Thursday, December 22, 2005

Sampai biler nak main tarik tali ni !?

Back to office. Lama giler dah tak update blog. Bukannya apa, bz tu pun satu, tak der mood pun satu. Bz berulang alik ke JPA kerana ada kursus sangkutan kat sana, belajar selok belok proses menguruskan tajaan pelajar ni. Tak der mood plak bukan pasal apa, pasal yang sama iaitu masih dalam proses tarik tali ngan bos, aku ni dapat pergi DPA ke tidak !??
Pergi JPA 3 hari dgn tujuan nak belajar, so tak der menda sangat nak dicerita kat sini. JPA tu dah lama, so derang kira dah establish, dah lengkap serba serbi, memang tak samalah ngan apa yang kitorang ada kat kementerian ni. So, dari segi yang tu, mmg tak leh nak cakap apa lah melainkan jadi orang yang jakun kejap. Oh ya, lagi satu yang best best iaitu pegawai2 lelaki kat JPA ramai yang hensem-hensem! Hahaha, dahsyat gak aku ni. Hehehe tak kisahlah.. buat cuci-cuci mata jer apa salahnya. Setakat rupa ajer, pedulik haper kan? Hati budi dia, pe'el dia, kita tak tau.
Tentang DPA aku masih tak leh nak cakap apa2 lagi, tak berani nak komen apa2 lagi. Pening paler aku main tarik tali macam ni. Kejap macam leh pegi, kejap kang macam tak leh pegi, so aku tak berani dah nak komen apa2. Dan aku jugak tak berani lagi nak merancang apa2 maupun nak beli apa2 barang keperluan kursus pasal semuanya masih nampak samar2. Keputusan muktamad cuma 30hb jer lah ni, haa.. masa tu lah baru tau dan hujung minggu depan jer lah baru aku leh kelam kelibut nak berkemas apa2. Itu pun kalau jadi lah pergi.
Yang penting, minggu ni aku nak balik kampung!! Tiket dah beli, kul 10 pagi dari Kajang. Balik sini 27hb malam. Pergh.. lama dah tak balik ni. Seronok gak rasanya ni. Macam2 menda aku nak buat balik nanti. Dan menurut mak, macam2 menda dia nak citer kat aku. Apa menda yang dia nak citer tu aku tak tau lah plak kan. Tak kisahlah, yg penting sekarang, pergi DPA ke tak pergi DPA ker, aku stil kena balik gak amik t-shirt, track dan topi DPA.. manalah tau kan.
Kerja tetap kerja.. kena selesaikan kerja walau camna pun. Alahaii.. kalau betullah aku dpt g DPA, haru lah.. banyak dokumen perjanjian, staf dah cop nama aku, behtu tentulah aku yang kena sain. Takkan lah cop nama aku tapi yang sainnya orang lain plak. Jangan main2, ni dokumen kerajaan ni.
Oklah.. sampai 30hb ni, Insya Allah aku masih leh update blog. Lepas dari tu, kalaulah aku jadi g DPA.. entah biler lagi aku nak menyentuh blog ni.

Friday, December 16, 2005

5 PERHENTIAN

Ini bukan 7 perhentian di mana kita mungkin terjumpa hantu Erra Fazira di sepanjang perjalanan. Tapi inilah hakikat perhentian yang kita lalui dalam titian kronologi hidup kita sebagai insan. Inilah jugak tajuk perbincangan Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi yang diadakan di Parit Sulong (kampung aku tuh). Ada Ustzah Siti Nurbahyah, Dato' Noh Gadut dan lagi sorang tak ingat plak nama dia.
Jadi, kat sini nak share sikit lah kandungan forum tersebut.
Perhentian yang dimaksudkan adalahALAM ROH > ALAM RAHIM > ALAM DUNIA > ALAM BARZAKH > ALAM AKHIRATDan peringkat alam yang sedang kita tempuhi sekarang adalah alam ketiga iaitu Alam Dunia dan masih ada 2 alam yang menanti.
Selain itu, Ustazah Siti juga mengkategorkan 5 perhentian tersebut sebagai berikut :
ALAM BAYI > ALAM KANAK2 > ALAM REMAJA > ALAM DEWASA > ALAM TUA.
Dan aku pulak sekarang berada di alam keempat iaitu DEWASA.

Akan sampai satu zaman dimana manusia mencintai dan melupakan perkara2 berikut :-
Cinta dunia, lupa akhirat-Cinta harta, lupa harta akan dihituang kelak di hadapan Allah akhirat nanti. -Cinta makhluk, lupa pencipta-Cinta dosa, lupa taubat-Cinta rumah, lupa kubur

Ciri-ciri orang yang mendapat Khusnulkhatimah dan Radhiyatammardhiyah.
(kesudahan yang baik, penuh ketenangan, bertemu Allah dengan diri redha dan Allah juga redha ke atasnya)-Mati dengan sempat mengucap dua kalimah syahadah.-Mati dengan mengamalkan amalan2 soleh.

Cara mendapatkan Khusnulkhatimah-Beramal dengan amalan baik-Menjauhi maksiat / kemungkaran-Mengerjakan amal ma'ruf dan mencegah Nahi Mungkar-Sentiasa bertaqwa di mana2 jua.-Berakhlak mulia-Mengucap dua kalimah syahadah -Banyakkan bertaubat-Khusnuzzon (bersangka baik dengan Allah)-Berazam dan berdoa pada Allah untuk mendapatkan Khusnulkhatimah

Semoga menjadi panduan dan amalan hidup kita. Sesungguhnya hidup ini ibarat bermusafir mencari bekalan bagi menuju akhirat yang kekal abadi.

Thursday, December 15, 2005

Mengekalkan Taubat

"Seorang hamba yang telah bertaubat kemudian kembali mengulangi perbuatannya lagi, maka dosa yang pertama yang telah ditaubatinya terhapus walaupun taubatnya batal sebab dia telah bertaubat dari dosa hingga seolah-olah dia tidak melakukannya atau belum pernah melakukannya. Orang yang mengulangi perbuatan dosa maka dia berdosa atas perbuatan berikutnya bukan yang pertama, kerana taubat terdahulu adalah sah, sedang mengulangi perbuatan dosa akan mendapat seksa"

Petikan dari ruangan soal jawab agama dalam website Darul Nu'Man. Satu bukti yang mengukuhkan sifat Allah Yang Maha Adil, Pengampun, Pengasih dan Penyayang. Sesungguhnya itulah senario yang sering berlaku, itulah masalah yang sering menghantu keimanan manusia masa kini yang sering terumbang ambing dan ada pasang surut umpama air di lautan.

Wednesday, December 14, 2005

Adakah doaku telah dimakbulkan?

Masih tentang DPA. Entah apa ke hal pagi ni aku leh cam orang yang betul2 nak pergi DPA plak. Aku pergi berborak ngan sorang PTD yang baru jer balik dari DPA. Apalagi, macam2lah yg aku tanya, mintak tips, nak bawak apa, camna situasi sumer, apa nak buat dll. Entahapa2 padahal aku belum tentu dapat pergi DPA.

Tapi itu kes pagi tadi. Petang tadi, kesnya dah jadi lain. Petang tadi dapat tengok jadual sidang utk DPA nanti. Yang pasti, jadual tu mmg scattered, modul dalaman dan modul luaran tak dikumpul sekaligus. Masa check jadual tu, KPSU ngan PPT aku pun tgk sama2. Tetiba jer bos muncul, katanya aku dah check jadual DPA ni macam petanda yang aku ni dah tak suka kat Bhgn Biasiswa. Aiseymenn.. aku tak der cakap pun camtu. In fact aku suka sgt kat Bhgn ni wlupun situasi cam kacau bilau dan tak der tempat yg tetap lagi. Bos ni suka sgt buat tanggapan bukan2 pdhal sikit pun aku takder terlintas camtu. Dah dekat 4 bulan kerja ni, mmg aku suka ngan kerja aku walaupun serba kekurangan, penuh ngan masalah. Tapi aku banyak belajar dan aku dapat banyak contact! Aku boleh bina network dengan pelbagai orang, pelbagai peringkat, student, lecturer, penaja2 dan banyak lagi. Walaupun kengkadang cam pening paler bila terpaksa menjawab ngan banyak orang, aku rasa puas biler berjaya sedaya upaya untuk membantu sekadar yang termampu. Sekurang2nya itu lebih baik dari memberikan jawapan negatif yang pastinya client kita tak dapat ke mana. Sekurang2nya masalah derang tu, one step closer to the solution eventhough aku tak berjaya bawa derang direct ke arah itu. Alhamdulillah, satu kepuasan yang ternilai biler derang begitu menghargai. Yang tak hargai langsung dan marah2 tu, aku wat dunno jer. Tapi rasa cam bodoh betullah orang yang nak menengking2 tu, padahal aku cakap punya lembut punya slow. Sajer nak tunjuk lagak ke apa?

Dan petang tadi jugak, peluang aku utk gi DPA makin cerah. Bos baru balik meeting dan mengkhabarkan satu berita yg aku tak tau nak kategorikan sebagai gembira atau duka. Gembira kerana banyak tugas yg aku tgh buat skrg akan diuruskan oleh Bahagian lain, so aku rilek sikit. Itu bermakna, ketiadaan aku 6 bulan nanti, tak derlah mengundang masalah besar tambahan plak aku pun dah ada pengganti. Dukanya plak, tugas2 aku yang nak diambilalih tu aku dah buat hampir sebahagian besar, bermakna sia-sia jer lah apa yang aku buat selama ni, sia2 jerlah aku terkejar sana-sini, tanya sana-sini, last2 tak berguna pun. Tapi tak kisahlah, yg penting aku dapat jugak belajar menda baru. Alahai.. tension lah, coz nanti aku tak dapatlah tour satu Mesia coz kerja tu memerlukan aku meronda2 ke banyak negeri. Bos pun sbnrnya cam tak puas hati ngan keputusan mesyuarat tu coz mcm kitorang dah hilang kuasa.

So, sekarang ni aku cuma perlu sudahkan beberapa perkara yang tak continuous jer, tentang Kajian Penajaan dan Business Plan Bahagian. Pas ni, blehlah aku sambung plan nak shopping2.. (walaupun aku tak suka shopping sbnrnya)

Tuesday, December 13, 2005

DPA oh DPA

Tajuk yang semakin menghantui aku dari beberapa bulan dulu smpi skrg. Semuanya pasal nak pergi DPA. Tarikh DPA dah tinggal kurang dari sebulan jer ni, tp status aku masih blurr.
Dulu, konon tak leh pergi DPA psl banyak kerja kritikal nak disettle, tp after that, bos kata ok pasal katanya kalau pergi bulan 7 punya DPA.. lg keadaan opis tgh kritikal. Yer lah, masa tulah intake terbesar student ke universiti.

Bulan lepas, timbul balik issue yang sama. Mungkin tak boleh pergi DPA pasal banyak program baru nak start awal tahun depan. Semuanya secara tetiba. Program yang awalnya dimaklumkan akan dilaksanakan 2007 pun dah diawalkan atas arahan menteri. Perghh... Tapi bos dah bagi alternatif utk aku terus pergi DPA januari ni, iaitu kena dapatkan staf PKS untuk buat segala kerja aku sepanjang 6 bulan nanti. So aku telah usahakan dan dah dapat seorang PKS yang bukan sahaja boleh dilantik segera, tapi yang lagi bestnya adalah dia memang expert dalam bidang yang aku tgh buat ni. In fact, dia lg senior dari aku dlm bidang ni. Ibarat, pucuk dicita ulam mendatang.

Tapi langit tak selalu cerah. Pagi ni, dapat lagi berita yang memang tak menarik bunyinyer. SUB dan KPSU dah bincang mungkin akan tahan jugak aku dari pergi DPA Januari ni. Walaupun ada PKS tu, aku tetap jugak kena ada pasal banyak tugas rasmi perlu dibuat oleh pegawai tetap, bukan PKS. Adoiii... rasa nak luruh jantung ni.

Dulu aku rasa macam tak kisah sgt klu tak pergi DPA januari ni. Tapi entah naper, skrg ni aku rasa cam sedih sgt kalau tak dpt pergi DPA nanti. Rasanya kalau confirmlah aku tak leh pergi DPA, harus aku menangis depan bos karang (rupa-rupanya aku memang gembeng.. huhuh). Aku dah plan nak shopping barang2 utk DPA, dah mula buat checklist, dah beberapa tempat aku survey harga barang, tinggal nak serang jer. Tp biler dah jadi camni, semangat aku down terus, tak leh nak cakap apa.

Biler pk2 balik, mmg banyak pro n con nya. Kalau aku tak gi DPA januari ni, mungkin bagus utk Bahagian aku, tp aku lah yang sengsara, aku akan lambat gi kursus induksi, maka aku akan lambat confirm, dah tak der kawan masa kursus, tak dapat cuti raya lama coz kena gi DPA dari julai smpi disember, dan punah lah harapan aku nak cari umah sewa saing2 ngan Wardah. Yang bestnya satu jer, iaitu aku dpt habiskan every step perlaksanaan program yang aku tgh handle skrg, aku dpt merayau satu Mesia pi buat interview, termasuk Sabah dan Sarawak. (alerr.. mcmlah tahun depan2 aku tak akan merasa buat tu semua). Selain tu, dapatlah aku merasa susah senang berpindah ke PJH nanti. Dapat opis baru dgn lokasi yang cantik.

Kalau aku pergi jugak DPA ni, bos dan Bahagian plak akan sengsara. Banyak sangat menda nak dibuat tapi staf cuma beberapa kerat jer. Kalau ikut fikiran logik siapa2 pun, mmg mustahil menda ni sumer dpt settle. Tapi bos dah kata, dia tak risaukan kekurangan staf coz bila2 leh amik PKS. Problem dia paling kritikal sekarang ialah apabila kurang Pegawai.

Jumaat lepas masa meeting dgn BTM, aku dah mula terasa bahang ketensionan. Dah ler kitorang ni tgh problem dgn ruang pejabat tak cukup, staf tak cukup, BTM plak melambat2kan perlaksanaan sistem baru utk kitorang. Aku bukan tak nak paham orang BTM, malah aku pun pernah jadi orang IT. Tapi aku rasa derang perlu paham kitorang ni yang kena mengadap public, direct dgn rakyat, bukan cam derang. Bos aku plak asyik nk kena mjawab dgn menteri. Siap ada sesi meluah perasaan dari bos aku. Sedih jugak aku dengar luahan bos. Yer lah, pasal orang BTM yg tak dpt penuhi banyak keperluan kitorang, bos byk harapkan aku usahakan sendiri. So, biler bos nak tahan aku dari g DPA januari ni, aku perlu beri pertimbangan.

Tadi, aku pergi training utk satu sistem baru. Aku rasa cam penting plak aku ada kat sini smpi sistem tu betul2 establish, rasa cam btanggungjawab plak. Entahlah, kadang2 biler pk psl sistem2 komputer ni, aku rasa cam give up terutama biler ada staf BTM yg suka menyindir2, mempertikaikan keupayaan aku. Aku tau aku tk sehebat derang psl aku pun masih baru dlm government. Tp derang tak perlu nk marah2 nak naik angin biler kena push dgn user. Aku dah 4 tahun pengalaman dlm IT, develop system, maintain system, training sumer. Aku dah lalu sumer tu, malah aku kerja bukan dgn satu bangsa jer, tp berbilang kaum. So, aku pelik naper derang yg cuma berurusan dgn bangsa sendiri bleh tak tahan pressure. Aku pernah dalam masa 6 bulan kena belajar 3 programming language utk buat sistem dan 2 sistem tu dah live pun. Dan aku belajar sendiri tanpa pergi apa2 course pun, dah tu 6 bulan tu tak bergaji plak tu. Dan aku masih leh survive. Tp derang kat sini, ada jer alasannya, konon nk kena gi course lama2, take time nk pahamkan sistem lah, padahal sistem dah ada, tinggal nk maintain, bukan develop from scratch pun, apa kes?

Argh, aku dh mula meluahkan rasa bengang dgn orang BTM. So, back to DPA case, aku pun dah tak tau nak cakap apa skrg. Berdebar-debar plak nak tunggu surat dan apa agaknya reaksi bos aku. Sekarang ni aku cuma mampu redha jer. Kalau ada rezeki, pergilah aku DPA januari ni. Kalau tak, nak buat camna. Pasrah jer lah.. Huhuu.. sedihnya..

Friday, December 09, 2005

Al-Quran, Ilmu & Pegangan Sepanjang Hayat

Baru-baru ini aku telah didatangi oleh beberapa orang anak muda yang menjual Al-Quran dan beberapa buku agama direct di ofis-ofis. Mereka tang bercakap memang pandai, tang nak promote tu memang terer.

Al Quran yang derang promote tu mmg bagus untuk membantu kita membetulkan tajwid. Setiap tanda dan huruf di dalamnya ditandakan dengan warna yang berlainan di mana warna tersebut mewakili hukum-hukum tertentu. Dan disediakan plak panduan warna tersebut pada satu bookmark khas. Memang menarik dan bagus lah bagi aku. Tapi terus terang aku kata kat derang, aku tak mau.

Pasal apa? Aku dah ada Al Quran dan rasanya aku dah tak perlu AlQuran tu lagi pasal Alhamdulillah aku masih ingat hukum2 tajwidnya walaupun tak semua, Alhamdulillah yang basic2 tu aku ingat. Sekurang2nya bacaan aku tidak hingga berubah maksud. Dan yang paling pentingnya adalah aku ni tengah mencari Al Quran yang siap dengan tafsir dan PENERANGAN. Setakat tafsir tu aku ada. Tapi aku membaca tanpa guru dan penerangan yang jelas, rasanya macam tak lengkap. Rasa macam tak der effect apa2 pun baca macam tu jer.

Aku suka nak refer pada hadith kedua dalam kitab Imam Nawawi. Ada disentuh tentang Al Quran dulu dan sekarang dari segi orang yang membacanya. Kalau orang zaman Rasulullah dan sahabat, mereka mendahulukan amalan-amalan dan hukum di dalam Al-Quran berbanding memperbaiki bacaan dan menghafaznya. Dinyatakan akan berlaku satu zaman di mana manusia lebih kepada memperbaiki bacaan dan menghafaznya tetapi segala amalan dan hukum yang dituntut di dalam Al-Quran itu diketepikan pula. Dan melihat pada situasi zaman sekarang, begitulah senarionya. Tengok pada contoh Al Quran yang dijual tadi tu lah. Jenuh jugak aku mencari naper aku tak jumpa satu buku yang menerangkan kandungan Al-Quran secara komprehensif supaya senang aku baca dan faham.

Bukan nak kata Al Quran macam tu tak bagus tapi memang sangat bagus. Tetapi kita kenalah selaraskan bacaan dan penghayatan amalan suruhan di dalamnya. So, masa budak-budak penjual tu promote, instead of derang membebel.. derang pun kena bebel dgn aku. Yang lagi kelakarnya, budak-budak tu langsung tak bleh nak baca jawi biler aku suh derang tengok satu perenggan dlm kitab Imam Nawawi tu. Then, apa citer?

Dua buah buku yang derang promote pun aku suka, tentang kisah para nabi yang pada aku cukup comprehensive dan buku tentang malapetaka menjelang akhirat. Untuk permulaan, aku rasa nak beli jer buku para nabi tu, baca yang indah-indah dulu tentang Islam. Then barulah baca tentang malapetaka tu untuk menginsafkan kita, bagi aku itulah cara tarbiah yang terbaik. Tapi agaknya memang tak der rezeki budak2 tu, tiba-tiba datang guard halau derang. Dan aku insaf kejap, sedangkan buku yg aku tengah ngadap ni pun suku pun tak sampai lagi lepas beberapa minggu, inikan plak nak beli buku baru.. perghh..

Sebenarnya ari ni aku plan nk citer pasal artikel yg aku petik dari majalah Anis bulan ni. Tapi tup2 dah ilang kena pinjam ngan Ida.. so tu yg kuar topik ni plak.

p/s: teringat topik ehwal Islam malam tadi.. hehe lawak rasanya biler cam terkena2 kat batang idung.

Tuesday, December 06, 2005

Apa itu bengang??

Mood aku memang tengah tak baik. Entahlah, berpinar paler, dan rasa nak naik angin jer. Adakah blood pressure aku dah naik lagi? entahlah.. tp masa gi derma darah ari tu, ok dah bp aku.

Things To Do list aku ada berbelas2 perkara nak disettlekan. Tapi memandangkan otak dan emosi yang tak berapa stabil, aku buat yang paling senang jer dulu, iaitu menyain borang-borang perjanjian pinjaman students. itu jer lah yg paling rilek dan tak memeningkan paler buat masa ni. Baru sat tadi bos datang cubicle, tanya projek-projek aku camna. Dan turut tanya khabar kerana katanya aku mcm tengah bengang. Huhu.. thats why i like my boss very much. Katanya nanti nak kasi penilaian prestasi aku 10 per 10 hehehe.. cayalah.

Sebenarnya aku mmg tengah bengang ni pun. Bengang giler ngan satu bank ni. Semuanya psl kad kredit. Ishkk tak maulah cakap bank mana tapi mmg bank yang antara paling glamour tang kad kredit ni lah. Geram ni mmg tahap yg sgt geram psl dah kali kedua dah ni aku terkena. Kalau dah kali kedua ni, aku akan mula bengang dengan diri sendiri psl terlalu baik hati membiarkan diri teraniaya sekali lagi. Tapi nak wat camna, sabar jer lah. Sabar-sabar pun, masa aku call service centre dia, naik jugak suara. Tak cukup tu, complain form kat website dia pun aku isi dengan penuh kata-kata tajam, nasib dia lah. Rasanya nak ajer aku terminate terus kad tu, dan kalau lah executive tu ada depan mata aku ni, rasa nak ajer aku lempar kad tu kat muka dia. Hahaha, betapa geramnya aku.

Sementara aku masih ingat ni, aku nak menaip Things To Do list aku.

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN-Draf borang penilaian temuduga-Draf memo perlantikan panel temuduga untuk KSU-Draf memo perlantikan untuk panel temuduga-Senarai nama calon panel dr BSM - Lia-Senarai nama calon panel dr JPPKK - Maha

MAKLUMAT PENAJAAN-Semak semua feedback form.-Followup feedback form dari agensi kerajaan yg belum dihantar.-Draf database untuk maklumat penajaan.

PERMOHONAN PKS-Senarai tugas unit maklumat - Azizah BB KPM-Edit senarai tugas PSU Unit Dlm Perkhidmatan-Memo permohonan PKS ke BSM

TABUNG PINJAMAN PELAJARAN-Sain dokumen2 perjanjian-Update database fasa 1 utk pembayaran

LAIN-LAIN-Call Iszal BB KPM tentang skim pengajar teknikal kuittho-Call Sharp untuk perbincangan lanjut penubuhan foundation.-Baca & Semak dokumen ISP (dekat 200ms) utk meeting di Equatorial Bangi 8hb ni

Adeii.. banyaknyeeerrr. Banyak tak banyaklah.. aku nak jugak balik sekarang. Tu semua esok2 bleh buat. Paler dah ting tong. Babai..

Monday, December 05, 2005

Tak terlintas pun nak melanggar fitrah & sunnah

“ Sekiranya tiada cinta insani untukmu.. cukuplah cinta ALLAH pesuluh hidupmu.. kelak akan ada cinta dari insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintamu terhadap ALLAH.. Kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kau miliki. Bertemu dan berpisah kerana Allah. “

Agak melankolik bunyinyer.. tapi terkandung dalamnya pelbagai pengertian yang harus diambil iktibar dan buat renungan. Tiba-tiba hati aku tergerak nak membincangkan topik seperti ini. Hemm.. bukannya nak berbahas atau nak berdebat tapi sekadar menyuarakan pendapat sedaya upaya dengan kaedah yang telus.

Terus terang, aku tidak berapa suka membicarakan topik-topik seperti ini. Bagi aku, soal kasih sayang dan jodoh (dalam konteks hidup berpasangan) adalah sesuatu yang sangat eksklusif untuk aku suarakan secara terbuka. Bohong lah aku kalau aku katakan dalam usia 25 tahun ini, aku tidak berkeinginan untuk mempunyai keluarga sendiri, tipulah aku kalau aku katakan aku tidak pernah ada naluri untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah kepada bakal-bakal insan-insan istimewa itu. So, kenapa tiba-tiba aku solah-olah melanggar prinsip dengan menulis tentangnya dalam entri ini?

Sebenarnya ini adalah sekadar reaksi dari satu perbincangan dengan seorang sahabat. Aku tidak mau disalahanggap sebagai seorang yang melanggar fitrah atau menafikan sunnah. Aku maklum tentang betapa bergandanya pahala amal ibadah insan yang telah berkahwin berbanding yang bujang. Harapan tetap ada tetapi sejauh mana ia akan tercapai itu hanya Allah yang tahu. Aku tidak mau mengharap pada sesuatu yang tidak pasti kerana jika hampa, hanya Allah yang tau betapa remuknya hati ini nanti.

Bukan tidak pernah berusaha, pernah mencuba dengan sedaya upaya mengikut landasan yang Allah gariskan, meniatkan hati hanya kerana Allah, memilih seseorang yang diharapkan dapat membawa aku ke jalan Allah. Perjalanan itu memang hampir sempurna, tetapi qada’ dan qadar Allah menentukan itu semua tidak ke mana. Kelmarin, dia telah selamat dinikahkan dengan seorang insan lain yang Insya Allah pastinya jauh lebih baik dari aku. Aku tidak terperanjat dengan berita itu walaupun perkhabaran tidak datang dari mulutnya sendiri. Pada mulanya aku mmg mampu bertenang tapi seketika kemudian aku tewas. Alhamdulillah akal yang waras berjaya membawa aku kembali tenang. Mungkin itu lah yang terbaik untuk dia yang telah Allah takdirkan. Aku cuma mampu mendoakan dari jauh agar mereka berbahagia.

Kerana itu juga, aku cuba menggagahkan hati agar redha sahaja pada ketentuan Allah. Usaha aku kini hanyalah sekadar menyiapkan diri menjadi insan yang terbaik supaya Insya Allah janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang baik juga. Kalau tak ada jodoh pun tak apa, kerana jodoh itu pun bukan sesuatu yang pasti, ajal itu lagi pasti. Biarlah itu yang menjadi pedoman hidup aku hingga ke akhirnya. Sebab itu, aku sentiasa merawat hati dengan membaca kisah2 alim ulamak yang mengabdikan diri ke jalan Allah dan tidak berkahwin hingga akhir hayat. Aku tau aku bukan setaraf mereka, tetapi setidak-tidaknya aku ada hasrat yang murni. Jika Allah takdirkan aku tak der jodoh ke akhir hayat, aku masih boleh bertenang dan terus menggandakan amalan supaya apa yang aku tak dapat dari hikmah perkahwinan tu dapat aku cover balik. Ok aper?

Mungkin ada unsur-unsur peribadi di sini (mungkin akibat pengalaman lepas), tapi percayalah aku tidak pernah berniat untuk melanggar sunnah Rasulullah. Tapi biarlah semuanya ikhlas kerana Allah dan sesungguhnya mendapatkan keikhlasan itu bukan sesuatu yang mudah, aku sedar itu. Buat masa ini, biarlah mutiara kata di awal entri ini menjadi pegangan hidup aku. Biarlah cinta manusia sekadar peneman untuk sama-sama menggapai kasih Allah. Jika tiada pun, Insya Allah tiada masalah untuk aku melangkah sendirian ke arah itu, Insya Allah. So, orang nak kata apa pun, katalah. Nak kata aku cerewet ker, demand ker, tak kisah. Ini hidup aku, dan aku hidup bukan untuk dunia sahaja. Begitu jugak kalau aku kawin pun bukan untuk sekadar peneman di dunia jer. Biarlah kami saling menyokong dan berteman menuju ke syurga Allah walaupun confirm kat syurga nanti, suami aku tu akan dapat jugak bidadari lain.. :) hehe.

Kesimpulannya, jelas dah? Lenlaki jangan asyik risau kan naper aku tak kawin-kawin sampai sekarang. Aku rilek jer apa. Satu lagi yang aku pegang, orang yang sabar akan dapat yang terbaik. Sedangkan berlian yang paling indah itu pun terbentuk setelah beratus tahun lamanya.. so? Kalau korang paham, dats good enuf. Kalau tak paham jugak, den nak buek camno laie? hehe

Saturday, December 03, 2005

Menyelami Hakikat Hidup BerTuhan

Ketahuilah Oleh Mu ..

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia.. Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon... Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... Allah SWT sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

I like this one. Forwarded by Ida. I did print one copy dan dah selamat pun lekat kat partition, betul2 sebelah my pc supaya senang dilihat setiap masa melakukan kerja.

Sesungguhnya biler kita hayati, biler kita renungi, akan terusiklah hati, terharu dengan suatu hakikat yang mungkin selama ini kita sering terlepas pandang. Malahan, bile kita berada dalam gundah gulana atau kesusahan, kata-kata renungan ini bisa membuatkan kita mengalirkan air mata keinsafan... mennyelam kembali hakikat hidup berTuhan, Insya Allah.

Hanya kerana Allah itu tidak dapat dilihat, didengar atau disentuh secara fizikal.. manusia mudah lupa dengan konsep Ketuhanan pada Allah Yang Satu. Mungkin dengan alasan yang sama maka orang kafir cenderung membina Tuhan dalam bentuk patung untuk disembah, sesuatu yang mereka boleh lihat dan sedar kewujudannya. Namun pada pendapat aku sendiri sebagai seorang Muslim, penyembahan seperti itu sebenarnya seolah2 membataskan kuasa Tuhan, seolah2 kuasa Tuhan hanya berlingkar pada tempat penyembahan sahaja sedangkan dalam agama Islam, iktikad yang sebenar adalah kuasa Allah itu terlalu luas, di mana-masa sahaja kita boleh menyembah Allah kerana kita sedar Allah itu sentiasa bersama-sama memerhati dan memelihara kita.

Aku bukanlah muslim yang betul2 arif tentang agama. Jadi, aku lebih suka memperbincangkan isu-isu agama dalam skop yang lebih kecil seperti diri sendiri dan keluarga. Buat apalah aku memikirkan dan memperbincangkan isu Islam secara global, tentang bangsa lain, negara lain.. sedangkan dalaman ku sendiri masih rapuh? Memang jahat aku biler rasa nak tergelak dalam hati biler melihat orang yang gedebak gedebuk membahaskan tentang isu islam sejagat sedangkan diri sendiri pun masih terkapai2 mencari arah dalam hidup, diri sendiri pun tak dapat menyelami dan mengamalkan Islam secara menyeluruh. Kalau umat zaman silam, mereka mampu berjihad ke jalan Allah, berperang menumpaskan kafir2 musyrik, tapi lihatlah setinggi mana iman mereka. Kita tak setanding mereka.

Jadi, menyelami hakikat ketauhidan, hakikat ketuhanan.. merupakan asas dalam menjadi seorang muslim yang sempurna. Dengan adanya keimanan yang kukuh itu sahajalah dapat memandu menunjuk arah tuju perbuatan kita dan amalan kita hingga ke akhir hayat. Jika tidak, amalan kita seolah-olah amal yang terumbang-ambing seolah2 kapal yang bergerak di lautan luas, kapal yang canggih, selesa, bergerak dengan begitu lancar tetapi TIADA ARAH TUJUAN.

Friday, December 02, 2005

Baik di balas baik, jahat dibalas ... ?

Aku masih nak refer pada mutiara hikmah semalam. Tapi kali ni aku nak refer pada diri sendiri lah pulak. Aku tengah berusaha keras ni nak cuba menjadi seorang yang tidak berdendam dan redha dengan apa yang orang lakukan pada aku. Yang baik, aku bersyukur tapi kalau aku disakiti, dianiayai, betapa payahnya nak memujuk hati agar tetap tenang dan berfikiran positif seolah-olah tak der apa yang berlaku.

Dah banyak kali lalui, sepatutnya aku jadi betah, jadi immune dengan itu semua tapi mungkin jiwa yang agak sensitif atau hati aku sendiri yang memang semulajadi mudah terasa yang menyebabkan aku mudah terusik. Tentang apa? Aku benci bila dibanding-bandingkan dengan orang lain. Aku rasa seolah-olah aku tidak dihargai kerana diri aku yang satu ini. Kenapa manusia sukar nak terima yang setiap orang itu berbeza, ada cara dan pendirian sendiri serta ada keistimewaan masing-masing.

Di tempat kerja lama, aku pernah dibanding-bandingkan dengan pegawai lama yang berkhidmat di jawatan aku. Bengang memang bengang tapi hari demi hari aku berusaha keras dan berjaya buktikan yang aku dengan diri aku yang satu ini mampu berjaya dengan cara sendiri. Sekarang plak ? Agaknya mmg lumrah berpindah di tempat baru. Bos tetap bos, itu hak dia nak menilai aku, dan aku dapat rasa bila hari demi hari bos dah dapat terima aku dengan diri dan cara aku sendiri dan dia tak complain malah tak der masalah dgn cara aku (walaupun sblm ni dia ada jugak dok compare aku ngan pegawai lama dia).

Tapi biler orang dari bhgn lain, yg punya gred lg rendah dari aku pun berani nak komen, nak banding-bandingkan aku, bengang tak benganglah. Kononnya yang lama tu lagi bagus. Kononnya kalau ada yang lama tu lagi senanglah, konon kalau yang lama tu takkan ada masalah, yang lama tu boleh buat macam-macam. Dan aku? Tak reti buat apa2? Ya Allah Ya TuhanKu, tabahkanlah hatiku, jauhkanlah dari sifat yang tidak kau redhai iaitu berdendam!

Pegawai lama tu dengan aku memang tak sama. Memang jauh berbeza macam langit dengan bumi, sesiapa yang kenal kami berdua tentu bersetuju. Aku pelik. Mentang2 aku jenis tak melayan (org yang komen tu) baik2, tak der gurau2, tak selalu ajak kuar makan.. so aku terus dilabel tak sebaik yang lama? Bukan takat yang dia kata depan2 aku, yang belakang2 pun ada lagi rupanya yang lebih menyakitkan hati dan mencabar maruah serta kewibawaan aku. Alhamdulillah aku masih punya kesabaran. Alhamdulillah aku masih boleh berlagak selamba seolah2 tiada apa yang berlaku. Kalau dia rasa komen2 tu akan buat aku berubah, Insya Allah tidak, maaflah.

So, aku rasa ini adalah langkah awal yang terbaik untuk aku memupuk keteguhan hati. Cabaran yang Allah turunkan untuk aku bagi menguji sejauh mana aku boleh menjaga hati dari terus terjerumus ke arah perkara2 yang akan merosakkan jiwa. Aku harus mendidik hati untuk terus berfikiran positif, terus sabar, terus tenang dan redha dengan apa yang berlaku di sekeliling. Selagi aku boleh bersabar, aku bersabar. Dan selain bersabar, jika betullah aku di pihak yang benar, aku bertanggungjawab untuk menyuarakannya supaya dia insaf dan tiada lagi orang lain yang akan menerima nasib yang sama dengan aku.

Insya Allah, kalau aku mampu melakukannya, satu kejayaan besar bagi aku. Kejayaan menumpaskan hasutan syaitan dan nafsu, musuh paling hampir dengan aku sekarang.