Saturday, January 14, 2006

Masih dalm DPA

Again, back to my office.
Hari ni balik opis untuk cari maklumat sikit untuk wat assignment bagi modul yang baru lepas. Petang ni nak kena rush balik ke intan untuk prepare itu ini. Esok, my sidang will be going to PULADA Ulu Tiram for our Tentera Module.
Assigment untuk modul minggu lepas kena submit lagi sebulan, but i want to make it quick, takut banyak lagi assigment akan datang. Besides, aku nak wat assigment ni sebaik mungkin. Ye lah kan, dah ler tak menonjol dalam kursus, tang assignment tu kenalah wat power2 sikit.
Aku masih lagi macam dulu, masih tcari2 diri diri sendiri dalam DPA ni. Aku rasa jauh sangat dari orang lain, especially tang pendirian dan pemikiran. Dan aku rasa bsendirian dalam nak membentuk jati diri yang aku cari selama ni. Someone yang aku harap dapat jadi pendorong dan penyokong aku selama, nampaknya semakin jauh. Sedih sangaaaattt. Sebab itu aku kena kuatkan semangat.
Aku tau aura islamiah dalam DPA ni tsangat kurang. Aku masuk Biro Agama kononnya aku nak kan environment yang baik untuk jiwa aku sdiri. Tapi malangnya aku lupa yang itu semua hadir dgn tanggungjawab dan aku tak terdaya menanggungnya. Baru2 ni semasa majlis ceramah sempena Aidiladha, aku tewas. Aku kesal kerana berdiam diri seumpama orang yang dayus penakut walaupun kemungkaran blaku depan mata. Aku cuma mampu menangis.
Aku masih berusaha dan akan terus berusaha. Biarlah apa jua yang mendatang. Aku tak mau lagi memanjakan diri. Biarlah susah, biarlah lara dan duka yang menunggu.

Saturday, January 07, 2006

Dah selamat masuk DPA

You're blue — the most soothing shade of the spectrum. The color of a clear summer sky or a deep, reflective ocean, blue has traditionally symbolized trust, solitude, and loyalty. Most likely a thoughtful person who values spending some time on your own, you'd rather connect deeply with a few people than have a bunch of slight acquaintances. Luckily, making close friends isn't that hard, since people are naturally attracted to you — they're soothed by your calming presence. Cool and collected, you rarely overreact. Instead, you think things through before coming to a decision. That level-headed, thoughtful approach to life is patently blue — and patently you!
Nyeh nyeh.. apo2 lah tak kisah menda pun, biru ke pepel ke..
Well, back to ofis after a week. Sajer balik opis nak cek emel, surf, blogging dll secara free!! This week, DPA mmg free skit.. Free2 dulu, pas ni jgn haraplah..
Hari pertama DPA, daftar dan mmbayar. Jumpa ramai kawan2 lama tapi still nak berkepit gak ngan member se KPT, tak leh nak wat apa dah. In fact, 4 of us, aku, wardah, chech dan fiq are in the same Sidang, which is Sidang A. Bilik pun dekat2 jer. Hahaha.. we are meant to be with each other. Hari pertama gak dah kena ke Bukit Cerakah, camping dan bermalam di sana. Masak2 stail camping, buat mini concert (cam takder idea lain), dan night walk! Dlm byk2 tu aku plg suka night walk ajer. Berjalan dalam hutan memberikan aku peluang untuk muhasabah dan merenung alam ciptaan Allah, walaupun dalam kegelapan, walaupun aku mengantuk giler masa tu.
Tido mmg tak cukup.. tp sib baik pas tu, balik je ke Intan, xtvt kami cuma ceramah jer, tak der lagi xtvt lasak. Next week pun xtvt aku akn full dgn ceramah dan ceramah lagi, bosannya!!! Tapi pastu, haaa.. next next week aku ada Modul Tentera!! Pergh.. parah parah.. Tapi modul tu wat kat Johor, so kalau ada peluang rasa cam nak balik umah sat boleh?? Hehehe..
Aku masih lagi mencari2 arah dalam DPA ni. Rasa mcm malas nak xtif2 sgt, just layan jer lah apa2 yg patut. Tapi bila pk2, performance masa dpa akan mmpengaruhi merit utk kenaikan pangkat nanti, alahaii camna ni. Aku baru jer nak jadi orang yg senyap, lebih banyak memerhati dan mendengar dari bcakap. Niat di hati nak jadi zuhud jer.. hehe. Tapi pastu aku pk balik, kenaikan pangkat ke yg aku nak sangat dalm kerja ni? Bukan ker aku keja cuma nak dpt rezeki halal bg menampung hayat selagi aku hidup? Aku ada matlamat lain dalam hidup ni. Ishk insaf2..
Raya haji ni aku tak balik Johor, mungkin mak ngan abah jer yg akan datang ke KL. Aku masih ada kuliah hari Isnin ni, Abang pun ada kelas lagi Isnin ni. Rabu dah kena naik, so cam tak berbaloi nk balik Johor. Maka akan berayalah kami di KL huhuhu. Acik n family sumer dah balik Johor. Sib baik acik bmurah hati nak tinggalkan bibi' wat temankan aku 2-3 hari ni.

Monday, January 02, 2006

Last Entry Before DPA

Yup.. i am going to DPA tomorrow!! Haha.. tak taulah apa yang excited sgt nak g DPA ni. In fact, aku rasa cam biasa jer.. dan rasa tak bersedia pun. Barang2 pun tak abis cari lagi walaupun esok subuh2 nak kena kuar dah (nak elak jam punya pasal lah ni). Hehe pe'el lama masa nak pergi PTD Unggul dulu.. buat bodoh jer.
Aku menaip entry ni di ofis. Saja datang utk settlekan apa2 yang patut, pasni dah payah dah nak balik semula ke opis ni dan mungkin jugak takkan balik langsung ke sini kalau ada rezeki Bahagian ni berpindah ke PJH. Dokumen ada berkotak lagi yang kena sain dan rasanya mmg tak sempat dah, kira halal jer lah tpaksa tunggu aku balik bulan 7 nanti.
Hemm camna aku leh pergi DPA? Camna leh lepas? Aku pun tak tau.. tapi rasanya bos mmg tak der pilihan melainkan melepaskan aku pergi.. chewwaah.. Sebenarnya mungkin aku pergi ni tak derlah terasa sgt kot pasal ada 2 orang pegawai baru nak masuk pasni. 2-3 hari sebelum cuti ari tu, mmg terasa lah betapa beratnya bos nak lepaskan aku pergi. Hari2 terakhir pun aku masih pulun wat kerja pasal taknak nyusahkan sesapa plak nanti. Kalau Bhgn lain tu siap ada majlis farewell utk pegawai yang nak ke DPA, aku plak lain. Bos tak abis2 meluahkan rasa berat hatinya tu, aku leh wat apa, senyum jer lah. Dalam hati aku kesian kat bos. Aku pun terpk gak, ada 2 orang baru nak masuk, kenapa nak risaukan pemergian aku, aku ni pun bukan power sgt, kerja baru masuk 4 bulan. Aler.. pas ni entah2 pegawai2 baru tu lagi bagus dan nama aku pun bos dah tak ingat. Silap2 aribulan, bulan 7 nanti, aku kena pi Bhgn lain coz Bhgn ni dah tak perlukan aku lagi.. pergh.. haru beb kalau jadi camtu.
Bermula DPA, bermula lah suasana baru. Suasana berkursus, dan aku tak tau style mana yang aku nak pakai masa kursus. Adakah nak maintain jadi introvert cam dulu atau nak tuko kulit sikit. Hehehe.. ekceli mmg stail aku untuk introvert di awal2. Bukan lambat panas, tapi i took some time to study people around dan environment camna. So, biler sumer tu dah dalam tangan, time for action!!! Hehehe.. tetiba rasa nak jadi lain sikit masa kursus nanti. Adakah aku nak jadi kepoh? Nak jadi orang yang lantang bersuara? (sekaligus menjadikan aku digelar siti soalan?)Tak pasti lagi coz aku bukan orang yang suka bersuara tak tentu pasal. Mendengar dan berfikir itu yang lebih barik. Tapi aku akan pastikan aku bukan takat peserta2 biasa. Mungkin orang2 lain akan rasa perbezaannya. Dan imej luaran aku skrg pun tak sama dengan masa PTD Unggul dulu, itulah permulaannya. Yang pasti, aku bukan nak kejar anugerah semata2. Nawaitu nak kena betulkan ni.
Harap2 semuanya berlagsung lancar. Semoga DPA ini menjadi medan terbaik untuk aku membina diri, membentuk diri menjadi lebih baik, Insya Allah. Semoga aku tidak goyah hati dan iman dalam menghadapi segala cubaan dan godaan yang bakal datang nanti. DPA is nothing pada aku. Kerja aku di Kementerian itu lagi penting, khidmat aku utk masyarakat, yang menentukan berkat tidaknya rezeki dan gaji aku.