Friday, February 11, 2011

Hanah nak jadi kakak..



Setelah lama berkurun tak update blog. Konon tak der masa, tapi leh plak update fb dan gi membusybody baca blog hiburan. Tak der menda menarik nak diceritakan sebab semuanya berjalan macam biasa je pun. Eleh, kalau aku update pun tentu orang muak sebab aku akan tulis pasal Hanah, Hanah dan Hanah sahaja.. Macam dia sorang jer ada anak.

Tapi kali ni nak jugaklah update, sebab ada perkembangan baru yang sebenarnya dah tak berapa baru pun sebab dah tau lama, tapi mengada2 baru nak taruk dalam entry sekarang. Dan semuanya jelas boleh tau dari gambo di atas, so tak yah lah aku citer lebih lanjut, paham2 sendiri le.

Macam tak excited?? Hahaha.. u can see it from my face, from my writings pun. Jahat lah aku ni sebenarnya sebab macam tak bersyukur jer (nak kena tunjal2 paler dia ni baru tau). I am adjusting sebenarnya, sebab this time, feel dia lain sebab..

a) Mentally tak ready nak ada anak lagi dlm waktu terdekat, husband kata jiwa aku tak bersedia. Memang tak expect langsung.

b) Hanah baru masuk 2 tahun, kesian sgt kat dia. Rasanya belum puas manjakan dia. Kadang2 mommy dia plak rasa sedih, seolah2 mcm lah bila dpt anak lain ni, aku akan kehilangan kasih sayang Hanah. Padahal she will alwiz be there, cuma ada tambahan org baru, so apa masalah aku sebenarnya ni... kompius kompius.

c) My parents sendiri tak support aku peknen sekarang. Alasan yang sama, Hanah kecik lagi.

d) Hanah baru nak besar sikit, aku baru jer rasa nak rilek sikit sebab dia dah tak susah nak handle sebab dah pandai berdikari sendiri. Nampaknya, kejap jer rilek tu, lg 7 bulan, ulang balik segala yg tak rilek tu.

e) Oh hecticnya dunia aku. Rasanya kalau dalam keluarga aku cuma ada Hanah, mungkin aku tak rasa uncomfortable sgt biler dpt org baru. Masalahnya ada 6 orang anak yg masing2 punya kerenah berlainan yg buat aku pening paler.. sekarang nak tambah jadi 7, rasa macam mau masuk spital sakit jiwa dibuatnya.

f) Emotionally, mentally aku mmg tak bersedia sebab aku ni ada byk masalah jiwa yang masih tak selesai. So biler peknen, makin kacau pulak aku dibuatnya.

g) Physically sangat2 tak bersedia jugak. Yer lah dah ada byk masalah jiwa, physical pun tentulah effect, selalu sakit itu ini. Itu tak selesai, dah peknen plak.. Ditambah pulak simptom2 kehamilan kali ni amatlah teruk, badan aku flat giler.

Jahat kan, aku dok pk menda negatif jer. Astaghfirullah.. tak tau lah macam mana. At this time aku rasa macam nak lari dari kehidupan yang sekarang, pergi ke satu tempat lain dan jalani hidup dgn lebih tenang buat sementara, sementara aku mengadjust mental dan fizikal aku ni.