Wednesday, November 05, 2008

Raya Biasiswa

Pada 22 Oktober yang lepas, ofis ku telah mengadakan Jamuan Hari Raya agak grand daripada tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah tetap grand tanpa mengeluarkan banyak budget kerana ramai yang sukarela sponsor makanan. Jamuan ini asalnya sebagai salah satu agenda untuk membawa Datuk KSU ke mari kerana sudah lama beliau tidak ke pejabat kami yang remote ni.

Antara menu jamuan kali ini adalah, nasi hujan panas dan 4 lauk, laksa penang, bihun sup, sate hj samuri, nasi himpit dan kuah kacang, ketupat palas dan rendang, rojak buah, salad buah, dadih, buah limau, buah tembikai susu, kuih muih dan air dua jenis. Banyaaak, sampai tak cukup meja hingga kami terpaksa import coffee table bilik pegawai untuk diletakkan kuih muih.

Majlis memang sangat meriah dan mendapt kerjasama baik dari semua bermula dari awal2 lagi. Ruang jamuan dihias lebih hangat dari biasa, ada karaoke lagiiii, ada penyambut2 tamu yang memberikan door gift, ada gift bag untuk VIP, ada roxette untuk setiap warga pejabat dll. Pendek kata memang classs. Kami juga siapkan 4 meja VIP yang makanannya diserve oleh caterer hehe kata nak grand hehehe. Jemputan kami aalah semua warga biasiswa, warga SPIPTS, ketua-ketua jabatan dan semua VIP di Kementerian kecuali yg level menteri hehe.

Berikut adalah beberapa foto sepanjang majlis.

Mengalu kan kehadiran tetamu

Para penyambut tamu yg anggun bersiap sedia dgn door gift


Macam-macam ada, macam astro


Syoknya makan, nyum nyum


VIP, terima kasih sudi dtg dari jauh

Kaum-kaum hawa Unit Kewangan, kecuali Zite yg cuti bersalin

Minggu depan kami ada majlis lagi. Kali ini kenduri doa selamat sempena En Hussin yang akan berangkat menunaikan haji di Tanah Suci pada 22 hb November ini. Semoga semuanya selamat.

Friday, October 31, 2008

Checkup

So far, dah 5 kali aku pergi checkup semenjak pregnant ni. 3 kali di Klinik Kesihatan Bangi, 1 Kali di Klinik Pakar Wanita Annur dan 1 kali di Hospital Serdang. Semua checkup tu ada cerita tersendiri. Kadang2 aku rasa aku ni sihat jer, tapi dalam masa 2 bulan jer, aku dah kena checkup sampai 5 kali, macam orang sakit.

Checup Pertama (Klinik Kesihatan Bangi, KKB) - 9/9/2008
Klinik kerajaan... mcm biasa, kita boleh expect lah tentang masa menunggu yang lama. Malang nasib aku, pendaftaran awal aku diuruskan oleh staf pelatih yang baru hari pertama masuk kerja. So, boleh bayangkan kelam kabutnya, salah itu salah ini. Sampaikan masa ambil darah, dia tercucuk sangat dalam menyebabkan selepas itu tangan aku jadi biru. Lepas ujian makmal untuk urine, tungguuuu lagi untuk masuk jumpa Jururawat Masyarakat (selalunya mmg derang jer yg periksa, bukan doktor) Nasihat itu, nasihat ini. Lepas tu, keluar, tungguuuu lagi untuk jumpa doktor pulak sebab ini first time checkup (doktor sorang jer kat situ). Aku ingat lagi seorang wanita warga asing (org timur tengah rasanya) turut datang checkup kali pertama, suaminya orang sini. Huru hara jugak aku tengok staf situ nk berkomunikasi dgn dia. Back to my case. Masa jumpa doktor, doktor scan. Katanya pengiraan aku betul kerana size janin tu nampaknya sama seperti yang dianggarkan. Cumanya dr kesan ada satu ketumbuhan atau cyst di situ yang agak besar sizenya dan aku sendiri boleh nampak itu. Selain itu, dr juga menjangkakan aku ada masalah tyroid sebab leher aku yg katanya sedikit bengkak termasuk beberapa simptom seperti selalu cepat marah dan berdebar2. Aku ni dah ler baru pertama kali, so mmg macam2 yg dtg di fikiran, mcm2 aku tanya pada dr tu smpi tak larat dia nak jawab. Last2 dr suruh aku buat ujian darah sekali lagi untuk tyroid dan beri aku surat rujukan ke Hospital Serdang untuk monitor cyst di rahim aku tu. Tension sikit masa tu, dah ler sorang2. Husband tadi ada dtg temankan, tapi biasalah bila bawak si kecik Piah tu, macam2 ragamnya, husband cuma ikutkan rentaknya dan last2 derang balik rumah sebelum aku selesai checkup. Dr kata, ujian tyroid aku akan keluar dalam tempoh 2 minggu dan itu jgaklah yg aku baca di piagam pelanggan makmal di situ.

Checkup kedua (Klinik Pakar Wanita Annur) - 26/9/2008
Kenapa aku ke sini? Kerana pertamanya Hospital Serdang hanya memberikan aku appointment pada 23/10/2008 dan itu adalah sangat lama untuk aku tunggu untuk monitor cyst itu. Keduanya, aku telah telefon dan pergi ke KKB untuk mendapatkan result tyroid hanya untuk mendengar alasan, datanglah lepas raya, result hanya keluar selepas sebulan lebih. Marahnya akuuu. So aku ke Annur, appointment dgn Dr Fatimah. Nama pun pakar, nampaknya memang sgt profesional, dari segi nasihat dan pengetahuan. Beliau scan lagi sekali dan katanya cyst itu dah mengecil dan tidak perlu dirisaukan kerana kemungkinan besar ia akan hilang sendiri. Banyaklah jugak teori perubatan yang dinyatakan. Untuk tyroid, katanya aku perlu tunggu ujian dari KKB kerana tidak perlu buat ujian lain, lagipun menurut perhatian beliau, kes aku tidak serius. Oh ya, aku dpt gambar scan dari Annur, skrin mesin ultrasound nya sangat besar dan jelas. Walaupun baru 3 bulan setengah, bentuk baby sgt jelas, bergerak2 tangannya dan sempat kepalanya menoleh. Kata Dr, baby ni excited kita tengok dia. Hari itu, consultation + ubat + scan aku kena charge RM160.. kopakk, tak leh gi selalu ni.

Checkup ketiga (KKB) - 7/10/2008
Checkup ini adalah mengikut jadual yang diberi sebelum ini. Macam biasa, tunggu dan tunggu. Kali ini aku dah tak perlu jumpa dr sebab bukan lagi kali pertama. Nurse yang attend aku kali ini lebih senior, agak eksen lah. Aku tanya semula tentang ujian tyroid aku, katanya aku kena tunggu lagi.. Aku kata dh lama sgt ni. Biler dia check2 kat buku merah aku (buku merah simpanan klinik)rupa2 nya result tu dah ada daripada 13/9 !!! Marahnyaa aku dlm hati Tuhan jer yg tau. Sebelum ni aku telefon, aku pergi sendiri tanya masing2 jawab tak ada. Masing2 malas nak cari, buat cara senang jer. Dr dah siap remark kat situ yg aku kena dtang balik utk 2nd test pada 24/9 sebab bacaan hormon TSH aku sgt rendah iaitu 0.029, klu normal dlm 0.3. Nurse tu leh tanya aku sama ada aku dh wat 2nd test ke belum? Ya Allah, dah tak der org kasi tau, takkan maklumat turun dari langit kot. Aku ni nasib baik ngah ngandung, sabar jer lah. Kalau tak, memang dah sah aku sound direct kat situ jugak. So, hari tu aku kena lagi amik darah utk 2nd test. Aku kena dtg semula pada 21/10 utk monitor keputusannya.

Checkup Keempat (KKB) - 21/10/2008
Aku patutnya dtg hanya untuk monitor result tyroid, tapi entah naper aku kena jugak go through semua prosedur checkup yg biasa tu. Klu cepat tak per.. ini lambat. Apa lah sgt bezanya ujian tu, baru 2 minggu lepas aku dtg kan. Kata jer, appointment 8-9.. last2 kul 10 lebih jugak baru settle. Dan yang paling tak bestnya... nurse tu kata result tyroid kedua aku tu tak keluar lagi... hemmm.. klu korang tmpt aku, apa korang rasa. Aku ni dah geram tahap tak tau lah apa nk kata. Apa lah punya sistem klinik kerajaan ni.

Checkup kelima (Hospital Serdang) - 23/10/2008
Hanya selang sehari dari checkup keempat aku. Yang ni sebab aku dh wat appointment lama dah. Hospital ni, kita kena amik nombor, daftar dulu di kaunter depan Klinik Pakar, kemudian baru masuk ke O&G dan amik nombor lagi. Sib baik ni kali pertama dtg, so aku tak yah bayar. Kali kedua klu aku tak bawak GL, kena bayar RM5 katanya. Smpi di O&G, hemmm aku tak pahamlah derang ni. Dalam surat rujukan aku, aku ni dtg untuk monitor cyst ajer. Tapi nak tau apa jadi, aku kena buat semua prosedur checkup yg biasa tu. Alamak, aku rasa derang ni buta ker saja buat tak tau atau mmg prosedur mcm tu. Kat buku merah tu jelas tunjukkan aku baru jer gi checkup kelamarin.. Kenapa nak kena checkup lagi... Adoiii pening aku dgn derang ni. Cuma yg bestnya checkup ni ialah aku telah berjumpa dengan sorang kawan lama masa di MRSM dulu, Ain Selamat. Masuk2 'eh macam kenal jer'.. perghhh mcm tak caya jer rupa2nya dr yg attend aku tu Ain rupanya. Mcm seganlah pulak biler dia yg check.. First time aku jumpa dr dan bercakap beraku engkau. Kata Ain, sib baik aku gi situ. Kalau aku gi O&G spital Kajang, aku akan jumpa sorang lagi dr batchmate kitorang jugak, tapi lelaki. Waaahh, tak nak lah aku klu lelaki yg check, kawan sekolah lak tu.. haru beb haru.

Next checkup aku adalah 6/11 di Serdang (maybe aku tak pergi) dan 18/11 di KKB. 18/11 tu jugak aku kena dengar ceramah di KKB.. hemm.. klu free pergi jer lah hehehe.

Rupa-rupanya talian ini boleh dibaiki

Sebab aku tak update blog sekian lama hingga bersawang, talian internet ku yang bengong. Banyak website tak leh masuk. Mula2 aku pk semua orang pun hadapi masalah yang sama. Tapi biler sampai satu tahap website kementerian pun aku tak leh access, emel pun susah nak bukak, dan yang pelik tu biler bukak tempat orang lain ok, maka barulah aku bukak mulut pada pegawai it aku.

Rupa2nya talian PjH ni memang bengong sikit. So pegawai IT aku buat sedikit 'pembedahan'. Dia kata memang teruk line, tapi derang dah set IP untuk dapat direct access, tak perlu melalui PjH. So, sekarang, internet aku pun dah ok. Dan aku pun boleh berblog seperti biasa lepas ni.

Kesian gak kat aku. orang lain sepanjang pregnant, macam2 perkara diceritakan. Aku ni plak akibat internet, aku simpan jer cerita2 aku. Cian aku, aku pun dah lupa apa yg berlaku. Kalau tak, leh nanti aku kasi anak aku baca blog ni bile dia dah besar nanti..

Tuesday, September 02, 2008

Gagal lagi

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa sekali lagi buat kali keduanya aku telah gagal peperiksaan PTK yang aku duduki pada bulan Mei lepas.

Kecewa? Tak jugak, sebab sekarang ni otak aku terlalu tepu untuk memikirkannya. PTK bukan lagi suatu yang penting untuk terlalu difikirkan. Kecewa tu ada sedikit, sebab bos membandingkan dengan member sepejabat yang lebih junior dari ku dan telah lulus pun PTK. Aku bangga dengannya, aku tak jeles atau geram. Yang aku geram adalah dengan bos.

Lepas ni, aku kena mula membaca buku lagi untuk peperiksaan seterusnya pada Disember ini. Kali ini mungkin lebih mudah kerana aku hanya perlu resit paper umum sahaja. Khusus dah lulus (mcm tak percaya, Alhamdulillah). Bukan ke orang selalu fail paper khusus. Macam mana aku leh lulus khusus dan fail umum.. (aku dan fique masih memikirkannya)

Doakan perjuangan ku seterusnya akan lebih mudah. Manalah tau dengan rezeki anak baru ni, aku akan lulus jua akhirnya. Amin.

Wednesday, August 20, 2008

Our Anniversary Day

Tanggal 18 hb Ogos 2008, maka genaplah usia perkahwinan aku dan abang selama setahun. Macam tak percaya segala onak, ranjau sepanjang tempoh itu telah aku tempuhi. Dan aku akui bahawa aku dalam tempoh itu tidaklah sekuat mana, tidaklah sesempurna mana kerana kerap kali juga aku rebah dalam langkah. Namun aku amat2 bersyukur kerana dikurniakan suami yang amat penyabar dan yang paling penting amat menyayangi aku. Tak mungkin aku akan jumpa lelaki lain yang setanding dengannya.

Sempena nak menyambut anniversary ni, anak-anak memang kami dah hantar siap2 ke kampung, mana leh kacau daun kan. Kebetulan plak memang cuti sekolah jadi tak der masalah lah. Asalnya anniversary ni aku cadang nak gunakan voucher2 starwood privilege aku untuk kami makan2 dan bermalam di hotel 5 bintang sekitar Kuala Lumpur. Tapi memandangkan aku hanya dpt cuti satu hari, penginapan tu kami tundalah dulu, sebelum aku bersalin lah.

Pagi anniversary tu, aku dikejutkan dengan hadiah istimewa dari abang, Handphone baru!! Nokia 3120 Classic!! Waduh waduh, mentang2 aku sekarang sedang ketandusan handphone, dapat plak rezeki bergolek. Thanks abang. Aku plak cuma sempat hadiahkan abang flower bouquet, itupun aku kirim orang belikan huhuhu. Nantilah ye bang, birthday abang pun dah dekat so sayang kasi merge ajer lah itu hadiah, leh tak hehehe.
Pagi tu selepas bersarapan, aku, abang, mak dan abah ke MAHA 2008 di Serdang. Tak sempat jalan2 sangat kerana hujan dan lokasi tapak pun jauh2 so kami cuma ronda pusat pameran yang utama di atas bukit, itu ajer. Kalau nak ronda maunya kena sampai petang baru habis. Last2 abah dan abang beli pokok buah-buahan, ada mangga, ada jambu.. nyum nyumm lambat lagi ke berbuahnya tu hehehe. Aku plak cuma beli goodies bag kat gerai KADA yg mengandungi frozen food.. Rm 10 jer, macam kat jom heboh kan?

Habis ke MAHA kami lunch (lunch apa dekat kul 4) kat Medan Selera Kg Abu Bakar Baginda. Aku yg tak berapa selera makan cuma menikmati seekor ikan keli bakar jer, nasi tarak. Kami lambat, kalau cepat, lagi banyak pilihan ikan bakar nyer. Walau apa pun, lepas rasa yang ini, aku masih kuat mengatakan ikan bakar di medan selera istana lagi sedap.. perghhhh.. Aku beritahu abang yg asalnya memang aku ada terniat dari awal yg hari tu aku nak ajak dia gi makan ikan bakar kat istana tu.

Petang smpi rumah dah lepak. Plannya hari tu kami nak spend masa berdua keluar merata2, tengok wayang, main boling, makan ikan bakar kat istana tu dan ke pantai di Bagan Lalang. Tapi kerana pagi tu kami dah ke MAHA (sian mak abah dah lama kat teringin nak gi) semua plan pun kensel. Yang jadinya malam tu aku dan abang ke Sri Petaling main boling sebab aku dah gian lama sgt tak main boling.

Caya tak caya, aku main sampai 6 game malam tu perghhh.. sampai skrg terasa sakit pinggang dan peha akibat kekejangan. Kesian abang malam2 kena urut aku hehehe. Yang bestnya, buat pertama kalinya aku yg bodoh main boling ni dapat point lebih daripada 100 untuk 4 game berturut2 kecuali game pertama yg masih menyesuaikan diri dan game akhir yg mmg aku dah penat.

Event2 tu semuanya aku ada amik gambo, tapi dek kerana henpon baru ku ini tiada kabelnya maka aku tangguhkan dulu gamba2 itu. Yang penting, event tertunda ku pada sabtu ini iaitu jalan-jalan dan bermalam di Bagan Lalang tetap akan berlangsung dan aku harap masa tu aku dah beli kabel yang sepatutnya huhu.

Esok, kehidupan privacy ku bersama abang akan berakhir kerana esok kami akan ambil anak2 di kampung. Namun aku tetap bersyukur kerana beberapa hari yg singkat ni amat membahagiakan aku. Terima kasih abang. Semoga perkahwinan ini akan teguh hingga ke akhirat, semoga kasih sayang kita akan sentiasa utuh dan bercambah dari hari ke hari, tanpa pudar. Amin.


Tuesday, August 19, 2008

Our 1st Anniversary


The small version of my token of love.
The story and more pix in the next entry, Insya Allah.

Thursday, August 14, 2008

Sedihh...

Belum usai satu kesedihan, aku sudah dilanda kesedihan lagi. Dari semalam di Johor hingga hari entry ini ditaip pun aku masih mengalirkan air mata.Aku dah jadi ratu air mata sekarang? Arghhh macam tak percaya, mungkin salah satu kesan pembawaan dari kehamilan ini menyebabkan aku terlalu mudah tersentuh.

Maafkan aku jika memang aku bersedih pada hal yang tak sepatutnya. Maafkan aku anakku jika kemurungan ibumu ini menjejaskan dirimu.

Kalaulah masa dapat diundur..

Bedah yang kami rindui

(Bedah, si kecil berbaju kuning bersama Nana anak Mak Usu)

Pagi 12 Ogos 2008, jam 2.30 pagi lebih kurang. Suami telah menerima panggilan telefon dari Mak Uda di Johor. Mak Uda telah menyampaikan satu berita yang memeranjatkan, anak Mak Teh, Nur Ubaidah telah meninggal dunia lebih kurang 1 pagi tadi. Innalillahiwa'inna'ilaihirajiun.

Nur Ubaidah baru berusia 4 tahun, merupakan sepupuku yang hampir sebaya dengan Safiah. Dia yang kami panggil Bedah di kalangan keluarga kembali ke Rahmatullah kerana jangkitan pada paru-parunya. Baru 3,4 tahun lepas ayahnya meninggal dunia kerana penyakit yang hampir sama. Kesian Mak Teh.

Aku terus mengejutkan mak dan abah di bilik bawah. Kami terus berkemas subuh itu juga, semua anak dikejutkan dan kami bertolak lebih kurang pukul 4.00 pagi. Kami tiba di Johor pada pukul 8.00 pagi semasa tahlil diadakan. Jenazah belum dikebumikan lagi. Suasana sangat tenang, jenazah telah disiapkan dari hospital lagi. Cuaca redup memudahkan urusan pengebumian, dalam pukul 10, jenazah selamat dikebumikan.

Bagi aku Bedah adalah seorang kanak2 yang cukup baik, walaupun sering meragam (kerana penyakitnya) tapi aku masih ingat bagaimana dia begitu tekun mengerjakan solat. Bermula dari berwuduk, pakai tudung (diumpamakan telekung) dan solat bersendirian (lengkap dengan rukuk dan sujudnya) tanpa disuruh dan seusainya terus mencium tangan ibunya. Argh... aku pula nak menitis air mata. Tentu Mak Teh apatah lagi. Tapi Mak Teh beruntung kerana Bedah sudah dijanjikan syurag dan sedang menanti ibunya di syurga kelak.

Al-Fatihah.

Wednesday, August 06, 2008

Tagged Lagi

Tagged by fique.. haha mengambil masa aku nak menjawabnya..

Question 1: What were you doing 5 years ago?
2003 huh.. pada tahun inilah aku mula ada kereta sendiri. Masa tu masih bekerja di Johor Bahru Flour Mill, tinggal di... Taman Rinting, flat Ketapang tak silap aku. Masih seorang budak yang skema. Sambil membuat part time master yg tersangkut smpi skrg.. huhu


Question 2 : What were the 5 things on your to do list today?
1. Bersms secara berterusan dengan suami di Kedah
2. Ambil adik di Putrajaya Sentral
3. Beli bahan untuk masak mihun sup seperti mak pesan

4. Habiskan kek yg aku beli semalam
5. Rehat secukupnya hehe


Question 3: What are 5 snacks that you enjoy?
1. Buah-buahan

2. Keropok lekor
3. Mr Potato
4. Coklat
5. Kerepek-kerepek

Question 4 : What are 5 things that you would do if you were a billionaire?
1. Bayar hutang
2. Bayar zakat

3. Sekeluarga pergi melancong termasuk umrah dan haji
4. Melabur dalam insuran termasuk insuran pendidikan anak-anak
5. Beli rumah

Question 5: What are 5 jobs you’ve had?
1. Penjual dari rumah ke rumah (satu hari jer aku wat kerja tu, dah kena marah dgn parents)
2. Programmer pelatih (masa prektikal di Johor Corporation)
3. Asst Programmer Analyst (masa kerja di JBFM Pasir Gudang)
4. Kuli kerajaan (itulah kerjaku dari 2005 hingga kini)
5. Suri rumah separuh masa

Expecting A New Member

Macam tak percaya. Aku dan husband sendiri tidak menjangkakan hadirnya secepat ini. Kata abang, honeymoon dulu (honeymoon yg bukan dlm erti kata sebenar pun) paling awal pun 2009 katanya.

Tapi pada lebih kurang 2 minggu lepas, aku disahkan hamil 5 minggu. Perghhh, macam2 perasaan ada, bimbang ada happy pun ada. Rasanya ini berkat doa mak abah lah yang memang tak sabar-sabar menunggu aku menghadiahkan cucu sulung pertama yang original untuk mereka.. huhu original ehh. Actually anak2 tiri aku pun sebenarnya pun darah daging kami, tapi mak jer lah, bukan abah. Kehadiran si kecil ini kiranya telah melengkapkan kehidupan ku sebagai seorang ibu dalam erti kata yang sebenar2nya.

Sejak awal lagi, naluri ku sebenarnya dah terlintas akan kehamilan ini. Tiba2 aku jadi seorang yang sangat lesu, kerap tertidur di ofis dan malam pun sering terlelap awal di ruang tamu. Dari segi fizikal pun dah ada tanda2 yg lain dari biasa. So, biler dah lewat period, makin kuatlah naluri tu. Aku plak jenis yg terbuka dgn husband, so banyak kali jugaklah menyuarakan gerak hati tu. Biler ditanya pada dia, apa nalurinya, dia kata POSITIF. Hemm macam ahli nujum plak yer. Tapi dia dah ada 5 pengalaman, so tentu dia lebih tau kan. Bermula dengan pengujian menggunakan Dip n Tell yang jelas menunjukkan dua line kami ke klinik dan sah ler aku bakal melahirkan seorang ahli baru keluarga kami Insya Allah pada 26 Mac 2009. Teringat masa mula2 ke klinik kerajaan bangi, nurse situ kata kat situ tak der wat ujian check hamil ke tak, dia suh gi swasta, nanti dah confirm baru dtg situ buka kad baru. Katanya klu nk jugak kat situ, kena queue.panjanglah kat tmpt pesakit luar. Waaahh memandangkan queue pun sgt panjang, kami pun decide gi swasta jer tapi mcm tak berbaloilah, dia tak check apa2 pun kecuali urine test dan kasi asid folik dan bayar 48 ringgit.. eee mahalnyaaa.


Semenjak hamil.. di rumah..

Anak-anak tiri aku belum tau lagi aku preknen kecuali safiah.. tapi apa dia tau, biler tanya mana baby, aku katalah baby tu dalam perut mommy hehehe. So far, tak der lah byk sgt perubahan di rumah sebabnya kerja2 rumah masih dikongsi bersama dgn suami sama seperti dulu. Aku plak tak der morning sickness lagi, setakat loya2 sikit jer, so bab buat kerja tu masih tiada masalah. Dari segi makan, suami akan dahulukan aku, tu yg best. Sekarang ni suami tak der di rumah, ke kedah hingga isnin ini kerana jadi AJK MAKSWIP ke Pertandingan Boling MAKSAK. So, mak abah yg risaukan cucu pertama ni dah dtg dari johor utk temankan aku. Best... pasal dah ada orang tolong, ada orang masakkan. Mak belikan AnMum untuk aku, abang plak dah siap2 belikan air soya utk aku (tp kena berebut dgn anak hehehe). Tak tau lah budak2 ni tak perasan ker ada susu AnMum tu, takkan tak syak apa2 kot.

.. di pejabat ..

Orang kata aku ni berjangkit. Di unit aku skrg termasuk aku ada 4 orang wanita yg mengandung dan ada 2 orang lelaki yang isterinya sedang mengandung. Huh memang musim ke apa ni. Di pejabat skrg ni aku mmg cepatlah letih, kul 11, 12 mula rasa nak lentok jer. Bab makan aku dh tak berkira sgt sekarang, apa aku tergerak, aku makan jer. Kalau dulu berkira sungguh, tp biler pregnant ni ngada2 lebih hehehe. Masalah aku satu jer iaitu tentang parking yang jauh. Aku lihat kandungan ni agak kuat kerana aku masih sihat walaupun terpaksa turun naik bukit kerana tempat parking yg jauh di pejabat. Kelmarin abg dah belikan aku sandal baru yg lebih selesa supaya aku selesa berjalan jauh. Tapi smpi biler ek, klu aku dh makin berat nnt macam mana? Kesian lak kat diri sendiri.

Member siap dah tanya aku dah survey barang2 baby ker, selalunya anak pertama mmg excited sikit kan. Bagi aku, setakat ni lum lagi, aku tengah menumpukan untuk penjagaan diri sendiri dulu. Ubat apa, supplement apa, losyen apa, pakaian apa dan kasut apa yg sesuai untuk aku skrg. Kasut ada, losyen dah ada (pureen), pakaian dalam (almaklum dah besar hehehe) ada. So, pas ni nak gi survey Salindah. Tapi sebelum tu nak gi buat buku merah kat klinik kerajaan dulu, tunggu abg balik dr kedah. Kalau doktor kata Salindah tu ok untuk aku, sedialah duitnya..

Doakan kesihatan aku dan si kecil ni yer. Doakan juga agar yg bakal lahir ini adalah boy, itu hasrat aku dan suami. Kami dah ada 4 girl, kesian syahmi sorang2 tak berkawan hehe.

Wednesday, July 02, 2008

Macam-macam Ayue

Tagged by Chech

Nama timang-timangan oleh orang tersayang?
Keluarga n sadara mara panggil Along or Kak Long. Kawan2 panggil Ayue (e ujung tu aku tmbh sendiri, silent e heheh). Husband panggil Sayang ler. Ceah n Piah panggil Mummy while others masih terbiasa dgn Kak Long.

Anda seorang yang?
Calm? hehehe.. tidak menunjukkan perasaan. Simple. Diam (more to observe and listen then talking). Sedikit perfectionist.

Insan teristimewa?
Junjungan Besar Nabi SAW, parents, adik-adik, husband, anak2, close friends.

Makanan dan minuman kegemaran saya?
Makanan? Yang FREE! hehehe. Sekarang sedang menjadikan produk2 kesihatan DCL sebagai salah satu makanan dan minuman kegemaran saya (promote seehh)

Warna kegemaran?
Neutral colours.

Lagu kegemaran?
-Any songs composed by Melly Goeslow.

Siapa yang selalu buat saya gelak?
Piah and not to forget TV.. especially biler tengok BOLOS, bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu!! better then Boom Boom Bang yg mmg kurang ajar memalukan orang.

Sikap yang buat saya tertekan?
Tentulah orang yang menekan saya hehehe.

Tiga perkara yang selalu ada dalam beg?
1. Wallet - Ada kad kahwin, kad pengenalan, lesen memandu, kad2 ATM, kad kredit, kad Bintang Supermarket, kad Tesco, kad Mydin, kad DCL, kad bisnes KPT, syiling, duit kertas (selalunya tidak pernah lebih 200 ringgit hehe)
2. Ubat-ubatan, minyak cap kapak, pil migrain (sekarang dh pakai DCl, barang2 tu dah terbiar psl dah tak pernah sakit, Alhamdulillah)
3. Kunci umah, kunci keta, kunci pejabat, bedak, lipstik, lip balm.

Kali terakhir anda beriya-iya menangis?
Biler suami tak nak ajak kuar dating sehari sebelum beliau pergi kursus di Sepang.

Perkara paling lucu atau memalukan dalam hidup anda?
Back to so many years ago. Biler confess dgn sesorang yang disukai, tapi dia sebenarnya tak suka pun kat kiter. Malu ker? patutnya malu, tp rasa bangga dgn keberanian diri sendiri.

Tag orang...
Lum tau lg nk tag saper hehehe

Thursday, June 12, 2008

Komen Mufti

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin
Oleh: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangimusuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnyabaik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itusemua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat:'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Daral-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepadam akcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masihada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya.

Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini,disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan maklang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir keforum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan' , "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?"

Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan danpakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak. Pembaziran. Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan.Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya,memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan.

Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan,pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulahj ua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kitahanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana,kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yangdipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?P embaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri k erana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab dihadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkarini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar binal-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata:"Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran.Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan ituuntuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperolehini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannyay ang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqatal-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab. Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentangt anggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak?Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yangmemerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yangmendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dandisokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuksemua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Monday, June 09, 2008

Yang naik itu harga semuanya

Apa lagi nak cakap, apa lagi nak komen. Reaksi aku, termenung. Kenaikan harga petrol yang sungguh tidak dijangka dan pastinya akan membebankan. Hingga sekarang, betapa susahnya nak berhenti dari termenung memikirkan apa nak jadi dengan kehidupan selepas ini.

Malam sebelum hari kenaikan harga minyak, aku dan husband dah menyertakan diri dalam pesta mengisi minyak. Kami tiba betul2 di depan pam 15 minit sebelum pukul 12.00 tengah malam, Alhamdulillah. Di semua stesen minyak, fenomena yang tak pernah disaksikan seolah2 esok nak darurat. Sayu ada, geram ada, kecewa pun ada. Kesian dengan rakyat Malaysia.

Kenaikan harga minyak pastinya akan melambungkan harga semua barang di pasaran. Tak sampai 24 jam dari pengumuman, aku dah pun terkena. Harga tiket bas ekspres KL-JB dah menjangkau RM30 berbanding RM24.90 sebelum ini. Aku persoalkan juga dengan penjual tiket, tak adillah mcm ni, orang yg beli tiket lebih awal untuk waktu perjalanan yang sama masih menikmati harga lama sedangkan aku yg dtg membeli hari ni kena bayar harga baru sedangkan kami naik bas yg sama dan pada hari yang sama. Ini tidak adil.

Apa lagi boleh dibuat selain meratap dalam hati. Membaca komen2 bloggers pula hanya menambah perit. Kadang2 rasa nak berhijrah sahaja dari bumi Malaysia ni. Kenapa ek pemimpin kita tak sama macam pemimpin zaman nabi2 yang sanggup jadi papa kedana asal rakyat sejahtera.

Termenung, berfikir dan termenung lagi. Sedang berkira-kira nak naik bas ke tempat kerja. Sedang merancang apa lagi penjimatan yang boleh dibuat. Mungkin kena ikut cakap pak lah, makan segenggam beras jer sehari. Aduuhh senangnya bercakap, rumah aku ada 8 mulut nak disuap, ada 4 orang yg masih bersekolah dan seorang akan mula bersekolah tahun hadapan. Dengan gaji yang sekarang ni pun cukup-cukup makan, apa akan jadi lepas ni? Sejauh mana-mana anak2 boleh paham kesusahan kita. Mood aku jadi hancur biler fikirkan pasal kelangsungan hidup selepas ni. Kadang2 terpk, dulu dah bersusah payah belajar bersungguh2, berkorban itu ini untuk dptkan kerja yg baik, supaya dpt hidup senang, tapi sudahnya aku still kategori miskin walaupun dengan jawatan yang baik. Tak berbaloi rasanya.

Tukar topik. Di sini aku nak ucapkan tahniah kepada 2 rakan forecast UTM sains komputer aku, adik dan aida (dua2 xmrsm muar) yang melahirkan cahaya mata pertama mereka akhir may yang lepas, dpt baby boy lelaki dua2nya Umar (aida) dan Hani Muhamad (adik). Selain tu nak ucapkan semoga cepat sembuh kepada Wardah yang baru sahaja menjalani pembedahan lutut minggu lepas. Aku doakan kalian semua cepat sihat.

Thursday, May 22, 2008

Parlimen

Terima kasih lah kepada urusetia bengkel penydiaan jawapan parlimen ni kerana menyediakan kemudahan wi fi, sementara menunggu soalan berkaitan bahagian aku dibincangkan, mari lah kita berblog dulu hehehe.. di mana integriti nyeh nyeh nyeh..

Ini first time aku datang bengkel ni. Sebelum ini aku cuma jadi pegawai pelapor jer. Dengarnya pergi bertugas parlimen lepas ni akan lebih best dan happening. Yer lah, kan skrg dewan dah bnyk pembangkang, dah jadi macam CM katanya. Pembangkang dah makin berani skrg, tu yg semalam siap sambut birthday orang luar dlm parlimen. Ishk3 bagi aku kurang sopanlah mcm tu, nk smbut birthday, smbutlah kat restoran. Ni sambut kat parlimen mcm saja2 nk publisiti plak.. taulah ramai reporter, masuk tv lagi.

Aku ada jugak ckp dgn urusetia parlimen ni, klu ada chance nk jugak aku ke parlimen sekali lg sbg pegawai pelapor, sajer nk tinjau2. Kalau selalu, muak jugak aku. Mana tak nya, aku tak tau lah mana inteleknya sesetengah ahli dewan ni, byk soalan yg dikemukakan langsung tak berkualiti, kadang2 soklan yg sama jer, cuma pusing2 sikit jadi soklan lain. Derang ni nak cari publisiti dewan ker. Sbg contoh, ada soklan utk kami katanya apa tindakan kerajaan untuk sediakan dana pendidikan untuk anak pekerja ladang?? Adoiii aku tak tau lah nk bagi reaksi macam mana, kelakar lah. Lepas ni nk tanya tentang apa lagi? Anak driver? Anak nelayan? Anak cikgu? Sedangkan anak pegawai dan kakitangan kerajaan pun tak ada dana khas, malah tak ada pun prioriti dlm pemberian biasiswa, ini kan pulak orang lain. Nama pun negara demokrasi, adillah. Sapa layak, dialah yang dapat.

Hemm.. bosannnn..

Friday, May 16, 2008

Bella

Sebelum ini aku tak pernah kisah nak tengok Bella. Tapi entah kenapa sampai jer part Bella kena bunuh, aku leh melekat nak tengok, dan lebih serius tengok tanpa miss biler Bella pergi wat plastic surgery. Lepas tu sampai episod akhir mlm tadi aku mmg tak tinggal. Miss kat umah, esoknya tengok kat tvseries. dan lagi best, petang2 dalam kul 5 dah bleh tengok Bella episod hari berkenaan, kira advance lah hehehe.

So, smlm Bella dah mati. Babak yang paling menyayat hati adalah waktu Bella bercakap dgn Zahar buat kali terakhir, menyatakan betapa sayangnya dia pada Zahar dan betapa sampainya hati Zahar buat dia macam tu. Lepas tu lepas Bella mati, ditunjukkan bagaimana Zahar macam orang histeria memanggil Bella dengan background lagu yg bagi aku sungguh touching :(

Biler aku hayati, memang sedih lah perjalanan hidup Bella. Dia dianiaya oleh orang-orang tersayang hingga sanggup bakar dia hidup2. Masa mula2 tu memang geram lah dengan dia ni, degil, cakap mak dia sendiri pun dia tak mau dengar. Dan dia hingga akhir hayat tak dapat merasa hidup bahagia. Sedih tu sedih, tapi anggaplah tu balasan untuk dia yg tak dengar cakap mak dia. Tapi macam tu lah lumrah hidup kan, mana ada yg sentiasa happy ending, mana ada yang sentiasa betul.

Tadi, aku melilau di Internet mencari lagu ending Bella ni. Lagu nasyid sebenarnya nyanyian Opick dari Indonesia.

Bila Waktu Telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga

Akan dunia yang sementara
Bagai manakah bila semua
Hilang dan mati meninggalkan diri mu
Bagaimanakah bila saat nya
Waktu terhenti takkau sedari
Masihkah ada jalan bagi mu
untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia….dipenuhi dengan hiasan
Semua..dan segala yang ada
Akan kembali pada nya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah
Bila waktu tlah terhenti
Teman sejati tinggalah sepi

Tuesday, May 13, 2008

Tengok Wayang Jer Kerjanya

Jumaat lepas, tengok wayang. Hajat di hati minggu lepas nak main boling tapi ada jer halangannya. So, sebagai ganti, kami tengok wayang di Mid Valley. Cerita apa yer? FORBIDDEN KINGDOM. Tak lama dulu kami ada tengok satu billboard besar iklan filem ni, heronya Jet Li dan Jackie Chan. Tengok nama tu jer dah leh agak mesti best.

Jason Williams' (Michael Angarano) obsession with kung fu movies leads him to an antique store, where he finds an ancient Chinese staff. When he grabs hold of the stick, he is transported back in time, where he meets the drunken martial-arts master Lu Yan (Jackie Chan), the Silent Monk (Jet Li) and the beautiful Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), who all help Jason return the staff to its rightful owner, the Monkey King, who has been imprisoned by the nefarious Jade Warlord (Collin Chou).

Komen, biler dah tengok, best jugaklah. Cumanya aku tak puas hati pasal heronya orang putih yang poyo. Entahapa2, budak tu kalau kita tengok tak ler menonjol sgt tang skill mau pun perangai, biasa2 jer. Tapi diangkat mcm hero, chehh nk tunjuk org barat lg hebat dari org timur lah tu. Jet Li dgn Jackie Chan tak dpt disangkal kehebatannya. Kalau tengok smpi habis, mmg mcm stereotype jalan ceritanya, boleh diagak. Aku suka part paling yg akhir2 apabila diketahui yg Silent Monk tu rupanya jelmaan Monkey King dan part diketahui rupanya tuan punya pawn shop tu adalah Lu Yan yang immortal. Dan tiba2 depan pawn shop tu ada merchandise shop nama Sparrow dgn pemiliknya pun rupa sebijik Sparrow.

Semalam pulak kami tengok wayang lagi. Kali ni sebab jumaat ni kami balik kg so dating diganti semalam. Kami tengok Iron Man pulak. Dalam perjalanan nk tengok wayang kat Alamanda tu kami jumpa Iqram Dinzly, mcm tak percaya. Mula2 aku tak perasaan dia tu Iqram. Depan Elianto, aku perasan ada sorang mamat ni dressing pelik, pakai seluar putih agak ketat dan kasut putih kilat, baju plak cuma singlet tapi kat luar pakai vest... hemm mmg pelik. Dlm hati aku amendalah orang ni dressing. Tengok muka, aiiikk mcm kenal, aku terus ckp kat suami, eh orang tu mcm Zahari citer Bella, sahh suami pun cakap memang yer. Suami cakap, dia pakai pelik sebab nk tarik perhatian orang, takut org tak perasan dia artis hehehe. Hemm rupa2nya tak ler tinggi, pendek jer Iqram ni, dalam Dunia baru mcm tinggi. Tapi yg pasti memang lawa (bukan hensem) muka putih licin, so tak pelik kalau lepas tu kami tengok dia masuk kedai Elianto tu, beli apa dik?

Tony Stark (Robert Downey Jr.) is a billionaire industrialist whose forte is building weapons of mass destruction. When he's severely injured while testing one of those weapons in Afghanistan, he's kidnapped by insurgents and has to build a suit of iron armor to escape his captors. After returning to the U.S., Stark refines his iron creation and transforms himself into a flying metallic repulsor-ray-firing superhero. When his biggest business rival, Obadiah Stane (Jeff Bridges), gets his hands on Stark's original plans, he creates an even bigger iron adversary to defeat Stark once and for all.

Komen aku. Cerita ni mmg best. Robert Downey tu mmg cool, macho dan kadang2 lawak serius. Gwyneth tak berapa berperanan sgt. Yang paling best dalam cerita ni adalah dia punya teknologi, dari teknologi senjata dia, rumah dia, bengkel dia, komputer dia, robot2 dia yg paham cakap manusia dan kadang2 lawak hehehe. Paling lawak masa dalam proses membuat suit Iron Man, dia punya percubaan2 tu mmg kelakar. Selalunya kita dihidangkan kisah orang2 kaya pemilik syarikat yg hanya tau goyang kaki arah sana sini. tapi dalam filem ni pemilik syarikat adalah satu2nya orang yang mereka dan mencipta inovasi2 baru. Jurutera2 dia tinggal copy jer komersilkan.

So, sapa2 yg nak menonton dua filem ni, aku rasa berbaloi lah kalau setakat nak rilek2 seronok2. Selamat menonton!

Tuesday, April 29, 2008

Takziah To FBI & Lina


Pagi tadi sewaktu dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah, aku terkejut dengan berita yang disampaikan oleh AG di HOTFM. Cahaya mata kedua Faizal, Adam Haikal Iman telah kembali ke Rahmatullah subuh tadi. Sebakkk.. Kerana aku sendiri yang memang pendengar setia radio HOTFM dan pengunjung blog penyampai HOTFM telah lama mengikuti perkembangan saat2 mereka menunggu kelahiran cahaya mata yang satu ini.

Aku masih ingat betapa FBI dan Lina telah lama menanti kelahiran ini setelah anak mereka yang pertama Nur Khairina Iman (Kayna) telah pun menjejak umur 6 tahun. Aku masih ingat kerap juga FBI tiada di Hot Am Crew, cuti semata-mata kerana menjaga isteri yang kerap keluar masuk hospital akibat komplikasi dan alahan teruk semasa mengandung. Aku masih ingat bagaimana nama Iman dijadikan seloka dan kerap diulangmainkan di HOTFM untuk mengusik Faizal 'Kalau bapaknya kuat Iman'.

Tak sangka, selama ni tak pernah pulak aku mendengar khabar anaknya bermasalah. Tapi itulah ketentuanNya. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini, semoga mereka dikuatkan semangat, redha dan bersyukur bahawa Allah lebih menyayangi anak mereka dan ada anak yang telah menanti mereka di pintu syurga akhirat nanti. Al-Fatihah.

Friday, April 25, 2008

Happy Birthday Jaja

25 April 2008. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke 28 buat sahabatku Puan Iza Zuhana Binti Zulkifle. Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan yang sejahtera, dipermudahkan segala urusan, disuburkan keimanan, dilimpahkan kebahagiaan, keluarga yang soleh dan solehah. Semoga terus berjaya sebagai pejuang DCL dan LUCT yang gemilang. Amin

Wednesday, April 16, 2008

Kembali Baca Novel

Aku rasa ramai kawan-kawan yang dah pernah membaca novel Ombak Rindu ni. Novel yang top dari Fauziah Ashari. Aku dulu baca novel ni pun pinjam kawan yg mmg ada koleksi. Bagi yang belum tau, novel ni dah ada dua lagi kesinambungan iaitu Cinta Tiada Akhirnya dan yang terbaru Rindu Cintaku yang mana kedua2 yang terbaru ni aku dah ada pun skrg.


Asalnya, aku mendapat Rindu Cintaku ini sebagai salah satu hadiah birthday dari suami baru-baru ini. Aku tau ia adalah kesinambungan Ombak Rindu, tapi Rindu Cintaku adalah yang ketiga. Aku fikir macam mana aku nak baca buku ni sedangkan yang kedua Cinta Tiada Akhirnya tu aku lum pernah baca lagi. So, langkah drastik aku ambil dengan ke MPH dan selamat pun novel kedua tu aku beli.

Ceritanya... kalau dalam Ombak Rindu kita dihidangkan dengan kisah Izzah yang diseksa oleh bapa sedaranya dan kemudian dijual di rumah pelacuran. Hariz membelinya dan berkahwin dgnnya tanpa rela. Hariz berkahwin dengan Mila atas aturan keluarga. Jalannya ceritanya berterusan hinggalah akhirnya Izzah dan Hariz saling menyayangi, Hariz berpisah dengan Mila.

Dalam novel kedua, agak tragis apabila Izzah kembali dihantui oleh pakciknya hingga dia diculik dan terkorban di sungai. Hariz jadi org yg lost giler, walaupun Elin dan Mila nak goda dia, tp dia tak layan, cintanya pada Izzah sangat kuat. Hinggalah satu hari muncul Suri yang punya rupa iras Izzah. Selidik punya selidik, rupanya Suri itu adalah Izzah yang hilang ingatan. Suri yg sebenar rupanya telah menghilang, dah nak dijadikan cerita mereka rupanya saudara kembar. Izzah kembali kepada Hariz wlupun ingatannya masih belum pulih.

Novel ketiga pulak aku lum habis baca tp setelah baca secara skimming, Izzah akan jadi trauma sedikit kerana dia masih tercari2 sejarah silam dia. Byk sgt konflik yg timbul termasuk masalah Hariz dgn keluarda serta syarikatnya. Kebetulan masa Izzah pulih, konflik sedang memuncak dan macam2 berlaku hingga mereka bercerai. Hariz berubah, insaf. Izzah meninggalkannya ke luar negara selama 4 tahun dan sekembalinya ke tanahair, Hariz telah jadi Tuan Haji Hariz. Mereka akhirnya hidup happy.

Aku masih menunggu masa sesuai utk duduk mentelaah novel tu. Masalahnya aku masih punya buku ptk yg menanti utk dihadap sebagai persediaan ptk ulanganku bulan depan. Kerja di rumah pun dah kena aktif balik sebab Bibik dah kami berhentikan. Skrg ni kami import anak sdara n9 yg baru lepas SPM utk tolong jaga anak pada waktu siang.

Thursday, April 03, 2008

Om Shanti Om

Lagi satu filem. Yang ni tengok free sempena pembukaan GSC di Alamanda. Tempoh free dari 29 sampai 2hb.. tapi aku ni lambat sikit, dah masuk 1hb baru tau, baru terhegeh2 nak pergi dptkan tiket free. Cadangnya nak tengok national treasure atau cj7, tapi duk beria2 beratur panjang, ngam2 smpi turn, both movie dah sold out tiketnya. Alang2 dah beratur, amik jer lah apa yang ada, dan aku pilih Om Shanti Om pasal dia ada SRK. Nak tengok yang lain tak minat, ada plak yang dah tengok. Asalnya nak amik jer, mungkin tak tengok lah kot. Gi hari lain jer lah tengok citer lain.

Tapi abg nak jugak ajak tengok. Aku pun ikut jerlah. Aku sedapkan hati, ini cerita SRK. So far filem SRK tak pernah menghampakan. Tak pernah SRK amik filem2 yg stereotype kan. Alhamdulillah, mmg tak menghampakan. Ada lah kurang sana-sini tp tetap menghiburkan.

Wednesday, March 26, 2008

Opisku, Perutku

Semalam aku mula berpindah di bilik pejabat baru setelah beberapa bulan menumpang di cubicle orang. Alhamdulillah renovation berjalan lancar, tinggal yg minor2 sahaja. Dan menjadikannya lebih seronok adalah pada hari ni bahagian kami menerima komputer2 baru dan pc lama ku yg besar tu pun turut dah diganti. So, kiranya serba baru ni. kalau dulu bilik lamaku tak ada tingkap sbab lokasi di tengah2 pejabat, kali ni bilik ku dah sama standard ngan bilik bos dari segi view yg cantik. Sambil buat kerja di pc, aku boleh rilek2 kan mata melihat pemandangan di Jambatan Wawasan. (dulu masa belum kawin, pernah dating situ beberapa kali hehe)

Hari ni aku terpaksa ke klinik kerana sakit perut yg dah berlarutan beberapa hari. Gastrik. Yang kali ni agak lain sebab sakitnya datang menyucuk sejam atau dua jam lepas makan. Mungkin dinding perut ku dah nipis, so biler ada makanan yg masuk, enzim berasid yang dirembes tu dalam pada masa yang sama turut mengggangu dinding perut. Doktor kasi Magnesium dan B complex. Katanya tunggu 2 minggu tengok sama ada makin ok ke tak. Banyak jugak yang aku baca tentang gastrik ni di internet. Esoklah aku update. Lepas tu mungkin aku akan update tentang BTN yang lepas jugak.

Thursday, March 13, 2008

Jom Tengok Wayang

Bukan nak promote, just nak bagi sinopsis panjang dan ulasan tentang filem yang baru aku tengok malam tadi dengan suami. Biler anak tak ada di rumah, antara agenda wajib kami berdua adalah tengok wayang dan main boling (hahaha, semalam aku dapat strike 2 kali berturut2, tapi lepas tu dua kali berturut2 gak bola aku masuk longkang memanjang hehehe). Kami main boling dari 10.30 sampai 11.30 dan movie start 11.45. Kami tengok 10,000 BC.

Kisah tentang seorag hero yang tak lah berapa hero, dia ni hero kerana kebetulan sahaja sebenarnya. Tentang puak Yaghal yg diserang orang jahat (yg juga menyerang banyak puak2 lain). Ramai orang dilarikan dibawa dengan kapal ke muara sungai untuk dijadikan hamba untuk membina Piramid besar bagi Tuhan orang jahat tu.

Hero cerita ni Dleh namanya. Dia mengembara nak pergi selamatkan orang puak dia yg turut dilarikan, tp sebenarnya dia nak selamatkan awek dia Evolet. Banyak sgt kebetulan yg menyebabkan dia diangkat menjadi hero dan akhirnya mmg dia jadi hero betul2 pun. Macam mana nnt dlm perjalanan, dia yg asalnya cuma bertiga akhirnya dpt menyatukan banyak puak yg dijumpai membentuk pasukan pahlawan yg ramai untuk menentang orang jahat. Banyak sangat dugaan yg dia tempuhi sepanjang tu. Dan akhirnya dia berjaya bunuh Tuhan orang jahat dgn sekali baling lembing jer dan macam mana akhirnya dia berjaya pengaruhi beribu hamba2 kat tapak pimarid tu utk menentang orang jahat.

Cerita ni, orangnya tak lawa pun, orang asli ler katakan. Macam2 pesen orang asli ada. Pastu mcm2 tempat lah depa pergi, ada kawasan salji, ada kawasan hutan, ada kawasan padang pasir. Haiwan2 dia pun mcm2, ada gajah besar, ada burung besar, ada singa besar. Cerita ni mesej dia simple jer tapi dia punya olahan tu kadang2 jadi mcm kompleks, saja nk panjangkan cerita. Tapi tak bosanlah tengok, banyak jugak part kelakar menyebabkan satu panggung gelak.

Bagi yang masih berkira2 nk tengok 10,000 BC ni aku syorkan teruskanlah niat tu, berbaloilah menonton.

Tuesday, March 11, 2008

Happy 28th Birthday

Kalung emas itu,
Keindahannya, tak seindah sayang mu.

Kalung emas itu,
Kilauannya, tak sekemilau kasih mu.

Kalung emas itu,
Secebis tanda kasih, tanda sayang yang sentiasa indah, sentiasa berkilau di hati ini.

Namun... Kasih mu, sayang mu,
Lebih indah, lebih berkilauan dari kalung emas itu.

Kalung emas itu,
Hadiah hari ulang tahun dari suami ku yang tercinta,
Terima kasih abang.

Friday, March 07, 2008

PTK oh PTK

Ni first time amik ptk. Orang kata, 1st time ni mmg payahlah nk dapat aras yg bagus2. Kena amik banyak kali baru ok.

Kata orang tu memang mungkin betul. Sebabnya aku dah fail pun PTk dengan aras yg sangat buruk. Tapi yang sebetulnya aku kecewa gila2 dengan keputusan tu seolah2 aku tak belajar apa2, seolah2 aku mmg cincai jer jawab soklan tu. Aku terkedu dengan keputusan tu. Sebabnya aku mmg berusaha, aku memang jawab semua soalan dan aku yakin paling teruk pun separuh daripadanya mmg relevan dgn kehendak soalan.

Abg dan bos pun pelik dengan result yg begitu buruk. Masa bercerita dgn abang, aku tak dpt tahan diri utk tidak menangis. Aku sedih kerana aku dah letak komitmen yg tinggi, aku sedih sebab aku dah jawab semua soklan dengan sebaik mungkin. Aku sedih kerana buat pertama kali dalam hidup, aku gagal peperiksaan. Bukan cukup makan jer, tapi GAGAL. Sebelum ini, walau seteruk mana pun aku belajar, wlu seteruk mana aku menjawab peperiksaan, aku pasti sekurang2nya lulus. tp yang ini, aku dah belajar dan menjawab bersungguh2 tapi aku masih gagal??

Menjelang hari exam, ke mana2 sahaja aku bersama nota. Ke PD tengok adik, ke restoran, semuanya bersama nota. Di rumah pulak, abang mmg memberi ruang utk aku belajar, aku tak dibenarkan sibuk dengan kerja lain termasuk mengajar anak. Anak dilarang mengganggu aku sedang belajar. Selain dari utk lulus, aku mau komitmen dan kesungguhan aku belajar akan jadi inspirasi dan contoh buat anak2 untuk belajar bersungguh di sekolah.

Tapi, hasilnya... aku GAGAL. Aku malu dengan anak2 (mereka tak tau pun lagi), aku kecewa kerana mensia2kan pengorbanan suami. Aku sediiiihhhh.. Adakah kerana sebelum ini aku terlalu konfiden maka aku terlalu kecewa?? Masalahnya, biler dah gagal ni pun aku masih konfiden yg aku bukan seteruk itu. Macam mana kawan2 lain yg taklah pulun sgt belajar tp boleh dpt aras yg baik??

Aku sedang berusaha mencari kebenaran sama ada prestasi aku mmg teruk atau mungkin ada kesilapan teknikal di mana2. Biarlah orang kata aku berlagak tp aku tetap akan berusaha. Aku percaya pada usaha aku sendiri dan aku percaya Allah itu Maha Adil. Aku dah emel kepada pentadbir PTK, aku dah telefon ke JPA, aku dah buat pun surat rayuan juga. Alhamdulillah, bos nampaknya menyebelahi aku, dia beria2 ingin meletak kenyataan sokongan di dalam surat aku itu walaupun itu tidak diperlukan sebenarnya. Pegawai JPA yang aku call hari tu pun menyokong usaha aku. Sebentar tadi, ada pegawai lain JPA yang menghantar emel meminta no ic aku untuk dia buat semakan semula. Aku bersyukur kerana usaha aku itu dipandang. Aku harap ada hikmah di sebalik semua ini.

Tapi kalau keputusan tetap tidak berubah, aku tetap juga bersedia untuk menduduki peperiksaan seterusnya cumanya aku buntu cara mana lagi harus aku belajar, aku dah cuba yang terbaik pada peperiksaan lepas. Mungkin bahan lain yg harus aku jadikan rujukan. Tapi bukankah soalan2 itu banyak yg common sense.. kenapa perlu terlalu cerewet dgn rujukan??? Maaf, aku dah jadi kecewa dengan sistem penilaian prestasi kakitangan awam. Terlalu jauh berbeza dengan apa yg aku perolehi semasa di swasta.

Wednesday, February 27, 2008

Yang Aku Hot Di Jalanraya

Setiap hari biler pergi kerja, aku mesti akan terpk untuk blog tentang perkara ini. Tapi selalunya biler smpi opis, aku pun lupa. Tapi hari ni aku akan blog jugak tentang perkara2 yg sering buat aku menyumpah seranah seorang diri dalam kereta. Aku jarang menyumpah2 tp biler di jalanraya, itu mmg tak leh nak control.

1. Biler terpaksa mengekori kereta yang tersangatlah slownya ketika waktu2 puncak orang pergi kerja, waktu trafik sibuk banyak kenderaan, kita nak tukar lorong pun payah. Di Kg Sg Ramal Dalam pulak jalannya dua hala dan kecik, so biler ada kereta di depan yg slow nak mampus macam orang jalan2 makan angin menikmati panorama indah, eeee mmg aku hot dibuatnya, dah lah nak potong pun susah. Orang nak cepat ni !!

2. Biler ada kereta tiba2 mencelah masuk lorong kita di depan tanpa beri signal plak tu. Yang ni mmg buat aku rasa mcm nak sondol je kereta tu. Macam susah sgt nk beri signal tu, signal rosak ker atau korang mmg tak reti bawak keta? Pernah aku tengok, ada sorang perempuan ni bawak keta, biler nak tukar lorong dia bagi lampu signal dua kali kelip jer terus padam then terus masuk lorong sebelah. Ni sah2 lah lesen terbang atau mmg tak der lesen. Aku jugak masih ingat satu Extrail ni yg aku rasa kerek nk mampus. Mencilok2 tanpa beri signal hingga menyebabkan kereta2 lain ada yg terpaksa terbabas ke lorong lain kerana nak mengelak dia. Sib baik lorong sebelah tu free, klu tak free2 eksiden dan aku tak ragu2 nk jadi saksi bahawa Extrail kurang hajo tu punya angkara.

3. Pernah di highway dekat2 Shell Sg Ramal Dalam, aku dilorong tengah. Di depan dalam 300 m ada susur kiri ke tol PLUS. Tiba2 ada sebuah Hyundai Sonata di lorong kiri bagi signal emergency nk masuk lorong tengah di depan aku. Aku mmg terperanjat, sib baik tak langgar dia. Hemm dia mungkin nk cepat sgt. So, lepas tu aku pun mulalah nak tekan minyak utk laju semula tapi tiba2 Sonata tu brek mengejut di depan aku dan bagi signal nak masuk semula lorong kiri sebab nak masuk ke susur untuk ke tol PLUS tu. Sekali lag aku pun tpkasa brek mengejut. Alhamdulillah aku tak langgar. Tapi masa tu membaranya hati aku tu, Allah jer lah yg tau. Ko tu dah tau nak masuk kiri, maintain jer lah kat lorong kiri, bukan jauh sgt pun. Beh tu, masuk kanan ingat boleh jd lebih cepat ker? Ko tu lagi membahayakan nyawa orang adalah. Otak letak kat tapak kaki agaknya. Si*l betul.

4. Biler orang di depan tak berada di lorong dengan betul, ada ker patut jalan di tengah2 antara dua lorong. Yang ni buat aku pening, dia ni nak ke kiri ke nak ke kanan? Menyusahkan orang tau tak. Serupa jugak dengan orang belakang. Biler aku nak tukar lorong, tengok kat side mirror, orang belakang duduk tengah2 antara dua lorong, aku jadi kompius, dia ni nak tukar lorong ke tak. Biler tengok mcm tu jer, aku bagi lah signal dan masuk. Lepas tu dia hon aku plak. Haa ni lagi satu malaun tak der otak. Cincang campak dalam lombong lagi bagus.

5. Biler kita potong orang yg slow tapi biler nak potong tiba2 dia jadi laju, haaa ni memang busuk hati punya manusia, bodoh etika. Especially kalau orang tu lelaki, rasa tercabar biler dipotong kereta perempuan. Naiklah ego tu kan. Tapi dia tak sedar apa yg dia buat tu nampak sgt menunjukkan kelemahan dia. Klu dpt orang mcm tu aku gelakkan jer, orang sewel buat apa nak layan.

6. Biler sedang queue di trafik lite, kereta depan bergerak sangat slow dengan jaraknya dengan kereta depannya pula berpuluh2 meter especially waktu lampu hijau. Patutnya masa hijau tulah kita usaha lepaskan seberapa banyak kereta. Tapi dek kerana kereta sebuah tu, berpuluh kereta terpaksa tunggu lebih lama lagi untuk lepas. Ini lah namanya pentingkan diri sendiri atau aku suka nak panggil orang mcm ni bah***l, orang yg pk jalan tu dia yg punya, mcm dia sorang yg bayar road tax, mcm duit dia sorang yg laku kat jpj tu. Klu dia tak sengaja, contoh kereta rosak menyebabkan dia berhenti terus, aku rasa sapa2 pun tak marah. Tapi klu sengaja, itu mmg bakal kena sumpah berpuluh2 orang

Haaa, betul tak aku kata, aku bab membebel tentang isu di jalan raya ni mmg tak leh brek punya, redah semua.

Friday, February 22, 2008

Bibik ku Garang Gagah Berani

Hahaha.. nyanyi ikut lagu Kudaku Lari. Adoiii dari satu ke satu, mcm2 kes. So, ni aku nk cerita kenapa bibik aku yg ni lain daripada yang lain.

Bibik aku yg baru ni asalnya dijumpai oleh kawan abg semasa bibik tu sedang tersadai di Pudu akibat dihalau majikan lama. Dengarnya dia kena halau pasal mengadu ke isteri majikan yg majikannya tu dah curi duit bibik tu. Hemm.. itu aku tak kisah sgt pun. Yang penting, mcm mana cara bibik tu bekerja.

Bibik tu waktu aku mula2 nak ajar tentang kerja rumah, dia eksen sikit. Katanya tak perlu ajar, dia dah tau nak buat apa. So, aku pun wat bodoh jer lah. Hasilnya mmg dia bagus dalam membuat kerja rumah. Baju kami satu family mmg terjaga, rapi, bergosok kemas. Makan pun dia yang masak. Tapi weekend aku tak kasi dia masak pasal aku nk masak sendiri. Tak mau lah smpi family tak merasa langsung air tangan aku kan.

Masakan bibik ok sebenarnya tapi PEDAAASSSS!! semuanya nak ditaruk cili. Makan labu masak lemak pun aku boleh menjelir dibuatnya. Yer lah aku ni kan perut gastrik, benda2 pedas ni mmg kalah sikit, pedih perut aku. Tapi abang dah sound, suruh kurangkan pedas, tapi nampaknya perubahan mendadak itu mustahil, kena slow2 nampaknya.

Dan satu yang masih menjadi masalah kepada kami ialah bibik kami tu sangat garang. Biler balik kerja, ada jer budak2 ni mengadu itu ini. Si Ceah kata, Ceah makin lama makin benci dengan bibik. Sahira pun byk gak bawak cerita. Cuma Fiqah jer mcm ngam, yer lah pasal dia ajer yg rajin dan berdisiplin so dia jaranglah kena marah ngan bibik tu. Syahmi mcm biasa, dasar berkecuali. Piah pulak sebagai stakeholder terbesar nampaknya tak ngam dengan bibik tu. Buktinya semenjak ada bibik baru ni, dia dah makin manja dan mengada2 dgn ayahnya, kalau boleh tak nak berenggang. Sikit2 merajuk sikit2 merajuk dan meraung2 panggil ayahnya. Hemm.. penangan dpt bibik garang lah ni.

Aku sebenarnya tak kisah klu dia garang. Aku cuma kisah sgt biler dia asyik merendah2kan keluarga kami dan membanding2 kan dengan majikan lama dan keluarganya di Indonesia. Dia jugak mula suka merubah itu ini di rumah, mcm ini rumah dia sendiri plak. Dan yg aku plg benci biler di belakang dia mngata yg tak enak di dengar tentang aku dan abang, (itu anak2 lah yg bawak cerita, klu derang tipu maksudnya korang yg baca ni pun tertipu jugak)

Positifnya aku suka bibik tu sedikit garang kerana aku tau aku tak garang sedangkan budak2 ni perlu ada yg bertegas dgn mereka. Dan positifnya lgi. Biler bibik tu suka merendah2kan kami, aku jadi lebih bersemangat untuk jadi lebih baik agar bibik tu tak berterusan merendah2kan kami.

Tuesday, February 19, 2008

Suami Dulu Vs Suami Sekarang

Ahaa.. ni tajuk Hot Chat pagi ni. Aku selalu dengar pagi2, kadang2 tu teringin jugak mcm nak kongsi. Tapi rasa segan pulak, yer lah satu Mesia nak dengar ni. Contohnya macam tajuk Cinta Yang Tidak Disangka, hemmm teringin sangat nak share tp maluuuu.

Suami dulu adalah suami yang dominan manakala suami sekarang adalah suami yang boleh melakukan kerja2 isteri di rumah. Hemm, suami dulu mmglah dominan sebabnya isteri derang duduk rumah, so mmg full time leh jaga, nak tatang keperluan suami. Suami skrg lain, isteri bekerja nk tolong ringankan beban kewangan rumahtangga, so mmg patutlah kerja rumah tu tong-tong hehe.

Bagi aku, suami aku adalah suami zaman sekarang yang boleh buat kerja rumah. Aku pelik biler Fara Fauzana tak percaya biler ada pemanggil kata dia tolong isteri dia basuh pinggan. Ishk3, sib baik aku tak call, klu tak tentu Fara menyumpah2 aku penipu. Yer lah, suami aku bukan setakat boleh basuh tolong basuh pinggan, tapi dah boleh jadi suri rumah pun hehehe. Masa kitorang tak der maid, petang2 kami akan sama2 duduk terbongkok2 kat dapur tu masak untuk makan malam. Malah kalau aku lewat atau tak sihat, dia akan masak sorang2. Tak kisahlah apa rupa resepi tu, tapi selalunya bolehlah lepas untuk dimakan. Malam2 pulak kami sama2 duduk menengok dan mengajar anak dgn homework masing2. Biler semua dah tido, kami melipat baju dan iron baju sekolah anak pulak, kadang2 smpi tengah malam. Esok pagi2 plak, aku bangunkan sediakan air utk breakfast, abang pulak sidai baju. Kadang2 abg pun leh masak breakfast apa.. Biler salah seorang tak sihat atau tak ada di rumah kerana kerja atau outstation, lagi sorang akan buat semua kerja sendiri, tapi tak perlah, masing2 ada turn dan tak kisah pun.

So, sapa kata suami yg macam tu tak wujud dalam dunia. Abah bagi aku nak kata Suami Dulu tak lah jugak, nak kata Suami Sekarang pun tak jugak. Walaupun mak aku garang tapi tak pulak aku tengok smpi abah kena buat laundry atau masak.

Bagi aku, kalau lah kedudukan kewangan mengizinkan, aku lebih rela suami aku menjadi Suami Dulu. Kalau nk tolong sikit2 tu bolehlah. Biarlah aku buat semua, pasal memang tanggungjawab aku. Sekarang ni pun aku ada jugak rasa mcm kecik hati pasal rumah, makan minum, pakaian keluarga diuruskan oleh maid, aku mula rasa seolah2 aku dah tak der fungsi plak kat rumah. Seolah2 rumah tu diuruskan oleh orang lain, dikuasai oleh orang lain. Entahlah, dgn maid2 lama aku tak rasa plak mcm ni, yg baru ni jer plak tiba2 aku rasa mcm tu.

Wednesday, February 13, 2008

Sirih Pulang Ke Gagang

Chech, nama tajuk aku ni macam program Lambaian jer.. hehehe. Sebenarnya jap agi aku akan bertolak ke Johor, ada program Outreach. Program ni khas bersama budak2 sekolah, kiranya nak promote pengajian tinggi kat Mesia ni lah. Dan yang pulang ke gagangnya tu adalah kerana tempat program tu adalah Sekolah Menengah Tun Habab, sekolah aku masa form 1 smpi form 3 dulu.

Mula2 ingatkan program tu akan kensel sebabnya parlimen kan dah bubar tengahari tadi. Program tu adalah program Dato' Supar kat kawasan Parlimen dia, terpk gak, masih valid ker. Tapi memandangkan semua dah confirm n standby, program tetap on, takkan nak kensel, malulah kementerian kan.

Kiranya ni first time lepas kawin, aku tinggalkan abang, tapi abang tinggalkan aku sorang dh banyak kali pun. Harapnya semua ok kat rumah. Ada bibik baru ni, senang sikit. Tapi aku tak tau sejauh mana ke'ok'an dia tu. Baru dua hari kerja, anak2 dah bawak macam2 cerita. Tapi yang tak ok tu cuma mulut dia jer. Nanti lah lepas balik dari Johor, aku update tentang bibik baru ni.

So, sekarang tengah tunggu driver, tak balik2 dari hantar bos gi meeting.. patutnya dah gerak dah.. Eh, bos dh balik. Choww.. Abang, jaga diri baik2 tau, rindukan sayang eh.

Tuesday, February 12, 2008

Blog Untuk Abang

Akhirnya aku berjaya mencipta satu blog untuk abang. Linknya aku dah letak pun di blog ini. Salah satu syllabus pengajaran IT ku buat abang. Sebelum ni dia berjinak2 dgn dunia chatting (tp dengan aku sorang jer hehehe, yer ker?) sekarang aku heret dia ke dunia blogging plak. So far, satu posting dah berjaya dibuat. Oklah tu.

Untuk permulaan ni, semua konsep aku yg pilih, so agak keperempuanan sikit.. prototaiplah katakan. Lepas ni aku akan update mengikut kehendak pemilik blog plak. Nantikan...

Monday, February 11, 2008

Empat Sahaja

4 movies I'd watch over and over
* Mujhse Dosti Karoge (romantik gilerzzzz, pelakon best, cerita best, lagu best, view pun lawa, huhu teringat masa gi london)
* Eiffel I'm In Love - Extended Version (Shandy Aulia n Samuel Rizal, romantik n kelakar sangat, sempoii, yg paling penting music semua by Melly, i like!)
* Needing You (citer hongkong ada andy lau dan alahai sapa model SKII tu eeee haaa Sammy)
* Tentang Bulan (eeee comel giler filem ni, tak jemu seyyh)

4 places I've lived, apart from where I live now (tak masuk sekolah kan?)
* Rumah mak abah di Kota Tinggi (rumahku syurgaku.. )
* Pasir Gudang (Tumpang umah kak su di tg puteri, sewa flat tmn rinting sorang2, sewa bilik kat bt dahlia, sewa umah teres kat tmn mawar dgn ajai)
* IN**N?? (eeeeee,, tak nak dah)
* Bandar Baru Bangi (mula2 tumpang jer, skrg dah jadi sebahagian daripada ahlinya, Alhamdulillah)

4 TV shows I love
* Dunia Baru (lawaknyaaaa... rugi kalau miss)
* The Apprentice (membuka minda)
* Buletin Utama (muahahahaha..)
* Drama Korea n Jepun (tp itu dulu, skrg dh tak dan tengok)

4 places I've been on holiday
* Kuching (honeymoon yg pertama)
* Langkawi
* Pantai Timur
* Bukit2 peranginan
(kalau lah masa gi london tu adalah untuk holiday, bestnyaaa. Malangnya cuma urusan kerja huhu)

4 favorite food
* Nasi Goreng Padprik (makanan waktu tengah loaded)
* Roti Canai (makanan asasi waktu muflis di uni dahulu)
* Berger Taman Mawar (rindunyaaa.. nyum nyum)
* Kuih abuk2

4 places I'd rather be right now
* Bedroom (with the new furniture, tp lum kemas lagi hik3)
* Cameron Highland (sambil melihat pemandangan gunung ganang dlm cuaca yg sejuuukk. smbil peluk husband hehehe)
* Dalam keta Atoz sambil jalan2 pusing2 buang masa dengan husaband)
* Toilet (NOW ajer, psl opis ni sejuk sangat laah)

4 books I enjoy re-reading
* Al-Qu'ran (wajib tuuhh)
* Surat khabar (itu kategori buku ker)
* Novel2 cinta (jiwang karat beb)
* GO ?? (mcm tak caya jer muahahaha !!)

4 CDs that never leave my rotation
Hehe, buat masa ni ada satu jer cd dalam keta yg aku ada, iaitu CD terbaru Melly Goeslow

Wednesday, February 06, 2008

Ku Lihat Hijau

Perghh hijau gilerzzz. Nak buat mcm mana, dlm banyak2 islamic blogger skin yg aku jumpa, yg ni lah yg aku rasa paling sesuai, reka letak yg balance, terang dan yang penting, free html codes are provided. Ada tu lawa2 jugak tapi bukan untuk didownload. So dapat tengok gitu jer lah. Tak dapat nak copy :(

Hari ni aku macam lega sikit, salah satu sebabnya ialah pasal bos tak ada kot. Hari rabu mcm biasa lah, meeting pagi petang. Dalam folder Dalam Tindakan aku tu memang ada beberapa benda lagi, cumanya semua tu menunggu feedback n maklumat dari orang. Dah mintak, so kena tunggu ler dapat semua baru leh wat kerja2 menyelaras huhu.

Maybe masa yg ada ni aku nk pakai sikit untuk update blog. Update link2 kawan2, dan satu lagi kerja tak settle adalah mengcopy semua entry lama blog versi diaryland aku ke blogger. Entry versi friendster blog dah settle, dah delete pun blog lama tu. Cuma diaryland tu jer yg agak payah pasal banyaaaaakkk wooo nk copy satu2.

oh ya, bibik yg dijanjikan tu nampaknya mcm susah lak nk dapat. Sebabnya bibik tu punya permit, majikan lama dia yg pegang. Kami plak tak dapat buatkan sendiri permit dia pasal umur dia dah lebih 55 sedangkan permit pembantu rumah syaratnya bawah umur 55. Poning, poning. yeye'e jer semalam kami pk bibik tu nk dtg dah. Aku siap paksa budak2 ni melipat kain baju n mengemas rumah. Konon nak bagi bibik tu selesa, tak ler takut tengok umah kami bersepah. Semuanya begitu supportive, tapi tup2 bibik tak jadi datang, mengaruk gak budak2 ni hehehe.

Apa2 pun, esok pagi kami akan balik johor. Lori yg abang sewa dari dbkl insya Allah dapat. Kami balik ni nak angkut perabot bilik tidur di johor ke bangi dan yang bangi punya kami nk hantar balik johor. Yer lah smpai biler nk guna perabut orang. Nak ler rasa mcm ada bilik sendiri. Pasni, lehlah pk2 mcm mana nak hias bilik, aksesori apa, cat kaler apa.. bestnyaaaaa..

Tuesday, February 05, 2008

Piah is not around

Dah masuk 2 minggu piah tak ada kat rumah. Mula2 tu terasa jugak sunyinyer. Piah terpaksa kami hantar ke kampung N9 kerana buat masa sekarang kami belum ada pembantu rumah. Kalau nak cuti jer, susahlah pulak. Kami sama2 nak jaga periuk nasi n prestasi sendiri kan.

So, anak2 yang lain terpaksa berdikari sendiri. Baju dan makan kami dah siapkan awal2 sebelum pergi kerja. Insya Allah, petang ni akan ada pembantu rumah baru. Kami berharap sangat agar yang ini dapat bertahan lama. Dia ni orang indonesia yang dah ada kad pengenalan merah. So, tak lah kami bermasalah dengan pihak berkuasa nanti. Abang yang carikan, dapat dari kontraktor2 yang buat kerja2 pembersihan taman di KL.

Insya Allah khamis pagi kami akan berangkat balik ke Johor sempena cuti 4 hari. Sebelum tu, singgah N9 amik piah dulu. Weekend lepas kami balik juga ke N9, menengok piah. Rambutnya dah dipotong pendek sangat, menyebabkan kami rasa seolah2 itu adalah orang lain , bukan safiah si comel kami. Kalau sebelum ni, dia tak membantah biler diminta tinggal di kampung, kali ni dia berkeras nak ikut kami balik KL. Malam tadi, dia call dari kampung, tapi aku cuma sempat bercakap dengannya sebentar kerana dia mula menangis minta kami balik kampung bersamanya masa tu jugak.

Pagi ni, sewaktu memeriksa emel, aku terdorong untuk membuka satu folder emel khas yng aku simpan khas untuk menyimpan emel-emel daripada abang. Hemm.. dulu sblum kawin, kami kan terbatas sikit, so banyaknyer komunikasi melalui sms dan emel sahaja. Seronok baca emel-emel lama, seolah2 menyuburkan semula rasa kasih sayang. hehehe.. 18hb ni akan genap 1/2 tahun aku menjadi isteri abang, cepat sungguh masa berlalu, tak perasan pun.

Aku sentiasa rasa selesa bila bersama abang, memegang tangannya sahaja sudah cukup menenangkan dan membuat aku rasa dilindungi dan disayangi. Dia terlalu baik dan kadangkala aku rasa aku ni terlalu jahat untuk dia. Dia adalah suami yang sentiasa mengambil berat, sabar, lembut dan tidak pernah keberatan melakukan kerja rumah yg sepatutnya aku lakukan. Beberapa hari ni aku tak sihat, minggu lepas dapat MC, Acute Pharingitis kata doktor. Kesian juga aku dengan abang, dia membantu basuh pinggan, masak, sidai kawin, lipat kain, gosok baju sekolah anak2. Aku memang tak larat. Hemm.. semalam waktu abang sibuk nak lipat kain, aku plak sibuk datang menyelit baring di ribanya, besssttnya, lagilah biler abang dengan lembut membelai2 rambut dan badan aku yg tengah sakit2 ni. Sementara menunggunya menyudahkan kerja, aku tidur di sofa walaupun abg dah suruh aku naik tidur dulu. Tak sedar pukul berapa aku naik tidur, tp aku sedar abang paksa kerana mungkin kesian aku yg kesejukan di bawah. Pagi tadi, dalam waktu yg suntuk, abang berusaha masak mi goreng untuk sarapan. kalau ikut aku, tak payahlah pasal masa suntuk. Aku ni benci buat kerja tergesa2 addhoc ni, mulalah aku bising. Tapi abang sabar jer dengar aku membebel2. Orang tu dah ler terkial2 nak belajar masak, aku plak berleter pagi2. Kesian abang :( nyesal lak aku buat mcm tu.

Sekarang ni, aku rasa rindu sangat pada abang,


Wednesday, January 09, 2008

Grand Livina


Nissan Grand Livina. Setakat ini, ia adalah kereta idaman kami sekelurga. Ahad lepas, balik dari jogging dan pasar, kami singgah di Tan Chong Motors Bangi dan sempatlah kami sekeluarga memandu uji kereta baru ni. Dengar kata, laris sungguh tempahan untuk Livina ni. Satu penyebabnya yang turut menyebabkan abang teruja adalah CC yang rendah, 1.6 sahaja walaupun saiznya macam MPV. Kalau MPV lain, kebanyakannya CC 2.0 ke atas. So, dengan keadaan harga minyak yang tinggi ni, memiliki Livina tentu lebih menjimatkan.

Sila lawati laman web http://www.grandlivina.com.my website dia cantik tau, unik. Konsep yang sama dengan website Dunia Baru The Movie, konsep perjalanan bak kata Jaja (dulu aku tafsir konsep tu sebagai konsep jalanraya heheh) Promosi bukan main hebat lagi di radio, di website2, di TV.. hemm IKLAN TV dia besstt and cute gilerrr.