Saturday, May 28, 2005

Blessing from Mak & Abah

I want to write about my Malacca Trip but my heart told me not to do so becoz of a few reason. 1st, becoz i did told Jaja about the whole things and i am in no mood at all to type the same things again. 2nd, a week had passed, i think Malacca topic is no more an interesting topic to talk about. But i can summarize it as MENGHAMPAKAN due to some inevitable circumstances.
Last Tuesday was my abah's 51st birthday. I did call him in the evening from my workplace. He asked me about the Malacca Trip, how was it? I just said 'entahlah'. I want to say that i was happy eventhough it was not true. But i do not know why, when it comes to bluffing to my beloved parents, definitely it wont work out. I do not want them to worry about me, but at the same time i dare not to be a liar. That evening, my conversation with abah was more 'SEDIH2' even i tried very hard to control my voice. Abah asked me not to go to TIME. He told me, he wont let me go to KL if the organization that i am going to work for is also in private sector, unless if it is government. So, i told abah to pray for my success in getting PTD post or to be exact, to pass the PAC that i had gone through a month ago. My mood was terrible probably becoz of my menses and to add further disappointment, my days were not going smoothly, my days at work were terrible, and at home, i need to face with more problems.
So, Wednesday night, i received an sms telling the PAC result is already published. I was so nervous, afraid to fail. So, next morning, logged in to the SPA website and ALHAMDULILLAH i passed the PAC. Now, i am waiting for the call for the final interview. I really hope to successfully getting the job. Arghh.. i was not serious when filling the SPA8 form, and i was not serious too during the written test. But after going through the PAC, i start to think seriously on this matter. I am not main-main anymore, u know.
One of the supporting factor to this seriousness is my current workplace. arghh.. kalau nak diceritakan, sampai esok lusa pun tak abis. To u guys reader, i do not expect u to understand me or what, coz u will never do. Entahlah, the situation is worse day by day but I am still the same person, with the same character and style. Only that the surroundings buat aku stress melampau dah ni!!! Last two days, i think my patient already reach the limit and it exploded. I do not talk nicely with everybody even to my boss. So i called my mum at home, i cried on the phone. So after work, i just drove back to Kota, probably meeting my mak and abah will help to release my stress. And it works even it happened that i did not even told my parents about my problems. Penat2 balik konon nak mangadu kat mak abah, last2 tak mengadu apa2, the stress hilang sendiri, and i admit, that was the blessings and doa from my parents that silently help to calm me down.

Thursday, May 19, 2005

Nak pi Melaka bercuti.. Nak pi KL interview..

Ngantuknyeeeerr. Malam tadi tak taulah tidur kul baper. Sibuk menjahit hehe.. bukan nya jahit apa pun. Cuma alter sikit baju nak bawak pergi Melaka this weekn.
Did i write about the coming trip yet? Rasanya belum lagi. This weekend (a long weekend coz Monday is gazetted as holiday also, right?), company buat trip beramai-ramai ke Melaka. We are going to stay in a new resort, Watercity Resort (Ayer Keroh) for one night. Kiranya 2 days one night trip lah ni. Tempatnya cantik dan harga pun murah (aikk, ni dah cam promo plak). Kami semua akan tinggal di suite yg memuatkan 2 atau 3 bilik. Kira bestlah siap ada dining room, living room sendiri dan ada ASTRO.. hehe. Blok2 plak semua dikelilingi air. Kiranya kalau ada orang nak bunuh diri dgn terjun dari apartment, Insya Allah tak patah riuk, unless kalau dia tak reti berenang (cam aku ni) hemm.. yg tu boleh lah mati lemas agaknya (kalau dah ajal). Memang banyak tasik buatan kat situ dan ada byk aktiviti bleh buat cam kayak, netball, futsal, volleyball, Go Kart (bestnyaaaa!!). Tempat tu pun skrg dlm progress nak wat theme park.
Kami bertolak beramai2 dgn bas dari Pasir Gudang pada pagi Ahad, berenti di Pagoh dan dijangka tiba di Ayer Keroh pada pukul 11.00 pagi. Welcome drink, check in dan lunch secara buffet. Lepas lunch, ada telematches, lepas telematches plak bleh berkayak, go kart atau main lah apa2 pun yg ada kat situ. Malam ada BBQ dinner. Open air sebelah kolam. Ada Cabutan Bertuah, Games lagi dan Karaoke. Lepas tu, sukati nak buat apa, nak berenang ke, nak ronda2 ke. Yg pasti aku nk balik bilik tengok TV. Ada Tru Calling ngan The Apprentice.
Besok paginya, sarapan dan check out dan aktiviti bersiar2 di Melaka. Petang baru balik dan masa tu masing2 pund ah penat. Esok nak kerja ker? hehe.. MC leh?
Nak MC, banyak cantik muka aku. Kerja menimbun kat ofis. Sumer orang dah bising. Kalau ikutkan, mmg lah bleh nak wat cepat tapi badan lah yang seksa. Nak stay back bukan tak leh, tapi bukannya dibayar OT pun, buat penat jer. Nak bawak balik? jgn haraplah, aku bukan dibayar untuk kerja kat umah jugak. Ni yg kengkadang rasa nak lari jer dari sini, tapi itu dah mcm lari dari tanggungjawab lah plak kan? pengecut namanya tu kan?
Yg penting sekarang aku masih menanti, bilalah agaknya result PAC ari tu nak kuar, dapat ke aku pi interview? Kalau dpt interview, dapat ker aku pergi DPA? entahlah. Tapi semalam, yang tak disangka2 plak tiba. Call for interview dgn TIME. Erkk.. dia tepon ofis aku and this is the second time. Last year dia ada call jugak tapi aku tak pergi. Then, aku tak der mohon lagi tp dia masih call lagi tahun ni. Nak pergi ke tidak ek? Mungkin ada harapan besar untuk dapat. Tp still berbelah bagi. Tapi kalau untuk PTD, confirm tak pk panjang terus aku blah dr sini. Tanya En Azmi, dia suruh pergi jer TIME tu. Tanya mak, dia suruh pk byk kali. Adushhh.. biler mak dah cakap cam tu, aku jd berat plak. Kata mak, cost of living kat KL tinggi. Dia kata, seronok ker kerja kat TIME tu, kalau tak seronok, aku dah tak leh lari mana2 lagi dah. IShkk mak aku ni.. camna ni. Cepatlah result PAC tu kuar. Kalau dapat interview PTD kat KL, leh aku pergi TIME sekali, jimat kos 2 in 1.. hehe.

Monday, May 16, 2005

Pak Teh dalam kenangan

Pak Teh adalah suami kepada mak teh aku, iaitu adik kepada mak aku. Dulu, sebelum kawin, mak teh pernah tinggal dgn keluarga aku di Semenchu dan sewaktu itu lah pak teh dan mak teh bertemu jodoh, malah majlis pertunangan mereka dilangsungkan di rumah kami memandangkan rumah pak teh pun di air tawar 4 sahaja, dekat sikit.
Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Ibni Khafi (7 thn), Nur Azmiah (5 thn), Abil Arif Farmadi (3 thn) dan Nur Ubaidah (8 bulan). Mak Teh dan Pak Teh menetap di Air Tawar 4 memandangkan Pak Teh ada perusahaan sendiri di situ. Pak Teh pengusaha tempe, guna jenama Tempe 2020. Dan aku dpt mengikuti perkembangan jatuh bangunnya bisnes pak teh selama ini.
Sebagai seorang suami, pak teh adalah seorang yg agak tegas dan jarang ada di rumah kerana menguruskan perniagaan. Mak teh plak seorang yg sangat baik hati dan penyabar. Satu perkara yg aku plg hormat pada mak teh ialah dia seorang isteri yg sangat taat. Walaupun pernah hidup berpindah randah kerana mengikut pak teh berniaga, tapi dia tak pernah merungut. Dan kami sekeluarga (adik beradik emak aku) sentiasa menyokong dia walau apa pun terjadi. Itu lah yg aku sgt kagum dgn eratnya hubungan adik beradik mereka.
Memandangkan mereka tinggal di Air Tawar 4, mak teh anak beranak lebih rapat dgn keluarga aku, malah kalau pak teh ada urusan luar, ke rumah kami lah mak teh mengheret anak2nya menumpang.
Tanggal 12 Mei lepas, Pak Teh kembali ke Rahmatullah kerana menderita sakit kanser paru2. Sungguh aku tak sangka kerana setahu aku hanya beberapa bulan ini, penyakit itu dikesan. Berpindah hospital beberapa kali, dari hospital daerah ke hospital pakar dan berakhir di Hospital Sultanah Aminah. Aku sempat melawat pak teh pada akhir minggu lepas dan tak sangka itu adalah kali terakhir aku melihat wajah pak teh. Sewaktu itu, keadaan pak teh memang menyedihkan, terlalu kurus dan sukar untuk bergerak. Malam rabu lepas, aku diberitahu oleh mak yg Pak Teh dah nazak, tp atas tuntutan kerja aku tak dpt menjenguk lagi ke hospital. Ramai saudara mara yg menjenguk. Takdir Allah, petang Khamis, aku dapat call dr mak mengatakan pak teh dah tiada lagi. Tersentak aku dibuatnya. Terus aku mintak izin pulang, pergi Majidi amik abang, dan kami adik beradik terus pulang ke kota memandangkan jenazah pak teh telah dibawa pulang.
Dalam perjalanan pulang, kami sempat terserempak dengan van yg mmbawa jenazah pak teh. Jenazah terus dibawa ke masjid dan terus dikebumikan pada malam itu jugak tanpa dibawa pulang ke rumah. Ketika aku di rumah mertua mak teh, aku lihat mak pak teh tenang saja. Mak teh jugak macam tu. Hanya jika orang yg datang melawat mula menangis, barulah mak teh akan menangis sama. Sebab tu, aku sebolehnya tak mau buat mak teh menangis. Malam tu, pak long, mak uda, mak andak pun datang. Usu pulak datang lewat, begitu jugak achik dari KL.
Esok paginya, aku dgn usu dan achik pergi menziarahi kubur pak teh. Rasa insaf bila mengingatkan kematian yg tidak tentu bila menjelang. Pak teh sendiri pergi dalam usia 30 lebih sahaja.
Aku kesian sangat dengan mak teh. Kehilangan tempat bergantung ketika anak2 masih di tahap yang tidak tahu apa2, ketika anak2 sedang baru nak membesar. Apalah anak berusia 7 tahun tahu tentang penderitaan ibunya. Anak2 mak teh semuanya biasa ajer, mereka masih kecil dan tidak tahu apa erti pemergian ayah mereka. Ibni pula masih ke sekolah pada keesokan harinya untuk menduduki peperiksaan walaupun dlm keadaan seperti ini, dia pasti diberi pengecualian. Memandang wajah mak teh, aku akan sebak. Bagaimana agaknya mak teh nak meneruskan hidup membesarkan 4 orang anak2nya. Bagaimana pula nak menguruskan perusahaan peninggalan pak teh. Sebelum ni mak teh cuma suri rumah sepenuh masa dan tidah tahu memandu pulak tu. Mujurlah sebelum berkahwin, mak teh pernah lama bergiat dalam perniagaan dan aku pasti mak teh mampu menguruskannya. Dan rasanya atuk tentu akan terus tinggal dengan mak teh selepas ini.
Hari Jumaat sengaja aku mengambil cuti kecemasan. Beberapa hari aku berulang alik ke rumah mak teh, membantu apa yang patut. Semoga mak teh dikurniakan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan hidup membesarkan anak2. Akhir sekali, semoga roh pak teh ditempatkan di kalangan insane yg beriman, Al Fatihah..

Wednesday, May 11, 2005

Tak der kerja lain ke?

Assalamualaikum and Good Day…Nothing much to write coz my daily life routines are absolutely like usual, the same boring day.. ahaks, I should not think negatively right? Orang yang berjaya adalah orang yang hari ini adalah lebih baik dari semalam. Orang yang gagal pula adalah orang yang hari ini lebih terus dari semalam. Manakala orang yang hari ini adalah sama dgn semalam adalah orang yang terpedaya dengan keduniaan. So, which category I am in? The third one most probably.
Still busy with the workshop but today we are working on HR / Admin department which happen to be ‘my department’ as well. Bosan sangat2 coz sepanjang di company ni, I think this department mmg sangat2 messy dia punya organization, dia punya work delegation, derang punya way of thinking. Langsung tak berfikiran jauh, asyik pk negative, takut nak cuba sesuatu yg baru. Eeee.. if only haf somebody in here with the same mind as mine. Rasa nak restructure balik satu department. (cam terer gitu ahaks). Teringat sangat, pernah dulu, executive admin ni memandang hampeh pada usaha aku untuk computerize attendance system, dia kata menda ni nonsense, tak logic lah itu lah inilah. And I managedto show him that my effort tak sia2. Geram lah dgn orang yg asyik pk negative, komplen jer tau, tapi tak reti nak buat. Kalau komplen dgn cadangan membina tak per jugak, ni sekadar air liur gitu jer, blah lah lu..
This afternoon, I received an sms from unknown sender. Entah sapa, dia kata nak berkenalan and katanya dia dapat nombor aku dari akhi. Ishkk.. tak macam menyirap plak darah aku ni. Sesuka mak bapak dia jer nak kasi no hp aku kat orang. Geram tersangat geram. Kalau dah tak suka tu dah lah, tak payah sesedap rasa kasi no hp peribadi orang kat orang lain. Cam tu ker kawan? Satu kes tak selsai, dia dah cipta kes baru, hampeh punya kawan. Dan aku mmg berat hati lah nak layan sms tu. 1st, psl budak yg anto tu cam lebih kurang jer cam akhi. Lurus bendul, tak matang. Kalau yer pun nk berkenalan, toksah lah kasi tau dia dpt no aku dr akhi, biarlah natural, ada ke patut? Pas tu yang keduanya psl dia adalah kawan akhi. Kalau kwn orang lain mungkin kurang sikit rasa geram nya tu. Klu perangai lebih kurang sama ngan akhi, sori morilah. Selama ni pun si akhi ni bab berkawan mmg nak kena seligi. Berkawan baik konon, ramai kawan.. tapi last2 kawan baik tu menipu dia dan dia dpt padah, pas tu aku yg kena tolong dia, lepas tu dia buat bodoh plak. Eeee.. dah jadi cam tu, ingat aku nak caya lagi ker? Cukup2 lah tu. Dia sdiri tak pandai berkawan, lg nak kenalkan aku ngan kawan dia. Kalau dia nak terjun lombong, terjun lah sorang.. buat apa nak heret aku sekali?
Tapi biler balik umah, aku cerita pada housemate aku. Tengah berbincang2 tetiba aku terasa mungkin budak yg nk bkenalan ngan aku ni orang yang sama. Entah2 itu adalah akhi sendiri tp guna nombor lain. Terlalu besar kebarangkalian dia. Pertama, tak pernah dibuat orang, first2 sms nak bkenalan terus kata dia dpt no ni dr sekian2 orang. Dan sekian2 orang tu dulu penah ada apa2 dgn budak perempuan tu tp dah dikecewakan. Klu betul ikhlas, dia takkan mention nama org yg kasi nombor tu pasal sah2 pompuan tu akan terasa hati lah punya. Unless mmg budak tu lurus bendul, dan itu mmg sah2 nak kena reject. Lepas 2, second sms bleh plak dia kata, nak confirmkan nak kawan ke tidak, psl kalau nak bercouple, takut aku dh ada orang lain. Aikk. apa ni? Budak ni dah kenal ke aku ni orangnya camna. Penah nampak ke? Setau aku, aku ni kera sumbang, mmg tak bergaul dgn orang. Kawan2 akhi dulu mmg sorang pun aku tak penah jumpa. Klu kuar ngan akhi pun tmpt sorok2, naik keta lain2 lagi. Ishk.. logik ker? Pas tu, dia siap leh bagitau si akhi tu nama panggilannya apa, emmm.. setau aku nama panggilan tu cuma digunakan dlm kilang je, orang luar paggl nama lain. Makin menguatkan naluri aku yg itu adalah akhi sdiri. Tak logik klu orang dlm kilang sdiri, psl dah satu kilang, anytime leh jumpa aku, anytime leh dpt nomor tepon aku, takyah smpi nk mintak orang.
Entahlah, yg penting skrg, malas dah aku nak layan. Buang masa je

Monday, May 09, 2005

Kerja kerja jugak, enjoy enjoy jugak

Back to work !!! Now, enjoying the short break before i need to continue with our ERM workshop. Today, we are working on Grain Storage department and i think it's still ok coz the manager already prepared for his session and get the rough idea what the workshop is all about. Yang bimbangnya sekarang ialah session2 seterusnya, will the other HOD be well prepared. I am expecting tougher session for the next sessions. Very tiring work. I need to join every session as the secretary of ERM. We gonna have another 8 session i am not mistaken. Later on, time to burn my head into bunch of paper, preparing for the comprehensive reports to submit to KL. Penat giler weiii..
I need to postpone a lot of work. This morning, keluar dari rumah kul 6.30 pagi. I need to reach office early coz i haf a report to prepare and the due date is today. Mampus, satu haram aku tak sentuh. Sampai office, terus on PC, tak hiraukan orang lain terus menaip. Eee.. Ya Allah, suddenly tgh sibuk menaip separuh jalan, power trip plak. Jahanam report, tak der recovered plak tu. Bengangnya kena buat balik!! So, worlshop yg sepatutnya start kul 9, aku mintak tangguh kul 10, sib baik Chief Risk Officer tu sporting. Yer lah, klu aku tak der, tak jalan jugak what... (ececeh berlagak). Siap report, terus print, letak atas meja bos, capai fail, terus ke seminar room for the workshop. Tak nak lah tunggu, karang kena banyak soal plak. So, tadi turun, bos puji kata this report is very good but you forgot to put the date. Astaghfirullah, mampus aku, macammana leh lupa ni... tu lah wat kerja gopoh gapah, sumer tertinggal.
Cuti ari tu, aku pergi JB, pergi karnival tv3 kat danga bay, punyalah ramai orang. Parking jauh sangat, penat beb jalan kaki. Ikutkan hati malas dah, tp mak berkeras nak pergi, ikut jer lah. Dah ler panas, masak dibuatnya aku, rentung. Tak beli apa2 pun, cuma mak cam biasa, mesti beli payung cerderamata ngan tracktop explorace utk anak hero kesayangannya. Untuk heroin2 ni, jgn harap lah, dapat tengok jer lah. Banyak jugak jumpa celebriti, cam Ako, Ruffedge, Dina, Wardina, Karam Singh Walia, Zahid Af, Farah Af, Aidid dll. Tengok2 gitu jer lah hehe. Balik dari danga bay, terus pergi hospital, tengok Pak Teh yang sakit. Kurus sangat, tinggal tulang.
Oklah, dah dekat 12.30, nak pi makan, laparnya !!!

Friday, May 06, 2005

Mencari kasih hakiki

Sambungan..
Kisah disambung taip di rumah. Just return from Masjid. My housemate is not in, dunno where she is going. Probably hanging out with her friends. (currently listening to Siti Munawwirah on IKIM, best gak).
So, where did i stop? Uhu.. the part when i start to cry right? I wont directly write about my feeling, how can i cry so badly (mcm esok2 dah tak bleh nangis dah.. hehe). Look, i began to make this things like a funny stuff. It is serious. So i start to open the Quran and focus my eyes and mind on the lines but it was so hard, my voice stuck inside, sebak sangat until i cant even read properly, sampai basah Quran depan mata. I did hope when i start to recite, mungkin lebih tenang. But it was not like usual. Until one part, i thought, i was ok, and stop for solat Isya’. I switch off the light, hoping that i can be more khusyuk dalam solat. Doa di akhir solat, tersangatlah panjang dan tangisan semakin menjadi2, telekung dah basah. Suddenly my housemate masuk dan terperanjat to see me like that. Dia terus peluk aku & tanya, what’s wrong. Dia fikir aku sedih sgt pasal kes lelaki or to be exact, kes aku ngan akhi dulu. But it was not that, dia fikir aku tipu but it was true, aku cuma muhasabah diri. Katanya, saya pun selalu gak muhasabah diri dlm solat, tp tak der lah smpi cam ni. That’s it, she didnt believe me, dia nak samakan aku dgn dia. Dia keluar dan masuk semula beberapa minit selepas itu dengan secawan air sejuk. She was so nice biler part2 macam ni, but one thing that make me feel uneasy is dia tak sepatutnya tegur aku ketika aku sedang solat. Dia sepatutnya membiarkan aku begitu, kerana ketika itulah aku sedang berserah dan berdoa kepada Allah. Dia sepatutnya menghormati aku, lagi plak aku matikan lampu, menunjukkan aku tgh bersungguh2. Aku bukannya budak kecik, aku takkan bunuh diri lah. Ishk, ikutkan mmg mati feel aku. Yer lah tengah khusyuk tetiba diperanjatkan dgn orang yg masuk dan peluk kononnya nak tenteramkan aku. Ya Allah hai. Aku sudahkan solat, pasang radio, belek2 majalah Anis (yg aku dah lama beli tapi tak baca2) sampai aku tertidur.
At this point, aku terpk, apa motif aku tulis menda ni sumer? Astaghfirullah, aku cuma nak meluahkan perasaan aku dgn cara yg murah. Aku tak mintak orang lain baca kerana matlamat aku berblog dah tak sama mcm dulu. Aku tak kisah klu org tak baca blog aku psl blog yg ni mmg agak low profile, tak macam AinulMardhiyah dulu, blog mencari glamer, tak padan dgn nama yg punyalah Islamic, nama bidadari lagi tuh. Entri ni aku niatkan sbg panduan untuk aku di masa hadapan sebagai bukti utk aku rujuk. Untuk lihat setakat mana aku bertahan dan istiqamah dgn keinsafan ini. (currently Kalimah Cinta by Inteam is on air, sebaknyaaa..)
Rasa hati aku sangat abstrak untuk ditafsir, tetapi jika apa yg aku sampaikan di sini dpt difahami, aku bersyukur sesungguhnya. Aku tak tau kenapa tiba2 aku jadi selemah ini sedangkan aku bukan tidak pernah diduga dgn ujian yg lebih berat. Aku telah terbiasa dilatih untuk jadi seorang yg berdikari, tabah dan bijak menangani tekanan. Adakah faktor usia atau persekitaran, aku tak tau. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Entah kenapa, tekanan kali ini benar2 mengugat kesabaran yg sentiasa aku semaikan selama ini. Aku jadi sedih kerana aku terpaksa menanggung semua ini berseorangan. Aku sebak kerana aku tak sanggup untuk bercerita dgn sesiapa kerana di fikiran aku, tiada sesiapa yg akan sedia mendengar apalagi membantu. Aku ada Jaja, tapi aku takkan terus menerus membebankan dia kerana aku sedar dia ada keluarga yg perlu diberi lebih perhatian. Maafkan aku Jaja, aku nak kau jadi ibu dan isteri yg solehah, itu lebih penting dari menjadi seorang sahabat yang baik. Family? Aku takkan menyusahkan mereka, aku tak mau selama-lamanya nak menyusahkan mak dan abah, cukuplah berpuluh tahun mereka berkorban untuk aku. Kadang2 aku rasa bersalah, kerana seolah2 berpura2 biler pulang ke kampung. Mereka tak sedar yg anak dara sorang ni menanggung tekanan yg amat.
Aku tak pernah lupa yg aku masih punya Allah Yang Maha Mengetahui dan Memahami. Aku bukan muslimah yg sentiasa taat. Aku sentiasa mempermainkan keinsafan. Aku tak pernah nak istiqamah dalam taubat, Na'uzubillah. Aku hamba yg lemah, yang hanya merasakan penuh kehambaan apabila ditimpa musibah. Faktor2 itu tanpa disedari sebenarnya membuatkan aku rasa malu sangat pada Allah, aku rasa seperti tidak layak dipanggil Hamba Allah. Hamba di atas muka bumi sentiasa taat pada tuannya tapi aku?? Aku jadi takut dan tersangat malu untuk terus meminta pada Allah, betapa kerdilnya aku. Dan Allah pastinya murka kepada hamba seperti aku. Inilah yg menjadi sebab mengapa aku betul2 rasa sedih dan sebak, pada siapa aku nak mengadu?
Mujurlah, syaitan tidak terus mempengaruhi hati aku. Tiba-tiba aku terfikir bahawa tiada di atas muka bumi ini yg lebih penyayang dan lebih pengampun dari Allah. Walaupun Allah menurunkan musibah kepada aku, itu bukan sepenuhnya bermaksud Ia murka, tetapi Allah sangat menyayangi aku dan tidak mau aku terus hanyut, terus menjauhkan diri dariNya. Aku insaf. Berdosa besar aku berburuk sangka pada Allah yang menjadikan aku dalam keadaan serba sempurna ini. Aku cuba membayangkan mak. Sedangkan mak yg cuma manusia biasa akan sentiasa bersama aku walaupun berkali2 aku ingkar kata2nya. Kasih sayang mak begitu agung, dan aku sedar kasih sayang Allah berlipat kali ganda lebih dari itu. Jadi mengapa harus aku malu lagi? Allah adalah Tuhan yg hakiki untuk aku mengadu untung nasib. Perasaan ini memang sukar untuk dijelaskan dengan kata2. Aku mula menanam perasaan sangat sayangkan Allah dan kasih sayang itu sebenarnya terlalu kecil untuk dibandingkan dgn kasih sayang Allah untukku. Aku seolah2 seperti anak kecil, yang memohon ampun kepada ibunya setelah berbuat salah, dan ibunya dgn tenang dan tersenyum memeluk sang anak dgn penuh kasih sambil melupakan terus segala kisah lalu. Sesungguhnya mengenang itu semua, aku tak sanggup berbuat apa2 melainkan membiarkan air mata terus menitis menyuarakan rasa terharu di hati.
Subhanallah... Maha Suci Allah. Semoga aku akan terus merasai nikmat kasih Allah selama-lamanya. Aku mau sentiasa rasa dekat dgn Allah. Aku tidak tau sama ada perkataan aku ini benar atau salah. Aku mau jadi insan yang taat dan bertaqwa bukan kerana aku takut pada Allah tapi kerana aku sangat sayangkan Allah. Aku hanya mengambil perumpamaan yang simple. Jika kita sayangkan seseorang, kita akan selalu menuruti kata2nya dan rasa gembira jika dapat berbakti, dan kita tidak akan sampai hati untuk menyakitinya apalagi membuat dia marah. Hanya satu yg aku betul2 mohon, janganlah sampai aku merasa jauh dari kasih Allah. Biarlah setinggi mana dugaan, jika itu yg akan menghampirkan aku dgn restu kasih Allah, aku redha. Aku ingin jadi insan solehah yg redha. Aku teringat satu kisah tentang seorang wali, katanya jika restu Allah itu terletak di dalam neraka sekali pun, dia sanggup dihumban ke sana. Sampai begitu keimanannya.
Kini, aku lebih tenang... Aku sangat2 bermohon agar ketenangan ini berpanjangan. Dan aku harus berusaha untuk mengekalkan ketenangan itu. Antaranya ialah dengan berusaha untuk mencari angin baru, atau setepatnya aku nak bertukar kerja. Aku seperti sudah dpt melihat bahawa satu hari nanti, hidup aku akan lebih haru biru jika terus di sini. Dan jawatan yg sedang aku pohon pada asalnya secara suka2, kini aku berdoa agar ada lah rezeki ku di situ.. entahlah, tawakkal ajer lah yg aku mampu sekarang. Confirm ada antara kalian yg akan terfikir aku perlu mempunyai seseorang yg istimewa sbg suami sebagai teman mengharungi hidup. Biarlah soal ini, Allah yg tentukan, yang tahu yang terbaik untuk aku. Aku dah penat menjadi lilin yg berkorban untuk membahagiakan orang lain. Aku jugak ingin rasa bahagia dan aku sangat yakin Allah sayangkan aku dan akan diutusnya seseorang yg boleh membahagiakan aku di dunia dan akhirat. Semoga insan itu, adalah insan yg sama2 dapat membimbing aku mencari kasih Allah yg sejati, insan yg memang aku sanggup sujud padanya jika dizinkan untuk sujud selain drpd Allah (bak kata Rasulullah SAW). Kalau ditakdirkan aku bersendirian sehingga akhir hayat pun tak per, umpama Rabiatul Adawiyyah yg kekal bersendirian kerana bimbang tidak mampu membahagi ketaatan secara adil antara Allah dan suami. Hemm.. nak masuk part kurang serious sikit, tp jgn gelakkan aku tau. Dulu kak ayaka pernah cerita kat aku. Dia kawin ngan orang Iban. Katanya, orang melayu semua tak nak kat akak, nak wat camna. Aku cuba bandingkan dgn situasi aku. lebih kurang sama hehe. Orang bujang sumer tak berkenan kat aku, yg berkenan pun semuanya suami2 orang. Peliklah, apa yg orang bujang pandang dan apa yg orang dah berumahtangga pandang kat aku ni, aku pun tak tau. Untuk berkongsi kasih tu mmg payahlah, walaupun dijanjikan payung emas di padang mahsyar kelak.
Menghayati lagu Pasrah Segalanya - Dehearty

Thursday, May 05, 2005

Blurr...

Assalamualaikum..Do not know what is happening to myself coz i had tried to type so many entries for this blog but all of them were helf way finished, then i decide to delete. Probably because of no sufficent time to write, hardly to get the actual mood of myself or maybe i was not confident to present my thoughts at the moment.
My mood is totally weird. Stuck in between and i think ‘blurr’ is the right to describe my emotion right now. After so many years, i cried a lot last night. When so many things rushing into my minds, and i haf nobody to share them, this is what happen. Should i say, that i must start serioulsy looking for a life partner? I do not think so. But i did think about that yesterday, but then i regret myself for thinking that way. Goshhh, come on readers, do you really understand what i am talking about? I dont think u do. I was so stupid to compare myself with my housemate yesterday. At 1st, i thought she is very lucky, so many guys are after her eventhough i think she is biasa2 jer. She has a lot of friends, mix with a lot of people. And a lot of people are willing to help her if she needs. My housemate receive big beautiful bouquet yesterday, from her secret admirer probably because she didn’t even know the anonymous sender. Huhu.. jealous? No, i am not jealous even my degree convocation was the last time i received flowers and that was from my parents, that’s enough. And i do not think if there’s anybody knows actually what my feveret flower is, and of coz i wont reveal here. Only by miracle, if it is going to happen..
Yeargh.. last night, the friends of my housemate came to our house. And of coz, i wont be joining them. Terpengap jer dlm bilik. It is not that i am so sombong, or kera sumbang. But, bergaul dengan lelaki tanpa rasa segan absolutely not me. Ketawa, terjerit2, bergurau itu ini dgn lelaki yg bukan muhrim, dalam rumah plak tu, Astaghfirullah, sori lah. I just said sorry to my housemate when she asked me wheteher i want to join them or not, one of them is going to be transferred to Lumut so this small gathering can be considered a farewell gathering lah cam tu. They were very happy, and i can tell from the kebisingan malam tadi.
After performing my Maghrib, i sat on the bed, still wearing my telekung, berlunjur kaki with a pillow on my lap and my Quran on it. Konon nak mengaji but entah kenapa suddenly my mind start to think about all things and my tears start runing down. What happened? To be continued.. dah satu suku.. aku nak pi surau dulu...