Monday, December 27, 2004

Al-Fatihah Untuk Almarhum En. Shahroni Bin Koming

Pagi semalam, smpi jer depan gate kilang, terserempak dgn kak nor, dia kasi tau En Shahroni dah pergi.. Terperanjat aku, rasa lemah satu badan, terus paut tangan kak nor. Yer lah, baru minggu lepas aku jumpa dia masa kenduri doa selamat umah dia. Genap seminggu lepas kenduri tu, dia pun kembali ke Rahmatullah. Dah ajal dia, Allah yg tahu yg terbaik buat hambaNya. Mungkin ini lebih baik dari dia terus menderita sakit kat hospital. Apa pun, ajal mmg dah termaktub, penyakit tu cuma sebagai asbab.
Asalnya nak pergi menziarah pagi semalam jugak, tp kami buat keputusan untuk tunggu sampai jenazah dibawa balik ke Pasir Gudang dari HSA. Jenazah nak dikebumikan lepas Dzuhur. So, tepat masuk waktu rehat, naik keta aku, kak normah, kak wan, kak nor ngan kak ina pergi umah arwah. Jalan agak sibuk, so tk dpt nk pecut. Aku ni pun tak berani buat kerja giler biler bawak orang, lagi ler kak ina tu tgh ngandung. Kak nor dh bising2 jugak suruh cepat tp aku kata, sabo jer lah nnt tak psl2 kiter nak pi melawat orang, last2 orang plak kena melawat kita. Lagi haru.. Smpi sana, kami tk sempat menatap wajah arwah psl. Kami tiba jer, jenazah pun dibawa naik ke van. So, kami cuma pergi bersalam dgn kak hawa, balu en shahroni jer.
Kat umah arwah, ramai juga yg dtg dan majoriti adalah staf kilang kami. Ramai jugak staf yg ambil emergency leave semata2 utk beri penghormatan terakhir wat arwah. Pagi tu, kami buat kutipan derma kilat dan Alhamdulillah dpt hampir RM2000, itu pun baru staf ofis jer. Orang2 cina ni pemurah2, kasi ada tu smpi beratus. Balik dr melawat, ofis sumer mcm kena serang garuda, senyap jer. Aku pulak jd tak der mood nk wat kerja. Tetiba aku terpk nasib waris2 arwah. Anak 7 orang yg masih sekolah dan kecik2. Dan aku terpk camnalah agaknya kalau aku kat tmpt kak hawa, kehilangan orang yg tersayang. Saper yg aku bayangkan? Itu rahsia.. tp mengingatkan itu, mmg buat aku rasa sebak dan nak menangis.
Malam tadi, aku pergi semula rumah arwah dgn kak nor untuk tahlil. Ingatkan ramai yg dtg, tp perempuan tak ramai sgt. ok jer lah. Tp aku dpt kawan baru, sorang akak grad uitm yg kerja kat white horse dan duduk dpn umah en shahroni. Aku rasa akak ni byk persamaan ngan aku, apa yg dia pk sama dgn apa yg aku pk. Taste kami pilih makanan pun sama hehe.. Yg aku kenal semalam cuma kak nor ngan hajah ani, isteri hj bada
Balik jer, aku terus hanto kak nor balik. Aku berenti tepi jln, masa nak masuk semula ke jalan utama, ada kereta dr arah belakang. So aku tak masuklah dan tunggu kereta tu jln dulu. Tp entah kenapa keta tu slow sgt, aku jadi hangin sekejap, aku nak balik ni, dh kul 10 lebih. Pastu keta tu aku rasa makin slow plak. Ishk apa citer ni, pastu keta tu terus past aku dan rupa2nya Akhi. Cheh aku ingatkan saper. Dia hon tp aku tk hon balik. Aku terpk2 nk kena berenti ke haper ni? Tp aku buat keputusan, balik jer lah terus. Buatnya klu aku berenti tp dia jln jer, tak ke kang aku yg malu. Lgpun klu berenti, nnt pjg plak ceritanya. Tak perlah, klu dia nk jumpa aku, tentu dia call.
Malam ni, ada tahlil lagi tp aku lum pasti akan pergi ke tidak. Aku ada tusyen.

Camna nak update kalau ...

Camna lagi nak update kalau ...
1. Bos tengah sibuk cuti krismas smbl menghabiskan annual leave lantas meninggalkan aku terkontang kanting sorang kat dept ni.
2. Banyaknya kerja nk disiapkan sebelum bos2 beso balik dr bercuti.. smpi kan nak cari masa untuk duduk depan pc sendiri pun susah.
3. Otak tengah serabut dgn memikirkan banyak masalah dan yg kelako nyer aku lebih sibuk memikirkan masalah orang lain!
4. Banyak sangat menda nak ditulis dlm diary ni tp tak tau nak structurize lagu mana lagi.
5. Tak buleh nak ngular nulis kat sini psl ramai sangat spy2 tak bertauliah yg dok perhati. Kang bos balik,sibuk lah masing2 nak buat laporan highlight.
6. Klu ada masa pun, kena spend untuk cari bahan untuk tution budak2, yer lah dah nak naik sekolah dah ni.
7. Tengah bersemangat nak bekerja psl dah akhir tahun lah beb. Insya Allah minggu ni bonus akan bank in. Next week, dah tahun baru, baper lah agaknya increament aku yer?
So, apa lagi? Challo.. pi buat kerja..

Wednesday, December 15, 2004

Penat nak tunggu ari jumaat

Adeh deh deh. Penat sangat ni. Dah kul 5.30 tp rasa malas nk balik dulu. Aei ni sekerat ari duduk kat Guard House, settlekan sistem baru. Standardlah menda2 baru ni, ada jer problem, belum serasi bak kata orang hehe. Tp bestnya ari ni En Razali belanja kuih donat.

Walaupun penat, tp puas hati pasal banyak kerja jugak yg settle. Aku ngan kak ina dh macam programmer adjust itu ini, padahal itukan system outsource. Cheh, apa punya sistem, kitorang plak yg tukang alter sana sini. Dan yg lagi bestnya, Akhi tegur aku masa dia balik. Hehe, sajer je lepak betul2 depan mesin punch card, biar dia perasan ahaks.. (tak malunyeeerr) Dan aku pun sajer jer buat bodoh, tunggu dia tegur dulu. Ekceli semalam aku hangin jugak ngan member, mungkir janji lagi!! Aku SMS dia tak reply (pun mungkir janji jugak). Aku miss call byk kali pun dia wat bodoh. Tp aku positifkan diri, hp dia problem and then, yg aku tak reti2 dlm masjid pergi call n sms orang tu apa citer? Cheh, ingat nk dpt berkat skit, hehe padan muka aku. Tp tadi, biler dia tegur aku dulu, dia senyum, sejuk hati aku. Padahal mlm tadi, aku dh smpi pk idea bodoh nk tercongok dpn kilang kul 7, nk tunggu dia dtg. (apa ke bodohnya idea). Erk, td sebelum balik dia ada cakap sesuatu tp aku tak berapa dengo psl ramai sgt orang dan bising, apa agaknya ek?

Tengahari tadi, aku makan nasi goreng kampung, kak ina yg banjer. Ahaks.. aku terlepas citer yg aku minggu ni lum makan nasi lagi psl kekeringan ongkos. Agaknya derang kesian. Kat kedai makan tu siap gaduh kak ina ngan kak norma psl masing2 nk bayarkan utk aku. Cheh, klu aku tau camni, mesti aku order yg kaw2 punya hehe. Mlm ni makan umah cik ar ler plak. Rupanya dah 3 minggu aku tk pi umah dia. Sibuk pi beraya ngan kelas tusyen. Ishk, ni pun dua malam aku tpaksa tido umah cik ar psl auntie wan ngan miza nak gi KL. Petang ni aku nk gi anto derang kat stesen bas.

Hai lambatnya hari jumaat, aku dh tak sabo nk balik umah. Bukan apa, aku betul2 tengah kering duit ni. Yer lah, bulan lepas punya gaji, langsai gitu jer. Oleh kerana dh akhir tahun ni, aku tanak cari mslh ngan bank so aku bayo sumer utang ngan tunggakan sekali. Adoii.. pastu tolong abah bayo duit perabot, duit raya bebudak lagi. Perghh.. mmg perit lagilah psl bulan lepas aku tak der side income psl tusyen cuti. Ari tu masa balik abah ada tanya psl aku cukup duit tak. Tp aku kata ok jer. Aku tau abah tau aku mmg tgh teruk. Tp aku tanak cakap ngan mak. Psl ari ahad lepas, dr gerak geri mak aku leh baca yg ini bukan masa sesuai nk mintak pinjam duit. Kelmarin abah tepon, dia suh aku jual balik ASB klu dah teruk sgt. Aku tak nak. Semalam mak plak tepon, dia kata klu aku dh tak der duit, dia nk dtg anto.. hehe. Derang risaukan aku tp aku rasa aku ok jer kot. Megi ada boleh dimakan.

Ahad ni, ramai staf nk dtg umah aku beraya (wlupun dh abis raya pun). Derang sumer dtg bawak kuarga. Perghh mesti meriah dan best. Makan kat umah aku then kitorang nk pi picnic. Not a good ide lah kan nk picnic time ujan cam ni, tp arap2 tak ujanlah ari tu. So far, dah 5 kuarga yg cam konfirm nk dtg. Kak wan kata tak sabo nk dtg, nak rike2 pokok kat umah, kak normah ngan kak nor sibuk suh masak makanan ala kampung.. hehe. Dlm ati aku, klu nk sgt ala kampung nnt makan aku bentang tikar makan berhidang atas lantai. Yg lg best, hehe akhi pun janji nak datang jugak.

Oklah, nk balik dulu, bye

Monday, December 13, 2004

Back For Good

Assalamualaikum!!!
Gez what, last week, tanpa disedari tertekan pada satu link ke blogspot. Amazingly, the page successfully appeared!! What!! Yahuu!! Mesti bos dah remove that blocking. So, ingatkan nak abandon jer blog ni, tp sayang ler plak. Coz it keeps my old entries since 2003. Hemm.. simpan jer lah. Tak kisahlah pun. So, if anybody wants to know the updates about myself, simply go to this link http://cik-ayue.diaryland.com

If you go to that page, what do you expect? Hehe.. dun get angry or think this girl is boring, with the same taste of layout. Ahaks.. sukati akulah, nak wat background gelap ker haper ker.

Oklah, got to go. I'll update this blog occasionally.

kalau tak berjalan memang tak sah pompuan ni

Assalamualaikum...Back!!! Feeling extremely joy coz finally i can access my old blog!! Sure u know which one that i'm talking about. That one lah, the ainulmardhiyah one. The one that keeps my diary since 2003. Hehe.. seronok giler, rasa cam nak terguling2 atas lantai ni, ahaks (giloz ke haper). But, dun worry my darling diaryland, coz i will still write here. And i think, this current diary has nicer layout. Do you think so?
Ari jumaat ari tu, pergi beraya lagi. This time, i went to my cousin's house at Kg Pasir Putih. Kak Mai. Malu giler masa pergi pasal ada ramai sgt orang yg aku tk kenal. All of them are my cousin's colleague. So, aku pun mcm kera yg sumbang. Dah ler sumbang, terpinga2 plak tu. Mana taknya, dihidangkan makanan orang jawa Indon yg aku tk pernah makan, Pecal. Felt odd, awkward. Yer lah i didn't even have the idea how to eat this food! So, belasah jer lah. Pedas!!! Merah muka, padan muka. Tapi family mertua kak mai ni baik2 orangnya, very nice n friendly. Masa dtg, tak der kawan bbual, bbual ngan mak mertua kak mai, then jaga si Sara (anak kak mai yg kedua) masa mak dia makan. Adoi.. tak iya2, sakit badan nak menjaga budak sorang ni, dia punya tak reti duduk diam. Tak lupa tul, bile Aiman, the brother menunjukkan sifat kasih kan adik dgn cara yg pelik. Klu peluk, cam nk dikepit2nya adik tu, klu cium, smpi lemas adik. Sampai satu tahap, adik dia ada kat riba aku, dia leh tarik rambut cik adik ni smpi meraung budak tu. Adoiii..
Ari sabtu balik umah kul 4.00 ptg lepas basuh baju. Hari ahad, ingatkan nk gi beraya ke kluang ngan bandar tenggara tp mak dpt call Atuk Long kat Tenang sakit, so, kitorang kensel plan beraya, dan balik ke Segamat. Sampai umah Atuk Long, cheh, mati2 kitorang ingat sakit tenat, rupa2nya leh jalan pun. Tp tak kisahlah psl klu tak, tak dernya kitorang nk dtg beraya. Dah berkurun jugak tk balik sini. Masa tu yg ada, atuk, kuarga mak andak, kuarga mak teh, atuk chik ngan atuk nah n suami, Atuk Awal. Kat umah Atuk Long, kitorang wat cam umah sendiri, buat air sendiri, masak sdiri, makan sendiri. Bukannya apa, lagipun isteri Atuk Long pun bukan sihat sangat. Pas tu, wujud plak 4 kumpulan sembang, lelaki2 sumer berborak kat beranda. Mak, mak andak ngan mak teh berborak adik beradik kat dapur. Atuk, Atuk Long, Atuk Chik ngan Atuk Nah kat ruang tengah. Cucu2 plak termasuk aku yg dah tua bangka ni duduk ruang tamu tengok tv, tengok Detektif Conan hehe.. Penat jugak nk jaga sepupu2 kecik ni, bermacam pe'el. Kengkadang kelako pun ada. Yg paling penat jaga si Baidah, 8 bulan, mengelek dia smpi lenguh2 tangan, smpi ari ni terasa lenguhnya. Demam budak ni, sebab tu banyak hal skit. Tepuk2, dukung dia smpi tertidur kat bahu aku. Alahai kesiannyeeer. Mak sedara sumer dh mula senyum2 kata Baidah dah serasi ngan aku hehe. Dah lulus ni kak long, dah bleh ada anak sendiri, biler lagi? Hehehe.. Tp yg best sekali pasal apa tau. Atuk Nah kenal aku tuh.. hehe. rasa seronok biler orang kenal kiter.
Hari ni, gi kerja cam biasa..Bos tak der, jd tak menang tangan, tak menang kaki aku. Pagi2 dah kena naik tengokkan printer MD. Pastu, terkejar2 pi amik report kat Guard House. Check system then baru copy report. Balik ofis, siapkan report utk dua hari. Kasi jer report kat Irene, sekejap2 dia panggil. Banyak betul menda yg dia tanya. Smpi ke petg tak settle. Haji pun sama.. kejap2 aku ngan kak normah kena paggl masuk bilik dia, discuss psl jamuan nak meraikan persaraan Pak Turot. Attendance system plak, 2 kad buat hal, tak leh scan, aku lg kena settle kan. Absent report plak aku kena check jugak psl kak nor kata dia tak der masa nak buat. Aku ni malas nk bising, tolong jer lah wlupun bukan kerja aku. Kang klu tk buat, kak nor plak kena marah ngan Irene, sian plak dia. Adoi.. ke sana ke mari.. Penat rasa badan, udah ler org tak makan tghari ari ni. Penat semalam pun x ilang lg. Ari ni aku kena buat kerja utk 3 orang, aku sendiri, Ben ngan Kak Yurena, mana tak lepak? Oklah aku nk balik, ni pun kang nk singgah guard house, settlekan satu lg kad yg problem. Chow chin chow.. tata

Friday, December 10, 2004

Berjalan jer kerjanyer..

Tengah aku menaip ni, aku pandang luar, ternampak Ms Yong, hehehe apa kejadahnya tetiba ari ni aku rasa nyonya sorang ni nmpk comel plak. Tp pagi ni, biler aku tengok Mr Black, aku rasa mcm nk cincang lumat dia, rasa nk campak dlm blending machine kat mill tu. Ahaks.. boleh tahan jugak kijamnya aku ni rupanyer.
Semalam kerja aku mcm biasa, cuma aku gatal sikit mulut nk mengadu kat Irene. Bukan apa, dah baper ari aku stay kat guardhouse, aku pelik kenapa ramai contract workers yg kuar awal, melepak depan gate, pastu biler dah kul 4.00 baru pergi punch card keluar. Dekat setengah jam melepak, tak ker rugi company bayar kat derang? Si Mr Black plak, wlupun tau tp buat bodoh jer. Ishk geram tul aku mamat ni, main pilih bulu. So, dia ingat dia jer leh jd polis, aku pun bolehlah. Pengaruh aku lagi besar kat Irene dr pengaruh dia. So, aku nekad report kat Irene dan Irene of coz percaya kat aku. Irene siap bagi mandat kat aku untuk tlg tengok2kan keluar masuk staf.
Tghari smlm, mak call. Mak suh balik ujung minggu ni psl nk ajak pi beraya. Keta abah, abah hantar cat. So, klu aku tk balik, camna kitorang nk pi beraya?
Semalam petang, balik, singgah shell, kasi makan aku punya keta yg tgh kelaparan ni, lgpun sabtu nk balik kota plak. Pas2, pi beli roti canai utk berbuka. Ringan2 jer lah psl mlm kan nk pegi kenduri umah en sharoni. Ptg smlm pun Ben (bos aku) ada belanja kuih. Then, singgah masjid cam biasa solat asar. Selalunya aku stay smpi maghrib tp ari ni tk dptlah psl dah janji ngan Kak Normah. Balik, kemas2, gosok baju, buka puasa, mandi, sembahyang, terus pergi umah kak normah. Aku ngan Kak Normah share duit beli buah ngan kek utk kenduri umah en sharoni. Asalnya kitorang nk masak mee, tp biler aku tepon isteri en. razak, dia pun nk masak mi jugak. Aku tepon akhi tp tk berangkat, ofis pun senyap. Tp pastu Kak Mai, sepupu aku yg duduk Kg Pasir Putih telefon, ajak pi umah dia beraya hari ni. Pergh.. sah ler minggu ni direct aku tk melekat kat umah lepas kerja. Apa lah agaknya Auntie Wan ckp psl anak dara sorang ni, malam2 jer kuar.
Pergi umah En. Sharoni, aku rasa kesian sgt. Smjk kena kanser ni, dia dah kurus sgt. Semalam pun aku tgk dia nk bcakap susah, nk makan minum pun susah. Ari ni, dia nak kena operate, tu yg mlm td org melayu kilang aku buatkan kenduri doa selamat utk dia. Ramai jugak orang datang. Lagi kesian biler aku tgk isteri en sharoni, dan anak2 dia. Umah derang pun nmpk tak terurus. Sedih aku tgk. Aku mmbayangkan klu lah aku kat tmpt en sharoni. Tentu aku sedih n kecewa psl keadaan aku telah membebankan keluarga aku, camna ngan anak2 sumer. Bayangkanlah istri en sharoni tpaksa ulang alik dr PG ke JB hari2 utk tengok laki dia kat hospital. Nk jaga terus tak mampu psl anak2 masih kecik kat umah.
Balik dr umah en sharoni, aku, kak normah, hj bada n wife, hj shah n wife pergi umah en borhan beraya. Hehe..isteri hj bada ni lawak jugak orangnya. Emm.. masa ni jugak aku dpt penjelasan dr Hj Bada ttg problem akhi kat kilang smlm. Nk harapkan member citer sdiri mmg berabad tunggu.
Smpi umah dlm kul 11, aku terus telefon akhi lg sekali. Tepon ofis tk der org angkat, dh balik agaknya. Tepon hp pun tk berangkat jugak. Ishk, aku dh mula pk bukan2. Tp aku try lg sekali hp, tadaaaa.. dapat! hehe.. Happy sgt biler dengar suara dia wlupun semalam bunyinyer mcm orang letih dan lemah jer. Aku tau dia tengah serabut sekarang ni dgn macam2 masalah. Kadang2 rasa aku ni kawan yg tak guna psl tk dpt buat apa2 utk tolong dia, selain berdoa itu jerlah. Doa tu kan senjata umat Islam yg plg hebat, ok lah tu.. hehe. Lagi buat aku rasa bersalah biler dia tpaksa berhadapan dgn Mr Black. Sebab tu dr dulu mmg aku tk suka akhi ada masalah smpi dia tpaksa mengadap mr black, mesti sakit jiwa punya. Kerja, kerjalah. Urusan aku ngan akhi tu hak peribadi, dia takder hak nk masuk campur. Aku tau sgt, mr black tu jeles psl akhi rapat ngan aku sdgkan dia sdiri aku buat bolayan jer. Tp be profesional lah, ini hal kerja, jgn campur aduk ngan hal peribadi. (kadang2 pk kisah aku ngan akhi ni dh mcm cerekarama plak hehe) Aku tak kisah, selagi aku hidup, tak der sapa yg mmpu rosakkan persahabatan aku ngan akhi. Kami tak buat benda yg dilarang Allah, buat apa nak takut? Utk akhi, klu ko baca entri aku ni, aku nk ko tau aku mmg gembira sgt dpt berbual ngan ko smlm. Dengar ko panggil nama aku pun dah buat aku rasa sejuk hati, rasa nak nangis.. ishk ishk shk.. Sebab tu, aku tak sanggup biler ko nk ungkit balik kenangan2 lama tu, mmg manis tp aku rasa sedih biler kenangkan yg itu cuma akan jadi kenangan jer.

Thursday, December 09, 2004

Entri tak tau tajuknya haper hehe..

Minggu ni aku lum abis raya lagi tau, selasa ari tu aku pi open house umah encik azman. Isnin mlm selasa plak aku pegi umah Kak Naz buat kali kedua. Cam tak tau malu plak psl aku kan dah pi raya umah dia minggu lps. Hehe.. dah tu, org dah ajak, rezeki jgn ditolak especially time tgh kering ni. Ekceli ada budak2 kilang aku dtg beraya umah kak naz, alang2 dh masak, tu yg kak naz pggl aku sekali. Aku smpi kul 8.30 dan budak2 lain tk smpi lg, malu plak rasanya. So, sementara tunggu yg lain, sempatlah aku layan anak2 kak naz, Yaya, Adad, Qis ngan Yuyul (yg special). Kul 9.30 br nmpk batang idung budak2 lain, Muhamad, Daeng, Jamal ngan Faizal. Segan aku ngan derang so, aku buat hal sdiri ngan anak2 kak naz. Rasa seronok plak ngan budak2 kecik ni, especially biler tengok derang happy, ketawa. Smpi kan Yuyul yg tk paham apa2 pun leh tumpang sama. Seronok smpi rasa tak moh balik aku. Jgn tk caya, kak naz siap sound 'ko tak nak balik ke Yu, kan esok nak keje?' ahaks.. betapa tak malunya aku hehe.
Arrghhh.. ngantuk giler pagi2 buta ni. Alkisahnya mlm tadi kak nor ajak aku pergi jamuan raya kat lorong umah dia. At 1st mmg aku nk pegi pun tp Cikgu Lela suh buat tuisyen mlm td jugak psl ari ni budak2 nak pegi camping kat Kluang. So, kelam kelibutlah aku mcari bahan tuisyen semalam. Semalam, Zakwan, Hazim ngan Ika. Nurul tak der. Hehe dia dtg pun bukan leh blajo, otak aku ni dh lupa lgsung psl add math. Cam ari tu, dia tanya psl pembezaan, terkulat2 aku mjawab. Yer lah aku ni pun add math spm dapat c4. So, last2 aku tebal muka mintak maaf. Kureng betul si Hazim dia kata aku ni tk bersedia. Geram tul aku, tp nk wat camna, mmg betul pun hehe. Last2 aku mintak kertas2 homework Nurul dan fotostat, weekn ni leh lah aku study balik menatang addmath ni.
Balik dr tuisyen, bukak tv sumer citer membosankan kecuali ada tayang citer Chori2 Chupke2 itupun bersambung minggu depan kat TV SCTV Indon. Malam tadi makan megi jer hehe. Nampaknya itu akan jadi menu rutin aku smpi gaji 25/12 ni psl duit mmg dah tinggal puluh2 jer ni. Ishk sempat ker ni, nampaknya balik umah minggu depan tpaksa mengemis ngan mak bapak lagi jawabnya. Yer lah gaji dh abis wat bayo utang, pi beraya dan kasi duit raya budak2.
Back to citer mlm tadi, padam tv ingatkan nk rilek2 dulu tp last2 tertido ngan lampu terbukak dan lebih bahaya lagi dgn pintu tak berkunci!! Tperanjat aku tetiba kul 12.45 malam Auntie Wan ketuk dan masuk bilik aku. Katanya semalam umah Mak Cik Yah kena masuk pencuri. Adoiii.. bosan tul aku duduk kawasan ni, asyik kes2 samun jer. Auntie Wan masuk wat sport check bilik aku, apa citer. Dia tegur suh tutup lampu ngan kunci pintu. Hehe.. apa ke malang aku ni dia dtg time cam ni plak. Ishk teringat aku pada bibi' umah Cikgu Lela. Cikgu Lela sefamily pergi camping kat Kluang tinggalkan bibi' sorang2 kat umah. Bahaya tu. Selain dr bibi' Cik Ar yg dulu, bibi' cikgu lela ni pun baik sgt orangnya. Ari tu smpt berbual ngan bibi', dia kata dia ni sebatang kara, cuma ada anak sorang jer, itupun tgh study kat Jerman, lg 2 thn baru abis. Nmpknya x lama lagi leh lah aku kamcing ngan bibi' yg ni. Teringat bibi' umah Cik Ar, dulu kitorang dh baik, smpi klu jumpa siap peluk2 lg, tp skrg dia dah pindah tuan lain.. sedih.
Pg td, aku bangun lmbt, itu lah masalahnya klu tidur diganggu. Tak sempat aku sahur subuh td, tp sib baik dh niat dr malam. Kensel plan nk basuh baju. Yg lagi jahatnya, subuh pun aku qada' kat surau ofis, melampau betul rasanya. Hehe.. teringat mlm tadi kat masjid. Aku tgh solat maghrib ikut imam, masa tu aku sorang je jemaah pompuan yg ada. , Masa rakaat kedua tetiba dtg sorang pompuan (aku tk perasan tua ke muda psl aku kan rabun mana nampak biler dh tanggal spek). Dia bentang sejadah 2 meter dr tmpt aku, aku ingat dia nk sembahyang sdiri, tp rupa2nya dia sembahyang ikut imam jugak. Cheh, hampeh tul, smpi hilang kekhusyukan aku. Otak aku mula terpk2 ishk klu nk jemaah sama kenapa tak sembahyang sebelah aku je ni? Then, biler dh bagi salam, dia pun bagi salam jugak, aiyarggh.. kenapa dia tak naik balik tambah satu rakaat lagi. Aku lg pening. Nak ditegur, aku segan, tp rasa bersalah ler plak. Tak taulah dia lupa ke atau mmg nk cepat sgt atau dia mmg jahil psl solat. Abis salam, dia tanggal telekung dan asyik terjenguk2 tempat solat lelaki, agaknya dia nk tengok pastikan laki dia tk tinggalkan dia agaknya. Agaknya psl tu lah dia tak tambah rakaat, takut lambat, takut kena tinggal ngan laki. Alahai.. apa citer lah ni.
Oklah, dah kul 10.27, nk wat keje plak. Kang si Mr Black, polis tk bertauliah tu datang tangkap aku mengular waktu keje. Kemain lg dia skrg, asyik nk cari salah orang jer, macam dah tak der keja lain. Keje yg penting2 lain tu tanak dibuat plak. Sound orang ikut sedap mulut pada hal diri sdiri tu lebih kurang jer. Ishk.. apalah aku ni puasa2 ngumpat orang. Tp mmg aku geram pun psl klu kawan2 aku sdiri pun kena ngan dia. Sblm btambah dosa, baik aku challo.. bye.

Monday, December 06, 2004

Tak abis2 lagi beraya?

Hehe.. balik jer semula ke PG ni, aktiviti beraya aku mmg ler melampau2. Almost everyday aku pergi beraya umah orang. Nak kata save budget makan, tak der lah jugak, psl aku makan free tp keta aku tu nk kena kasi makan jugak utk ke umah2 orang. Dlm masa satu hari, balik je keje, aku leh beraya smpi 2 umah. Ishk, mmg balas dendam betul. Tahun ni, cuti raya aku duduk umah jer. Klu dulu, ada jugak sesi beraya dgn kawan2 sekolah, tp tahun ni dah senyap plak. Mana taknya, masing2 harapkan aku start dan arrange. Penatlah, asyik aku jer.
Ari sabtu lepas, balik keje, relax kejap, pas tu pegi amik kak normah ngan ani kat kota masai, pas tu pegi amik kak nor plak kat air biru. hehe.. cam driver lah plak. Tp aku tak kisah pun, time tgh solo2 ni lah leh dibuli2 skit, kang klu aku dah beranak pinak, mana ada can lagi. Then, kitorang bergeraklah ke Kg Melayu Majidee, open house umah hj bada. Hehe.. aku dah ler kelaparan, tengok makanan rasa nak baham semua dan itulah yg aku buat.. hehe, tak der pilih2, sumer aku belasah. Ada sate, laksa johor, pulut, lontong, kuih muih lagi. Alahai, bestnya dpt jumpa isteri hj bada. Klu thn lepas aku cuma salam2 jer, thun ni dtg peluk, balik pun peluk. Mana taknyer, masa smpi2, dia kata dia mcm biasa sgt tengok muka aku pdhal aku baru sekali jumpa dia. Thun lepas pun teringin nk peluk tp segan.. hehe. Hemm.. kat umah hj bada yg mcm umah org kaya industan ni, ramai jugak orang datang. Orang satu kilang pun ramai, siap bawak family lagi.
Masa nk kuar dr umah hj bada, en. borhan terperanjatkan aku katanya tayar kiri blkg keta aku pancit, tengok2 mmg lembik tp hj bada kata kena isi angin jer tu. Tp kak nor tk puas hati, dia paksa jugak aku singgah kedai tayar. Alamak, aku mana ada duit tp kak nor kata dia leh bayarkan dulu. So, cari punya cari, aku singgah kedai tayar kat Pandan. Cheh, sah pancit, ada skru panjang seinci terbenam dlm tayar. Dia tampal, kene rm5. Biler suruh apek tu tlg check kan tayar2 lain sumer ok plak tu. So, after that, kitorang teruskan misi beraya dgn ke umah deknoor kat senai.
Kat umah deknoor, makan nasi tomato ngan laksa penang. Pergh, deknoor spt biasa suka nk paksa2. hehe tak berubah2, klu tk diikutkan merajuk plak. So, balik je umah deknoor, aku tpaksa bukak kancing kain, dah sendat sungguh. Payah tul, klu tak makan, tuan umah kecik ati plak. Tp klu diikutkan perut plak yg merana.
Then, persinggahan terakhir plak adalah umah Hj Shah kat Megah Ria, yg ni kira main serang jer. Ingatkan serang2 jer, makan kuih, tp tak. Siap dihidangkan mee kari lagi.. Adoii.. mmg tak tahan sungguh, aku dh mcm org pregnant, nk mmbongkok rasa tak selesa, nk menegak pun susah. (hehe mcmlah aku ada experience pregnant pun, auta jer lebih hehe). Aku rasa makanan dh sampai ke paras leher, rasa mcm nk muntah pun ada tp ditahankan jer lah. Dah ler aku yg kena drive, perghh... siksa jiwa raga aku. Sakit perut period pain lagi. Kak nor yg duduk sebelah plak mulutnya pot pet pot pet. Pakkal jer sabo aku ni.
Tamat kisah sabtu, kisah ahad plak. Bangun lmbt, sib baik perut dah ok. Bangun kul 10 lebih, kemas2 bilik, basuh keta, rendam baju, tengok Olay Aspirasi Hatiku, gosok baju sumer. Ingatkan tak nak makan psl nk pi open house umah t, tp biler turun nk gosok baju, tuan umah paksa makan nasi lemak. Aduhaii.. terpaksa lagi makan pdhal dia punya smbl ada petai sedangkan aku seumur idup mmg tak sentuh petai2 ni. Maka terkuis2 aku makan, mencari bawang dan ikan bilis yg tersorok di celah2 petai. Then, kul 3 kuar, amik Hazim n Zakwan (anak tuisyen aku). Ekceli aku bukan nk sgt bawak budak2 ni pegi beraya umah t, tp ari tu aku dh tlepas cakap, dan derang bsungguh2 nk ikut. Nak wat camna, pdn muka aku. Ni pun klu ikutkan ramai lg yg nk ikut tp cikgu lela benarkan 2 orang jer.
Cari umah t aku tersesat lagi. Sib baik budak2 ni ada, tak derlah aku kelam kabut sgt. Cari punya cari rupanya umah t kat perumahan baru Nusa Damai, kat Jln Kiara. Yg buat aku tk sedap hati tu psl umah dia rupanya betul2 belakang jer show house yg aku penah tengok ngan akhi dulu. Rumah contoh blkg umah t tu mmg menyimpan kenangan. Dan aku tak berani menoleh tengok umah tu psl aku tau mesti aku akan menangis biler teringat cerita lama tu nnt. Tp aku smpt sms kat akhi ckp psl kebetulan aku beraya kat sini, tp cam biasa dia tk reply pun, sedihnyeeerr. Kat umah t, aku makan mihun kari, sedap mak t masak. Asalnya aku segan sungguh nk masuk umah dia psl byk sbgt lelaki, kawan2 adik t, tp buat bodoh jer lgpun hero2 aku ni kan ada. Kesian jugak aku tgk hero2 ni terkemut2 malu2 masuk umah orang. hehe padan muka, sapa suruh gatal nk ikut?
Lepas anto hero2 ni balik, aku pi kota masai umah kak normah, menengokkan pc dia. Speaker tk kuar bunyi aku dh settlekan, tak der office, aku dah installkan. Tp bunyi speaker dia jd pelik plak. Tak dapek eden nk menolong lg. Penat dah godeh. Aku stay umah kak normah smpi mlm. Sib baik family dia sumer sporting. Aku mkn malam umah dia. Kul 9 lebih baru aku balik, hehe klu mak tau aku duduk umah org lama2 tentu dia marah. Ini pun derang suh tido umah derang mlm tadi, hehe..
Operasi beraya aku msh belum abis, ahaks.. bersambung di lain siaran tata..

Thursday, December 02, 2004

Horoskop and Taufik

Muahahaha.. I never ever like to read about horoscope or anything to do with it. But sometimes it's fun to try some especially when the report is telling all the good good stuff about yourself hehe. As for me, the reports based on our birtdate are actually a bit accurate than the test or personality quizzes. Quiz? Anybody tend to be hypocrites and sometimes they changed their mind just in a short time. But, birthdate is different, something is that not in our plan, our mind. It's Allah's plan, is it? But this one i got from Astrology.com. Ahaks.. based on my birth date 6 March 1980, and birth time 1.10am..
The Sun: Your essence. Your self.
Character is destiny. By improving your personality you create good conditions for your future.
Sun in Pisces:
Rahayu, you were born under the sign of Pisces and your ruling planets are Neptune and Jupiter, which empower you with great kindness, sensitivity and mysticism. Find out more with your full-length report...
You are a gentle, romantic, idealistic and helpful person. Your great sensitivity leads you to feel compassion for needy people and you are always willing to help and sacrifice for your loved ones. Your aspirations in life point more towards self-realization in the emotional field than in the material one. You are very intuitive and perceive everything that occurs around you. You will be very sought after by your friends or family for the moral support you offer, causing you tension because you will delve deeply into their problems.
You are kind and very loving; you are also a dreamer. You express affection easily, becoming emotional when confronted with nature, animals, art and, especially, music. You have great artistic abilities through which you can channel your inspiration. You are very idealistic and rarely see people just as they are, which will cause you to be easily deceived.
Hehehe.. can i say it is a bit accurate? Hehe.. perasan jer kot. Hehe of coz rasa cam nak ngaku je pasal dia punya report cam ok ok jer. hehe.
Hari ni ada jamuan raya kat ofis, emm.. hopefully everything is going to be smoothly arranged. I did my part already, kumpul duit and jemput orang semua. Petang ni, ingatkan nak pegi raya umah cikgu lela pasal semalam dia dah bising tanya biler nk dtg. Lagi plak katanya anak dia dah bising biler nak tuisyen, hehe. Ni yg payah ni, anak murid lg enthusiastic dr cikgunya ni. Cikgu masih mood raya, camna ni? Ari ni lehlah tayang kat cikgu lela, betapa cantiknya tudung yg dia kasi sblm raya ari tu.
Ingatkan nk dtg semalam, tp malam tadi kan ada final SINGAPORE IDOL. Yahuuu!! Taufik Batisah won!!! Dia mmg lg bagus dr Sly. Taufik mmg ada pekej, good looking, tall, showmanship bagus dan yg paling power tentulah suara dan voice control dia. Terangkat beb. Judges mmg dh terang2 asyik puji dia. Untuk Sly pun judges puji jugak tp rasanya derang wat cam tu cuma sekadar nak ceriakan keadaan walhal Sly tu biasa2 jer, suara rock tp biler nyanyi lagu slow terus melepek, showmanship pun biasa2 jer. Berbeza ngan Malaysian Idol ngan Indonesian Idol, Singapore Idol terus diumumkan keputusan pada malam yg sama. Hehe.. senang keje, tak yah tunggu lama2. Tp powerlah penonton kat Singapore Indoor Stadium, sporting and supportive giler. Ada satu group budak pompuan bawak poster tulis "MARRY ME TAUFIK", then derang siap pakai veil lagi tuh.. cayalah.
Oklah, nak wat keje, babai..