Friday, April 21, 2006

Dah separuh jalan

Kat E-Biz, ngan Chech ngan Fique. Petang ni kitorang tak der kelas. Maybe sumer PP ngan PPK sibuk kot. Sibuk ngan seminar RMK9 dan PAC. Kat sini tak ramai orang pun, adalah 3-4 kerat jer. Hemm.. padahal petang ni kalau diikutkan ada kelas LAYANAN MESRA.. which kitorang punyalah tunggu.. mcm best jer bunyinyer hehehe.. tup tup kensel plak. Esok punya sukan pun kensel jugak.
Memula rasa nak balik johor, tapi memandangkan belum gaji dan esok pun ada janji ngan staf nak balik opis.. nak menyain2 agreement kononnya.. berkomitmen sungguh!! (berlagak nak mampus) So tak jadi lah. Nak balik minggu depan coz ari isnin minggu depan2nya 1 mei cuti.. hopefully sabtu tak der xtvt, so bleh lah balik ari Jumaat. Best giler... rindu giler nk balik Johor.
DPA masih cam biasa, pergi kelas balik kelas, naik bukit turun bukit. Bosan betul rasanya. Bebudak sidang C & D dah selamat ke modul luar. Sidang D ke Bomba (dengarnya tough gileerrr) dan akan balik esok. C plak ke BTN dan katanya dipenuhi dengan pelbagai peraturan yg remeh temeh. Rasa rindu plak kat member2 sidang A yg lama. Kengkadang rasa awkward biler dah pecah sidang ni, di kelilingi banyak muka tak familiar. Sib baik lah minggu ni n minggu depan gabung 2 sidang, masih leh jumpa ramai xsidang mate. Sib baik gak fique, chech ngan wardah sidang B, so still leh jumpa2. Kalau tak, huwaaaa.. musti bosan.
Oh ya, aku masih maintain setia, kononnya di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Masih tersadai dalam Sidang A. Dan biro plak aku masih berminat nak join Biro Agama, malas rasa nak tuko2 dah. Dan exco biro Agama, Amir pilih aku jadi Setiausaha Biro. Adushhh.. badi apa lagi lah dah melekat kat aku ni. Bukan tak suka, tp biler memikirkan yg penasihat biro kami ni mmg ditakuti satu DPA, seram beb nak kena ngadap selalu.
Sekarang aku tgh berkira2 nak beli Digital Camera, sebagai persediaan nak ke modul penempatan kampung nanti. Payahlah biler tak der digicam. SLR yg umur dah lebih 10 tahun tu aku tak tau lah masih leh pakai ke tidak. Silap2 aribulan, aku beli pakai installment kot, yer lah kalau one shot nk kuar duit, rasanya cam tak mampu jer. Sekarang masih tgh survey kat mana nak beli.. brand apa nak belasah ek?

Thursday, April 13, 2006

Biler hati dah bengang

Rasa bosan giler.. menyampah giler dan bermacam2 lagik. Ari ni masa morning assembly, aku kena dengan UDPA pasal parking kereta dekat ngan audi. Bukan aku sorang tapi ramai lagi sbnrnya. Dan lebih menyakitkan hati lebih ramai dari itu tapi depa tak mengaku pun, sakit tak jiwa?
Aku parking pun bukannya betul2 area audi tu, jauh lah jugak. Bukannya reserved parking utk sesapa. Lagipun hari ni 4 sidang ada kat Kiara, crowded dah kawasan parking biasa. Dah ler jauh nak mampus.. dah ler ari ni berangkut lagi pindah dari Intengah ke Kiara. Ishkk.. geram tullah hati ni, cam tak peka langsung dengan masalah orang, asyik nak cari silap orang jer.
So last2, sticker keta aku dah kena rampas, dah tak leh parking dlm INTAN tp kena parking luar. Nasib baik sikit pasal tak kena STS. Kalau tak, eeee tak tau lah aku nak cakap apa. Tup tup tetiba kata petang ni ada aktiviti swimming plak. Kan petang ni ada pergerakan pindah randah? Eeee bengong, sewel ke haper derang ni? Membara hati aku ni Tuhan jer lah yang tau. Rasa nak quit DPA ari ni jugak.
Bosan aku ngan situasi cam ni. Rasa cam tak der perubahan positif pun kat aku smjk DPA, makin byk yg negatif ada. Urusetia asyik nak cari salah peserta, tapi silap derang tu tak pernah nak nampak, kebajikan kitorang, masalah kitorang ni pernah nak ambil kira? Kerat jari lah. Semalam, dah ler balik petang, bas cuma ada lepas makan malam kononnya, tp biler g dewan makan, rupanya takder peruntukan utk kitorang yg duduk kat Intengah ni? What? Nak tunggu bas kul 8..trafik jam lagi, sampai Intengah kul baper? Dewan makan pun dah tutup laaah!!! Dah tu, dimaklumkan kena tunggu bas kat Kiara Point, penat tunggu rupanya bas tunggu kat Pentadbiran, menapak lagi. Dah naik bas.. tup tup pastu kena turun naik bas lain plak!! Apa sumer ni!!! Eee bengang sungguh lah aku.
Alhamdulillah sabtu ni takder xtvt sukan so bleh lah balik. Tapi minggu depan ada assignment plak nak kena hantar. Nak balik johor, kat umah tak der komputer, tak der internet, cc pun jauh.. camna ni??? Eeeee palah nak jadi ni.
Tak sabar sangat tunggu masuk bulan 7. Aku dah bengang tahap melampau dengan DPA, dan sekaligus tanggapan buruk aku bertambah pada sektor kerajaan. Rasa cam sejuta kali lagi bagus lah aku kerja kat swasta dulu. Kerenah yg entah apa2, tak profesional langsung!!!