Monday, August 27, 2007

Akhirnya..

Akhirnya pada tanggal 18 Ogos 2007, aku dan abang telah selamat disatukan dengan satu ikatan suci perkahwianan, Alhamdulillah. Semuanya berlaku pantas, tanpa sedar lelaki yang selama 12 tahun aku kenali sebagai bapa saudara, kini telah menjadi suami. Sememangnya takdir Tuhan tiada siapa dapat menebak.

Majlis berlangsung dengan lancar, Alhamdulillah. Kronologi majlis lebih kurang seperti berikut:

Nikah
18 Ogos 2007, 5.30 petang, masjid, persalinan kuning keemasan (kain hadiah pertunangan)
Kak Zalina (mak andam) sampai dalam pukul 3.30. Wajahku disolek seadanya. Tk sangka dia ada bawakan baju, sedangkan seingat aku kami dah maklumkan akan pakai baju sendiri. Tp takper, mak suka baju tu so, kami jadikan ia pakaian untuk makan berdamai. Kami sampai di masjid hampir serentak dengan ketibaan kadi yang menikahkan. Fotografer yang juga kawan aku, Im dah sedia menjalankan tugas. Buat pertama kali aku melihat abang dengan pakaian baju melayu lengkap bersamping dan bersongkok. Hemm.. nampak lebih muda dari usia, kalau kata bujang pun tentu orang percaya hehehe. Abang hadir bersama ayah, mak, kak long, abang Rosli (biras) dan Ajoy (adik ipar). Dengan 3 kali lafaz, kami selamat disatukan. Diikuti sesi menyerahkan mas kahwin, bacaan taklik, menyarungkan rantai tangan untuk sesi membatalkan air sembahyang, cium-cium tangan, cium-cium dahi dan bersalaman dengan semua sanak saudara yang hadir mengiring. Akhir sekali, sebelum pulang, sesi klik2 di sekitar kawasan masjid. Balik rumah, makan, dan bersiap untuk majlis berinai serta khatam/berzanji pada malamnya.

Berinai
18 Ogos 2007, 8.15 malam, rumah, persalinan ungu muda (pekej mak andam)
Macam biasa, duduk atas pelamin dan membiarkan diri dibuli oleh orang-orang yang menepung tawar. Sayangnya hanya seorang sahaja wakil dari keluarga abang iaitu Ajoy, yang lain semua dah balik N9 dan akan datang semula esok. Sesi klik2 begitu terbatas kerana aku dah siap berwuduk untuk majlis khatam, so tak leh pegang2, sampai naik tension Im nak menggayakan kami hehehe.

Khatam Al-Quran / Berzanji
18 Ogos 2007, 9.00 malam, rumah, persalinan merah (sponsor)
Rancangnya nak pakai terus baju ungu tu untuk majlis berkhatam tapi memandangkan ada baju lebih, kita tukar jer lah, tak der masalah pun. Kak Zalina dah balik sebaik sahaja siap mengandamkan aku awal2 lagi, tapi nasib baik ditinggalkan pembantunya di rumah aku, dia lah yang membantu menguruskan pakaian kami suami isteri. Untuk sesi berkhatam, kami suami isteri sama-sama mengaji. Orang lain nak khatam siap berguru praktiks2 banyak kali lagi. Aku dan abang pulak main redah jer. Rasanya performance kami ok, tak tau lah pulak makcik2 tu menyimpan kritikan2 di dalam hati. Diikuti sesi berzanji, hehe yang ni memang aku fail. Aku dah cakap siang2, aku ni tak berapa panjang nafas nak berlagu2kan ayat2 tu. Abang siap mengantuk semasa tunggu semuanya habis. Tamat jer, sesi klik2 lagi sekali.. 'Besarkan mata bang' sampai berbunyi im. Kesian abang, mengantuk sungguh dia. Tamat, makan roti jala.. Masuk tido. Asalnya kami dah sediakan rumah persinggahan untuk abg dan keluarganya, tapi memandangkan abang dan ajoy sahaja yang ada, mereka tido di rumah kami saja.

Pagi Pertama Sebagai Isteri
19 Ogos 2007, pagi, baju kurung biasa :D
Inai hanya aku pakai pada pukul 5 pagi, caya tak? hehehe inai yang kami beli tu memang cepat sangat kesannya, dalam beberapa minit sahaja dah merah. Tapi aku pakai 2 jam, takut tak menyerlah. Sempat juga menginaikan abang. Pagi tu, aku menyiapkan sirih junjung untuk hantaran. Menurut abang, hantaran dari pihak lelaki ada 10.. mak aii, apa yang depa beri ni. Tapi aku dah kasi tau abang awal2, aku cuma dapat siapkan 7 jer. So, lantak lah. Pagi ni jugak ada sesi mengaji kumpulan Aujakan di rumah. Pukul 11.30 pagi, Kak Zalina datang mengandam. Awal sikit kerana dia kena mengandam di tempat lain jugak.

Bersanding
19 Ogos 2007, 3.00 petang, rumah, persalinan songket maroon (pekej mak andam)
Cuaca agak kurang baik, kadang2 hujan. Tak apalah hujan rezeki tu, Insya Allah. Rombongan N9 sampai pukul 12 tengahari dengan bas. Kami bersanding lambat kerana kumpulan kompang ada 3 tempat lain nak pergi. Bayangkan, selepas hampir 4 jam aku bersiap, baru nak bersanding, muka berminyak habis. Tapi tak per, sementara tunggu tu, aku dpt layan ramai tetamu dengan keadaan yang sudah cantik hehehe. Kelakar betul, ramai sgt orang datang yang kenal aku tp aku smpi pening2 paler nak pk sapa depa ni hehehe. Takut2 depa pergi salah umah, pasal pada hari yang sama ada satu lagi kenduri kahwin yang pengantinnya nama Rahayu jugak, sama umur dengan aku lagi. Bersanding, klik2, then masuk tukar baju.

Makan Berdamai
19 Ogos 2007, 3.45 petang, rumah, persalinan krim (pekej mak andam)
Tukar baju cepat2 psl dah dekat kul 4, rombongan pihak lelaki dah lapar. Kami makan sambil posing2 mcm biasa dan Im seperti biasa bersedia di sana sini. Kami makan tanpa rasa malu2 hehe, suap2 pun tak malu-malu, rasa mcm dah biasa buat plak hehehe. Lepas makan, potong kek 3 tingkat kaler pink yang mak tempah. Agih2kan, tinggallah separuh kek yg paling bawah. Lepas makan, salam-salam dengan keluarga n9 yang berangkat pulang. Abang? Berair nampaknya mata, emmm sedih berpisah dengan anak.. Tak per kejap jer. Yang paling tak boleh lupa adalah, setelah bas rombongan n9 berangkat, baru perasan yang Qasrina, anak sdara abang tertinggal! Menangis2 Qasrina, kesian sangat. Agaknya pasal mak ayah dia tak ikut, tu yang tak der sapa perasan dia tertinggal. Dan lagi satu, hantaran tak bertukar.. hehehe abang terpaksa drive mengejar bas yang menunggu di simpang untuk hantar Qasrina dan barang2.

Outdoor Shooting
19 Ogos, 5.30 petang, Pantai Tanjung Balau, persalinan kuning (sponsor)
Tetamu pun dah balik. Aku, abang dan Im berangkat ke Tanjung Balau untuk outdoor shooting dengan kereta Im, thanks im. Seronok sgt. Walaupun muka mcm tebal giler dengan orang ramai, tiba2 kitorang datang dengan pakaian pengantin, memang jadi perhatian lah. Dari pasir ke air ke batu, ke pokok semua tempat kami bergambar, dari pose berdiri ke duduk ke mencangkung ke berpusing2, ke berlari2, peluk pokok, macam2 gaya ada hehehe. Kul 7 baru kami balik. Sampai umah, dah penat. Malam rilek.

Kami di Johor sehingga rabu. Petang rabu aku ke pasir gudang menghantar cenderahati kepada kawan2 opis lama yang mengirim hadiah dan angpau. Pergh semua orang kata aku kurus giler dah. Hehehe siap cakap, dah dah jgn kurus lagi, nnt tak cantik hehe. Petang tu juga kami bertolak ke Gemencheh, tiba pukul 11 malam. Berada di N9 hingga petang jumaat dan berangkat balik ke Bangi.

Bercerita2 ni kalau siap gambar lagi seronok, tapi gambar lambat lagi siapnya. Ni ada sekeping yang aku kecek dari staf opis yang dtg masa kenduri.

Dua Ayu Biasiswa (Ayu Pengantin & Ayu Pemilik Kamera)