Sunday, January 28, 2007

Sibuk

Bak kata ******* Jika Tidak Mampu Berlari, Sila Berundur. Pergh, sakit dibuatnya. Itu kehendak tugas. Itu yang jadinya weekn pun kena kerja, kerja plak dalam keadaan yang tergesa-gesa dalam keadaaan yang stress. Itu yang berlaku pada weekn lepas. Tiba2 ada tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang hujung minggu. Walaupun dibuat di pusat peranginan, tapi serupa jer mcm duduk opis. Malahan hectic nyer mengalahkan hectic di ofis, dari pukul 8 sampai 12 malam!! Hanya berehenti rehat pulang ke bilik pada tghari sejam, maghrib sejam. Penatnya tu Allah jer lah yang tau. Habis segala plan hujung minggu. Lokasi punya bagus, tepi laut, hari2 nampak laut.. tapi percaya atau tidak, laut tu atau pantai tu umpama dekat dimata jauh di kaki. Sampai ke akhir nya pun tak pijak pantai, tak der masa langsung.
Penat weekdays pun tak abis, bersambung dengan weekn. Itu yang jadinya Kak Long pun jadi over sensitif biler dpt tau pakcik bawa adik2 dan nenek ke Pertunjukan Jet Ski dan Bunga Api di Tititwangsa pada malam ahad lepas. Mulalah kecik hati, siap menangis tuh.. Sepanjang minggu Kak Long berkorban masa dan tenaga utk tugas dan keluarga, tiba2 hujung minggu ahli keluarga yang lain berseronok tanpa Kak Long yang tengah pecah paler dengan tugas. Haa.. tension nyeer. Kenapa aku jadi sensitif sangat ni?
Tapi pakcik memang bijak main peranan. Dia faham apa yang Kak Long rasa. Of coz lah bcoz i told him, lgpun sekarang Kak Long dah semakin selesa berterus terang tentang apa2 hal. Sekembalinya ke rumah petang semalam, ada surprise yang menanti yang sungguh tak disangka membuatkan Kak Long rasa serbasalah dan terharu sangat-sangat. Itu satu. Malam tadi pulak tanpa disangka, pakcik bawa kami sekali lagi ke pesta tersebut walaupun Kak Long dah kata yang Kak Long dah tak jeles lagi. Huhu.. seronok sangat pergi pertunjukan tu. Giler best pertunjukan bunga api dia, lama plak tu.. Kami duduk bersila sekeluarga di tepi tasik sampai sakit2 tengkuk mendongak menengok bunga2 api yang dilepaskan. Yang kelakarnya adik punya takut sampai tutup2 muka, peliklah adik ni. Dan antara yang paling best adalah, kami tak perlu bersusah payah parking jauh2 dan berjalan kaki. Memandangkan pak cik adalah orang kuat DBKL kat Jabatan Seni Taman, dari pejabat maintenance Tasik Tititwangsa tu kami dapat naik kenderaan khas (yg macam kat padang golf tu) untuk berjalan sekitar tasik. Seronok betul adik2. Saiha siap kata dgn Kak Long, seronokkan kita ada ayah macam ni.
Saiha sempat tanya Kak Long, ayah tu tak penat ke? Serba salah dan hiba hati Kak Long biler Saiha tanya macam tu. Kak Long cuma dapat jawab yang ayah tu nak korang semua happy, so korang kenalah terima kasih kat ayah.. jangan buat ayah sedih2, ikut cakap dia. Truely, Kak Long sendiri rasa terharu sangat dengan apa yang pakcik buat smlm. Kesian pun ada, serba salah pun ada. He was like trying very hard to balas budi sedangkan apa yang Kak Long buat utk derang sekeluaraga tu tak seberapa pun.
Minggu depan, 4 hari Kak Long akan outstation lagi, buat budget 2008/2009. Belum lagi inform pada Pak Cik. Alahaii tak sampai hati nk inform, kesian.. *sigh*

Wednesday, January 24, 2007

Takdir

Seperti Yang Kau Ingini


Bukan dengan barang fana,

Kau membayar dosaku,

Dengan darah yang mahal,

Tiada noda dan cela,


Bukan dengan emas perak,

Kau menebus diriku,

Oleh segenap kasih,

Dan pengorbanan-Mu,


Ku telah mati dan tinggalkan,

Cara hidupku yang lama,

Semuanya sia-sia dan tak bererti lagi,

Hidup ini ku letakkan,

Pada mezbahMu ya Tuhan,

Jadilah padaku seperti yang Kau ingini.


Sekerat hari lagu ini sahaja yang aku pasang. Sedih sangat lagunyaaa.. OST dari Sinetron Buku Harian Nayla yang pernah aku ceritakan dalam entri sebelum2 ini. Tentang seorang gadis pintar, cantik dan baik yang menghidapi penyakit saraf yang tak bisa diubati. Dalam sinetron tersebut, dikisahkan perjuangan beliau hinggalah ke nafas yang terakhir. Dengan lakonan yang mantap dan lagu latar yang cukup menyentuh hati, memang lah membuatkan air mata mengalir walaupun tidak mengikuti keseluruhan episod. Lama juga aku mencari lagu ni, tapi akhirnya ketemu juga MP3 nye.

Thursday, January 18, 2007

Kenal

Being close to them help me to know them better. Sebelum ni, aku cuma rapat dgn Acik.. aku jarang nak ambil kisah tentang anak2 dia, suami dia. Yer lah keluarga orang, malas nk masuk campur lebih2. Acik pun masa tu memang tak berapa nak involve kan aku dlm urusan2 keluarga kerana tak nak mengekang kebebasan aku lebih2 lagi dia tau yg pe'el aku mmg lone ranger sikit, suka wat hal sdiri dan sorang2.
Tapi bukan lagi sekarang. Slowly i learn. Secara sedikit demi sedikit aku mula memahami diri setiap mereka.
Sahira - Kakak sulung 12 tahun yang bijak, bertanggungjawab tapi terlalu berkira. Hehe kelakar kadang2, tolong buat air untuk adik pun kena bayar upah? Paling suka dengan warna pink dan masakan dengan lada hitam. Kalau mandi, Perghh.. sempat masak nasi 2,3 round. Pagi2 pergi sekolah, dia lah yang selalunya paling lambat bersiap. Kat sekolah aktif.. pustakawan, masuk sukan itu ini, masuk pertandingan itu ini.
Syafiqah - Kakak kedua 10 tahun. Sangat patuh dan sangat rajin. Sangat menghargai orang, memahami dan selalu memikirkan orang lain. Tapi biler bergaduh, suara dia lah yang paling berdentum sekali. Mendengar nasihat orang dan yang paling islamic di kalangan adik beradik, macam arwah mak dia. Tak minum air bergas. Suka nasyid mcm kak long dia ni. Yang paling rapat dgn kak long, sekarang dia dah tak tido dgn ayah, tapi tido dgn kak long. Agaknya mungkin sebab kitorang share bintang yang sama, pisces.. dia 4/3, kak long 6/3. Tp dia agak slow dlm pelajaran.
Saiha - 9 tahun. Paling kurus, nak kasi makan punya payah.. kena paksa, kena hadap baru jalan. Lembik sikit dan manja. Kejap2 kang sakit perutlah, sakit kepala lah, kepala gatal2 lah. Nak bermanja lah tu. Dan, yang paling banyak soalan2 cepu emas.. sampai berpinar kak long nyer nak menjawab. Tersangat lembut hatinya, mudah sangat tersentuh. 2 hari berturut2 kena marah dgn kak long masa buat kerja sekolah. Malam pertama dia meraung panggil mak, adoiii, payah nak pujuk. Malam kedua kena marah lagi, kak long dah tak kuasa nak pujuk dan dia tertido sdiri masa buat kerja sekolah.. kesian.
Syahmi - 8 tahun. The only hero in the family. Memang pun dia lain dari yang lain. Muka selamba, hati keras. Apa orang lain buat dia tak kisah.. dia buat hal dia jer. Orang lain keluar pergi shopping pun dia tak nak ikut, lagi suka bermain dgn jiran sebelah atau duduk rumah tgk tv. Tapi biler dah meradang tu mmg payah.. mcm pagi tadi, habis semua orang lambat pergi sekolah pasal dia mengaruk tak jumpa pencil color yang rupa2nya dah ada dalam beg sekolah.
Safiah - Hampir 2 tahun. Anak ayah yang paling manja. Sikit2 ayah, sikit2 ayah. Tak mau dengan orang lain, nak dengan ayah jugak. Sampai kan atuk pun dah fedup. Walaupun masih kecik, tapi sangat bijak, sangat keletah. Dah boleh mengira 1 sampai sepuluh, selalunya dia mengira masa turut naik tangga. Pandai bercakap dan tak pelat pulak tu. Antara ayat yang selalu ditanya adalah, ayah mana? along mana? abang mana? akak mana? e'ah mana? Habis semua orang ditanya, Lagi satu, dia suka menunjuk semua benda dan bertanya 'ni apa?' 'ni apa?'. Dia ada kain busuk, iaitu kain napkin dia dari kecik. Itu lah yang diheret ke sana ke mari, dicium2 selalu especially masa nak tido. Paling payah nak tido malam.. sian ayah dia nk melayan.
Pakcik - 38 tahun. Penolong Pegawai Pertanian. Serius baru lah skrg aku tau dia kerja apa! Hehehe selama ni aku tak pernah tau langsung, betapa teruk punya anak sedara. Islamic, tapi sempoi gilerr. Protective especially semenjak sekapal dgn Pak Lah ni. Selamba dan tak begitu berkira .. makan pun senang, apa yang ada dia belasah, tak cerewet punya. Suka bergurau tapi anak2nya kata ayah tu boleh tahan garangnya. Biasaklah garang orang lelaki.
Siapa pun mereka, aku doakan semoga mereka semua dapat hidup bahagia anak beranak walaupun selepas kehilangan Acik. Semoga mereka dapat hidup bahagia walaupun ketika aku dah keluar dari rumah itu nanti. Walaupun aku dah berjanji, tapi satu hari nanti aku tetap akan keluar.. dan saat itu aku akan melangkah keluar dengan hati yang tenang dan mereka semua merelakan dengan ikhlas.

Tuesday, January 16, 2007

Konflik

Aku tak tau sama ada apa yang berlaku ini adalah konflik. Konflik itu mungkin dalam jiwa aku sendiri tapi secara zahirnya ia adalah sesuatu yang telah aku redhai.
Kalau lah Acik tau yang aku merasakan pemergiannya meninggalkan konflik pada diri aku, tentu dia sedih. Aku sendiri sepatutnya tidak patut berfikir sedemikian kerana itu semua adalah takdir. Allah lebih menyayangi Acik. Argh.. aku cakap memang pandai. Ketika Pak Cik mengutarakan masalah yang sama, aku sendiri yang beria2 menasihatkan dia supaya jangan anggap situasi sekarang sbg kemelut tapi takdir yang insya Allah ada hikmahnya. Adakah aku sekadar menyedapkan hati orang lain sedangkan apa yang pakcik rasakan itu sebenarnya turut aku rasai??
Walau pun aku berusaha sebaik mungkin menjalani hidup baru ini dengan kekuatan azam dan semangat, kadang2 ada saat2 yang aku akan termenung memikirkan nasib. Hidup aku dah tak sama macam dulu. Aku kini bukan hanya hidup untuk diri sendiri, tapi ke mana2 sahaja aku pergi.. ada jiwa2 yang perlu aku jaga, perlu aku ambil kira. Kadang2 aku seolah2 merindui hidup aku yang lama dan mustahil aku tidak pernah memikirkan ke mana tujunya kehidupan aku sekarang. Aku seolah2 sedang dalam pelayaran yang aku tidak tau di mana pelabuhan destinasinya.. hanya mengikut angin membawa.
Mungkin perasaan itu datang kerana perubahan yang berlaku muncul secara mendadak, tanpa diduga dan aku tidak pernah bersedia untuk itu. Satu hari nanti, aku tau saat itu akan datang, tapi tak pernah terlintas ia akan hadir dengan cara begini.
Aku hanya berdoa agar dengan berbekal secebis semangat dan sokongan insan-insan di sekeliling, aku dapat bertahan. Aku bukan seorang pengecut yang lari dari masalah. Aku tak sampai hati untuk meninggalkan dan menghampakan insan lain yang menaruh harapan tinggi. Manakan dapat aku lupakan kata2 atuk yang menyatakan PakCik kelihatan hiba apabila mendapat tahu aku sedang mencari rumah lain untuk disewa. Takkan aku lupa wajah adik2 yang sentiasa penuh harapan agar Kak Long takkan meninggalkan mereka. Manakan dapat aku lupa kalau adik2 setiap hari akan merayu agar Kak Long jangan kahwin kerana Kak Long kena terus tinggal untuk jaga mereka. Kalau adik2 dapat begitu tabah meneruskan hidup tanpa kehadiran Umi mereka, kenapa tidak aku?
Aku redha kalau memang ini yang ditentukan Allah untuk aku. Aku sayangkan adik2, aku tak mau adik2 merasakan kekurangan dalam hidup mereka. Aku telah berjanji dengan adik2, aku takkan tinggalkan mereka. Aku dah janji dengan PakCik yang aku akan terus tinggal di situ sampai bila2 kecuali kalau PakCik sendiri yang halau aku. Aku risau.. aku risau jika janji itu nanti akan terpaksa aku mungkiri.
Bak kata usu, Kak Long jagalah adik2 baik2.. Hanya Allah akan membalas pengorbanan itu suatu hari nanti. Pengorbanan kah ini? Mampu kah? Setiap kali melihat dan membayangkan senyuman adik2.. aku jadi sayu. Aku yakin Allah tidak akan membebankan aku dengan sesuatu yang tidak berpadanan dengan keupayaan aku. Aku yakin ada hikmah besar di sebalik semua ini. Ini semua mendidik aku menjadi seorang insan yang lebih matang. Insya Allah.
Menitis air mata ketika menyudahi baris2 terakhir entry ini. Mungkin aku dah nak period… emosi mudah tersentuh.

Konflik

Aku tak tau sama ada apa yang berlaku ini adalah konflik. Konflik itu mungkin dalam jiwa aku sendiri tapi secara zahirnya ia adalah sesuatu yang telah aku redhai.
Kalau lah Acik tau yang aku merasakan pemergiannya meninggalkan konflik pada diri aku, tentu dia sedih. Aku sendiri sepatutnya tidak patut berfikir sedemikian kerana itu semua adalah takdir. Allah lebih menyayangi Acik. Argh.. aku cakap memang pandai. Ketika Pak Cik mengutarakan masalah yang sama, aku sendiri yang beria2 menasihatkan dia supaya jangan anggap situasi sekarang sbg kemelut tapi takdir yang insya Allah ada hikmahnya. Adakah aku sekadar menyedapkan hati orang lain sedangkan apa yang pakcik rasakan itu sebenarnya turut aku rasai??
Walau pun aku berusaha sebaik mungkin menjalani hidup baru ini dengan kekuatan azam dan semangat, kadang2 ada saat2 yang aku akan termenung memikirkan nasib. Hidup aku dah tak sama macam dulu. Aku kini bukan hanya hidup untuk diri sendiri, tapi ke mana2 sahaja aku pergi.. ada jiwa2 yang perlu aku jaga, perlu aku ambil kira. Kadang2 aku seolah2 merindui hidup aku yang lama dan mustahil aku tidak pernah memikirkan ke mana tujunya kehidupan aku sekarang. Aku seolah2 sedang dalam pelayaran yang aku tidak tau di mana pelabuhan destinasinya.. hanya mengikut angin membawa.
Mungkin perasaan itu datang kerana perubahan yang berlaku muncul secara mendadak, tanpa diduga dan aku tidak pernah bersedia untuk itu. Satu hari nanti, aku tau saat itu akan datang, tapi tak pernah terlintas ia akan hadir dengan cara begini.
Aku hanya berdoa agar dengan berbekal secebis semangat dan sokongan insan-insan di sekeliling, aku dapat bertahan. Aku bukan seorang pengecut yang lari dari masalah. Aku tak sampai hati untuk meninggalkan dan menghampakan insan lain yang menaruh harapan tinggi. Manakan dapat aku lupakan kata2 atuk yang menyatakan PakCik kelihatan hiba apabila mendapat tahu aku sedang mencari rumah lain untuk disewa. Takkan aku lupa wajah adik2 yang sentiasa penuh harapan agar Kak Long takkan meninggalkan mereka. Manakan dapat aku lupa kalau adik2 setiap hari akan merayu agar Kak Long jangan kahwin kerana Kak Long kena terus tinggal untuk jaga mereka. Kalau adik2 dapat begitu tabah meneruskan hidup tanpa kehadiran Umi mereka, kenapa tidak aku?
Aku redha kalau memang ini yang ditentukan Allah untuk aku. Aku sayangkan adik2, aku tak mau adik2 merasakan kekurangan dalam hidup mereka. Aku telah berjanji dengan adik2, aku takkan tinggalkan mereka. Aku dah janji dengan PakCik yang aku akan terus tinggal di situ sampai bila2 kecuali kalau PakCik sendiri yang halau aku. Aku risau.. aku risau jika janji itu nanti akan terpaksa aku mungkiri.
Bak kata usu, Kak Long jagalah adik2 baik2.. Hanya Allah akan membalas pengorbanan itu suatu hari nanti. Pengorbanan kah ini? Mampu kah? Setiap kali melihat dan membayangkan senyuman adik2.. aku jadi sayu. Aku yakin Allah tidak akan membebankan aku dengan sesuatu yang tidak berpadanan dengan keupayaan aku. Aku yakin ada hikmah besar di sebalik semua ini. Ini semua mendidik aku menjadi seorang insan yang lebih matang. Insya Allah.
Menitis air mata ketika menyudahi baris2 terakhir entry ini. Mungkin aku dah nak period… emosi mudah tersentuh.

Monday, January 15, 2007

Khayra

Pertama sekali, nak ucapkan tahniah kepada Jaja dan Azam atas kehadiran seorang lagi puteri comel dalam keluarga bahagia mereka, Khayra Qaszryna. Huhu.. sampai sekarang aku masih degil dan tak puas hati dengan nama yang mengaturkan 5 konsonan secara berturutan. Cari lah dalam dunia ni, dalam mana2 kamus sekali pun, tak pernah ada nama cam tu.. hehehe..
Kalau ikut perkiraan, patutnya baby dilahirkan dalam bulan Februari nanti tapi atas masalah2 kesihatan mak baby, kenalah kuar awal sikit yer baby.. Mak baby dimasukkan ke hospital pada hari Khamis lepas dan warded & under observation kerana BP yang tinggi dan kandungan albumin yang tak berapa baik. (ishk betul ker fakta aku ni haaa). So, malam tu jugak mak baby kena operate untuk melahirkan baby Khayra. Makanya lahirlah baby comel tak cukup bulan pada pukul 12.30 pagi Jumaat di Hospital Putrajaya yang dengar kata mempunyai peralatan yang canggih berbanding hospital swasta bak kata mak baby hehe.
Namun, mak baby kena tahan kerana BP yang tak turun2. Baby sangat kecik dan perlu diletakkan dalam rawatan rapi di NICU kerana low blood sugar. Cian baby. Sebaik sahaja dapat tahu yang mak baby dah buleh dilawat pada hari Sabtu, petang tu jugak aku pun datang. Yang jahatnya tu, main redah jer padahal ada tetamu kat umah.. tak senonoh betul rasanya. Tapi lantak lah, ramai orang kat umah, sedia air, kuih muih dan apa lagi.. ca alip but !!!
Stay di hospital sampai kul 7 lebih. Huii 1st time sampai spital putrajaya. Cian mak baby kena layan tetamu datang yang amat jahil tentang dunia2 perubatan ni.. huhu jenuh nak menerangkan ek. Tapi best lah, banyak ilmu aku tau antaranya yang aku tak leh lupa adalah orang yang bersalin ceasar cuma leh 3 kali jer. Masuk kali kedua ceasar dah tak leh bersalin normal. Lepas bersalin ketiga, dah kena ikat. Hemm naper cam tu, bak kata mak baby, masa tu organ semua dah pecah2 pasal masal operate tu habis semua organ kena selak. Betul tak mak baby? Tapi sedihlah masa tu coz tak dapat nak tengok baby pasal baby dah kena masuk NICU. Hemmm.. tapi aku smpt merasa makanan spital.. eee tak sedap.. Haha org lain yg sakit, org lain plak menyibuk.
Tapi tidak mengapa, berita gembiranya, semalam mak baby dan baby kedua2nya dah discharge. MIntak maaplah, petang smlm jugak mak baby ngan baby kena serbu hehe. Eeee 1st time jumpa baby khayra, comey sangaaaattt.. Kecik sangaaat sampai tak berani auntie ni nak mengangkatnya. Emmm sayangnya semalam tak bawak kamera. Tak per, next time okayyy.. Tak sabo nak tunggu baby besor sikit, leh lah diangkat tanpa ragu2. Serius semalam sebenarnya nak pegang lebih2 pun takut sebenarnya, yer lah baby kecik sangat, takut badannya tak tahan lagi dgn psekitaran, kang entah2 aku terbawa apa2 kuman ker, nayer2.
Biler lagi nak nengok baby ek? Insya Allah waktu terdekat

Wednesday, January 10, 2007

Perubahan

Kalau nak ceritakan kesedihan kak long, pasti takkan ada satu pun ruang di rumah yang tidak mengingatkan kak long pada acik, tak ada satu saat yang kak long terlepas daripada terkenang segala kenangan bersama acik. Tapi kak long tak boleh tunjukkan kesedihan itu, kak long tak boleh biarkan adik2 turut terbawa2 dengan kemurungan kak long.
Perasaan kak long, jiwa kak long seolah2 dah kosong, sepi, penuh dengan garis-garis kesuraman. Siapa tak sedih, aciklah yang menjadi tempat kak long bergantung sepanjang dirantau orang, ketika keluarga lain tak ada di sisi menemani kak long. Acik yang menyediakan tempat teduh, tempat kak long mengadu nasib, tempat kak long mengisi kesunyian hidup dalam suasana mesra keluarga, yang sentiasa dengan berlapang dada membantu dan menyokong kak long. Tapi sekarang... semuanya dah tak ada.. pemergian acik seolah2 turut sama membawa semua semangat kak long, semuanya nampak suram dan kosong... *sigh*
Dalam ketika hati dan jiwa yang masih menangisi nasib, kak long perlu meneruskan perjuangan hidup. Jiwa kak long yang keliru sekarang seolah2 sudah melupakan hidup kak long sendiri. Di mata kak long sekarang cuma ada adik2 yang masih kecil. DI satu bahagian jiwa kak long mendesak untuk terus bertanggungjawab menjaga adik2, satu tanggungjawab besar yang tak pernah kak long terpk perlu kak long tanggung dalam usia semuda ini. Tapi, di sebelah bahagian lain, ada hati yang memberontak kerana kak long seolah2 sudah melupakan hidup sendiri, impian sendiri hanya kerana untuk menatang kebahagiaan insan lain. Arghhh... dugaan semacam apa kah ini.
Acik.. kak long mintak maaf kerana tak dapat jaga adik2 sebaik yang acik lakukan. Kak long tak bersedia, kak long tak setabah dan sesabar acik. Kak long takutt... kak long takut gagal menjaga adik2 dengan baik. Semuanya nampak sumbang walaupun kak long dah cuba lakukan yang terbaik. Rutin hidup kak long dah berubah dengan begitu drastik, sesuatu yang kak long langsung tak pernah duga akan berlagu dalam hidup kak long.
Sekarang kak long dah pandai kepenatan, apabila pulang sahaja kerja perlu menguruskan adik2 dan melayan pelbagai kerenah. Agaknya begini lah yang acik tanggung selama ni. Tapi kak long tau ini semua dugaan dan Insya Allah ada ganjaran yang besar Allah janjikan pada kak long atas pengorbanan ini. Ini pun nasib baik nenek dan atuk ada.. nanti biler derang dah balik rumah masing2 ? Entahlah.. kak long harap kak long dikurniakan kudrat yang kuat untuk meneruskan amanah ini.
Kalau awal2 dulu kak long terpk nak pindah dari rumah ini, sekarang tidak lagi. Kak Long tak sampai hati walaupun kak long tau yang pakcik bukan lagi mahram kak long dan nenek dan atuk pula hanya seketika di sini. Pak cik sebolehnya tak mau kak long keluar, apatah lagi adik2. Kak Long serba salah sebenarnya.. tapi mak ada mencadangkan untuk membenarkan abang tinggal sekali dengan kami di sini supaya kak long rasa lebih selesa.. Kak Long harap jalan ini akan menyenangkan semua pihak, Insya Allah.
Kak Long masih rindukan Acik.. Namun kak long doakan acik lebih berbahagia di sana di sampingNya yang lebih menyayangi acik berbanding dengan kami, sekadar makhluk yang kerdil di atas muka bumi ini.

Monday, January 08, 2007

Sekelip mata

Ketentuan Allah itu sentiasa sempurna. Takdir Allah itu sentiasa tepat pada ketikanya. Begitu juga pemergian Acik.
Terasa begitu pantas Acik meninggalkan Kak Long. Terasa seperti baru semalam Kak Long membancuhkan air milo buat Acik waktu Acik hampir pitam kerana tak mampu berdiri lama di dapur menunggu air mendidih. Terasa baru semalam Acik mintak Along sediakan air untuk Acik makan ubat. Terasa baru semalam masih terngiang-ngiang di telinga Kak Long ketika Acik mengutarakan maaf kerana Kak Long terpaksa menjadi 'jururawat' Acik untuk satu malam. Acik terlalu kuat dan tabah. Kak Long yang terlalu jahil tak dapat melihat penderitaan Acik, sedangkan Kak Long tau, selagi boleh Acik sedaya upaya takkan pernah susahkan sesiapa.
Semuanya sekelip mata. Petang tu, Kak Long dapat SMS dari PakCik mengatakan Acik kena masuk ICU Serdang kerana Denggi. Acik pengsan sewaktu ke klinik tengahari dan terus di hantar ke Hospital Serdang kerana platlet darah Acik dah hampir zero. Biler pakcik pulang, katanya semuanya stabil. Along masih teringat along sempat bergurau dengan pakcik yang malam ni kita ada suri rumah tangga yang baru pasal pakcik buat semua kerja. Tak terlintas apa2 di fikiran Kak Long.
Pukul 4 pagi, pakcik ketuk bilik kak long. Kata Pak CIk, Pak CIk nak kena pergi hospital kerana hospital call mengatakan Acik kritikal. Kak Long dah tak dapat tido. Pak Cik mintak Kak Long telefon keluarga di Johor untuk doakan Acik selamat. Kak Long hanya menurut. Pak Cik janji apa2 hal pakcik akan call Kak Long. Lepas telefon mak dan atuk, Kak Long cuma duduk terkebil2 di bawah.
Tak sampai setengah jam, pak cik call kak long.. suruh kak long ke hospital bawa anak2. Kak Long kejut Irah, Fiqah, E'ah, Syahmi dan Fia. Kami semua ke hospital pukul 5 pagi itu juga. Kesian adik2, terpinga2. Sampai di hospital, kami ada masalah dengan guard.. setelah direfer pada doktor baru dibenarkan kami naik kerana doktor sendiri minta semua waris hadir. Sampai di ward, Kak Long tengok Pak Cik muram. Kak Long biarkan adik2 menyerbu dan bertanya dgn pak cik. Kak Long cuma memerhati dari jauh. Kemudian, adik2 mula menangis. Kak Long tau ada yang tak kena. Menurut Pak CIk pagi tadi Acik sedar sekejap tapi kemudian Acik muntah darah, hampir 10 pain darah hilang.
Pak CIk bawa Kak Long masuk. Hati Kak Long seolah2 disiat2 melihat keadaan Acik. Ini bukan Acik Kak Long! Dengan wayar dan mesin di sana sini. Pernafasan pun menggunakan alat bantu. Pucat sekali, bibir Acik berdarah, bintik2 mula jelas di tubuh Acik. Kak Long cuma mampu terkedu. Pak Cik minta Kak Long telefon semula ke kampung meminta semua datang sini untuk menjenguk Acik. Kak Long akur perintah Pak CIk. Tapi mereka seolah2 tak percaya dan pk Kak Long mereka2 cerita dan sengaja nak takut2 kan orang. Tapi Kak Long berkeras. Kak Long tak salahkan derang. Baru beberapa hari lepas kami berkumpul hari raya, masih mampu bergurau.
Pagi tu, Cik Syam sebelah rumah datang melawat. Pak Cik bawa kami breakfast dulu kerana doktor nak buat pemeriksaan pada Acik. Kami cuba berfikiran positif, Acik jadi kritikal kerana badannya sedang bertarung untuk menerima rawatan. Hati lega seketika. Kemudian, mak ayah, kakak dan adik pakcik sampai dari n9. Kak Long ambil peluang tu untuk bawa adik2 balik ke rumah mandi. Kak Long betul2 pusing, otak Kak Long asyik memikirkan Acik tp dalam masa yang sama Kak Long kena berhadapan dengan kerenah adik2 yang mencabar kesabaran Kak Long. Adik2 tak tau apa2, Mereka masih kecil.
Pukul 11 kami kembali ke hospital. Atuk dan Usu tiba dalam pukul 12.00 tghari, Usu nampak murung. Setelah Usu dan Atuk keluar dari ward melawat Acik, Kak Long dapat lihat Usu tak dapat mengawal perasaan. Katanya Usu langsung tak terpk yang keadaan Acik begitu teruk. Kemudian mak abah, mak teh dan mak andak pula sampai dan bergilir2 menjenguk Acik. Sebelum solat Zohor Kak Long dan Usu masuk semula menjenguk Acik. Keadaan Acik makin teruk. Kata doktor, paru2 dan buah pinggang Acik dah tak dapat memberikan tindakbalas. Darah yang dimasukkan tak dapat lagi diterima oleh sistem badan Acik. Kelopak mata Acik mula bengkak dan berair. Allah...
Lepas Zohor Kak Long masuk lagi dengan Usu. Kali ini, ada salur yang diletakkan pada hidung Acik. Menurut Usu, darah dah mula keluar dari hidung pula. Kak Long cuma terdiam, hati Kak Long masih tak berenti2 berharap Acik selamat. Kak Long mula keletihan, kehadiran ramai saudara mara, membolehkan Kak Long melepaskan adik2. Semua nya membaca Yaasin dan bersolat di surau berhampiran. Kak Long tido di surau dengan Usu. Sekejap.
Pukul 3.30 kami kembali ke bilik menunggu dan melihat doktor mencari Pak Cik. Kami hanya melihat dari jauh. Tak lama kemudian kami lihat Pak CIk menekup muka dan doktor menepuk2 bahu Pak Cik. Kakak dan adik Pakcik mula meraung. Tau lah kami yang Acik dah tak ada lagi... *cry* Usu dan Mak Teh dah tak dapat mengawal perasaan. Air mata yang Kak Long tahan dari pagi tadi akhirnya mengalir jua... Memeluk Fiqah, Kak Long tak dapat nak tahan perasaan sendiri. Acikkk !!!!!
Sebelum jenazah di bawa pulang, kak long sempat melihat Acik dan menjamah dahinya yang sejuk. Kak Long tak percaya!!! Mustahil Acik dah pergi tinggalkan Kak Long!! Sepanjang masa Kak Long termenung, air mata keluar tanpa dipinta.. perit dada dan kerongkong menahan tangis. Aciiikkk..
Jenazah di bawa pulang ke rumah petang itu dan akan dikebumikan esok sblm solat Jumaat. Kepala Kak Long mula pening2, mungkin sebab ngantuk dan banyak menangis. Ketika orang lain bertahlil, Kak Long telan ubat dan cuba melelapkan mata. Hai mata kenapa tak mau tido. Mata Kak Long hanya terbayangkan Acik.. Aciiikk, hati Kak Long cuma mampu merintih. Malam itu, Kak Long menghabiskan masa hingga pagi di sisi jenazah Acik. Bacaan Yaasin diulang, bergilir2 dengan mak sdara yang lain. Sesekali Kak Long membuang semut2 yang mula datang utk menghurung jenazah. Kak Long merenung wajah Acik.. lama.. dan membersihkan muka dan kepala Acik, menggantikan kapas dari hidung dan mulut yang masih tak henti2 mengeluarkan darah. Entah biler kak long tertido di sisi Acik, terakhir kak long ingat ketika pakcik menghulurkan bantal pada kak long untuk tido di situ.
Pagi, orang mula ramai. Kak Long hanya memerhati dari jauh ketika jenazah dikapankan. Kak Long ikut ke tanah perkuburan di Sg Tangkas, Kak Long melihat sendiri jenazah Acik diturunkan ke liang dan tanah dikambus. Berakhirlah satu perjalanan buat Acik... Al-Fatihah

Wednesday, January 03, 2007

Sinetron

Antara perkara-perkara yang best biler balik Johor adalah bisa nonton stesen televisi Indonesia. Huhu.. bukan nak kata apa, tapi sinetron-sinetronnya bagus2 loh.. asiik banget (await tangan naip bunyi indon dah ni hehe).
Dalam keluarga kami, aku tak der lah giler sangat.. tapi adik aku yg pompuan memang kaki bab drama2 indon ni. Yer lah, dia duduk sorang kat umah dgn mak abah. Dah ler, parent kitorang bukan jenis izinkan kitorang kuar selalu. Apa lagi aktiviti kalau bukan tengok tv. Tak der astro pun tak per. Siaran singapore dan indon blambak nak ditengok, sempat tak sempat jer lah. Tp sekarang biler aku dah duduk sini, dah tak de kesempatan. Cumanya skrg ni adik aku yg lelaki tu dah pandai semenjak 2 menjak jadi penanam anggur bertauliah ni.
Emm.. bukan nak kata drama Malaysia tak bagus tapi drama Indonesia ni memang kreatif, ada jalan cerita yang menarik dan semua pelakon mmg pandai berlakon, mmg berkesanlah. Kiranya jarang lah kita akan tengok muka yang sama jer berlakon. So, aku rasa kalau setakat Bawang Putih Bawang Merah lah (yg kitorang dah khatam dari tahun 2005) orang Mesia leh giler, bawakle masuk drama2 lain, buleh gulung tikar semua produser Malaysia.
Antara drama2 yang aku suka adalah Pernikahan Dini, Do'iku Beken, Cewekku Jutek, Ada Apa Dengan Cinta (versi drama), Doa dan Anugerah, Jin dan Jun, Si Yoyo, Bulan Bintang, Pria Terhebat dan banyak lagi. Dan baru2 ni yang sempat aku nengok masa cuti raya adalah Diari Harian Nayla, wooo citer ni sedih giler, walaupun aku tengok sikit2 jer tp leh meleleh. Pas tu aku nengok citer Kahwin Muda, Agnes yang berlakon, comel gilerr citer tu.
Udah lah.. nak balik umah. Bosannya ari ni, banyak orang tak masuk kerja lagi.

Tuesday, January 02, 2007

Banjir

Dah lama nak menulis pasal banjir ni, tapi tak sempat2. Kat mana lagi kalau bukan di negeri aku sendiri, Johor atau aku khususkan di daerah aku sendiri iaitu Kota Tinggi.
Nama ajer Kota Tinggi, tapi biler hujan.. habis naik air. Memang betullah, banjir kali ni memang yang terdahsyat yang pernah kami lalui. Dulu zaman aku kecik2 memang selalu gak banjir, asal hujan jer naik air. Tapi lepas tu, atas usaha pihak berkuasa tempatan dalam memperbaiki sistem saliran dan lain2, dah bertahun2 tempat kami tak banjir walau hujan macammana pun. Tapi yang terbaru ni memang aku sendiri rasa kurang percaya, banjir sampai menenggelamkan satu tingkat bangunan. Jambatan yang dibuat tinggi pun tenggelam smpi dah tak nampak mana darat, mana sungai.
Kalau dulu, bila banjir, aku mmg seronok pasal tak yah gi sekolah yahuu! Sebabnya sekolah aku di seberang sungai. Sib baik bukan masa peperiksaan, kalau tak tu haa merasa aku bersampan gi sekolah.. cam orang kawasan pedalaman. Tapi itu masih tak seteruk mana yang kami alami 2 minggu lepas. Hujan turut tak berhenti sampai seminggu. Alhamdulillah kawan tempat tinggal kami tak dinaiki air kerana yang teruk hanya di kawasan bandar dan lain2 kawasan yang hampir dengan sungai. Tapi.. kesannya semua orang rasa, 2-3 hari elektrik terputus. Semua jalan yang menghala ke kota tinggi terputus hubungan. Beberapa jambatan runtuh dan ada kawasan2 yang dilanda tanah runtuh. Akibatnya, semua operasi tergendala, bank tak beroperasi, petrol station tak ada, supply makanan tak ada, klinik tak ada. Ishk, tak pernah seteruk ini.
Macam2 cerita yang aku dengar tentang banjir di Kota Tinggi ni, yang paling kelakar adalah kononnya bencana ni ada kaitan dengan sumpahan Laksamana Bentan (yang bunuh Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tu). Entahlah, aku pun pelik kenapa negeri lain tak seteruk kami. Nak kata sebab laut china selatan, naper negeri lain tu tak teruk, kenapa kawasan barat johor pun teruk sama. Singapore pun ok jer. Keseluruhan negeri Johor di landa banjir, memang banjir tu tak ada pilih2 kawasan, macam attack betul2 kat negeri ni.
Minggu lepas aku dah mula risau2 buleh ke tak balik raya ni. Alhamdulillah masa aku balik, banjir dah mula surut, walaupun jalan utama di bandar masih belum boleh lalu, sib baik lah ada jalan alternatif yang lebih awal surut. Masa hari raya, banjir dah betul2 pulih.
So, hari raya tu, orang lain pergi berziarah tapi kami di Kota Tinggi ni macam berpesta di Bandar (kawasan paling teruk banjir). Yer lah, masing2 keluar nak lihat keadaan selepas banjir. Ishk.. memang tak salah kalau aku katakan situasi tu ada sikit2 mcam Acheh lepas tsunami, cumanya bangunan2 tak runtuh lah kat sini. Bayangkanlah dengan sampah2 (ekceli tu bukan sampah, barang2 hanyut sbnrnya) yang berselerakan di merata2, lumpur2 pulak lagi yang masih lembap di jalan2 dan bangunan2 kedai. Baunya tak payah cakap lah, busuknyeeer. Aku siap terpk dalam hati, ni aku dah sampai negara mana daah.. Hari kami ke bandar tu, elektrik di situ masih belum pulih, banyak kedai sedang beroperasi mencuci2 barang dan premis masing2. Dan yang paling best, barang2 yang dah kena banjir tu derang lelong besar-besaran. Perghh.. tu yang kami tak lepas peluang. Memandangkan dalam kedai masih tak cuci, derang lelong di kaki lima. Huii.. ramai nyer orang, banyaknyer kenderaan, siap jam lagi mengalahkan orang nak shopping raya. Barang yang dilelong tu ada yg masih lembap. Memang murah giler.. aku leh dapat baju kurung yang biasanya 70 hinggit, dapat 30 jer. Tudung berbatu permata dua layer buleh dapat 10 hinggit. Aksesori tepon plak singgit dua hinggit jer derang jual. Barang2 mcm2 tu ok lah. Tapi paling kesian kedai2 elektrik dan kedai2 runcit, habis rosak barang2 derang.
Semalam semasa aku balik ke KL, tiba2 hujan turun lagi. Alamak, fobia betul biler hujan ni, takut banjir balik. Kesian kat rakyat johor. Kesian kat Pak Usu yang kerja kat Bahagian Perparitan dan Saliran kat JB, mesti teruk kena huhu.