Thursday, February 24, 2005

Dealing with human

akhirnya, boleh pun log in diaryland otherwise i felt like slamming down dis pc coz dr pagi tadi asik kuar msg limited space lah.. bla bla bla.. (bukan salah pc pun sbnrnya hehe)
Uhuhu.. very very hard to find a free time when i can sit with nobody interrupt, happily jotting a few words in this beloved blog. Eheheh.. dah sibuklah skrg. New system nak kena launch 1st March, with no more parallel conventional method like the one we are using now. Looking at the staff behaviour since the time i put the new system there, i knew that i can not wait for more time. They are not taking it seriously, coz they realized that the old system is still running in parallel. I did some discussion with my collegues in Admin (which is going to officially be my staff soon hehehe..) and we decide that we need to take back the old system earlier which is going to be tomorrow. We want to monitor how the thing is going on. So, everybody got no choice but to completely use the new system. Kalau tak tu, derang buat selamba badak zoo mak bapak derang jer main2. So, if the result of the monitoring shown some flaws and problems, we still have a necessary time to fix it before 100 percent being used in March. I told my big boss about dis plan and she had no problem and leave it to me to do whatever appropriate.
I believe that the fact that i will be promoted to lead HR is no more a P & C matters coz a lof people already know about it. And they did not know it from me, but the news was spreaded by somebody else. Aku mmg tak kasi tau orang, selagi menda ni belum ada hitam dan putih wlupun aku dah start buat kerja2 HR, tanpa melupakan tugas2 lama hehe.. Bukannya apa, aku takut malu plak muka aku klu tetiba tak jadi plak. Pergh.. mcm2 feedback yg aku dpt. Yg pasti, bos aku yg skrg ni cam wat bodoh jer, mcm tak tau apa2 walhal, of coz he knew it already since a long time ago. Orang lain dlm dept aku skrg ni pun rasanya tak tau. Org dlm admin pun ramai yg tak tau jugak. Orang luar, i mean orang production plak yg mcm tau sangat2. Lagi kelako, smpi tahap mcm derang lagi tau dr aku yg tuan punya diri.
Yg paling aku menyampah adalah reaction from the recent Admin Exec. Mula dah mengada2, manja2 plak, eee.. smpi geli geleman plak aku ngan pe'el dia. Sib baiklah dia ni bakal jadi colleague aku, so tpaksa lah aku bsabar psl mmg nk kena deal ngan dia hari2. Kalau tak, jgn harap aku nk bagi muka. Dan aku rasa dia mmg sengaja buat mcm tu, mungkin nak uji aku. Dia tau aku takkan marah. Dan mungkin jugak dlm hati dia tgh hot psl tetiba aku yg dari luar ni bleh masuk dlm dept dia. Seolah2 mcm nak potong jalan dia utk jadi bos Admin. I do not know what to say. Tapi dari cara dia cakap mcm underestimate me. Aku taulah aku ni bukan dari HR background dan masih muda. Dia buat mcmlah aku ni bodoh sgt, tak tau pe'el orang kilang ni walhal aku masuk kerja kat kilang ni lagi awal dari dia. Geram tu ada jugak. Tapi aku skrg betul2 kena belajar lebih2 bersabar. Aku takkan terikut2 dengan cara dia. Aku akan tetap dgn pendirian dan cara aku selagi aku rasa aku betul. Biarlah dia nak kata apa pun.
Biler dpt tanggungjawab baru ni, i suddenly feel very responsible to my job. Probably becoz of before this, i need to deal with machine but now i need to deal with human. And dealing with people will definitely need more commitment and kena berhati2 selalu. Arghhh.. rasa mcm besar sgt tanggungjawab ni. Tetiba rasa insaf sangat. Aku takut aku tak terpikul tanggungjawab yang besar. Sebab tu aku tetiba insaf yg aku perlu ikhlas dan betulkan niat setiap kali pergi kerja. Aku perlu ikhlas niat kerja sbg ibadah kerana Allah supaya kerja aku lebih diberkati dan sentiasa mendapat petunjuk Allah. Itulah yg sangat2 aku perlukan sekarang supaya tak sesat memilih langkah. Tak der sapa yg dpt tolong aku lagi. Huaaaa.. sedihnya..
Ok, nak kemas, nak balik.. tata

Monday, February 21, 2005

Job Description Org Giler Kuasa Mueheheh..

Huhu.. kegersangan ide nk tulis apa lg entri kali ni, so alang2 tengah menaip job description utk tugas baru ni, baik aku copy paste jer.. hehe.. Inilah kerja2 baru saya.
JAWATAN : Human Resource Executive cum Assistant Programmer Analyst (cam gila kuasa bunyinyer ye hehe)
JOB DESCRIPTION AS HUMAN RESOURCE EXECUTIVE
1.Recruitment of staff. To conduct interview.2.To conduct Orientation and Induction for new recruits.3.To check and certify Tanker Commissions, Meal Claims, Ordinary Claims and OT Claims.4.To issue show cause letter to any staffs for breaking company’s rules and regulations or other disciplinary case.5.To coordinate with Admin Executive to act as Prosecuting / Investigating Officer during any Domestic Enquiry.6.To ensure legal compliance to all the labor legislation and to ensure that the company is not subject to any penalties for breaking the law.7.To ensure the company is in compliance with the Industrial Relation legislation and yet be able to achieve its objectives.8.To source and identify training needs.9.Updating of staff records.10.To attend to any grievances from the employees and Union Site committees.11.To perform any other duties that may be assigned by Finance & Admin. Manager.
JOB DESCRIPTION AS ASSISTANT PROGRAMMER ANALYST- (tgh cari dia punya file.. hehe.. list dia lagi panjang tau)
OTHER RESPONSIBILITIES NOT MENTIONED IN ISO FILE-Tukang key in dan kemaskini data untuk GRN (Good Received Note) dan MRIS (Material Requisition Issue Slip).-Tukang kira Monthly Sales Rebate untuk setiap flour customers.-Tukang buat monthly Related Party Transaction Registers.
Ahaks.. sekali pandang macam banyak sangaaat kerja.. larat ke tidak ni..?? Pening pening...

Sunday, February 20, 2005

Walking into new area

Hehe.. guna pc kat umah sewa, which of coz, not mine. Tuan umah yang punya. Tak cakap kat dia pun hehe.. lantaklah kan...

Kat opis still tak leh guna blogger padahal ari tu dah ok, punyalah suka hampir melompat keriangan ala2 beruk di hutan tapi last2 hampeh kena block balik.

So, aku pun tak tau lepas ni apa nak jadi dgn blog ni. Will try to update sekali sekala. Itu jer lah. My daily blog kat diaryland tu pun tak derlah hari2 diupdate. Sekali sekala jer. And after this, rasanya lagilah susah nak update blog psl kerja-kerja baru dah menjengukkan diri. Bagi sesiapa yg baca my diaryland, tentu tau. Saya akan ditransfer dari IT ke HR. Hemmm.. jauh sungguh larinya. But it's ok for me as it gives me a room for improvement, to learn new thing especially things to do with human relations. And of coz, kerja baru ni will helped me a lot in contributing better service to people. Dah penat kerja ngan mesin, so skrg nak kerja ngan orang plak.. hehe.

So, last saturday, the senior manager already gave me my scope of works in HR. Entah mampu entah tidak. Kalau tengok experience, jadi pemimpin utk pelajar waktu sekolah ngan kat U dulu tu adalah sesikit. But this time, my target people are totally different. Kalau dulu, semuanya hampir sebaya, dgn education background yang tak jauh beza. Tapi skrg, i need to deal with different kind of people from different ages, different races and bla bla bla.. perghh.. tu yg rasa cam nak tercabut jantung biler kenangkan what would be people reactions when they find out that the new HR coordinator is a girl who worked in this company for only three years back. Yang baru umur 24 tahun. Hehe.. seram tu seram jugak tp itulah cabaran namanya and i will never turn back. Belum cuba belum tau, mengalah sebelum bertarung mmg memalukan. Dan setelah bertarung nanti, kalau rebah, kena bangkit semula, tak bleh putus asa.

I need people support and prays. Hope my careeer will begin to progress better in this new area.

Saturday, February 19, 2005

SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA..

Sesiapa yg berpuasa hari ni, diucapkan selamat berpuasa. Err.. kalau korang puasa hari ni, semalam korang puasa tak? Aku ada terbaca, selain dari 10 Muharram, disunatkan jugak puasa 9 Muharram. Sbnrnya Rasulullah (SAW) mmg tak pernah puasa 9 Muharram, tp pada tahun sebelum kemangkatan, Baginda ada menyebutkan niat untuk berpuasa 9 Muharram pada tahun hadapannya. Malangnya Baginda mangkat sebelum tiba hari tersebut. Selain tu, salah satu sebabnya adalah untuk membezakan puasa sunat orang Islam dgn orang Yahudi kerana golongan tu pun membesarkan hari 10 Muharram tu. Aku nak jugak puasa, tp tak bleh hehe. Dah posa dari 1-5, hari ke 6, beraya kejap psl ada jamuan. Tuptup, terus takleh puasa smpilah skrg. Rugi rugi..
Hari ni, tak taulah nak balik ke tidak, tp tepon umah tak berangkat kang sesia jer aku balik kena duduk luar atau kena menumpang umah jiran.
Hari ni, jugak aku dpt skop tugas baru dlm HR nanti. Aku handle HR, Razak handle Admin. Tengok job scope dia, cam Razak punya kerja lagi banyak. Aku punya lebih on discipline, training, recruitment dll. Tapi aku masih confuse sama ada menda ni masih P n C atau tidak. Sebab tu lah smpi skrg aku masih ragu2 betul ker aku nak kena ke HR ni. Yer lah, menda masih P & C, mcm tak confirm jer. Pastu aku terpk plak, apa title aku nanti, HR Officer atau HR Executive. Kalau HR Officer, rasa cam nak kena bangkang jer, psl Razak punya title adalah executive. Takkan aku takat officer jer. Padahal Razak cuma ada diploma jer, sedangkan aku ada complete degree dan bakal ada master. So, mana adil cam tu. Pastu aku terpk lagi, biler aku ke admin, saper nak take over kerja lama aku ek. Dengar kata aku kena tolong2 jugak kerja lama. Klu kerja aku dlm IT tu Insya Allah lah kan, tp kerja aku dlm account, cam buat inventory, sales rebate dll tu semua, camna plak ek? Takkan masih kena buat jugak. Giler haper. Konon dulu kata aku ni rilek sgt, la ni takkanlah melampau sgt nak kasi aku bz. Kejam tu namanya.
Oklah, nak balik, bye..

Tuesday, February 15, 2005

Apalah nak jadi ngan ko ni akhi...

Perghh.. tajuk yg entah camna aku nak tafsirkan emosi di sebaliknya, tafsiran yg tak mungkin dpt dicari di mana2 kamus pun di galaksi bima sakti ni mahupun di galaksi2 lain yang berjiran.
Problem aku ngan akhi mmg eeeee... memeningkan tau tak. Korang takkan paham punya, kecuali yg terdekat yg aku pernah citer jer contohnya t. Entahlah ek, kenapa ntah biler bestest friend aku tanya pun aku tamoh citer. Mungkin psl aku malu, mungkin psl dia dah tau kes ni dr dulu so aku mesti yg akan disalahkan balik dan mungkin juga aku sengaja tak nak semakkan fikiran dia psl dia pun tgh sakit. In fact aku mmg nak share ngan Jaja tp entahlah, naper entah aku leh citer ngan t. Maybe psl t pun sudi bercerita mslh ngan aku so aku pun tak ragu2 nak share jugak ngan dia.
Aku ni bukannya mendoakan yg buruk2 untuk akhi, mmg aku tak pernah. Malah aku sentiasa doakan yg terbaik utk dia. Dan aku pun tak pernah berdendam ngan dia apalagi nak benci. Malah, aku sukarela nak maafkan dia walaupun dia sendiri tak pernah pun nak mintak maaf ngan aku!!! Cheh, sekali dengar cam baik sangatlah kononnya. Dua kali dengar, tertanya2 dah sewel ke budak ayue ni. Tiga kali dengar, ishk entahapa2 lah budak ayue ni. Kali ke 4, 5 dan seterusnya, aku malas dah nak pk psl mmg aku ni semulajadi pemalas pun. Aku mula dah jadi mcm perkara yg aku selalu citer ngan t, smpi satu tahap kita akan jadi malas sgt nk pk masalah, malas nak jaga hati sdiri, malas nk pertahankan diri dan seterusnya kita akan pk yer lah mmg aku yg salah pun, biarlah org nk cakap apa.
Klu ikut hati aku dan mungkin jugak hati2 manusia lain yg pastinya sependapat ngan aku. Orang yg tak mengenang budi, mmg tak patut dibagi muka lagi. Mmg sakit jiwalah bila kita dah bersusah payah menolong tp pastu org tu wat bodoh jer. Kita yg asalnya ikhlas pun leh jadi goyang dan mungkin akan jadi tak ikhlas pulak. Naya naya.. Pastu, biler orang tu ada problem lagi, korang rasa korang nak tolong lagi ker? Benda yg lepas pun lum settle, lagi nk tolong yg baru. Ingat aku ni malaikat? Rumah Kebajikan? Cheh, cam marah sangatlah kononnya. Ekceli aku rilek jer. Kalau aku mmpu, mmg aku dah tolong dah pun psl ini atas dasar kawan. Kudrat dan segala yg aku punyai ni pun bukan hak mutlak aku, Allah yg punya, so kenalah dimanfaatkan utk orang lain sama ye tak? (cheh kononn)
Akhi dh tak betah biler jumpa aku, aku tak kisah, mungkin dia malu. Dlm hati aku, sebelum ni masa mintak tolong tak der plak rasa malu, hampeh betul. So, problem yg baru ni aku tau, tentu bertambah2 malu lg dia ngan aku wlupun aku tak der kena mengena. Problem yg tu pun aku tau dari mulut orang. Menyampah plak aku, rasa nak terajang namplo kali, konon janji klu kawan sama kawan mesti share masalah. ha'ah yer lah tu. Rasa nak aje aku kuarantinkan mulut dia biar tak leh bcakap, biar tak berjanji apa2, so tak le sakit ati aku ni. So, problem baru ni aku tak taulah ngan saper lagi dia nak mintak tolong. Silap2 aribulan ngan muka yg mmg sah ler tak tau malu, dia dtg balik cari aku. Bukan aku tak tau dia ni. Saper lagi kawan yg dia leh caya lagi. Dulu kena tipu ngan orang yg kononnya kawan, dan last2 kawan yg hampeh ni jugak yg dia cari.
Aku ni geram mmg geram, kesian pun kesian jugak. Nak ajer aku tepon tanya apa sbnrnya yg blaku, kenapa leh jadi cam tu. Tp, come on yue, jgn bagi muka sgt, naik lemak budak tu karang. So, aku wat bodoh jer lah. Biar dia usaha sdiri. Biar dia insaf, biar dia taubat nasuha dulu. Mcm budak2 lah, manja sgt. Rasa ko. Kengkadang aku terpk, inilah balasan Allah kat dia, tp kalau dia tak insaf2 jugak, aku tak taulah..
So, apalagi nak cakap.. Apalah nak jadi..

Monday, February 14, 2005

Homesick...

Huaaarrghh.. Monday blues. Of coz as i was not working for 5 days and suddenly, wake up in the morning just to find out that i need to go to work. Really miss my bed at home.. :(
Dun now why but this time, i feel some sort of 'homesick' like the one i alwiz felt during my first few weeks in boarding school. I guess why.. my 5 days at home actually were with no exciting event but now i wanna go home badly. I just want to have the feeling of having my mum, my dad, my bro and sis around.
Be in this office again, is not promising any better surrounding. We have a makan-makan with MD this morning but unfortunately i am fasting today (tend to fast until 10 Muharram, Insya Allah). So, finished a few works left before holidays, go to Guard House, monitoring the new system and check the reports.
So now, i am really not in good mood of doing anything. So, i just sit in this computer room with nobody else inside, surfing and reading all the recaps of The Apprentice Season 2 on the net, waiting patiently until the clock strike to 5.15pm..

Tuesday, February 08, 2005

Ukhuwwah itu indah jika ikhlas kerana Allah..

Smlm, aku tetiba rasa tersentak, biler dpt sms dari jaja. Dia ada operation buang appendiks ari ni. Barulah aku perasan dah baper lama aku tak contact dia. Smpikan dia ada appendiks pun aku tak tau. Kawan mcm apa lah aku ni. Klulah sakit yg lebih serius, atau apa2 berlaku kat dia, tentu aku takkan maafkan diri sendiri.
Semalam jugak aku byk berfikir tentang kawan2. beberapa hari ni aku rasa spt berjaya menghampirkan diri dgn kawan2. T, Ajai, Mur, Jaja, Ida dan akhi. Aku kuar tengok wayang ngan t, cari umah sewa ngan ajai, ida hanto emel kata nak bertunang 11/2 ni, aku tepon Mur dan dia dah pass dpt driving license, akhi plak dah mula nak tegur aku ari tu. Balik dr tuisyen smlm, aku dengar lagu Doa Perpisahan kat IKIM, aku rasa sedih, pastu ada plak lagu hijjaz yg ditujukan utk ahli derang yg dah meninggal tu, aku rasa sedih lg. Tp balik umah, radio aku wat hal, tak leh tune ke IKIM. Geram tul, rasa nak humban ke dinding radio tu. So, aku mula termenung dan mula berfikir2 sendiri, betul ker apa yg aku buat selama ni pada kawan2 aku. Especially pada akhi, yg perempuan aku tak kisah tp dgn dia yg sorang ni, psl dia lelaki. Sejauh mana aku tunaikan hak sbg kawan dlm lingkungan batas pergaulan Islam, antara lelaki dan perempuan.
Biler aku pk2 balik (apsal aku ni byk sgt berfikir ek, kang cepat tua..) entah kenapa tetiba aku rasa insaf atas apa yg berlaku antara aku ngan akhi. Sesuatu yg sangat complex utk difikirkan. Tp semalam mmg aku rasa menyalahkan diri sdiri yg amat. Entahlah, mungkin aku tlalu berfikiran negatif, aku pun tak tau. Ukhuwwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah. Tp aku rasa aku yg gagal mempertahankan ukhuwwah itu wlupun setiap hari aku berdoa agar Allah merestui dan memelihara ukhuwwah ini. Aku yg bersalah kerana mmbiarkan diri aku hanyut dgn perasaan dan hati walaupun aku tau ia takkan ke mana. Klulah aku tak layan rasa hati aku tu, tentu aku ngan akhi masih bleh bkawan spt dulu. Aku yg bersalah kerana mmbuatkan dia jadi keliru, kesian akhi. Aku tau dia keliru dan susah hati memikirkannya hingga kadang2 tanpa dia sengaja menyebabkan aku terluka hati. Lepas tu, aku marah2 lagi plak tu. Ada ke patut? Aku yg bersalah dari awal, kenapa aku nak marah? Kawan mcm apalah aku ni.. tak berguna langsung. Konon dulu aku beria2 kata aku bkawan dgn seadanya, tp biler dia wat salah kat aku, aku terus melenting. Sampai satu tahap, aku rasa aku dh hilang sabar, dan aku mintak utk mengundurkan diri dr ukhuwwah ini. Apa yg aku dah buat ni? Apa nak jadi? Senang2 jer aku nak lari mcm tu, betapa lemahnya aku, hipokrit plak tu. Tp aku tau kenapa aku jd mcm tu, sebabnya simple, sebab aku sgt sayangkan akhi dan di situlah silapnya.
Aku risau2 mcm ni, tp aku tau mungkin akhi sdiri tk risau apa2 pun. Dia tak kisah dan itu yg sblm ni slalu buat aku skt ati. Tp aku lupa dia mmg mcm tu, kenapa aku nk marah? Lama berkawan, aku dpt lihat kelemahan dia, dan aku patutnya dh tak bleh nak terasa2 hati dgn perangai dia. Konon kata orang aku ni penyabar, tp kenapa dgn perkara mcm ni aku bleh tewas? Aku tau aku ni kadang2 berleter jugak dgn dia biler ada yg dia buat tu tak menyenangkan hati. Pas2 aku terpk adakah aku ni nak mengubah dia? Adakah aku ingin membina seorang akhi yg sempurna di mata aku? Adakah aku malu dgn diri dia yg skrg? Apa niiii !!! Entahlah, mungkin aku tak layak menjadi seorang sahabat yg baik utk akhi. Dan semua masalah ni, mmg berpunca dari aku. Ada sorang kawan (lelaki) pernah beri nasihat bgimana caranya aku bleh ikat si akhi tu jd hak aku. Kawan ni jenis yg agak free pemikirannya tp Alhamdulillah, aku bukan jenis yg akan ikut cadangan mcm tu, berkat pegangan pada akhlak Islamiah yg aku usaha terapkan selama ini. Aku tak mau hubungan yg jauh dari redha Allah. Biarlah ia hancur tp utk melanggar batas itu tidak sekali2 wlupun sekecil zarah. Biarlah akhi tgk aku ni mcm perempuan yg tak pandai jaga hati lelaki, kasar dll, tp aku stiasa ingat prinsip aku. Yg terbaik dari aku cuma untuk insan teristimewa yg bakal bergelar suami. Klu aku yg sekarang dgn aku yg dh jadi isteri orang pun tak der bezanya, apa keistimewaan yg bakal suami aku tu dapat? Aku memelihara diri selama ini hanya utk insan yg istimewa itu. Itupun kalau orang nak faham, tp klu derang taknak faham, apa leh aku buat. Agaknya sebab tu dr dulu smpi skrg, aku tk pernah bkawan serius dgn mana2 lelaki. Aku mahukan yg pertama itulah yg terakhir. Bg aku, hubungan kasih seperti ini terlalu suci dan istimewa utk punya yang kedua, ketiga dan sebagainya.
Dan skrg, yg pertama itu mgkn sudah ada, adakah dia akan jd yg terakhir, takdir Allah yg menentukan. Aku tak tau mcmmana lagi nak pulihkan ukhuwwah aku dan akhi. Bukan aku taknak, tp aku takut aku tak dpt jadi seorang yg betul2 sabar dan menerima segalanya seadanya. Aku takut tk mampu tunaikan hak sbg sahabat itu. Aku bimbang klu aku nnt sbnrnya tak sekuat mana. Mmg ramai yg kata aku ni mencari nahas, menempah risiko biler bersahabat dgn akhi, tp aku ni jenis yg sangat percaya klu rasa kasih seperti ini takkan hadir tanpa izin Allah, sebab tu aku berani layan...
Argh.. korang tengok, dr awal entri korang tentu dpt rasa yg hati dan otak aku mmg tgh meliuk lintuk mcm lalang. Dan itulah hakikatnya, aku keliru dan masih mengharap petunjuk murni dr Allah utk keluar dr kebuntuan ini...

Monday, February 07, 2005

Dah tak kisah pun..

Huhu.. ngantuknyeerr.. dah pekena nasi ayam sebungkus, rasa nak bumm.. tutup mata dan zzzz.. lagilah kat ofis ni dah tak ramai orang, bos aku pun dah cuti beb. Satu minggu direct beb, dia kata ni special offer, bukan senang nk dpt cuti camni. Lg mmbosankan biler tengok sekeliling opis ni dah macam tokong cina beb, hehe.. dgn kad raya merahnya, dgn angpaunya, dgn nenasnya, oren, naga, ayam.. perghh, quite melampau deko derang tahun ni. Agaknya psl tahun lepas company merundum skit, tu yg tahun ni nak taubatlah konon2nya, nak ingat Tuhan kikikikk.. Naga2 plastik ni kalau menyembur api pun tak per, water sprinkler baru pasang kan ada, leh padamkan kebakaran hehe.
Semalam aku pi tengok wayang ngan t, sajer nak ilangkan kebosanan. Rupa2nya cinema kat PG ni dah gulung tikar. Tp psl keinginan yg meluap2 nak tengok wayang, maklum dah lama dah pekena, aku sanggup drive jauh2 ke Leisure Mall dan last2 tengok citer Gerak Khas The Movie 3 which aku rasa mmg menghiburkan lah. Berbaloi aku kuar 16 inggit. Bagi aku lg best dr GK1 ngan GK2. Yg ni lg ringan dan kelako. Rasa nak gi tengok lagi, aci tak? ada sesapa nak temankan? hehe...
Sbnrnya slh satu sbb aku nk sgt p tgk wayang ni psl nk ilangkan atau setepatnya mengelakkan tensen (mencegah lbh baik dr mengubat hehe). Klu aku tak wat xtvt, konfirm aku tensen psl aku tau ada orang yg akan mungkir janji ngan aku. Dan mmg betul pun dia mungkir janji lagi. Sebab tu aku dah ready awal2.. hehe.. Member aku dgn tak segan silu menegur aku kelmarin cam tak der apa blaku walupun sblmnya dah puas kena laser ngan aku. Aku ni pakkal jer ms tu dpn orang ramai, tpaksalah layan. (siap dpt buah limau lagi tuh) Klu tak, jgn haraplah, aku buat selamba lipas jer hehe. Nk jumpa konon, tp firasat n pengalaman aku mengatakan, aleerrr, cakap jer tu.. tak der mananya nak dikotakan. Dan aku buat bodoh jerlah tk macam dulu2 yg mana aku selalu kena ingatkan dan follow up. So, di hari minggu aku bangunlah kul 11 pagi hehe.. then kul 2 kuar amik t, pi tengok wayang. Aku dh nekad, klu ttiba dia call kt nk jumpa time tu jugak, sori mori naik lorilah.
Aku jd pelik dah dgn diri aku sdiri. Cuba ckp, saper org dlm dunia ni yang suka biler janji tak ditepati, kata tak dikota (cam pantunlah plak yer). Aku mmg tak suka psl aku pun bukan jenis yg cam tu akan buat kat orang. Tp psl dah puas dibuat oleh orang lain cam tu, aku dh jadi kebal, dah tak kisah dah skrg. Dah rasa menda tu cam normal jer, tak rasa apa2 pun.. kira cam aleeerr no hallah. Kiranya klu tetiba orang tu jadi baik, jd sorang yg menepati janji ler plak, tentu aku akan mati terkejut sakit jantung kui kui kui.:) Kkadang aku pk tak baik plak aku cam tu, psl aku mcm mggalakkan org lain wat jahat plak. Tp biler pk lagi namplo kali, aku rasa itu pun bagus jugak, sekurang2nya aku tak sakit hati, dan dia pun tak der dosa ngan aku. Alright lah tu beb..
Oklah aku pun dah ngantuk, atas meja tu dah ternampak lg 2 biji limau, pergghhh.. kaya ngan limau aku raya ni. pas ni, dah gi Guardhouse plak, ada kerja skit 30 %, lagi 70 % mengular.. kahkahkah..

Saturday, February 05, 2005

La Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'aha

Pagi ni aku smpi kilang dlm kul 6.30pg. Bukannya apa, just nak pastikan everybody especially our tanker driver are using the new system correctly. A few of them nampaknya msh tak paham lagi padahal dia punya step dah sesimple giler. Sign yg aku letak pun dah baper kali aku tuko, dr yg cuma berbentuk teks, aku sudah tuko kpd yg bergrafik, dah tu aku siap tambah lagi tips nak kasi derang ingat flow nya bebetul.
Semalam bos besau aku dah panggil lagi, katanya "i'll leave all this to you. Make sure everyhing's smooth after Chinese New Year Holiday". Perghh, she wants no more mistake. Adooii.. akibatnya ptg semalam jugak aku panggil Calvin (representative dari supplier) tu datang betulkan apa yg aku nak. Kesian plak kat apek sorang ni, patutnya semalam dia dah half day. Nak wat camna..
Ari ni aku dah mula rasa penat sangat. Kelmarin, aku dtg awal pagi jugak, petangnya rush balik kota, semalam pagi rush lagi pergi kerja dari rumah. Balik semalam mmg aku lepak giler smpi tak larat nak pergi aerobik dah. Dan pagi ni, di awal pagi aku kena lagi dtg awal. Semalam pun aku nk dtg awal, tp dari kota takkan aku nak kuar umah kul 5.00 pagi. Aku tak kisah, bukan tak berani. Tp nnt mak bapak aku msti risau. So, semalam kelam kabut lg jadinya, lg lah dua kali blackout kat kilang, system pun tak jalan.
Rasanya klu boleh aku nak menjerit nak meluahkan rasa geram yg aku pendam dgn kerja aku skrg ni. Percaya atau tidak, aku rasa mcm bersendirian handle menda ni semua. Dari nak settlekan masalah system dgn supplier, nak train staf lagi. Telinga aku ni dah bingit dgn supplier yg kata kitorang ni leceh, dgn staf yg rasa susah nk ikut system baru, dgn bos aku sdiri yg nakkan menda ni settle cepat. Patutnya tugas nak pastikan staf ikut peraturan adalah tugas HOD, tp HOD main lepas tangan. Klu ckp dgn bos aku, lg best, dia kata, tengok dulu tengok dulu. Tp bos besau aku dh tak sabar psl menda ni dh lama tertunda. So, aku nak wat camna lagi melainkan aku sdiri dtg tunggu di awal pagi. Aku dtg pun secara sukarela tanpa OT tanpa elaun.
Klu ikut hati, mmg aku nk buat bodoh jer, malas nak amik serius menda ni psl aku pun bukannya bos, cuma kuli jer yg ikut arahan. Tp aku tak nak wat cam tu, 1st psl aku dah kerah tenaga utk projek ni, dh berkorban mcm2. Dan lagi satu sbnrnya aku tak nak staf yg jadi mangsa. Klu ikut bos aku, sapa tak ikut prosedur sistem, kasi jer memo atau warning letter. Aku tak nak jd cam tu. Aku tak nak staf lagi tak puas hati. Lgpun aku tau menda ni masih baru, mmg susah lagilah dgn staf yg dah tua. Kadang2 derang mmg tak paham, dan kita kena ajar. Dan yg menyakitkan hati, bos derang tak nak jar tp buat donno. Nak salahkan saper sekarang? Sbb tu aku tak kisah bangun awal pagi dan dtg untuk ajar dan pastikan derang ikut cara yg betul.
Entahlah, tp ari ni biler aku tgk ramai tanker driver dh bleh buat sdiri tnpa perlu ajar, aku cuma tengok jer. Sejuk skit hati aku. Derang ni semuanya ok, klu kena dgn cara approach. Aku berdoa semoga lepas ni semuanya ok.
Aku balik kampung semalam, dah penat, ingatkan nk makan masakan mak, rupanya terpaksa jugak masak sendiri. ala kesian plak. Esoknya tetiba mak kata dia tak kasi aku pindah menyewa tmpt lain. Mcm2 katanya, psl duit lah, pasal nnt bergado sesama teman serumahlah. Tp abah plak setuju jer. Biler mak cakap cam tu, aku dah mula rasa tak sedap hati. Geram psl mak tak nak paham aku. Argghh.. kalau ikut hati aku yg geram, mmg mcm2 aku nk citer kat mak, biar dia paham apa dlm otak aku ni. Biar dia rasa mcmmana rasanya klu berada kat tmpt aku ni. Tp biasalah, mls nk panjang2 citer. Kang takut jadi menda lain, kang tk psl2 dpt title anak derhaka, Na'uzubillah.
Malam tadi jugak aku mula terpk yg sekarang dh masuk bulan 2, dan aku mula terpk psl projek master aku yg lgsung belum start apa pun. Aku jadi takut sangat. Kenangkan kerja skrg, kerja baru yg akan tiba, psl study dll. Rasa sedih sangat biler kenangkan aku terpaksa harungi semua ni sorang2. Ada kawan baik, jauh. Kawan yg dekat... entahlah.. pagi tadi tak sengaja aku ter bertentang mata dgn dia. Cheh.. aku klu buleh mmg nak elak2. Nmpknya dia malu atau takut ngan aku mungkin. Yer lah, hari tu aku dh hempas tepon lepas ckp ngan dia. Ekceli aku bukannya marah pun, sajer nk tunjuk ek, biar dia tau aku ni bukannya marah main2, dan aku takkan mudah dpermainkan. Hemmm.. mungkin jugak dia takut aku mintak utang kot. Hehe.. aku takkan wat cam tu. Dlm hati aku ni Allah jer yg tau.....

Tuesday, February 01, 2005

Pilih jgn tak pilih

Assalamualaikumm!!!Menci betullah!! Geram sesangat, baper ari ni, radio kat umah tak leh nak tune ke IKIM.FM. Kat dlm keta, sihat walafiat plak siarannya. Itu jer nak citer, hehehe.
Sabtu lepas pi ujian PTD. Gerek arr, orang lain pi dgn semangat waja, siap buat homework, tengok past questions, baca suwat kabo giler2, tp aku buat selamba badak tak makan saman (of coz badak makanbenda lain, errkk apa ek?). Yer lah, aku pi kan suka2 jer. Dari umah kul 7.30 cam tu, tiba awal jugak. Ingatkan masa exam tu ada lah muka2 yg aku kenal, budak2 utm dulu ker, tapi hampeh jer harapanku itu hehe. Sumer muka tak familiar, yg aku rasa mesti banyak yg fresh grad. So, aku pun jadi kera sumbang, tp manakan boleh duk membatu jer. Sempatlah tegur2 2 orang budak. Sorang duduk Taman Kobena, sorang lagi duduk Cahaya Masai. Haa yg duduk Cahaya Masai ni aku rancak skit, maklumlah dari district yg sama, sama2 Pasir Gudang. Tapi rasa cam bebal ker haper, aku berborak2 tp aku lgsung tak tanya saper nama depa. Aler, depa pun tamoh tanya nama aku, so sama2 buat bodoh jer lah. Tghari plak, aku pi kuar beli roti ngan air milo then duduk rileks dlm masjid Kolam Air, pun sorang2 jugak.. perghh betapa kesepiannya aku hehehe (dah biasa beb). Nak duk makan nasi kat restoran rasa cam tak sedap plak. Ah, balik jer kang baru makan berat.
Ujian PTD tu bagi aku, ok ok jer. Ujian pengetahuan am, bagi aku plg hampeh di bima sakti ini, byk yg aku tak tau dan hampir separuh aku main hentam apa kejadah. Tawakkal jer lah hopefully sangkut betulnya tu. Dah aku mmg tak tau, nk wat camna lagi? Baling dadu? Ujian kedua mungkin yg kedua hampeh. Soklan math yg bagi aku sbnrnya simple, tak guna formula2 yg melampau, tp dia punya belit dan panjang pengiraan tu yg buat aku tepu paler otak. Klulah masa lebih skit, aku kompiden leh dpt 100%.. hehehe.. (kiranya paler otak aku ni masih bleh pakai lagi, lgpun aku kan ajo tuisyen math, so fresh lagi otak aku ni). Ujian kefahaman pun aku rasa ok. Aku pegang pada tips, soklan mesti dr esei, wlupun ada jawapan lain yg mcm betul, tp klu tak mention dlm esei, haaa salah lah tu. Ujian penulisan BM ngan BI plak aku rasa mmg bidang aku pun. BI pun tak banyak mslh, dah ler tajuk psl IT, mmg puas aku menggoreng. Sib baik aku ajo tuisyen BI, so kira BI aku ni tak derlah karat sgt pun. Overall, ok jer bg aku. Mmg aku santai jer exam tu. Yg penting aku success, nk pergi ke tidak interview ngan kerja nya tu, itu citer lain, lain tawun bleh pk.. hehe.
Kenapa ek aku ckp cam tu? Psl, smlm aku dah kena pggl ngan bos admin/hr, haji shah. Ckp psl take over HR yg aku riakkan ari tu hehe. Nampaknya menda ni dah 90% confirm. Tp entahlah ek, aku cam tak caya dan hati aku rasa mcm tak excited, ragu2, cam yer cam tidak. Menda ni mmg dah confirm psl dah jadi arahan dari MD. So, lg 10% akan bertambah cuma kalau aku panjang umur. Klu ikutkan hj shah, dia nak aku start blaja ari ni jugak. Mcm2 dah dia nasihat dan suh aku buat. Nnt, apa jua hal yg bkaitan HR aku akan join sekaki, tiap kali dia pi meeting, aku kena ikut. Err.. aku mmg excited nk blajo tp bila mengenangkan reaksi yg bakal org lain tunjukkan, aku jadi seram. Yerlah, aku ni adalah org yg lgsung org lain takkan terpk utk naik ke HR. Bos-bos ni pun tau yg pasti ramai yg tperanjat dan tak puas hati ngan perlantikan aku. Tp derang akan support aku. Aku cakap jugak psl keresahan aku pd Hj. Tp dia kata ini semua dtg dari Allah. Allah yg cuitkan hati bos2 ni utk pilih aku ke post tu. Ini peluang sekali seumur hidup. Skrg ni company sibuk nak naikkan muka2 baru yg fresh dan educated dlm management line. Aku tak tau menda ni masih P&C atau tidak, tp aku dah kasi tau kawan2 baik aku dlm Admin, kak ina ngan en azmi. Aku percaya pada derang dan pasti derang bleh pegang rahsia ni.
Citer psl kerja ni, aku teringat The Apprentice ahad lepas. Nampaknya group Apex mmg ler sgt lousy. Dah 3 minggu bturut2 group derang kalah. Relationship dlm group mmg hancuss!! Perempuan mmg lebih skit emosi dia. Sbg perempuan aku rasa mmg malu.