Friday, July 30, 2004

Terperanjat !!

Bagi aku, semalam adalah hari yang sangat best untuk aku. Awal pagi, aku dpt emel dari Shell, petang kuar makan dgn Muryati dan malam ada majlis solat hajat di surau perkampungan kastam. Hemmm.. seronok. Aku punya semangat biler dpt emel Shell, terus cari bahan preparation utk interview nnt. Giler punya enthusiasm. Aku ingin nk practice ckp English, tp tak tau nk cakap ngan sapa. Yer lah aku punya english berkarat beb. Wlupun Shell ni kira tolerate dgn non-native english speaker, tapi aku nk lah jugak tunjukkan yg aku ni ada semangat dan usaha nak maju, tul tak?
Pagi ni, aku rasa cam berdebar2 skit. Tak tau kenapa. Pagi ni masa naik bancuh nescafe, aku kena tahan dgn sorang executive merangkap secretary merangkap orang kuat MD. Dia tanya aku, aku ni boleh jadi garang tak? aku suka leadership tak? Garang? Aku rasa aku tak garang. Leadership plak mmg aku suka dr dulu, dr masa kat kolej. Klu tak suka, tak derlah jadi ahli Leadeck..hehe.. Aku pelik dgn soalan dia. Rupa-rupanya dia nak propose aku amik alih jwtn admin manager dlm 1-2 thn lagi pasal admin mngr skrg dah nak pencen. Perghhh!! giler seh. Terperanjat aku beb, tp aku buat muka donno jer mcm tak der apa2 hehe.. dlm hati tertanya2. Yer lah, jawatan tough tuu!!!! Ishk kenapa pilih aku ek? padahal aku ni tak smpi 3 thn pun kerja kat sini dan ini pun 1st job aku, lum penah keje tmpt lain. Dan aku ni perempuan (ini bukan alasan kukuh). Akademik aku bukan dlm Admin. Ramai lg senior2 yg layak. Dan kenapa bukan Admin Exec sekarang yg take over? Klu dia tau, mesti dia hot psl bukan dia yg dipilih. Haii.. aku pun tak tau. Biler aku tgh sibuk nk cari keja lain ni, sibuk plak nk offer aku jawatan tinggi. Management ni dah tau ke psl aku berura2 nk pindah keja? Derang wat cam tu psl tanak kasi aku blah ker? Atau psl derang mmg rasa performance aku selama ni bagus dan mmg layak utk jawatan tu? Aku makin pening skrg.. tapi menda ni masih lg confidential dlm company. Klu ada org tau, mau jadi kontroversi besar.. pening pening.. Kengkadang aku pk aku ni dah kena tulah psl selama ni klu aku audit ISO Admin Dept, mmg banyak yg aku tak puas hati yg aku kasi NC dan OB. Dept yg aku rasa plg lah tak bersistematik yg buat keje entahapa2. La ni, tup tup aku dicadangkan utk pegang dept tu, mampus !!!

Thursday, July 29, 2004

Biler dah baper hari tak update

Assalamualaikum..
Perghh giler lama tak update. Bukannya apa. Sibuk betul beberapa minggu ni. Macam2 menda nak kena settle, nak kena pk, tak kurang juga sebab tgh seronok buat menda lain.
Menda lain apa tu? Membzkan diri kat forum Audition. Tapi sekarang dah malas lah psl Audition pun dah abis. Tria pun dah menang. Actually tak puas hati lah psl pemilihan Shanor utk kontrak rakaman. Aku rasa tu tak adil. Orang lain berhempas pulas masuk final, org lain plak yg dapat. Orang ramai habis berpuluh2 ringgit undi orang lain, orang lain plak yg akan dpt jadi penyanyi. Adil ker macam tu? Cth aku sdiri lah, aku tak der lah undi banyak, bukan banyak duit pun. Aku undi seseorang tu supaya dia dpt peluang. Tapi biler org lain yg dipilih, tak ker macam menganiaya orang yg hantar sms tu. Kita sokong bukan pakai air liur jer, kita sokong tu siap kuar duit, tau tak? Ahhh, geram aku. Malas dah aku nk bising2, padan muka aku. Sebelum ni aku x derlah minat menda2 ni. Nmpknya tempat aku bukan utk menda2 cam tu sumer, malas lah nak layan menda ni sumer lagi.
Kerja kat ofis pun berlambak, especially psl report 10 tahun tu. Alhamdulillah dah settle, jenuh jugak aku ngan En Azmi (MD's driver) tu mengorek sales report lama, buat report baru, pastu nak tally kan sumer nya. Poning palo den ni haa. Tp alahai.. aku dah tolong menda yg bukan kerja aku, at least appreciate lah sikit, banjer minum ke plg koman. Ni cumer terima kasih jer? Emm.. cam tak ikhlas plak aku ni kan? Tapi mmg report tu payah, banyak sgt figure smpi berpinar mata aku, nak muntah pun ada. Biler tak tally, nak check balik. Ishk, rasa nk pengsan.
2 hari lepas, sepanjang hari aku pergi kursus yg aku citer ari tu. Industrial Accident and First Aid - Intermediate. Best lah pegi kursus, dapat ilmu baru, dapat makan free, dpt lari dr kerja kejap. Tp geram jugaklah psl ada sorang akak ni, dah tau aku tgh ada course, sibuk nak suruh itu ini. Manyak cantik muka dia, ingat dia bos. Aku nk sound, tp dia ni sensitif sgt, maunyer menangis. Umur dah 50++, tp pe'el alahai, nk wat camna, maybe dia dah nak menopause ker, diam kan jer lah. So, course yg aku pegi tu, instructor dia India. Dua hari, dua instructor belainan. 1st day, banyak on theory. Second day plak more on practical. Kelako dan memalukan. Dlm course tu ada 4 org je perempuan. Jenuh kitorang kena sakat ngan peserta lelaki lain. Plg tak leh lupa incident memalukan masa turn aku try buat CPR kat patung. Masa aku tekap mulut kat mulut patung tu, lipstik aku melekat, hampeh !! malu siot muka aku, biler sumer orang gelakkan. Kali kedua yg memalukan masa buat heimlich maneuver utk bantu mangsa tercekik. Giler keras badan patung tu. Masa aku try buat, 'kraak' berbunyi meja tmpt letak patung tu. Kena gelak lagi, derang kata aku ganas, sampai patah tulang mangsa. Huwaa!!! rasa nak cabut balik jer. Yg lain2 aku rasa ok jer, cth masa buat bandage luka dan tangan patah, masa buat full set CPR, masa buat heimlich manuever utk mangsa tercekik tak sedar dan masa buat CPR untuk baby. Akhir kursus ada exam, tak derlah senang sgt tp lantaklah, siap discuss2 lagi.
Hemm, kereta aku kena langgar orang. Dan aku sdiri tak tau biler kena langgar. Sedar2 smpi ofis pagi, org tegur keta aku kemain teruk calar balar. Huwaaaa!!! Rasa nak menangis time tu jugak. Yerlah aku tak perasan psl kena langgo sblh kiri, aku manalah nk check selalu sblh kiri tu. Pening smpi penat aku pk biler plak ada aku langgar apa2? biler plak orang langgar aku? Tetiba satu hari tu, auntie wan ngan cik al bagi tau yg org kaya depan umah cik al yg langgo keta aku mlm sebelumnya. Orang yg langgo tu mengaku sdiri. Dia tak perasan keta aku ada park depan umah cik al, masa tu aku ngan cik al baru balik aerobik. Haii.. dia ngundur punya jauh pdhal ikutkan, gate umah dia ngan tmpt aku park tu jauh. Skrg org yg langgo tu nk sponsor baiki badan keta aku tu. Dia suh aku tinggalkan keta kat dia dan dia akan uruskan. Memula aku rasa cam bagusnyer. Tp pas tu mak marah aku pasal camna aku leh simply percaya dan nak lepaskan kereta tu macam tu jer? Yerlah kita bukan kenal. Biler aku pk betul jugak, ishk sib baik aku lum kasi keta tu kat dia. Aku ngan serba salah kasi tau kat dia yg bapak aku nk ikut masa anto keta tu ke bengkel, nak pastikan betul2 tempatnya dan nak kan resit sah. Orang tu nampaknya cam kurang senang, mungkin dia rasa aku tak percayakan dia. Tp lantaklah, yg penting aku nk tau keta tu selamat. Aku ikat perut bulan2 nk bayo keta tu.
Pagi ni aku check email yg btimbun, maklum dah dua hari tak check. Banyak emel forward jer pun, tengok gitu2 jer. Tapi yg bestnya, ada satu emel dari seseorang yg bernama Nurhalini dari Shell. Dia ni orang recruitment kat Shell. Rupa2nya employement application aku dah lulus tapisan pertama. Alhamdulillah, dan dalam beberapa hari ni derang nak buat teleconversation dgn aku sebelum interview penuh kat premis derang. Terperanjat aku dpt emel tu, padahal tarikh tutup application tu akhir tahun ni. Dan aku baru jer anto minggu lepas. Giler pantas derang buat kerja ek. Sekarang aku jadi gabra dan seram2 plak. Yer lah setahu aku Shell ni standard kemain tinggi. Nak offer scholarship pun kemain ketat, ni kan plak nak amik kerja. Maybe pasal aku punya resume kot. Derang kata nak yg all rounder, so all-rounder ke aku? Klu dr segi akademik, aku rasa aku biasa2 jer, 2nd class upper honour, ada master yg tak abis lagi blaja. ehehehe.. agaknya psl aktiviti kot. Ruangan aktiviti dlm resume aku mmg penuh, aktiviti masa kat U, masa kat tmpt kerja lagi. Ishk, kalaulah aku dpt kerja kat Shell, alangkah bahagianya!!!! Korang sumer, doakanlah aku. Aku mmg tak der org dlm kat Shell tu nk tolong aku. Aku harap aku berjaya atas kebolehan dan usaha aku sdiri. Aminn.

Monday, July 19, 2004

Jalan2 buang duit

Aduuhh.. penatnyer.. Baru balik dr KL. Asalnya tak der plan pun nk pegi. Asalnya nk pi skudai, spend weekn dgn kengkawan kat utm atau saliza kat tun aminah. Tp derang sumer balik kampung!! Kesiannya aku!!
Beh tu biler tepon mak, mak kata dia nak gi KL tengok konvokesyen achik tp tu pun klu aku balik umah, psl kalau pi pun, nk pakai keta aku. Emm.. aku rasa kesian plak kat mak. So pukul 3, lps balik keje, aku pecut balik umah, pukul 7 kitorang btolak ke Kajang. Smpi Pagoh, berenti makan dan aku take over drive smpi Kajang. Aiseymen, malunyer camna aku leh tersesat nak masuk ke Sg Ramal tp sesat jauh smpi ke highway silk yg baru tu. Hampeh, hangus dua inggit duit aku buat bayo tol. Abah lah tu punya psl, suh aku himpit kanan jer. Mmglah simpang masuk tu sebelah kanan, tp nak masuk tu, tp kena wat u turn dulu yg simpangnya sebelah kiri. Sib baik malam so tak byk kenderaan.
Esok pagi2 bangun, tolong usu masak breakfast dan uruskan budak2 yg 8 orang ni termasuk anak Achik. Achik, Pak Chik ngan Atuk dh kuar awal pagi utk majlis konvo tu. SMS Jaja untuk jumpa kat tapak ekspo utm dlm kul 10 tp kul 11 baru kami sekeluarga kuar rumah. Ishk sabo jer lah aku ngan sepupu2 kecik yg ramai ni. Dok meleser2, peluk2, yg nk mintak dukung nya. Dah ler panas ni. Sib baik aku tgh tak period, klu tak, mau terbabas aku tengking budak2 ni.
Then, mak abah ngan usu dan pak usu bawak budak2 main kat funfair ekspo dan aku mintak diri nak pi tunggu Jaja. Huwaaa!!! seronok sgt2 biler jumpa dia n family. Suka tul aku tgk Jazzy dah makin beso tk padan umur baru setahun lebih, rambut pun dah panjang. Aku duduk berbual ngan Jaja smbl layan kerenah Jazzy. Lama tak jumpa, macam tak cukup mulut nak bcakap. Sumer menda nak diceriterkan. Aku ceriter jugak psl hasrat aku nk cari keje kat KL, seronok tul Jaja dengo. Aku lg seronok, nnt dekat ngan dia. Hehe.. aku tak leh lupa masa Jazzy pandang aku dgn cara yg pelik pas tu dia depang tangan nak kat aku. Hehehe, giler seronok padahal Jazzy ngan aku baru jer 2 kali jumpa. Ribakan dia dan layan dia main. Kemain seronok biler aku tunjukkan henpon aku, dan tunjukkan macam2 gambo dlm hp tu, dia leh ketawa seronok. Peluk dia, cium pipi dan rambut dia, buat aku rasa sayang sgt kat Jazzy.
Pas tu derang balik dan aku join balik family aku. Kami pegi makan, sembahyang dan lepak2 sekejap sebelum balik ke Johor. Kali ni aku drive for short distance only psl abah yg banyak drive. Yerlah, dah malam, esok pg2 aku nk drive pi keje lagi.
Malam tadi, aku bukak hadiah yg Jaja bagi semalam. Hadiah harijadi yg tertunda. No wonder dia sayang sgt nk post, takut pecah. Dia kasi tempat lilin + lilinnya sekali. Dan jam dinding yg bagi aku tersangatlah cute nyer. Tk sabar balik nnt nk gantung. Aku sms kat Jaja 'At home n br bukak dat 3 nicely wrapped presents (of coz isinya much nicer). Thanks a lot and i like them. Br jumpa td tp now i already miss u n jazzy'. Dia reply 'jauh di mata dekat d hati ;op glad u like those pwezens.. tgk jam ingat kat kami! hehe s a matter of fact aku suruh jazz pilih kaler jam tu.. mesti letih, g tido.. nite ! a'kum'. Aku terus rasa sedih dan menangis. Bagi aku jaja bukan lagi sekadar kawan utk aku.. Huwaaa!! aku dh tak sabo nk cari keje kat kl!!

Wednesday, July 14, 2004

Kalau dah bosan

Assalamualaikum..
Alahaii.. tahap kebosanan aku semakin hari semakin tinggi dan dikhuatiri melebihi tahap melampau yang digeruni. Kebosanan menyebabkan aku jadi malas nak berblog, malas nak buat kerja, malas dalam sgala benda yang boleh dimalaskan oleh diri.
Geram tul rasa. Org bank tepon semalam tp aku tk perasan. Rupanya masa balik weekn lepas, adik aku dah set alert kepada silent. Patutlah beberapa hari ni aku pelik naper pagi2 alarm aku tak bunyi, sib baik masih leh terbangun sendiri. So, pagi ni, aku nak tepon balik bank. Si akak operator plak buat hal entahaper citer. 1st aku suruh call, dia main belasah jer transfer sedangkan masa tu line aku tgh bz. 2nd time plak, aku rasa dia berangan entah nomor mana entah dia dail tetiba tersesat sampai entah kilang mana. Eeeee.. sakit jiwa betul dgn akak ni. Buat kerja tu cubalah fokus skit. Ikut hati aku nk jer aku sound, tp dia ni jenis yg sensitif tahap cipan. Kena tegur skit menangis, merajuk. Orang macam ni pun ada. Eeee.. geram tul aku. Klu dibiarkan, cam nilah, aku yg makan hati, dia plak naik lemak.
Ni pun sales summary 10 thn yg md suruh buat tu, aku tk settle lagi. Pening mata aku tgk figure berlambak2. Bagus arr cam ni, buatlah selalu. Kerja org lain, aku jugak yg kena. Ari sabtu ni lagilah kena stay weighbridge lagi. Eee...geram arr.. tak suka tul cam ni.
Ptg semalam, tetiba dpt satu form training. keh keh keh, ada ker derang nk anto aku gi training on industrial accident ngan first aid - intermediate level. Ok lah jugak, tp rasanya aku tak penah mintak nk pi training cam tu, masa awal thn dulu. Aku nk pegi training on pc maintenance lah !!! Ni aku tk tau cos tu nnt baper ramai pompuan yg pegi. Harus terjadi aku sorang jer.. huwaaa!!!
Dah rehat, nk pi lunch makan megi !!! (kes bengkrap)

Monday, July 12, 2004

Weekend at home

.Assalamualaikumm..
Entri ari ni aku taip kat umah. Balik umah ari sabtu lepas, right after work. Ms Woo tumpang balik sekali. Hemm.. dah lama dia tak tumpang aku, since I moved and stay at Pasir Gudang ni. Sampai umah, adik tak der, psl masih belum balik dr kursus kat ulu tiram. Rupanya kursus motivasi anjuran sekolah agama. Aku ingatkan anjuran sek men maklumlah untuk budak2 nak PMR ni. Rupanya sek agama dpt peruntukan dari puteri umno. Mak plak tgh tidur, abah kata dia tak sihat. Aku malas nk kacau. Kesian abah lum makan lagi. Sib baik sebelum balik tergerak hati aku nk tapau mi rebus 3 bungkus bawak balik. Kat umah, melepak tengok imbasan audition then pi amik adik kat sek agama. Selalunya aku klu baru balik ni, mesti penat dan letih, tp tak tau napa ari tu rasa segar jer. Lepas amik adik, terus kemas satu rumah, buat air, masak nasi sumer. Hemm.. yerlah, mak tgh tak sihat, klu aku pun ngada2 alamat tak berkemas dan tak berasaplah dapur.
Malam tu, kasi hadiah birthday kat mak. Nampaknya dia suka. Alhamdulillah. Yg aku tak puas hati dgn cik al lah. Dia ni kepoh skit, sumer benda nk ditanya. Biler aku kasi tau aku kasi hadiah baju kat mak, dia tanya kenapa aku tak kasi tudung sekali. Aku malas nk citer panjang, jawab jer aku tk cukup budget. Nak tau pas tu dia kata apa? Dia kata aku tak ikhlas!! Klu nak kasi tu kasi jerlah satu set. Cheh, mendidih aku tp tahan jer lah. Dia tak paham situasi aku, maklumlah derang tu orang senang, mana sama ngan kitorang yg duduk kampung ni. Malam tu jugak, aku tunjuk satu katalog set cadar bilik tidur kat mak, ingatkan nak suh mak pilih untuk kenduri kawin nor nnt. Tp rupanya mak dah order set pinggan mangkuk dgn orang. Pengabisnya aku plak yg disuruhnya pilih, konon sebagai persiapan untuk aku kawin nnt. Cheh.. bertuah lah aku nk kawin waktu terdekat ni. Mak kata dia dah mula risau psl aku tak kawin2 lagi smpi sekarang. Klu dulu dia punya cerewet klu part cari jodoh, la ni dia kata dia tak kisah klu laki aku nnt sederhana jer orangnya. Tak kisah tak kerja beso pun psl nnt leh belajar lg. Hai.. nmpknya mak aku dh penat nk layan kerenah aku yg asyik menyusahkan derang jer. Aku tau mak tak maksud macam tu, tapi aku sdiri sedar diri yg mak nak ada orang jaga aku. Aku plak wlu dah masuk 24 thn pun masih nk nyusahkan mak abah lagi. Alahai..kalaulah mak tau hati aku ni. Aku bukan tanak kawin tapi orang yang aku suka plak tanak kat aku, nak wat camna lagi. Aku belum terbuka hati nk terima orang lain.
Dahlah, klu citer psl kawin, smpi esok2 tak abis punya. Baik citer pasal konsert audition. Kali ni derang buat secara solo dan jelas terserlah kelebihan masing2 terutama Amar. Amar nmpknya lebih selesa kalau sorang2. Tak macam zilah, chedd, tria dan shanel yg scr berkumpulan pun still leh perform. Terkeluarnya shanor dan jimmy mmg dah dijangkakan. Dlm forum audition pun mmg ramai sgt org tak suka derang tu. Lagilah biler aku tgk performance shanor, alahai.. menyampah lah beb.. mengada2 macam budak2. Nak dengar shanor nyanyi tak?? Nak ker tak? Yekk..gedikk. So, mereka 5 org yg masuk final tu mmg aku sokong sangat2. Tria dpt tmpt pertama untuk kali ke3, bravo.. cayalah tria. Dia punya persembahan mmg power dgn vokal dan showmanship yg mantap, smpi juri2 sumer puji melambung. Jgn tak caya tria tu bekas lecturer uitm yang ada phD lagi tu. Tria penah jadi artis kru tp kejap jer, psl kru masa tu tak amik kisah psl sibuk dgn majlis kawin erra-yusry. Yg masih jadi tandatanya sekarang. Masa tria enter stage, dia terjatuh! Aku jd kesian terus pejam mata, tamoh tengok. Tria nmpk down tp then tria mintak untuk buat entering lg sekali smbl mintak penonton sorak ramai2 biler dia kuar. Masa memula aku mmg rasa kesian sgt kat tria tp biler pk balik, aku rasa ada kemungkinan tu cuma gimik utk tarik perhatian penonton. She is intelligent, ok. Dia lecturer, takkan lah nervous smpi cam tu sekali. Tp klu betullah tu gimik, tria mmg berjaya tipu org ramai. Tp suara kartun tria mungkin dh tak surprise tuk org yg selalu tgk nota harian audition. Aku rasa bangga jugak psl semua peserta wanita yg masuk final adalah mereka yg educated!! Zilah jugak lecturer dan shanel plak baru grad dr UPM dlm business study.
Ahad, aku bangun agak lambat.. hehe, kemas2, masak, makan, baca paper dan tertidur lagi smpi kul 4. Bangun, basuh baju dan basuh keta. Malam, gosok baju, kemas baju, sediakan bahan utk masak esok (huwaaa!! Aku kena masak 2 lauk utk bawak pi ofis esok, klu korang ingat, aku dulu penah kata aku tak suka masak untuk org asing. Tapi ada suara2 sumbang yg mula komplen dan bising2 tak puas hati, so tpaksa lah aku masak kali ni.. bencinyeeer). Oh yer, terlupa plak tghari aku tepon along (che we), lama tak call dia. Macam2 citer dpt. Pasal Kak Yus yg dah tunang ngan azizi (kak yus dulu masa final sem utm, duduk sebilik ngan aku), Kak Ani plak dah nak kawin ngan Kecik (entahapa nama betul dia aku tak ingat), psl kak lia yg sentiasa dilanda kontroversi dan tentang Angah yg direkemen dgn seseorang oleh bapak dia. Haiii.. macam2.
Beberapa hari ni, aku tk dpt online sgt ym. Ada kerja urgent yg nk diuruskan. Bayangkanlah MD nak sales report base on product and area, monthly and yearly dari tahun 1995!! Giler banyak nak kena buat. Asalnya ni bukan kerja aku, tp pasal akulah satu2nya staf yg plg cepat biler guna komputer, so aku lah yg kena. Sabtu ni, sekali lagi mcm tahun lepas aku kena jaga weighbridge pasal sumer staf sana pi sports day. Paler hotak derang, asyik nk suruh aku jer. Bayangkanlah ofis yg biasanya ada 4-5 orang jaga tetiba aku kena jaga sorang. Mangkuk betullah, klu ikut hati aku mmg tanak dah. Buang masa aku jer. Cam thn lepas, masa pujuk kemain manis, konon nk banjer itu inilah. Last2 jgn kata banjer, ucap terima kasih pun tidak. Klu korang kat tmpt aku, korang nak ker tolong lagi?

Friday, July 09, 2004

Lagi citer ari semalam

Assalamualaikum..
Ari ni aku pi keje ngan bilik yg bersepah. Sepah skit jer psl puas aku cari penyapu tak der. Lantai bilik aku penuh dgn perca2 kertas (perca bukan utk kain jer ker?). Apa taknyer, mlm smlm, sambil tengok fear factor, aku bungkus hadiah untuk mak aku. Perghh.. lawa tu. Rasanya 1st time aku buat selawa tu. Baju yg aku beli tuk mak, aku lipat elok2 letak dlm kotak kasut. Sengaja aku letak bhgn baju yg bersulam emas tu bhgn atas. Baju tu warna coklat. Pas tu balut ngan kertas corak bunga matahari. Siap buat kipas lagi letak kat penjuru kotak. Kad plak, entah apa kejadahnya aku rajin sgt, siap aku lukis2 kat envelope tu dan tempek gambo bunga matahari dr kertas pembalut tu kat dua penjuru envelope tu.
Semalam petang, aku telefon mak untuk ucapkan Selamat Hari Jadi. Hemm.. mak dpt hadiah kain sepasang buat baju dr cik nor jiran sebelah, biru lagi katanya. Cheh, adik aku yg kat upm lg advance rupanya dari malam semalam dah tepon. Tak kisahlah, yg penting aku mmg sentiasa ingat tarikh birthday mak ni. Asalnya aku terpk apalah aku nk bual ngan mak, tp last2 terpanjang plak. Macam2 dia citer, psl adik yg nk pi kursus motivasi ari ni. Jugak pasal mak nk suruh aku beli rumah kat Pasir Gudang. Gulpp.. aku cuma dengo jer, tp aku kasi tau mak yg aku belum tergerak nk beli rumah. Pasal apa? Pasal sekarang ni aku tgh tak der mood nk stay kat sini lama2. Aku nk cari keje lain. Klu setakat beli umah utk buat harta jer, ok lah kot. Mak curious jugak biler aku kata aku nk tuko keje. Aku ada masalah ker kat sini? Aku mmg tak der masalah kat sini. Nnt lah balik esok, baru aku ceriter dgn mak pjg lebar.
Laponyer perut aku skrg. Semlm cuma makan burger. Pi kuar beli burger yg sedap kat tmn mawar tu dgn nor. Sambil tunggu burger, kitorang pi ronda satu kedai baju ni. Perghh.. terserlah ke'kontra'an citarasa aku dgn nor. Nor suka corak besar2 dan terang sedangkan aku suka yg kecik2 dan warna lembut. Sebenarnya aku tgh survey nk cari baju tuk dipakai waktu kenduri nor nanti. Dah tggl sebulan lebih jer ni. Hadiah untuk nor pun aku tak pk lagi ni. Ingatkan nak beli set cadar bilik tidur utk dia. Haii.. kopak aku cam ni.
Citer pasal tv. Once again, WWW, aku tak tau apa dah jadi. AMY SERI LAGI!! Aduhaii sayang. Amy dah ada peluang besar nk kalahkan Arm semalam tp pasal salah pilih lagu, dia seri lagi. 5 kali seri tu. Dan skrg cuma tinggal 2 kali jer utk Amy. Tak per tak per, Amy mesti masuk final nnt. Citer pasal Sephia. HUWAAA!!! jahatnya Haykal. Mangkuk tingkat karat betullah mamat tu. Giler jahat!! Eeee.. tak tau apa nak cakap. Aku jadi benci sgt2 dh dgn Hans Isaac tu. Tengok Buli pun aku benci gak kat dia, tp tak derlah sebenci ni. teringat masa muda2 dulu waktu Hans berlakon iklan Impulse, perghh, angau aku dibuatnya tp sekarang? get lost lah lu mamat! Sebelum tidur tgk FEAR FACTOR. Fear Factor plg disgusting. 1st round derang kena benam muka dlm darah lembu utk cari seberapa banyak ring guna mulut. Pergh.. Aku tk dpt nk bayangkan klu aku lah. Dengan baunya, dgn rasanya, yeekk!! Ada sorang lelaki ni cuma dpt satu ring pdhal dia punya badan giler tough. Fear Factor ni mmg main mental betul. 2nd round plak makan ulat tomato bertanduk yg masih hidup. Aku tgk biasa jer, tp mesti ada sebab dia pilih ulat tu. Derang kata rasa ulat tu macam s***. Wekk, loya aku, dah ler makan sampai 10 ekor. Last round, masuk dlm terowong yg gelap gelita dan cari 3 ekor skunk mati yg tersangatlah busuknyer. Terowong yg mmg gelap nk nmpk apa2 dan boleh tersesat. Dan pemenangnya adalah seorang supermodel, cayalah. Model2 selalunya tentu penggeli orangnya.
Oklah, cukup lah pjg sgt dah ni. Bye.

Thursday, July 08, 2004

Happy 47th Birthday, Mak!

Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Emakku sayang. Allah selamatkan kamu.
8 Julai 2004, genaplah 47 tahun usia mak aku. Emm.. senang jer nk ingat umur mak aku psl dia lahir sama tahun dgn kemerdekaan Malaysia. Tak sabar nak balik hujung minggu ni. Semalam aku dah beli hadiah untuk mak, kertas pembalut ngan kad pun dah beli. Ari sabtu ni balik keje nk singgah bandar beli bunga plak. Hehe.. agaknyer mak aku suka tak ek? Nak beli kek, tapi mak aku tk suka makan kek. Ok jer lah kot.
Semalam, aku macam kucing hilang anak . Balik keje, check2 henpon tak der? Dok pikiaq2, tercicir ker haper. Dah puas selongkar, aku buat tak kisah jer. Agaknyer ttinggal kat opis kot masa aku pi buat backup kat bilik server sebelum balik smlm. Pagi ni dtg opis, huwaa!!! tak der pun. Aduss.. Last2 big boss aku cakap yg dia nmpk henpon aku smlm dan simpan dlm laci meja aku. Cheh selamat aku.. lega nak mampus. Tp kenapa masa aku try call td, tak bunyi pun hp tu. Biler check balik, ada plak miss call nyer. Padahal ringing aku set loud sampai 6.
Mencinyer.. Amy dah kena badi seri. Cheh bertuah. Kesian aku tengok muka Amy semalam. Dia macam fed-up jer asyik seri padahal dia tau dia bagus. Dan ramai orang tau tu. Malang dia kena lawan Pak Cik Baha semalam. Pak Cik Baha tu mmg dah silap masuk ptandingan aku rasa. Mcm tak adil lah. Dia tu mcm lain genre. Nk lawan dgn orang muda, mana aci. Top juri nk kutuk lebih2 pun rasa tk smpi hati psl hormat. Apa pun, aku pasti Amy akan dpt masuk final WWW nanti, tengok arr. Amy, Izhan, Akma, Yin, Pakcik Baha aku jgka masuk final.
Ok, that's all. Sekali lagi Selamat Hari Lahir untuk mak. Semoga diberikan kesihatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat, Amiiin..

Wednesday, July 07, 2004

shop+tv+roti+kerja

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Semalam, balik dr kerja, terus ke kompleks. Berjalan2 cari barang. Masuk Gedung Harian beli envelope beso banyak2 sbg psediaan nk apply keje kat byk tempat. Sempat gak beli beg kertas baru untuk wat isi telekung pi keje, bunga2 warna purple lagi you. Pastu turun supermarket beli limau ngan Mr. Potato perisa tomato (feveret giler dr sek men). Masa sekolah dulu beli yg bungkus plastik, tp biler dh keje ni beli yg mahal skitlah, yg dalam kotak cam pringles tu. Smbl tu sempat gak survey yg nak dibeli untuk birthday mak esok. Emmm.. pening jugak ni nak pilih. Last2 terlajak masuk satu butik ni. Asalnya nak tengok2 kejap jer psl dah dekat 7.30 ni, nak balik tengok Who Will Win. Tapi tuan punya butik sikit punya ramah smpi aku lupa waktu.
Sempat tengok Who Will Win untuk pasangan kedua. Leganya psl masa tu Amy belum nyanyi lagi. Ishk aku minat giler kat Amy yg muka mcm Siti Sarah tu. Suara power, performance pun mantap macam profesional. Tp aku geram biler Amy selalu sgt seri. Ari tu ngan Izhan, semalam ngan Akma plak. Ahh, menyampah arr juri ni pilih bulu. Apsal susah sgt nk kasi Amy menang? Dah terang lagi bersuluh dia mmg bagus. Tau sgt yg Shafinaz tu suka kat Izhan, yang Johari Teh plak tak abis2 nak puji Akma tu, yekk. Sibuk sgt konon suara Akma tu clear. Eloo brother, Akma tu nyanyi lagu tak mencabar, slow2 sumer, mmglah clear. Amy tu nyanyi lagu rancak, lagu omputih plak tu, mmglah mcm tu. Cuba klu Amy nyanyi lagu slow, dia punya suara pun clear jugak. Amendalah derang ni. Ahh, biar Amy tak menang pun aku tau biler kuar nnt, pasti Amy dpt jadi penyanyi yg lbh mantap dr yg lain2. Vote for Amy!!!
Pukul 9.30 plak, ada Anugerah kat TV Suria. Haii berlambak2 rancangan pertandingan nyanyi2 ni. Dgn AF, Audition, WWW, Malaysian Idol, Bintang RTM (baru lepas), Anugerah + Singapore Idol (S'pore) dan Indonesian Idol (TV indon). Anugerah ni tk best sgtlah. Dia pun main sms2 jugak, tp sms keluar. Peserta plak muka ngan dressing tk komersil lgsung. Tp aku minat kat sorang peserta ni yg merupakan satu2nya yg pakai tudung. Suara dia sedap woooo.. ada ala2 cam Nora.
Caya tak, pagi tadi aku telah pergi membeli roti canai sebanyak hampir 20 keping psl dikirim oleh staf2 ofis. Malu gak muka aku memula kat Mak Long (tuan punya kedai) tp buat muka seposen jer lah. Tp puas hati psl sumer staf kata roti canai tu dgn kuah dia mmg sedap. Pergh, tak sia2 aku rekemen. Nak kena claim komisyen ngan Mak Long lah klu cam ni.
Semalam ptg, lagi satu operasi mencari kerja. Abis macam2 website aku pegi. Time, Digi, Maxis, Air Asia, MAS, Petronas, TNB, Telekom, UTP, MMU, Uniten dll aku masuk. Pas tu aku mula terpk balik. Aku ni nak kerja dlm bidang operasi IT atau pendidikan sebenarnya. Aku ingin gak nak merasa kerja dgn company berteknologi ni. Tp mampu ker aku? Kat tmpt sekarang pun aku rasa tak mencabar, so, nak ke co besar2 tu terima aku psl dr segi IT, aku rasa mcm dh jauh ttinggal. Nak jadi lecturer plak, aku rasa mcm terlalu awal. Psl dr dulu aku tekad, klu nk jdi lecturer, mesti kena ada experience dlm industri, tamoh jd lecturer teori semata2. Tp yg bestnya jadi lecturer ni lebih senang. Aduuuhh.. camna ni.
Oklah, aku akan anto jer application, yg mana dpt dulu, yg tu lah aku terima. Boleh cam tu?

Tuesday, July 06, 2004

Lari Dari Kebosanan

Last night, dun know why i slept macam orang yg tak sedar diri, macam orang dah tak tidur berhari2. Dengan lampu yg terang mencarak, dengan tv yang on, dengan tak sempat pasang ubat nyamuk letriknyer. Buleh pulak tu tak rasa ada nyamuk tidaknyer sampai ke pagi. Klu tak tu, tergaru sana sini. Hemm.. maybe pasal penat sgt. Yer lah, pagi semalam pegi keje drive dr Skudai, petang ada kelas aerobik, dan kebetulan plak tengah 1st day period.. Hemm tu yg letih melampau agaknyer.
Sekarang ni rasa bosan sangat. Pegi keje bosan, balik rumah pun bosan. Tengok muka orang sekeliling pun rasa bosan. Tetiba rasa terpk nak lari dari kebosanan ni. Caranya ialah dengan pegi tempat lain lah. Sekarang ni tgh sibuk nk cari keje lain. Kat sini bukan tak bagus, secara materialnyer mmg bagus dan stabil tapi rasa tak berkembang dan takkan dapat pergi lebih jauh. Mula terpk untuk masa depan, takkan nak macam ni smpi tua kan?
Semalam dah mula sibuk download macam2 borang permohonan jawatan dari IPTA. So far, dah dpt borang UMS, Kuittho dgn KUKUM. Ingat nk apply jadi tutor ker, pegawai it ker. Dan kalau buleh lagi jauh lagi best. Kalau dpt Sabah Sarawak ker, tentu best. Seronoknya dpt berada kat tmpt yg takkan mengingatkan kita pada peristiwa2 dan kenangan2 lama. Rasa macam jadi orang baru. Semalam jugak, secara rasminya dah isi balik borang SPA8. Wah, nampaknya aku ni macam serius nak cari keje lain. Hemm.. entahlaaah. Tp klu nk keje tmpt lain pun aku bukan nk kuar skrg pun. Tunggu akhir tahun kot, tunggu smpi aku dpt bonus tahun ni punya.. hehe.
Oklah, nak chow.. babai..