Tuesday, July 31, 2007

Bibik Oh Bibik

Tajuk entahapa2. Tp itulah masalahnya yg sedang melanda kami sekarang. Bibik lama kami dah berhenti tp sebelum berhenti, dia dah carikan pengganti utk kami. Alhamdulillah ler, tak perlu kami guna ejen. Tapi kelmarin, bibik baru tu pulak berhenti, nak balik indon katanya psl dah lama sgt berada di Malaysia. Adoii haaii, so asal nak kerja separuh hari semalam, tup2 tak kerja lgsung, duduk rumah mengemas.

Hari ni mula menghantar anak ke taska. Alhamdulillah tak ada masalah, Safiah pun ayahnya kata ok jer masa dihantar. What a very sweet n clever girl. I love u sayang. Buat masa skrg kami tak merancang nk ambil bibik baru melalui ejen, ongkosnya tu mau ribu riban sedangkan time2 ni lah kitorang tgh sengkek sesengkeknya. Kalau kami dpt jumpa pembantu rumah tanpa melalui ejen, Alhamdulillah. Kalau tak, terpaksalah tunggu smpi akhir tahun, mengharap duit bonus :( kalau ada.

So, sementara menunggu dapat bibik baru, terpaksa relalah kami menguruskan rumah tanpa bantuan sesiapa. Emm.. Ya Allah kuatkan dan tabahkanlah kami. Peliharalah kesihatan kami agar dpt kami jalankan tanggungjawab dengan sempurna, agar kami tidak kurus kering tidak bermaya atau jatuh sakit pada pada hari perkahwinan nanti :)

Friday, July 20, 2007

Luar Dari Kebiasaan

Harap maaflah nampaknya entri2 aku akan sentiasa berlegar2 pada topik berumah tangga, almaklum orang lagi 4 minggu nak menikah hehehe.

Serius cakap, ini merupakan kali pertama aku mempunyai hubungan yang serius dengan lelaki. Sebelum2 ni bukan tak pernah berkawan tp semuanya kawan2 ajer. So, mmg aku merasakan kelainannya. Aku ni bukanlah orang yg banyak sgt cakap, bukanlah orang yg vocal apa lagi untuk membantah atau bertelagah pendapat. Tapi biler ada abang, itu yang berlaku. Agaknya sebab dah wujud keserasian itu, menyebabkan aku tak ragu2 nak meluahkan apa yg ada dalam hati dan fikiran tanpa perlu selindung2 lagi. Agaknya aku lepas geram kot haha entahlah. Tapi ini menyebabkan aku rasa serba salah kadang2 kerana kadang2 apa yg aku suarakan itu sedikit sebanyak menyinggung hati abang.

Tapi kadang2 kebiasaan itu juga yang menimbulkan konflik lain. Jika selama 27 tahun aku ditanamkan dengan sesuatu amalan atau kepercayaan, tiba2 biler datang sesuatu yang bertentangan, aku jadi berkonflik. Aku seolah2 lupa yang orang lain tak sama dengan aku. Aku mengharapkan org lain pk sama mcm yg aku pk. Itu juga yang berlaku antara aku dan abang. Kadang2 apa yang aku rasa bukan perkara remeh tp abang merasakan ia remeh dan apa yg abg rasakan ia bukan remeh, aku pula merasakan sebaliknya. Konflik spt ini jika dibiarkan tersangatlah bahayanya. Biler perkara itu datang, aku tak tau nak salahkan sapa kerana memang itulah kebiasaannya bagi kami.

Apa2 pun, kalau konflik itu dtg pada ketika aku PMS.. memang mnjadi bahaya tahap kronik kerana emosi yg tidak keruan akan membuatkan aku kadang2 melampaui batasan.

Aku tau semua orang yg dah berumahtangga tentu mengerti. Ada apa2 nasihat untuk aku?

Thursday, July 19, 2007

Kesian Acu


Acu is my future youngest sister in law. Baik, ramah dan membuatkan aku jarang merasa segan bila di kalangan keluarga abang. Dan aku menjangkakan kami akan jadi klik sebaik sahaja aku rasmi menjadi ahli keluarga mereka, mungkin sebab perbezaan umur yang sedikit.
Semalam, kami mendapat berita yang memeranjatkan. Acu kemalangan di N9. Sebaik sahaja mendapat khabar, abang terus pulang ke kampung bersama Acik (my only future brother in law). Aku tinggal di rumah bersama anak-anak. Mulanya Safiah memang mengamuk habis biler tak dibenarkan mengikut ayahnya, tp Alhamdulillah rajuknya tak smpi beberapa minit pun.

Menurut abang, Acu kemalangan semasa dalam perjalanan ke pejabat senja semalam. Khabarnya dia cuba memotong sebuah kenderaan tp tak lepas dan melanggar lori balak yg dtg dari arah depan. Menurut Acu, jalan tu lurus dan dia rasa lori tu masih jauh di depan. Entahlah mungkin ada ilusi sedikit semasa tu. Akibatnya kereta kancil Acu teruk, dan khabarnya Acu cedera parah, kaki dan tangannya patah. Harapnya tak ada kecederaan dalaman lain yang serius. Di Hospital Besar Melaka, Acu dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 3 pagi dan baru sahaja keluar pukul 8 lebih sebentar tadi. Menurut abang, pembedahan tu untuk merawat kaki dan tangan yang patah serta membuang kaca2 di muka Acu.

Tak taulah bila abang akan balik ke sini, memandangkan keadaan Acu yang serius. Teringin sangat nak pergi tengok Acu jugak. Tapi tak perlah, Alhamdulillah anak2 kat rumah semua ok. Cumanya aku jer lah yang tido2 ayam semalam. Aku memang tak penah tido dlm bilik abang dgn anak2, tp anak2 insist utk ditemankan. Asalnya, biler derang dah tertido, aku pun cabut lah turun, tp sekejap jer ci'ah dh jerit 'Kak Long!!' Takut agaknya. Sekejap2 kang Safiah pula yg berbunyi. Pagi tadi, semuanya ok. Safiah walaupun masih kecil, tp dia tau ayah tak ada, bangun pagi tak paggil ayah, tp panggil kak long. Rasa seronok jugak biler rasa diri ni diperlukan oleh anak2, walaupun aku ni bukan mak kandung derang sebenarnya...

Lastly, aku rindu sangat kat abang... I love u abang.

Wednesday, July 18, 2007

Lagi sebulan jer hehehe

18 Julai 2007, bermaksud lagi sebulan jer lagi, aku akan menamatkan zaman bujang 27 tahun selama ini.. huhu.. bermacam2 perasaan ada.. perasaan standard lah org nak berkahwin.

Cuti dah dipohon, sepuluh hari insya Allah. Tak leh lama2 dah, pasal nak spare utk cuti 2 hari raya, aidilfitri dan aidiladha. Nanti ada dua rumah nak kena balik. Lagi satu sebab tak leh cuti lama ialah mengenangkan 'anak2' yang bersekolah.

Walaupun masih ada sebulan untuk menjadi isteri, tapi dah bermacam-macam duagaan hidup berumahtangga yang aku lalui. Dan kesemuanya memang mencabar kesabaran aku yg masih berdarah muda ni. Alhamdulillah, abang masih sudi nak faham walaupun kadang2 aku betul2 dh menyebabkan dia hilang sabar. Sekurang2nya apa yang aku lalui itu akan jadi pedoman apabila menjejakkan kaki ke status baru tu nanti. Sekarang ni bolehlah aku melenting, naik angin.. tp sekurang2nya aku tak lah terperanjat masa dah kawin nnt. Lebih baik melenting dan belajar skrg daripada dah kawin baru terkena, masa tu apa yg aku buat semuanya ada kesan besar pada timbangan pahala dan dosa aku sebagai seorang isteri.

Dalam masa sebulan mendatang ni, aku tau.. lebih banyak dugaan yang akan hadir. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Mula bulan ogos kami dah tak ada bibik dan akan dapat pengganti insyAllah hanya selepas raya puasa nnt. Satu dugaan besar utk aku dan abang. Aku harap beban kerja di pejabat tidak terlalu besar hingga aku boleh jadi stress nanti.

Bercakap tntg kerja di pejabat, aku nak maklumkan yang hasrat aku nak bertukar unit tak tercapai. Maknanya aku akan terus menghadap bos, bekerja secara langsung di bawahnya. Frust pun ada, kesal pun ada. Tapi Alhamdulillah aku bina sendiri semangat yg ada ni. Kalau dulu aku setakat memantau perjalanan kewangan unit. Kini aku sendiri cuba belajar secara terperinci dan membuat segala tugas2 penolong akauntan. Semoga bila dia cuti nanti, aku tak ada masalah nak uruskan sendiri, Insya Allah.

Sebenarnya dari sekolah, aku mmg suka dgn subjek akaun tp kerana masuk aliran sains, minat itu terkubur mcm tu ajer. Tapi mungkin mmg jodoh aku, masuk kerja di JBFM dulu aku duduk di Finance n Admin Division, selain drpd tugas programmer, aku buat juga kerja2 kewangan sikit. Biler masuk kerja gomen, aku tercampak lagi ke bidang yang sama, so layan jer lah.

Apa2 pun semoga semua urusan hidup aku akan berjalan lancar dan aku akan menjadi seorang yang lebih baik pada masa2 akan datang.

Saturday, July 07, 2007

Jemputan (warming up jer dulu)


Dah nama warming up, so tunjuk sekerat jer lah dulu hehe. Keratan kad jemputan dari softcopy artwork yang dihantar kepada kami. By end of July insya Allah semua kad akan diedarkann kebanyakannya adalah by hand hehehe. Bagi yg dah biasa browse web kad kahwin, tentu dah leh agak, sykt mana punya design ni hehe. Anb the designer is grad dari LUCT.. hemm senior ko agaknya Jaja.
Dari segi persiapan semuanya nampak ok. Warna tema di rumah Johor adalah maroon and di negeri sembilan, i have no idea, depa nak surprise kot, i dun know. Baju nikah dah hantar, tinggal amik. Khemah, main table, bedroom, pelamin, andam, baju pengantin, semua dah tempah. Yang belum settle, barang hantaran dan cenderamata tetamu lah kot.. Hantaran tu mc biasa, last2 minute punya kerja huhuhu (mcm dulu jugak). Yang lain2 parent yg uruskan.
Oh ya, satu menda lagi yg dah settle, permohonan nikah. Adoiii akan ku kenang sampai bila2 muka2 pegawai kat kaunter n ustaz yang interview aku kat pejabat kadi hari tu. Amboii kerek betul masing2. Masing2 muda, tu yg eksen tu lebih sikit. Masa interview, kemain hebat dia nak megenakan aku, tak per tak per. Sib baik aku ni tak ler bodoh sangat. Berjaya jugak menangkis panahan demi panahan.. huhu.. yang terlepas sedas dua tu standard lah.. hehehe.
Ok lah, sebagai jemputan awal, jemputlah datang ke kenduri kami pada 19 Ogos 2007 di Felda Semenchu, Kota Tinggi dan 1 September 2007 di Gemencheh Negeri Sembilan.