Tuesday, November 30, 2004

Teruskan usaha beraya anda!!

Sabtu pegi open house umah En. Sabri, one of our contractor. Makanannya banyak, ada mihun soto, ada sate ayam/daging, ada roti jala tp ahaks.. ada lori garam ngan gula tbalik agaknyer dlm periuk dia.. (kureng betul ko ni yue, dh kasi makan free lg mau komplen hehe). Then, kul 4.00 pegi umah kak naz plak. Hehe.. yg ni jemputannya terhad jer. So masa aku dtg, yg ada cuma family kak maz ngan family en zaid. Makan lontong. 1st time aku gi umah kak naz. Kesian plak tgk anak dia yg special tu. Air liur tk berenti meleleh, jln pun tk betul. Kesian sgt.
Kelmarin aku buat kek batik lagi. Separuh loyang aku kasi kat prebet aku bawak balik UPM. Suka beno dia ngan kek tu smpi katanya kan bagus klu masak kek ni masa pagi raya. hehe. Lagi setengah loyang aku share ngan prebet prempuan aku. Jeneral ngan Kapten tk minat psl katanya manis sgt wlupun aku dh cuba kurangkan gula. Kek bhgn aku, aku bawak utk jamu kawan opis. Hehe.. kejap je abis. Ramai yg kata sedap. Sampai sorang nyonya janda ni, mintak aku tolong watkan utk dia lagi. Hehe.. aku ter kembang sekejap. Sekarang ni aku tgh cari guru nk belajo buat kek lapis asam manis plak. Jeneral aku suka sgt smpi dia suh aku cari orang utk belajo.
Semalam gi umah Akhi. 1st time after 2 month, dia nk call aku. Dia ajak dtg umah dia beraya. Masa dia call, dia tnya sepatah, aku jwb sepatah, smpi dia kata aku ni marah kat dia ke? Aku mmg marah tp aku tau aku cepat sejuk, so aku kena control supaya jgn mudah cair. Tp pegi umah dia, buat aku tk sedap ati. Psl apa? Akak2 yg dtg sama2 ngan aku nmpknya tk dpt control mulut masing2. Aku jd malu ngan mak akhi. Maluuuu sangaaat!!! Aku hrp sgt klu mak Akhi tak perasan atau tak ingat muka aku wlupun kitorang penah jumpa dulu dan walaupun aku ni anak sedara pada sorang kawan baik dia. Balik dr umah Akhi, aku jd tak sedap hati sgt. Dah le masa sampai umah, gate remote aku wat hal. Mlm tu aku cuba alihkan fikiran ngan tengok tv smpi kul 12 lebih.
Semalam pun nyaris2 aku kena balik keje lambat, psl last minit bos aku suh siapkan material utk launch our new attendance system esok. Pagi tadi, aku pi sesi briefing ngan section head sumer. Arghhh... bosan. Aku benci stail bos2 kat kilang ni. Derang ni old minded sgt dan selalu pk negatif. Selalu pk macamlah staf bawahan ni sumer jahat sangat atau bodoh sgt. Geraaam sgt aku. Smpi satu tahap aku tk tahan, aku terus kuar dari meeting room walaupun tk smpi 5 minit pun aku kat dlm tu. Kuar jer, aku terus ngadap pc, check emel dan balas emel ida yg jauh di Milan. Hehe.. tak tau apsal skrg ni aku bleh kemain in touch ngan Ida. But she is very nice.
Malam ni nk gi beraya lagi sekaligus Marhaban sebenarnya kat umah Kak Wan plak. Esok gi umah En Maseri plak.. hehe,

Saturday, November 27, 2004

Raya jangan tak raya

Ari ni nk citer psl raya. Tp cam bosan skit lah psl rasanya cam xde menda menarik (menolak pun ilek). Tp yg sah lg konpom, raya ni aku tk bjalan pi serang umah orang. Sebaliknya begitu byk angkatan2 bersenjatakan kanak2 yg menyerbu ke markas aku ni. So, strategi menyerang dh tk valid sebalinya strategi pertahanan tpaksa kami gunakan bg menangkis serangan2 hendap pihak musuh. Wachha!! Hiaap !!
Aku cuti dr Deepavali. Duduk umah jd suri umah sepenuh masa psl Kapten (baca : omak den) keje. Jeneral (baca : abah eden) pun kerja jugak. Prebet2 aku plak lgsung x leh harap. Sekali disuruh, sekali gerak. Bangun pagi kul 12 tghari. Sehari slepas Deepavali, aku mula operasi menganyam ketupat. At least, esok pagi aku keje, prebet2 aku ni leh jaga rebus ketupat. Ari sabtu, aku keje lagi. Jeneral dh kasi arahan, balik keje, terus balik, jgn singgah mana2 psl tak der sapa nk masak. Berita paham!! Roger n Out!
Ari sabtu pi keje, ramai lg staf lum cuti. Depa tgezut psl depa ingat aku dh merambus cuti tk balik2 dah. Ekceli mmg nk cuti, tp ada keje dan bos plak cuti uhuk uhuk. So petang blk keje, penatnya, tk dpt mulakan operasi, aku tido dulu. Lepas buka baru aku mula operasi. Sib baik, prebet aku sorang ni dh tulun kopek bawang siap2. Ketupat pun dh siap rebus. Malam raya, Kapten aku jadi mandur je kat dapur, masuk sekali sekala. Dia pi jahit langsir yg last minit punya. So, mlm tu, aku tk cukup tgn kat dapur, prebet2 melanguk tgk TV jer. Siap masak, smbl kacang, masak ayam kurma plak. Nk msk rendang, Kapten aku plak tk jumpa resepi (aku mmg tak tau lgsung resepinya hehe). So, after that, kemas2 dapur, makan magi (lapo), tolong kapten psg langsir. Lgsir yg ni pelik sikit smpi aku tpaksa operate sumer rel2 tingkap. Pastu kemas ruang tamu yg baru jer cat. Bayangkalan lah sepahnya tu. Mop lantai, susun balik kusi meja, gantung balik sumer perhiasan, lap sana sini, bentang karpet. Adoii.. patah tulang beb. Dh kul 5.00, masuk dapur balik, masak lodeh (masak lambat sikit psl takut cepat basi). Then lepas subuh, terus pengsan tak sedar diri smpi kul 3 ptg esoknya hehe.
Kiranya mmg aku miss pagi raya. Keje2 menghantar berkat umah orang, sumer prebet aku yg buat. Raya pertama mmg kami dh plan tk pi mana2 psl prebet aku yg hero ni baru eksiden, tk leh nk gerak sgt. So, duk umah tgk tv jer lah dan aku cam biasa, sambung keje2 mengemas. Baju raya? Huwaaa!! Raya kedua, plak aku baru mula operasi mhantar sms raya kat kawan2. Ooops.. malam sebelum raya, kawan aku kat Itali, Ida ada call rasanya, tp psl line tk clear, tk dpt bual ngan dia, sedih sangaaattt2. Sian Ida, kena raya sensorang kat Milan tu. Inbox aku smpi penuh ngan ucapan raya yg lbh kurang sama jer (ni kes forward2 lah ni).
Then, start raya ke3, bermulalah serangan2 yg tak berperi kemanusiaan, mula ngan kuarga Cik Ar. Giler penat, sedara mara dtg. Kapten aku plak, klu sedara dtg, bukan setakat kasi makan kuih, disuruhnya aku goreng popiah dan nugget sekali. Tak cukup tangan aku ni.
Raya ke 4, Kuarga Mak Long dari Benut datang. Raya ke 5, sumer kuarga adik beradik belah kapten dtg plak. Kami buat sesi bermaafan kat sini psl raya pertama, ramai yg tk balik kampung lagi. Kali ni, kapten siap order mi goreng, so aku rilek sikit. Raya ke 6, marhaban orang pompuan. Biler kapten dah pegi sama, aku kene handle sumer, sib baik ari ni prebet aku bleh harap sikit. Kiranya sumer settle waktu org marhaban smpi markas kami, tak der lah malu hehe.
Then, makin ramai plak dtg, kuarga pak ngah belah Jeneral, kawan2 prebet aku lagi. Eh, tak ingat plak hari raya ke berapa ntah, kami pegi Muar, then balik kampung kat batu pahat. Pi umah Atuk Long Piah kat Asam Kumbang dan kemudaian singgah ke Parit Sauh psl Kapten ngan Jeneral aku nk tengok kebun. Dan itulah kali pertama aku merasmikan baju dan kasut raya aku.. sedih tul rasanya.
Hari Ahad paling mengharukan. Setelah beberapa hari kepenatan, aku ingat nk rilek dulu psl esoknya kan aku dah nak balik PG. Apa punya malang, tetiba datang angkatan 6 buah keta datang ke umah, kuarga belah Jeneral aku. Perghh, giler aku dibuatnya kejap. Aku tk expect lgsung derang dtg. Klu tak, mmg selalunya aku dh prepare sumer, air pun dah siap masak sumer. Ha.. ko, kelam kabut dibuatnya. Kapten aku mula marah dan berleter kat aku kata aku ni bersenang2 jer tidur. Ya Allah, aku tak expect pun, Kapten marah aku mcm haper. Padahal kali pertama aku cuba nak rilek2 satu hari. Manalah aku tau nk jadi cam ni. Geram jugak aku dibuatnya, yer lah selama ni sumer nak harap kat aku. Bila tiba perkara cam ni, aku jugak yg disalahkan. Rasa tak adil cam ni.
Lg menyeksakan biler diserang ni time nak kasi duit raya. Bengkrap jugak aku dibuatnya. Smpi satu tahap, aku lgsung tk der duit nk dikasi. Paham2 jerlah bulan tua ni. Sedangkan bulan biasa tak raya pun aku selalu tersepit, inikan plak biler bulan raya yg mana duit byk kuar. Dah ler bulan ni, aku x der tuisyen (bulan 12 br start balik), mana ada side income lagi? Smpi satu tahap, kapten aku yg kena kuar duit kasi kat anak2 sedara (sepupu2 aku). Memula kapten aku tk puas hati psl dia kena kuar duit, katanya aku lokek, setahun sekali pun susah nk kuar duit raya. Masalahnya aku mmg tgh kering. Kenapalah kapten aku susah sgt nk paham. Sepupu aku tu bukan sikit woii!! Belah mak jer, sepupu kecik aku lebih 30 orang. Tu belum masuk belah abah, lagi hebat. Bukan takat sepupu, anak sepupu lagi..
Perang kat umah dah tamat, maka akan bermula plak perang kat PG ni. Seminggu ni direct setiap ari aku pi umah terbuka. Byk sgt smpi ada yg terpaksa dilepaskan. Sayang jugak rasanya. Selagi ada open house mmg aku pi psl save cost beb. Kurang sikit duit makan. Ini pun Marhaban staf aku tak pegi, psl akak2 ni tak der sorang pun nk join, takkan aku sorang je pompuan yg nk pi. Mlm td ada dua open house tp satu je aku pi psl umah lg satu, aku tak der geng nk pi. Petang ni plak ada 2. Rasanya aku pi dua2. Ptg ni aku nk balik kota, esok kami nk pi KL anto adik smbl beraya kat umah Mak Cik kat Kajang..
Nampaknya cukuplah update raya setakat minggu ni. Minggu seterusnya pasti lbh byk xtvt. xtvt meronda raya bukit dahlia, umah Mur, jamuan raya kilang lagi, open house dan open house dan open house..

Monday, November 22, 2004

Mencari Pembuat Roti

"Ko biler nak kawin Yue? " Emm.. bila bilalah (jwpn kureng)
"Ko biler lagi? " tengoklah, sabo jer dulu (tak paham2 ker?)
"Tahun depan rumah ni plak kecoh ngan sore budak2" Yer ker? (pun kureng)
"tempat sblh kak long ni lompong jer, biler ada orang lain nak duduk sebelah kak long join sesi bermaafan ni?" Oklah tu, wat per ramai2, kang patah kusi plak. (jwpn nk kena pelempang)
Dialog yg berlainan waktu raya tp membawa maksud yg sama smpi aku naik bosan. Dah belum sampai jodoh, apsal nak heran. Itu semua kerja Allah. Klu aku usaha mcm nk rak pun kalau belum smpi jugak, nak wat camna. Rileklah beb, baru 24.
Aku mmg tak risau pun tapi bila orang keliling plak yg over risau, aku pun dah terikut2 plak. Aiseymen, apa sudah jadi. Tak per2, positif thinking lah bebeh.
-Belum sampai jodoh, nak wat camna. Klu bcinta bgi nk rak pun klu tak der jodoh, tak kawin jugak.
-Erra Fazira pun kawin umur 29. Siti tu dah 25 pun lum kawin jugak, alright apa.
-Orang yang sabar tu akan dpt yg terbaik, dun worry honey.
-Kawan lelaki ramai tp hati tak terbuka. Ada yg ok pun dah mula buat hal, sampai naik fed up aku.
-Aku punya bakti pada Mak Abah masih belum mencukupi utk layakkan aku jd anak yg solehah, sebab tu Allah KIV dulu jodoh aku. Jadi anak pun tak pass, lagi mau jadi isteri orang, tak malu ke?
-Dugaan jer tu, nak uji kesabaran dan ketebalan telinga mendengar tohmahan dan sindiran orang.
-Allah nak kasi aku puas hidup bujang dan bebas dulu. Kang dah bosan, baru leh kawin.
-Putera raja ciptaan kayangan aku belum turun ke bumi. Oopss.. atau setepatnya pembuat roti yang hensem dan kaya dari negara jiran belum muncul.
Haha.. apa citer ni. Pst pst.. raya lepas, ada satu malam tu aku mimpi menikah ngan sorang lelaki pembuat roti, orangnya muda dan hensem, dari Indonesia. Smpi sekarang aku ingat lagi mukanya camna, kulit cerah kemerahan, stail rambut macam rambut abah, lurus dan kemas. Muka ada iras2 Teuku Ryan ngan Primus (bintang sinetron Indonesia). Nama dia aku tak tau. Dia ni expert buat roti atau setepatnya pastry dan aku selalu singgah tmpt dia. Orangnya baik tp aku tak rasa apa2 pun kat dia. Tetiba ada orang arrangekan dia kawin ngan sorang minah ni, minah indon jugak, tp dia tak nak. Dia lari dan minah tadi tu kawin ngan orang lain. Aku cari dia, jumpa dan entah camna kitorang nikah. Yg bestnya lepas tu aku jd sayang sgt kat dia dan dia pun syg kat aku lah beb. Bercinta lepas kawinlah kononnya hehe.
Geramnya mimpi tu abis cam tu jer, biler cuba tidur balik, dia tamoh sambung plak, cheh.. hehe. Aku citer ngan adik2, adik aku yg pompuan kata, kalau jadi kenyataan tu best tu, lagilah kalau lelaki tu sbnrnya tuan punya sykt kek dan roti ke, mesti kaya (mata duitan tu). Adik aku yg lelaki plak kata aku ni taksub ngan mimpi. Ishk mana ada. Tp jgn ketawa lah tetiba aku dapati smjk mimpi tu, aku bharap kalau orang tu mmg wujud. Mungkin dgn kuasa Allah dia mmg ada, siapa tau kan? Lagilah bila pk2 dia tu pmbuat roti dan aku plak keje kilang tepung, ececeh, cama ada pertalian plak.. kelako plak rasanya. Kata abah, mimpi kan cuma mainan tidur. Aku harap mimpi yang satu ni bukan dari gangguan syaitan.
Mimpi2 psl kawin ni bukan baru pertama kali. Aku pernah mimpi kena kawin dgn org yg aku tak suka, mimpi kena paksa kawin smpi siap larikan diri, 2-3 bulan lepas plak mimpi bertunang tp cam ada tak kena, nak kata tak suka, dah kenal lama, tp tak happy pun, rasa mcm terpaksa pun ada. Tp mimpi raya lepas tu lah pertama kali aku mimpi yg betul2 aku betul2 kawin dan bahagia. Ishk ada apa2 ke ni... hehe

Saturday, November 13, 2004

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum.. Entri kali ini khusus untuk semua orang2 yang tersayang. Ikhlas dari hati aku.
Selamat Aidilfitri Abah. Along mintak maaf kalau selama ni along banyak menyusahkan abah. Hal kecik sampai ke besar2 pun along masih mengharapkan abah. Dan abah tak pernah berkompromi bila hal berkenaan anak2. Along tau abah banyak bersabar dengan kami adik beradik. Abah sentiasa berusaha untuk memahami hati dan kehendak kami semua dan jarang sekali abah nak meninggi suara dgn kami. Yg penting, abah sentiasa melindungi kami dan memastikan kami sentiasa selamat. Semoga abah diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu di dalam lindungan rahmat Allah. Along sayangkan abah.
Selamat Aidilfitri Mak. Along tau, along banyak buat salah dgn mak. Dari kecik sampai besar, along jarang nak ikut cakap mak. Mak suruh along sekolah kat Sains Kluang, along tak nak. Mak suruh along amik medic kat USM pun along cabut. Along mintak maaf atas segala dosa along pada mak. Along memang kadang2 hilang sabar bila kena leter dan melawan cakap mak. Tp along janji lepas ni, along takkan susahkan mak lagi. Mak terlalu baik utk along. Tak pernah berkira dgn kami semua. Dan sentiasa mahukan yg terbaik buat kami adik beradik. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu di dalam lindungan rahmat Allah. Along sayangkan mak.
Selamat Aidilfitri Abang. Along mintak maaf kalau selama ni, along tak dpt jadi seorang kakak yang baik. Biler abang dah start duduk asrama dari form 1, along rindukan abang. Rindu nak gaduh2, rindu nak dengar abang buat lawak bodoh. Sekarang abang dah besar, dah 20 tahun. Adik along yang sorang ni memang kuat semangat. Sebab tu mampu bertahan jadi PALAPES smpi sekarang. Dan memang kuat pasal masih gagah walaupun 2 hari lepas baru eksiden on the way ke masjid utk terawikh. Masih bleh buat lawak, makan banyak wlupun muka penuh berjahit, dan kaki tangan dah koyak rabak luka. Semoga abang cepat sembuh. Nanti biler dah baik, baru kita pergi jalan raya sama2 tau. Semoga abang berjaya dalam pengajian di universiti tu. Along tak sabar nak tunggu abang konvo. Along sayangkan abang.
Selamat Aidilfitri Adik. Adik along yang paling lemah lembut dan sopan santun. Paling susah nak meninggikan suara. Maaf lah along tak dpt beri perhatian pada pelajaran adik. Mintak maaf kalau along asyik berleter suruh adik belajar. Tapi along pun tak tau nak wat camna lagi pasal mak pun tak berleter. Lagipun adik satu2nya anak yg tinggal kat umah, tentu lebih akrab dgn mak berbanding along dan abang. Dah 15 tahun adik along ni, dah jadi anak dara pun. Sempena raya ni, Along doakan semoga adik bahagia selalu. Tawakkallah semoga keputusan PMR nanti yg bakal keluar, menjanjikan sesuatu yg baik dan menggembirakan mak dan abah. Along sayangkan adik.
Selamat Aidilfitri Ukhti Jaja. Aku rindukan ko. Aku sebenarnya sedih biler kenangkan musibah yg melanda ko baru2 ni. Dan aku sedih jugak psl tahun ni, ko tak kirim kad raya untuk aku. Tahun ni, aku sengaja tak hanto kad raya kad semua orang seperti mana yg aku buat thun2 sblm ni. Dan semuanya jelas tahun ni, biler aku tak hanto kad raya, kawan2 pun tak hantar kad raya kat aku. Hemm, betapa lah selama ni aku ajer yg sibuk2 ingatkan orang. Aku harap ko tak mcm tu, tp biler ko pun senyap jugak, aku jd sedih sgt. Tp aku pujuk hati terima hakikat dn positif yg ko masih tak sihat dan sibuk dgn byk komitmen. Aku mintak maaf klu selama ni aku ada dosa pada ko dan ada hak2 sbg sahabat yg tidak aku sempurnakan. Aku sayangkan ko.
Selamat Aidilfitri Akhi Izal. Kad raya ko aku dah dpt. Tp sedih biler kenangkan sama ada ko ikhlas atau sekadar nak balas kad aku tahun lepas. Ko dtg ofis nak kasi kad raya pun ko pass pada orang padahal aku bukan tak der. Sepanjang bulan Ramadhan ni, aku betul2 bersabar dan makan hati. Sahabat sejati aku takkan buat aku sedih. Sahabat aku dunia akhirat takkan buat aku kecewa. Sempena bulan yg mulia ni, aku nk mintak maaf zahir dan batin sekiranya ada dosa aku pada ko, kiranya ada aku menyinggung hati ko, kiranya ada hak2 sbg seorang sahabat yg tidak aku tunaikan. Aku masih mengharap kehadiran Syawal ini membawa sedikit cahaya dlm ukhuwwah ini.
Kepada Epu, Ina, Lim, Kak Leen, Allergyc dan Mummy Jam. Thanks 4 the raya greeting cards. Ucapan selamat hari raya ini ditujukan untuk :
-Sedara belah makatok komeng, atok milah ,maklong, paklong, alongain, angahshuhadah, izah, izati, ida, mutalib, azim, mok. mak da, cik lan, erul, nazri, nazmi, intan. Mak andak, pak andak, mizi, bani, ikah, shahir, intan, Zul. Mak teh, pak teh, ib, miah, baidah, abil. Achik, Pak Chik, Irah, Ikah, Chi'ah, Shahmi. Usu, pak usu, hafiz, anis, nani, amim. (byk lg dah, keluarga Tok Long Di Tenang, keluarga Tok Uda di Bt Besar, Keluarga Tok Chik di Layang2, Keluarga Tok Andak di Bdr Tenggara, Keluarga Tok Anjang di Tenggaroh 1, keluarga Tok Su di tenggaroh 5). Yg byk2 ni keluarga Jabar, juga utk keluarga Komeng, keluarga Yunus dan keluarga Yahya.
-Sedara belah abahMaklong, paklong, kak ros, kak shidah, abg din, erul. Pak ngah, mak ngah, kak nani, seri, kak mai, sahril, yan, as. Mak Beng, cik wahab, razak, yati, izah, irah, noi. Mak kuntum, fozi, didit, emi. Mak Ina, Cik Salleh, sikin, arif, kinah. Mak Ha, firdaus. Poksu, moksu siti. Anak sepupu lg ramai tak tersenarai.-Cik Ar, Cik Jasin, Nor, Ain, Along Din, Sukri, Hearry, Makcik, Cik Jam, Angah, Anja, kak yah, nani, izan.-Auntie Wan, Mimi, Angah, Achik, Miza dan Mat.-Warga Bukit Dahlia spt Cik Yah, Auntie Maria, Cik Milah, Cik Midah, Auntie Noni, Auntie Liza, Auntie Ema, Auntie Sara, Mak Yah.-Keluarga Cikgu Khaidir dan Cikgu Lela, Nurul, Hazim, Zakwan, Ika, Irfan, Akmal dan Hakimi. Tak lupa Bibi.
-Kawan2 jbfm. kak wan, kak yurena, kak nor, kak naz, kak maz, kak normah, hj borhan, en azmi, pak turot, razak, hj shah, hj bada, hj maseri, en zaid, en iskandar, en muhamad salleh, en nasir, en sakrani, en zulhakim dll.
-Kawan2 sck di UTM, adi, aida, adik, zurie, yayan, awin, norzie, sawit, allergyc, kak yan, kak shu, kak azwa, kak zai, kak rafi, kak lin. -Kawan Leadeck+JKM, Abg Hilmy, Abg Oll, Abg Suhaizal, Abg Suhaimi, Abg Nyot, Che Mat, Aie, Farid, Ebnu, Ikhsan, Mazlan, Deksu, Along, Angah, Alang, Anja, Kak Baiti, Ida.-Kawan2 MRSM, Iqbal, Di, Edi, Harizz, Izi, Epu, Ina, Iffa, Fizi, As, Nada, Ima, Nora, Nida, Rumet, Tim, Sue, Izzaty.-Kawan2 di STH, Julie, Saliza, Mur, Gayah, Nina, Angah, Julia, Tipah, Zaliza, Nora, Zarina, Nani, I'in, Azwan, Baluk, Amai, Komeng. -Kawan2 SKFS, Hasni, Robiah, Elly, Mas, Fatimah, Yati, Oyin, Najib, Haizam, Razak, Zaimi, Dibah.-Jiran2, keluarga cik nor, keluarga cik joyah, keluarga cik gayah, keluarga cik milah, keluarga cik timah, keluarga cik saemah, keluarga cik temi, keluarga cik melah, kelaurga cik kalimah, keluarga cik siah dll.

Wednesday, November 10, 2004

Suka duka nak raya..

Alhamdulillah, Insya Allah hari ni aku berpuasa semula spt biasa. Malam ni bolehlah pergi solat terawikh seperti biasa untuk kali terakhir kat masjid jamek PG ni. Rindu sgt nk pegi terawikh. Dan pastinya esok2 lusa pun rindu jugak pasal esok pagi aku dah nak balik kampung pun. Malam ni jugak, Cik Ar ajak aku pergi shopping kat Stulang. Bukan aku yg drive tp Along Din yg bawak kereta. Aku bukan tak mau, tapi rasanya lebih baik aku pergi solat terawikh, tul tak?
Entahlah beberapa hari ni aku rasa pelik jer badan aku ni. 1st of cozlah pasal beberapa hari lepas aku menses. Tak penah2 kat ofis ni, pantang duduk sikit, mata aku mengantuknya melampau2. Langsung tak boleh control walaupun puas aku tenyeh minyak kapak kat mata ni. Takkanlah pasal menses kot. Maybe pasal beberapa hari ni, aku mmg kurang tidur dan mata stress menyiapkan jahitan leher baju yg kak Naz tempah. Ini pun semalam, kak maz pulak awal2 dah booking nak hanto jugak untuk jahit leher baju, lepas raya lah tapi. Hemmm.. bleh buat bisnes cam ni.. ahaks. Lagi satu, walaupun aku tak puasa secara sah tapi aku mmg tak makan minum waktu siang. Bukan tak mau, tapi entahlah tekak aku ni langsung tak berselera. Pergi Bazar Ramadhan, ronda 5-6 kali pun tak jumpa apa yg nak dibeli. Semuanya tak menaikkan selera. Mcm kelmarin, aku cuma beli murtabak sekeping ngan kuih akok dua ketul. Itu jer. Pelik plak rasanya, padahal klu masa betul2 puasa tu, sumer benda kat bazar tu rasa nak dibeli, nak ditelan.
Ari tu, aku sempat pergi Komplek Pusat Bandar, nak beli jarum. Sempat meronda, alahai betapa punya bosan dan mahal harga barang kat sini. Aku nk cari sandal ngan tudung bawal pun punya susah. Dah ler tak banyak pilihan, mahal plak tu. Klu cam ni punya gaya, baik aku shopping kat kota jer, lagi berbaloi. Kat KIP Mart pun lebih kurang jer, smbl cari lampu kelap kelip, aku survey barang lain sekali, ternyata hampeh jugak. Cuma lampu kelap kelip tu jer lah yg puas hati sikit, 140 biji dgn harga RM8.00, siap dgn controller. Klu yg tak der controller tu lg murah, RM5.00 jer. Tp nmpk dah buruk sgt, entah mana punya stor dia korek stok lama tu.
Bos aku cuti ari ni. Hemm.. dia mmg cam tu, klu time aku nk cuti tu, mesti sebelum atau selepas aku cuti, tang2 tu jugak dia nak amik cuti. Dah 3 tahun aku perasan, dia mmg cam tu. Esok pagi dah nak balik, baju kat umah tu sebeban aku lum basuh lg. Tak sempatlah. Ni pun ada sehelai lagi baju melayu yg aku lum jahit. Sib baik, tuannya lum nk balik kampung lagi. Klu tak, harus malam ni aku tak tido langsung menyiapkan baju orang tu. Tp mmg bulan puasa ni aku mesti bangun pukul 5.00 psl nak tengok drama Doa dan Anugerah, smbl tu leh wat kerja lain sekali.
Insya Allah, 2 hajat aku sempena Ramadhan tahun ni tak tercapai. Pertama, aku nak khatam Al-Quran dlm satu bulan, tp tak berjaya. Yang kedua plak, alahai malu aku nak nyatakan kat sini. Aku teringin nak bukak puasa walaupun sekali dgn bestfren aku, tp nampaknya macam mustahil psl esok aku dah nak balik kampung pun. Menjauhkan diri tanpa suatu sebab yg nyata mmg buat aku perit hati. Agaknya aku mmg bukan kawan yg baik, sebab tu dibalas macam ni. Entahlah, aku dah malas lagi nak merajuk2 atau nak amik hati. Kerja bodoh namanya tu. Aku tak nak lagi membebel2, kang dia kata aku ni membosankan dan nak control2 orang plak. Serba salah dibuatnya. Aku jd terpinga2 antara nak jaga hati sendiri dgn nak jaga hati kawan. Payah betul rasanya. Makin lama kawan, aku rasa aku makin tak kenal kawan aku sendiri. Pelik mmg pelik. Apa yg Allah nak tunjukkan kat sini sebenarnya. Aku terfikir, mungkin Allah nak ingatkan aku, berjumpa, berbual dan keluar dgn lelaki bukan muhrim tu adalah berdosa. Mungkin kawan aku tu pun sedar pasal hal ni.
So, redha jer lah dan bersabarlah. Ada rahmat di sebalik semua ni. Aku dah hantar kad e-card raya utk dia. Dulu, katanya nk kasi kad raya utk aku. Tp smpi hari terakhir ni pun dia senyap jugak. Aku dah sms kasi tau, aku balik kg esok pagi. Terpulanglah, aku tunggu smpi mlm ni, klu still senyap, sabar jer lah. Mmg makan hati lah sikit psl hajat tak sampai. Bukan aku tak pernah keluar makan sama ngan dia, tapi berbuka puasa tentu lain rasanya kan? Entahlah, aku nak tengokkan jer rentak dia. Aku nak tengok sejauh mana keikhlasan, komitmen dan kepekaan dia pada aku yg katanya dia sayang sangat. Sedih nyeerrr

Saturday, November 06, 2004

Orang tak puasa menulis...

Assalamualaikum...Masuk hari ni dah 2 hari aku tak puasa. Apalagi klu bukan kes biasa orang perempuan. Hemm.. padahal dr awal lagi aku dah berdoa semoga Allah tangguhkan period aku smpi akhir Ramadhan. Tp nk wat camna. Ini pun dah dikira lambat, kiranya sempat juga lah aku merasa solat terawikh di 10 malam terakhir Ramadhan. Semoga period ni tak lama dan masih ada belen2 Ramadhan utk aku.
Minggu ni, murah rezeki aku berbuka. Selasa, berbuka di rumah Mur. Khamis berbuka di masjid sempena majlis Khatam Al-Quran. Semalam pulak berbuka kat Hotel Selesa, anjuran klinik panel syarikat tmpt aku keje ni. Hemm.. selalunya aku pergi terawikh dgn cik ar dan ain, aku bawak derang. Tp biler aku berbuka tmpt lain dan tak singgah umah derang, derang terus tak pergi terawikh. Aku pun pelik, derang ni selama ni pergi terawikh ikut aku psl segan ngan aku ke haper? Padahal kat umah tu ada 3 kereta lagi, takkan satu pun tak bleh pakai. Aku tak nak cakap lebih2, ni aku period ni lagilah derang terus tak pergi gamaknya. (ahaks, jahat aku pk cam tu)
Masa majlis khatam Quran kat masjid, aku betul2 mcm kera yg tersangat sumbang. Tak der sorang pun yg aku kenal dan aku duduk sorang2. Entahlah, mungkin simptom awal nk period, aku tak der mood nk berbual ngan orang. Masa berbuka ringan sblm solat maghrib, kami diberi kurma 3 biji, 2 biji kuih dan secawan air masak. Air tak cukup, nasib baik hati aku tergerak nk bawak air sdiri tadi, air milo lagi tuh hehe. Lepas solat, baru makan berat, nasi beriani, tp dia punya serve tu ada pelik sikit. Yer lah, makan berhidang tu, macam pergi kenduri kawin. Kenduri kawin skrg pun pki buffet, yg ni siap hidang cam kat kg2. Tp mungkin psl tak cukup kakitangan, serve lembap sikitlah. Air lambat, nasi lambat. Orang keliling aku siap mengomel2 komplen itu ini, mengucap aku dlm hati. Derang ni dtg utk majlis khatam ke untuk makan? Ishk, ikut hati nk ajer aku sound2 sikit orang2 ni. Dah dpt makan pun bukan reti nk bersyukur, dah dihidang tinggal duduk nak ngap jer pun susah, dah tu pinggan pun main tggl jer kat meja, ada org tukang kemas. Lgpun makan ni cuma sampingan jer, bukan agenda utama macam kenduri kawin ler cik kak.
Ari tu, 2 kali keta aku tak leh start, dan rupa2nya bateri dah weak. Biler aku matikan aircond and radio sumer, baru leh start. Aku bukannya tau menda psl menatang2 dlm enjin tu, aku cuma tau pakai, yg tukang check saper lagi klu bukan abahku yg tersayang. hehe. Aku tepon abah, abah kata maybe bateri dah teruk, so utk selamat abah suh beli bateri baru. Beli? Adoii, lagi mau raya, lagi mau keluar duit lagi. Klu tak pun, abah suruh aku balik jer kampung dan tkuopakai keta abah. What? lagi satu kerja, malaslah aku. So, aku decide, baik beli jer bateri baru, tp aku tak tau nk beli kat ner, yg brand apa, takut kena ketuk dgn toke kedai. So, mau tak mau, terpaksa aku tepon besfren aku yg dah 3 minggu kitorang macam perang dingin (mcm ajer, sbnrnya tak pun), mintak tolong dia carikan. Emm.. biler dah tepon tu, tau2 jerlah bukan reti sekejap. Abis citer lain pun masuk. So, esok paginya, kat ofis, aku mintak tulun en azmi, driver MD utk tengokkan enjin keta aku. Perghh malu aku, rupa2nya dh kotor benar enjin tu, biler entah aku nk pi cuci. Check punya check, rupanya air bateri aku mmg dah kering. So, aku kensel nk beli bateri baru, aku pi beli sendiri air bateri kat petrol kiosk dan malam tu, dlm suram2 lampu, aku bukak enjin dan tuang sdiri (main tuang jer, tak nmpk sgt level dia). Smpi skrg, ok jer enjin tu, sah ler psl air bateri. Abah kata abah baru isi 2 minggu lepas tp abah lupa yg minggu lepas kitorang dah bjalan jauh ke KL.
Weekn ni aku tk balik psl next week Deepavali aku dh start cuti raya. Hemm.. raya ni ramai plak orang ofis ni kata nk dtg umah aku pdhal bukan tk tau, umah aku kan jauh di area desaru sana. Weekn ni plak banyak keje menunggu. Baju kurung aku sdiri belum abis jahit bahagian leher (mlm tadi kul 3 lebih aku tido tp tk siap2 jugak). Mana taknya, menjahit setahun sekali, mmglah lembab. Kak Naz plak anto 4 psg baju melayu teluk belanga husband ngan anak dia utk dijahit tulang belut kat leher. Katanya, susah nk cari orang yg pandai tikam bahagian leher tu. Aku ni pun bukan pro sgt tp boleh2 gitu jerlah. Kak Wan plak pagi ni dh melambakkan beberapa buku reben, nk suruh aku anyamkan buat ketupat hiasan untuk umah dia. Adoii.. sempat ker aku ni? Dah ler, klu tak der aral, esok aku nak ke rumah mur untuk sama2 buat kuih raya. Parah parah. Weekn jugak aku nk mengemas bilik dan nk mendobi. Sib baik tgh uzur, klu tak, mana nak pegi terawikh lagi. Kali ni, time management aku mmg betul2 kena didisiplinkan, no more buka puasa umah orang. Duduk jer bilik, smbl makan smbl leh siapkan kerja. Nk wat camna, dah terpaksa.
Adoi.. tk tahan lah aku ingat. Ari tu, masa aku tepon besfren aku, aku kasi tau dia psl aku nk pi buka kat hotel selesa hari jumaat, free lagi tu. Dia tanya, saper yg ajak? Aku cakap lah budak admin exec ofis ni. Dia kata 'bertuahlah ko'. Ahaks.. tak jelaous ker dia ni? Lg plak besfren aku ni ngan budak admin exec tu mmg tak pernah ngam. Kelakonya, semalam masa besfren aku dtg ofis, dia siap tanya kat kak nor receptionist, betul ker aku pi buka puasa ngan admin exec tu. Kikikikikk, sah jealous. Kak Nor kasi tau lah yg mmg budak admin exec tu ajak, tp bukan aku sorang, ada 5 orang pergi semuanya, itupun bukan personal tp anjuran klinik panel. Semalam pun aku pegi dgn kak nor. Haha bertuah aku nk pi ngan admin exec tu. Besfren aku ingat, aku pi berdua jer ngan exec tu agaknya. Itulah ko, main serkap jarang jer. Ko tu bukannya pernah nak ajak aku buka puasa sama. Biler org lain ajak, tau plak ko jelaous. Ahaks.. rasakan ko. Kengkadang aku pelik ngan pe'el cik abang sorang ni. Mungkin aku yg tak paham kot. Aku ni berusaha nk paham tp sampai satu tahap aku tk dpt nk buat apa selain bersabar dan berserah dan mendokan yg terbaik untuk dia.

Wednesday, November 03, 2004

nak raya !!!

20 Ramadhan 1425H. Wah!! Dah masuk ke 10 hari terakhir Ramadhan nmpknya dan sekaligus kita dah masuk ke bahagian pelepasan dari api neraka. Tapi klu kiter buat bodoh jer, tak der usaha nk mggandakan amalan, tak der bezanya pun.
Pagi tadi, masa aku turun pi iron baju, terdengar Auntie Wan marah pada Miza. Rupa2nya malam tadi, ada orang cuba lagi nk ceroboh masuk. Tapi tak berjaya, cuma kereta Auntie Wan jer yg kena geledah. Pelik aku, dlm masa sebulan, boleh sampai 2-3 kali orang masuk. Hemm.. Auntie Wan marah anak dia psl lalai solat, Allah dah bagi nikmat tapi kita lupakan Allah, haa tu yang Allah marah dan kasi balasan anto orang menyusahkan hidup kita. Tengoklah, dah baper kali orang nk ceroboh masuk umah. Hemmm.. aku cuma diam jer. Aku dah malas nak kecoh2 pasal Cik Ar dah kasi warning, dah tak payah lagi nk sibuk2 psl umah orang tu, buat hal sendiri jer, kang tk pasal2 diri sdiri dpt bala.
Weekn lepas, konon nk pi kota beli kain, tp last2 jadi lain plak. Mana tak jadi lain, Bazar Aidilfitri tu jual baju kurung punyalah banyak, punyalah murah, sampai rambang mata aku ni, pergghh.. Bayangkanlah baju kurung dah siap bleh dpt smpi 30-40 ringgit jer sepasang. Mana leh tahan beb. Ikut hati memang 5-6 pasang aku nk borong. Tp takut tk buleh buat pilihan, ditambah pulak dgn waktu ujan ari tu, aku cuma smpt masuk beberapa kedai jer. Dah ler murah, cantik2 plak tu, kain pun bukan jenis yg cikai2 punya. Last2 langsai jugak rm100 aku beli 2 pasang baju kurung, siap kun, siap sulam di hujung lengan dan kaki baju. Biler bawak balik, mak kata mmg cantik, abah pun kata mmg sesuai, saiznya dan coraknya. Hehe.. 1st time aku pilih baju sdiri dan mak abah puas hati. Klu tak tu, ada jer yg tak kena kat mata derang. Pakkal jer, skrg ni lum bonus, klu tak, eeee.. tak leh nak cakap lah baper byk aku labur kat bazar tu. Ari tu aku sempat jugak beli tudung bawal siap ada batu2 sikit harganya rm12, pastu beli 3 pasang kerongsang, semua sekali RM7.. hehe murah kan?
Aku dah amik cuti raya. Aku cuti direct start dari deepavali, 22/11 baru naik keja balik. Hehe, giler lama kan? Ahaks, cuti aku byk lagi, nk wat camna. Hemm, baru balik dari ceramah pasal pembayaran zakat harta melalui potongan gaji ni. Ada orang dari Majlis Agama Islam Negeri Johor datang bagi penerangan dan banyak jugak ilmu yg aku dapat. Tapi aku tak nak citer sekarang. Mungkin dalam entri akan datang baru aku citer ok? Tata.. chow chin chow !!!