Friday, July 29, 2005

Menyingkap gelodak akal dan hati

Tajuk yg melankolik, tp sekarang mmg aku feel cam tu.
Bersendirian nampaknya malam ni. Ajai balik kampung. Semalam aku tidur umah Cik Ar, tapi malam ni rasanya nak tido umah sendiri plak. Banyak kerja nak buat. Paling tak leh lupa semalam masa pi anto Ajai kat Larkin. Entah kenapa rasa sedih plak, padahal dia balik bukannya lama. Ahad karang dia dah balik sini. Entahlah ek, feel menghantar orang di stesen bas, mmg sayu sikit. Kalau balik naik kereta sendiri ker, tak der pulak haru camni. Dah tu, dia anto sms yg cam terharu lah bunyinyer. Tak silap aku 'Dear God, i do not need lots of frens, as long as the real ones stay with me, so bless them all especially the one reading this SMS. Ayue.. Thanks..' Sedih plak baca. Entahlah, kengkadang kesian sgt kat Ajai kalau aku blah dr umah ni. Yer lah, kesian dia nak cari housemate baru. Mencari housemate mmg senang tp nk cari yg serasi tersangatlah payah. Aku kenal Ajai, dia mmg lain. Nak masuk, nak serasi mmg payah. So kita kena belajar untuk sekadar menerima dan bersabar.
Few days ago. Aku dapat emel dari Ms Lekha, supervisor projek master aku. Setelah lebih setahun aku menghilang, aku ingat dia dah malas nak layan emel aku. Tapi segalanya mmg diluar dugaan, very impressive. Instead of marah, dia lagi banyak beri dorongan kat aku utk terus berusaha. Terharu sangat2. Mungkin berkat ayat power emel aku kat dia kot, hehe.. aku cuma berkata yg jujur dlm emel tu. Tak sangka dia begitu understanding. Satu petanda yg cukup memberansangkan buat aku. Aku lagi bsemangat nak teruskan projek, by hook or by crook. Semoga pertolongan Allah ini terus bersama aku hingga ke akhirnya.
Aku masih menunggu biler lah nak sampai offer letter PTD, takut kang lama2 hati aku berubah plak smpi aku leh terlupa yg rupanya aku dah nak report as a ptd hehehe. Bos-bos kat sini makin lama makin menaruh kepercayaan plak, aku jadi serba salah biler nak menerima apa2 tanggungjawab. Nak cakap aku dah nak berenti, tak leh jugak pasal aku lum dpt offer letter yg rasmi. Nak terima tugas, takut karang terkandas tgh jalan pulak. Risau aku dibuatnya. Ndak tak ndak, buat jer lah cam biasa, nak buek camno laie. Si Anis, kerani baru aku tu plak asyik tanya, kalau tak pergi tak boleh ker? ishk, aku kata, mana bleh, 6 bulan akak berusaha nk dptkan post tu. Kesian plak kat dia. Weeeii!!! ni apahal dari tadi aku asyik kesiankan orang ni? Biler nak kesiankan diri sendiri plak?? Come on Ayue, build ur own determination, gul.
Yg pasti sangat2 skrg, aku dah makin meluat sangat2 ngan Akhi. Nak tengok muka dia pun aku dah tak der selera. 2-3 hari ni, dia dtg ofis, mmg aku tak pandang langsung muka hensem mamat tu. Menengok muka dia, buat aku menyirap, mengoren, meribena, memilo, dan me apa2 lagi lah. Tu yg rasa tak sabo nak blah dari sini. Dah ler dia banyak wat salah dan menyusahkan aku, nama nak mintak maap? hampeh. Nama nak berterima kasih? kirim salamlah. Yg lebih teruk, dia dtg ofis mengusung muka kerek dia, cakap pun cam org blagak. Mana tak bengang beb. Aku rasa dia pun dh tak der selera nak menengok muka aku. Bengang aku ni tersangat2 especially biler aku pi umah cik jam. Cik jam n family, cik mah kemain puji2 si akhi ni. Konon baik sangat2, yer lah tu. Perangai mamat tu kat belakang, kat kilang ni mana derang nampak. Ari tu, dia bleh datang kerja lambat 50 minit masa shif kul 11 malam. Konon tertidur, takde orang kejut. Ingat ni kilang bapak dia gaknya. Manalah sikap tanggungjawab mamat ni.. nasihat pun tak guna. Masuk tinger kanan, kuar tinger kiri, membaziiirr.
Tu baru sorang, aku terpaksa berhadapan dgn hampir 200 orang pekerja lain. Mana nak berhadapan dgn bos, mana nak berhadapan dgn pekerja. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tu lah kerja aku. Lebih kurang cam daging burger terbuang tepi jalan. Dah ler kena kepit dgn roti, kena lenyek dgn JCB lagi. Aduhaiii.. merana fizikal dan mental aku ni. lama2 mmg lah terasa sgt fed up. Diskriminasi terlalu ketara smpi aku xmampu buat apa2 pasal ini kilang bangsa dia. Orang dia buat salah, diamkan jer, klu orang kita abis aku dikejar suruh amik tindakan. Dah ler aku ni budak baru dlm bidang ni, terus nak disogok dgn tugas2 cam tu. Aku betul2 rasa macam diperalatkan. Mentang2 aku perempuan, mentang2 aku ni pendiam, dikasinya tugas cam tu. Derang ni bijak, kerja yg banyak risiko, dia akan kasi pada orang melayu kita. So biler byk problem, senanglah derang nak tuding jari. Rasa nak suruh jer dinding batu ni hantuk ke kepala aku psl aku sndiri dah tak larat nak hantuk sendiri kepala aku ke dinding tu. Oleh kerana tak ada orang lain nak kesian, aku tpaksa lah kesian kat diri sendiri. Apa guna promote aku klu aku tak nak dihantar pergi training, apa guna kalau apa2 mesyuarat tak mau libatkan aku. Apa2 keputusan, tak der plak nak libatkan aku, sedar2 dah kena impliment. Yg kena jalankan, aku jugak. Pastu kalau ada problem, aku jugak. Yang kena tadah telinga kena maki dgn pekerja, pun aku jugak. Anak patung ker aku ni hah, tak der perasaan. Air mata ni cam dah beku. Yang memfitnah apatah lagi, orang sebangsa dgn aku pun mula asyik nk menjatuhkan aku. Benda kecik2 pasal aku pun nk dijadikan isu. Derang sumer tak pernah nak paham situasi aku, perasaan aku. Sedih pilunya hati ni cuma Allah yg tau.
La Yukallifullahu Nafsan Illah Wus'aha. Aku sentiasa ingat ayat tu. Alhamdulilah kerana aku masih diberi kesabaran yg utuh. Tapi entah sampai biler aku nk btahan cam ni. Jiwa aku, peribadi aku dah makin jauh dari diri aku yg dulu. Keadaan telah membuatkan aku sedikit demi sedikit menjadi keras, degil, kasar dll. Semoga dgn penerimaan aku sbg PTD ni akan membawa aku balik kpd aku yg dulu. Amin.

Monday, July 25, 2005

Biler mata mintak ditutup..

Kelako plak kat atas page diaryland ni ada gambo gajah warna purple, hehe warna peberet aku tu. Bebaru ni tgk dah ada Rexona kaler purple hehe.. x lama lagi selamat lah kena sambar satu.
Mengantuknya mata yg melampau2. Depan pc yg sah sah di kawasan khalayak ramai cam chow kit pun aku leh tsengguk2. Mlm tadi tido lmbt psl byk keja nk buat, dah tu kat TV byk pulak rancangan wajib tonton. Yg aku plak jenis tak leh nk wat byk keja dlm 1 masa. Klu dh tgk tv tu, mmg tk leh wat keja lain ler gamaknya. Dari Mentor ke Malaysian Idol ke Tru Calling ke The Apprentice. Kul 12 baru ler tkedek2 nk gosok baju, nak masak dll. Mak tekejut beruk tbangun kul 2, tgk aku tgh mengopek bawang, tak keja ke esok budak ni? hehe.. So, pepagi esok kecohlah sikit.. sib baik mak tolong sikit. Ari ni mmg aku menyusahkan mak abah betullah. Keta aku abah tolong basuhkan, patut ker? Aku balik PG pun, mak kasi duit petrol psl aku mmg dh kering sgt2. Apa punya anak dah minah sekor ni.
Biler tak cukup tido, pastu kena drive long distance plak pagi2 buta, tambah plak makan nasi lemak. Mata aku ni Ya Allah hai.. ngantuk tahap kronik. Nak buat kerja tu cam malas jer, lg lah biler kenangkan dah tak lama kat sini. Dlm sejarah, ari ni dua kali aku meronda kilang, bosan punya pasallah tu.
Ingatkan balik ni nk tido puas2, tp baru teringat ada tusyen, huwaaa!!! biler aku nk qada' tidur ni.. bengangnya otak. Proposal master aku plak biler nak usik, asyik usung fail, buku kulu kilir tp abuk tak buat apa pun. Pressure lah plak..
Dah lah, nak balik umah, dapat tido kejap pun jadilah.

Saturday, July 23, 2005

Best yang tak terkata.

..Assalamualaikum.. 2-3 hari ni rasa best sangat, tapi ada jugak yg tak best. Tapi ada hikmah jugak menda yg tak best tu.
Pertama, semalam aku mendapat berita yg cukup menggembirakan. Selama ni punyalah menghitung hari (kalah Kris Dayanti punya versi), hai lambatnya nak runggu 29 Julai, psl masa tu lah result PTD akan diumumkan. Tapi sapa sangka, tak sempat hitung smpi abis, dah dpt jawapan. Semalam, punya gamble bukak website SPA. In fact, membuka website SPA setiap hari dh menjadi habit wlupun tak der menda yg nak ditengok sgt kat situ. Terperanjat tuh, keputusan temuduga PTD? Eeee.. seram meram jiwo eden ni haa.. kata kuar minggu depan, await cepat sangat, cam baby tak cukup bulan gitu. Gabra beb menaip nombor kad pengenalan nak check, dlm hati tu punyalah berdoa pada Allah. Tadaaa!!! TAHNIAH ANDA BERJAYA!! Alhamdulillah, ishk ishk terharu nya... rasa cam nak menangis terus kat depan PC, sib baik lah tak ramai orang psl tghari buta cam tu, org jantan sumer kuar semayang. Terus capai tepon, call mak kat kota. Suka beno mak, katanya tak sia2 mak doa siang malam.
In fact, sebenarnya aku mmg ada menaruh keyakinan nak dapat. Abah sdiri lagi best, dia kata 'alah, dapat lah tu, jgn risau' punya kompiden abah aku. Beberapa hari lepas plak, Nor, sepupu aku yg tgh pregnant 7 bulan tu siap leh mimpi lagi. Dia mimpi aku dpt PTD, ishk tak agak2 punya mimpi, kelako rasanya. Sapa sangka, apa yg dimimpikan tu jadi kenyataan. Kegembiraan tak terkata. Rezeki mak bapak, berkat restu doa derang jugak. Sekarang ni tgh menghitung hari lagi, biler lah surat tawaran nak sampai. Entahlah ek, aku ni happy sgt psl mmg nk sangat PTD tu ker atau psl aku mmg dah bengang nak mampus utk terus kerja kat sini. Dua2 kot, kira melengkapi lah tu hehe.. Tak sabar sgt nk buat surat berenti hehe. Klu notis, satu bulan jer, AL aku plak ada 21 hari, klu tolak tu sumer, kiranya aku notis seminggu jer, cayalah. Tp klu boleh mmg aku tak mau tolak cuti psl nakkan duitnya, banyak tuh..
Perkara kedua yg buat aku happy adalah sekarang ni aku tengah angau (buruk sungguh bunyinyer). Tak der lah angau sgt, cuma teringat2 gitu jer. Ni sumer TV3 lah punya psl, apsal derang tayang citer The Matrix ari tu, kan aku dah teringat kat seseorang. Seseorang yg aku suka sangat dari dulu smpi skrg, tapi dgn hormatnya dah reject aku pun (perghhh.. hampeh sedih bunyinyer). Nak buek camno, orang dah tak suko. Dah berkurun pun aku tak penah tengok batang idung dia, entah dah kawin agaknya. Yang aku tak paham tu, dah tau dia tak suka aku, aku masih jugak menyimpan harapan smpi sekarang, tak ke sewel namanya. Sewel ker aku? Wlupun setakat teringat dan mengenang pun bagi aku dah cukup menggembirakan. Aku rasa bangga dan gembira kerana perasan tu. Sah ler sewel. So, aku patut berterima kasih pada Allah kerana menciptakan seseorang yang bernama *tooot* (sogan nak tulis) wlupun bukan untuk aku miliki. Alah, kalau memiliki pun tp nanti dia tak bahagia pun, tak guna jugak. Aku nak dia bahagia, happy dan jadi insan yg terbaik dunia dan akhirat. Klu kehadiran aku akan menghalang itu sumer, baik tak payah, yer tak? ececeh.. cam teoritikal sgt, yoyo'o jer aku. Sesuatu yg mustahil tp klu ia berlaku iaitu dia terbaca entri aku ni, aku nak mintak maap sangat2. Kalau satu hari dia berubah hati dan rasa aku bleh bahagiakan dia, hati aku masih mcm dulu.
Itu part yg best, tp part yg tak best adalah berkenaan akhi. Tanpa aku sangka, no hp aku dah terbocor ke pengetahuan dia. Bengangnya!!!! Teruklah mamat tu, dia sengaja test guna public phone, so aku akan angkat tepon. Sakitnya jiwa aku ni. Tapi aku tak marah psl sebaik2 nasihat Rasulullah adalah JANGAN MARAH. Dan aku terpaksa lagi menahan marah psl dia masih tak berubah, perangai lama yg asyik nak menyusahkan orang. Apa punya manusia dah, masa susah, bukan main lagi cari kita, siap memaksa2 lagi, bikin orang stress ada lah. Dah tu, biler dah senang, dia buat bodoh jer. Ya Allah hai, part yg ni mmg aku mohon pada Allah sangat, mohon sangat2 (dh mcm citer Kiamat Sudah Dekat lah plak) supaya ditetapkan hati aku supaya tidak marah. Baru2 ni dia bleh menyusahkan aku sehari suntuk, 3 kali jumpa aku kat kilang, telefon lagi. Pas tu wktu malam pun dia tepon waktu aku tengah tusyen kan budak2, tgh malam buta, orang nak tido pun dia call lagi. Pasal apa? Dia dah nak kena anto assignment yg mewakili 100% markah utk satu subjek untuk course yg dia tgh amik skrg ni. Assigment dh diberikan lama dan dia penah mention yg dia nak mintak tolong aku psl assignment tu ada kaitan ngan HR. Tapi cakap jer, dia buat bodoh, takkan lah aku nk pi follow up dia. Aku yg mintak tolong kat dia ker dia yg mintak tolong kat aku? So, biler tinggal 2 hari nak anto, baru dia sibuk cari aku. Klu korang, nak layan ker? Ikut hati yg panas, mmg aku mls dah. Tp psl dia tak abis2 kejo aku dan 2-3 minggu lepas aku ada janji nak tolong, aku tolong lah jugak sedikit sebanyak mana yg patut. Tp aku tau, lepas settle jer masalah dia tu, dia akan buat bodoh, blah cam tu jer. Namanya nak menghargai tu mmg kirim salam lah.
Dah 2-3 hari ni, mmg itu lah yg blaku. Aku rasa cam nak pancung mamat tu, tak penah aku jumpa kawan teruk cam ni. Hutang dia pada aku yg tahun lepas punya pun dia tak settlekan lagi, ni dia dah buat kes lain. Tapi dia tetap kawan aku, wlupun dia cuma akan cari aku waktu dia susah jer. Satu hari nnt aku tau Allah akan tunjukkan dia yg dia bsalah kerana buat aku mcm tu. Aku harap biler aku dah tak der lagi kat kilang ni biler pergi utk PTD, dia akan insaf (itu pun klu dia nak insaf).
Skrg aku nk balik dulu, tata..

Wednesday, July 13, 2005

When intuition is taken into account

Everybody makes decision. I made a lot of decisions too. Usually, I would seek for people’s advice regarding some major decisions that should I made. Am I such coward person or probably I am not brave enough to be a risk taker? I am not sure about that. A company risk committee member who fail to be a risk taker? What a shame!
But, one thing for sure, when I am in 50-50 situations, I would rather consult my parents and just go on with whatever they said. Yeah, people might say that I have no determination, no integrity and whatever.. but as a muslim I strongly believe in the blessing of parents. No parents in this world who want their child to get into trouble, everybody wants the best, right? So, I felt very comfortable afterwards, no matter how bad, how good and no matter what people around might say, I dun give a damn. I dun care if I it happened that the decision resulted a bad outcome, as long I can feel the blessing and the sense of security with my parents around. I wont ask for more and will never regret.
But, there are some moments that I will completely follow my intuition. My heart will know exactly what kind of matters that need consultation and which one needs to be done solely on my own discretion. Sometimes, the decisions are clearly not the good ones but I will ignore any external influence even from my parents, that’s the bad part. Just imagine, quit from a prestigious boarding secondary school, walked away from a good university just because I didn’t want to attend medic course as instructed by my mum. Bad huh? Yeah, those are my strong intuition, but nothing to regret of… nope.. actually a bit lah, the part that I had let my parents’ feeling down. If I had a choice, I wont do that but what to do…
Now, my parents are already aware about that bad attitude, but not alwiz maaa.. a few time only, no big deal huh? So, they already understand what to do when it comes to such situations. Waste your time talking to this girl if she had already made up her mind. Just like the recent case. I had decided to quit my training in HR. But I didn’t mention it to my boss yet. But sure I will voice it out sooner or later, maybe after the PTD result. I don’t want people to presume that I quit because of the over-confidence of getting PTD. It is absolutely not the reason behind it. No matter I got the PTD or not, I will step out from HR. People may look at me as a fool, who waste the opportunities to be promoted to higher position. They have nothing to do with the outcome of my decisions, so they shouldn’t bother actually. I have my own reasons, very concrete, and had considered so many aspects.
Once again, I follow my intuition. I did tell my parents about it and seems they have no objection at all, shocked maybe, but will support me no matter what decision I made. Hehehe.. look, they are really understanding right? But I do not know what is truly in their mind, probably they just want to comfort me? Entahlah. Actually, this idea had came into my mind since a long time but I dare not to take any serious on that. See.. our 1st thought is always the best, right? That’s what I called intuition, plus some depth considerations; it will become a very good solution. I am ever ready with anything come on my way. I wont look back, Insya Allah.

Tuesday, July 12, 2005

A short note as a sign dat i'm still alive hehe

Back to the blogging world!! Ahaks.. since 25 June, i had never wrote anything in this blog. A lot of things happened around me regarding my job, my study, my darlin friend, my beloved family. Nak buek camno laie.. dah tak do maso.. bunyi cam orang nak mati jer hehe..
I really want to write again, but as per today, i wont be able to pour out all my thoughts here. A lot of things to do.. but i'll be back.. gtg, bye.