Wednesday, December 26, 2007

R n R Who's who

1. Who eats more?
Abang

2. Who said "I love you" first?
Abang

3. Who is the morning person?
Fair.. kadang2 Abang especially biler saya ngah period. Kadang2 saya, itupun pasal dia suruh saya mandi dulu dan dia sambung tidur.

4. Who sings better?
Kami tak berbakat menyanyi. Saya cuma suka nyanyi dalam kereta. Abang pernah join nasyid masa zaman uni. So maybe he is better.

5. Who's older?
Abang, 12 tahun lebih tua

6. Who's smarter?
Subjektif. Kami istimewa dlm sudut berlainan.

7. Whose temper is worse?
Mine. Abang saya sangat sabar.

8. Who does the laundry?
Our bibik hehehe. Kalau bibik tak ada, almost all the time Abang yang buat.

9. Who does the dishes?
Semua orang, termasuk anak-anak. Tapi di rumah parent atau in law, saya yang buat.

10. Who sleeps on the right side of the bed?
Fair, kadang2 abang, kadang2 saya. Ikut mood.

11. Whose feet are bigger?
Tentulah abang. Saya size 5 ajer

12. Whose hair is longer?
Saya. Bulu roma pun saya yg lebih panjang.

13. Who's better with the computer?
Saya lah. Saya kan graduate in IT

14. Do you have pets?
Tak ada

15. Who pays the bills?
Abang. Kadang-kadang saya tolong jugak.

16. Who cooks dinner?
Our bibik. Kalau bibik tak ada. Kami masak sama2

17. Who drives when you are together?
Abang. He is very good.

18. Who pays when you go out to dinner?
Selalunya abang, kecuali waktu saya murah hati hehehe

19. Who's the most stubborn?
Saya

20. Who's the first one to admit he/she is wrong?
Abang paling sering minta maaf. Kadang2 saya rasa dia tak rasa pun dia salah, cuma nak sedapkan hati saya

21. Whose family do you see more?
Dia.. dekat di Negeri Sembilan. Saya jauh di Johor

22. Who named your pet?
Kami tak ada pet

24. Who asked who out?
Dua2, fair.

25. Who's more sensitive?
Saya. Saya paling selalu menangis lebih2 lagi sekarang

26. Who's taller?
Abang, a few inches only

27. Who has more friends?
Abang, becoz he is older? becoz, i am extremely introvert

28. Who's the more romantic of the two?
Abang

29. Who wears the pants in the relationship?
Abang.

Another 5

Tagged by - Aida

5 things found in my bag...
* Purse
* Handphone
* Kunci (rumah, kereta, opis)
* Ubat (Caffegot n Fonstan.. bekalan biasa org migraine)
* Minyak / Balm

5 things found in my purse
* IC
* Driving License
* Credit Card
* ATM Cards
* Duit (kertas dan besi)

5 favorite things in my room
* My wedding album
* Perfume set, wedding token from chech n fique
* Al-Quran
* Towel
* Telekung
(Dalam bilik aku skrg, yang itu sahajalah aku punya. Yang lain semuanya kepunyaan hubby n his late wife) )

5 things i’ve always wanted to do (for now)
* Menukar perabut dan kaler bilik tidur sekarang
* Tidur dengan otak dan hati yang tenang dan lapang
* Menghilangkan ingatan (perkara2 tak best) dan mem'batu'kan hati hehehe
* Bercuti di cameron highland
* Bersendirian...

5 things I’m currently into
* Trying very2 hard to berSABAR with anything
* Barley n Yogurt
* Saya Yang Menurut Perintah
* Mencari matlamat hidup
* Malay Novel

p/s: aida, aku buat jer tp aku malas nk tag sesapa

Tuesday, December 11, 2007

Study Time...

Tak boleh update banyak. I have PTK Exam tomorrow and Thursday. Masih banyak perkara belum dibaca, harus hukumnya ternganga jer nanti. Sejak sabtu lepas, kebanyakan masa, kat umah, kat luar, kat opis, kepala terbenam dalam nota2. Aku terpk nak tukar nama PTK dari Penilaian Tahap Kecekapan kepada Penilaian Tahap Pengetahuan. Yer lah, kita menjawab teori sahaja, dan the worst part is kita kena jugak jawab soalan2 yg langsung tak de kena mengena dengan bidang kerja kita.. so?

Thanks to eSPKB yang down dari semalam, so dapatlah aku spend byk masa menyelak2 nota. Kalau tak, tak de masa punya kerana baucar yg nak diluluskan dah naik sejengkal tingginya atas meja.

Ok, jom study. Ni hidung tak tau apsal dah mula selesema, bersin tak henti2 dari tadi. Bahana daripada terpaksa meredah hujan hari2 psl parking yg memang bermasalah kat sini. Plus, apsal aircond ni sejuk sangat???

Tuesday, December 04, 2007

Honeymoon Sarawak 24 Nov 2007


24 hb. Bangun dan sarapan di hotel. Lepas tu, kami bergerak ke Serikin di mana terdapat pasar di mana banyak orang indonesia berniaga barang-barang di sana. Memang rambang mata dibuatnya. Paling banyak, kain baju, langsir, telekung dan paling glamer tikar ler. Kami cuma shopping baju2 utk anak2.. oops aku pun ada jugak beli utk diri sendiri. Abg Lan sempat beri tips tentang cara2 memilih barang, nak pasti ori ke tidak.

Pulang dalam 11.30, mak oiii jalan jam teruk nak keluar, berderet2 kenderaan. Semasa perjalanan keluar dari Serikin, kami singgah juga di gerai2 tepi jalan. Pasar yg menjual hasil kampung orang2 bidayuh. Ramai orang beli kayu tas. Macam2 abg lan cerita pasal kayu ni. Unik betul.

Sebelum pergi makan tengahari di restoran Zaim, kami singgah di Tasik Biru, Bau. Kawasan taman baru yg belum berapa dimajukan, tapi ada jugak org dtg berkelah di situ. Klik2, then berangkat gi lunch.
Lepas lunch, kami di bawa pulak ke Semenggoh Wild Life Centre. Ini tempat pemuliharaan orang utan khususnya. Kami dibawa melihat proses memberi makan orang utan. Malangnya masa kami sampai, ramai sgt orang dtg dan bawa ramai kanak2, so bising sikit, orang utan pun tak ramai yg keluar. Tapi sempat tengok Ritchie, ketua orang utan di situ. Kat sini, semua orang utan nama pelik2, macam manusia cth, minah, nora, ritchie, george, delima dll. Dan rupa2nya orang utan ni panjang2 umurnya, ada tu dah umur 36 tahun. Yang sebaya aku pun ada.











Balik dari Semenggoh kami dibawa ke kilang membuat tembikar, tempat proses dan jualan sarang burung (siap ada pertunjukan video) dan sebelum makan malam, kami dibawa ke Pasar Satok. Famous tmpat ni. Kami banyak jugak shopping kat sini. Balik singgah makan malam, ke hotel dan berehat.

Honeymoon Sarawak 23 Nov 2007

23 November 2007, tibalah tarikh yg mmg aku tunggu betul setelah sekian lama. Honeymoon kami ke Sarawak. Actually bukanlah honeymoon dlm erti kata sbnr, tp adalah trip yg abg anjurkan untuk pekerja di jabatannya. Kami pergi 2o orang, termasuk pemilik fayrooz (tourism agency) suami isteri, ada 22 orang. Semua pekerja2 yg turut serta adalah pekerja2 rendah di jabatan abang dan bg kebanyakan mereka belum pernah ke sarawak dan belum pernah pun naik kapal terbang. Alhamdulillah, berkat usaha abang buat collection sikit2 dari awal tahun, dpat lah mereka melancong. Hemm.. bagus betul, suami sapa lah tu hehe.

Dari rumah dengan kereta terus ke pejabat abang di tasik titiwangsa, bas dah menunggu di situ. Hemm.. beg kami jer yg besar, org lain semua kecik2 (kami bawak beg spare utk isi souvenir nnt sbnrnya hehe)
Bergerak dari KL ke LCCT. Singgah utk breakfast. Smpi LCCT, check in, makan di McD (kami berdua jer). Flight delay, patutnya kul 11.45 tp kul 12 lebih baru gerak. Ni first time kami berdua naik Air Asia. Selalunya naik MAS.
























Tiba di Kuching dekat kul 2. Tourist Guide kami, Abg Lan dh tunggu. Lawa Airport Kuching ni. Sebijik macam KLIA, tp versi kecik lah.
Sampai jer, kami dibawa makan ke Res Chilli Peppers. Kami berdua makan french fries ajer dan air longan susu dan cendol. Eeee, rasa dia pelik, cendol dia plak besar2. Pastu, check in di Merdeka Palace Hotel dan keluar balik untuk city tour.

























Kami di bawa ke muzium etnologi kemudian bersiar2 di sekitar bandaraya Kuching dengan bas. Lewat petang, kami di bawa ke Kuching Water Front menikmati pemandangan senja. Then, makan di Grand Malays Restaurant dan balik berehat di bilik. Malam tu dah penat dan tidurr... zzzz, esok smbung jalan2.

Lagi foto di http://cik-ayue.fotopages.com