Wednesday, November 29, 2006

Target

Haha, ingat kat opis jer ada target, sesekali apa salahnya ada target untuk diri sendiri yer tak? Best jugak kalau try sekali sekala..
SKT 2007 (tahun depan punya)
- Nak pergi bercuti di kawasan pergunungan. Saya sangat suka dengan kawasan pergunungan, segar dan tenang dan cantik! Kalau boleh nak gi Cameron Highland, kalau dpt gi Puncak kat Indon pun best gak.
- Nak beli atau sewa rumah sendiri. Preferable area Bangi coz saya memang suka duduk sini. Tak sibuk, tak mahal, tak sesak dan macam-macam ada! Ok lah, ikut citarasa saya yang kekampungan ni.
-Nak pergi kursus induksi khusus dan CONFIRM JAWATAN!
-Nak jaga kesihatan ( berat 50kg, fat20% ) bleh capai ke ni?
RANCANGAN RAHAYU PERTAMA - RRK1 (ala-ala RMK9 - 5 tahun punya)
-Nak kahwinkan diri sendiri dan ada anak (maksimum 4 hehe).
-Nak ada rumah sendiri (yang sendiri punya, bukan family/suami punya).
-Nak hantar mak dan abah pergi haji.

Tuesday, November 21, 2006

Kerja Kerja Malaysia

Orang lain cuti-cuti Malaysia, kita kerja-kerja Malaysia. Orang lain
berjalan makan angin, aku berjalan kerana urusan kerja.

Biler check2 balik kalendar, sejak balik dari cuti raya, belum ada satu
hari pun yang aku betul2 rest kat rumah. Weekend selepas pulang raya,
sabtu masih ke ofis, ahad dah ada open house rumah acik. Minggu berikutnya
lagi hectic, bos tak der tapi busynyer tak ubah macam bos ada. Rabu khamis
dan jumaat, selain busy dgn kerja, kena uruskan hal jamuan raya hari
jumaat. Hari jumaat tu lagi lah busy, habis jamuan, ke rumah bos hantar
juadah, petang plak bergegas ke JPJ dengan muka terkulat2 blur kerana
mewakili bos ke perbincangan PTK nyer. Sabtu ke Hari Keluarga Kementerian,
malamnya bertolak pulak ke Langkawi berkursus (naik bas), kursus lasak
plak tu. Tiba rumah pada 4.15 pagi subuh khamis, tidur kejap, bangun dan
pergi kerja lagi. Jumaat paginya subuh2 dah bertolak ke KUTKM, Kuittho dan
UTM (drive sdiri). Tiba kota jam 6 petang, sabtu tengahari bertolak ke
Pasir Gudang dan beraya hampir 10 buah rumah dalam masa beberapa jam. Pagi
Ahad balik kota dan petang drive balik ke Bangi. Esoknya (semalam) pergi
kerja lagi.

Itu yang dah lepas. Khamis ni akan ke Melaka untuk Kursus Pengurusan
Sistem Fail sampai petang sabtu. Pagi ahad pulak bertolak ke Kuantan untuk
kursus lain pulak sampai selasa petang. Kalau ikutkan Puan, 4 & 5 kena
ikut dia untuk seminar NARIC di UIA. Walaupun dia mengajak tapi aku tau
ada orang yang lagi sesuai untuk ke seminar tu. Tak mau lah karang member
bermasam2 muka. Start 6/12 smpi 15/12, dua orang kpsu tak der kat opis.
Bulan depan, semua urusan bayaran kena settle sebelum 15/12. Bulan depan
jugak Insya Allah pindah. Start 22 sampi 2 disember ni, par ngan cc tak
der kat opis mjadi sukarelawan fespic. Hai terasa2 bahang kesibukan yang
bakal mencairkan segala urat saraf dan otak.

So, please tell me biler agaknya masa untuk aku berehat ni? Pening dan
penat..

Wednesday, November 08, 2006

Senandung Hari Raya

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mataDaku kirimkan kasih di angin laluSemoga kan hilang rasa rinduHilang pilu resah di kalbuMaafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayangDi hari raya hari yang bahagiaKerana tugas pada negaraDan semoga kekal sejahteraKu harap dikau gembiraOh di samping ayah serta bondaUntuk keluarga tercintaKu ucapkan Selamat Hari RayaDengarlah sayang aku hulur pengganti dirikuSemoga kau akan terhibur selaluDi dalam suasana hari rayaTerimalah dengan rasa bangga

(Dayangku Intan)


Dulu2 zaman kanak2, saya suka pada Dayangku Intan. Tapi ingat2 lupa lah kenapa saya suka suaranya. Tapi biler dah makin dewasa, saya mula membandingkan dengan penyanyi2 lain yang saya suka. Then baru lah perasan yang saya suka orang yang suaranya tak merdu tp ada sikit2 sengau, macam Saloma, Ezat Exist, Liza Hanim, Suhaimi Inteam. Dan saya masih ingat ada seorang abang ni yang saya admire masa di universiti dulu pun suaranya mcm tu lah jugak, tp dia bukan lah penyanyi.

Tahun ni, lagu raya di atas adalah kegemaran saya. Setiap tahun pasti ada ada lagu yang akan jadi tema walaupun lirik lagu nya tu tak der lah relevan sangat dengan diri sendiri pun. Tapi lirik lagu ni, ada sikit2 relavan kot, sikit jer lah tang tugas pada Negara, tp tak der tuju kat saper2 pun. Tahun2 lepas antara lagu2 yang pernah jadi lagu tema raya saya adalah lagu Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), Raya (Aziz M Osman dan isteri), Aidilfitri (Sanisah Huri) dll.

Biler agaknya saya nak balik ke Pasir Gudang yer.. entah dah berapa entri asyik mention menda yang sama. Bz bz dan bz sentiasa. Hari Keluarga, Kursus di Langkawi, kursus di Melaka, dengar kata mungkin minggu depan akan ada kerahan untuk ke universiti2 pulak. Biler nak rilek? Arghhhh !!! Ada plan ngan Wardah, lepas dpt gaji bulan 12 kami nak pergi bercuti, ke Cameron mungkin. Harapnya masa tu semua kerja2 besar dah settle. Nak enjoy plak.. Yahuu!!

Saturday, November 04, 2006

Semuanya buat aku sakit hati

Sepatutnya sekarang aku mungkin tengah sedap meronda beraya di sekitar
Johor Bahru dan Pasir Gudang. Tapi nampaknya hari ni aku berada di opis.

Memang asalnya plan nak balik ke Pasir Gudang weekend ni coz aku lum lagi
beraya di sana. Cadangnya nak tidur rumah sewa lama, meronda ngan Anis.
Anis pun siap dah canang satu JBFM yang aku akan beraya ngan derang hari
ni. Apa leh buat. Satunyer, minggu depan start selasa bos dah tak der kat
opis.. so apa2 perkara yg nk decision dia, nak tandatangan dia, semua kena
settle latest isnin ni. Keduanya, esok Acik nak buat makan2 kat umah, so
better aku ajak kawan2 dtg sekali, dan aku leh lah tolong2 apa yang patut
kat umah.

So, sekarang aku tengah berkira2 bila lagi nak balik. Minggu depan sabtu
dah ada hari keluarga kementerian. Ahad nak pergi kursus kat langkawi
plak. Harapnya lepas tu bolehlah aku balik, walaupun possibility semua
kuih raya umah depa dh abis.. tak kisah lah. Yg penting balik. Aku dh
rindu sangat nk balik sana.

Mood aku sempena hari kedua period ni agak kureng. Lagi lah biler smlm fiq
cakap pasal pergerakan gaji. Biler dengar jer alasan si T**** tu, mungkin
kat luar nmpk ok jer, tp dlm hati ni Tuhan jer lah yg tahu. Sapa lah tak
marah kalau hak kita diperleceh2kan. Nak kata tak ikut prosedur, dah ikut
punya terang dah.. wlupun bengang gak ngan kerenah birokrasi ni. Geram psl
dah dua kali terkena. Yang pertama tu aku kira tutup mata jer coz masa tu
aku dah kat INTAN, tak der masa nak followup duit claim yg derang tak
masukkan, mcm banyak plak masa nk ulang alik ke dr Kiara ke Putrajaya
semata2 utk duit claim 2,3 ratus tu. Tp biler dah kali kedua pun dia wat
hal, memang nak kenalah tu. First step, aku dh hantar emel ke K*** unit
tu. Kalau dlm seminggu tak der respon, ke SUB dia plak. Pastu, T***, K**,
M******??? Bengang sangat biler mengenangkan sekarang dah nak akhir tahun.
Kalau smpi habis tahun 2006 pun tak settle mmg ada harapan lah lagi
berkurun tuk nenek baru nak dapat. Silap2 haribulan dia buat bodoh dan
tercicirkan terus urusan tu. Bukan sekali dua hati ni dah terlintas nak
berhenti jer kerja kalau menda2 cam ni berterusan. Ingat aku giler sgt nk
kerja kat sini. Sib baik, unit aku tak deal ngan pelajar2 tajaan. Kalau
tak, maunya ada yg kena ngan aku. "Awak ni sibuk tanya pasal duit duit
duit, saya ni yg teruk kerja nk bayar korang ni pun orang bayar gaji
hendak tak hendak jer tau tak" Bulan 12 ni biler kami pindah ke PJH,
maunyer lagi teruk derang perleceh2kan, mentang2 lah kami dah jauh.

Tak cukup ker itu untuk menunjukkan betapa marahnya aku?

Thursday, November 02, 2006

Apa ke hal..


Entah apa masa depannya dunia blog aku ni...