Sunday, February 26, 2006

MInggu Bosan

Masih di CC yang sama tetapi seminggu kemudian.. hehe
Masih dalam DPA, dan nampaknya DPA dah semakin membosankan. Minggu lepas kami ada Modul Perlembagaan Undang2, which was boring. Aku pun pelik camna budak2 law bleh spend few years belajar menda2 camni. Aku masuk kuliah punyalah bosan nak mampus. Habis kuliah tak pernahnya masuk satu haram pun dalam paler otak aku ni.
Last week jugak, aku for the 1st time jadi MC untuk sesi kuliah. Cheh, punyalah lama punya tunda punya tunda.. last2 sampai gak giliran aku. Yang tak bestnya kena jadi MC depan 2 sidang, ramai, kat auditorium plak tu.. aku punya neves ni Allah jer lah yang tau. Tapi member2 kata aku ni cam rilek jer, cam tak neves langsung.. iye ker? Haha.. tapi respon menunjukkan banyak yang positif, ada yang kata aku jadi MC ni smart.. smart? Ada yg kata ni nk gantikan MC KPT ker? Ada jugak yg kata aku comel jadi MC. Ada plak yg kata aku cam pembaca berita buletin utama, esok jadi MC lagilah yue.. hehe.. ada plak yg kata aku patut jadi debater.. ishk ishk..
Tu satu, lagi satu tak leh lupa adalah masa kuliah Tengku Naufal on Contract Law. Syok giler... pasal apa? Lecturer tu jambu beb.. hensem wa cakap lu.. tak leh tido aku. Dah ler comel... style lecture dia mmg mantap habis.. tak ssdar masa bgerak cam tu jer. Yang lagi menyemat dalam hati adalah.. aku jadi orang pertama yg kena soal dalam kuliah tu. Elemek.. gabra nak mampus, gugur jantung aku tetiba dia point aku dan tanya apa yg aku faham tentang istilah contract.. Pergh.. sblm tu, aku dh bkira2, kalau dia tanya ni mampus aku tak tau menda nk jawab. Tapi entah kuasa Allah tu punyalah hebatnya tetiba jer lancar jer mulut aku menjawab dan betul plak tu.. siap tanya yg aku ni ada background law ker? hehe tak der pun...
Next week, start esok aku ada kelas Bahasa Inggeris dan aku diletakkan dalam kelas yg terbawah.. hehehe.. seronok rasanya. padan muka aku, masa ujian ari tu tak nak wat betul2.. tp oklah tu.. tak ler pressure kelas bawah2 ni. Aku pun dah start pindah duduk kat Intengah, hemmm.. rasa rindu plak kat bilik lama kat kiara.
Oklah.. aku rasa nak blah dulu lah. Aku dtg CC ni asalnya nak wat kerja biro skit, dan cari bahan untuk risalah biro. Taqwim solat aku dah siapkan, tapi risalah untuk bulan ni lum siap lagi.. masih menapis bahan..
Oh ya, nk citer pasal kawan aku yg ari tu.. Minggu lepas dia jumpa aku, dan nampaknya cam nak bcerita atau mungkin dan mengadu sesuatu. Tapi mungkin masa dan tempat tak sesuai, apa yg dirancang tak kesampaian. Dan sampai sekarang aku masih tak jelas tentang apa masalah yg dirunsingkan tu. Yg aku tau dia mention yg masalah dlm mengekalkan hubungan lelaki dan perempuan. What?? aku dah rasa pelik.. Tapi dia masih senyap smpi skrg. Aku masih cuba blagak cam biasa, cam tak der apa2 blaku.. walaupun sesekali syahid jugak hati aku yg lemah ni..
Nak blah.. chow... wassalam

Sunday, February 19, 2006

Balik dari OBS Lumut

Kali ini, bukan login dari opis tapi dari CC kat Bangi. Sajer kuar ngan adik, tak tau nak wat aper kat Intan.
Semalam petang selamat dah aku balik dari modul OBS kat Lumut. So far aku rasa inilah modul yang paling melampau best dalam DPA ni. Walaupun balik ngan fizikal yang teruk, tapi tetap fun.. masih terbayang2 tuh. Muka aku dah macam beruang panda.. berbelang semacam jer. Tangan plak dah macam pakai glove hitam.. cam tak caya tengok tangan sendiri. Ekceli bukan aku sajer tak mau amik apa2 langkah protection, tapi memang aku sengaja. Aku nak tengok kelainannya, nak rasa kepayahannya dan kesannya. Bila lagi kan?
OBS ni dah mengajar aku macam2 dan aku telah buat macam2 yang aku tak pernah buat selama ni. Contohnya, berlayar ke Pulau Rumbia yang sejauh 40 KM dari lumut.. bukan pakai enjin tapi berdayung. oars dia nak mampus punya berat. Pas tu camping satu malam kat sana. Then, ada ekspedisi berkayak mengelilingi pangkor plak tu dan camping jugak satu malam kat sana. Cam tak caya sungguh yg aku dah wat tu semua padahal ari tu masa latihan, separuh mati aku dibuatnya biler coach sengaja capsize kan kayak aku.. perghh..
Kali ini, lebih terasa ukhuwwah yang terjalin erat dalam kumpulan aku. Guyz semuanya adalah yang satu platun ngan aku masa kat modul tentera, so dah tak der masalah. Girls plak 3 orang adalah bekas platun satu jugak. Kumpulan aku masa OBS ni namanya Gading.. seronok sangat dalam group ni, tak pressure langsung. Motto group kami adalah TOGETHER-GETHER.. dan memang tercapai sungguh motto tu sampai group kami dah dicop sebagai group asabiyah.. naik panas telinga.
Yang pasti, modul OBS ni membuatkan semua orang menunjukkan sifat sebenar masing2. Kiranya cam tak der jurang, tak der lapik2, sumer main lepas jer. Kecuali aku lah kot yg masih control2 cam biasa. Kengkadang sampai aku naik segan biler kengkawan lain open jer bcakap itu ini. Rasa tak sanggup nak dengar pun ada. Tapi aku bersyukur kerana aku masih mampu mempertahankan pendirian sendiri dan menjaga fizikal, hati dan iman ini sebaiknya. Alhamdulillah.
Oh ya, Insya Allah kawan aku akan bertunang 5/3 ni. Kawan se PTD yang aku kenal hampir setahun. Tahniah untuk dia dan terima kasih kerana masih sudi nak berkongsi dan berterus terang ngan aku. Rasanya aku dah bleh bebas bcerita kat sini coz dia pun dah tak ingat URL blog ni. Dulu dia ingat sangat, tp semenjak dah ada orang lain ni, dah tak der nya lah.
Kawan yang satu ni memang baik, sederhana dll. Terus terang aku kata, mmg awalnya aku ada niat nak kenal dia ni lebih mendalam, mengenali hati budinya. Entah naper, hati aku rasa dia suka gak kat aku (eee.. open nya). Dari cara dia layan dan cakap kat aku, macam tu lah. (mak yg cakap cam tu, biler aku citer kat mak) Tapi aku tak mau layan perasaan cam tu. Aku ingat Dr Fadzilah Kamsah kata minimum manusia memerlukan 6 bulan utk betul2 mengenali seseorang itu. Aku rasa aku dah berusaha nak memelihara persahabatan tu sebaik mungkin walaupun kami jauh. Aku sabar jer coz aku tau kami ada DPA 6 bulan utk selalu bjumpa.
Heemm... tapi rupanya dalam tempoh bsabar itulah, sesuatu yang tidak aku jangka telah blaku. Dia dah jumpa orang lain, satu opis plak tu. Dan aku akur jer lah, mmg cam ni lah nasib long distance relationship. Yang dekat depan mata itu lah yang akan lekat. Lagipun kitorang pun mmg dah berbulan2 tak jumpa. Sebenarnya aku dah mula rasakan perubahan itu dari awal, mungkin itulah naluri seorang wanita. Tapi aku tak pasti. Biler kami jumpa balik masa DPA, hati aku smakin kuat mengiyakannya.. hinggalah sampai tahap dia sendiri bterus terang. Dia punya cara bterus terang pun cam orang serba salah. Frust ker aku? Tak boleh tipu, sedikit ada. Tapi nak wat camna kan.. Sabar jer lah lagipun aku akan terus menghadap muka yg sama 6 bulan ni. Dan entah malang apa, kami dipertemukan terus dalam satu sidang, satu platun, satu watch... ishkk.. kalau tak sabar, mmg syahid dibuatnya. Dah ler nak btunang betul2 sehari sebelum birthday aku.
Aku tak tau apa yang sedang dia rasai skrg, serba salah? Tak kot.. pasal kami pun bukannya pernah declare ada special bond pun. Sendiri simpan lah. Tapi aku cuma harap, dia teguh dgn keputusan yg dia dah buat. Kalau betul lah dia pernah suka kat aku, harap janganlah dengan berjumpa selalu dgn aku di DPA ni akan mengubah hatinya sekali lagi. Janganlah kecewakan akak tu. Aku tak apa2 dan akan terus tabah macam selalu.. ishk syahdu plak ayat aku ni.. entahapa2 entah. Yg penting, aku akan tetap doakan kebahagiaannya dan tetap akan jadi kawan yg baik, Insya Allah.
Dahlah.. entah baper ringgi aku nak kena bayar cc ni.. chow dulu..
p/s : entah naper, tetiba hati aku ni rindu benar dan disiat2.. nak sangat balik Johor jumpa mak abah..