Tuesday, September 27, 2005

Melankolik, melankolik dan melankolik terus

..Rehat...
Sekarang ni, aku cuba memjimatkan perbelanjaan dgn langsung tidak membeli apa2 makanan di Putrajaya. Pagi, kuar beli kuih singgit dan nasi lemak singgit kat satu gerai kat seksyen 8 ni jugak. Sedap dan mmg bbaloi mmbelinya. Air sedap2 plak bawak dari umah. Malam plak, makan kat umah jer.
Busy nya hari2 aku ni susah nk cakap. Hari ni nk print tawaran pinjaman utk fasa 2, hari ni jugak nk mengecheck data pinjaman yg akan dikeluarkan arahan pembayarannya esok. Esok plak kul 9 ada taklimat orientasi kat Bhgn Sumber Manusia, esok jugak kul 10 aku kena wakil bos untuk Mesyuarat Penyelarasan Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar kat Kementerian Pelajaran. Adeiii.. poning palo. Kenalah bagi2 tugas. Bos kena g meeting jabatan, PSU lg sorang nk kena g meeting Parlimen.. so aku kena g meeting biasiswa tu.
Before Jumaat plak aku nk kena updatekan sumer data untuk dibawa ke Melaka. Alahai.. sempat ker ni. Hari Jumaat pagi ada jamuan. Petang lps Zohor dh kena btolak ke Melaka. Nasib baik PPT aku book bilik harga murah2 jer, klu dia book ikut rate M41, mampus nk mmbayar lebih plak. Untuk jimatkan budget lagi, aku tk bawak keta. Naik kenderaan kementerian jer. Ingat nk pergi sdiri, bawak abang temankan sekali coz bilik hotel tu cukup utk 3 orang, tp kenangkan duit minyak ngan tol, kenselll..
Dh smpi Melaka tu, aku terpk gak nk terus balik Johor, tp rasa tak bebaloi plak coz nnt ari ahad dh kena balik sini semula. Beh tu? Takkan raya jer nnt baru nk balik??? Alahaii.. tensennya.. Nak balik Johor!! Banyak sgt menda kat sini yg mengingatkan aku kat Johor. Yer lah, signboard PLUS sumer ada tulis Johor Bahru, mentang2 lah JB plg ujung. Melaka, Seremban tak der plak dia tulis. Pastu ada plak warung beriani gam, warung otak2 kempas.. eeeee.. nak balik!!!
Lagi berapa hari jer nk puasa. Rasa sebak plak pk yg aku akan bpuasa di rantau orang. Uisshh.. melankoliknya rasa. Padahal dulu2 pun aku bukannya duduk rumah mak abah, duk menyewa jugak. Itu lain, dulu bebila jer aku leh cabut balik umah dr Pasir Gudang. Kat Pasir Gudang pun ada keluarga nombor dua aku. Kat sini aku ada abang. Tak peduli, lepas ni hari2 aku nk g buka puasa ngan abang.. baru ada feel biler ngadap muka adik beradik sdiri.
Hahaha.. inilah akibatnya klu jadi orang introvert. Hidup senyap sunyi. Kalau bkawan, dgn orang itu jerlah. Tak bkembang2. Perangai pun cam tu jer lah, tak berubah2 ikut keadaan. Aku bukan taksub dgn test MBTI tu, tapi aku mmg strongly feel yg aku mmg mcm tu. Ramai org tak caya aku Introvert, tp itulah hakikatnya yg lahir dari hati yg aku tak tipu masa jwb test ari tu. Aku lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. That's why, klu bkawan dgn orang.. biler kena tinggal atau kena ignore, dia punya tensen tu perghh... tp aku tk tunjuklah kat orang. Nak buek camno, aku mmg lagu tu.. tp stil berusaha utk tabah dan kuat. Aku rasa klu aku jadi orang lain pun, aku takkan mudah percaya yg Rahayu Ab Rashid ni Introvert. Itulah kelebihan aku hehe, susah org nk paham kecuali org yg mmg dh lama jadi kawan aku. Dan aku bangga dgn diri aku yg ni. Aku bangga biler kawan2 kata yg aku ni dr sekolah smpi skrg tak berubah2, msh cam dulu, hebat tak? Org pandang kat luar mmg sama, tp dlm otak aku, hati aku dh kaya ngan pengalaman. Yg tu biarlah org tak tau.
Agaknya sebab tulah aku pilih layout baru ni.. dgn tema Alone. Ikut hati, aku nk warna purple tp tak der, amik jerlah mana yg ada. Lagipun ada bunga daisy, bunga feveret aku tuh, so kira ok lah. Lgpun aku rasa syahdu sgt tengok bunga dasiy setangkai dlm pasu tu.. mcm kesian sgt.
Oklah, dah kul 2 lebih, nk smbung buat kerja plak..

Monday, September 26, 2005

Kerja : Swasta vs Krjn, Wang vs Barakah

Hari ni, pagi meeting. Biler kuar meeting cam biasa mesti beserta dengan timbunan tugas yg perlu diselesaikan. Bos hangin skit pasal ada PT yg cuti emergency atas sebab yg kurang munasabah. Yer lah, 2-3 minggu ni kritikal yg sangat2. Dgn staf yg tak cukup, dengan kerja yg dah nak smpi due date.
Hemm.. aku dapat tengok betapa lemahnya disiplin kat sini. Kalau kat JBFM, hampeh arr nak rilek2 cam ni. Kat sini, waktu makan 1-2. Tapi masing2 ada yang kul 2.30 baru balik. Kuar rehat plak, baru kul 12.45 pun dah kuar plak tu. Kuar masuk tak yah punch card lagi. Pergi solat entah biler2 waktu jer sesuka hati. Buat Ot plak, banyak masanya wat menda lain. Ishk2 klu aku ni bos, dah lama kena sound budak2 ni. Tengoklah sikit hari lagi. Aku tak heran lah klu macam2 orang cakap tntang staf kerajaan ni banyak mengular dan produktif. Patutlah kerja rilek.Haiii geram aku.
Tentang kerja, nak mengecheck tu jangan harap lah. Baru2 ni, mmg aku sengaja tak lepaskan satu report setebal lebih 60 m/s yg melibatkan figure. Pasal apa, aku mmg tak percaya pada kesahihannya. Memanglah nk cepat, tapi klu ada silap sana sini yg akan malukan nama bhgn dan kementerian, itu tak bleh lah nk kompromi. So, berpinar jugak mata aku nk mengecheck satu demi satu. Sib baik lah ada background IT, so blehlah format sana sini, dan kerja mengecheck jadi mudah skit. Teringat aku klu kat JBFM tu, apa2 menda tu, nak mengecheck smpi 2-3 kali. Smpi Irene sdiri pun check. Dia mmg bkira bab accuracy ni.
Aku bleh kata, staf kerajaan ni mmg manja. Kerja lbh kurang, rilek lebih. Asyik claim itu ini. Bukan aku nk mburukkan tmpt sdiri, tp itulah hakikatnya. Pastu banyak plak meetingnya. Masa meeting plak mesti ada makan2. Giler betul membazir. Bayangkanlah, satu kerja nk buat, kena form committee. Baper byk committee ada, banyaklah jugak meetingnya, banyaklah jugak makannya. Tak kelakao ke?
Lagi satu yg buat aku menyampah adalah dia punya protokol dan prosedur yang cerewet nk mampus. Klu kat swasta, satu urusan kita leh wat direct with the person involve. On time. Kat sini, kena lalu situ, lalu sini, isi borang tu, borang ni, refer akta tu, akta ni. Tu yg menda kecik tapi proses leh jadi kemain panjang. Biler lama dan panjang sgt proses, mulalah cicir sana sini, cuai sana sini. Setakat ni jer dah 2 kali aku dgr staf aku komplen pasal gaji tak masuk2. Apa kes ni? Aku cuak jadinya. Staf yg dh lama pun masih problem tang gaji, inikan plak aku yg baru ni. Hai, baper bulan lah nak tunggu baru gaji masuk? Haru-haru. Dah ler claim pun kena tunggu berbulan2 baru dapat. Pengsan lah aku, keta nk bayar, keta nak petrol, aku pun nk makan jugak, hp aku lagi. kelmarin mak tepon tanyakan biler aku nk dpt gaji, nak bayar keta, suh aku bayar acik coz aku tumpang umah dia.. iskh bengang beb aku. org tgh tensen, lg bangkitkan pasal duit2 ni, pakkal jer lah itu mak aku. Ni kang nk pergi Melaka ujung minggu ni kena dulukan duit sdiri dulu plak tu.. heeeee.. bengaaanggnyaaaa.
Klu camni camnalah aku nk menyimpan duit. Untuk sem depan punya yuran lagi. Setau aku lah, setakat aku dah kerja dekat 4 tahun ni, tak pernah lagi aku guna duit gaji untuk keseronokan diri sdiri. Ada jer menda nk dibayar. Sebab tu lah aku jadi cam ni. Introvert yang simple nak mampus. Memang kekampungan sungguhlah. Aku tau kalau aku jadi extrovert, aku takut terikut2 dgn gaya hidup orang lain sedangkan aku tau aku tk mampu. Aku ni, kalau orang tak belanja, jgn harap nk makan yg sedap2. Kalau orang tak hadiahkan, jgn harap aku nk pakai barang2 branded.
Sebab tulah, aku rasa betul2 cam tak betah duduk area KL ni. Nak balik johor !!! Entahlah.. kadang2 menitis jugak air mata biler pk. Tapi pk2 balik, aku rasa berdosa kerana menangisi kesempitan harta dunia. Adakah rezeki tu tak berkat atau aku yg mmg bodoh mengurus diri? Aku teringat mcmmana sem ni aku dah bazirkan seribu ringgi macam tu jer utk yuran UTM tapi akhirnya aku kena jugak extend pasal aku tk dpt siapkan proposal kerana kena attend PTD Unggul hari tu.
Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tunjukkanlah jalan untuk aku keluar dari masalah2 ini. Amin.
(p/s: Aku tgh bengang dgn sorang member.. tapi aku diamkan jer)

Friday, September 23, 2005

busy dan busy selalu

8.40 pm, stil in the office. Hari ni aku kena stay back pasal hari ni a few staff kena OT untuk settlekan check segala agreement paper student2 yg dpt pinjaman. Ni pun baru tadi kuar belikan makanan untuk derang. Ececeh, bos yg baik ke aku ni? perasaan maut ni.
Banyak yg aku nk cerita tp rasanya tak leh lah nk detail cam yg aku selalu buat coz skrg aku dh jadi civil servant, byk internal matters aku tk leh disclose pada orang luar. Yg aku leh cakap, kesibukan mmg kronik. Banyak urusan kritikal yg nak di settlekan. Banyak plak tu masalah2 dan rintangan yg timbul. Tapi ada hikmahnya, bos makin caya kat aku, malah lebih daripada dia percaya assistant dia sdiri.
Oklah.. nak logout.

Wednesday, September 21, 2005

Lagi cerita di putrajaya

Lapaarrnya perut!!!
Perut aku dah bukan lagi mengalunkan irama keroncong, rap, nasyid sumer ada dah skrg. Asalnya nak puasa, siap dah sahur pun ngan abang pagi tadi. Tapi entah apsal, kelaparan pagi ni melebihi tahap kebiasaan. Dah siap janji nk kuar makan ngan PT sumer tghari ni. Maybe pasal malam tadi aku buka ala kadar jer.. emmm.. tak jugak coz siap kuar ke serdang, buka ngan abang. Tak sedap plak tu, tak abis dan abang yg tukang abiskan. Pagi tadi plak, berjam2 jugak duk dlm toilet, habis sumer isi perut. Agaknya that's why lah pedih semacam jer ni. (aikk.. itu pun nk citer dlm blog ker?)
Hari ni, pepagi dah masuk meeting lagi. Kali ni meeting tabung pinjaman. Tentang data, tentang sistem, tentang pembayaran dan tentang majlis pelancaran kat Melaka minggu depan. Parah betullah rasanya 2-3 minggu ni. Minggu depan ada mieeting ngan penaja2 plak tu.. eee berpinar kejap paler otak. Dah tu plak dalam waktu terdekat ni kitorang satu bahagian akan berpindah dari level 5 ke level 1 plak. Satu kerja lagi nk memunggah, nak mengemas balik. Tp level bawah sekali yg bestnya dekat ngan surau, dekat nak gi makan, nak balik muahahahah..
Assignment kertas renungan dah siap. Poyo jer aku membuatnya dlm masa tak sampai satu hari. Kertas renungan ttg perkhidmatan awam terbilang yang disediakan oleh penggoreng dan peng'auta terbilang wakakakakk!! Best giler rasanya. Buat sampai 14 mukasurat, siap sekapur sirih, siap senarai kandungan, siap rujukan dan siap cover design yg giler monyet (ganti ba alif ba ya), monyet pun tak giler cam ni. Taktik jer tu, dah tau isinya hampeh, yg lain2 kena pandai tokok tambah kasi umphh. Aku rasa kertas renungan tu, orang yg baca pun tak larat merenung, berdenyut paler otak nk memaham ayat2 merapu aku. So, pagi ni singgah cubicle Thiru kat Bhgn Kewangan, mintak tlg dia pass pada Fendi yg nak pi anto ke Bt Kiara.. rasa lepas satu beban.
Weekn ni aku dah tak der idea nk wat apa dah. Maybe nk gi jenjalan kat Pesta Konvo UPM kot. Tp abang tak der plak, sabtu dia ada kawad hormat, ahad plak ada PAPALES (adik aku punya ejaan)punya training. Silap aribulan gi sensorang. Errr.. eret jaja pergi, ok tak? Tk pun, yezzza ada member nk turun Kl dis weekn, boleh diheret sama, haha kejam. Teringat yesterday Adnan hantar SMS ajak gi tengok wayang kat TGV Mines jumaat malam sabtu ni, pergi ramai2. Malam?? Hahaha.. sori mori lah jawabnya. Lantaklah dia nk kata aku ni tak pandai bersosial ker, kuno ker, tak pandai mingle2 cam derang kat wisma putra tu, tak kisah.. tak heran pun aku. Bukan nak kata aku camtu pasal aku ni Introvert, tp rasanya prinsip tetap prinsip, adat tetap adat, agama tetap agama.
Malam tadi, aku pergi buka ngan abang kat tepi tasik kat serdang. Macam2 borak hehe cam tak jumpa lama padahal adik beradik jer. Silap2 aribulan orang ingat abang ni pakwe aku agaknya. Lps mkn, malas nk balik cepat coz kat umah acik ada sedara mara belah pakcik datang. Aku drive ke putrajaya dan meronda2 menikmati suasana dan udara malam putrajaya. Sempat park atas jambatan, melepak then abang siap bleh abring2 atas tembok. Ronda punya ronda punya ronda sampai tersesat entah mana2 entah. Aku mmg gamble abis. Tup2 smpi umah dekat 10.30 coz kitorang sesat dlm putrajaya tak tau nk jalan balik.Yg pasti, jln balik yg aku lalu semalam mmg bukan yg aku biasa lalu ari2, sumer main redah ikut signboard jer, rasakan ko.. Klu mak tau, mampus 7 ari 7 malam tak abis bebel.
Oklah cukuplah untuk ari ni, esok2 sambung lagik hehehe..

Monday, September 19, 2005

rindu yang lama

My 2nd week at KPT.
2 hari bercuti betul2 cam orang tak der kerja. Jumaat lepas, balik kerja redah ke UPM amik abang dan hantar dia balik ke UPM esok paginya. Redah punya redah tapi sampai jugak. Mak abah kat umah siap tepon naper dah malam tp masih tak balik2 umah hehehe. Adik aku yg sorang ni tgh punya masalah besar. Masalah hati kot hehe antara kasih dan kasihan atau setepatnya aku nk ajer kata 'nak jadi Gigolo ker?' Ada sorang pompuan yg syok kat adik aku, kasi hadiah itu ini, belanja itu ini, even hp dan simcard ygt adik aku pakai ni pun minah tu yg punya. Parah-parah, mak aku dah naik angin. Bukan pasal adik aku ada mak we ke hape tp cara perempuan tu wat adik aku tu tak manis. Adik aku dh pening psl minah tu serius sungguh2. Aku yg tukang dengo citer jer ni pun bpinar kejap nak memikir. Aku bukannya tak nasihat, kawan jer dulu.. kenal hati budi baru leh serius2, ni tak. Kata Dr Fadzilah Kamsah, usia perkenalan kalau kurang dr 6 bulan belum memadai untuk kita memahami hati budi seseorang itu.
Hari sabtu, acik dan pak cik kerja. Aku duduk umah dgn bibik dan anak2 acik. Tak pasal2 kena pegi pasar, kena masak sumer psl acik tak percaya kat bibik masak. Basuh baju sumer then petang badan dah melepek. Hari Ahad plak acik n d family kuar pi hari keluarga DBKL, so aku duduk umah cuma menengok TV dan tidooo.. hehehe..
Hari ni puasa sunat, Insya Allah. Nisfu Sha'ban. Tadi aku ada perbincangan sikit dgn KPSU tentang meeting dgn para penaja minggu depan. Baru kul 1, tp rasa lemah tul satu badan, bilerlah nk kul 7.
Hari ni tetiba aku rasa rindu kat Johor, mak abah, adik, cik ar, kengkawan kat JBFM dan 'seseorang'. Sapa tu? kuang kuang kuang, aku sorang jer yg tau.

Friday, September 16, 2005

baru2 masuk dh wat perangai

Aku nk ubah balik layout blog ni, tercekik urat biji mata aku tgk gambo sumer dh ilang. Entahlah tak tau biler. Tetiba rasa cam serba tak cukup masa. Assignment plak tak buat lg ni camna? Alahai poning eden.
Hidup aku masih cam biasa. This weekend dh plan nk kuar ngan abang since dia dah tak jadi pi melaka. Asal nak kuar semalam dah kensel tp dapat jumpa Jaja n d family. Good to see her after such a long time.
Oh ya, yesterday i got new task from bos. We are going to have a meeting with agensi2 kerajaan dan GLC yang akan jadi penaja biasiswa2 pendidikan. So, i haf to findout the people who are suppose to attend the meeting. I had done that and this afternoon we are going to meet TKSU to discuss futher on that matter. I feel good to involve a lot. So tak derlah rasa cam org takder kerja dan tak buat apa2.
Haha.. yesterday, aku dh buat pasal ngan orang dr IT division. Agaknya dah kena blacklist aku pun tak tau. Agaknya sebab tu lah bos terus heret aku involve dlm penajaan biasiswa tu instead of terus tolong dlm bhgn pinjaman poli ni. Mcm ni kisahnya. Orang IT dah create satu sistem yg simple nk mampus utk key in data pelajar2 yg buat pinjaman. Dah tu, bayangkan lah data ada beribu2, yg terbahagi dua, untuk KK dan poli. Dah tu, sistem ada satu jer dan derang tak open sharing. Takkanlah sorang jer nk key in kot. Nak tunggu derang set network punyalah lama, berkurun nk tunggu. So, aku pun apa lagi, menggunakan pengetahuan yg ada untuk menyenangkan kerja kononnya. Aku suruh staf copy sistem tu dan buat kat pc2 lain. Yg poli, key in poli, yg lain key in KK. Aku tau table tu separate. So aku plan, nnt mintak org IT tolong copy kan ajer table tu ke dalam master sistem tu nanti. So, biler staf dh buat cam tu, orang IT dapat tau, derang bengang lah konon kitorang pandai2 sendiri. Derang taknak tolong combine kan data konon takut keliru. Aku tak tau apa problemnya cos dua table tu separate. Apa yg kelirunya? So nak tak nak kitorang terpaksa key in balik data2 yg dah separate tu. Tak ker buat 2 kerja? Aku geram betul. Yer lah, tak pasal2 staf kena OT. Aku rasa mungkin itu salah aku. Manalah aku tau nk jadi cam tu, manalah aku tau yg orang IT sini cerewet sgt. Aku bkn apa, kesian kat staf2 sini. Psl aku lah derang kena buat kerja yg sama 2 kali. Dan orang IT plak gerenti dah pandang slek kat aku. Ni lah padahnya biler orang IT nk lawan orang IT jugak. Apalah aku ni, baru2 masuk dah buat perangai.
Oklah, aku nk pi solat lah.. bye

Thursday, September 15, 2005

kekok.. kokek.. kekok.. hehe

Pagi ke 4 di KPT. Hari ni berbaju ijau batik, almaklum terlebih maklum 15hb ler katakan, dah jadi pegawai kerajaan, camni lah. Yg kelakonya, PSU lg satu ni ngan SUB pun ijau jugak, cam janji ler plak. Ari ni Insya Allah puasa, puasa gantilah agaknya hehe coz aku dah tak ingat dah baper banyak posa yg aku dh ganti, so to play safe, ganti jer lah sebanyak mungkin. Astaghfirullah, ada ke hal agama2 boleh dibuat main2... Tapi entah btahan ke tidak puasa ni pasal pagi tadi bangun dgn kepala yg sakit sebelah kiri. Berpinar2 jugak. Harap2 ok.
Pagi2 rasanya camni lah aku, mengecheck emel, mengupdate blog, mengecheck yahoo group PTD. Tensen lah plak YM tak leh pakai. tapi bagus jugak, kang aku asyik melanguk chatting jer, mana integritinya hehehe.
Biler pk2 balik cam tak caya jer aku dah berada di sini. Aku mmg tak penah terlintas nak bekerja di area KL ni. Even hari ni pun aku masih rasa camtu. Biarlah orang nak kata aku ni hulu ke ortodoks ke, aku mmg tak suka bandar2 besar. Bukan jiwa aku. Mungkin pasal living cost, dan mungkin jugak psl aku mmg orang kampung, dan mungkin jugak pasal aku seorang yg extremely introvert hehehe. I would prefer working kat area pekan2, kampung ker, yg lebih dekat dgn rakyat yg sederhana psl aku pun sederhana jugak. Aku lg selesa cam tu walaupun tak banyak kemudahan, terpencil, aku dh biasa pasal sblm ni duduk pasir gudang pun aku mcm terpencil, nk pegi JB pun punya payah wlupun dekat. Klu nk beli apa2, makan ke, mmg prefer tmn mawar tu je lah, punyalah terperuknya aku.
So, nk kata aku kekok kat KL ni, mungkin yer jugak. Aku rasa cam tak layak je nk kerja kat Putrajaya ni. Aku tak sabar nk pergi DPA balik. Pelik tul pe'el aku ni. Entahlah, tp satu perkara yg aku pasti, aku akan cuba mintak tukar ke mana2 tmpt yg lebih 'kampung'. For the moment aku tak kisahlah kat sini wat sementara waktu, cari pengalaman dulu. Dan yg penting, aku nk tolong setup bahagian biasiswa KPT ni sampai stabil, sumer dah ok baru aku blah. Duduk je lah sini dulu. Yang pastinya walaupun berada di kawasan yg happening tp aku masih jugak terperuk. Mana taknya, yg aku tau cuma pergi kerja balik kerja, dari Putrajaya ke Bndr Baru Bangi. Nak shopping apa2 plak kat Komplek PKNS dgn kedai2 tepi jalan kat area situ jer. Better lah dari aku shopping kat Alamanda wlupun Alamanda dr opis aku ni punyalah dekat, jalan kaki kejap jer dh smpi.
Semalam, teringin nk makan nasi goreng paprik, aku redah jer mana2 kedai, makan sensorang. Alahai, biler tengok diri sendiri, alahai kesiannya diri.. betul2 cam kera sumbang. Nak buat camna lagi, takkan nk menyusahkan acik kot. Apa2 sumer aku redah jer sendiri, gamble, layan jer lah apa yg ada. Hari ni aku nk meredah lagi, kali ni nak ke UPM kononnya, nak heret abang kuar. Kalau tak tu, sibuk manjang.. SMS pun tanak reply. Pelik aku ngan orang2 yg lahir 18 Januari ni, lebih kurang jer pe'el. Weekn ni aku dh terpk apa lah yg aku nak buat melongok kat umah. Abang ada seminar kerjaya ari sabtu, ari ahad plak dia nk pi kenduri kat Melaka, smpi hati betul dia meninggalkan kakak tercinta dia ni kat sini, kureeng..
Kat opis ni, kerja aku masih belum spesifik. Aku hanya tolong2 kerja yg tengah berjalan sekarang. Tugas khusus aku cuma akan blangsung lps tugas2 skrg ni settle. Ada sedikit kejutan budaya kat sini. Aku pening biler sumer menda berprotokol, formal sangat. leceh betul. Kalau dulu apa menda yg aku nk buat, kejap jer direct to the person in charge, kat sini aduhaii, lalu sana sini, peringkat itu ini.. penat padahal menda yg nk dibuatnya kecik jer. Cam ari ni aku cuma nk mintak Bhgn IT untuk unlock kan database, itu pun punya payah. Kalau dah unlock, apa2 hal aku leh wat sendiri, tak yah susahkan derang. Lagi satu adalah biler staf2 sini sumer panggil aku Cik.. hehehe kelako lah. Nak panggil bos plak BOS. Aku teringat kat JBFM dulu, bos aku pun, aku cuma panggil nama jer. Orang2 lain pun panggil aku pakai nama jer. Terkejut skit.
Oklah, aku nk blah, rasanya dh banyak aku ngarut ari ni. GTG.. bye

Tuesday, September 13, 2005

new place.. new environment

menaip entry di pejabat baru, Tingkat 5, Bangunan E3, Parcel E, Putrajaya. ececeh.. siap promote ofis baru. Ekceli lum dpt tmpt sdiri lagi tp coz SUB tak der lagi kat opis. Tak tau nk report kat sapa.. melepak lah dulu kat sini.. opps lupa plak kat sini aku dpt tmpt sebagai Penolong Setiausa Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi. Entahlah tak tau plak apa nature of work dia.. tapi staf2 dia cam ok2 jer. Peramah jugak.. tp dengar kata SUB dia kepala hangin skit.. entahlah.. aku pun tak tau, lum jumpa lagi. Insya Allah ok kot. Kat JBFM dulu pun aku keja ngan bos yg hangin, cina pompuan plak tu. Kira ada persediaan dan bekalan lah untuk bhadapan ngan orang2 yg lebih pelbagai perangainya.
Sat lagi aku dh nak pi EPF coz nk dptkan penyata terbaru.. so, entri aku stop di sini dulu setelah sekian lama menyepi akibat terkurung kat INTAN.. bye...

Second Day Di KPT

Dari cubicle lama yg serabut, aku pindah ke cubicle baru. I think it's better here, coz keadaan cubicle yg kosong buat paler aku lapang skit dan terasa lah auranya sebagai pegawai baru. Yang ada dalam cubicle ni cuma satu set pc HP without printer yet yg baru jer derang pasang beberapa jam tadi, pentium 4, 2 GHz, 80Gb, XP, DVD ROM, flat screen. Selain tu, ada satu kabinet dan telefon. Kiranya ok. much more spacious then the one i got in JBFM. Giler jauh beza. Klu dulu, nk pc pun kena share, meja plak kecik, tepon ngan extension sdiri pun tak der.. tp buat kerja giler2 cam orang besar2. Sini, bagi aku semuanya ok in term of infrastructure.

In fact, unit biasiswa ni pun bukannya permanent akan berada di level 5 ni. Sebab dlm next week, we are going to move out and maybe ke level 1, ofis kami sendiri yg tak kongsi dgn orang lain. Oklah tu, dekat ngan cafe, dekat ngan surau. Aku pun tak yahlah penat2 nak naik lif, even kalau lif rosak pun, tak penat kena manjat tangga.

Collegues plak ok2 lah. Aku dah jumpa SUB, i think for the moment, he is ok. Only that he dun haf time to get to know me better. Ahaks.. positive thinking betul ni. KPSU plak perempuan, aku lum jumpa lagi. Kat sini, ada 2 orang je PSU, aku sorang jer PSU M41, yg lagi satu plak lelaki, PSU M44. He is ok. Yang lain2 adalah PPT, PT dan PA. Lama2 oklah ni. Lagipun derang pun bukannya org lama, masing2 masih baru kat sini. So, in a few days, tentu aku get used dgn keadaan kat sini.

Tapi entah naper paler aku pening plak ari ni, maybe pasal aku puasa kot. Ting tong sikit paler ni. Tu yg cam tak der mood nak mingle2 around cam yang disyorkan oleh Dr Fauziah masa modul PTD Unggul ari tu.

Dah pukul 5 dah ni, rasa cam nak balik lah. Hehehe.. macamlah umah jauh sangat2 padahal klu drive bodoh2 cam orang makan angin pun leh smpi dlm 15 minit.