Thursday, August 25, 2005

hah, hang lagi, tunggu apa lagi? hang lah !

Geram.. pasal apa? Pasal dah taip entri banyak2 tadi, berjela-jela, tetiba pc hang dan entri plak tak smpt save. Bengangnya otak..!! So, taruk ni jer dah lah..

Tuesday, August 23, 2005

mengira2 hari

Kira punya kira punya congak punya hitung punya kalkulet, tinggal lah 3 hari lebih jer aku bekerja kat JBFM. Tadi tghari, ada jamuan makan-makan kononnya jamuan perpisahan dgn aku ler tu. Tapi cam biasa, orang lain yg lebih2 sibuknya, yang lebih2 makannya smpi guest of honour ni pun tak dpt merasa certain2 makanan, kesiankan aku? Ada lah sesi kasi ucapan, chewaah. Ucapan Hj Shahurain sebagai wakil company mmg buat aku terawang2 kejap, eleh. Ucapan aku plak cuma bersandarkan pada 2 frasa jer iaitu Terima Kasih dan Minta Maaf. Ada 2 point tu dah cukup, aku dh boleh mengarut2 dan merepek2 panjang. Yg paling aku tak caya adalah satu ayat yg aku rasa cukup bmakna dan aku tak terpk pun aku bleh cakap cam tu. 'Saya tidak perlu pergi ke banyak tempat, ke banyak syarikat kerana dgn berada di JBFM sahaja, saya telah belajar dan mendapat segala-galanya'. Emmm.. masa kasi ucapan tu, aku dapat nampak macammana Anis menyorokkan muka dan aku tau dia menangis.
Dalam masa beberapa hari ni, byk jugak aku nk kena settlekan. Esok nak ke UTM lagi, jumpa supervisor. Sambil tu, nk mintak dia jadi saksi aku dalam surat perjanjian. Jumaat, dah janji untuk banjer makan2 cik Ar sekeluarga. Nak cari barang sikit, oooppsss nak pergi amik gambo passport. Punya banyak derang nak, cam nak masuk ruangan mari berkenalan plak hehehe. Appointment facial dan resdung dgn kak ana lagi. Servis kereta pun nk wat jugak. Alahai cam tak cukup masa jer nk wat sumer tu. Dan sumer tu plak mengeluarkan duit, smpi naik bengkrap aku ni. Sib baik mak punya sporting. Aku balik mggu lepas, selamaba jer cakap, mak, duit along dah abis. Kereta tu dah makin kuat makan.. perut dia dh besar.. hehe
Cakap psl duit ni, mak dah janji sesuatu ngan aku. Sesuatu yg cam tak caya jer. Nak tau apa dia? Malu aku nk taip kat sini, tp memandangkan kat sini saper jer yg baca, yer tak? Mak kata, dlm 3 bulan pertama ni, klu aku tk dpt gaji, mak sudi nk sponsor idup aku. Once aku dpt gaji, aku kenalah bayar balik duit tu. Cam biasa jer kan? Yang luar biasanya adalah, klu dlm tahun ni aku dpt cari calon suami, hutang aku 3 bulan tu kira langsai sebagai hadiah. Cam tak caya!!! Mak aku ni mmg beria2 nk suh kawin agaknya, tak patutlah cam ni. Dia dah bosan pergi rewang kenduri, balik2 orang akan tanya biler dia nak buat kenduri.. Cheh, mak abah aku mmg lemah smgt tang menda2 cam ni, rileklah beb. Ari ahad lepas aku pi kenduri umah nenek kat Bt Ramun, kenduri mak sedara aku kawin kali kedua, serentak dgn kenduri cucu dia potong jambul, hehe.. kelako.. tapi aku suka kenduri tu psl rasanya aku cam bergiat aktif gitu, tak derlah cam anak dara konon bpangkat besar yg tak reti menolong di dapur hehe.. walupun rasanya kuarga belah nenek ni tak tau pun aku dh nak pindah keje. Yg aku kasi tau cuma kat Poksu. Rasa seronok sgt berbual ngan dia stlah sekian lama.. poksu yg punya gaya ala2 en azmi kat JBFM, poksu yg dulu2 paling banyak menurunkan ilmu2 seni lukis kat aku.
Hemm.. kelmarin, Razak collegue aku pun dh slamat dinikahkan. Colleague yg pernah nak masuk jarum sejak beberapa tahun dulu. Beberapa minggu sblm nk kawin pun dia masih nk mencuba nasib , ishk ishk tak agak2 lelaki sorang ni. Sekarang dia pun dh selamat dan aku pun bersyukur. Tapi, camni lah nasib orang belum kawin, kuar mulut singa, masuk mulut buaya. Sorang demi sorang menjengahkan diri. Minggu lepas budak dari LHDN, minggu ni plak budak Telekom KL. Mmg malang ari ni bos aku tak dtg dan leaseline plak bermasalah, tpaksalah tekejar2 nk settlekan network yg dh down smpi ke kempas ni. Masa buat report call ke Telekom KL, mamat pegawai khidmat pelanggan tu sempat plak nak bekenalan. Tak cukup tu, dia bleh plak tepon lagi lepas tu. Maaflah, klu tak der hal, mmg aku tak layan. tapi psl nk mintak tolong dia pcepatkan proses baik pulih network tu, layankan jer lah, aler cuma layan tepon jer, tak luak apa. Lg pun bukan taste aku kot, paling pantang orang bkenalan, dia nk tau tinggi berapa, kulit kaler apa. rasa nak hempuk jer kasi penyek orang cam tu. Aku ni dh malas nk pk2 sgt menda camni. Saper rasa dia berkenan, testlah masuk minang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam hehehe.. sila berbuat demikian sebelum aku mengambil keputusan untuk menyerahkan hal2 mencari jodoh ni kepada mak dan abah.. kuang kuang kuang.. (i cant believe that i had just said that sentence, awful!)
Oklah, nk wat kerja.. ececeh.. dh nk berenti ni masih bkobar2 cik kak ni.

Friday, August 19, 2005

Learn how to say NO

..NO... satu perkataan, satu suku kata, hanya dua huruf. Apa yang susah sangat? Mungkin tak susah untuk orang lain, tapi untuk aku, hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang tahu betapalah susahnya untuk menyebut perkataan yg simple tu.
NO yg aku maksudkan adalah NO yg diucapkan apabila diminta sesuatu oleh seseorang, diminta bantuan, dan semuanya adalah selagi tidak melanggar syariat Allah. Aku tau aku takkan pandai nak menidakkan, walau apa pun situasinya. Aku tak taulah nak kata sama ada aku ni lembut hati sangat ker haper ker. Tapi ini disuarakan sendiri oleh seorang eksekutif yg aku sgt hormat seperti seorang abang kat JBFM ni. (in fact, he is just one year younger than my Abah) Dia pernah berkhidmat sbg pegawai kerajaan, jadi sebagai seorang bakal PTD, aku dinasihatkan untuk bertegas. You must know when to say NO, where to say NO, and to whom you must say NO.
Biler pk balik, sumer itu ada betulnya. Aku perlu ada pendirian kan? Hemm.. masalahnya pendirian aku dr dulu adalah tidak akan mengecewakan orang wlu apa pun halnya. So camna ni? Aku sedar, aku perlu ada determination yg kuat. Kalau tidak, aku tak akan dihormati, malah orang pijak plak kepala aku. Cheh, ni kepala bayar zakat fitrah tau.. ni kepala lah yg mak abah cium dari kecik, suka2 orang nak pijak, lempang kang! hehe
Contohnya senang sangat. Kes yg lepas ni lah, yg aku sbnrnya malas sgt nk ingat2 balik. Tapi, ingat sebagai pengajaran tak salah kan? Aku telah mengatakan YES pada tempat yg salah dan pada orang yang salah. Akibatnya, aku lah yang kena tanggung. Pedihnya Allah jer lah yang tahu. Tapi silap aku ker? Silap ker aku klu aku selalu berbaik sangka pada orang? Silap ker aku klu sentiasa tak mau mengecewakan orang? Bagi aku, apa yang ada pada aku ni adalah hak mutlak Allah dan aku perlu gunakan untuk kebaikan semua orang, kenapa lokek? Lagipun, aku pun tak tau berapa banyak amalan aku yg betul2 diterima, jadi tak salah kan kalau kita tambah amal kebaikan? Orang nak hargai ker tidak ker, lantak deranglah (eleh cakap jer, tp biler org buat bodoh, tau plak terasa hati).
Memang itulah lumrah seorang wanita, lembut hati, sensitif, malu. Dan mungkin jugak mmg i am born to be that way. Entahlah, aku tau kelemahan aku, that's why aku selalu mencabar diri sendiri. Sejak dari U smpi ke tmpt kerja, aku libatan diri dlm xtvt kepimpinan semata2 untuk improve diri aku. Mungkin ada peningkatan tp masih tak cukup untuk praktikalnya. Aku mmg sangat kagum pada orang2 yang ada determination, ada prinsip. Sebab tu lah, aku mmg salute and admire habis pada lelaki-lelaki yg berkarisma seperti itu. Aku mmg ada tekad dalam hati yg aku simpan dari dulu, klu aku kawin, aku akan cari lelaki seperti itu untuk mengimbangi kelemahan aku, untuk bimbing aku agar tak tersilap langkah dlm hidup.
Klu aku terus camni, aku jugak yg merana. Kerana aku akan cuba tunaikan permintaan orang wlupun sbnrnya aku ada kekangan, wlupun sbnrnya nanti aku sendiri yg dapat susah. Aku rasa aku terlalu reserve dlm byk hal, wlupun aku cuba sbnrnya untuk bersifat terbuka. Orang mintak tolong, orang ajak, aku ikutkan. Orang buat aku tak puas hati, aku buat diam jer. Tak cam berpinar kepala biler terkumpul dlm benak ni. Apa sudah jadi?? Tak yah amik contoh jauhlah. Mlm tadi, aku asalnya nk stay umah nk wat assignment, tp kawan lama masa sekolah ajak dtg rumah, kononnya kali terakhir sblm aku berambus dr pasir gudang ni. Aku pk, balik mlm nnt aku leh buat. Dan aku pergi. Biler balik aku dh penat psl siangnya aku merayau gi JB. Biler dh penat, mata pun mintak ditutup jer lah dan assignment aku tak siap!! Pagi ni plak, aku punya berat untuk say NO tu, menyebabkan aku pusing satu pasir gudang. Pergi hantar housemate ke tmpt kerja kat Jln Timah, then, aku leh patah balik pergi Kota Masai pergi amik Anis untuk pergi kerja psl pagi ni dia tak der transport. Housemate aku bising psl kena bangun awal sikit, aku diamkan jer. Aku jadi pasif! tetiba aku rasa benci sangat pada diri sendiri! Astaghfirullah, aku tak patut buruk sangka cam ni.
Kalau ditakdirkan nanti aku akan ditempatkan di KL, aku dpt rasakan cabaran yg besar di sana. Mampu ker aku memepertahankan prinsip dan pendirian yg ada. Bandar paling besar yg aku pernah duduk pun cuma JB ni lah. Tempat paling jauh aku pernah tinggal adalah Taiping, tapi itu bandar kecil. Aku takut biler kenangkan ramai kawan2 yg dulunya masa sekolah ambil aliran agama tp biler dah ke bandar besar, terus berubah. Aku masih bersyukur, wlupun berada dlm psekitaran JB, aku masih sama spt dulu. Aku rasa bangga biler jumpa kawan2 lama, derang kata aku masih seperti dulu (aik, cam lagu exist jer hehe). Hehe.. kengkadang aku rasa, eh.. aku ni tak ikut perkembangan, tak de kemajuan. Tp itu mgkin pada luaran, otak dan jiwa aku tak kosong, ok lah tu. Entahlah, di JB aku dekat ngan mak abah. Kat KL nanti, camna? Huwaaaaa!!! Rasa nak nangis plak. Cheh, kata nak amik bidang Hubungan Antarabangsa, baru kena sikit camni dah lemah. Wake up girl!!!
Oklah, ari ni ada hungry ghost festival kat kilang ni. Nmpknya ndak tak ndak aku tpaksa jugak curi masa utk siapkan assignment. Ampun banyak2.

Thursday, August 18, 2005

Settle kan apa yg patut

Tingal 6 hari di JBFM. Kat satu whiteboard kat admin ni, bahagian nama aku, mmg hari2 aku update countdown berada di JBFM. Anis biler tengok, mulalah muncung sedepa, leh gantung 7-8 hanger.. hehehe..
Minggu lepas, aku mmg lah tak macam orang yang nak berhenti kerja atau jugak tak macam orang nak jadi PTD. Dgn borang yang tak berisi satu hapah pun. Apa pun tak buat, yang settle cuma surat berhenti, tu ajer. Tp bebaru ni cam rasa tercabar lah plak. Orang yg asalnya berbolak balik pun dah siap segala menda, aku ni yg kononnya semangat sgt, siap nasihat2 kan orang tup tup aku yg cam hampeh.. hehe
So, minggu ni aku dah kira insaf sikit lah. Borang2 pun aku dah isi. Borang terima perlantikan pun siap courier lagi, melayang RM4.20, sedihnyaa. Isnin lepas dah pergi buat medical checkup. Kenangan betul lah, rasa cam orang bodoh jer. Dah ler kena menapak beribu batu tengah panas, kena bebel2 lagi dgn staf hospital tu. Sib baik ada sorang akak cleaner kat hospital tu menjadi penawar duka, ewwaahh. Sekerat hari, aku mmg berborak jer lah dgn akak tu, tak ingat dunia kejap hehe. Lps gi hospital, aku pi LHDN plak. Patutnya aku ada appointment dgn supervisor tp psl aku tak siap lg assignment, aku postpone ler. Kat LHDN, aku cuma dpt submit borang psl ramai officer takder, pi buat operasi. Haii.. entah biler nk siap income tax aku ni.
So, hari selasa.. patutnya aku pi jumpa supervisor, tapi tup tup, supervisor aku plak tak free. Cheh, sia2 aku amik cuti ari tu. Melepak jer lah kat umah. Ahaaa.. sms dan call dr orang yang tak dikenali. Puas aku berpk sapa lah org yg tau no baru hp aku ni. Rupa2nya ada mamat dari LHDN, nak berkenalan kononnya. Dia dpt no hp aku dr borang income tax ku, hampeh tul mamat ni. Tp bagus jugak, layankan jer lah selagi bleh digunakan. Apa lagi, kasi jek sikit, mintak dia tolong settlekan income tax aku cepat2.. huhu.. cam kasanova gitu.
Semalam, aku cuma dapat settlekan borang2 yg kena taip. 1st time belajo guna type writer elektrik, best jugak, bunyi dia sedap hehe.. dah expert dah sekaraaang. Semalam jugak, mamat income tax tu tepon pagi, konon nk settlekan income tax aku 24hb. Petangnya plak Puan Rafidah dr LHDN jugak plak yg tepon. Dia kata aku punya income dah bleh kena income tax, maaaaakk. Dia suh aku bukak fail, dtg sana atau dia akan poskan borang ke rumah, tp lmbt sikit lah. Aikk, sapa yg nk tolong aku ni? Mamat tu ker, Puan Rafidah?
So, hari ni aku pun buat dajal. Semalam En Azmi dh janji nk tolong. Kul 11 aku dah kuar ikut dia pi buat segala urusan company. Aku numpangler sekali. Gi LHDN, jumpa Puan Rafidah. Baik sgt orangnya muda plak tu, tp dah Puan. Aku yg asalnya kena tax, tp dpt perlepasan psl dia tolong aku adjust sana sini. Ok lah tu. Ari ni jugak, aku dpt surat pelepasan, cam tak caya beb. Yahuuuu!!!! Dari LHDN, pergi cop suruhanjaya sumpah plak. Pergh.. en azmi mmg baik gilozzz. So, settle segala urusan aku, settle segala urusan en azmi, kitorang smpi ofis kul 3 lebih, giler ah. 4 jam tu kuarrr!! Ni baru namanya bakal pegawai kerajaan, dah pandai bab ular mengular ni, hehehe.. (mampus, mesti ada orang marah klu baca ni). Smpi ofis, ofismate kata, en azmi bawak aku lari pi pejabat tok kadi, ahaks.. aku iyer kan ajer, mmglah lambat skit, nk pergi ujian HIV lagi..heheheh. Kalau masa kuar, aku ngan en azmi punya baik merancang apa nak jawab dgn bos, tp smpi ofis, bos pun buat tak tau jer. Biler aku kasi borang dr LHDN tu, dia pelik psl aku dpt settlekan cepat. Aku jwb jer yg aku ada boyfren kat LHDN, percaya lah tu :P. So, bulan ni gaji aku tak kena tahan, masuk cam biasa, banyak plak tuuuh.. senoroookkknyaaaa.. (lama tak eja cam tu)
Sekarang, tinggal nk settlekan borang biru ni jer. Dah dpt dikesan dah seorang pegawai kerajaan kumpulan A utk diserang. Esok2 lusa settle punyeeerr. Minggu depan, nak amik result medical checkup plak. Pas tu, blehlah settlekan segalanya. Hahaha.. nk seribu daya, tak nak seribu dalih. Cayalah yue.. hehe. Minggu depan jugak, kena sedia perut. Tak leh leh pose lah jawabnya. Ramai orang nak belanja makan ni. Err.. tak der orang nak kasi hadiah ker? hehehe..
Oklah nak balik. Dah tinggal mamat2 jer dlm opis ni. Kang tak psl2 jadi gosip plak. Gua berambus dulu.. chow..

Friday, August 12, 2005

Purple, biru kundang, ungu, violet

TGIF!!. Hehe.. now i haf to start learning to use TGIF. After so long working 6 days per week, next month i'll be working 5 days!! That's great!
Yesterday, Johor was on holiday. So yesterday night, i went to Leisure Mall together with Anis. I promised her, if that bloody fool guy paid my money, i'll treat her a movie. Haha, we went to GSC without any single idea which movie we are going to watch. So, we ended up watching Ungu Violet. Ok ok ajer lah. One thing that i hate most about this film is, there is no single thing in this film which is purple in colour. So, Ungu Violet? Mana warna ungu nya? Geram ler plak. Purple is my favourite color, yet they didn't show anything purple to catch my eyes. Hampeh. Most of the things are RED. Langsir umah Kalin merah, baju si Kalin pun kebanyakannya merah. Dinding umah Lando, warna biru. Nyampahlaaah.
Semalam, ingatkan nak pi library. Tapi rasa malas. That's the bad thing about me. Tapi tak malas sgtlah. Petang kuar merambu ramba bersendirian menghabiskan duit mamat bayar utang ari tu. Makin lama aku tengok duitnya makin nyampah plak aku. So better spend them. So, apa2 menda yg dh lama aku tak buat, aku pun buat. Pi buat skeling gigi, then pi potong rambut ngan buat treatment sikit kat salun kak anna (sedara aku). Yg nyampahnya, dua2 tempat tu aku pergi, kena bebel. Kat klinik gigi, dr bising psl tak pernah buat dental floss. Eee doktor tu kasar betul, smpi kebas mulut aku dibuatnya. Kasar2 pun tapi peramah, tp peramah tak bertempat. Ada ke patut, tgh dia menggerudi gigi2 aku tu dia leh ajak borak, camna aku nk menjawab ngan mulut cam tu, aku ingat dr ni bijak, rupanya ada jugak biulnya hehe. Kat salun kak anna, dia bising suruh buat facial psl muka aku dh mcm jalan raya tak cukup tar, hehehe. Aku kata nanti2 lah kak. Pas tu, pi pusat bandar cari tudung baru. Tak pasal2 beli tudung smpi 3 pasang. Satu pasang nk hadiahkan kat housemate nnt sblm aku pindah. Ari ni pun dah pakai dah tudung baru, warna ijau, cantiiik tau. hehe perasan. Satu pasang lagi nk padankan dgn baju kurung untuk pi farewell dinner mlm nanti, baju yg aku baru satu kali pakai masa pi interview ari tu dan rasanya harus akan menjadi baju yg dipakai waktu daftar kat INTAN 29 hb nanti. Mcm dh tak der baju lain jer.. hehe.
Sambil tu, semalam mencari2 jugak apa menda lah nk dibuat souvenir untuk kasi kat sumer kawan2 kat JBFM ni. Ikut budget aku dlm 50 orang. Klu nk kasi sumer sampai 2 ratus orang, bengkrap lah beb. At the end, aku cuma membeli beberapa helai kertas coil warna purple, kertas bercorak warna purple jugak, kain net warna purple, bunga2 ros riben warna purple ngan putih dan riben purple. Nak tau aku nk buat apa? Aku nk buat sendiri book mark yg ada tercetak nama, alamat, emel add ngan no tepon aku. Itulah souvernirnya.. hehe, cantik ker tidak tu, lantaklah.
Oklah, aku dh buat checklist pelbagai perkara yg nk disettle sebelum berenti ni. Apa lagi, time to work! Go go go!!

Tuesday, August 09, 2005

Bila susu dibalas tuba, aku hanya mampu pasrah

'A.kum, ayu thanx bg aku pinjam duit ko 2. Aku nak pesan lain kali klu ko nk bgtau kat org yg aku pinjam duit ngan ko, buat risalah atau tampal kat guardhouse. Tulis kat situ nama peminjam, jumlah pinjaman, baru betul kalau nak bagitau kat orang.Lagi satu, baper komisyen ko byr kat org yg tolong ko kutip duit, aku buang duit jer kena bayar komisyen kat diorg 2. Ngan aku ko wat camni tak pe, tp jgn wat kat org lain. Lgpun ko pun dh nak tuko keje bulan depan. Aku nk ko ubah lah perangai ko tu sblm terlambat. Ke mana saja ko tukar tempat kerja baru, sama sajer kalau ko tak ubah perangai ko 2. Lagi skali thanx sangat2 bg aku pinjam duit kat aku. Aku hrp ko ikhlas tlg aku. Kalau tak, sia2 jer, pahala tak dapat, dosa yg dapat plak. Ayu, ni msg terakhir dr aku. Aku mintak maaf klu kata2 aku ni menyinggung perasaan ko, tp tu lah hakikatnya yg harus ko terima. Halalkan makan minum aku selama ko kenal aku. Aku adalah aku dan kau adalah kau. Bye.'
Petikan SMS panjang yang aku terima dari Akhi ptg tadi. Memula aku rasa tak ada apa2 feel lgsung. Tp biler baca 2-3 kali, aku tk dpt nk tahan diri dari menangis. Aku menangis bukan kerana rasa bsalah, tapi pada tuduhan tak berasas yg dilemparkan pada aku. Seorang yg pernah menganggap aku shbt dunia dan akhirat boleh buat mcm ni pada aku. Dia tak pernah nak ingat semua pengorbanan aku, berapa byk yg aku makan hati psl perangai dia, berapa byk aku bersabar dgn karenah dia selama berapa tahun ni. Dia tak pernah kenang semua tu. Selama ni aku tak pernah menyesal dgn apa yg aku buat apa lagi ttg apa yg orang buat kat aku, tapi untuk kali ni, penyesalan yg tak tertanggung rasanya.
Aku berusaha mjadi seorang shbt yg baik wlupun sbnrnya dia pernah memberikan harapan dan berjanji lbh dari itu. Tp dia mmg lelaki tak punya pendirian. Harapan tinggal harapan dan aku cuba berbuat biasa seolah2 tiada apa yg tjadi. Kes pinjam duit ni dh lama blaku, dan aku mmg sedaya upaya nk jaga nama baik dia. Tp mulut manusia mmg tak boleh dikawal2. Aku tau dia pun tau ttg orang di sekeliling dia yg mmg ramai yg mmg melayu tipikal yg suka memecahbelahkan & menjatuhkan orang. Tapi kenapa aku jugak yg akhirnya dipersalahkan? Adakah usaha aku menjauhkan diri dari dia selama ni membuatkan dia marah? Aku selalu dikatakan sbg seorang yg bodoh kerana masih btahan wlupun apa pengorbanan yg aku buat selama ni tak pernah dia nak hargai. Malah aku rasa dia tak tau apa maksud 'Menghargai' itu sendiri. Klu nk diikutkan, klu dia malu, malu itu tak seberapa berbanding dgn apa yg aku tanggung selama ni yg semuanya adalah sebab dia.
Psl duit, macam2 boleh jadi, betapalah kuatnya pengaruh beberapa keping kertas. Dia yg buat masalah, aku yg kena tanggung sama masalah dia. Sbnrnya aku yg awal2 lg suruh dia bjanji, pertolongan aku ni biarlah tak der sapa yg tau. Tapi entah mcmmana tak lama lepas tu, ada mulut2 luar yg dtg ofis menyindir2 aku yg kononnya aku ni dermawan lah itulah inilah. Aku bengang. Itu baru dlm ofis, kat luar ofis plak lagi parah. Aku dgr mcm mana org ckp yg aku ni guna tektik kotor, guna material untuk 'ikat' mamat ni. Mcmmana dia sendiri menganggap yg aku ni tolong dia pasal ada udang di sebalik batu. Aku cuma mampu beristighfar. Hati mana yg tak sakit. Dia tak pulang duit aku, aku masih buat diam. Aku cuba nk paham situasi dia. Dia lupa diri, aku masih bsabar. Bila susah, dia cari balik aku, aku masih bleh buat mcm tak der apa.
Biler tetiba perkara ni muncul balik, aku jadi pelik. Aku rasa kes ni dh lama blalu dan yg kena peritnya adalah aku, kenapa tetiba dia plak yg terasa lebih2. Kenapa aku yg diserangnya seolah2 aku dh buat satu dosa yg maha besar. Seolah2 dia tak bersalah apa2, seolah2 aku ni mmg perempuan yg teruk, yg bersalah dari A sampai Z. Aku jadi confuse dgn peraturan dunia ni. Apa sbnrnya yg berlaku ni!?? Aku tak pernah jumpa kawan yg mcm ni. Jaja.. klu ko ada kat sini, aku rasa nak menangis puas2 depan ko. Aku takkan mampu nk menangis depan mak abah aku psl selama ni pun segala susah aku, apa yg akhi buat kat aku, aku tak pernah cerita ngan derang. Aku tau mak abah aku mcm mana. Derang takkan tahan tengok anak derang dianiaya orang. Klu aku jadi mak pun, tentu aku akan rasa mcm tu jugak. Duit aku dah habis dibayar (adalah plak duit) dan aku mmg dah mula berlembut hati untuk maafkan dia. Tapi tup tup, aku yg kena bantai balik??!! Apa ni? Dlm keadaan dah mcm ni, senang ke aku nk maafkan?? Aku mmg maafkan, tapi rasa sakit perit dlm hati ni bukan sesuatu yg mudah nak diubat.
Ya Allah, kenapalah ujian seberat ini yg ko turunkan ke atas ku. Tekanan demi tekanan buat aku rasa semakin lemah. Adakah ini cara untuk Kau menghampirkan aku padaMu dlm bulan yg penuh barakah ini. Ampunkan aku ya Allah jika sebenarnya mmg aku yg banyak berdosa tanpa aku sedari.

Monday, August 08, 2005

Mawi Yg Mmg World !!!

Ari ni tetiba tangan gatal nak menaip pengenalan diri. Saya adalah seorang budak biasa yang sederhana (Uweekk!). Dilahirkan di sebuah Felda di dalam daerah Kulai, negeri Johor. Bapa saya pula seorang peneroka. Ehem ehemm.. kenapa ek rasa cam familiar introduction ni ek. Cam biasa dengar plak.. hehe. Weeeii, jgn pk aku tipu tauuu.. ini mmg hakikatnya. Itulah persamaan antara aku dgn MAWI!!! hehehe. Dan aku sungguh bangga !!
For the 1st time ari tu aku menonton secara khusyuk konsert AF. Itu pun psl kebetulan btandang umah mak cik kat Tmn Bt Dahlia. Matlamat menziarahi kemudiannya sudah diconvert kepada datang menonton Mawi.. hehehe. Mmg fenomena dan world betullah si Mawi. Seorang yg punya akhlak yg baik, tapi aku pun tak tau kenapa AF yg jadi medan utk dia mengubah hidup. Tapi mungkin inilah kuasa Allah, sapa tau kehadiran Mawi dlm dunia hiburan tanahair akan membuka satu fenomena baru yg lebih positif dan islamik.
Tapi ada dua perkara kenapa aku kesian kat Mawi. Pertama, biler dia manjadi mangsa kritikan orang ramai sedangkan dia sendiri terpenjara dlm banglo AF dan tak tau menahu ttg dunia luar, dia tak der buat apa2 statement, tak ada buat apa2 menyakitkan ati, tp dia teruk kena bantai. Dia tak mintak orang vote dia banyak2 dan fanatik pada dia. So, apa salah dia, tu yg aku pelik. Kedua, aku kesian sebab aku sbnrnya dlm bangga2 tu ada sikit rasa 'kureng' dgn Mawi sbb rupa dia, rambut dia, senyum dia, ketinggian dia, ada iras2 Akhi. Ishkkk.. cam tak der orang lain nak di replicate. Cumanya Akhi ni cerah sikit dari Mawi.
So, ari ni aku menyettlekan urusan2 gaji bulan ni, cuti2 Malaysia yg tinggal. Aku patutnya perlu kerja smpi 9 September klu ikut tempoh notis sbnr, tp cuti aku ada 17 hari lagi. Sebelum berenti ni aku amik 3 hari cuti untuk pergi medical checkup jumaat ni, pergi LHDN isnin ni dan satu hari lagi spare utk hari pergi amik result medical checkup. So, dah lepas tolak punya tolak punya tambah, baki cuti yg company akan bayar balik pada aku adalah 5 hari, emmm.. dekat 400 jugak tuh. Ingatkan nak wat checkup kat PG tp hampeh mesin X-Ray derang rosak dah berkurun, kena jugak pi JB. Tp inipun tak pasti, maybe pergi Hospital Kota Tinggi jer kot, tak ramai sgt orang rasanya.
Last Saturday pi jumpa supervisor aku, mmbincangkan ttg proposal. Alahai, payahnya dpt lecturer yg perfectionist ni. Rasa mcm byk sgt menda nk kena buat. Pening paler aku dgn tempoh masa yg ciput jer tinggal ni. Dia baik hati tp dia sentiasa nakkan yg terbaik, smpikan katanya klu aku masih tk dpt capai tahap yg dia nak sem ni, dia akan drag lagi aku ke sem depan. Aduhaiii sedapnya dia bcakap, yg nak bekerja kerasnya aku, yg nk kena kuar duit bayar yuran laginya aku lah jugak. Lepas ni, klu ditakdirkan aku kerja kat KL, Insya Allah pertemuan aku dgn supervisor tak jadi masalah kerana once per fortnight, dia akan turun UTM KL mengajar SPACE.
Apa2 pun aku mintak kawan2 semua doakan semoga proses aku nk menyiapkan proposal sem ni akan berjaya. Dan seterusnya hasrat aku nk grad pada konvo besar tahun depan akan terlaksana. Amin.

Thursday, August 04, 2005

Aku dah nak pgi, baru nak mintak maaf?

Huwaaa!!! Badan rasa nak melepek sekarang jugak. Dah 2 ari kena flu, sib baik tak pening2, klu tak, harus aku dah pi amik MC dan lepak jer kat umah. Cuaca yg kejap panas kejap sejuk, duduk dlm air cond lagi plak. Ditambah plak urat saraf yang terkujat biler 2-3 ari ni terpaksa berhadapan dan menjawab dgn ramai orang. Macam2 reaksi, berpinar nak menjawab, entah ler, mungkin ada yg sedih dan mungkin tak kurang jugak yg bertepuk tangan biler tau aku nak blah.
Tinggal kurang sebulan untuk daftar di Intan. Aku masih pening, pening ttg borang2 yg langsung tak bersentuh, pening dgn nk settlekan tugas2 akhir kat opis, dan yg paling sakit nk pk adalah mengenangkan projek master nanti. Adoooiii!!! camna ni?!! Dah ler sem ni aku dh bayar full yuran, takkan nak blah gitu jer, mmbazirnyaaa!!! Supervisor aku dh mula kejo, biler nak start weiii!! Tolooong... aku blurrrr ni.
Tgh aku pening2 camni, ada plak hamba Allah yg lagi menyesakkan otak aku. Satu ari smpi berbelas2 miss call, sms yg buat aku nk pecah perut baca. Mehlah aku citer satu demi satu.
Ari tu aku ada tolong Akhi wat assignment, well, tk tolong sgt lah, aku cuma bg point2 penting yg seringkas mungkin, sukati dialah nk elaborate camna. So, hari isnin lepas, dia jumpa aku kat guardhouse. Aku tgh bz actually, tp psl takmoh malu dpn orang, aku kuar jugak jumpa dia kejap. Nak tau apa kes? Assignment dia kena reject! Pedulik haper aku kan? So, biler aku tgk assignment dia, menyirap jugak aku. Kalau aku lah jadi lecturer, aku pun akan reject awal2, silap2 aribulan, aku fail kan terus. Dia pi copy bulat2 point2 ringkas aku ari tu, tak elaborate langsung!! Smpi aku jd confuse, part mana yg dia buat sdiri? Dgn kacau bilaunya, spelling terabur, grammar hancus, tak presentable langsung, mcm ni ker wat assigment? Dh ler assignment tu mewakili 100% marks, syarat plg kurang 25 pages, dia buat 9 pages jer, tak sakit jiwa menengok? Dia kata, lecturer dia kata dia tak menjawab soalan. Arghh!! bukan salah aku, dia yg silap kasi penerangan. Aku ni seboleh2 menolong wlupun aku sbnrnya tak paham satu butir pun apa yg asignmnet tu nak, psl aku tak penah amik subjek cam tu sebelum ni!
Kebetulan masa dia jumpa aku tu, En Mat nampak, terus dia jerit. 'Woii, tak tau malu ke assignmnet pun mintak tolong orang! Tak tau ker budak tu dah nak blaah!' Akhi kata dia tau aku nk blaah. Tapi aku rasa dia tak peduli, yg dia peduli sgt2 adalah sblm aku blah, dia nak aku tolong dia. So, lps tu, tak puas jumpa, dia call lagi. Smpi aku naik muak!!! Call cakap menda yg berisi tak per, ni merapu2. Dia marah konon, nape aku tak kasi tau dia awal2 yg aku nk blah. A'enna mamat ni, biul ke apa? Dia tu sapa? Selama ni tak der plak dia kisah aku ni idup ker mati ker. Pas tu, sibuk complain konon staf mengadu kat dia yg aku issue byk show cause letter kat budak2 yg langgar disiplin. Aduuh mak, dia ni sapa nk complain aku, wakil persatuan pekerja ker? Tk sedar diri cuma operator biasa! (part ni mmg aku dh marah sgt lah ni) Boleh blah lah lu. Diri sdiri pun tak tjaga, nk sibuk kan hal kerja orang. Aku taulah kerja aku. Bengang tul aku. Dah tu, aku ni sibuk, dah telefon, tu cakap jer lah, ni senyap jer, apa lagi naik angin lah aku. Pas tu dia cakap yg aku ni cam tak suka jer dia tepon. Ahaaa.. aku nk ajer ckp, bukan tak suka, cuma menyampah jer.
So, lepas ari tu, tak abis2 dia telefon. Tapi mmg aku tak angkat. Aku tengok budak ni dah macam orang giler talak (maaf cakaplah). Tak cukup hp, dia call opis. Tp aku mmg dh pesan kat Anis, klu dia tepon, cakap akak tak der. Puas hati aku. Semalam jer 13 kali dia call yg jadi miss call, of coz lah tak kuasa aku nk pick. SMS plak entahapa2 yg merayu2 mintak ampun lah itu lah inilah. Aku bc bukan makin tharu, aku gelakkan ajer, kelako rasanya. Nama nak reply tu lain tahun jer lah.
Sesungguhnya Allah mmg dah terbalikkan hati aku terhadap si Akhi ni dan aku bersyukur sgt. Aku tau yg klu lebih lama aku dgn dia, makin huru hara hidup aku, makin menderita. Peluang ke PTD ni bagi aku adalah satu nikmat Allah yg tak ternilai, untuk aku bina kehidupan baru. Aku bukannya zalim tak mau maafkan orang. Tapi aku kenal akhi dah lama. Kata2nya mmg tak boleh dipercayai, cuma manis di luar jer tapi tak der isi. Aku bukannya terlalu cepat berburuk sangka, tp berdasarkan pengalaman btahun bkawan ngan budak ni, mmg itulah dia. Dia tak penah insaf walaupun dia kata dia insaf. Dia cuma pandai mintak maaf tapi tak pandai untuk menebus kesalahan, so what for aku maafkan dia klu at the end perangai dia tetap cam tu? Argh malaslah.
Aku takkan mudah maafkan dia. Aku nak tengok seikhlas mana dia betul2 nk mintak maaf. Apa usaha dia lakukan untuk mendapatkan kemaafan aku. Silap dia pada aku bukan kecik2 punya kes, takkan cakap mulut jer kot? Aku tak mau lg jd macma dulu, di mana aku tlalu mudah maafkan dia. Aku nk dia tau hati aku ni dah immune dgn pujuk2 rayu dia. Biar dia tau aku ada pendirian sdiri. Aku mmg berburuk sangka skit. Aku tau, klu aku maafkan dia smudah tu, senanglah dia. Senang dia nk mintak tolong aku lagi, senanglah dia nk mintak aku halalkan hutang piutang dia kat aku atau senanglah dia nak mintak tangguh lagi bayar utang. No way man! Kalau itu lah niat dia, mmg smpi ke sudah ler aku tak maafkan. Mmg bleh dipertikaikan lah keikhlasan dia. Kalau ikhlas dan insaf, kenapa kena tunggu aku nk blah, baru nk mintak maaf? Selama ni buat bodoh jer. Dia ingat dia bleh halang aku dr berenti agaknya, pirah mabuk. Ko tu tak nak aku berenti psl takut nnt tak der orang nak tolong ko klu ko sesak. Geraaaaamnyaaaa!!
Hemm.. hari ni entah apa lagi dia akan buat. Kalau hari2 dia kacau aku, silap2 aribulan, aku abiskan jugak cuti tahun aku dan berenti kerja lebih awal, tenang sikit jiwa.

Tuesday, August 02, 2005

Biler tender resignation letter

Received the offer letter already. Gosh, so many forms! Berpinar sekejap bijik mata aku, apa punya cerewet dah nak kerja. Surat sampai umah ari sabtu, mak call so immediately aku terus prepare resignation letter dan terus pass pada HR/Admin Manager. Aku kasi betul2 5 minit sebelum kul satu. Aku kata, just accept, anything, kita clear kan ari isnin nanti. Yer lah, masa tu aku in hurry nak hantar Anis ke Larkin.
So, sampai jer ari isnin, fotostat surat tawaran, on the spot terus hantar ke Senior Manager aku. But before that, aku cakap dulu ngan immediate superior aku dlm IT. Apa lagi, terus aku kena mencemar duli menghadap 2 orang bos. Jgn tak caya, aku ada 3 bos tau. Kelako tak, 3 bos memberi arahan kepada sorang pekerja. Then, bermulalah sesi soal jawab yg kengkadang mmg malas sgt dah aku nk jawab psl aku dah kasi tau awal2 yg aku dah firm dengan keputusan aku. kenapa aku nak berenti, apa yg tak bagusnya company ni, kenapa aku tak suka kat sini, collegues sumer tak baik ker, apa benefitnya kalau kerja government. Senior manager aku kiranya orang yg boleh btolak ansur jugak, tp bos IT aku seboleh2 tak nak kasi aku berhenti, macam2 dia kutuk pasal kerja kerajaan ni itu lah inilah. Mmg sakit jugak ati aku mendengar tp buat bodoh jer lah. Bos IT aku siap mintak company counter offer kat aku, siap suruh co bagi advance adjustment pada aku. Siap nak naikkan gaji aku 700 dari gaji sekarang, banyak tuh!!! Tp sib baik senior manager tu ok, dia kata, sblm dia bawak cadangan ke MD, dia nak tau dulu samada aku betul2 nekad nak berenti, atau masih bbelah bagi. Kalau aku dah nekad, dia tak perlulah usulkan pada MD, buang masa jer kan?
Hahah, mana tak berpeluh, biler aku satu orang yg berenti, derang tpaksa cari 2 orang utk replace aku. By coincidence aku leh wat dua bidang dlm satu masa, mana nak cari orang cam ni.. hehehe.. tau plak derang akui hakikat tu. Mmg pening lah bos aku, yer lah next year, bos HR tu nk pencen dah, this year jugak kitorang dah nak implement computer system baru, parahlah depa. Tapi aku terpk jugak, kalau aku stay, aku yg btambah parah dgn beban kerja menimbun. Bos aku siap suruh balik umah mintak pendapat parents, suruh cakap ngan parents aku yg co nk counter offer, konon nnt parents aku suruhlah stay kat sini. Kuang kuang kuang, sian mak bapak aku pun terlibat tak pasal2. Bos aku suruh tarik balik resignation tu, suruh fikir dulu, tp aku kata aku dah firm, pedulik apa aku. Last2 dia accept jugak tp masih emphasize suruh aku pk dulu dan bagitau dia klu aku ubah fikiran.
Tak cukup ngan tu, PA kepada MD pun panggil aku. Soklan yang sama tapi dia ni kiranya supportive sikit. Dia cam merajuk aku nk berenti. Katanya, kan i dah inform u, kalau ada masalah, tak suka dalam HR tu, we can discuss.. tapi jgn lari mcm ni. Alahai, aku kata i remember ur words very well but it has nothing to do with my current job lah. Aku cuma nak kan angin baru, cabaran baru, ececeh. Tp still dia positif jugaklah. Dia kata dengan diri aku yg skrg, aku boleh pergi jauh kalau masuk PTD. Mcm2 dia nasihat termasuk tentang mjaga penampilan. pergh.. cayalah.
Bos suruh aku extend, tapi aku kata tak bolehlah. Maka ndak tak ndak, aku akan kerja sampai lah 27hb Ogos ni. So, company akan bayar balik belen cuti aku yg tak amik. Still, dlm tempoh 4 minggu ni ada jugak beberapa ari aku kena amik leave psl borang2 PTD tu sumer nak kena settlekan. Pening jugak paler biler pk yg gaji bulan 8 ni kena hold dulu psl company nk clearkan aku punya income tax aku. Dah tu, registeration kat Intan nnt nak telan 520 inggit plak.. adoiii.. err.. 3 bulan kerja ada gaji tak ek?
Kisah aku nk berenti kerja dh kecoh se Malaya, satu kilang tau, kabel punya mantap. Masing2 membawa reaksi berbeza dan tentunya reaksi yg paling menjengkelkan yg aku rasa bengang nak mampus adalah dari akhi.. Apa reaksi dia? bsambung esok..