Wednesday, December 30, 2009

Minggu yang hectic

Dari 23 aku sampai 29 hb aku tak balik rumah. Berderet2 urusan, dari bengkel SKT Bahagian lama, kenduri di Johor dan bengkel SKT Bahagian baru.

Bengkel SKT Bahagian lama aku anjurkan di Hotel Impian Morib. Tempatnya ok cuma tak der pantai sebab tepi laut yang memisahkan hotel dan pantai tu dibuat macam benteng. Sebagai hotel 3 star, oklah. Paling best aku rasa swimming pool dia, nampak friendly sgt. Bilik2 dia ok lah, ada konsep superior, deluxe dan challet. Harga boleh tahan. Kali ni aku bawa Rafhanah sekali (memang selalunya aku bawak pun kan). Tapi kali ni ayah dia yang jaga dia sebab ayah dia cuti. Rafhanah memang budak baik, bawaklah jalan ke mana pun, steady jer dia. Dia sangat suka main air ok. Bukan setakat mandi, masa ayah dia bawak ke swimming pool, suka sgt dia. Biler ayah dia cecahkan kaki dia ke air jer, bukan main seronok smpi tak leh diangkat. Bengkel ni kiranya bengkel terakhir aku atau event together2 aku terakhir dgn bahagian lama ni. Walaupun secara rasminya aku dh bertukar tp kerja2 di Bahagian lama tetap kena buat. Tapi seriously aku tak sepenuh hati sgt lah kan sbb separuh jiwa ku pergi. Ececeh macam lagu Anang plak. Apa2 pun aku seronok ke bengkel kali ni. Dan kami pulang dengan kerja semua settle seperti yang disasarkan.

Dari Morib, terus drive balik ke Johor. Husband nak lalu jalan dalam ke Linggi. Punyalah jauh, ingatkan dekat. Aku plak lelap jer sepanjang jalan walaupun Rafhanah terjaga. Tidur2 ayam lah aku. Ngantuk sgt, penat sgt otak aku ni. Sampai kluang, aku suarakan kat suami, ajak dia cari kedai kopi kluang station yang glamer tu. Mula2 gi stesen ketapi, mcm tak der je. So kami call pak usu yg mmg duduk kluang. So berkat panduannya (dia pun tak penah pegi pun), kami sampai ke Kluang Rail Coffee. Ramai giler orang, nak duduk pun tak dapat. Kena tunggu, so aku tak bagi husband dukung Rafhanah, aku sendiri yang pegang, saja kononnya bagi orang kesian hahaha. Akhirnya dpt gak duduk hehe. Kami order kopi susu dan roti bakar. Bagi aku sedap sgt roti bakar dia. Kopi dia pun ok, cuma husband kata tak cukup manis.

Dari Kluang, balik ke rumah atuk, makan dan tidur. Tak sempat kami ke rumah nenek yang ada kenduri sebab husband kepenatan, esok pagi2 lah kitorang pegi. Tpi tak lah pagi2 jugak akhirnya kul 10 lebih gak kami gi umah nenek. Yelah, nak tunggu budak2 punyalah lama. Ni lah antara lecehnya beranak ramai, serba serbi lambat. Bilik air satu, nak mandi lah, nak gosok baju lah. Last2 abah tak henti2 tepon dari umah nenek naper kami tak sampai2. Keluarga belah nenek ni lain sikit, klu kita dtg kenduri setakat nak makan jer mmg nak kena lah tu, tak sedar2 diri ke kita tu sdara, takkan dtg makan jer, buat kerja lah sekali.

Sampai je rumah nenek, Rafhanah terus bertukar tangan ke ayah dia dan kadang2 ke nenek dia. Aku dan beberapa orang sepupu sibuk menguruskan untuk masak dan hiasan untuk makan berdamai. Kelam kabut gak dibuatnya. Ye lah, kenduri kampung, semua buat sendiri, bukan mcm bandar, pakai catering. Sampailah petang. Habis kenduri, aku tolong mengemas dapur dan belakang rumah pulak. Tau2 je lah kenduri kawin, macam mana sepahnya. Busy punya busy smpi aku tk sempat pun ke JB pergi kenduri Zila.. sedih rasanya. Tp nk wat mcm mana. Malam dalam kul 10 kami balik ke rumah atuk, tidur..

Esok pagi2 husband dan anak2 lain balik KL sebab ceah dah nak sekolah isnin. Aku plak dengan abah, mak, adik dan Rafhanah ke PD plak sebab aku ada Bengkel SKT bahagian baru. Teruk tul aku, aku dera mak bapak aku. Sepanjang bengkel tu, tiap2 hari mak bapak aku ulang alik datang malam dan balik pagi sebab nk bagi aku berkepit dgn Rafhanah. Derang tak leh stay terus sebab adik aku keja. Aku plak tak bleh berpisah dgn Rafhanah. Bengkel kali ni berbeza dari yang dulu, ye lah Bahagian pun baru. Memandangkan pengarah baru, banyaklah yang dibincangkan secara detail, jadi aku pun leh jugak mengikuti perkembangan sama. Cumanya masa nak buat perbincangan unit, agak blurr sikit sebab aku mmg tak tau apa2 pasal perundangan ni. Pegawai2 utama nya plak tak dtg. Sib baik hari terakhir tu sorang pegawai unit aku datang, wlupun dia pun baru, namun dengan sedikit nota, kami dpt jugak buat SKT dan aku dpt jugak bentang, dan aku bangga akhirnya aku dapat juga gambaran apa kerja2 yg bakal dilakukan nanti.

Pertama kali duduk sekali dgn rakan sekerja baru ni, terasa semuanya berbeza. Style kerja berbeza, style pembawaan diri pun berbeza. Klu di bahagian lama aku lebih berprotokol, di bhgn baru ni lebih bebas. Semua pegawai kelihatan agresif dan terbuka. Mungkin sebab mereka semua junior dan muda2. Kecuali seorang je pegawai yang agak lama. Yg lain2 semua baru. Kerani2 plak berbeza jugak. Di bhgn baru ni kerani2 dia begitu berpengetahuan tentang core business, mereka bukan setakat buat kerja perkeranian tp turut ambil tahu tentang perkara2 yang diuruskan di peringkat pegawai.

So far, aku rasa ok dgn environment baru ni. Semua orang ok. pengarah ok, colleague ok, kerani2 pun ok. Insya Allah aku akan mampu menyesuaikan diri dgn keadaan di sini. Aku nekad untuk jadi seorang pegawai yang terbaik di bahagian itu nanti.

So semalam petang aku pun selamat balik bangi. Penat teramat, smpi kan aku tidur sepanjang petang. Hari ni, kerja mcm biasa. Atas meja aku penuh dgn pelbagai memo dan dokumen untuk tindakan, adoiiii...

Thursday, December 17, 2009

Baru

Lama tak update. Sebabnya macam biasa. Tak ada gambar so rasa tak seronok nak update, buleh camtu.

Apa yang buleh aku katakan sekarang adalah aku secara rasminya telah menerima berita yang ditunggu-tunggu iaitu kenaikan pangkat ke gred M48. Dan aku telah ditempatkan di satu bahagian di jabatan. Punyalah berdebar2 tunggu surat, last2 dapat jugak. Berdebar sebab apa, sama ada stay di sini atau tukar sebab ada dua org yg naik pangkat kat sini, tapi post nya satu. Kami siap gosip2, sapa yang kena kuar tu maksudnya bos tak sayang dia lah tu hahaha. Dan hasilnya akulah yang tak disayang itu hahaha.

Aku dah lapor diri di Bahagian tu semalam, cumanya pengarah tak da, so aku datang balik hari ni bersama dengan surat penangguhan sebulan. Kenapa sebulan? Bos lama aku yang suruh dan kalau ikut dia, dia nak lagi lama atau setepatnya tak yahlah pindah terus.

Bahagian baru ni, memang jauh dari bidang aku sebab di situ aku kena buat perkara2 berkaitan law, akta2 semua. Jenuh jugak nak belajar tu. Tapi aku bersyukur sebab di bahagian tu aku ada ramai kawan yang aku kenal termasuk sorang pegawai bahagian lama aku yg baru je pindah situ. Selain tu, ada juga rakan yang dulu buat kerja2 aku tu masa dia duduk bhgn tu, so bolehlah dia share knowledge dan tolong2 mana yang patut sahabat nya ini. Ada sorang kawan kata, kalau duduk situ, nanti masa pac gred 52 mesti aku terer bercakap perkara2 dasar, almaklum buat akta2 dan perlembagaan semua.

Kalau dulu aku ada ramai anak buah, tapi di tmpt baru anak buah ku hanya 4 orang, dua pegawai, dua kerani. Hemmm sikitnya, 5 kali jumlah staf aku kat bhgn lama. Tapi kat situ yg best lagi, dekat dgn ramai kawan2, dekat dgn alamanda dan yang pasti, ada parking yg menjadi masalah besar aku di opis lama. Pengarahnya plak nampaknya orang yang cool, aku kenal pengarah tu, sebab penah gi rumah dia masa kat london dulu, tp dia tak ingat aku pun hahaha.

Bos lama aku akhirnya berjaya juga mencalonkan pegawai utk ganti tmpt ku di opis lama, so bolehlah aku start train dia. Klu tak, aku mcm ding dong, mana sebenarnya tmpt aku. Akan dikekalkan atau pindah? Sebabnya bos lama dh mintak jawatan lama aku tu dinaiktaraf agar aku pun dapat kekal, tp itu tentu memakan masa. So, buat apa menanti benda tak pasti. Baik aku teruskan mana yang patut.

Kalau nak tanya aku, nak stay ke nak pindah. Memang aku berbelah bagi. Secara emo nya mmg nk stay sebab kita dah biasa dgn environment, staf, bos, tmpt. Mana2 orang pun akan rasa begitu sebab jarang org suka nak kuar dari zon selesa. lagi plak aku tak der buat kes kat sini, so tak der dorongan pun nak kuar. Tapi aku kena pk jugak utk diri sendiri, smpi biler nk buat benda sama.. satu hari aku akan kuar jugak. Klu aku pk nk buat benda yg sama spnjg masa baik aku tak jadi ptd, baik aku balik jadi programmer atau jadi lecturer je, lagi senang.

Ramai jugak kawan2 di opis hq yang pelik naper aku keluar dan colleague aku tu dikekalkan sebab derang ingat bos aku lebih sayang aku hahaha. Itu pandangan orang hehe. Hakikatnya tidak dan sekarang mereka pun tau hahaha.

Cumanya aku harap nanti aku akan dapat lakukan yang terbaik di tempat baru. Insya Allah aku akan cuba kuar terus dari zon selesa aku ni, belajar yang baru dan buktikan aku mmg boleh jadi pegawai yang versatile.

Update On Rafhanah. Dia dah jadi budak baik sekarang. Hari tu aku bawak ke kedah 3 hari, tak meragam pun, baik jer dia. Mommy bangga sangat dgn dia. Gi kenduri, mcm dia plak pengantin, cameraman amik gambar dia banyak. Chumel hahah (puji anak sendiri). Dah mula belajar nak memanjat2, dah pandai pok amai-amai, tak payah kite tunjuk tepuk, kita sebut pok amai2 je pun dia dah pandai bertepuk sendiri. Selain tu dia sangat suka angguk2 kepala. Orang cakap2 dgn dia, tiba2 je angguk2 macma paham je. Moyang kata dia lawak. Apa yg kiter buat, dia selalu ikut. Dana pa kita larang dia macam paham. Lagi satu, dah pandai melawan, pantang orang kacau amik barang dia ke, menjerit dia. Pastu, gigi dia dah masuk 6 batang dah sekarang dan aku tgh rancang nk cari berus gigi yg masuk jari tu.

nanti lah, aku upload plak gambo dia.

Wednesday, December 02, 2009

Aku ada Rafhanah

Biar se messy mana hidup aku, Rafhanah tetap nombor satu. Dia lah satu2nya pengubat hati, satu2nya yang membuatkan aku merasakan bahawa masih ada ertinya hidup aku ini.

Rafhanah sekarang dah tumbuh lagi 2 batang gigi di atas. Besar plak tu, atuknya kata gigi kapak hehe. Tu yang sekarang asyik meleleh je air liurnya.

Dah naik walker. Penat aku tunggu tapi dia tak mau merangkak, ayik nak berjalan dan duduk. Untuk pengetahuan, Rafhanah dah boleh duduk tanpa sokongan semenjak 6 bulan lagi. Dan dia sangat suka berdiri dan berjalan. Penat, so aku belikan walker. Bukan main laju, sampai penat mengejarnya. Dan suka melonjak2, dah pernah 2 kali tercabut seat walker tu smpi terduduk dia dlm walker.. nangiss, tp then dia buat balik haha.

Mulutnya sangat tidak tau diam. Biler happy, ada jer bunyi2, ajeejejej, atatatata, aaaaa, eeeee.. siap ada intonasi tu yg lawak. Klu aku ada masalah, dgr dia bunyi2 macam tu, terus melayang masalah. Kadang2 aku ajar sebut perkataan atau hurup, bukan main rajin mengajuk tapi bunyinya lain ishk3.. tak per baru 8 bulan hehe.

Makin debab badannya. tak taulah dah berapa berat, tapi kalau dukung mmg lenguh dah. Matanya paling aku suka, smpi semalam entah macam mana bangun pagi tgk mata dia bengkak sbelah mungkin digigit semut, aku rasa nak menangis. Sedih sgt tgk dia sepet sebalah, tapi chumel ok.. and dia pun biasa je. Yg lain2 aku suka rambutnya, baru kena tarah rambut belakang$ yg mencecah leher hingga merah2 ruam tengkuknya. Kulitnya pun aku sgt suka, kulit baby mmg lah best. Aku suka kaler kulitnya, cantik haha puji anak sendiri smpikan aku kompius plak dia warisi tu dari sapa.

Syukur, setakat ini Hanah bagi aku sgt sihat kecuali kulitnya yg agak sensitif dgn peluh dan sangat ramah haiwan. Sebabnya stp hari ada sahaja bekas kena gigitan serangga wlupun aku dh sekerat nywawa pastikan persekitarannya selamat. Selsema, batuk dan demam ddah tiada kecuali masa dia sangat2 bayi dahulu. Mula2 dulu aku takut antibodinya lemah sebab aku kan tak betul2 breast feed secara eksklusif, tapi Alhamdulillah dia sgt sihat, mungkin sebab susu (aku masih pakai mamex) dan sebab org yg menjaganya.

Hanah sgt tidak cerewet. Dia langsung tak memilih makanan. Apa yg aku dan neneknya suap, semua dia makan. Dan yang penting, dia sentiasa tak menolak untuk makan. Risau juga biler baca macam2 kisah anak yg tak mau makan. So, biler hanah makin debab, paham2 lah ajer hehe. So far aku dh perkenalkan macam2 makanan utk dia dan dia nmpknya prefer yg asli, yg kami masak sendiri mcm kentang, carrot, bubur nasi campur sayur, sup. Nestum dia mcm kurang suka. Snek pulak aku beri farleys dan baby bites (dia suka yg perisa chicken and vege). Klu tak der bubur, aku lenyek nasi smpi hancur, smpi lenguh2 tangan menekan. Klu malas lagi, jalan mudah, aku kunyah, then aku kuar balik suap dia.. eeee, mcm selekeh jer, tp aku ingat mak aku selalu gak wat mcm tu utk anak2 dia.

Jinak2 merpati, itulah anakku. Dari jauh senyum2, tp biler org dekat, mula mencebek dan melalak. Dia mmg bukan bayi yg peramah yg boleh dgn sapa sahaja, sebaliknya Hanah mmg bayi yg jual mahal. Tapi kami suka, bahaya klu ramah2 sgt ni kan. Klu balik kg, dialah drama queen, air mata berjurai2 menangis biler ditenung dan cuba diambil saudara mara. Byk stok air mata anak aku ni tau. Melekap je dgn mommy dia. Mmg rimas, tp aku suka sgt sebab dapat rasa bonding yg kuat antara aku dan Hanah.

Seperti mana kebiasaan bayi lain, Hanah skrg pandai mengutip, hatta sekecil2 cebisan habuk kat lantai dia leh kutip. Klu dulu semua masuk mulut, tp sekarang dah kurang, dia seolah2 tau apa yg boleh dan apa yg tak boleh. Paling suka, mengoyak tisu, dulu dia selalu jolok tisu dlm mulut, tp lepas dilarang berkali2 dia mcm dah paham skrg. Klu diunjukkan apa2 barang, dia biasanya akan merenung dahulu, tak pernah terus ambil, mungkin menilai? Selainntu, dia pandai tgk tv dah especially iklan, especially iklan yg colorful dgn sound2 yg menarik. Satu feveret dia, iklan ribena lagu industan tu..

Penangan ada anak ni mmg hebat. Bagi aku antara anugerah terbesar dan terindah dari Allah. Tengok baju dia masa mencuci pun aku leh berbunga2 happy.

Wednesday, October 21, 2009

Hari ni...

Hari ni... aku tak bawak henpon, so hajat ku nak mengupdate gambo tak kesampaian. Banyak gak mendanya nak diblogkan tapi aku tak der material alias gambo untuk menyedapkan entry.

Hidup aku seminggu dua ni mcm biasa. Minggu lepas Bahagian adakan jamuan hari raya. Aku tak involve sangat kecuali tang jemputan jer aku buat. Macam biasa, design card jemputan ala kadar, hantar. Alhamdulillah tahun ni ramai jemputan yang hadir, sampai tak cukup pinggan ok. Yang bestnya, Datuk KSU dan TKSUB pun datang sekali. Rasa bangga jugak. Tahun ni makan ok lah, tapi rasa mcm byk gak ruang kosong kat meja, adakah tahun ni kurang makanan mcm tahun lepas. Aku pun tak pasti. Yang bezanya tahun ni kitorang ada anugerah2 cabutan bertuah, pakaian sedondon, pakaian paling glamer dll. Setiap unit pun dpt hadiah jugak. Sebenarnya kami ni cuma nak menghabiskan hamper yg dihadiahkan oleh CIMB yang asalnya untuk Hari Keluarga. Memandangkan Hari Keluarga pun dah kensel, hamper terpaksa lah kami gunakan untuk tujuan lain pulak.

Minggu lepas jugak, aku balik kampung Negeri Sembilan sebab ada kenduri sempena PIL akan berangkat ke Tanah Suci Sabtu ini. Biler ber anak kecik ni dengan pulak Rafhanah yang kurang friendly, tak nak kat orang (which is bagi aku baguslah dia tak simply nak kat orang), makanya aku tak dapat nak membantu sangat kerja-kerja kenduri. Hanya dpt curi2 masa masa dia tido. Selain itu, nak kena kepit jer lah dak kecik tu. Kalau tido pun, aku kena make sure ada sorang kakak dia yg tunggu sebab si kecik ni pantang panas dan bising sikit. Ada satu malam tu, buat pertama kalinya aku 'meletup' kat umah PIL. Memandangkan rumah PIL agak kecik dan terlalu dekat dgn jalan, makanya kebisingan tu tak dapat dielakkan, dengan bunyi orang buat kerja, pingan mangkuk berlaga, dengan bunyi mercun dan paling tak tahan anak2 sdara buat bising dlm umah, terjerit2. Rafhanah plak mmg time dia tido start 9 lebih. So, bygkan lah dgn kebisingan dan kepanasan, mcm mana lah dak kecik tu nk tdo. Anak2 sdara tu dah kena sound dgn maksu dia berkali2 tp tetap degil, last2 aku yg bukak mulut.. haaaa semua terdiam. Almaklum tak pernah dengar mak ngah marah huhuh. Malam tu, Rafhanah mmg asik meragam jer, serba tak selesa. Kuar masuk buai jer dia malam tu. Rasanya sepanjang malam tu dekat 10 kali lah aku bangun settlekan dia.

Hujung minggu ni aku akan ke A Famosa buat kali ketiga tahun ni kerana meeting. Kali ni sekali lagi aku akan bawa Rafhanah, mak abah dan adik. Husband kerja sabtu. Mungkin petang sabtu aku akan pecut ke Tampin jumpa PIL sebelum derang bertolak ke Kelana Jaya. Alaa Tampin ngan A Famosa bukan jauh pun kan.

Sekarang ni, rasa susah nk berenggang dgn dak kecik tu. Makin comel, makin keletah. Ada sahaja aksinya yang mengundang senyum dan tawa. Aku tentu akan sentiasa ingin merasai :

-Bagaimana dia akan menggigit jari ku dengan dua batang gigi kenitnya setiap kali aku cuba mengeluarkan kertas yang selamat masuk mulut masa main.

-Bagaimana dia akan menepuk2 pipiku, adoiii.. ketika aku saja baring letak kepala di kakinya waktu dia duduk.

-Bagaimana dia akan menghadiahkan aku senyuman setiap kali terjaga tengah malam dan waktu pagi semasa bangun tido.

-Bagaimana dia akan menjerit2 sambil melonjak2 kesukaan apabila melihat sesuatu yang disukainya.

-Bagaimana dia menyentuh mukaku, manarik rambutku dan cuba manarik cermin mataku setiap kali aku mendekatkan diri berbual dengannya.

-Betapa mulus wajahnya semasa aku memandikannya, dia tak pernah menangis semasa mandi tetapi begitu menikmatinya sambil kakinya digoyang2.

Ahhh.. semuanya indah bersama anak itu.

Gaji lama lagi, bulan depan. Sebabnya bulan ni gaji awal. Duit dah makin surut.. tapi aku ada macam2 dalam senarai.

MAHAL
-English Style Bedroom set untuk bilikku di umah Kajang.
-Mini Notebook dan broadband.

MURAH
-Servis kereta ATOZ ku.
-Cadar baru.

Hemm.. aku harap jumaat ni akan ada berita gembira.. Amin.

Wednesday, October 14, 2009

After PAC

Pejam Celik Pejam Celik, habis dah PAC. PAC yang memberi tekanan jiwa dan raga. Dulu PAC bersama orang yang tidak dikenali. Tapi sekarang lain. PAC sekarang bersama kawan2 sendiri. Dulu tak tertekan sebab perform ke tak perform ker, tak der sapa yang amik kisah dan ingat. PAC sekarang lain plak, kiter berhadapan dengan kawan2 so klu tak perform tu, rasa malu tu lain sikit. Cumanya satu yang bagus, biler PAC bersama kawan2 ni, masing2 akan cuba support kawan2 (still, ada gak yang selfish, sibuk menonjolkan diri sendiri ajer). Lumrah lah tu.

TRAVELING DAY (IKWAS, here we come)
Traveling day yang hectic sedikit. Pagi2 aku masih kerja sebabnya bos dari malam tadinya dah sms suh sediakan laporan tentang bajet in BI untuk submit ke IMF. Settle, nak gi bank, ramai orang plak. So, kul 11 terus balik umah, amik beg, drive ke umah mak sebab nak tinggal keta situ dan naik komuter ke KL sentral dari stesen UKM. Kat umah mak, sempat makan dan menatap, memeluk dan mencium si kecil tu puas2. Alahai sedihnyaa nak tinggalkan dak kecik ni. Then 12.30 abah mak dan si kecik hantar ke Stesen Komuter UKM. Sib baik tak tunggu lama. Sedih sangat biler train bergerak dan sayup2 wajah si kecil lenyap dari pandangan.. sedih gilerr weeiii. Sib baik dlm train dpt duduk, idok lah lenguh berdiri. Sampai KL Sentral, fique dah tunggu. Husband pun sempat datang siap turun sampai dalam koc hehe.. selamba. Tapi yang menyakitkan hati sikit, nama jer first class tapi tak rasa macam first class pun ok. Rasa tak berbaloi plak spend lebih duit. Aku ingat first class train ni ada rupa2 business class flight. Jauh panggang dari api. Pas ni, tak der nya lah aku nk naik train lagi. Dalam train, aku dan fique banyak berbual pasal family, pasal anak. Almaklum dah jadi mak orang, itu jer lah topiknya. Dah nak sampai baru lelap. Tu pun sib baik sedar biler smpi Kluang. Kalau tak, harusnya kami sesat terlajak sampai Singapore ok. Kluang, kami makan dulu (lambat betul, dari langit terang smpi gelap makanan tak sampai2). Then amik cab (RM15 jer, ingatkan puluh2) pergi INTAN. Amik kunci (bilik 114), masuk bilik, study (konon2 utk public speaking) dan aku terlena tanpa sempat mandi (kantoii).

PAC (1st day.. cakap dan cakap)
Pagi bermula dengan breakfast kemudian ke dewan besar untuk daftar. Sama mcm PAC lantikan dulu, ada amik tinggi, amik berat (aku 52 kg ajer ok hehe) dan ada nombor badan yang besar, tidak lupa sesi bergambar ala malaysian idol. Perutusan Datuk ***** tentang pergerakan kami ke gred lebih tinggi dan bermulalah aktiviti. Kami peserta hanya tau lokasi aktiviti, masa dan kumpulan. Apa aktivitinya mmg tak tau. Sepanjang 3 hari ni, masuk bilik dan tadah jer lah, layan jer apa yg disuruh buat. Aktiviti 1 adalah pengucapan awam BM dan BI, impromptu lak tu. Panel Tuan K. Mmg masalah bagi ku untuk yang BI sebab aku akui aku mmg tak demonstrate a good proficiency. Aku dpt tajuk Sistem Pendidikan dalam BM (lega giler) dan Inflation in BI (aku merapu sahaja lebih). Nasihat ku pada yang nak public speaking impromptu ni, key nya senang jer. Narrow down the subject. Cakap secara umum adalah amat bahaya sebab biler tak der idea, kita akan stuck dan blank. Petang plak kami kena wat perancangan projek, diberikan gambar pekan, analisis dan rancang projek pembangunan yang sesuai, esok malam present. Masalah sungguh sebab group kami tak der ahli yang pakar buat proposal macam tu, apakan daya. Kul 5.30, larian 2.4 km. Rasanya inilah first time aku berlari lepas bersalin dulu. Slow giler aku sebab kasut aku koyak ok, dua2 plak tu. Apa taknya inilah jugak kasut aku masa DPA 3 tahun lepas, hehehe.. kedekut. Balik ni sah2 aku buang dah kasut tu sebab ni dh masuk kali kedua koyak. Malam ada discussion tentang isu semasa, in BI.. adusss. Apalagi, nganga jer lah aku. Group lain plak aku tp ramai yg satu KPT. Group ni tengan Tuan S. Semua orang lain terer bercakap. Aku rasa aku lah yg paling tak perform. Kemudian dah habis bincang, kami diminta buat satu surat cadangan dalam BI. Sekali lagi nganga ditambah dengan garu2 di kepala... tulun!!! Malam, habis sesi, berkumpul di kumpulan asal dan buat projek pembangunan ukt pembentangan esok plak. Kul 2 pagi baru aku tdo dalam kerinduan pada si kecil, terbayang2 senyumannya yg menampakkan gusi dan gigi kecil 2 batang, rambut cacaknya.. nak balikkk.

PAC (2nd day, cakap tulis, cakap tulis)
Aku dan fique terlelap sampai kul 7. Maksudnya mudah, kami tk gi solat subuh jemaah. Lepas breakfast, sesi seterusnya. Dalam Bahasa Inggeris lagi, isu semasa jugak. Aku dan 2 orang sahabatku kena appoint utk present, haha nampak sgt sebab kitorang ni tak byk cakap kan. Pas tu, dalam bahasa melayu plak, kena simulate meeting antara pelbagai pihak. Bagi aku group kedua ni walaupun ramai yg aku kenal tp aku rasa down giler sebab semua org terer bercakap dan aku rasa down sgt2. Kul 11, tukar group lagi. Kali ni, group yg aku rasa tak familiar langsung ahlinya. Bukan tak kenal tp mmg jarang bercakap lah. Debat tentang isu semasa yg mana masing2 blurr. Panel Tuan P pulak. Dia kata tak puas hati dgn kitorang sebab mcm tak perform. Memang pun bagi aku sebab kami blurr dan tajuk pun kami tak paham, leh gitu? Dan aku rasa yg jadi pengerusi tu tak pandai main peranan pun. Lepas debat tu, kami kena buat kertas cadangan plak dlm masa singkat. Petang, better sikit sebab tajuk mudah dan pengerusi kami pun ok. Aku jadi pencatat pulak. Lepas tu kami kena buat kertas ulasan dan minit mesyuarat. Penatnya berapa hari ni kena menulis tergesa2 buat paper. Dah lah selama ni menaip jer. Pen bukan pakai sgt pun. Teruk beb tulisan aku. Bagi aku group aku kali ni wwalaupun mcm tak der chemistry tapi seimbang, sederhana. Petang plak aktiviti bebas bersama bola. Dalam group yng mix lelaki dan pompuan kami main bola beracun dan monyet. 3 kali aku kena bola sesat. Satu kali Adnan lempar kat kaki, kuat. Kali kedua kena kat telinga, giler sakit mcm nak nangis aku. Kali ketiga Airina main pass, sedangkan mata pandang lain, terperanjat aku. Malam plak presentation spt yg dijanjikan. Walaupun semua org kena hentam tapi aku puas hati dengan group aku sebab rasanya kami dah usahakan yg terbaik dan aku plak jadi tukang buat slide, memanglah aku suka hehe. Malam, aku dan fique makan burger jer sebab kami tak turun makan kerana nk wat slide.

PAC (kini sampai penghujungnya)
Pagi ni ada interview. Kali group lain plak. Kali ni aku satu group dgn Black... akhirnya ada gak sesi yg aku satu group dgn pak cik ni. Lama dah tak contact. Dia dah nak masuk dua pun anak. Group aku yg ni, separuh darinya adalah ahli group aku yg petang semalam. Tak der kesan pun sebab kami interview sendiri2 bukan beramai2. Aku bernasib baik sebab dapt panel yg dah familiar iaitu PPK kami masa di DPA dulu. Aku santai jer, tak ler terlalu excited dan tak terlalu pasif. Simple. Masa interview aku pendek jer dlm 20 minit. Panel tak provoke apa2 pun. Compare dgn group lain ada yg smpi sejam intebiu, kena provoke macam2 plak tu. After closing, bergambar dan balik. Bestnya dapat peluk si kecik. Aku bawak dia masuk kat hostel aku sebab nak cuci dia membuang. Seronok betul tengok dia happy terjerit tergolek2 atas katil.

So far, nak kata puas hati tu tak lah jugak dengan PAC ni. Cumanya aku redha. Tuhan menentukan segala2nya. Ada rezeki, ada lah tu.

Monday, October 05, 2009

Salam Aidilfitri Ayahanda Bonda

Walaupun raya tahun ni tak der lah berapa kaw mcm dulu2. Tapi lagu raya tetap layan. Still, layan lagu raya pun tak lah macam dulu2 jugak. Yer lah mungkin sebab mak bapak aku dah duduk sini, so tak der feel sgt pun nak raya.

Walau bagaimanapun. Tahun ni, lagu raya tema aku adalah lagu baru dendangan Raihan dan Hujan. Aku suka sangat lagu ni. Walaupun agak rancak, unik, tapi liriknya yang simple tu amat menyentuh lah. Kadang2 rasa nak nangis aku dengar. Lagu ni memang best. Two Thumbs up from me.

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Thursday, October 01, 2009

PAC lagii..

Masih terbayang-bayang di ruang mata saat2 berPAC pada 22 hingga 24 April 2005 yang lalu (tepat punya tarikh ok, inilah kelebihan berblog, semua leh refer dgn accurate sekali hehe). Waktu sedang naif, sedang jahil tentang perkhidmatan awam, masih tercari2 haluan karier. Masa tu datang dengan zero idea what the heck PTD is.

So, sekarang setelah masuk tahun kelima dalam perkhidmatan PTD, aku perlu berPAC sekali lagi. PAC untuk menguji kebolehupayaan kita dari pelbagai aspek untuk menggalas tanggungjawab di tahap mengurus, gred 48. Dengarnya, cemerlang atau tidak dalam PAC tu, kita tetap akan dinaikkan pangkat tetapi tanpa imbuhan yang selayaknya. Hemmm... pangkat besar tapi gaji ciput..?? Kerja Untuk Percuma lah tu.

Aku masih tak wat apa2 preparation untuk PAC ni. Nak baca speech, download jer tapi tak baca2. Tanya senior, derang kata tak pasti lagi formatnya mcm mana sebab siri 1 dan siri 2 langsung tak sama. Tapi kalau ikut format siri 2, ada mau pengsan lah rasanya. Sebab ada impromptu speech. Speech ni aku tak kisah sgt klu ckp melayu. Tapi kalau english aku rasa down sikit lah sebab aku nyer english memang tahap suam-suam kuku. Tapi orang kata contents and grammar tak penting, yg penting confident level yang tinggi kena ditunjukkan.

Selain tu, ada intebiu jugak katanya. Ini pun mungkin sedikit merisaukan. Sebabnya.. soalan tahap serius punya, contohnya dia akan tanya sejauh mana kita aware tentang hala tuju kementerian, core business kementerian, apa misi dan visi. Hemm mungkin dia nak uji sense of belonging dan kepekaan kita pada organisasi. Selain tu dia akan tanya tentang kerja kita selama ni. Sejauh mana kerja kita tu contribute to kecemerlangan organisasi. Lain-lain plak tentang isu2 perkhidmatan awam, macam mana nak improve service dan lain-lain isu semasa, most prolly issue yg berkaitan kementerian masing2. Kalau KPT lah ek, apa isu terbaru yer. Terbaru yg aku baca pasal pengurangan kadar melayu yang masuk IPT di dalam bidang2 kritikal seperti kejuruteraan dan perubatan yang disuarakan oleh Tun Dr. M terutamanya selepas pengenalan meritokrasi pada 1999. Macam mana aku nak elaborate isu ni ek.

Aku jadi soram sejuk jugak biler tgk orang lain prepare giler2, ada yg baca artikel, discussion with superior dan ada jugak yg siap amik leave semata2 nak prepare utk PAC tu. Hemm.. aku? Nasib aku nanti bagaimana? Aku berserah pada Allah. Doakan aku yer kawan2..

Gigi Sang Puteri

Sekali baca tajuk entry ni dah macam hikayat dongeng2 kanak-kanak lampau plak. Sebenarnya aku cuma nak warwarkan satu dunia yang puteri kecilku Rafhanah dah tumbuh gigi !!

Kisahnya bermula semasa kami makan malam semalam merangkap makan berbuka puasa bagi yang puasa. Kesian sebenarnya kalau bersama Rafhanah semasa makan sebab dia tak leh makan apa2 pun hidangan kat situ. So, bagi mengelakkan dia ternganga jer tengok orang lain makan, aku pun menyudukan air ribena kepadanya yang juga adalah minuman kami masa tu selain daripada minuman panas Red Guara DCL.. takkan aku nk kasi si kecik ni minum kopi kot. Sudu kali pertama, kttukk.. eiii bunyi apa ni.. Korang bygkan lah biler sudu besi berlaga. Sudu lagi, kttukk , eh ada benda keras dalam mulut si kecik ni. Dah ada gigi ke si kecik ni.. Aku raba dalam mulut dia, maka sahlah bergigi. Ada 2 plak tu.

Apa lagi, lepas tu, ayah dan akak abang dia semua berlumba2 nak tengok dan rasa gigi adik. Excited kejap sedangkan Rafhanahnya terpinga2 tak tau apa lah yg jadi ni. Ayah dia mcm tak caya, leh plak dia tanya aku baby patut tumbuh gigi umur berapa bulan. Aikk, bukan ke soalan tu aku yg patut tanya dia kan, dia dah ada 5 anak.. musykil.
Mak aku kata baby klu cepat tumbuh gigi, maksudnya nanti dia lambat berjalan. Ye ker… kuasa Tuhan apa2 boleh jadi. Tapi mak aku kata jugak yang Rafhanah ni nanti sama dgn aku, dah setahun lebih baru jalan sebabnya kakinya sama dgn kaki aku waktu baby dulu. Bulat, rata jer.. tak der lekuk kat tepi belah dalam tu. Tapi sekarang ni, Rafhanah sangat kuat melonjak. Biler dipegang tak leh diam dah sekarang, letih orang yang jaga. Duduk dah ok, walaupun tak leh duduk sendiri, tapi biler didudukkan, dia boleh duduk tegak tanpa sokongan.

Tak sabar nak tengok gigi dia terus tumbuh, mesti chumel. Nampaknya Rafhanah pun dah ikut jejak Imran, member sebirthday hero Iffah. Imran lagi awal tumbuh, rasanya baru nk masuk 6 bulan dah tumbuh, Rafhanah plak 6 bulan setengah. Ok lah tu..

Tuesday, September 29, 2009

Giler Baju Raya

BIler tanya mak, apa kegilaan mak buat masa sekarang tentu jawapannya adalah membeli perabot. Tapi aku tak, sebab klu beli, gerenti kopak punya huhu. Terbaru aku baru beli set sofa, coffee table, carpet, katil dan almari baju. Katil untuk mak abah, almari plak untuk Rafhanah untuk menempatkan bajunya yang semakin menggunung banyaknya huhu.. Dan itulah kegilaan ku sekarang. Membeli baju utk Rafhanah walaupun pk punya pk, dia bukan lama pun kecil, sat lagi besau dah anak aku ni kan.

Nak tau berapa banyak baju baru Rafhanah raya ni... jgn tak caya..

Opis bagi - 2 pasang
Fiziskandar bagi - 1 pasang
Mommy beli kat internet - 1 pasang
Baju kurung tempah - 1 pasang
Nenek beli - 2 pasang
Mommy+ayah beli kat Jusco - 4 pasang
Mommy+nenek beli kat Manjaku - 2 pasang.

So, berpakah semuanya?? hahaha..13 pasang ok. Tapi kira 11 jerlah, sebab 2 daripadanya oversize, bekalan hari mendatang hehe. Dan dari 11 pasang itu hingga sekarang, baru 9 pasang dipakai huhu..

Baju Raya Pertama dan Kedua

Baju raya di Negeri Sembilan dan waktu dah balik umah

Baju dibeli semasa cuti hari raya hehehe.

Almari baru. Kaler pink, i likee...

Puasa Sana Sini


Tup-tup kejap jer dah habis pun bulan Ramadhan. Syawal pun dah lama masuk. Sedar tak sedar je kan. Bagi aku sendiri Ramadhan lepas terlalu pendek rasanya. Mungkin sebab busy sejak dah ada anak. Dan ada lebih seminggu yang aku tak sihat dan tak puasa, sebab migrain teruk dengan otitis yang smpi menyebabkan aku demam.

Kalau dulu2, Param dah jadi destinasi wajib aku, tapi tahun ni aku rasa adalah 2,3 kali jer aku pergi. Bukannya aku rajin sgt masak, tapi yg perginya suami n anak2 jer. Tak rela aku nak pergi bawak si kecik tu dalam keadaan musim penyakit2 ni kan. Dan Param yang aku pergi cuma yg kat Gemencheh (sekali) dab kat PKNS (2 kali kot).

Kebanyakan buka puasa kami kat rumah. Selebihnya..

Sekali kat IOI Marriot yang dibelanja oleh Bank Islam.
Sekali kat Kelab Golf PDRM Titiwangsa yang disponsor oleh kontraktor DBKL.
Sekali kat Puspanitapuri yang dibelanja oleh KPT.
Sekali kat rumah parent kat Johor.
2 kali kat rumah mertua Gemencheh.
2 kali kat rumah parent kat Kajang.

Dan sepanjang bulan puasa juga aku telah mencuba 2 resepi baru yg aku tak pernah buat sebelum ni iaitu Spageti Bolognese dan Nasi Goreng USA. Bolehlah untuk org yg 1st time kan. Sayangnya aku tak der snap gambar nya... sedar2 dah licin, takkan nak amik gambo periuk kosong n kuali kosong jer kan. Yang ada ni lah, gambo masa kat kelab golf PDRM.. Makan dia ok sgt walaupun cuma 33 hinggit sekepala. Klu nk banding dgn Marriot tu lainlah..

Thursday, September 24, 2009

Sementara..

Jangan terperanjat. Saya bukan men'downgrade' blog ini. Hanya sahaja saya dalam proses upgrade sebab sebelum ni saya menggunakan classic blogger templates which is memang tak best sebab tak banyak feature boleh digunakan. Saya masih dalam proses mencari template baru yang lebih baik. Hope to see u soon with the new and fresher look.

Thursday, September 17, 2009

Hutangku Rayaku

Hutang... huhu, kalau cakap pasal hutang, aku memang lah banyak utang. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit dan hutang ASB. Tapi aku seboleh2 memminimakan sumber hutang. Sebagai contoh, daripada aku menambah hutang dengan membeli perabut secara ansuran, lebih baik aku bayar pakai kad kredit terus perabut tu.

Tapi aku bukan nak cakap pasal hutang duit. Tapi aku saja jer nak kasi tau aku berhutang beberapa entry untuk blog ni.. Aku harap 3 hari bekerja sewaktu org lain bercuti raya minggu depan, aku dapat lah membayar hutang2 berikut :

Entry 1 : Coretan Mommy Untuk Rafhanah (sempena 6 bulan Rafhanah)
Entry 2 : Berbuka puasa di sana sini
Entry 3 : Kuih raya sempurna
Entry 4 : Shopping last minute
Entry 5 : Raya di Johor
Entry 6 : Raya di Negeri Sembilan
Entry 7 : Baju raya Rafhanah.

Waaahh banyak sungguh. Mampukah ?? hehe

Hari ni hari terakhir aku berkerja sebelum cuti raya (ala berapa hari sangatlah cutinya huhu). Tahun ni sangat kurang lah mood raya aku. Terlalu banyak faktor yang menyebabkan mood raya yang hambar. Yang seronok cuma satu. Pertama kali beraya sebagai seorang mommy Rafhanah, pertama kali beraya dengan my little darling tu. Tak sabar aku nak menjadi ejen kutipan duit raya Rafhanah hehe (ingat PTPTN jer ada ejen kutipan). Rafhanah kecik, tak tau simpan duit, so mommy kena jadi proxy.. kelllasss gitu.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin muslimat di serata dunia. Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. Halalkan makan dan minum, ampunkan salah silap jika ada dan yang mana terkasar bahasa dan tanpa sengaja menyinggung hati sesiapa. Berhati2 beraya nanti. Yang naik pengangkutan awam, jgn sampai tertinggal, nnt kena raya kat KL kan susah. Yang memandu, berhati2 lah sentiasa kerana kesilapan sesaat boleh membawa sesalan seumur hidup. Raya nanti, bersederhanalah yer. Makan berpada2. Yang penting silaturrahim yang disegarkan dalam kunjungan2.

Monday, September 14, 2009

Yang Belum Settle

Lama gak tak update blog ni. Biler kat umah, rasa mcm ada jer benda nak diblogkan. Tapi biler sampai opis, jadi lain plak. Macam2 benda nak dibuat skrg ni. Nak raya punya pasal.

BARANG2 UNTUK RAYA (WAJIB)
-Baju raya diri sendiri dan suami
-Tudung diri sendiri dan anak-anak
-Kasut diri sendiri (tahun ni nk beli sandal jer)
-Set keronsang untuk diri sendiri dan anak-anak
-Bunga untuk meja kopi

BARANG2 UNTUK RAYA (BELUM WAJIB LAGIK)
-Bekas kuih untuk rumah Kajang
-Meja kopi untuk rumah Kajang
-Karpet untuk rumah Kajang

-Cadar raya

LAIN-LAIN
-Checkup Rafhanah 6 Months
-Photobook Rafhanah 6 Months
-Insuran Rafhanah

Tahun ni aku beraya di Johor dulu (ikut turn). Lepas tu hari isnin petang balik N9, selasa ada konvoi raya senegeri sembilan untuk keluarga sebelah suami. Selasa malam balik sebab aku tak amik cuti, kena kerja, standby... sesekali beraya di opis.. best agaknya, tak ada orang. Haaaa.. oleh kerana masa tu tak der orang, tentu tak ade kerja. So, aku nak siapkan Photobook Rafhanah 6 Months masa tu. Ok gak idea ni hahaha.

Friday, August 21, 2009

We Are TWO

Entry ni khas tentang sambutan ulang tahun perkahwinan kami ke 2 pada 18 Ogos yang lepas sambil2 flash back pada sambutan yang pertama tahun lepas yg tak sempat diblogkan.


Seperti biasa kami tak sambut anniversary jauh2 gi jenjalan. Almaklum anak ramai, tahun ni plak dah ada baby lak tu. Anniversary kami hanya one night stay at hotel sekitar Kl sahaja. Memandangkan aku merupakan ahli Starwood Privilege, aku memang sengaja simpan voucher2 dining dan night stay hotel2 five star yg paling special untuk hari berkenaan. Kalau tahun lepas kami ke Le Meridien, tahun ni kami ke Westin plak. Asalnya tahun ni nak gi Sheraton tp full book plak semua bilik. Dalam gambar berikutnya, sbg petunjuk, yang oren adalah Le Meridien, pink maroon tu plak Westin.


Bilik Le Meridien, masa memula masuk, under my expectation. Ingatkan 5 star besar dan lawa giler lah tp bagi aku biasa2 jer huhu. Harga bilik ni lebih kurang 430++. Yer lah aku dpt free, mana tau harga huhu. Tak tau apa specialnya Le Meridien ni. Westin plak bagi aku memang superb bilik dia. Harga 470++ and kalau peak season leh cecah 700++. Teruja jugak aku nak rasa apa yang dikatakan Heavenly Bed dan Heavenly Shower yang digembar gemburkan tu. Memang betul kata ejen Starwood aku.. katil dia best giler, macam tidur atas angin. Serius aku tak pernah rasa katil best mcm tu. Sebelah katil siap ada brosur tentang katil tu yg memang custom made untuk Westin sahaja. Siap ada borang tempahan klu kita nak satu sebijik macam tu siap bantal (5biji), linen, selimut dll. Bantal utama dia sahaja harga RM640 sebijik, maakk. Total semua nak tau berapa? RM 10,800. MAK OIII.. harga tu aku leh dpt wat renovate umah tau. Manakala bath room dia.. perghh syokk.. shower dia, bath tub dia.. mmg best dengan tekanan air yg mmg sedap2 utk badan.. Tak rugi lah kalau kita nak spend lebih 400 untuk bilik heaven mcm ni.




Makan plak, dulu aku makan di Al Nafourah kat Le Meridien. Best.. walaupun makanan dia makanan arab yg tak masuk sgt tekak aku. Tapi environment dia mmg best, kami dpt duduk kat private tent, macam arab lah weii. Serve plak tu sebab kami dpt set Al Jabbar, bukan buffet. Pas tu keliling tent tu ada cermin menghadap landskap luar yg cum dgn tumbuh-tumbuhan dan kolam2 air. Tapi kat Westin.. aku rasa memang down giler2 lah. Sib baik aku dpt free makan. Kalau aku bayar 180 hinggit tu.. rasa tak berbaloi lgsung. Sedih giler.. kami dpt duduk meja kecik kat tepi laluan org berjalan. Yang baru diletak sbb tak cukup meja. Kiranya siap leh terlanggar lah. Pas tu makanan plak semuanya tinggal sisa2 tu. Eeeee bengang giler.. Tak rasa special lgsung sebagai ahli starwood, aku rasa macam org kampung yg datang terkedek2, tercengang2 tak tau nk makan apa. Buduhzz... Aku rasa macam apa yg aku makan tu tak smpi 50 hinggit pun. So, klu rasa nak makan kat Westin tu aku nasihatkan, tak payahlah.. membazir duit jer. Bukan sedap pun. Service pun bodoh. Korang leh tengoklah dari gambar. Itu Lunch. Dinner plak kami makan kedai warung jer. Tahun lepas kami makan restoren mamak dekat ngan KLCC, makan sup. Tahun ni plak kami makan cina plak, Nasi Ayam Hainan kat Jln Bukit Bintang.




Dari segi hotel secara keseluruhan. Le Meridien lagi cantik bagi aku. Le Meridien ada lanskap yg cantik, ada konsep. Tapi Westin memanglah cuma bersandar pada kelebihan bilik sahaja yg mmg tiada tandingan. Tapi yg lain out, sebab tu aku pun tak tau nak snap gambo apa lagi kat situ, pasal tak cantik pun kan.
Tahun depan aku plan nak dapatkan Sheraton plak. Ejen aku kata derang leh arrange utk Executive Room.. huhu tak sabar nk pergi. Akhir tahun ni aku plan nak guna voucher Le Meridien KK aku, 3 hari 2 malam cuma 400++. Murah kan untuk 5 star? So leh lah berjalan ke Sabah plak.

Thursday, August 13, 2009

Blogging Is Part My Life

Pejam celik, pejam celik. Bukak blog sana, bukak blog sini. Menaip sana, menaip sini. Last2 rupa2nya bulan depan genaplah enam tahun aku berblog.

Macam2 citer pasal blog ni. Tapi yang pasti ini adalah blog aku yang pertama dari dulu, cumanya sebelum nama Ainumardhiyah aku pernah pakai nama achik-ayue.blogspot untuk laman yang sama. Kemudian url blog aku kena ban masa kat opis lama disebabkan aku yg selalu menyalahgunakan kemudahan internet untuk berbloghop ke banyak tempat. Aku bukak pulak diaryland sebagai gantinya. Sampailah aku masuk kerja gomen, aku masih guna diaryland tu. pas tu masa kena ban blospot kat opis, aku pakai friendster blog plak. Then, sampai satu masa aku kembali ke Blogspot semula sampai sekarang. Oh ya, aku ada juga satu blog lain, tak silap aku xanga kot, tp yg tu aku cuma masukkan benda2 jiwang karat aku yg kononnya aku tak mau org baca.

Macam2 layout aku pernah guna untuk blog. Masa awal2 dulu aku tak pk konsep, aku bantai jer letak macam2 dlm blog. Tapi lepas tu aku dah pandai cari template kat internet. Pernah layout hitam bunga2 daisy kuning, pernah jugak aku mintak tolong tea (geng blog jugak ni) yg terer grafik buatkan aku layout ikut taste aku, purple and daisy concept, tp layout tu dah ilang.. huhu. Pernah aku wat warna ijau, warna maroon dan latest yg ini lah warna coklat. Blog xanga aku dulu tu warna putih, ada bunga2 warna lembut, mmg sesuai lah dgn konsep penulisan yg jiwang2 masa tu. Satu masa nanti aku nk tukar jugak yg baru untuk blog skrg ni.

Memandangkan aku ada banyak blog, aku telah berusaha untuk menutup yg lain dan memindahkan entri2 lama ke blog yg ni. Friendster dah settle, cuma tinggal diaryland. Masih ada dekat 100 entri aku nak kena copy paste dlm ni. Aaaahh.. berpinar mata.

Bila bukak balik blog2 lama kadang2 mcm tak caya tentang apa yg aku coretkan. Ada tu, langsung aku tak caya pernah berlaku, langsung tak register dlm memory aku ni. Betapa lah akal kita ni terhad. Kalau tak der blog, langsung tak hingat apa2.

GIB

GIB adalah singkatan kepada Gerak Kerja Inovatif Biasiswa iaitu nama Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Bahagian aku yang ditubuhkan pada Mei tahun lepas. Kumpulan kami melaksanakan projek sistem permohonan biasiswa secara atas talian. Inilah pertama kali kami berKMK kerana ini jugalah kali pertama Kementerian mengadakan pertandingan sebegitu walaupun hakikatnya KMK ni dah berabad pun dalam sektor awam. Kementerian ajer yang tak membudayakannya.

Pada mulanya semasa peringkat saringan, GIB hanya menduduki tempat ketiga. Namun nasib menyebelahi kami kerana semasa peringkat akhir, kami berjaya menjadi juara. Yang pasti aku rasa kemenangan kami lebih kepada reputasi projek yang dibangunkan. Kalau ikut dokumentasi, rasanya group yang no 2 tu lebih hebat cumanya projek derang tak der impak besar. So, walau sebagus mana pun laporan derang, aku tau panel takkan pilih derang sebagai juara kerana kalau mewakili kementerian, pasti akan malu kerana semua projek2 KMK di peringkat negeri adalah menggunakan teknologi ICT dan kami memenuhi ciri itu.

Kemudiannya pada 5 & 6 ogos lepas, GIB telah mewakili Kementerian ke Konvensyen Peringkat Wilayah Persekutuan. Preparation agak mantaplah bagi aku. Kami buat baju batik seragam, kami buat video montaj yang hebat dan kami jugak sempat berbengkel di Residence Hotel untuk persediaan intensif sebelum konvensyen.

Hari konvensyen, kami berjaya membuat persembahan yang baik. Fasi kata kami bagus, pegawai kanan bahagian kami yang dtg menonton pun kata kami hebat. Menurutnya ramai jugak wakil2 kementerian lain yang memuji projek dan persembahan kami walaupun kami ni hanya lah pasukan underdog yang baru pertama kali masuk konvensyen. Yang bestnya, panel juri pun kata persembahan kami bagus, ada idea, slide yang cantik dan clear. Hemm.. aku berbangga sekali kerana slaid tu aku yang design, 90% adalah sentuhan aku sendiri.. hehe aku mmg suka buat benda2 design ni. Cumanya kata panel, sebagai kumpulan baru, kami masih kurang ciri2 KMK. Itu aku akui jika dibandingkan dengan 3 agensi lain yg memang senior dalam KMK, mereka mmg bagus. Tapi yg best lagi, panel kata kalau kami masuk lagi konvensyen tahun hadapan dengan menambahbaik kelemahan yang ada, kami pasti akan jadi juara. First group yang dpt pujian sebegitu dan kami merasa sangat bangga.


So, biler diumumkan kami tidak termasuk dalam top 3, aku pasrah kerana 3 group yang di atas itu memang hebat2 belaka dan menepati ramalanku. Kami mungkin di posisi ke 4 sahaja.

Walaupun kalah, tapi aku puas hati dengan usaha aku selama ini. Aku telah usahakan yang terbaik untuk kumpulan dan pada masa yang sama aku cuba untuk tidak hanya menonjolkan diri sendiri walaupun aku tau aku mampu. Sebab itu semasa pertandingan akhir peringkat kementerian aku menarik diri sebagai salah sorang presenter kerana aku mahu ahli2 yang lain turut menonjolkan peranan masing2 dan Alhamdulillah mereka memang bagus dan mendapat pujian bos.

Biasalah, dalam satu group tak semuanya memberi komitmen padu, pasti ada yang terpaksa berhempas pulas lebih.. dan salah seorang yang jadi mangsanya adalah aku.. tapi aku nekad, aku nakkan yang terbaik untuk kumpulan dan kementerian so, perasaan bengang tu tolak tepi. Aku bukan jenis yang menyerah kalah walaupun aku rasa aku teraniaya. Aku tak lari biler tak yakin akan menang, tapi keyakinan dan tawakkal itu aku semat selalu. Sedih tu kadang2 memang sedih, kadang2 rasa macam nak berpatah arang pun ada. Yer lah, kita beria2 buat kerja tapi last2 orang lain yang menonjol, orang lain yang dapat kredit, orang lain yang diiktiraf, seolah2 macam aku ni tak der peranan langsung, dan sesungguhnya aku rasa bos pun lihat aku begitu.

Sebab itu, sewaktu aku menawarkan diri untuk masuk semula ke kumpulan KMK tahun ini, bos tidak menunjukkan reaksi positif malah mengatakan kalau gagal tahun ini, siap.. Aik macam tu ker. Seolah2 dia mengharapkan orang lain, bukan aku. Seolah2 dia merasakan aku bukannya ada sumbangan signifikan pun sebelum ini. Sedih sangat sebenarnya, tapi aku gagahkan diri. Kalau ikut rasa kecil hati, fed up dah aku. Tapi aku kuatkan semangat, tebalkan muka, demi bahagian. Aku mahu kumpulan tahun ini lebih berjaya kerana aku sudah punya pengalaman dan info bagaimana mau jadi kumpulan yang bergelar juara. Aku tak kisah walau sebagai ahli biasa dan bukan sebagai ketua kumpulan walaupun aku layak untuk itu. Aku tak kisah. Jika ada rezeki aku bertukar bahagian selepas ini, ini akan jadi salah satu sumbangan aku yang terakhir kepada Bahagian ini.

Aku tau aku tak menonjol hebat di mata bos dari awal2 lagi. Masih aku ingat semasa pertama kali lapor diri di bahagian ini pun bos seolah2 tak pandang sebelah mata pun kat aku, kerana dia harapkan orang lain yang lebih hebat. Aku ni tak bagus pada pandangannya kot. Aku tak kisah, buktinya aku bertahan smpai sekarang. Aku buat kerja bukan untuk pengiktirafan. Aku bukannya seperti pegawai lain, ada yang sanggup menghalalkan apa jua cara termasuk menikam rakan sendiri semata2 kerana ingin menonjolkan diri sendiri, kepentingan diri sendiri.

Doakan kejayaan GIB2 tahun ini. Amin.

Monday, August 10, 2009

Kalau bukan kerana Rafhanah


Kalau bukan kerana Rafhanah, tak mungkin aku masih berdiri dan bertahan di sini. Kalau bukan kerana Rafhanah, sudah lama aku rebah, sudah lama aku tewas membiarkan diri tumbang dalam dugaan demi dugaan. Ketepuan, kecelaruan, kebuntuan, kekeliruan. Tidak tahu jalan mana harus ku pilih. Hidup ku hanya untuk berkorban untuk yang lain? Adakah aku tidak layak mendapat kebahagiaan, kegembiraan untuk diri sendiri? Perlukah aku terus hidup dalam kepura-puraan demi kebahagiaan dan kehendak orang lain? Tidak punya hati kah aku? zahirnya mereka semua tahu tetapi gelodak hati ini, gelisah, ketakutan, kekecewaan, hanya Allah yang tahu. Aku hanya memaksa diri meneruskan perjalanan di satu lorong yang semakin jauh dari sinar hati. Rafhanah, andainya dikau mengerti ibumu ini...


Monday, August 03, 2009

Umah Baru

Secara rasminya mak dan abah telah berpindah ke rumah baru pada awal julai yang lepas. Bermula Julai juga aku telah secara rasminya punya rumah baru yang dinamakan atas nama aku dan abah, tapi aku sorang lah yang bayar. Rumah ni lokasinya di Taman Universiti, Kajang, berdekatan stesen komuter UKM. Rumah ni bukan rumah baru tapi umah yang aku beli dari orang. Baru 3 tahun usianya dan keadaan rumah memang sangat memuaskan hati kerana masih seperti baru disebabkan tuan rumah tak selalu balik rumah.





Proses beli rumah ni dah lama berjalan semenjak aku mengandungkan Rafhanah lagi. Semakin kuat rasa nak beli rumah kerana mengandung, memikirkan bekalan harta untuk anak. Aku memikirkan anakku tak perlulah nanti nak bergantung harap pada ayahnya, kena pulak berebut dengan 5 orang lagi adik beradik tiri yang lain. So, ku niatkan rumah ni sebagai bekalan untuk Rafhanah kelak. Memandangkan duit KWSP pun dah kuar, ku teruskan niat itu tanpa menoleh ke belakang walaupun sepanjang proses tu macam2 dugaan dan cabarannya termasuk halangan dari ayahnya sendiri.

So, sekarang Rafhanah duduk di rumah baru itu bersama atuk dan neneknya pada waktu siang dan malam kembali bersama ku di rumah suami. Weekend baru ni, suami pulang ke kampung bersama Safiah, so aku bawa anak2 tiri ku yang lain tinggal di Taman U. Mulai bulan Julai juga bertambah bebanan hutang ku. Hari ni, tanpa ku sangka, check2 akaun bank, dah tinggal 3 digit jer, baru 3 hb ok. Bulan Julai biler kira balik, memang banyak duit kuar, duit rumah, duit pasang gril, hutang kad kredit, road tax n insuran, belanja susu n pampers anak, insuran, topup, baju batik, duit van n bas sekolah 4 anak2 tiri aku. Huhu... bengkrap sungguh aku. Tak pernah aku sebengkrap ni sebelum ni.


Rafhanah di rumah baru. Turut kelihatan, teether Anakku dan pacifier Avent Rafhanah.

Monday, July 27, 2009

Mommy yang merindu

Last week, untuk kali pertama aku berpisah dengan Rafhanah untuk satu jangkamasa yang agak lama, 4 hari. Sebelum ni paling lama pun masa aku ke Langkawi , itu pun 2 hari sahaja, sebab ke Langkawi naik flight, so tak dapat lah aku bawa si kecil tu bersama. Untuk kali ni, bukan tak nak bawa, memang dapat bilik single pun tapi disebabkan mak aku nak balik kg, so kalau bawa Rafhanah pun nanti tak ada orang nak jaga dia di hotel. Maka Rafhanah ikut lah pulang ke kampung bersama datuk, nenek, uncle dan auntie dia.

Hari bertolak, mereka bertolak dulu sebelum aku yg akan dihantar oleh suami ketika itu. Melihat si kecil berlalu membuatkan hati aku terasa sangat sayu tapi aku tahankan sedaya upaya agar air mata tidak gugur. Untuk menghibur hati, sepanjang perjalanan ke Melaka aku isi masa dengan berbual tentang bermacam2 perkara dengan suami. Tiba di kawasan R&R Seremban, tergerak hati nak singgah sebab dari tengahari aku belum makan, ingat nak tapau jer sebab husband puasa. Sempat cakap dengan suami entah2 Rafhanah pun ada situ sebab seingat aku parent aku pun lum makan tengahari lagi. Memang naluri keibuan itu sangat tepat, melangkah sahaja ke dalam kawasan gerai, aku terus menangkap tangisan Rafhanah. Terus aku dukung dia berjalan2 sekitar itu dan melihat air pancut di situ. Alhamdulillah, dia tenang sahaja sehinggalah kami berpisah sekali lagi dengan haluan masing2.

Di Melaka, malam ku tak lena. Nak tengok tv tak selera. Fikiran ku hanya pada si kecil. Setiap malam aku menangis mengenangkan dia. Sihat kah dia? masih batuk lagi kah? Menangis tak? Ingat tak pada mommy? Aku rindu sangat memeluknya, memegang jari kecilnya yg kuat menggenggam, mencium rambutnya dan rengekannya. Di kelas pula, aku dah bawa siap2 gambar2 Rafhanah dalam laptop, so sambil2 kuliah, mata ku tak jemu2 menatap wajah kesayangan ku itu. Menambah buruk keadaan, ramai pula orang yang bawa keluarga dan anak. Jeles sungguh rasanya, tengok anak orang terus teringat anak sendiri. Kadang2 aku telefon adik aku, dan minta dia snap gambar Rafhanah terbaru dan emelkan pada aku. Aku nak tengok Rafhanah terbaru, bukan Rafhanah berhari yg lalu yg aku simpan gambarnya. Itu pun uncle dia bising, katanya aku ni cuma tau buat anak, jaga anak tak tau. Perghhh tersiat hati aku.. dia ingat aku nak sangat ke tinggalkan si kecil tu dengan orang lain. Dia tak tau aku ni kalau boleh tak mau kerja langsung, ingin ku jaga, aku asuh Rafhanah sepenuh masa di depan mata ku.

Tamat kursus, abah ambil aku di hotel. Hati ini seolah2 kembali hidup apabila melihat Rafhanah dan mendakapnya sepuas hati. Si kecil itu masih kenal ibunya. Sepanjang perjalanan ke rumah, aku pangku Rafhanah di ribaan sehingga tertidur dia sepanjang jalan. Aku puas walaupun lenguh lengan sepanjang perjalanan itu.

Semenjak pulang dari kampung, Rafhanah ku lihat semakin sihat, ceria dan rajin berbual. Ada sahaja nak dibualkannya hingga kadang2 tengah malam waktu aku menukar lampinnya pun dia boleh berceloteh sendiri. Dia pun dah kurang menangis. Tiada lagi tangisan2 kuat seperti dulu yg sering membuatkan aku takut. Dia juga sudah sangat mengenali ibunya. Dia sudah pandai mengangkat tangan minta diambil sebaik sahaja melihat ibunya.

Aku harap tiada lagi pemergian lama selepas ini. Jika ada, Rafhanah perlu bersama ku sepanjang masa.

Tuesday, July 21, 2009

Wednesday, July 15, 2009

Rafhanah meniti 4 bulan


Rafhanah esok genap usianya 4 bulan. (biler tido, mommy belek2 dia, terasa cepat betul si kecik ni membesar, how time flies)

Checkup terakhir masa 3 bulan, Rafhanah dah 6.1 kg, dan tinggi 61 cm. Doktor kata ok.

Susu formula rumusan bayi Rafhanah yang pertama adalah Nan 1. Sekarang Rafhanah minum Mamex Gold.

Botol susu Rafhanah ada 5. Satu untuk 2 oz (dah tak pakai), satu untuk 7oz (belum pakai) dan 3 untuk 5oz (satu yg biasa, satu Medela, satu Fiffy-anti kolik)

Toiletries Rafhanah brand Pureen (body shampoo, shampoo, bedak ruam, losyen badan, minyak bayi), johnson (bedak muka), dan minyak YuYee Cap Limau untuk perut

Diapers, Rafhanah pernah pakai Drypers, Pampers Comfort, Dryfist, Drypex. Sekarang Rafhanah pakai Petpet saiz M dan Cloth Diapers Coolababy warna merah dan pink. Mommy spend berjam2 klu memilih diapers, ambil kira keselesaan dan kos. Siap bawak kalkulator kira harga sekeping dan compare semua brand.

Klinik checkup Rafhanah adalah Klinik Pakar Kanak-kanak AnNur dan doktor Rafhanah adalah Doktor Arbaiyah.

Rafhanah dilindungi insuran kesihatan di bawah polisi mommy punya Prulady smpi dia 2 tahun.

Rafhanah ada buai warna chrome, stroller warna pink tapi belum ada cot. Mommy plan nak siapkan satu bilik untuk Rafhanah di rumah baru kita yg atuk n nenek duduk skrg.

80 peratus baju Rafhanah adalah kaler pink.

Hiburan utk Rafhanah. Satu set 5 patung kecil lembik berbunyi. Satu teether bentuk bunga dgn gambo smiley kuning di tengah, pacifier kaler ijau (dulu ada yg pink tp xbest) dan perhiasan gantung macam angklung yg berbunyi ditiup angin (idea dari klinik, Rafhanah suka sbb tu kami beli)

Rafhanah dah tak pakai mittens, pakai socks ajer skrg.

Malam Rafhanah biasanya tidur kul 8, di ruang tamu. Kul 9.30 mommy bawa naik ke bilik, peluk dia sambil tgk tv. Biler mommy nk tdo, baru letak dia baring di katil. Rafhanah betul2 bangun tidur apabila mommy nak gi kerja.

Tuesday, July 07, 2009

Sedar Tak Sedar

Sedar tak sedar... Sayangku Rafhanah dah besar pun..

Dulu mommy rasa Rafhanah ni alahai keciknya nak angkat pun susah, fragile nya dak kecik ni. Tapi sekarang Rafhanah dah besar, dah tegap badannya, leher dah kuat, kaki dah pandai menendang2.

Dulu Rafhanah cuma pandai menangis jer, sekarang Rafhanah dah pandai ketawa, berborak dan mengajuk cakap orang. I like !!

Dulu Rafhanah sikit2 menangis, silap sikit nangis. Tapi sekarang sayang mommy ni dah jadi seorang yang penyabar.. Alhamdulillah.

Dulu Rafhanah tak kenal orang. Dengan sapa2 pun tak kisah. Tapi sekarang Rafhanah dah kenal sapa mommy dia, ayah, atuk, nenek, akak, abang so Rafhanah tak mudah nak kat orang tak dikenali.

Dulu Rafhanah tak banyak baju sebab baju2 kat pasaran semua beso2.. tapi sekarang Rafhanah dah boleh pakai banyak baju, geram mommy nak belikan macam2 utk Rafhanah. It's all about accessorizing.. woww! Almaklum anak pompuan.

Dulu Rafhanah cuma pandai terbaring jer. Tapi sekarang Rafhanah dah pandai mengiring dan sedikit hari lagi pasti meniarap. Setiap hari dia akan cuba memusingkan badannya untuk meniarap tapi gagal kerana ketika kaki dan badan sudah berpusing, Rafhanah masih bermasalah dengan tangan dan kepalanya. Kadang2 sampai menangis2 dia apabila mencuba2 tapi gagal. Namun dalam menangis2 pun dia tetap berusaha. Mommy kagum dan terharu dengan semangatmu sayang.

Dulu Rafhanah selalu terjaga malam, tapi sekarang tidak lagi kerana jadual tidurnya susah tetap. Hanya terjaga 2,3 kali sahaja untuk menyusu. Dulu mommy risau bolehkah mommy hadapi rutin berjaga malam. Tapi kini mommy tau mommy boleh. Untuk Rafhanah, apa sahaja sanggup mommy lakukan.

Dulu Rafhanah tak ada apa2. Sekarang Rafhanah dah ada banyak barang, dah ada stroller dan paling best, Rafhanah dah ada rumah. Rumah baru itu untukmu sayang. Masih banyak yang mommy akan sediakan untuk Rafhanah.

Dulu Mommy sayang Rafhanah. Sekarang, mommy terlalu sayang dan tak mungkin dapat jalani hidup tanpa mu sayang.

Mommy Loves Rafhanah Very Much.

Monday, June 15, 2009

TIps Meransang Otak Anak

Artikel dari e-mel yang di'forward' oleh suami tersayang. Boleh dipraktikkan ni.

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik bagiText Colornya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) .

50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. * i like i like, mommy kena make up lah kalau tak Rafhanah pun tak selera nak tengok hehe *

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. * Mommy selalu buat ni, puas hati biler Rafhanah kuar macam2 bunyi, mcm paham lah plak yer. Kadang2 Rafhanah mcm cuba nak ajuk ckp mommy *

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya. * Sekarang dah kurang susu badan, sedih gak. Tgh mencari jalan nk membanyakkan semula *

4-JELIRKAN LIDAH Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. * Bagus ker, mcm tak baik jer, mcm ejek2 orang plak*

5-HASILKAN BUKU BINATANG Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. * Rafhanah kecik lagi, lum kenal binatang *

6-GELETEKLAH BAYI ANDA Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku. * Mommy buat, tp Rafhanah cuma menggeliat2 jer, tak gelak pun :( *

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak. * Boleh dipraktikkan *

8-BERKONGSI PANDANGAN Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. * Mommy buat, Rafhanah paling suka tengok pokok, sampai terdongak2 kepala *

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. * Nasyid hehehe.. Sekarang Mommy tgh prektis lagu Kasih Suci *

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. * ok gak idea ini *

11-SENTUH DAN RASA Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. * emmm *

12-PERGI MEMBELI-BELAH Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi. * baru sekali jer bawak Rafhanah gi shopping, teringat mommy terjatuhkan kotak sling kat kepala Rafhanah, adoii nangis dia.. cian *

13-BERI KATA KUNCI Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. * bilik mmg tak bukak lampu, lampu toilet jer *

14-BERI KEJUTAN Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. * nak cuba, nak cuba *

15-SEDIAKAN BANYAK TISU Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. * akak ceah paling byk guna tisu, Rafhanah guna tisu masa tukar lampin jer hehe *

16-BACA BUKU Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa. * tunggu dulu yer *

17-MAIN CAK-CAK Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali. * dah try, tp belum berjaya *

18-JANGAN LUPA REHAT Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda. * Duduk diam, mata melilau, tak pun isap jari, tak pun merenung tangan sendiri *

19-MAIN DENGAN WARNA Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya. * Rafhanah belum pandai lagi *

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya. * masih menyusu *

21-ANGKATKAN SAHAJA Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri. * belum pandai pegang apa2 pun *

22-BIAR DIA MEMBEBEL Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat. * kurang paham *

23-LATIHAN MENEKA Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya. * nanti dah pandai duduk, mommy ajar *

24-BINA LALUAN HALANGAN Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut. * tak sabar nak tunggu dia besar *

25-IKUT RENTAKNYA Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa. * mommy kena jadi baby balik ? *

26-BUAT MUKA LAWAK Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka. * macam comel jer ni *

27-RASA SEKELILING ANDA Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut. *mommy buat ni *

28-CERITAKAN KISAH DONGENG Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok. * Rafhanah belum paham apa2 cakap mommy *

29-BAYANGAN WAJAH Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya. * mommy selalu buat tapi dia buat muka dek jer *

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna. * bos ? *

31-GOYANGKAN BADAN Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina. * tunggu Rafhanah besar sikit yer *

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya. * mommy suka ni, tp Rafhanah lum pandai manjat2 lg *

33-KIRA SEMUANYA Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda. * besar sikit nnt mommy ajar *

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?") * Rafhanah ku belum pndai berkata2 *

35-TUTUP TV Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya. * ya betul *

36-TUKAR PEMANDANGAN Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan. * Dia skrg sudah tidak suka duduk ruang tamu, dah jemu agaknya *

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) . * boleh ker *

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya. * x de player lah *

39-MAIN HUJAN Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering. * tak sabar nk buat ni dgn Rafhanah *

40-MENANGKAP SERANGGA Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya. * hari2 mommy bawak gi taman, tp tak der serangga, kita main buai jer *

41-BERGURAU- SENDA Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya. * comelll *

42-MAIN DENGAN PAKAIAN Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda. * lambat lagi *

43-AJAR TENTANG ISIPADU Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil. * lepas tu pasal jisim, pasal daya, pasal momentum.. amboii *

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon. * nanti mommy buat *

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain. * waahh rajinnya *

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan. * Rafhanah pergi library ? *

47-CONTOHI CARA SESAME STREET Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur. * Ada tayang lagi tak Sesame Street ? *

48-MAIN BERULANG-ULANG Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu. * Mainan pun lum ada lagi *

49-MAIN "TIRU-MENIRU" Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain. * Best best *

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti. * tiap2 malam mommy peluk tp Rafhanah dah tidur *

Kalau lah aku tak kerja, boleh jer aku buat semua perkara2 ni. Betapa terhadnya masa. Tp klu tak kerja mcm mana nk beri yg terbaik untuk Rafhanah..

Tuesday, June 09, 2009

Kasih Suci


Lirik lagu Amy Mastura yang ditujukan kepada anaknya. Lirik lagu ini juga kutujukan khas buat puteriku Rafhanah.

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti
Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai
Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci
Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna

I love u sayang

Wednesday, June 03, 2009

Setelah ada Rafhanah..


Setelah ada Rafhanah ....

a) Paling ketara, sekarang dah balik sharp pukul 5.00. Terlebih beberapa minit rasa rugiiii. Rindu nak jumpa anak.

b) Kurang fokus masa meeting di pejabat. Sebabnya duduk belakang bukak henpon tengok gambo anak jer kerjanya.

c) Tiba-tiba jadi pemurah, sanggup berhabis duit untuk anak.

d) Tengok anak orang lain terus teringat anak sendiri kat rumah.

e) Tak cukup tidur malam.

f) Tiba-tiba rasa 2 tangan ni tak cukup. Susahnya nak buat kerja rumah biler ada anak kecik.

g) Sangat kurang keluar rumah, beli barang dapur pun husband pergi dgn anak. Payah nak berjalan bawak anak kecik.

h) Sudah jadi sensitif. Bila tengok anak orang lain ditimpa malang, terus membayangkan kalau anak sendiri yang kena, buleh meleleh mak dia... tak sangguuuppp.

i) Topik utama perbualan adalah mengenai anak dan isu-isu parenting.

j) Biler dapat sms atau call dari parent bukan lagi tanya pasal anak, tapi tanya pasal cucu ajer.

Hemm.. aku rasa semua ibu2 baru pun sama..




Mommy love Rafhanah very much.




Monday, May 18, 2009

Detik itu.....

Aku plan kalau diizinkan Allah, aku nak lahirkan Rafhanah pada hari lahirku juga iaitu 6 Mac, tp tak kesampaian, kemudian plan nak tarikh 9 Mac semasa Maulidurrasul, pun tak jugak keluar-keluar puteriku ini. So, tarikh ketiga yang ku harapkan adalah 16 Mac 2009, iaitu 10 hari dari tarikh pertama dan satu minggu dari tarikh kedua itu. Dan tarikh itu menjadi kenyataan.


15 Mac 2009 (ahad)

10.00 pagi -Husband dan anak2 tak ada di rumah. Balik kampung dari jumaat lepas, kenduri kawin Ajoy, adik ipar aku. Aku plan nak pergi, tapi mak macam tak kasi katanya aku dh sarat sgt. Tapi aku berkeras nak gi dengan alasan aku masih sihat dan tak der pun rasa sakit sikit pun. So kami pun pergi.

12.00 tghari - Tiba di Gemencheh, terus makan. Lepas makan, aku masuk ke rumah. Tapi belum sempat apa2, aku rasakan basah jer. Air ketuban dah pecah!! Aku pergi toilet pakai pad yg mmg dah standby dlm beg. Terus bagi tau parents n husband. Aku n parents terus gerak balik ke Bangi. Tapi husband balik kemudian sebab nk uruskan hal kenduri dulu sikit. Sepanjang perjalanan, aku tak merasa sakit apa2 pun.

3.00 ptg - Tak balik rumah, terus ke Annur sebab semua dokumen mmg dah standby dlm kereta. Abg sampai dan uruskan kemasukan. Aku terus dimasukkan ke LR di Tingkat 2. Deposit bayar pakai kad kredit Bank Islam, sebab aku tak ada cash. Check jalan, baru 2 cm.

4.00 ptg - Diberi minum milo dan sekeping kek.

5.00 ptg - Masih 2 cm. Lambat, so kena induce dan pasang epidural. Asalnya macam tak nak epidural, tapi bidan kata ni 1st time aku and kena induce plak tu, bimbang aku tak tahan sakit biler contraction berlaku cepat. So pakar bius pun dtg pasang. Dah tak dpt nak gerak ke mana2 lagi. Doktor kata, by right, aku akan bersalin jam 3 pagi esok.

9.00 malam - Baru 4 cm.

16 Mac 2009

12.00 malam - Masih di LR, tak dpt nak gerak ke mana2 dah. Bidan pun dah tukar shift. Bidan yg jaga aku malam tu namanya Norehan, muka macam kak ani BKPK. Doktor Fatimah dtg check, masih 4 cm. Sejam sekali, bidan dtg amik bacaan BP dan CTG. Abang tidur di ward di tingkat 3. Sekali sekala dia turun temankan aku sekejap. Aku dah lapar, tp bidan kata aku mmg dah tak boleh makan lepas pasang epidural.

4.00 pagi - Laparnya, badan dah menggigil. Tadi tghari aku cuma makan sikit je time kenduri. Badan dah rasa demam. Aku tengok bacaan CTG aku, baby masih ok, contraction masih tak kuat. Bidan dah mula risau. Katanya, kenapalah aku ni masih tak bersalin2 lagi. Sejak masuk LR ni, dah 2 orang bersalin. Leh dengar orang mengerang dan sorakan nurse dan doktor dari bilik aku. Aku cuak? Tak sangat.. risau kerana aku tak bersalin2 jugak.

4.30 pagi - Doktor dtang. Dia risau sebab jalan masih 4 cm dan aku dah demam. Dia minta aku ready untuk ceasar kalau kul 6 pagi nanti aku masih 4 cm. Air dah banyak keluar, bimbang anakku akan lemas.

6.00 pagi - Contraction kuat, walaupun aku tmbh epidural, masih terasa sakitnya. Bidan dtg katanya aku dah 10 cm. Macam tak caya jer. Tp dalam hati aku bersyukur. Tapi aku masih risau, sebabnya aku dah tak berdaya dah, dengan tak makan dan demam pulak tu. Kata bidan aku dah leh ready untuk deliver.

6.30 pagi - Doktor datang, nurse dan bidan sama. Aku disuruh mula meneran. Masalahnya aku memang sakit tp aku tak der plak rasa mcm nak meneran pun. So, aku dgn bodohnya meneran sedaya upaya tapi baby tak jugak keluar2. Makin lemah aku jadinya. Nurse menekan2 perut aku, tapi baby tetap tak dpat keluar. Aku confuse, betul ke aku dah 10 cm?

7.00 pagi - Doktor beri pilihan untuk forcep, tapi aku tak mau ambil risiko kerana aku sendiri tak tau kenapa dgn bayi, apa sebab dia seperti sangkut tak dapat keluar. So, dgn tangan menggigil dan mamai, aku menandatangani borang untuk ceasar. Pakaian dan semua barang kemas dibuka dan aku disorong ke OT, sakitnya rasa biler troli terlanggar2 pintu. Otak aku mula terfikir, adoiii banyaklah bil aku kena bayar sebab ceasar ni.

Di OT - Aku menggigil yang amat. Bukan sebab takut, tapi mungkin sebab sejuk, baju nipis plak tu dan perut yg amat lapar. Yang kelakarnya aku smpt ckp kat nurse yg aku lapar. Kesian tul rasanya. Separuh badan dibius. Perut ku dicucuk sikit dan doktor tanya sama ada aku rasa sakit atau tak. Degupan jantung bayi diperiksa, dan aku dpt dengar degupannya masih normal, aku amat2 bersyukur. Setelah benar2 dibius, aku dpt rasa kelaran di bawah perut, tapi tak sakit. Aku menggigil teruk. Kemudian satu topeng gas dipasang dan aku terus tak sedar apa2 selepas itu.

9.00 pagi - Aku tersedar dan macam orang hilang ingatan dan mamai. Aku dah berada di ward Rose 4. Seketika aku berfikir apa yg jadi pada aku, kat mana aku. Macam tersedar dari mimpi. Aku terdengar suara suami sedang bercakap di telefon 'dah bersalin kul 7 tadi, girl lagi'. Barulah aku tau yg anak aku perempuan. Kecewa sikit sebab kami harapkan anak lelaki. Apa2 pun aku bersyukur sebab anak aku selamat.

Aku mcm tak percaya aku dah melahirkan anak. Aku tanya suami, katanya anakku sihat, sempurna, rupa macam maknya. Hemmm.. aku kurang feel pulak. Mungkin sebab aku tk sedar semasa bayiku dikeluarkan. Tak dengar tangisan pertamanya dan tak dpt melihatnya yang fresh dikeluarkan ditunjukkan kepada ku. Aku sempat menghantar sms pada kawan2 dan boleh plak tu telefon ke pejabat memaklumkan aku dah bersalin, Zana (PA bos aku) siap heran sebab aku masih mampu call opis.

Aku tak dibenarkan makan dan minum hingga aku kentut. Mungkin disebabkan usus2 turut terjejas semasa proses pembedahan. Selepas itu barulah aku boleh minum. Petang sahaja baru aku boleh makan, itu pun bubur aje.

Anakku diberikan Formula Milk disebabkan aku masih rasa mamai, lemah dan tak berdaya untuk menyusukan anak. Hanya petang bayiku dibawa masuk ke ward dan aku melihatnya buat kali pertama namun masih tak berdaya untuk bangun memangkunya. Dia sangat cantiikkk bagiku. Rambutnya lebat, kulitnya merah dan jari2nya panjang. Petang itu juga aku menerima sms dari kawan sekelas ku di MRSM, Iffah, dia pun baru melahirkan anak keduanya pukul 1 petang itu. Wahhh, kami bersalin hari yang sama. Iffah pun ceasar jugak, cumanya dia bersalin beberapa minggu awal dari tarikh EDD. Aku cuma awal seminggu.

Malam tu tidur, aku bermimpikan anakku. Apabila terjaga, aku menangis sedih merindukan dia. Sedangkan aku sendiri pun bukan ingat sangat rupanya. Aku rasa sedih sangat kerana semasa proses melahirkan aku boleh berfikir tentang kecewa sebab kena bayar bil mahal sebab ceasar, sedangkan aku tak berfikir sgt pun tentang keselamatan anakku. Jahatnya akuu.

17 Mac 2009

Ubat2 dan wayar2 yang disambung ke tubuh mula dibuka. Aku sudah dibenarkan bangun dan ke tandas sendiri. Buat pertama kalinya aku menyusukan Rafhanah. Rafhanah ditempatkan di nurseri, hanya dihantar kepadaku untuk menyusu sahaja. Ketika ramai pelawat, bayi tak dibenarkan berada bersamaku kerana takut jangkitan dari orang luar. Saudara mara N9 mula datang melawat termasuk rakan2, ila (staf opis aku), chech (kawan se KPT) dan awin (kawan UTM). Oh ya, hampir setiap malam aku demam, tak tau lah kenapa. Makanan aku masih bubur2 sahaja.

Aku sangat bersyukur dan menghargai nurse2 di sini. Semuanya baik2 belaka, peramah dan prihatin. Mereka dtg menukarkan pad, mengelap badan aku termasuk menukar baju dan memakaikan bedak. Segan pulak rasanya. Ada sorang nurse tu rupanya dari Kota Tinggi jugak. Menurut sorang nurse yang menjaga aku, di nurseri ramai nurse yang minat dgn Rafhanah. Katanya Rafhanah comel, putih, rambut lebat, bulu mata lentik dan berdagu lekuk. Serius sebenarnya aku tak perasan pun. Biler dia ckp mcm tu, baru lah aku belek Rafhanah betul2. Selain itu, katanya Rafhanah lain dari yg lain kerana badannya pejal dan pergerakannya macam bayi dah lama lahir. Dia siap tanya apa yg mommy dia makan masa mengandung. Aku pun tak tau nk jawab.

18 Mac 2009

Aku discharge dari hospital. Bil hospital ku RM 6k++. Aku dah takut kalau2 smpi 8-10k. Kali ni pakai kad kredit HSBC aku pulak (sbb kredit limit dia tinggi).

Tamat kisah aku bersalin.