihan btw us and that was happened during the week i had my menses. The second one was back to a few months ago. If anybody read my controversy entry, the one that had been deleted, that also happened when i was uzur. I had a crises with my most beloved mum. Gosh, i know i'll never do that if my emotion was ok that time. And yesterday, once again, the same thing happened but this time towards my best fren also. But thanks to Allah, for helping me not to be over sensitive. Nyaris2 menjadi lebih buruk. And fortunately, syukur sgt2 yg this fren jenis yg tak amik hati or tak kisah. But it was me who after that very regret for what i had done. Haha.. aku plak yg over2 menyesal, rasa bersalah, member tak rasa apa2 pun. Betapalah sensitifnyer aku. To Mizie, if u still remember our kem JKM in Teluk Kalong when u were in the same group with me. i think i was a bit sensitive and grumpy that time, smpikan orang buat lawak gelak2 pun aku leh tak puas hati, apa citer.. haha, that time, i had my menses also.

Yeah, sumtime i feel afraid to face the coming menses next month. And sumtime i feel like, i need to be in perintah berkurung biler smpi waktu2 tu. Jangan pi mana2, jgn jumpa sesapa. Lebih kurang cam kena kuarantin gitu. That's better then hurting evervybody especially the ones that you love very much. Last night, i got a birthday present, not 'a'lah.. two birthday present from ma brother. He just came back home from UPM, a beautiful frame with two red tulis inside and an Ambi Pur car air freshener. Hehe.. thanks to him. My 1st birthday present. Emm.. i know i got one more but very far away in Serdang, dun know when to take it.. Uhuh.. actually, i'm glad that my birthday was not during i had my menses otherwise i'll be terribly in a very bad mood. Hemm.. that day, nothing happened, no makan besar or makan luar, no present, no birthday cake, no birthday greeting from my close frens and mak. Only Selamat Hari Jadi Along, from my sis and my abah. And not to forget an sms from Abg Hilmy, that's all. Haha.. but i feel nuthin. Tak kisah pun. Hari yg berlalu tu cam gitu jer. But just imagine if that day, aku ngah uzur, maunyer sedih cam haperr.. rasa cam not appreciated gitu..hehe.. Apa2 pun syukur pada Allah..

Monday, March 15, 2004

84 days to my birthday
Nyeh nyeh nyeh, besh ari ni bos aku cuti. Tp klu bos aku yg nyonya tu cuti, lagiiii besh, rasa cam tenang sgt dunia ni. Huhu.. sbnrnya saper2 pun cuti tak kisah pun. Yg penting skrg ni lepas 2 thn kerja aku rasa cam bosan sgt. Hehe.. mungkin psl duit bonus dah abis, tu yg bosan tu. Kalau tak, seronok memanjang. Standardlah beb. Hai.. cepatlah akhir thn, leh dpt bonus lg. Emmm tp klu cepat sgt masa blalu, kang makin cepat tua plak.. tanaklah jugak. Aku kan nak maintain Dara Eksklusif Malaya (hehe... cam tiru kak Ogy Janda Eksklusif Malaya ler plak)

Weekn ni tak ke mana2 pun. Duk umah jer. Mak ngan abah siang mlm gi rewang kenduri umah jiran. Nak gi jenjalan sendiri pun tak larat beb. 2 hari sakit perut menyucuk2 cam orang nak beranak. Standard, monthly problem org pompuan, cuma bulan ni menjadi2 plak sakitnyer. Amenda yg aku tak buat psl nak kurangkan sakit, panadol, ubat serbuk cap kaki tiga (sgt payau rasanya), sapu minyak panas, minum air panas, tp sakit tak ilang2 smpi pagi ni. Pas tu, cubalah menyibukkan diri buat kerja ingatkan leh ilang sakit, basuh baju, sidai baju, gosok baju 1 minggu punya, kemas umah, basuh keta, tp tak ilang jugak. Ahhh.. mak siap nak ajak gi klinik. Lg best biler mak kata. 'ada satu cara klu nak ilangkan sakit tu, senang jer, lepas tu terus tak sakit2 lagi.' Korang nak tau apa caranya. Mak aku kata KAWIN !!. Kureng asem. 'Cuba tengok Mak Chek tu dulu sblm kawin selalu sakit cam ni smpi pengsan2. Lps kawin terus ok'. Eleh, yer ker? Jaja pun dh kawin gak, tp dia kata dia still sakit2 gak. Ah, 2-3 menjak ni, mak aku sibuk sangat citer psl kawin. Sibuk sgt tanya biler aku nak kawin. Ni mesti terpengaruhlah ni dgn kenduri2 kawin yg dia pergi tu. Mak aku kata, klu tak kawin, kurang sikit pahala hidup tu. Hehe, aku kata tak per lah, kiter cover pahala tang lain. Cuba tengok Datuk Azalina tu, dia tak kawin pun lagi, tapi dia jadi pemimpin, berbakti pada masyarakat, psl nak cari pahala lebih utk cover pahala yg dia miss psl tak kawin hehe.. nnti aku pun nk wat cam tu lah jugak, leh?

Emm.. sebut pasal Jaja, kesian sgt kat dia. Semalam aku call dia, masa tu dia on the way gi klinik. Terjatuh kat umah smpi kaki kena simen. Dah tu sakit2 pun still gi kuliah, naik LRT sendiri dgn bertongkat2 lagi. Hai perempuan ni, mmg penuh komitmen. Apa2 pun semoga dia cepat sembuh. Kesian lah plak bertongkat2 tu kena gi LKW, dah tu umah plak apartment, kena naik tangga. Apa pun aku doakan semoga dia cepat sembuh.

Korang sumer dah bersedia nak mengundi? Haha.. tmpt aku DUN ngan Parlimen, dua2 dah menang tanpa bertanding. Datuk Azalina (my boss) dah menang DUN kawasan Penggerang, Datuk Syed Hamid Albar dah menang kawasan Parlimen. Hehe.. jgn wat tak tau, Johor kan kawasan kubu BN yg paling kuat psl Umno sendiri diasaskan di Johor. Tp aku plg geram dgn Shamsiah calon BN yg kalah tnpa bertanding kat Senggarang. Camna lah dia leh silap isi borang. Tak psl2 satu kerusi jatuh ke pembangkang.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kemenangan percuma yang diberikan kepada calon pembangkang di Johor berikutan kesilapan teknikal calon Barisan Nasional (BN) harus menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang di masa depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ahli parti, khususnya calon yang bertanding harus peka dan patuh dengan keperluan undang-undang kerana tiada pihak yang kebal daripada peruntukan berkenaan.

“Bila kita bertanding, kita tidak boleh pandang ringan kepada keperluan undang-undang. Undang-undang ini tidak memihak kepada kita. Parti BN juga kena patuh kepada undang-undang ini.

“Saya cukup ralat (dengan kekalahan ini). Atas soal teknikal kita kalah,” katanya mengulas kekalahan mudah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang kepada calon Pas berikutan kesilapan teknikal, pada hari penamaan calon, kelmarin.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas pelancaran manifesto BN, di sini semalam.

Penolakan pencalonan Shamsiah Rashidah Ibrahim diumumkan pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Zaini Osman, selepas menerima bantahan Pas yang mempertikaikan status penyokong calon BN, Muhayah Sumadi, yang bukan pemilih berdaftar di DUN berkenaan.

Berikutan itu, calon Pas, Dr Mohd Ramli Md Kari diisytiharkan menang tanpa bertanding. Kemenangan percuma calon Pas itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya di Johor, sejak pilihan raya umum pada 1955.

Mengulas kejadian itu, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, menafikan calon BN disabotaj sebaliknya menyalahkan calon terbabit kerana tidak menyemak dengan teliti butir kertas pencalonan.

Sementara itu, Pergerakan Wanita Umno mengarahkan Shamsiah mengemukakan surat tunjuk sebab yang menjelaskan punca kejadian berkenaan.

Penolong Setiausahanya, Datuk Faridah Hassan, berkata pergerakan memandang serius dan kecewa dengan kejadian itu.

“Kita kecewa dengan apa yang berlaku kerana kita ingatkan calon BN di Johor dapat menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan tetapi sebaliknya berlaku berikutan kecuaian calon berkenaan.

“Susah payah Wanita cuba mendapatkan kerusi daripada kepemimpinan parti tetapi akhirnya calon berkenaan mengecewakan kita,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Manifesto BN, semalam.

“Sepatutnya ada bahagian yang tolong dari segi kertas pencalonan, masalah teknikal yang berlaku di tempat pencalonan kerana mereka tidak betul-betul menyemak butiran yang diberi.

“Calon yang bertanding kebiasaannya ghairah untuk bertanding tetapi orang di sekeliling perlu membantu mengisi dan memeriksa borang. Kadang-kadang pencadang dan penyokong ini bukan calon yang pilih sebab ada cadangan daripada bahagian sendiri tanpa memikirkan mereka ini mungkin dari luar kawasan,” katanya.

Faridah berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana setiap calon sudah dimaklumkan mengenai persediaan dan langkah yang perlu diambil pada hari penamaan calon.

“Kita tidak dapat terima kejadian itu kerana dia orang baru. Kenapa dia tidak bertanya pada orang yang berpengalaman atau ahli Umno di peringkat bahagian Batu Pahat. Kita juga kecewa kerana Umno bahagian terbabit tidak membantu calon berkenaan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku,” katanya.

Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Azalina Othman Said, pula kesal dan terkilan dengan kemenangan percuma Pas itu hanya disebabkan kecuaian calon.

“Sudah tertulis dalam Akta Pilihan Raya bahawa setiap calon perlu baca berulang-ulang kali dan kalau tidak faham cari peguam, bukan untuk terus menerima,” katanya.
Johor yang sememangnya kubu kuat BN dengan kesalahan teknikal ‘menghadiahkan’ kerusi DUN Senggarang kepada calon Pas, Dr Mohd Ramli Mad Kari.

Ia adalah satu sejarah bagi Pas kerana buat pertama kali mendapat tempat di Johor, negeri kelahiran Umno. Pada penamaan calon di kerusi DUN itu kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan yang dikemukakan Pas terhadap kertas pencalonan calon BN, Shamsiah Rashidah Ibrahim kerana penyokong pencalonannya tinggal di luar kawasan pilihan raya berkenaan.

Johor yang menyapu bersih semua kerusi 40 DUN pada pilihan raya umum lalu, kini terpaksa menggigit jari gagal mengekalkan reputasi itu dan menerima kehadiran pembangkang.


Kat sini plak, oleh kerana Datuk Azalina dh menang, ahli Puteri kat sini dah tak berkempen. Dengar kata derang nak pi kempen kat Kedah. Mak tanya gak aku semalam, nak pi ikut tak? Ikut hati mmg nak pergi smbl jenjalan, tp aku kan kerja. Tak per lah, lain kali leh join.

Hah, apa lagi topik yag best? Tentulah pasal Anugerah Bintang Popular semalam. Cam kelakarlah plak cara aku menonton semalam. TV3 kat umah aku tu tak clear sangat dia punya reception, gambar nmpk tp suara mendesah jer. So, kitorang mute kan tv, pasang radio Era kuat2. Hehe.. suara tmpt lain, gambo tmpt lain. Tp radio tu ada delay sikitlah. Tu yg lawak biler tengok mulut ngan suara tak bunyi serentak. Tp sumer keputusan, yer SEMUA aku dah jangka. Kemenangan Apek pun aku dah agak. Tengok jerlah thn lepas, filem mana yg tak der muka Apek. Sejarah menunjukkan sesapa yg dapat dua anugerah, mmg ada possibility utk dpt anugerah utama. Ahh, yg perasan sgt, anugerah ni sama jer pemenangnya dgn tahun2 lepas, erra, siti, rosham, apek, halim, linda, rabbani, Abby, Hans. Cam dah tak der muka lain.

Keputusan Penuh

Anugerah Seniman Veteran-Datuk Mustapha Maarof
Anugerah Biduanita Vetera-Datin Orchid Abdullah (hidup Johor!!)
Anugerah Khas Bintang Popular Datuk Sharifah Aini (hidup Johor!! Pagi td kat radio Ria sumer orang usik2 Shah Ibrahim ngan Sharifah Aini, Tok Pah ngan Tok Pet. Ehem.. betul ker Shah ngan Sharifah Aini mmg ada affair? Apalah nyanyi lagu Misha pun leh lupa lirik, buat spoil jer)

Siti Nurhaliza - Penyanyi Wanita Popular (7 thn berturut2!!)
Anuar Zain - Penyanyi Lelaki Popular (ok ok jer)
Exists - Artis Berkumpulan Popular (hidup Exist !!)
* reflect kemenangan yg sama dalam APM 2004

Rosyam Nor - Pelakon Filem Lelaki Popular (memang tipis ngan Apek. Tp hensem sgt)
Erra Fazira - Pelakon Filem Wanita Popular (tak tau yg ke berapa kali)
Abby Abadi - Pelakon TV/VCD Wanita Popular (jd minah Jepun nampak)
Saiful Apek - Pelakon TV/VCD Lelaki Popular (dah agak)

Aznil Nawawi - Pengacara TV Lelaki Popular (cayalah)
Normala Samsudin - Pengacara TV Wanita Popular (normala tk dtg pi nikah ker?)
Halim Othman - Penyampai Radio Lelaki Popular (lagi2 dia, muka Power Root)
Linda Onn - Penyampai Radio Wanita Popular (hidup Johor!)

Sheila Rusly - Artis Komedi Wanita Popular (cayalah kak nam doblas)
Saiful Apek - Artis Komedi Lelaki Popular (tak dpt nk disangkal)
Hazami - Artis Baru Lelaki Popular (saingan tak hebat)
Misha - Artis Baru Wanita Popular (boleh lah, aku prefer Waheedah)
Hans Isaac - Artis Bukan Melayu Popular (aku prefer Janet Khoo)
Rabbani - Penyanyi Nasyid Popular (dah bleh agak)

Sori.. terpanjang plak entry ari ni..

Saturday, March 13, 2004

86 days to my birthday
Sabtu yg kurang best. Bangun pagi, suasana sumer gelap gelita. Adoiii blackout ler plak. Meraba2 cari mana aku letak spec ni. Perghh… terbaringkan rupanya, satu kanta sudah tertanggal, meraba2 lagi cari mana kanta lagi satu. Sib baik jumpa. Cuai tul aku ni. Dah tu teringat plak, baju nak pakai ari ni lum gosok lagi !!! Huargh.. sib baik ari ni kena pakai t-shirt ISO jer. Tapi pants ngan tudung still nmpk berkedut sana-sini. Terpaksa pakai tudung yg kaler gelap. Biar tak nampak kedutnyer tu. Eeee… pantang betullah aku ni kalau keluar rumah tak bergosok baju sumer ni, cam selekeh sungguh.

Padan muka, malam tadi tanak gosok sumer siap2. Hah, nak sangat nengok American Idol uncut, uncensored, untalented tu hah, sampai tertidur2. Entah biler mak aku balik dr rewang umah orang kawin tu pun aku tak perasan.

Weekn ni rasa free sgt pasal tak der menda nak dirisaukan, exam pun dah lepas. Tp teringat yg aku kena prepare utk thesis plak. Ahh.. aku menci thesis, thesis undergrad aku mmg menyimpan berjuta kenangan buruk. Rasa cam fobia sgt nak wat thesis lagi ni. Ahhh.. aku rasa aku lbh sanggup amik lagi 3-4 subjek untuk cover tamoh amik thesis. Tp apa leh buat, hentam jer lah labu..

Selamat Ber Weekend kepada sumer kawan2. Babai..

Friday, March 12, 2004

87 days to my birthday.
Untuk pengetahun teman-teman, gue ni lagi baru pulang dari kota. Iya sudah, untuk apa lagi sih, lagi memfollow up henpon gue itu. Tapi.. langsung sedih, kok servisnya aja gitu lama, kapan sih siap? Gue udah lagi kangan sama henpon itu, gue lagi udah nggak beteh sih hidup tanpa henpon keyak sekarang. Nggak bisa ngobrol lagi sama teman2. Sebel banget gini.. Lagian, gue sudah nggak tau mau omong apa lagi pada bapak toko henpon itu. Ya sabar aja deh.. kalo nggak mau lagi berantakan, jangan bikin ribut, bisa malu sama orang2. Oklah.. udah dulu ya, untuk hari ini,gue lagi capek sihh.. gue titipin 2 lagu ni buat kalian ya, faveret gue..

By Melly Goeslaw (tp judulnya gue langsung lupa)

Berjumpa dengan mu belum ku suka,
Sedikit pun rasa cinta tak ada,
Melamunkan saja, aku tak sudi,
Di mata ku kau yah, biasa saja.

Makin lama dekat, ada yang beda,
Bersama dirimu tenang hati ku,
Getar cinta ini baru terasa,
Kini ku tak ingin jauh darimu.

Kau dan aku satu,
Terikat dalam kisah cinta,
Sepertinya dunia hanya milik kita berdunia,
Kunantikan waktu, yg membaw aku padamu,
Jangan ada ragu pasti ku bahagiakanmu.


I'll Be Waiting (lagu lama, ada sesiapa bisa menebak penyanyinya?)

Oooh! Baby...
Once, I had plans to woo
you with sweet love songs
Oooh! Baby...
But time changed my mind
Now I just rather talk to you

But as soon as I tried to call you baby
I'll tend to forget what I'm trying to say
Maybe you don't see it the way that I do
The way that I do

If only you knew the times I've tried
To let you know I care
Someday I know you'll realize
And I will be waiting then

Why can't you see
that you mean the world to me
Oooh! Baby...
Words can't describe the feelings
I hide inside for you

Coz as soon as I try to say it out loud
I stop to think and start to doubt
Maybe you don't see it the way that I do
The way that I do

Girl... if only I could tell you that I love you
Would you feel the same or would you turn me away
But I hope and I pray that someday you'll understand
Just so you know... I'll be waiting for you then

Thursday, March 11, 2004

88 days to my birthday
MERDEKA !!! Huyaiii.. dah abis exam !!! Kak Azell, jeleslah, jeleslah, tak pun..buat2 lah jeles..karang 28/3 nanti kiter buat2 jeles utk akak plak ek..? hehe.. Merdeka2 pun, tak puas hati sikit beb pasal final exam utk subjek aku sem ni sumer susah2..huargghh.. Ahh.. nasiblah, ada rezeki, adalah tu. Mlm tadi punya exam pun terjerut leher gak, beyond our expectation. Sumer orang muka tensen. Aku dpt soklan, baca2 seimbas lalu, terus tersandar.. eee, soklan aper ni. Dahler soklan tu sendiri susah nak dipaham, inikan plak nak perah otak cari jawapan. Masa 2 jam setengah rasanya terlalu singkat. Lagi satu exam yg suh aku berimaginasi. Aduhhh.. kan aku dah kata dulu, aku ni imaginasi kureng sikit. Hint yg lecturer kasi sebelum ni lgsung tak sama.. huarghh.. zalim zalim.. Tp aku dah usaha sedaya mungkin, tawakkal jer lah.

Smlm aku kena panggil ngan sorang executive (Chinese) dept aku. Dgn muka serius dia tanya selama ni aku guna mesin fotostat untuk copy aper.. errkk.. tersangkut air liur tak tertelan. Aku kata macam2 lah, mana nak ingat sumer. Dia kata dept kita adalah yg plg byk guna mesin fotostat klu ikut pada rekod mesin fotostat tu (nak guna mesin fotostat kena masuk password akaun jabatan). Aku pun nk cover diri gak, aku cakaplah yg hal2 committee cam 5’S’, ERM, Training, QCC dll sumer pun aku guna akaun jabatan. Yerlah, aku mana tau p/word jabatan lain. Utk committee tu sendiri tak disediakan akaun, tu yg aku pakai akaun jabatan aku. Perghh.. exec tu tak puas hati, dia kata mana boleh, itu takder kena mengena ngan jabatan kita. Aku ckp memanglah, tapi kan utk hal company gak, takkan salah. Aku cakap, klu tamoh aku guna akaun jabatan, kasi aku p/word akaun lain. Apa2 biar aku sdiri yg tanggung. Pastu ada sorang kerani Chinese ni nyampuk kata aku ni dah memburukkan nama department. Eee.. byk mulut plak. Ahh.. lantak pi lah. Lama2 aku fed-up betul ngan perangai2 orang2 kat sini. Byk sgt yg bz body, penyibuk. Ingat lg semalam ms aku tgh semayang zuhur, akak2 ni pi belek2 beg aku, nengok barang2 aku then mengata2 itulah inilah, aku ni membazir beli barang mekap mahal2 lah. Perghh.. ingat aku tak dengar (sah2 aku tak khusyuk semayang). Bosannyyerrr idup. Ada jer yg nak disibukkan, warna lipstik akulah, bedak aku, kasut aku tak bertumit tinggi tak bergayalah, pakai baju warna lembut sgt lah. Eee.. sumer benda nak dijadikan isu, masalahnya mak aku pun tak bising, apsal derang ni bz body sgt. Ada akak2 dah beranak pinak tp pakai baju ketat2 tu tak der plak orang bising.

Minggu ni kan macam minggu berjejak kasih plak. Ari tu aku terjumpa sorang budak satu sekolah rendah ngan aku dulu yg duduk pasir gudang rupanya. Rumah dia sblh jer ngan umah sedara aku. Perghh punya lama tak jumpa dr sek ren dulu. Dia dah ada nak dua pun. Sayangnya masa dia kawin ari tu aku tak datang. Semalam plak masa nak gi psz tetiba kena tegur. Aikk saper panggil aku ni, aku tengok orangnyer cam kenal, tp aku segan nak kasi tau, takut salah orang. Sekali dia kenalkan diri, sah orangnya. Ini pun sorang lagi classmate aku masa sekolah rendah dulu, pun dah lbh 10 thn tak jumpa. Biler masa plak dia mula study kat UTM ni aku pun tak tau. Pagi tadi punya citer plak, masa tgh pilih makanan, kena tegur ngan sorang India lelaki ni. Aku pandang dia dan berkerut. Dlm hati aku, saper ni? Rupa2 nyer driver customer luar yg dtg amik produk kat sini. Perghh rupanya dia perasan aku masa dulu yg aku pernah take over kerja kat weighbridge house dulu. Bagus tul, siap ingat nama aku lagi. Aku pun bukan ingat sgt dia, ramai sgt driver yg aku layan borak, tak perasan plak yg mana satu. Cheh, aku ni cam kasanova plak, driver cabuk sumer pun aku layan hehe..

Hehehe.. lawaklah ari ni. Apsal sumer orang bercakap pasal isu pak we mak we ni? Icha pagi td citer pasal tu, blog Jie citer psl tu, blog mizie citer psl tu jugak. Eeee.. tak aci tul. Perkara2 ni sumer membuatkan aku rasa cam dah tua sangatlah pulak. Tp 24 tu tua ker? Ahh, apa ada pada umur, klu nak mati tu biler2 jer.

Ada dua kisah yg Icha kasi tau aku ttg kawan2 dia. Kes yang pertama ttg sorang budak pompuan yg berkawan baik ngan sorang budak lelaki. Tapi biler smpi satu thp budak pompuan ni suka kat budak lelaki ni lebih dr sebagai kawan, dia dgn berani telah confess dgn budak lelaki tu. Sblm tu dia selalu gak kasi hint kat budak lelaki tu tp budak lelaki tu buat dono jer. Then apa jadi? Lps jer pengakuan berani mati tu, budak lelaki tu terus menjauhkan diri, terus senyap, tinggalkan budak pompuan tu dan terus putus kawan cam tu jer. Hah!! One of the destructive part biler pompuan yg confess. Malu pun malu gak, tapi terus putus kawan tu yg lagi haru. But still aku salute lah kat budak pompuan tu psl berani berterus terang..

Kes kedua plak psl sorang budak pompuan ngan budak lelaki yg dah berkawan lama dan dah declare pun sbg pak we makwe. Yg peliknyer, dua2 jenis tak kisah. Derang tak macam orang bercinta, nak berbual telefon tu, seminggu sekali pun payah. Huh, inikan pulak nak jumpa selalu. Aku kurang periksa samada dernag ni duk berjauhan ker haper. Masing2 buat hal sendiri. Tp last2 dah selamat pun kawin. Hemm.. mungkin bagus gak cam tu, tak ler bosan asyik jumpa dan berbual selalu. Dgn cara tu, derang lebih rasa bebas dan tak terkongkong dgn komitmen tlalu tinggi sblm kawin. Yg penting derang saling percaya satu sama lain, sweet lah cam tu.

Sebut psl confess mengconfess ni, adakah kita sebenarnya telah benar2 pasti tentang perasaan kiter tu. Adakah kiter betul2 suka atau sayang kat orang tu ataupun sebenarnya kita cuma sekadar minat sahaja. Pergh..beriya2 si Icha terangkan kat aku pagi tadi yg suka ngan minat tu tak sama. Oklah, bagi aku sendiri, yang dinamakan minat tu adalah biler kita hanya usha dari jauh, mengkagumi mungkin perwatakan atau rupa dia, kita jarang berkomunikasi dengannya mungkin disebabkan malu dan kita selalu mengambil langkah untuk cuba menarik perhatian si dia, contohnya pakai baju lawa2 biler depan dia, bercakap dengan lemah lembut, kiranya cam control ayu lah tu. Dan ada tendency utk bersifat hipokrit. Hemm.. itu namanya minat. Kalau betul2 suka plak lain sikit. Suka itu lahir dari perkenalan yg rapat, kita kenal dia tu perangainyer camna, macammana caranya dia layan kita. Kita bebas menjadi diri sendiri di depan dia walupun kadang2 kita nampak kurang sopan. Wlupun ada tingkahlaku atau sifatnya yg kita tak suka, tp kita boleh terima. Wlupun dia tidak mempunyai ciri2 psgn yg menjadi idaman kita, tapi kita masih boleh menerima dia. Hemm.. mmg pelik tp mungkin itu yg dikatakan sbg Love For No Reason. Tp biler pk dr sudut lain, apa bezanya pulak menda tu ngan friendship.. aiyargghh.. kompius lagi.

Tp aku pernah dgr kat radio, macammana kiter nak tau bahwa langkah kita utk kawin dgn sesorang itu adalah yg paling tepat? Antara jawapannya adalah apabila kita rasa perkahwinan itu bukanlah sesuatu yg terlalu besar atau extreme untuk dilakukan. Kiter tak der rasa takut, 'eh yer ker aku nak kawin ni, betul ker ni, takutnyer nak jadi bini orang dah' dan tidak jugak rasa terlalu excited 'felemek, aku dah nak kawinlah, bestnyer, giler excited'. Perkahwinan itu tetap adalah satu perkara yg besar tapi perception kita yg berbeza. Kita akan merasakan bahawa perkahwinan itu adalah perkara biasa yg harus dilalui dan kita rasa tenang menghadapinya. Tidak ada yg perlu ditakutkan kerana kita telah yakin dgn pasangan kita, mungkin sebab kita dah berkawan lama dgn pasangan kita tu. So tak der yg berbeza, cuma selepas kawin masing2 dah halal. Biler pk balik ada logiknyer jugak statement tuhs.

Wednesday, March 10, 2004

89 days to my birthday
Masih sejuk.. ujan lagi sikit2. Aku dgr berita kata kat kota banjir.. hehe.. sbnrnya aku pun tak tau sebenarnya psl pi balik keje tak lalu bandar pun. Emmm.. mlm tadi sempat baca buku smpi 4 bab jer cam tu. Tak leh nak concentrate, psl apa? Yer lah, aku nk study dlm bilik, lampu terbakar abah tak ganti lagi. Abis tu study kat luar jer lah. Mcm biasa, pasang radio IKIM smbl study. Mak ngan abah plak tengok drama Sembilu. Pergh.. aku pun tak tau camna aku study. Dgn bunyi radionyer, dgn bunyi tv nyer lagi. memburukkan keadaan, hidung aku buat hal plak. (ni jangkit dr eli lah ni). Bersin tak berenti2. Ahhh sudah, buat nescafe minum tp tetiba perut jd sakit plak. Ada-ada jer. Last2, baru kul 11.15, aku dah campak pensel ngan highlighter, dan masuk tidur. Selamat sampai kul 6.00 pagi.

Exam ari ni, Insya-Allah leh jawab. Lagipun berkat doa kawan2 sumer, pasti aku boleh buat punya. Hemm.. think positif. Tak lupa lepas exam nnti nak pi beli bunga daisies putih sbg hadiah diri sndiri (kak azell lah ni punya pengaruh). hehe.. dah ler aku tgh flu ni, kang betul2 cam citer U've Got Mail, Meg Ryan kena flu than Tom Hanks dtg jenguk bawak white daisies. Elemek bestnyer !!!

Biler citer psl nasyid, leh katakan nasyid ni dah sebati ngan aku dr kecik lagi. Masa sekolah rendah pun pernah jadi solo (masa tu suara budak2 lg). Kat maktab dulu, dorm aku (Wing A Atas) pernah jadi juara nasyid antara Wing. Dan kejayaan tersebut mmbolehkan kitorang buat persembahan lg sekali ms lawatan ke Rumah Orang2 Tua Seri Kenangan masa minggu aktiviti. Alhamdulillah, minat tu masih lekat smpi sekarang. Lagilah industri nasyid skang dah makin boom. Dan kumpulan nasyid tu sendiri lain dr artis2 lain. Biler konsert ker, temuramah kat radio ker, penasyid ni mmg bagus. Derang tak skema, kengkadang kelakar tp berhikmah. Dan sincerely aku minat nasyid lebih kepada irama dan liriknyer.. camna rupa penyanyi tu tak pernah aku tau dan tak kisah pun. Klu lagu artis biasa lain plak, biler dengar lagu mesti aku terbayangkan rupa penyanyinyer sekali. skrg aku tgh minat lagu ni. Ada dlm Top 10 carta pilihan utama nasyid IKIM.. sedap lagunyerr.

DUGAAN KASIH - Haikal

Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Ari ni aku dah apply utk balik awal dlm kul 4 lebih dan boss aku pun tak kisah. Bukan apa, takut jam jalan, tak smpt smpi tepat waktu exam. Lastly, Happy Birthday To Nora, ex deskmate aku masa kat Tun Habab dulu.

Tuesday, March 09, 2004

90 days to my birthday
Aci tak kalau skang ni aku nak letak paler atas meja, tarik sweater n pejam mata? Wlpun kedua2 bos aku ada dkt2 sini jer? Masalahnyer ishk ishk mengantuknyer mata. Dah 2 ari dah ujan, sejuk jer. Nk bangun pg td, aduh makk, payahnyerr. Tk pasal2 pecah rekod mandi air panas pg td. Tk penah2 drive pgi2 ngantuk, ni mengantuk plak. Ari ni kat Ria, derang citer psl roti prata yg plg sedap. Perghh.. tetiba rs nk mkn prata plak. Ader pdengar anto sms kt ‘roti prata yg plg sedap adalah prata berinti mushroom n telur yg dibuat oleh saya sdiri’. Aikk.. ada penah wujud ker prata inti mushroom ni, pelik tul. Pg td singgah kantin, ingat nk mkn roti canai ker, tp tak der, sedih… beli mi kecik goreng jer.. taruk begedil ngan sambal, jadiklaahh..

Esok, ada exam, tp tahap persediaan aku tak smpi suku pun. Nampaknyer, ari ni ngan esok siang kena pulun ler jawabnyer. Ada 5 case inovasi yg aku kena ingat, Lampu (Edison), Filmography, refrigerator, type writer ngan glass. Menda ni sumer dr sekolah kiter dah tau, tp seronok tau biler kita dpt belajar scr detail ttg proses dr mana dtg ciptaan tu. Cthnyer Eastman yg cipta filem n establish smpi skang guna label Kodak, byk peristiwa yg berlaku sblm kuar standard filem 35mm tuhs.

Sejarah refrigerator lg interesting. Dulu2 orang klu nk sejukkan apa2 atau nk guna ais utk restaurant dll, derang pi korek ais salji semulajadi tu. Pas tu derang export plak ais tu ker negara2 yg tak der salji. Satu syrkt yg plg establish nama dia Tudor kat Boston. Bygkan ms 1st time derang export dr Boston ker Charleston naik kapal, kat Boston 200 tonne, smpi kat Charleston dah tinggal 100 tonne, dah cair. Berapa punya rugi daa.. Pas tu mcm2 lah derang buat utk tingkatkan produktiviti kononnya, cipta mesin utk tebuk ais kat tasik, mesin utk tarik ais tu (bygkan klu manusia sendiri kena buat tu sumer, ssseejjjuuukk), ngan buat rumah ais yg kedap udara spy ais yg disimpan tu tk lambat cair. Ada jugak taktiknyer yg derang buat spy kuantiti ais tu makin banyak, dlm bekas isi ais tu, derang siram air biasa kat atas ais yg sedia ada, nnti air tu beku, siram lagi air, berlapis2 smpi ais tu jadi besar. Kreatif tu kreatif lah jugak. Tp ais semulajadi tu harga dia cekik darah sikit utk orang ngr panas. Biler time summer, harga ais mesti naik mendadak. Org ngr panas tak puas hati lah. So, drpd derang beli ais dr negara sejuk tu, baik derang cari jln utk buat sendiri ais tu. Haa.. tu yg mula org cipta peti sejuk tuh. Drpd beli ais selalu, baik beli peti sejuk satu terus, senang. Maka lama kelamaan industry ais semulajadi tu pun makin pupus. Lecturer aku kata, entahapaapalah derang ni, ais kat utan yg entah dah kena kencing binatang tu pun nak diambiknyer.. yekk..

Itu pasal ais, pasal mesin taip plak. Mesin Taip terawal yg diterima pakai adalah Underwood Model 5. Dia jadi standard n papan kekunci uruf dia plak guna design Qwerty. Aku tak ingat plak smada Qwerty tu nama orang yg cipta design tu ker? Cuba korang tengok keyboard pc ker laptop korang tu, mesti ada perkataan Qwerty. Jgn tipulah klu kata tak der, aku berani kerat jari klu keyboad korang tak der perkataan Qwerty. Aku dah try beberapa orang kat ofis ni, derang tk perasan pun pdhal sbnrnya menda tu jelas dpn mata. Dipersilakan untuk membelek2 keyboard anda. Jumpa tak? Kalau tak, cuba taip perkataan Qwerty tu.. hah, chakk !! dah jumpa pun.. (klu tak perasan jugak, mmg nak kena korek bijik mata tuh)

Baru2 ni aku bercadang nak sewa satu umah ni kat Air Biru, dkt skit ngan tmpt kerja. Cadangnya nak duduk ngan adik Muryati, Esah yg kerja Pasir Gudang gak. Tetiba baru2 ni Esah tk jd nk duk ngan aku plak. Dan ditakdirkan biler aku pi survey umah tu, mak tk setuju, katanya menyeramkan..hehe.. Aku pun pelik, apa yg menyeramkan tuhs, aku nengok biasa jer. Ditakdirkan lg dpt satu beriter, umah tu sbnrnya dkt sangat2 ngan umah si A, ahh sudah.. aku dah tak der apa2 ngan budak tu, tamoh lagi cari pasal. Tamoh lagi ada sebarang perkaitan langsung. Kawan2 baik aku rasanya dah tau kenapa. A tu betul2 bawak nasib mlg pada aku. Psl dia lah, aku malu kat kilang, psl dialah aku pernah kena marah teruk2 ngan mak, hp aku yg rosak tu aku beli lps survey ngan A jugaklah (tak berkatlah tu). Cukup-cukuplah tu. So, Insya_Allah aku akan cari rumah lain. Insya-Allah jugak aku akan duduk ngan sepupu aku yg baru jer abis belajar kat YPJ.

Biler sebut psl A ni, aku rasa fed-up betul. Aku tak sedih psl dia. Tp aku sedih psl aku boleh jd terlalu naïve (bak kata Jaja). Mudah sgt percayakan kawan. Selama ni rasanya aku tk penah silap memilih kawan. Biar siapa pun kawan aku tu, selagi aku blaku jujur ngan derang, aku yakin derang takkan aniaya aku. Ahh.. mmg betul, dun judge the book by its cover. Bukan senang nk kenal hati budi orang. Dan sbg anak dara dlm usia sebegini mmg byk dugaannya. Aku dah lali sgt dgn usikan2 orang ni samada secara langsung atau tak langsung. Yg sibuk nak padankan aku dgn org lain, yg sibuk nk padankan aku dgn sendiri lagi.. hehe. Mls nak layan, cuma bak kata orang2 tua 'tarik rambut dlm tepung, rambut jgn putus, tepung jgn berselerak'.

Teringat sgt semlm masa makan dgn officemate, makan bubur ngan kangkung, ikan kering ngan telur masin. Aku ni jenis tak suka bahagian putih telur masin tuhs (bagi aku rasanya sgt masin), so aku tinggal jer lah. Dan kebetulan plak ada sorang mamat ni (dia mmg nak approach aku dr dulu, tp aku tak layan psl dia jenis byk cakap, cakap besar tp tak serupa bikin) plak makan bahagian yg putih jer, kunignyer dia tak makan. So apa lagi, akak2 ni kemainlah menyakat 'sesuai benar ayu ngan HK, sorang makan putih, sorang makan kuning, klu cam tu, beli telur sebiji jer pun cukup' dan entahapa2 lagi yg malas aku nak ingat. Si HK plak suka lah dia, 'e'eh akak ni cam tak tau2 plak, kitorang berdua kan mmg sehati sejiwa'. Ahh, aku dh agak dah dan dah ready dgn usikan2 cam tu. Aku tau sumer orang termasuk HK senyum2 pandang aku, tapi aku? Hahaha.. aku buat muka selamba cam tak dengar apa2 dan terus makan dengan khusyuk. kikikikk.. mesti derang fed-up psl aku tak der respond lgsung. Itu lebih bagus aku kira drpd aku tersenyum2 malu nengok derang ker, ketawa ker, 'eh akak, tak baik tau usik saya cam tu' atau melenting marah, atau direct melaser cakap 'eee, siapa nak kan HK tu? tolong sikit'. Aku rasa bangga psl dpt menepis usikan orang. Bukan nk kata aku ni pegang dasar 'close the door' tapi lebih berhati2 sbnrnya. Wlupun aku cuba menerima orang lain seadanya, tp utk mjadi lebih rapat, ada batas2 yg aku perlu utk tidak bersikap hipokrit.

Oklah, dah rehat, nak study sikit. Emm.. aku bukan nak riak ker haper, tp just nk berkongsi. Tahun ni company telah restructure sumer organisasi cam OSHA, 5'S' Food Safety, Food Security, Fire Squad dll. Kesemuanya telah dinaungkan di bawah GMP. Dan aku telah dipilih sbg salah seorang pioneer utk melaksanakan audit pertama GMP bersama 3 orang senior staff lain (lelaki). Rasa cam bangga plak.

Monday, March 08, 2004

91 day to my birthday (18 Rabiul Akhir)
Assalamualaikum.. Hemm.. countdown seterusnya adalah utk birthday mengikut bulan Islam. So sesapa yg tak sempat wish atau anto kad atau anto hadiah yg besar2 utk birthday aku yg lepas, yg ikut tahun Masihi tu, anda masih ada peluang berbuat demikian hehe..

Pagi ni, paler mula pening2. Bukan psl main ujan, bukan psl migraine tp pasal LAPAR !! Kesian sungguh, mana taknyer, kali terakhir aku makan yg betul2 namanya makan ada lah kelmarin tengahari (hari birthday aku). Semalam ingatkan nk melantak masa kenduri kawin kat Pasir Gudang tapi tak kesampaian kerana kehadiran seseorang yg betul2 mmbantutkan selera aku. Klu terbantut kejap tak per, ni smpi ke petang, smpi orang nk banjer pun aku tamoh (psstt.. dun tell people, sbnrnya kan, aku bukan tamoh makan, tp member aku tu baru jer lps makan besar, aku plak malaslah nk makan sensorang cam tak selesa jer, takkan aku nk paksa dia makan jugak plak. Ahh.. klu dia tau tentu dia marah). Nengoklah akibatnya ari ni dah lapar giler.. nak nangis pun ada dah ni . Kaki pun sakit2 ni, melecet , maklumlah semalam pakai sandal baru, Orang kata, klu nk pakai kasut baru, kita kena gigit dulu kasut tu, biar nnti dia tak gigit kaki kiter. Err.. yer ker.. hehe, tak tau plak aku sahih tidaknyer.. Kang aku gigit kang, terus terbarai kasut tu, susah plak.

Ahh masih sedih pasal pelan nak ke KL tu tak jadik. Sedihnyer tak pasal2 baju baru, kasut baru sumer cuma utk dipakai pi kenduri yg dekat jer. Perghh.. kemain aku, merah semalam. Sbnrnya aku cam segan jer pakai cam tu hehe.. konon cam orang kaya2 tapi sengkek sbnrnya, perasan. Tp.. eeee.. serius aku geram tersangat geram biler terjumpa budak tu kat kenduri umah sedara aku. Klu dia pun tetamu tak per, ni tidak, siap jadi orang kendarat tu.. apa hubungan budak ni dgn sedara aku? Rumah dia pun bukannya area situ. Kawan baik sedara aku yg kawin tu ker? Aku biler mood dah tak baik ni, mcm2 pe’el leh kuar. Kadang2 cam orang lepas laku, cakap pun main lepas jer. Kiranya aku main let go jer apa yg ada dlm otak ngan hati aku, tu yg cam terlebih ramah tu. Tp lepas2 cam tu pun biler dpn orang ramai, aku cover sikitlah, klu ikut hati nak ajer aku duduk bersila kat kusi warung makan semalam, tp masih ada rasa malu.. kang orang ingat aku ni otak senget plak.

Oklah.. nak stop dulu, nk bancuh air milo, lapar benar dah ni. (aku klu minum milo, maksudnya aku tgh laparlah tu).

Tadika Dalam Kenangan (1986)
o Berbaju putih, kolar ngan lengan kotak2 merah, kain skirt kotak2 merah jugak.
o Pernah satu hari, tengah main buai laju2 ni, tetiba terjatuh ke tanah, dengan kepala terantuk atas tanah. Pergh.. bedebuk cam buat aksi stunt ler plak, kpl kat bawah kaki kat atas. Lagak ngeri yg menyebabkan sumer cikgu serbu, tp aku slumber jer bangun kata tak der apa2. Sbrnya paler dh cam mengong2 dah tang tu.
o Suka kutip biji saga yg pokoknya ada 2 batang kat dpn Tadika tu.
o 1st time buat persembahan nasyid ramai2 nyanyi lagu Ibu Mithali. Masa tu mikrofon tul2 depan aku.. hehe.. entah aper bunyinyer sedap ker tidak aku pun tak tau, main belasah jer nyanyi kuat2 penuh perasaanlah kononnya.
o Sukaneka akhir tahun, aku masuk pertandingan tiup belon. Siap berlatih tu kat umah. Mak siap bekalkan duri pokok dlm poket utk buat cucuk belon tu kasi cepat pecah. Tp masa ari pertandingan, depa suh dudukkan ajer belon tu kasi pecah, cheh, buat penat aku prektis. Dapatlah nomor dua, hadiah Tupperware warna pink..hehe.
o Mempunyai uncang kuning yang mak jahit buat isi biji asam jawa utk pelajaran yg mengira2.
o Pernah pukul budak pompuan sekelas smpi dia menangis. Budak tu balik report kat bapak dia dan bapak dia dtg umah aku report kat mak abah plak. Akibatnya puas berbirat badan kena cubit ngan mak, huarghh.!! Gembenglah budak tu, aku pukul sikit jer, itu pun sekali jer. Sebenarnya kan, aku yg salah hehe. Masa tu cikgu suh tekap duit syiling bawah kertas, kita kaler guna krayon biar timbul corak duit tu. Abis tu aku ngah pokai tak der duit syiling sekeping pun. Masa tu dah nak abis kelas plak tu, so aku main rampas jer dr budak lembik tu yg ada duit syiling seposen. Hooo. Dia marah, dia rampas balik, aku marah balik, aku pukul dia, dia pun menangis…

Babai..

Friday, March 05, 2004

A few hours to my birthday
Hehe.. dekat giler tuhs.. mmg dekat pun coz im born at 1.10am in the morning. Pergh.. what a pity. Kesian mak, terpaksa meneran2 nak beranakkan aku pagi2 buta. Tak nyempat2 tunggu siang budak ni.

Pagi tadi, aku betul2 cam orang giler gelak sensorang dlm keta biler dgr radio Ria. Giler punya lawak. Hehe.. lega sikit otak aku ari ni, pasal satu exam yg plg menyesakkan kepala aku tu baru jer lepas. Tapi sayangnya harapan nk dpt A tu cam ujung2 kuku jer. Soklan susahlah weiiiii.. Luckily slh satu soklan tu sebijik cam assignment McD aku ari tu, pergh.. tangan nulis punya laju. Tapi soklan sumer suh aku berpk, berimaginasi. Susah gak marketing ni, aku ni sbnrnya time exm selalunya otak dah stuck on teori semata2. Bukan aku tak kreatif ker apa, tapi not at critical time like that. Kreatif aku muncul saat relax jer. Ahh.. 3 jam pun rasa tak cukup, tak smpt nak jawab, jari aku ni cam nak patah dah, menulis, dah ler in BI. Haha.. 1st time aku jawab exam 100% in BI, tak der problem plak tu, lancar jer, petanda baik ni, leh amik TOEFL pas ni, gi oversea..hehe.. Aida tunggu aku tau..hehe.

Beriter tak baik, aku tak jadi gi KL weekn ni pasal abah tak kasi pi sorang2. Nak wat camna, aku mmg tak der geng dr sini. Member2 xmaresmart dulu bersepah satu mesia, yg kat johor ni ciput jer, itu pun dah kerja tmpt lain. Klu ikut hati, aku mmg berani sgt nak gi sorang, tp mak abah risau tul ngan anak dara yg sorang ni. Last2 aku decide tak perlah, tak yah gi, esok aku kuarlah nak cari dan pos adiah utk Jazzy dan Salina.. sedihnyerrr.. tak dpt jumpa Salina, tak dpt jumpa Jaja ngan Jazzy. Eh, baru perasan dua beranak ni nama mula urup J..hehe. J for Johor.. Hidup Johor.. Nk kasi adiah per ek.. lari budget cam ni, duit utang MARA tu aku lum bayar, minyak itam utk keta lagi, errr... saman parking lagi (1st time aku kena saman psl tak pamer kupon parking masa aku gi cucuk duit kat bank, bertuah punya tukang saman). Lari2 budget pun, ari tu aku berjaya menambah lagi Encik Pink Rabbit dlm keta. Dah 2 ekor dah.. satu kat kotak tisu, satu kat cermin, pas ni nak beli lg 2 utk kusi plak..

Ahhh.. bau cat ni menyucuk idung aku jer. Depa tengah cat satu building luar dalam ofis ni. Sabarlah idung yer, sabar sayang.. hehe, mendalah aku ni. So, aku akan memerah otak aku sekarang.

Yg Anda Tak Tahu Tentang Ayu Masa Kecik (sblm masuk Tadika)
-Paling kuat menangis, sensitif betul. Fakta disahkan oleh sumer makcik dan pakcik.
-Suka makan ikan bakar cicah air asam. Dah tu makan apa2 pun mesti nak taruk kicap (sampai dah tua bangka pun cam tu jugak). Tak der lauk pun tak per, nasi ngan kicap ngan ikan goreng pun cukup klu tak der ikan bakar. Pas tu ikannya kena cubit kecik2 susun keliling pinggan.
-Suka makan biskut meri. Tuang air dlm pinggan kecik, pas tu rendam sekeping, dah lembut, tolak n susun tepi pinggan, rendam lagi sekeping, susun lagi. Proses berulang smpi pinggan tu penuh, jadi bentuk bunga. Then baru makan.. hehe
-Kuat main tanah especially lepas ujan. Akibatnya kaki tangan abis berkudis (eee... cam sensored jer).
-Setiap kali sambut birthday, kawan2 byk yg hadiahkan sabun.. hehe.. sindir nampak.
-Pernah jadi Demi Moore versi GI Jane masa umur 5 thn. Seksi tuhs... tp tang kepala jer lah.
-Masa dpt adik (umur 4 thn) pun still isap botol dan tidur dlm buai.. tak sedar diri tuh.
-Kecik2 dah pandai pakai kain batik, ada 2 elai kain batik kecik warna merah dan biru.. semangat Johor lagi.
-Teringat biler setiap mlm Jumaat biler gi ngaji mesti bawak duit kaler merah. Apsal ek? Tak terpk lgsung tu duit upah utk cikgu yg tukang ajo.
-Kecik2 minum susu DUMEX kaler biru.
-Sgt kurang kawan pompuan, lelaki jer byk utk ajak main guli dan baling selipar.
-Jarang bjalan umah kawan, kawan jer dtg umah aku. Mak tak kasi jalan.
-Perkataan pertama yg pandai tulis ialah RAHAYU. Abis sumer dinding kena conteng ngan kapur.
-Suka jajan Oya (rasa cheese bulat2 bentuknyer), tak tau ada lagi ke tak skrang. Tp skang suka Super Ring (pun rasa cheese dan bulat2 cam cincin)
-Sgt sayangkan satu pokok puding kat laman umah yg umurnya sebaya ngan aku. Tp skang dah takder..sob sob..
-Ada kucing yg pekak (tak tau betul ker dia pekak, tp abah cakap cam tu, yer ajer lah)
-Pernah gambo masuk suwat khabo dlm ruangan bintang kecil. Glamour pas tu, banyak dpt surat dr orang sluruh Mesia. Tp mak ler yg tukang balas kan.
-Pernah terlalu taksub dan asyik main badminton smpi termuntah2..wekk..

Itu jer yg memory aku dpt recall wat masa ni. Klu ada lagi, kang aku tambah..hehe

Wednesday, March 03, 2004

sewel blogger ni.. pg tadi aku taip dah panjang2 dia ilang plak, tak publish.. sepak kang. Arghhh.. tak psl2 kena taip balik. Ilang segala mood. Ni baru balik dr pusat Bandar pasir gudang, follow up henpon aku. Huaargghhh.. mengecewakan, tak siap lagi. Depa kata depa terpaksa anto balik hp tu servis kat kilang (bukan dlm johor) dia pasal pusat servis yg kat pelangi tu pun tak mampu nak buat. Depa kata, aku godeh menu Lock sampai abis terlock segala menda. Haaa.. mencinyer, dah nak gi kl dah ari ahad ni, tapi henpon tak der camna ni? Aku nak tolak, cina tu kata, sayang psl aku punya hp tu 100% original. Aku ada beberapa choice jer sekarang yg aku tak tau nak pilih yg mana.

1. Beli hp lain. Henpon yang anto servis tu biler dah dapat aku tolak balik kat mana2 kedai. Tapi nak ker kedai tu beli hp tu gitu ajer, maksudnya jual tanpa beli apa2.
2. Beli hp lain yg 2nd hand yang murah2 jer dulu. Hp murah tu nanti aku kasi lah kat mak ker abah ker pakai biler hp aku tu dah dapat balik.
3. Tunggu jer dulu. Sabar ayu, sabar.. Sabar itu sebahagian daripada iman. Arghhh…

Pagi tadi aku dengar radio ria. Ari ni ari jadi dj Shah Ibrahim rupanye. Shah siap berlagak ngan hafeez kononnya orang yg lahir early march ni berbakat besar. Hehe.. contohnyer dia lah tu, Rosham Nor (1/3), Jang Dong Gun (7/3- duda aku merangkap laki baru aida) dan saper lagi ehem ehem.. jgn buat2 tak tau plak… ehem ehem.. tak tau? Tak tau? Aku pun tak tau !!! Hahaha..(demam jutawan fakir lum abis)

Semalam aku smpi umah lambat lagi, kelmarin smpi umah dkt kul 8 psl jam kat Bandar Seri Alam biler ada lori terbabas smpi melintang tgh jalan. Semlm plak traffic light simpang 4 yg plg sibuk dlm dunia kat tiram tu plak tak idup. Sumer orang dr 4 arah masing2 nak cepat, tanak tolerate langsung, last2 bertembung tgh2, langsung stuck, sumer orang tak leh gerak langsung. Yg lori2 ni plak main2 hon, adoi..bingit. Pelik tul, suasana punya kecoh cam tu, tapi polis lgsung tak dtg tolong. Padahal b. polis punyalah dekat. Pekak ker haper derang tu, pemalas, makan gaji buta. Taulah derang tu bukan polis trafik tp bertanggungjawablah sikit !!!

Smpi umah, baru nak kuci keter, adik dah sound ari tingkap, Along, masuk umah baik2 kang kena serbu. Serbu?? Aphal plak ni. Aku baru berura2 nak masuk kut pintu blkg tetiba ‘KAK LOOOONG !!!!’ Hah, sepupu2 kecik anak mak teh aku ada kat sini rupanyer. Adoi.. derang ni terus serbu aku yg lum smpt masuk umah, penyek mak cik, dah ler penat. Kecoh seh umah mlm tadi, sepupu aku ni 3 orang jer tp kecohnyer cam 30 orang, And plan nak study malam tadi terus terbantut psl kena melayan budak2 ni. Sikit2 kak long tolong ini, kak long abang nak yang tu, kak long kak long kak long. Adoi.. lagi bielr bawak gi kedai, ibu dia yg tgh sarat pun pening. Ibu nak yg tu, ibu nak ini, ibu nak biskut oreo, ibu nak mainan. Aku tgk anak orang pun dah pening, camna nk ada anak sendiri ni?

Semlm masa jam tu, aku terjumpa satu bas kilang ni, JCH4667. Lawa lagi. Apa yg speselnyer? Sebenarnya inilah bas yg sama yg jadi kenderaan aku ke sekolah masa sekolah menengah dulu. Hai.. kenangan2.. tp bas kuning dah tuko jadi warna biru dah sekarang. Teiba aku terpk satu idea. Sempena my birthday yg just around d’corner ni, aku nak blogkan kenangan2 aku dari kecik setakat yg memeory aku ni leh ingatlah dlm lingkungan umur 4-5 tahun cam tu. Kena perah dan spin kasi kuar summer itu fakta. Payah gak tu. Tp aku pk nak Cuma setakat smpi masuk sek men jerlah.. yg seterusnya tu biasa2 jer, dah besarlah katkan.

Tomoorow, there’ll be no entry coz aku cuti esok, cuti sempena nak study utk exam malam esok. Jumaat kerja, sabtu ahad cuti balik. Ahad ni nak gi KL kenduri kawin salina (xclassmate masa kat taiping yg cun cam org Jepun dan tgh study kat jepun jugak). Dan rasanya cam mak aku pun nak ikut utk pi jenguk adik kat UPM tu. Makin kronok budak tu gaknyer tahap kemalasan dia, nak exam tp asyik main game. Itu pun baru2 ni punya konfiden cakap ngan mak yg cpa dia sem ni gerenti teruk giler, jgn kata 3.00, 2.00 pun lum tentu. Hah, apa citer lah mamat ni.

Tuesday, March 02, 2004

2nd entry 4 today..Hiyarghhh.. lega seh.. all assignment is finished. Now, I need to clear up my mind and get ready with the coming final exam. Pergh.. gez what, next Wednesday exam is going to be my last final exam in UTM or maybe for the entire of my life. No more academic exam after this. Agaknyer lah. And even if I decide to take phD, no more exam, just research, right? This afternoon, I logged in to kak sue’s blog and one of the article that published there really attract me. Mencintai Orang Yang Special. Hemm.. a Chinese colleague pun tumpang baca the time I was reading it. Im not gonna paste it here, but better u guyz get there and read on ur own coz u’ll find a lot more other interesting articles there. And now, here I got an article about Friendship and Love. Kak Sue, u mentioned in ur entry how distinguish these two kind of relationship, right? As usual, I got this from Newsradio 93.8fm MediaCorp Singapore, written by Eugene Loh.

Friendship and love are two things one cannot do without in life. But one can easily be mistaken for the other. Many people think they are in love with someone, when really it is a deep friendship. The emotions you feel in a friendly relationship or a passionate one can be similar. And the activities that friends engage in together are often those that lovers do as well. A movie, a walk, a smile, a touch, a gift, faith and loyalty. So, how can you tell?

Nathan Stutte offers some suggestions on how one can distinguish between the two.

+Friendship is a quiet walk in the park with the one you trust
Love is when you feel like you are the only two around.
+Friendship is when they gaze into your eyes and you know they care
Love is when they gaze into your eyes and it warms your heart.
+Friendship is being close even when you are far apart
Love is when you can still feel their hand on your heart when they are not near.
+Friendship is hoping that they experience the very best
Love is when you bring them the very best.
+Friendship occupies your mind
Love occupies your soul.
+Friendship is knowing that you will always try to be there when in need
Love is when you will give up everything to be at their side.
+Friendship is a warm smile in the winter
Love is a warming touch that sends a pulse through your heart.

Love is a beautiful smile to which nothing compares.
A tender laugh, which opens your heart
A single touch that melts away your fears
A smell that reminds you of the tenderness of heaven
A voice that reminds you of the innocence of youth
Friendship can survive without love
Love cannot live without friendship

Is there perhaps someone you think you are in love with, when it is really an intense friendship? Carefully examine the emotions you feel. A passionate relationship is not something you just leap into. Be very certain that it is what you think it is.
4 days to my birthday
Got this from my boss, published in out bimonthly bulletine.

Why the sun lightens our hair, but darkens our skin?

Why women can't put on mascara with their mouth closed?

Why don't you ever see the headline "Psychic Wins Lottery"?

Why is "abbreviated" such a long word?

Why is it that doctors call what they do "practice"?

Why is it that to stop Windows 98, you have to click on "Start"?

Why is lemon juice made with artificial flavor, and dishwashing liquid made with real lemons?

Why is the man who invests all your money called a broker?

Why is the time of day with the slowest traffic called rush hour?

Why isn't there mouse-flavored cat food?

When dog food is new and improved tasting, who tests it?

Why didn't Noah swat those two mosquitoes?

Why do they sterilize the needle for lethal injections?

You know that indestructible black box that is used on airplanes?
Why don't they make the whole plane out of that stuff?!

Why don't sheep shrink when it rains?

Why are they called apartments when they are all stuck together?

If con is the opposite of pro, is Congress the opposite of progress?

If flying is so safe, why do they call the airport the terminal?

Eee.. geram betul biler ingat balik peristiwa malam tadi. Tengah baru start nak nengok drama Hj Gopoh Hj Express, lepas abis nengok drama 'Di Sini Ada Setan' TV indon (lagu temanya Antara Ada Dan Tiada -Utopia). Tepon bunyi, adik angkat, entah apa dia nyohnyeh nyonhnyeh.. dia gelak2 then pass gagang pada aku. Katanya orang tu tak cakap siapa tapi adik kata suaranya cam dia kenal. Kawan Along katanya. Aku pun capai jerlah. Hemm.. sah mmg aku kenal suara ni dan aku tergelak.

felemek, aku cakap yoyo'o jer.. tanya khabo sumer, call dari mana.. Pas tu dia kata aku tak kenal dia. Aikk.. aku check balik, aku tanya balik ni saper.. Ahhhh!!!! Orang lain seh.. bukan kawan aku. Adoi.. suara sama tuhs.. setengah mati aku pk tu kawan aku. Rupa2nyer entah saper2 buat call main2 konon nak berkenalan n nak berkawan ngan aku. Tebalnyer muka aku.

Adiiikkk !!!! Adik kata tu kawan along, ni saper2 entah !! Tapi naper suara dia cam suara kawan Along ?!!! Sebijik tuhs. Alamak sorrylah Long, adik ingat tu kawan Along, suara dia samalah.. 1/2 jam lepas tu aku tepon bunyi lagi, aku angkat tanpa bersuara, dengar jer suara mamat tu, aku terus letak balik. Abah kata, biar jer, nnti kalau dia call, biar abah angkat. Dan lps tu, tepon terus tak bunyi2.

Argghh.. bencinyeeerrr, mati2 aku ingat kawan aku tuhs.. klu aku tau, tak dernyer aku tanya cam dah kenal lama, takdernyer lah aku nak layan cakap, baik aku hempas jer tepon tuh.. tensennyerr.. Patutlah aku cam kompius biler dgr cara dia cakap, suara sama tapi naper cam gentleman sgt.. Kawan aku bukan cam tu lah ..eeee.. geli laaaahh.. Budak main2lah ni nak ngacau.. sepak kang.. geramnyeeeerrr.. mangkuk arcopal betullah. Yg tak puas hati tu, aku cam tersepit biler tau dia bukan kawan aku, nak terus letak, cam kurang ajar, last2 aku rasa cam pompuan murahan plak. Ahhh.. lepas tu aku rasa cam nak nangis plak, aku tak suka kena kacau cam ni dan mungkin jugak sebab aku rasa cam hampa sgt pasal at 1st aku cam excited gitu biler ingatkan tu kawan aku. Eee.. klulah kawan aku yg tu tau pasal ni, mampus tergolek2 dia gelakkan aku.. huarghhh !!!!

Monday, March 01, 2004

5 days to my birthday
The Winners Of Bollywoof Annual Filmfare Awards 2003

Best Film
Koi... Mil Gaya

Best Director
Rakesh Roshan (Koi... Mil Gaya)

Best Actor
Hrithik Roshan (Koi... Mil Gaya)

Best Actress
Preity Zinta (Kal Ho Naa Ho)

Best Actor in a supporting role
Saif Ali Khan (Kal Ho Naa Ho)

Best Actress in a supporting role
Jaya Bachchan (Kal Ho Naa Ho)

Best Music
Shankar-Ehsaan-Loy (Kal Ho Naa Ho)

Best Lyrics
Javed Akhtar - Kal Ho Naa Ho (Kal Ho Naa Ho)

Best Choreography
Farah Khan - Idhar Chala (Koi... Mil Gaya)

Best Filmfare Power Award
Shah Rukh Khan & Amitabh Bachchan

This morning, on the way to my workplace, terdengar satu ulasan ttg anugerah ni kat radio RIA. Katanya ramai fanatic Shah Rukh mengamuk psl this hensem charming guy tak menang Best Actors. Btw, Shah Rukh still menang Superstar Of The Year katanya. So pagi ni smpi ofis, aku terus surf cari full results. Emm.. aku tamoh komen banyak, Hrtithik ker Shah Rukh ker yg menang, aku still minat abis kat dua2 ekor mamat ni. Lgpun as for Hrithik, he deserves it. Watak dia mmg lain drpd yg lain dan dia betul2 bersungguh2 nak hidupkan watak dlm Koi Mil Gaya. (walupun dia mmg kengkadang nmpk overacting). Shah Rukh plak cam biasa, watak sedih tang tu lah jugak. Still dia memang bagus. Cuma Hrithik dpt filem yg lebih bagus. Keseluruhannya the awards goes to Kal Ho Naa Ho, lagu, music, actor/actress. KHNH mmg banyak pelakon yg bagus tp tak der kelainan dan keistimewaan macam KMG yg lebih universal utk tontonan ramai wlupun tak logik. KHNH plak ceriternya berat. Preity Zinta menang mmg aku dah duga, lgpun klu tengok thun lepas, nama2 besar cam Aish, Kajol, Rani dll tu mmg tak der filem yg bagus, sbb tulah Preity leh menang. Preity bolehlah senyum lebar pasal KHNH dan KMG tu dua2 dia berlakon. Emm.. Lagu KHNH menang best music mmg patut pasal lagu tu mmg sedap dan sedih biler dengar. Choreography plak lagu dlm KMG. Klu sapa yg dah tengok, tak silap aku masa lagu yg Hrithik n Preity menari dlm ujan tengah pekan dlm keadaan Hrithik mabuk psl kena bagi minum arak dgn budak jahat. Memang best lah..