Saturday, April 30, 2005

Hari Terakhir PAC, 24 April 2005

Bangun pagi.. Celikkan mata anda seluas mungkin, kerana ini adalah hari terakhir PAC, yahuuu!!! Ari ni pakai baju itam bunga2 pink, hehe kelako beb, Oja pun pakai baju warna sama. Cuma bezanya dia pakai tudung itam, aku pakai tudung pink. Kalau dia pun pink, atau aku pun itam, sah dan sahih, ibarat kumpulan boria gitu.. Pagi2 tu, Zairin dh sibuk mengemas, amboii.. yg aku plak masih wat bodoh, cam tak mau balik plak hehe.. apa kes ni?
Breakfast cuma makan roti jer pasal dia punya mee alahai, cam tak berjaya memikat hati dan selera ku yg cerewet ini. kalau pergi course, entah kenapa mesti tak selera nk makan. Klu makan pun setakat tak moh pengsan biler tak bertenaga, nak bersedap2 tu lain citer, bleh pi tempat lain, ok
Slot Debat Ala Parlimen buat kat dewan apa entah, tapi beso jugak. Tajuk debat ialah Kuasa Lebih Penting Dari Pengaruh. Dan kami di pihak pencadang. Aku biasa lah, wakil rakyat kawan Penggerang, konon pengganti Datuk Azalina ler.. ececeh.. geli buah pinggang. Dan aku entah apa pasal, mulut ni ringan sangat biler turn aku bcakap. Sampai kena tegur dgn yang dipertua dewan psl amik masa lama sgt. Org kasi 2 minit, melebih2 plak minah ni, mmg nak kena smack down satu kali hehe.. Kejap jer, ikut jadual sampai 10.30, tp abis cepat, cabut pi dewan makan. Sempat berkenalan ngan Intan. Orang JB gak rupanya, duduk satu tempat ngan encik 47 hehe.. Majidi Baru tu. Ooppss lupa plak, adik aku pun skrg duduk Majidi Baru jugak. Jauh betul nk pi tempat prektikal kat BBU.. tp dgr kata nk kena pindah ke Pekan Nenas, entahlah.
So, lepas minum, banyak masa plak. Aku sempat berborak ngan sorang Mak Cik Dewan Selera. Macam2 kitorang borak, tak kisah orang keliling tuh. Siap tuko2 alamat gitu, klass ngkoo.. Nama mak cik tu Hajah Jamaliah. Semalam aku ada jugak bkenalan ngan sorang akak dewan makan jugak, nama dia Normah tak silap aku.
So, lepas tu, pergi Dewan Serbaguna utk taklimat PTD dan penutup. Aikk, jumpa lagi ngko yer Encik 47. Ececeh, encik 47 sekarang dah tak pemalu mcm masa 1st day. Pandai buat lawak lagi eh ko. Hehe.. ari ni dpt lagi gula2 kopiko free yer encik? mmg untung duduk sebelah cik 48 kan? Ahaks, siap tuko2 no tepon gitu. Aku mintak bisnes kad dia tp aku tak ada bisnes kad nk kasi balik. So, aku cuma kasi no tepon hp ngan emel ad jer. Alamat umah kota tak der, alamat umah taman mawar tak der, no tepon kota pun tak der, bsru ku sedar rupanya aku ni pelokek jugak orangnya, hampeh tul. kang orang nak anto kad raya camna? Taklimat PTD oleh pengarah intan tu mmg best jugak wlupun kengkadang boring. Sib baik aku duduk agak dekat ngan pentas, orang nampak jelas, klu tak.. sesia2 aku dh tertido. Tapi, lepas dengo taklimat tu, aku rasa cam bersemangat sangat nak jadi PTD, siap ada rasa sedih sgt biler bayangkan kalau aku tak dapt jawatan tu.
Program terakhir, taklimat penutup oleh cik siva. Hehe encik 47 tanya aku beli ker tidak gambo ber5 tu, aku kata tak. Ishkk.. kalau gambo tak formal, nak jugak aku beli, ni cam banduan jer, soganlah mak cik. Then bersurai lah.. pi dewan makan, lunch buat kali terakhir. Naik jer bilik, tempat zairin dah clear. Alahai, tak sempat nak mintak no tepon ker haper ker, tragis betul rasanya. So, kemas2 angkut barang masuk dlm keta. Ooops.. sebelum tu smpt amik no tepon fairuz ngan Oja. Dgn Oja, siap peluk2 lagi, cam syahdu gitu. Then, bawak keta turun, parking depan bangunan pentadbiran. Bukan apa pun, sajer jer nk pi salam2 ngan sumer orang. Sempatlah salam ngan staf2 intan, ngan mak cik dan pak cik dewan selera dan tak ketinggalan dgn Cik Siva. then, apa tunggu lagi, babai INTAN, babai PAC.. ishk cam sedih ler plak.
Tak terus balik umah, tapi singgah umah Usu kat Tmn Murni, kul 7 baru balik kota... penat sangat dah ni. Abh siap suruh MC ari Isnin tp aku yg baik dan berdedikasi ini pergi jugak kerja ari isnin..

Friday, April 29, 2005

23 April 2005, A hectic day 2 of PAC

Muehehe, malasnya nak bangun dari hibernasi yg yg sungguh menyeronokkan ini. Thanks to Zairin for switching on the light, otherwise i might be a silly sleeping beauty who wake up only at 10 o’clock. Mandi, bersiap dan terus ke bilik Norlin dan Oja. Gosh, these two girls thought that there was no breakfast as the given table did not include the breakfast time. So, again?? I am waiting. At 1st, i decided not to go for breakfast coz we were already late. But, bila tengok ramai plak orang yg baru nak masuk breakfast, kami pun dgn muka tak malu, masuklah menyelinap. Rugi beb tak makan. Tapi cover2 sikit tag nombor tu, kang ada yg kena demerit tak pasal2. Makan mihun goreng yg agak pedas (sib baik perut aku yg gastrik ni tak meragam). Then masing2 terus ke bilik slot masing. I couldnt remember the name of the room as i had entered so many rooms in these three days, you know.
Masuk jer bilik, mak oii, i was the last girl arrived. Fasi pun dah ada plak tu. Malunyeeerrr!!! Cover beb cover. Tetiba, eh, do i know you? Nama dia Izah. Check punya check rupanya budak UTM, satu course lagi plak tu, but different major, konvo pun samalah beb. Ayu ayu, apalah ko, member satu course pun tak kenal. Rupanya dia pun cam aku gak, macam cam macam tak, kira fair n square lah. Our 1st Case Study adalah berkenaan sebuah syarikat yg tengah ada problem, in BM. Ketuanya Maha. Case Study kedua plak in BI, Fazlin Dilemma. Along the session, probably i was a bit talkative and over acting hehe. But still, Maha lg banyak cakap dr aku. Aku ni bcakap bila perlu jer, tp klu orang dah kasi peluang, mmg susahler nk berenti hehe.. habis kuar sumer ilmu marketing, sales rebate lah cash discountlah, HR lah, DI lah, The Apprentice pun keluar, entahapa2 aku ni.
Then, went for minum pagi dan aku balik bilik, prepare for public speaking BM utk petang. Kertas kecik yg fasi kasi, aku pancung lagi jadi dua bahagian, jadilah dia kepingan2 kertas yg kerdil, muat2 tapak tangan aku yg comel ini, hehe (itu namanya perasan). Sempat timing sumer, then sempat jugak aku buat teks utk public speaking BI tp sempat siap separuh jer, to be continued after the 2.4km run. So, tghari, kuar sama ngan Zairin, tp tengah jalan baru perasan yg aku ngan Zairin, dua2 terlupa pakai tag. Tak haru lah plak sama2 kena panjat balik bilik amik tag, padan muka masing2, padahal tag tu tergantung tersergam indah depan cermin masing2, klu dah mata masing2 kero.
Masuk jer bilik Public Speaking tu, aku dah kecut perut, ada 21 orang dlm sesi aku tu. Macam hebat2 jer derang sumer, aku dah rasa cam rendah diri sangat. Dah tu masuk plak panel2 penilai, mak ampun.. apsal derang sumer ni nampak formal sangat, masing2 berkot, ala2 korporat gitu. Rama2 mula berterbangan dalam perut ku.. taakkkuuutt. Acara pun bermula, satu demi satu dipanggil. Ramai yang cakap psl isu semasa cam gejala sosial, budi bahasa dan nasionalisme. Ada plak tu yg lain sikit, wat pasal tempe (buat tempe taruk kuman? Bukan pakai ragi ker? Weiii aku taulah pasal pak teh aku pengusaha tempe). Tengah2 majlis tetiba bleh blackout plak, aduh mak, rosak aku punya mood, nasib baik masa tu bukan turn aku dan nasib baik blackout tu kejap jer. Masa take 5, aku dh gelisah, lamanya nak sampai giliran aku, rasa macam nak ajer angkat tangan dan cakap ‘tuan, bleh kasi turn saya dulu tak? Penatlah tunggu, kebas otot2 saya ni hah’ hehe cam berani jer. Mana taknya, kertas teks kat tangan aku pun dah nak lunyai. Dan mimpi buruk ku akhirnya mjadi kenyataan psl i was the last person to come in front. Masih teringat, masa nak kena panggil, everybody was looking at me. Masa turn aku, aku present sebaik mungkin dan separuh masa jer aku tgk teks, lepas tu, teks ke mana, aku plak merapu entah ke mana. Tapi sumer orang cam paham jer, cam konsentret gitu biler aku bcakap, haha.. korang kena auta pun korang tak tau, padan muka korang. Tak cukup tu, ada plak 2,3 orang aku perkenakan hehe. Nak tau aku cakap psl apa? Aku cakap pasal Thomas Alva Edison, hehe.. amik idea masa kelas inovasi dulu. Teringat PM Aziz, dia selalu kata aku ni ada tokoh jadi lecturer, tp smpi sekarang tak jadi2 jugak.
Petang plak, bkumpul di padang untuk mula larian. Adush.. risau aku leh lari ke tidak ni psl dah lebih sebulan aku tak jogging. Konon sebelum pi PAC ni nak practice dulu lari2 ni, tp cakap jer, habuk pun tarak. Hehe.. itulah aku. Barulah aku perasan yg ada dua orang ibu mengandung dalam program ni. Cuaca petang tu macam main belon acah ngan kitorang, guruh jer lebih, ujannya tarak. Kalau ujan, leh tunda esok. Petang tu leh balik bilik, prepare utk public speaking malam plak. So nak wat camna, bermulalah larian. Lari tak leh main2 psl derang amik masa, nk tengok kita fit ker tidak. Hampeh, masa starting lari tu, brooch tudung yg aku pinjam adik punya jatuh dan hilang, adusshh kaciwa sungguh. Aku sudahkan larian 2.4km tu dlm masa antara 15-18 minit. Tak taulah itu kategori fit ker tidak. Tp yg pasti, ramai jugak budak lelaki dlm kumpulan tu. Bantai lah kira alright lah kot. Then, balik makan dan naik bilik.
Masa tgh gosok baju utk slot malam, tetiba aku terpk nk cakap pasal blog. Hampeh, padahal dah skerat jalan aku buat teks utk tajuk ‘Be Humble Enough To Obey, You May Give Order Someday’. Aku siap tepon Jaja kat psl tajuk apa nak buat. Jaja suggest aku wat psl blog. Tp last2 minit, aku stick on the old topic. Slot aku, dibuat di ruang terbuka. Alamak, ramai plak budak2 yg sama dgn slot BM petang tadi. Ada encik tempe, encik perpaduan, encik corruption, akak silat cekak dan banyak lagi. Malam tu, lebih separuh orang bcakap pasal IT dan instinct aku mmg baik punya. Akak silat cekak, bcakap pasal blog jugak! Sib baik aku tak wat tajuk yg sama, klu tak, tak ke cam malu gitu.. hehe. Encik tempe plak bcakap pasal fever malam ni. Tapi honestly aku rasa cam tak bersedia, mungkin psl penat. Masa turn aku, aku mintak utk diri sebelah meja. Sebenarnya aku tak selesa klu orang pandang direct pada aku. Kalau ada meja kat sebelah, kira cam org tak der lah focus sgt kat aku, yer tak? 2,3 ayat aku bcakap, aku disuruh berenti psl panel nak jugak aku diri kat tengah. Aku dah mula bengang, tp aku buat selamba konon tak der apa2. Tp dlm hati aku ni, Allah jer lah yg tau. Semangat dan konsentrasi aku terus down, dah ler aku tgh penat dan mengantuk, td masa aku mintak izin awal2, tak der plak kata tak boleh. Bila aku dah start, tetiba suruh berenti dan start balik, sapa tak bengang? Tapi bila pk2 balik, aku patut diberi markah lebih kerana berjaya berlagak profesional dan meneruskan speech wlupun dlm hati tengah bengang separuh mati.
Balik je, aku amik roti, amik air, terus angkut masuk bilik. Terasa hilang dah beban wlupun esok masih ada slot. Kisah Public Speaking terus aku buang dr paler otak aku ni. Drpd pk, baik aku tengok cerekarama kat TV. Kul 12, abis cerekarama, aku ngan Zairin sama2 teridur kepenatan, penat lari, penat bcakap dan penat tgk drama Jehan Miskin mati kena bunuh psl nak kejo peragut (cam dlm berita plak). Esok apa nak jadi, jadi lah... eh, esok nak balik dah.. seronoknyaaaa!!!

Thursday, April 28, 2005

PAC dalam kenangan, masih di hari pertama

2.00pm, 22 April 2005 (PAC)
Mak oiii.. sodapnya tido.. Berbungkus dalam comforter tebal dalam bilik ber aircond. Dah macam beruang kutub berhibernasi dengan sejahteranya. Adoii malasnya nak bangun untuk slot seterusnya kat Dewan Serbaguna, ada ujian sahsiah beb. Tapi memandangkan Zairin dah bersiap dgn semangatnya, aku pun bersiaplah jugak, tak kang malu ler plak. Dah siap awal, kena tunggu Oja ngan Norlin plak. Mak oii tak siap lagi perempuan2 ni. Dan akibatnya kami terlambat sampai ke Dewan, siap kena sound dgn fasi. Bera jer muka aku, dlm hati cam nak blame perempuan dorang tu, tp as a friend, i should not act that way. Setiakawan mau kuat beb, tak kisahlah klu nak kena demerit pun, hehe bleh plak aku cam tu, padahal kenal budak2 ni tak sampai baper jam pun.
Dari kul 3 sampai kul 6, kami diberikan ujian sahsiah secara bertulis. Perghh.. taram jangan tak taram. Berpinar bijik mata aku menengok soklan. Jawab jerlah mana yg patut. Tapi smpi one point aku rasa cam no use lah aku wat ujian ni psl everybody tend to be hypocrite, mestilah nak jawab yg baik2 jer, takkan nak burukkan diri sendiri, yer tak? So, aku jawab mmg tak der pk 2-3 kali, everything yg cross my mind, aku jawab jer. Tak der check tak de haper, tu yg leh cepat siap tu. Yg kelakonya,budak satu table ngan aku, sikit2 memadam2, smpi bersepah meja ngan habuk pemadam. Aikk, ujian sahsiah pun smpi nk pk byk kali ker. Sempatlah berkenalan, ahaks. Budak MAV rupanya dekat jer, kenal ngan Amai, ex classmate aku. Engineer plak tu, tp tak tanya plak aku orangnya dah kawin ke belum hehe.. (cam miang gitu). Tp kalau dah namanya kerja kat MAV, mmg tak leh caya lah, 90 percent pekerja adalah perempuan yg mmg bergaya2 belaka, takkan tak der sangkut kot.Dino @ Hero @ Norhisham @ Encik 47 (mana satu yg betul pun aku tak tau) tanya aku mana surau terdekat utk pi solat asar, manalah aku tau (aku period, mmg tak solat pun). Ada budak pi solat asar so dia tlmbat masuk dewan, dan kena sound dgn Cik Siva. Katanya, kan saya dah suruh jamak solat. Aku tgk budak lelaki tu cam confuse, alamak salah ke aku pi solat. Aku pun pk jugak mungkin budak ni duduk area dekat2 Kluang, takkan nak jamak kot. Cik Siva ni tak peka langsung.
Malam, check jadual, aku ngan Norlin ngan Oja dpt satu group utk Slot Penyelesaian Masalah. Hehe, tak nak wat hal lagi, kitorang pi punya cepat, siap sempat berdondang sayang dlm bilik tu.. hehe. Satu group ada 10 orang dan fasi kitorang namanya Maslina dari Kementerian Luar Negeri, sporting orangnya. Panel penilai plak namanya Ikmaludin tak silap aku. Yg menyampahnya tak der plak sesi ta’aruf, so aku mmg tak kenal ramai orang. Yg aku kenal cuma budak pompuan ngan sorang budak lelaki, sapalagi kalau bukan Encik Norhisham, itupun psl dia satu table ngan aku masa test petang tadi. So, segmen dlm slot Problem Solving tu alahaii.. mmg mengecewakan. Semuanya aku dh pernah buat masa kat U dulu, bosan beb, balik2 menda yg sama, cam tak der idea lain plak derang ni. Ada satu slot tu, lg haru biru, kasi soklan payah cam haper, tak clear plak tu, mana nak cekau jawapannya. Biler tanya fasi, fasi kasi jawapan tp bila tanya the reason, dia sdiri pun tak tau, aduhaaiii, bleh plak cam tu. Demoralize betul aku masa tu. Dah ler, sempat blackout masa tengah bincang2, tpaksa pindah ke kaki lima. Malam tu jugak, kami diberi soklan untuk persediaan public speaking esok hari.
Balik, pi supper dan check plak grouping dan venue utk slot seterusnya esok pagi. Kali ni, dlm senarai, aku cuma kenal Maha sorang jer. Balik bilik, melepak bilik Oja dan mengutuk macam2 hehe sampai lah kul 12 lebih baru balik bilik sdiri, tengok Zairin dah nak tido, dan aku pun tarik selimut dan tido lagi. Tomorrow, the battle will continue..

Monday, April 25, 2005

Separuh Hari Pertama Di PAC IKWAS

Assalamualaikum..Back to work after 4 days off. Off day but my body now is extremely tired and my eyes.. adoiii very2 sleepy. But unfortunatley, i got tution class tonight and will never haf the chance to lie down and rest until 10.30pm at least.
I was attending PAC or PTD Assessment Centre for 3 days at INTAN Wilayah Selatan or IKWAS. One of the stage that i need to go in the process of PTD intake. Nak jadi orang gomen katakan. I would like to tell u guyz my experience there, but rather to write in bahasa rojak so i wont get stuck in the middle, thinking the right words to present my thoughts. In direct words, MY ENGLISH IS BAD.. hehe.
1st DAY
Woke up enthusiastically. Barang semua dah siap packing dari semalam but still mak masih sibuk tanya itu dah bawak? Ini dah bawak? Adoii.. this is not my first time pergi kursus malah dah berpuluh kali pun. Pagi, we are running out of water supply, nyampah plak aku ngan SAJ ni. Tapi tetap abah tolong basuhkan keta aku hehehe... pasal dah janji semalam kalau abah pinjam keta aku wat gi JB, abah kena tolong basuhkan sebelum aku pi Kluang. Hehehe.. kejam gitu. Actually mak mcm tak suka aku gi sorang, asalnya mak nak suruh abah hantar aku pakai keta Honda dan keta Wira aku tinggal umah untuk mak pakai. Masaelahnya, kereta WIRA ni aku dah tuang full tank semata2 untuk journey ke Kluang ni. Takkan nak tuang sekali lagi untuk keta Honda ni plak, bengkrap beb aku, dah ler ujung bulan ni. Lagi plak, aku dah 25 tahun apa, takkan lah masih nak dihantar, bukannya aku tak der lesen pun. Jalan Pasir Gudang n JB yg sesak giloss ni pun aku dah biasa, inikan plak setakat Kluang. Ececeh, berlagak gitu.
Sebelum berangkat, selain mak abah yg kasi wasiat, aku pun ada wasiat jugak. Sesapa yg telefon aku kat umah, tolong kasi tau yg aku balik kampung. Huhuhu.. aku takmoh lah karang ada orang ofis yg tau rupanya aku ada intention cari keje lain, pergh naye beb aku. Pada housemate aku pun aku tak cerita sebenarnya, pasal aku tak mau dia ingat yg aku ni ada intention nak kuar dari umah sewa kitorang ni kelak. Kat opis ni yg tau aku gi kursus ni cuma En Azmi ngan Kak Ina jer. Aku yakin derang boleh zip mulut masing2.
So, journey ke Kluang aku steady jer. Tak ikut jalan dekat, tapi rela ikut jalan jauh pasal nak ikut cakap mak psl jalan dekat tu sunyi sepi sikit. Rilek2 pun sampai jugak aku ke Kluang pada pukul 9 lebih. Dah ramai jugak yg datang dan orang pertama yg tegur aku masa kat tmpt parking adalah Maha ngan Norlin. Maha dr Kl, Norlin plak orang Kluang jer. Smapi jer, terus kena amik ketinggian dan berat, aikk.. aku jadi pelik, ni nak masuk jawatan PTD ker, nak masuk Amerika Next Top Model. Then, terus daftar, dapatlah nombor badan yg besar gedabak tertera 48. Nombor yg harus dipakai di mana2 jua sepanjang program. Cik 48, itulah aku. Selain Cik 48, aku ada nama lain jugak kat sini iaitu Cik Lampu, tp tu citer hari kedua nanti. Dah tu, pendaftar siap tanya kita leh main alat muzik apa, aku btambah pelik, eh..ni macam nak masuk Akademi Fantasia ler plak. Dah amik kunci bilik, kitorang pergi plak bergambo. Gambo berlima dari no 45 sampai 50. Dgn tag kat badan mcm banduan, bergambar macam ala2 Malaysian Idol gitu, buat aku lagi jadi hairan, apa motif derang ni?
Lepas tu, tak sempat masuk bilik, kena plak pergi amik ujian Bahasa Inggeris. Hehe.. macam soklan budak sekolah menengah beb.. Tp aku main bantai jer, aku bukan terer sgt pun. Sib baik nomor aku ni dlm 50 terawal, kalau tak, harus aku kejung nak tunggu amik ujian sesi 50 orang seterusnya. Abis ujian, derang kata ada minum pagi. Aku pun ngan Norlin selamba badak nak masuk Anjung Selera tp kena tahan ngan Cik Siva, dia kata minum pagi tak der, kul 11.30 nanti baru terus lunch. Hehe.. bengang seh, malu muka aku, tp control jer. Kitorang tak salah, fasi tadi tu yg silap kasi arahan. So, kitorang pun terus angkut barang dari parking ke bilik, berpeluh kepanasan dan kepenatan. Orang lain ramai yg dtg dihanto mak bapak smpi kan ada staf INTAN tu siap tanya kat aku ngan Norlin 'Family awak tak datang hantar sama ker'. Hehe.. kitorang ni berdikari, datang cuma bersama doa restu sahaja hehe, klass ngko.
Biliknya 104, pergh.. betul kata usu, macam hotel beb. Aku ingat cam asrama2 biasa, sebab tu aku siap bawak selipar tandas, shampoo, sabun, lilin dll. SIb baik, kalau ikut cakap mak pagi tadi, baldi pun dia suh bawak, tak ke karang aku yg segan hehe. Rupa2nya sumer lengkap, bilik air pun dlm bilik, ada TV, ada aircond, ada peti sejuk lagi, classs nyahh. Tp aku tak puas hati psl hanger dia melekat, tak leh tanggal, leceh beb nak gantung baju. Roommate aku orang Negeri Sembilan tapi kerja kat KL, kat TIME, hehe teringat aku ari tu ada dapat kerja kat situ. Zairin pun kerja dlm bidang IT jugak tp dia contract basis. Kitorang sebaya plak tu dan sama2 anak MRSM rupanya hehe.
Tengahari turun makan, hehe.. cantik cafenya, betul macam hotel2 tp makanannya bagi aku biasa2 jer. Sebelum naik bilik aku ngan Norlin ngan Oja pi survey Dewan utk slot ptg nnt. Oja ni roommate Norlin, dia pun sebaya ngan aku (norlin plak lahir 1979, in fact sumer peserta adalah 25,26,27 jer). OJA ni pun ada gaya2 Jaja hehe.. duduk pun kat Bandar Tun Hussien Onn, tmpt Jaja duduk dulu. Cara cakap ala2 sebijik gitu. Pelik aku, kat mana2 aku pergi, mesti ada orang yg ala2 Jaja yg aku jumpa (still my Jaja is the best lah kan).
Lepas tu, budak lelaki pi semayang dan aku pun naik bilik, bukak tv dan tidur.. hehe.. bersambung....

Friday, April 15, 2005

When i am so tired to do anything

The condition of myself is getting worse, mentally, pysically, emotionally and not to forget, financially as well. I wrote such a long mail for Jaja and i think she is still searching a free time to check her mail box on the net.
Just now, i tried to concentrate on my work but it didn't work at all. I think, my mind had already been influenced by my bad condition of health. A few days ago, i had a high fever. I went to see our company's panel doctor but unfortunately he refused to give me any medical leave even he claimed that my body's temperature was high. So, i still go to work but had to absent from my tution class or probably i will collapse in front of the children.
After a few days, still taking my medicine, my condition is nothing better but getting weaker instead. With bunch of works waiting to be done, i feel like dying inside. The people around seems not understanding my situation. Yesterday, i was at somewhere else in the plant, teaching my new clerk about our system and suddenly the HR boss called just to asked me to come back to the office and conduct a few interview for new recruits. I felt like shouting back at him. He already knew that i haf something else to attend and he was free, why not do it on his own. But i just do it, 4 people coming for job interview, and the job was Silo Storehand. After each interview, i need to bring the candidates to tour the Silo viewing the working environment. Actually the Silo superior prefer to use contract workers instead of a permanent storehand but dunno why the HR boss insist to haf one. So, just imagine, touring the dusty area a few times a day with my health was not good enough, plus my Resdung, what do you expect?
I was so tired yesterday, i did not even talk to my housemate even she tried to be nice with me. I haf no mood at all and had gone to sleep quite early. This morning, i woke up wit a sore throat. My body is very weak and my head feel dizzy. My appetite is gone already, I can't do my work properly, so i slip into this computer room and sit in front of this PC, typing my blog entry.

Wednesday, April 06, 2005

A Miserable Start In April Blues.

It has been such along period since the last time I jot sumthing in this blog. What a pity, and actually waktu2 mcm ni lah yang I need this blog very2 much. This blog might not be the best listener for me but it will never ever membantah or hentam me even though I was wrong.
I wrote this entry at home. My new home to be exact, using my housemate’s pc. Rarely and hardly to find a free time to sit and spent sometime to pamper myself. Now still wearing my baju kurung, I haf no mood at all of doing anything. My housemate is not around, somewhere upstairs, haf no idea what she is doing right now.
My day was not going smoothly as expected. And should I say actually I did expect that a lot more trouble is coming on my way. On my way to..? Haha, no destination at all actually, I just let myself get through the fated life. And that reveal what kind of person I am right now. I am now a useless person. Huhu.. I lost myself, no more self confidence and very scared to death to face anything that going to happen tomorrow. Alamak, siapa ni?? Oh my God, I was not like this before. And this is one of the reason why I couldn’t held my tears now especially right now the song Pasrah Segalanya is airing on IKIM.
I do not know whether what I am doing right now is correct or wrong. But my decision now lead me to a lot of trouble which I try to accept positively knowing that La Yuallifallahu Nafsan Illah Wus’aha, tidak Allah bebankan hambanya melainkan dengan sesuatu yang sesuai dengan keupayaan hamba tersebut. Sometimes I start to think whether I am too sensitive or too weak. Will other person be stronger if they are in my shoes?
Haha… Jaja must be very aware about my condition right now. But it was not only that, personal matter is other case, now I am facing a lot more problem with my job, my workplace, my superior, my colleague and my downliner. A few months ago, I was so excited knowing that I am going to be promoted to a better post in HR. But that was temporary, stepping into the real world is not similar to learning through books or lecture. And the worst was when I found out that i am going to turn myself 180 degree which mean after 25 years of life, I need to turn into a different person. It is hard and really2 hard. I failed each time I try, so weird...