Thursday, April 12, 2007

Trip To London : Muqaddimah

Sebagai seorang pegawai gred 41 yang baru dua tahun berkhidmat, confirm pun belum pulak tu. peluang untuk ke luar negeri adalah sesuatu yang jauh dari angan-angan aku. Tapi itulah namanya rezeki. Sedangkan Sabah Sarawak yang masih dalam Malaysia tu pun aku tak pernah jejak, aku dapat peluang ke LONDON!!

Asalnya program tersebut tidak mlibatkan Bhgn kami tapi Dato' Z mengarahkan agar ada participation dari Bhgn kami, dan asalnya pun hanya bos dan En H yang tersenarai. Tapi pada satu petang tu, sedang membuat kerja2 fotostat, aku kena panggil dgn bos di bilik En H dan bos mengutarakan pelawaan untuk turut serta dalam program tersebut. Katanya aku dh tak byk tugas2 pending dan aku pun dah lama saban hari kena kerahan tenaga, so dia nak kasi aku berjalan2.

Aku rasa tak percaya, trip tu lagi seminggu jer dan aku satu persediaan pun tak ada, pass port tak ada, kad kredit pun tak ada, sempat ker? Tapi mujurlah passport boleh siap dlm satu hari. Walaupun segala urusan kebnaran, waran, advance dan tiket penerbangan, aku yg uruskan, namun aku msh mcm tak percaya yg aku akan pergi, hingga lah tarikh aku berangkat.

Haha mcm tak caya, bukan Asia Tenggara, bukan Asia, tapi Eropah.. biar benar. Dah ler aku ni jejak kaki ke KLIA pun tak pernah, apa lah nak jadi kat aku nanti.. hehe. Macam2 yg aku fikir, lagilah bila melihat senarai ahli rombongan semuanya adalah VIP2 kecuali aku dan Shafie. Kiranya aku lah gred plg rendah dlm trip tu dan paling tak best, aku lah SEORANG sahaja PEREMPUAN dalam trip tu nanti. Tak terbayang rasanya.

Perasaan masih tak percaya itu menyebabkan semua preparation last minute. Sib baik lah travel agent kasi beg free, tak yah aku nk meminjam. Sib baiklah pakcik yg dah beberapa kali ke oversea tu baik hati meminjamkan segala keperluan2 pakaian musim sejuk, kalau tak, mau bengkrap aku. Percaya atau tidak aku hanya start packing pada malam sebelum bertolak hehe.. dan malam tu jugak aku baru nak terkejar2 cari money changer yg ada jual pound yang murah.

Malangnya advance yg kami pohon tak dapat settle, makanya terpaksalah aku mengorek duit ASB dan gaji (sib baik baru gaji) sebagai bekalan ke sana. Walaupun belum pergi, tapi aku rasa banyak sgt pengalaman dan ilmu. Mcm mana nak uruskan persediaan perjalanan ke luar negara bg kakitangan kerajaan dan banyak lagi lah. Alhamdulillah semua orang, baik Iz kewangan, Yani JPIPT, Shafie JPIPT, Travel Agent, sangat sporting dan sedia membantu, kalau tak maunya aku yg tak tau apa2 ni akan terpinga2, kelam kabut. Alhamudlillah.

Monday, April 09, 2007

Trip To London


Sorry friends, sbnrnya mmg dah lama aku nk update tntg trip ke london ni. Tapi asyik tak sempat jer. Sebelum pergi, busy. Dah balik lagi busy. Jurnal untuk setiap hari untuk satu minggu di london tu dah siap pun ditaip secara offline cumanya belum ada lagi dia punya muka depan dan muka belakang hehe.

Tak apalah, sebagai muqaddimah, korang tengok gambo jer lah dulu ek.. Sila klik gamba di atas untuk link ke fotopages aku.