Friday, January 28, 2005

Never crack under pressure

Jumaat, esok cuti. Bukan cuti haper, sajer amik cuti utk pi ujian perkhidmatan PTD. Ekceli, bukannya aku nk sgt jawatan tu pun. Tp klu dpt, per salahnya. Dgr kata kerja nya cam glamer jer, leh travel kulu kilir. Besh tu!! Tp aku pi pun ujian tu skdr nk cari pengalaman, nak test paler otak aku ni msh genius (dulu genius ker?) dan boleh pakai lagi ke tidak. Dengo kata, ujiannya tough tp aku tak terpk lgsung nk korek2 rahsia atau tips dr orang yg dah penah amik ujian tu. Gamble jer lah, aku malas dah nk bsungguh2 sgt kang klu fail, aku jugak yg frust. So, baik aku pergi dgn riang gembira hehe walaupun aku tau aku akan kejong mengadap ujian tu dr kul 9 sampai 4.30 ptg. Padan muka aku, baik2 kerja kul 9 smpi kul 1, ko up lagi smpi 4.30ptg. Tk aper, minggu depan kan dah cuti panjang 5 hari. Habis satu kilang dipaksa amik off 12hb. Klu dulu, pernah siap compulsory leave. Nak paksa2 plak orang cuti padahal yg sibuk nak beraya tu cuma orang ca jer.
Semalam, aku dah kasi tau mak psl nak pindah umah. Mak ok jer, abah pun ok jugak cuma derang nak tengok dulu umahnya camna. Klu jadi pindah ok jugak, bebas sikit aku. Cheh, nak bebas konon. Klu nk diikutkan duduk umah sekarang byk jugak con dia tp aku tak pernah kasi tau kat mak psl klu mak tau, tentu on the spot mak heret aku balik umah. Aku pun mls lah nk wat keje bodoh, buat list segala kebaikan keburukan. Ingat ni karangan fakta SPM ker haper.
Semalam jugak, aku balik lambat psl spend skit masa anto emel kat besfren aku. Aku dah seupaya mungkin luahkan apa yg aku rasa dan aku pasti dia akan tersinggung punyalah. Tp aku dah nekad. Ini lebih baik dari aku memendam rasa dan bersabar jer selama ni psl konon nk jaga hati orang. Dh smpi masa aku nk jaga hati sdiri, salah ker? Aku sengaja tak nak telefon psl at the end, aku yg bengkrap. SMS, of coz dia tak kan reply. Nk jumpa, aku takut kalah atau cair lagi dgn manis mulut dia. So, yg plg jimat dan senang adalah emel, konon cam jauh sgt pdhal satu kilang jer. Aku mmg cuba nak toughkan diri, tp control2 pun menitis jugak air mata aku. Aku tau aku gagal lagi nak pertahankan ukhuwwah ini. Lepas ni, aku perlu bertegas dan takkan kompromi lagi. Apa2 hal biar dia yg cari aku. Aku tak tau apa agaknya reaksi dia, mungkin sedih, meyesal atau mungkin dia seronok nak mampus biler aku kata aku nak undur diri. Klu ikut pada prinsip idup aku, aku takkan mudah lari dr masalah atau putus asa. Tp psl sorang ni, aku dh langgar mcm2 prinsip idup aku.
Tp, dlm hal kerja aku takkan menyerah kalah. Untuk new attendance system yg baru install kat kilang ni, mmg menuntut penuh kesabaran. Bayangkanlah di awalnya, bos purchase system ikut suka hati. Dia tak kasi tau aku, tu aku tak kisah pun tp dia tak bincang dgn orang Admin yg nak guna sistem tu. Aduh maak, korang yg dlm bidang IT tentu paham akibat buat system tanpa depth analysis. Dah tu, biler dah implement, aku kena handle semua, bos aku cam lepas tangan. Biler dah banyak problem, admin bising, bos besar bising, naik giler paler otak aku. Smpi satu tahap, tpaksa mintak supplier buat major modification kat system. Of coz supplier akan bising, no use dtg lama2 impliment last2 ubah hampir keseluruhan structure. Satu kerja lagi aku nak mengadap supplier plak. Bingit seh telinga. Sib baik aku ni betul2 background IT (bos aku tak, dia degree in math), so aku dptlah paham segala technical problem dgn system tu dan dpt deal betul2 dgn supplier tu.
So, biler dtg system baru siap modified, problem plak dgn human. Aku tau supplier betul2 nak senangkan kitorang dan amik berat security reason, that's why ada perubahan sikit dr segi penggunaan. Bagi aku system tu mmg dah ok, skrg masalah dgn user yg bising2 psl lecehlah, asyik tukar2 lah, itulah inilah. Masing2 tunjuk keras kepala tak nak ikut prosedur padahal aku tmpl arahan dlm bahasa melayu punya besar, nak ikut sikit pun payah. Aku nk wat camna, manusia mmg sukar nk terima perubahan esp orang2 lama ni yg berangin satu macam. Eeee... aku ni pakkal jer sabar, masih mampu buat cool wlupun kena maki. Kalau tak, tak psl2 kuar berita wujud gorilla betina kat satu kilang di pasir gudang.
System baru modified ni cuma baru fully implement semalam, of coz a bit messy lah kan. Admin dah bising biler ada lagi masalah. Aku dah terangkan sedaya upaya. Mmg bagi aku system dah ok cuma human error jer skrg. Lg pun, baru2 mmglah orang lum leh terima, lama2 dah jadi rutin, everything's gonna be fine. It's just a matter of time. Tp Admin Exec tu nmpknya asyik pk negatif jer, smpi dia leh kata nak drop out jer system tu n back to old manual stuff. What!!! Aku terus terang kata kat dia, aku tetap akan pejuangkan projek ni psl aku dh banyak berkorban utk menda ni. I'll make sure orang akan terima system ni dan seronok guna. Aku tau HOD sdiri tak amik kisah nak nasihatkan anak buah masing2, buat bodoh jer. Yg susahnya karang aku jugak. So, utk permulaan, aku sanggup tunggu depan system sepanjang masa n make sure everybody is taking the method of using it. Aku takkan give up!!
Oklah, sebelum terlebih emosi, baik aku pen off. Bye

Thursday, January 27, 2005

Citer raya skit, citer smlm banyak

Keh keh keh, aku tengok tagboard tak bergerak2, dok orang yg sama lagi. Huhu agaknya mmg aku syok sdiri bcerita kot. Hehe tp tak per, sikit pun tak kisah.
Tau apa menda yg mcm buang tebiat yg aku buat masa raya haji kedua ngan ketiga? Aku membersihkan satu rumah dgn melampau. Habis semua menda aku cuci dan lap. Menda2 yg mak aku tk penah pk nak cuci seumur hidup pun aku bersihkan. TV aku bersihkan, almari pinggan mangkuk mak pun aku bersihkan, aku kuarkan segala pinggan mangkuk, aku cuci almarinya, cuci pinggan mangkuknya dan susun balik. Ikut hati nak ajer aku cat baru dinding dapur tu. Kiranya sampai ke malam tak abis2 keja, mak aku cuma kata aku ni dr pg smpi mlm tak abis2 mengemas. Adik aku kata aku buang tebiat, dia kata jugak, long ko tak yah keje lah long, duduk umah jer jaga umah. Tp punya mengemas tp ada jugak lah 2-3 keje yg aku tk smpt buat. Iaitu cuci lantai dan cuci bilik air. Waktu aku sibuk mencuci itu ini, abah plak pi bawak keta aku pi cuci satu body. Perghh, bersih giler keta aku, org kedai tu cuci melampau. Abah siap anto pi greasing, cuci enjin, belikan lampu biru kecik utk depan keta dan gantikan lampu signal aku yg dah sompek, cayalah abah.
Huhu, ari ni aku gi ofis dgn penuh bangganya, psl apa? Psl ari ni pakai baju baru!!!! hehe. Baju ala2 korporat yg sopan hehe yg menyebabkan mak aku lenguh2 kaki menemankan aku shopping ari tu. Ingat nk pakai karang2 jer, tp psl muka baru wat facial smlm (kira masih bseri lah kononnya hehe), kira oklah tu, baju baru ngan muka baru. Ramai org tegur ari ni, yer lah sblm ni mengusung baju kurung jer kulu kilir. Aku nk ajer menayang kat besfren aku, biar sakit ati dia. Tp takkan aku tetiba tak tentu psl pi dept dia nak menayang diri. Takker cam hampeh tahap melampau tu namanya. Semalam dia ada dtg ofis psl nak amik kasut keje baru, tp aku buat bodoh jer dan dia pun sama. Arggghh.. bila tengok dia, tak semena2 aku jd berdebar2, sejuk tangan aku, rasa marah plus sedih yg bercampur aduk. Sedih smpi rs nk menangis, marah smpi rasa aku nk ajer pi depan dia dan tampar muka yg konon hensem tu. Akibatnya, entah naper paler aku jd pusing dan pening kejap.
Balik, aku pi wat facial resdung. Perghh, memula perit jugak masa diasapkan tu tp dah baper kali wat ni, dh biasa. Aku punya kerek leh maintain senyap jer sedangkan org lain bleh lemas dan terbatuk2. Memandangkan ni kali ketiga, so aku terus wat facial, dah lbh setahun gak aku tak facialkan muka, sekali dia picit, mak oiii, smpi meleleh2 air mata punyalah sakit menahan. Tp lepas tu ok, kiranya aku puas hatilah kuar RM60, mcm2 treatment yg dia buat. Balik, terus pi umah Cik Ar, tuisyen add math utk Ain plak. Derang tegur muka aku nmpk cerah lps facial tu, nampak pink.. hehe. Tp betullah, udahler paler dah pening dr kat ofis, pas tu wat treatment resdung menyebabkan paler aku makin pusing.
Smlm Ajai (bukan artis yer), kawan yg aku kenal masa Tilawah Al-Quran thn lepas tepon aku (bukan aku yg masuk, aku cuma temankan orang jer). 1st time call, aku tak der, apa kejadah nyonya yg angkat tepon tu kata aku tak keje, suka2 mak bapak dia jer. Masa tu aku pi Guard House utk tengokkan supplier psg sistem baru. Ajai tepon cakap psl umah. Dia ajak aku duduk menyewa satu umah ngan dia kat Tmn Mawar. Aku ok jer, aku dh kasi tau Cik Ar, tp lum kasi tau Mak lagi. Auntie Wan pun aku lum kasi tau. Auntie Wan msti keberatan, psl skrg dia duduk sorang. Argghh, aku bukannya tak kesiankan dia tp pengalaman sblm ni menyebabkan aku tlalu byk bsabar. yer lah menyewa bilik umah family orang mana sama ngan menyewa sdiri. Skrg ni aku harap mak setuju aku pindah. Klu jadi, mungkin tengah bulan 2.
Oklah, lapo plak rasanya, nak pi pekena air nescafe panas ngan biskut Hup Seng dulu, tata.

Wednesday, January 26, 2005

Raya Pertama Yang Best

Ari senin lepas, aku dpt salary increament letter yg disteplerkan bersama slip gaji baru. Adushh.. merundum lagi. Kesian plak aku dgn diri sendiri, siapa lg nk kesiankan aku pun. Korang? Heh, itu akan mjadi lawak paling berkaliber dan mendebarkan yg aku penah dgr di dunia yg fana ini. Rasa nak terkehel iris, tergeliat retina mata aku menengok nombor2 yg tertera, seolah2 ada muka yg mngejek2 aku, chiss!! Agaknya mandum sungguh prestasi aku thun lepas ye’. Aku punya bharap yg ini cuma illusi optik, agaknya figure tu 1000 bukannya 100 yg aku nampak. Maybe 0 yg lagi satu tu imejnya jatuh atas bintik buta bebola mata aku kot, itu psl lah tk nampak. Huwaaa!!! Aku melalut. Weiii!! Yue, meh sini, KELETUUK!! Aku menyekeh kepala sdiri. Apa punya manusia dah tak reti bersyukur ker, nasib baik ada increament, nasib baik ada gaji, nasib baik ada kerja. Org lain tu ramai lg yg susah. Ko ni kan, eeee... insaflah sikit. Redha beb redha, dah segitu jer rezeki ko. Biar skit asal berkat. Manalah tau bos sengaja wat cam tu, psl ko kan derang nak transfer pi dept lain, masa tu, barulah gaji naik lebih skit. Padan muka ko, ari tu riak sangat.. Rasa nak balik umah time tu jugak, tp setelah mengadjust paler otak aku ke sudut darjah kewarasan yg normal, aku ok dah. 2 mlm ni kan aku ada tuition. Ikut hati nk jer balik kg cuti Thaipusam, leh ikut abah gi KL anto abang. Rasa hari senin tu patutnya aku cuti jer, tp teringat yg sabtu ni kan aku cuti lg, nak pi JB amik ujian kemasukan PTD, baper byk ari dah aku nk cuti. Doakan aku berjaya yer!
So, back to citer hari raya haji. Bangun pagi dgn terperanjat tdengar sore abah berleter. Aik, abah dah merampas kuasa berleter di rumah ni dr tangan mak nampaknya. Bukannya apa, abang liat nk bangun, dah tu mandi lama plak tu mcm mandi bunga, abah plak kena tunggu dia. Biler abah dh berleter, mmg menyeramkanlah. Basuh muka ala kadar stail Bujang lapok, aku terus pi gosok baju melayu abang ngan abah utk derang pakai pi semayang raya. Pi jer derang, aku kejut adik (ni lagi satu sleeping beauty), kasi dia assignment biasa, pi anto berkat kat rumah jiran2. Sambil tu, aku cam biasa, melakukan kerja2 ala Majlis Pembandaran kat dapur tu. Mak dah terlelap, syian mak penat masak malam tadi, aku sedap2 jer membuta. Adik2, mlm tadi derang nengok tv jer lah tu agaknya. Tiba part yg memeningkan paler bila jiran2 dah hanto juadah ke rumah, smpi dah tak der space atas meja tu ha nk diletak lauk. Bygkan biler satu rumah hanto 3 jenis lauk, 5 rumah, dah 15 lauk, lauk umah sendiri lagi. Pergh, pening jap aku. Sib baik lah lauk2nya lebih kurang sama jer, serunding, rendang, ayam masak kicap, lodeh dll. So berbekalkan seikit ilmu IT, aku aplikasikan dgn meng’compress’ lauk2 yg ada tu. Lauk kering yg sama, letak satu pinggan, asalnya nak campurgaul jer, tp memandangkan mereka bukan muhrim (umah lain2) kenalah korek parit atau taruk divider biar tak bersentuhan, senang tau ni lauk umah saper, ni umah saper. (Baca:Senanglah kalu nak kompelin nnt ahaks) Dah compress, kita defrag sama dia. Susun elok2 atas meja, kasi rapat..
Lepas kerja2 selesai, abang ngan abah pun balik. Aku plak sibuk menggosok baju sdiri plak buat pi beraya nnt. Baru gosok ¾ jalan, mak suh aku pi kota ngan bang dan abah. Rupa2nya depa nak pi amik motor baru abang. So, kononnya nnt balik, abang ngan abah bw motor, dan aku bw keta tu. Ni sumer kes mak tak caya abang bawak motor sensorang lah ni. Aku mls nk pi psl aku pun lum mandi lagi ni, aku mandi bukannya kejap, macam adik2 yg lain jugak, kitorang mandi cam mandi bunga, esp time aku tengah tak suci ni, setengah jam ler menunggu. Hehe. Tp mak menggunakan kuasa vetonya memaksa aku, aler along bukan wat aper pun, duduk jer dlm keta tu. Huh.. nak wat camna lagi, ikut jer lah, kat kota, smtr menunggu derang settlekan motor, aku duduk dlm keta wat per lagi, membuta lagik ler kuang kuang kuang. Balik plak, amboi mentang2 mak tak der, abah plak sporting giler kasi jer abang bawak sdiri moto baru tu balik. Chiss sengal urat biji mata aku menengok budak tu berlagak sungguh dgn motor baru. Aku dulu dpt keta baru tak der plak eksen mcm tu (ye ke? hehe). Bygkanlah ekceli motor tu punya road tax lum siap pun, tp psl adik aku ni dh terkinja2, tak menyabo2, tpaksa lah apek kedai tu kuarkan jugak motor tu. Balik umah pun kami pakai plat lama yg abah kopakkan dari motor suzuki scooter kat umah tu.
Balik umah dh kul 12, operasi merendam diri huhu.. tp kacau daun betul, abah bising2 lagi. Padan muka aku, mcm org lupa diri pdhal abah nak pi solat Jumaat plak. Tak per.. jgn jd anak derhaka, hehe. Lepas solat Jumaat, kami berangkat ke Bandar Tenggara psl raya kali ni, dh jnji nk kumpul kat umah Mak Andak. Cam biasa, saper lagi nak mendrebarkan diri klu bukan aku. Jln Kota-Desaru buat aku pening sat psl byk sgt keta, tp jln Air Terjun-Bandar Tenggara best!! Aku leh pecut dgn sebrutal2nya, perghh.. Tp brutal2 pun 110 jer kah kah kah! Kira standardlah tu utk org berbudi bahasa dan bersopan santun di jalan raya cam aku ni.
Kat umah mak andak, ramai dah ada, Usu, Achik, Mak Andak, Mak Teh dan kuarga derang. Kecoh jadinya bila dh kumpul ramai2 esp dgn adanya Usu dan Achik yg kaki gurau dan pelawak, makin empuk adunan biler aku join sekali, perghh.. Plg besh biler interviu ngan along mak andak yg balik cuti PKN, hehe mcm reporter lah kitorang, kalah Karam Singh Walia (siap angkat2 tangan dan berperibahasa tuhhh..). Pas tu, apa ke jadah petang2 raya sibuk nak wat kek coklat. Si usu beria2 mengoyak resepi dlm majalah, dan aku plak beria2 disuruh jd drebar pi ronda cari barang. Hampeh betul biler kena mcari barang kek waktu2 raya cam ni, kedai sumer tutup. Lainlah klu barang kek ni bleh beli kat vending machine ke, auto teller ker, kan senang, hehe. Masuk duit, kelepukk.. kuar marjerin, kelepuk kuar esen vanila.. Nntlah aku cipta alat cam tu. Masa memasak pun kecoh, kek sebuku tp kecoh mcm nak dipasarkan satu Mesia kek tu. Lepas maghrib, kek pun siap, emmm.. yummy sedap jugak. Masa tu masing2 sibuk nk claim credit , tengoklah sapa yg kacau topping (aku ler tu), tengoklah saper yg pegi beli barang (aku jugaaak..). masing2 takmoh kalah.
Lps maghrib, aku ngan family terpaksa mintak diri nk pi beraya umah nenek kat Bt Ramun plak. Hussshh, part beraya umah nenek ni yg plg besh biler psl makan, mcmc2 ada especially menu org bugis, Lepat ngan ketupat tu biasalah, tp plg best biler ada lepat loweh, ada burasak. Perghh kecur aku beb, lapo ni. Smpi2 jer, salam2 then terus duduk mkn, perghhh.. mak aku geleng kepala. Kat umah nenek, ada poksu, mak kuntum, mak ha & sepupu2 lain. Amboi, rumah nenek dh banyak berubah, tengah renovate, cayalah, mesti mak ha dpt bonus lebih, lantai dapur ganti mar mar, siling tuko baru, bilik air psg mozek baru. Dlm hati aku, bumbung tak nak cat sekali ker? Pas makan, kemas2 then duduk nengok tv siaran astro. Tp tak leh duduk lama, dtg plak satu rombongan beraya. Plg aku ingat ada sorang sedara ni, gayanya ala2 penyanyi nasyid. Seronok plak aku tengok, jadi adik ipar aku bagus ni hehe teruk adik kena usik ngan aku.
Tk lama lepas orang tu balik, aku ngan family pun balik. Sempat nenek bekalkan lepat loweh ngan burasak, cayalah. Balik ari tu, abh drive, rilek skit aku. Smpi umah apa lagi? Tidur..
Esok aku citer plak utk raya kedua dan ketiga di mana aku jd buang tebiat, bak kata adik2 aku. Apa dia, tunggu...

Monday, January 24, 2005

Sehari Sebelum Raya Haji

Sehari sebelum raya, Aku masih tercongok kat ofis dgn bangganya. Abah baru sat tepon kasi warning, suh balik cepat psl byk menda nk kena buat. Periuk belanga kat umah dah meronta2 kerinduan kat aku yg kejauhan ni. Perghhh, ai ai sir.. berkobar2 aku menabur janji, hehe janji2 dulu, buatnya blkg nnt bleh citer. Yg penting masa ni, kita kasi sihat dan aman sejahtera dulu telinga abah yg mdengarnya tuh.. wakakakakk..
Tengah aku khusyuk mengecheck email yg bertimbun (konon glamer pdhal cuma newsletter yg sesedap anak tekak aku jer subscribe dr mana2 website yg aku rasa cam besh hehe, tak pun emel forward yg ntah dah baper kali pusing2, mnda yg sama balik semula kat aku), Bos kpd bos aku (kiranya satu level bwh dr MD) pggl aku masuk bilik dia. Mak aiii, sempat jugak aku tercuak skit, tp cover beb, gagah perkasakan dirimu! Aku ingat dia nk tanya psl problem s/w ke h/w ke, tp dia suh aku duduk plak. Sib baik dia tk tutup pintu, klu tak, mesti kecuakan yg tadi aku dh halau dgn kejamnya akan dtg balik dgn lebih zalim menuntut bela. Huhu.. kecut perut aku, udahler aircond sejuk mcm kat kutub, kuku aku smpi naik biru, cincin smpi leh melorot tuh!! (jari aku dah kurus ker? Hehe). Otak aku mula mereka2 kemungkinan, jgn2 bos nk sound aku psl 2-3 menjak ni aku nmpk rilek sgt tak buat keje. Ahaks, rupanya TAK, tp rupanya Ya adalah bos aku mmbawa kabo yg kompius aku nk tafsirkan sbg baik atau masalah. Satu khabo angin yg dulunya aku dh tau tp biler dh lama senyap, aku ingat dah abis lah. Hehe.. rupanya bos berura2 nk aku gantikan tmpt Admin /HRMgr yg dh nk bersara. Dulu, nyonya assistant MD yg kasi tau, konon dia nk cadangkan aku, la ni, bos aku plak yg cadangkan. E’eleh, yoyo’o jer derang ni, caya sgt kat aku, terlingkup company ni kang padan muka derang, kah kah kah!. Aku plak dgn gila kuasanya tp cover skit2 mjawab, yg aku bminat cumanya aku ni tk bpengalaman, ilmu pun kureng. Lainlah klu bos nk kasi probation n training period utk aku blajo. Hehe.. bos setuju, dia kata akan bawa pkara ni ke MD dan klu settle sumer, bulan 3 ni aku start belajo. Dia kata akan monitor aku smpi bln 12, aku setuju dan aku kata klu lps tu, dia stil tk puas hati ngan performance aku, dia leh lah kick aku balik ke dept lama sbg Programmer cabuk jer ishk ishk. Tp bos kata, dia tau ramai yg akan tak puas hati ngan pemilihan aku esp org admin sdiri, but “i’ll support u, dun worry” perghhh.. cayalah.
Camna org lain tk puas hati, aku ni keje tk smpi pun 3 tahun lagi dh nk diberi tggjwb besar tu. Aku tk penah terpk akan dpt post tu pun psl sah2 aku bidang IT, dgn Admin tu ibarat ombak tsunami vs ombak kecik dlm akuarium umah aku jer.. hehe. Orang2 kat kilang ni byk jugak heboh2 kononnya orang tu orang ni akan amik alih Admin, dan semua yg digembar gemburkan (mcm tanah ler pulak ye’) tu plak sumer org lama, dah keje bpuluh thn kat kilang ni. Nama aku? Hampeh arr jgn harap nk masuk list. Aku rasa aku tau kenapa derang pilih aku, 1. psl aku bakal ada master in management. (biler aku nk grad ni weii!!) 2. psl dah x der org lain pun yg leh diharap. 3. psl derang nk ikat aku keje lama kat sini psl recently sorang engineer yg disayangi quit psl nk bisnes sdiri. 4. Psl aku ni jenis patuh dan senang ikut rentak orang tmasuk bangsa lain. 5. Psl nk save budget, wlupun aku ke Admin, tp keje IT tetap aku buat (kira multipurpose lah ni). Lgpun keje aku skrg pun on demand jer. Klu tak, mmg melepak menternak badan jer lah aku. 6. Pasal aku mmg berbakat pun!! Kah kah kah!! (fuiyoo, terasa bumbung ofis terangkat2 akibat aura2 keriakan yg berkepul kuar dr kepala aku hehe). Kiranya berguna jugak xtvt aku slama menganggotai rejim2 ganas kat kilang ni.
Bos aku siap cakap yg dia percaya kat aku psl dlm 3 thun ni, dia tau stail kerja aku mcm mana. Hehe.. tu yg aku berpura2 jer, yg betul2 mana dia tau hehe.. ishk tak der lah aku mmg baik haper kah kah kah!!. (riak lagi??!!!) Klu korang sdiri bila baca gaya penulisan aku ni, korang leh caya ker budak gila ni nk jadi manager? Aku sdiri pun cam tak caya. Tp dah itu hakikatnya, dan Insya Allah, aku boleh, berkat petunjuk dan pertolongan Allah. Skrg aku dh dpt kepercayaan dr 2 orang wanita besi yg bpengaruh kuat, hahaha.. saper2 nk langkah aku, pk lah dulu tujuh lapan ratus kali.. hehe. Nyonya2 ni jenis yg terlalu cerewet dan paling digeruni kat kilang ni tau!! Kira power gak aku ni, aiseyy, naper dr dulu aku tak sedar ek? (weiiiss.. riak melampaulah tuh!). Dah tu, bos aku siap tanya klu aku dah nak kawin ker, hehe.. dia bimbang aku beranak pinak kang susah plak nk handle kerja. Kikikikikk.. aku nk kawin? Tak der orang yg ndak pun, leh gitu? Klu ikut niat hati mmg nk kawin umur 25, ikut sunnah nabi kononnya hehe, tp menikah leh sorang2 ker? Bsanding sorang2 cam Norlida kat Kluang tu hehe.. untung2 leh masuk suwat kabo. Klu reporter tanya, ckp jerlah aku suka2 hati je nk wat cam tu. Bos aku siap bg nasihat mcm2, mcm mak2 pun ada. Dia suh aku cari lelaki yg lebih establish dr aku, katanya klu kawin dgn clerk biasa, kang aku plak kena support laki. Dia suh aku bina kerjaya dulu ke thp ttinggi. Perghh.. katanya klu aku betul2, dlm masa 10 thun, aku leh ganti tmpt dia. Fulamakk !! cam tu sekali ker? Excuse me, aku ni ngigau ker haper?.. Hehe, korang msti ingat aku menambah perisa penyedap citer, tp betul what !! Giler2 aku pun tk penah cakap bohong tau... (oopss, sikit2 aderlah yg terbabas, standardlah tu).
Buat permulaan, aku akan diberi tugas handle bhgn HR, Admin plak akan dihandle oleh executive yg skrg. Wlu mcm tu, aku kena jugak tau psl Admin in case budak tu lesap pi mana2, aku jugak yang naye. Lg plak, Admin byk kena keluar, so psl aku perempuan, tu yg bos suh aku amik HR jer dulu. Pk2 aku jd takut plak. Yer lah nak handle sumer staf kilang ni yg majoritinya lelaki, yg majoriti dh keje berpuluh tahun, yg 99% lebih tua dari aku plak tu. Mampu ker aku??!! Apa2 pun menda ni masih P & C lagi, Admin/Mgr skrg pun tak tau, dan bos dept aku sdiri tak tau. Aku tak leh bygkan apa reaksi staf2 sumer bila menda ni jd kenyataan. Klu tak jadi kenyataan? Hehe akulah yg malu psl dah over riak bercerita kat korang hehe..
P & C pun aku dh bcerita kat parent, hehe.. sajer jer, konon nk dpt berkat doa mak bapak. Korang pun jgn kasi tau org2 kilang aku tau.. klu kantoi, aku perambat korang keliling kampung, baru padan ngan muka korang (iyolah tu, larat ker cik oiii). Masa aku kuar dr bilik bos pun, ada jugak nyonya2 k-po yg tanya apsal aku kena panggil. Dgn selamba badak, aku kata ‘biasalah, org byk masalah disiplin, mmglah kena pggl’. Huhu.. percayalah korang, kah kah kah!!@
Tghari, operasi riak besar-besaran pun blangsung. Masa aku kuar makan ngan beberapa staf lain. Aku order tmpt lain, derang order tmpt lain. Dan nk dijadikan citer, tmpt derang order tu punyalah lembap ngalahkan kura2 tempang bjalan. Dan of coz aku dpt makan dulu. Keh keh keh.. terkebil2 lah korang tengok aku mkn, sori mori, i jalan dulu yer. So, tak thn dgn keriakan puak pelampau alias aku ler tu, derang pun order mkn tmpt aku order, then kejap jer dh smpi.. hehe, peluang utk blagak ni, apa lagi.. kui kui kui. Blk ofis, aku ngan muka tak malu pi nolong orang2 ca menampal kad2 raya merah, konon nk kasi naik skit seri nk thn baru cina. Bos aku siap mintak aku lukiskan gambo ayam kat dinding kaca. Hehe.. tp aku buat donno jer psl bukan aku reti pun. (baca ayat riaknyer, sajer tanak tunjuk terel).
So, ptg aku pun berambus balik kota. Ingat nk ikut jln dalam yg short cut tp teringat plak pesan mak, jgn ikut jln tu psl bahaya, takut apa2 jadi kang susah. Hehe, jln tu mmg misteri nusantara skit, ikut hutan, kebun getah, empangan, dah tu jln kecik nk mampus, tak leh berselisih keta, msti kena himpit tepi. Tp cepat sampai!! Aku dulu selalu buat2 berani ikut jln tu, smpi staf2 kilang ni geleng paler tengok aku yg tak makan saman ni. Tak sedo diri tu anak dara. Hehe.. Derang ckp, aku mmg buat muka 0.005 sen jer, tp biler mak dh bising, aku pun patuh ler, takut tak dpt redha mak plak. So, ptg tu, menderitalah aku dgn highway yg jam cam haper. Kaset inteam 04 tu adalah 7-8 kali ulang. Terlintas jugak rasa kesal psl tanak ikut jln shortcut. Arghh, bukan tak biasa pun. Klulah keta aku ni ada kuasa magic leh kuar sayap leh terbang, alangkah bahagianya. So, aku smpi umah kul 8 lebih ishk ishk. Balik dh penat, mata dah layu, perut lapo cam haper (simptom biasa masa period) tp kat umah satu menda pun tak der nak dimakan. Maklum sgt ler hari sblm raya mesti mak sibuk kat kedai. Then, tk sempat apa, aku start keta balik n kitorang satu family makan luar. Makan plak perghh, mmg teruk aku kena ketuk beb. Sejahtera betul adik2 mengorder macam2, nk wat camna, family aku jugak, redha jer lah, dpt pahala tuh!!! Sib baik cukup duit, klu tak, tak psl2 aku bertuko profesen sbg pencuci pinggan yg berjaya. Balik umah, aku smpt tolong mak wat sambal kacang, tp mak tak kasi tolong lebih2, dia kata biar dia yg masak (agaknya tobat dia psl raya posa lepas aku masak tak sedap, lambat plak tu hehe) So, dh dpt lampu ijau tu, aku terus landing kat sofa depan (feveret spot aku) dan terus pengsan smpi esok paginya dgn tak mandinya dan dgn baju keje sekali aku bawak tido. (aku dr kecik mmg dh terbiasa tido pakai dgn baju kurung)
Citer seterusnya smbung lusa, esok kan cuti Thaipusam. Nnt aku citer camna pd pagi raya tu aku leh pi bandar dgn tak mandinya dgn baju keje semalam yg tk berganti2, tak senonoh betul.

Wednesday, January 19, 2005

Searching My True Life

Yahuuu!!! Esok nak balik umah, hehe. Gerenti esok akan kepenatan. Balik keje kul 5.15 kena rush balik ke kota plak. Kalau jalan jam teruk especially highway Pasir Gudang ni, aduhaii.. mampus aku kekejangan dlm keta. Err.. rasanya ari ni atau malam ni tentu kat umah dah sibuk anyam ketupat. Ahaks, tak merasa aku nak meriakkan diri menunjukkan kepakaran menganyam ketupat. Tp tak kisahlah psl hero aku ada kat umah. Kita kasi buli sama dia !! wakakakakk!!!
Cakap psl hero aku ni, semalam birthday dia yg ke 21. perghh.. dah tua rupanya adik aku ni, rasa cam baru jer smlm dia kecik. Rasa baru jer teringat2 waktu aku selalu marah2 dia bila lembap sangat nak diajar matematik, smpi menangis budak tu. Alahai kesian.. Tp sekarang dia lg power math dr kakak dia, hehe mmg padan ngan muka aku pun. So, birthday kali ni, tak agak2 budak tu. Dia leh mintak hadiah motor. Ingat aku ni cap duit agaknya. Dan rupa2nya dia dah beli motor pun. Dia leh suruh aku bayo kan installment nya. Ini sudah melampau. Thun baru ni aku baru je nak bernafas skit psl dah lepas dr beban bayar loan ASB. Dia up lagi tuhh.. oksigen, oksigen.. help!!
Huhu.. ingat lg psl duda yg nak berkenalan ngan aku tu? Hehe.. dia asyik call jer waktu aku kat ofis. Pastu anto sms ngan teks yg cukuplah skemanya, mengalahkan dialog filem Yusuf Haslam yg terkenal dgn ciri2 buku teks sekolahnya tu. Aku ni dah ler sibuk sepanjang ari, dia ngacau plak. Balik keje aku pi aerobik, mlm plak nak gi tuisyen (which aku hampir2 nk kensel psl nk gi ceramah Anwar Ibrahim kat Tmn Saujana). Hehe, nmpk sgt mcm aku nk melarikan diri dr orang tu. Tp mlm tu, aku baru nak rilek menyelak2 majalah Anis bulan 1 yg aku baru baca suku, dia dah tepon. Hehe.. spt yg kujangka, dan mmg patutlah aku rasa tak sedap hati ngan orang ni. Aku rasa he is much older than what he told me. Dah call tu, pandai2 lah nk berbual. Ni tidak, senyap jer, dah tu tanya soklan yg ntahapa2. Aku rasa peliklah psl dia dah pernah kawin tp mcm orang yg baru nak blajo berkawan. Dgn suara yg konon mcm romantik (dibuat2 jer, mcmlah aku tk tau). Aku buat lawak skit, dia dah ketawa mcm haper, kengkadang tu aku rasa aku tak wat kelako pun tp dia ketawa jugak. Apalagi, kena sound lah ngan aku 'elo, saya tak wat kelako pun, apsal ketawa?' Pastu, apa yg aku cakap, diiyakan ajer semuanya, betul tu, betul tu. Smpikan aku lum abis cakap pun dia leh kata betul jugak. Waras ke tidak orang tua ni? apa lagi, 'apa yg betul? Saya belum abis cakap lagi haper'. Ha, kena ko sebijik ngan aku. Kiranya teruk jugaklah orang tua tu kena smash ngan aku. Especially bila aku bukak topik psl agama, mulalah dia nak ngelak. Aku plg benci bila orang nak kaitkan amal ibadat ngan hati, cthnya, wat apa pi masjid klu hati tak suci, tak ikhlas. Huhu, aku plg anti org cakap mcm tu. Ibadah yg ditetapkan Allah, jgn disangkal. Cthnya sembahyang, ada orang kata buat apa sembahyang klu tak khusyuk. Na'uzubillah, sembahyang tu tetap wajib, khusyuk hukumnya cuma sunat, diterima atau tidak itu urusan Allah, yg penting kita dah berusaha.
Aku menyesal plak layan orang tua tu ari tu. Walhal hati aku mmg rasa tak selesa. Aku patutnya ikut gerak hati sendiri. Tp aku tak kisah, sekurang2nya aku mencuba dan tak terus dikatakan sombong. So, smpi skrg orang tua tu lgsung dh tak contact aku which is aku bersyukur sgt2. Maybe dia terasa gila ngan aku. Ahaks lantaklah, aku cuma jadi diri sdiri jer, klu dia nak terima, terimalah. Klu tak nak sudah. Dia tu yg berpura2, patutnya dia sedar diri tu. At least sekarang dia yg melarikan diri dr aku dan aku tak bleh disalahkan dlm hal ni. Lgpun aku rasa dia ni nak berkawan ngan aku (konon klu leh dibuat bini) cuma utk jaga kepentingan dia jer psl dia dah penat idup sorang2. Aku plak camna? Aku pun nak jaga kepentingan aku. Aku kawin bukan utk setahun dua, bukan utk setakat mmbahagiakan orang tp diri sendiri terseksa.
Arghh.. pengalaman2 lepas mengajar aku utk kembali mengikut kata hati. Aku dh terlalu banyak beralah & berkorban utk orang hingga mengenepikan perasaan sendiri. Klu dulu, aku mmg mengikut kata hati (harapnya yg dipelihara Allah) tp semakin dewasa, aku cuba nak berkompromi, dan bersabar menerima orang lain seadanya. Rupa2nya itu tak membawa aku ke mana2. Aku yg lg teruk adalah. Sebab tu, sekarang aku akan ikut kehendak diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa. Salah ke kalau aku nak hidup bahagia dlm dunia yg singkat ni? Lepas ni aku nak hepi2 jer, pegi jalan orang kata apa pun. Dan yg penting skrg aku kena tegas ngan pendirian aku. Allahu'akbar!!

Monday, January 17, 2005

Entri tak tau tajuknya haper hehe.. (versi II)

Assalamualaikum...Dah baper ari x ujan, pagi ni ujan plak. Aku sedar dah kul 7 lebih. Sib baik tengah 'cuti', klu tak mmg subuh gajah ler aku. Dan nasib baik lah aku sedar kul 7, kalau kul 8 ke 9 ke, tak ke naya. (iklan: ni sapa ni gatal main miss call kat aku tp tak mau cakap, sekeh kang baru tau.. aku dah ler tgh PMS ni). Mlm tadi, operasi menengok tv aku berakhir kul satu lebih. So, aku tidur dgn gamble bleh bangun ke tidak pagi ni, pasal x de alarm clock coz motorola e380 aku ni tak cukup makan, dia punya charger aku kasi pinjam orang. Giler gamble psl dah ler tidur lewat, ujan plak tu (sejuknyeer), badan plak tengak lenguh2 (dh lama x jogging, smlm ptg gatal nk jogging plak), so bleh ke aku bangun awal?
Mlm tadi, Juara Lagu bagi aku biasa2 jer, mcm tak der yg istimewa. x mcm yg sblm2 ni, entahlah aku pun tak tau. Tp for the 1st time, aku rasa lagu Erti Hidup tu sedap betul rasanya. Lg seronok biler aku tgk citer Cinta Dot Com. Ceritanya besh jugak, ringan tp apsallah singkat sgt waktu tayangannya. Tak sabo aku nk tunggu minggu depan. Then, aku tengok The Apprentice. Pun aku suka sangaat. Program ni mmg bawa msg yg bagus. Aku jadi terkenang waktu aku tgh aktif dgn kepimpinan waktu kat kolej dulu. Episod kali ni, derang dpt projek jual aiskrim, dan Mosaic Corporation yg menang. Aku mmg setuju sgt psl derang lebih organize, dpt plak leader yg pernah jd askar. Apex Corporation plak dah ler kacau bilau, derang bleh ciplak plak idea dari Mosaic. Last2 derang kalah jugak, padan muka. Mosaic kira menang besar psl untung derang lebih tinggi wlupun derang tpaksa beli sendiri ramuan dan sebahagian duit tu derang derma pd badan kebajikan. Aku mmg tk puas hati betul dgn Ivana, project manager untuk Apex, tak tegas langsung. Mmg betul kata Trump, 'u are a lousy leader'. Saat2 akhir dpn Lembaga Pengarah pun dia leh bertukar2 fikiran, per citer lah pompuan sepet tu. Tp kesian sgt kat Brad psl kena pecat. Actually dia patutnya terkecuali dr mengadap Lembaga Pengarah psl last episode dia jd project manager dan group derang menang. Tp Brad dh silap langkah. Dia ingat dia nak tunjuk yg dia prihatin dan nak berjuang bsama kawan2 yg lain. Last2 dia kena pecat. Tp betul jugak tindakan Trump pecat dia, yerlah. Brad dah tak berisiko tp dia sengaja dedahkan diri pd risiko, kan ke bodoh namanya tu.
Encik cik tuan puan sekalian, korang rasa umur 25 ni tua sgt ker utk aku yg belum kawin ni? Apalah ada pada umur. Yg kelakonya sekarang ramai plak orang yg sibuk nk carikan jodoh untuk aku padahal mak pak aku kat kampung tu, cool buat selamba badak jer. Ari tu, Senior Clerk kat dept aku ni, sibuk nk rekemenkan aku ngan sorang budak. Khabonya budak ni keje bagus, grad, dah ada tunang tp lepas accident, kaki dia ada cacat skit so tunang pun cabut. Itu satu, then, sorang lagi akak kat ofis ni jugak nk rekemen anak sedara dia. Budaknya keje kat Pelabuhan Tg Pelepas, ada Waja (hehe penting ke info tu?), tp lulus STPM jer, baik dan tak pandai bersosial. Then, mak cik aku kat sini (sedara jauh) nak bawak aku jumpa satu keluarga ni psl derang nak tengok aku utk anak bujang derang. Ada 2 tuh hehe.. Yg abang katanya arkitek, pun x pandai bersosial, dah 30 lebih umur tak silap aku, dah pernah bertunang tp putus psl mak dia tak berkenan. Yg si adik plak tak tau citer plak aku. Baru2 ni plak ada lagi sorang staf sini nak rekemenkan aku dgn sorang duda anak 3 tak silap.. hehe, seram bunyinyer.. Ari ni kemain sibuk orang tu menelefon hp aku ni smpi jadi bosan aku. Dah ler aku sibuk ni, dah desperate sgt nak berbini baru ke orang tu?
Argghh.. tensen aku jadinya cam ni. Aku ni nak hidup tenang, tp biler orang2 sibuk sgt camni, aku jadi bosan yg teramat bosan. Rasa cam nak lari pi mana2 kutub, duduk berhibernasi tanpa diganggu oleh orang2 yg sibuk nak jaga tepi kain orang. Bukannya aku benci orang sibuk2 cam tu, tp entahlah, bukan aku menolak jodoh. Itu semua kan kerja Allah. Tp aku rasa mcm tak sedap ati biler orang lain yg merancang2 cam tu. Klu boleh biarlah menda ni datang secara natural.
Tp yg penting skrg, aku nak jadi diri aku sendiri. Aku malas dah asyik nak jaga hati orang, berkorban untuk orang tp akhirnya perasaan dan hati aku sendiri tak terjaga. Aku nak buat perkara2 yg menyenangkan hati aku kerana aku ada hak itu selagi aku tak terpesong dari landasan yg Allah gariskan. Klu aku asyik nak dengo cakap orang, aku jugak yg susah nanti. Biarlah orang kata aku itu ini pun. Biarlah orang kata aku ni sombong ke, tak mendengar kata ker, derang apa peduli. Esok2 aku susah pun bukan derang nak tolong. Yang menanggungnya karang aku jugak. Dlm dunia ni, sape lagi yg kenal diri aku ni klu bukan aku sdiri.

Saturday, January 15, 2005

Salah Pilih Kawan??

Aku sendiri tak tau adakah perlu wujud istilah SALAH PILIH KAWAN dalam konteks umur aku yang dah nak masuk 25 tahun dah ni. Kalau aku ni budak2 kecik itu lainlah psl masa tu aku masih lum boleh berfikir dgn matang dan waras (tak waras tak bermaksud aku gila eh).
Klu dulu, mak abah mmg punya control pergaulan aku. Derang tak mau aku dgn mudah terpengaruh dgn pe'el budak2 sekeliling yg kadang2 mmg tak leh pakai. Mak abah jugak tak galakkan aku menyusahkan orang lain walaupun sedara atau kawan2 sendiri. So, sampai ke tua ni lah hidup aku dah terbiasa macam tu. Sampaikan ada orang kata aku ni terlalu berdikari. Aku boleh lakukan atau pergi mana2 bersendirian despite status aku sbg seorang anak dara. So, that's why mak ngan abah aku percaya aku pandai jaga diri walaupun sorang2. Klu terbabas jugak satu dua problem yg tak dpt nk dielakkan, aku mmg diajar utk kembali berteduh mengadu nasib di halaman kasih mak dan abah (kui kui kui ayat berbunga2 tuh). Di saat tu, aku tau cuma keluarga yg akan setia menyokong aku, wlupun kena leter kena bebel, tolong tu tetap ditolong. Aku bersyukur dgn keadaan ni sebab tu kengkadang aku rasa sedih klu nak tinggal berjauhan sangat dr keluarga. (hehe, atau ayat lainnya klu kawin aku tak nak lah orang jauh2 sgt)
So, back to topik utama. Menurut kacamata seorang yang dah nak masuk umur 25 tahun ni, bagi aku semua manusia adalah baik. Ciptaan Allah mana ada yang buruk pun. Klu nampak tak elok pun tentu ada sebabnya. So, bagi aku dalam umur sekarang tak der lagi istilah memilih kawan. Aku dah besar dan boleh membezakan antara baik dan buruk. Budak baik alim ker, budak gangster ke, budak tak pass SPM ker, semua sama jer. Berkawan tak bermaksud kita kena ikut cara orang tu. Persoalan terikut2 tu takkan timbul kalau kita teguh dgn keimanan, hati dan pendirian yg kita semai sejak lama. Klu budak tu baik, ye satu bonus untuk kita yg kita boleh contohi. Tp kalau budak tu jahat ke, pandai2 lah kita jaga diri dan kalau ada peluang, perlahan2 kita cuba untuk ubah dia menjadi lebih baik. Kalau berjaya, betapa besarnya ganjaran pahala buat kita, betul tak?
Bagi aku, kalau aku menghindari berkawan dgn seseorang tu, aku rasa seperti aku menghina ciptaan Allah. Allah sendiri tak membezakan hambaNya, kenapa plak aku nak buat macam tu?Kengkadang aku rasa aku ni pengecut dan lemah klu buat macam tu. Mmg berkawan dgn orang yg banyak kekurangan tu akan mungkin membawa banyak masalah pada diri kita sendiri, tapi... kalau kita lari, bukan bacul namanya??? Tanggungjawab kita untuk membantu dan saling mengingatkan sesama manusia, kan?
Macammana plak kalau kawan yang dibantu dan diingatkan tu plak buat hal, tak menghargai apa yang kita lakukan atau degil tak mau ikut nasihat kita? Emm.. itu yg aku alami sekarang dan klu ikut hati yang dikuasai nafsu dan syaitan, dah lama aku blah atau buat bodoh jer. Lantak ko lah nak terlingkup ke nak tergolek ke. Apa kena mengena dgn aku psl selama ni pun u bring no use to me. Hehe.. tp orang tak tau apa sbnrnya yg terjadi, psl mmg aku simpan sdiri psl aku tak mau memburukkan nama kawan aku ni. Orang ramai nmpk biasa jer, tp derang tak tau aku yg menderita ni. Aku cuma mampu bercerita dgn En Azmi ngan Mur. Mur siap nasihatkan aku supaya biarkan ajer kawan macam tu. Tapi perlukah mengalah macam tu ajer. Inikan sekadar ujian Allah untuk aku. Kalau aku berjaya ubah perangai kawan aku ni, tentu satu kejayaan bermakna. Aku ingat lagi peristiwa Nabi Yunus yang ditelan ikan paus kerana Allah murka dgn Baginda yg putus asa apabila gagal membawa umatnya menerima ajaran yg dibawa. Aku tak mau jadi macam tu. Aku bukannya buat menda yg jahat.
Aku pernah terbaca, nilai sebuah ukhuwwah itu terletak pada ingatan dalam setiap doa. Aku sentiasa doakan kawan aku. Tp bila doa aku tak dimakbulkan, perlu ke aku putus asa? Mungkin aku ni banyak dosa, tak berdoa dgn hati yg suci, tulus ikhlas, sbb tu doa tu Allah KIV dulu. Tp aku akan terus berdoa, mana tau kesabaran aku akan dijanjikan dgn sesuatu yg lebih baik yg langsung aku tak jangka kan? Orang yg sabar akan dapat yg terbaik. Aku pernah berikrar, aku rela kawan aku ni membenci aku, atau membuang aku sbg sahabat asalkan dia dapat berubah menjadi lebih baik. Aku cuma nakkan yg terbaik utk dia, bukan utk aku. Arghhh.. aku pernah terlepas cakap menda ni pada orang dan orang tu kata aku hipokrit.. sedih plak.
Apa yg aku coretkan di sini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri merujuk kepada pengalaman dan pengetahuan aku. Orang lain mungkin mengalami situasi yg berlainan dan mempunyai pendapat yang berbeza. Ya Allah, sucikan hatiku dari sifat2 tercela yang tidak kau redhai seperti riak, benci dan dendam. Istajibillahhumma dua'ana.

Thursday, January 06, 2005

I Need To Know

I need to know if you're my true friend,will you be by my side until the end?
Can I tell you my secrets deep,and trust them in your heart you'll keep?
We are neither of us without our flaws,can you accept mine as I will yours?
I'll be a shoulder to cry on when you're blue,will you be there for me when I need you?
No matter how busy I will make time for you,if you are busy will you make time for me too?
I will take your hand and comfort your tears,will you hold me and soothe my fears?
I will give you joy and many warm smiles,can we share that even across many miles?
I will not forget what's important to you,will you remember what's important to me too?
With you my most favorite things I'll share,If only I know do you truly care?
If you can accept me as I do you,
A beautiful poem sent by my old friend, Ida. Quite touching and is it really reflect the way i feel right now? Allah knows best. Huwaaa!! If only there is a song with this lyric, with a very sentimental melody. Of coz, i won't be able to hold my tears.I did and do trying very hard to become a perfect friend. My mum used to say which i still remember until now. Be good to people and only after that people will be good to you in return. But sometimes i do think that life is not fair to me, in fact i really do not want to think like that. Am i too bad? Too many sins until my good deeds still means nothing compare to my past wrongdoings? Or probably my good deeds are not joined with the complete 'keikhlasan hati'. I know, we do not have the right to determine how far is our sincerity. Only Allah do. But how far and how long i can stand up straight, pretending that nothing happened in spite of the 'tsunami' that keep hitting my heart? Try to be in my shoes and you will feel how much is the pain when you are not appreciated. It's still ok but when people are not keeping their promise to you, the situation is getting worse. Ya Allah, give me some strength for me to carry on my life in spite of all these obstacles.