Thursday, May 31, 2007

Kenapa Saya Terima Dia

  • Dia sangat sayangkan saya, semua orang kata itu adalah yang paling penting.
  • Dia menerima saya seadanya, membuatkan saya rasa istimewa.
  • Dia sentiasa bersama saya waktu susah atau senang, rela berkorban apa sahaja.
  • Dia ada pegangan agama yang baik, saya yakin dia boleh bimbing saya jadi isteri solehah.
  • Dia sangat penyabar dan matang, padanlah dengan saya yang kebudak-budakan ni.
  • Dia diterima dengan baik oleh keluarga saya, itu yang saya mahukan.
  • Dia sangat romantik, memang saya sentiasa 'cair' bila bersamanya.
  • Dia punya budi & akhlak yang baik, kadang2 saya rasa saya yang tak padan untuknya.
  • Dia sangat jujur dan terbuka, menyebabkan saya tidak ragu2 untuk melakukan yg sama.
  • Dia yang Allah tentukan untuk saya, Insya Allah kekal hingga akhirat. Amin